Tuesday, 12 November 2013

Hebatnya Mahfuz Berani Engkar Arahan Majlis Syura Ulama PAS

KALAU diikutkan pada perlembagaan PAS, hala tuju parti tersebut adalah ditentukan oleh Majlis Syura Ulama. Fasal 8 (1) Perlembagaan PAS secara terang menyebut tentang perkara tersebut.

Dalam soal kalimah Allah ini, Majlis Syura Ulama telah membuat keputusan pada 14 Januari 2013 melarang Kristian dari menggunakan perkataan tersebut dalam majalah mingguan The Herald, jadi bagaimana Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) semalam berhujah di Parlimen menyokong Kristian pulak?

Sokongan Mahfuz itu diangkat dan disebarkan oleh Ahli Parlimen DAP dari Kulai, Teo Nie Ching melalui akaun Twitternya.

Membuatkan penulis tertanya-tanya, apakah sebenarnya pendirian PAS dalam hal ini, atau Majlis Syura Ulama sudah betul-betul tidak lagi berfungsi sehingga ketetapan yang telah dibuat, tidak lagi dihormati.

Diakui, penulis tidak ada rakaman yang menunjukkan Mahfuz ada mengeluarkan kenyataan itu, penulis bergantung semata-mata kepada caption dari akaun Twitter Nie Ching saja - kalau salah Twitter tu salahlah penulis, tapi salahkan Nie Ching (sebab ambil dari Twitter dia), jangan salahkan penulis pulak ya.

Pun begitu, dengan itu saja rasanya sudah cukup untuk kita mempersoalkan pendirian sebenar PAS dalam isu tersebut.

Tambahan kepada itu, Mahfuz pun tak buat apa-apa penafian mengenai isu tersebut, sedangkan perkara ni dah heboh dari semalam, jadi tak salah kalau kita anggap betul kan?

Anehnya, walaupun dah tersebar meluas, sehingga hari ini tidak ada ura-ura tindakan mahi dikenakan ke atas Mahfuz, sedangkan PAS kita tahu begitu tegas bila keputusan Majlis Syuranya dilanggar oleh pemimpin dan ahli parti tersebut.

Ke PAS pun ikut undang-undang bahawa kenyataan ahli Parlimen tak boleh dibawa ke Mahkamah? Tapi itu Mahkamah Sivil, apa kaitan dengan PAS nak mengambil tindakan ke atas Mahfuz?

Atau semua dalam PAS sedang tidur atau sibuk bercakar sesama sendiri menjelang pemilihan PAS yang tidak berapa lama lagi dari sekarang sehingga terlepas pandang kenyataan bertentangan dengan dasar parti yang dibuat Mahfuz semalam?

Tak kira apa pun sebabnya, rakyat perlu nilai situasi ini dan jadikan ia sebagai panduan untuk menolak PAS. Ia bukan sebab kalimah Allah itu sendiri sahaja, tapi cara PAS membuat keputusan politik yang sangat tidak konsisten. Sini orang cakap lain, sana orang buat lain.

Membuktikan PAS dari segi ini bukanlah parti yang ada kaliber, tidak hairan kenapa PAS jadi parti yang paling corot antara 3 parti pembangkang dalam PRU13 yang lepas, termasuk kehilangan negeri Kedah.

Dalam masa yang sama, kenyataan Mahfuz di Parlimen semalam, dalam soal kalimah Allah ini, Majlis Syura Ulama PAS hanya digunakan oleh puak liberal untuk menyelamatkan parti itu dari kecaman orang Islam sahaja.

Sedangkan dari segi perbuatan, PAS sama-sama dengan DAP dan PKR menyokong pihak Kristian dalam soal ini - kenyataan Mahfuz itu sebagai bukti.

Mungkin elok juga cadangan hapuskan Majlis Syura Ulama tu, ada tak mengubah, tidak ada pun tak beri apa-apa kesan. MYKMU

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.