Friday, 15 November 2013

Video Nazar Jalan Kaki Pak Majid Disembur Orang PAS

Dengan berbekal RM60 siapa sangka dari nazar, In Sya Allah bakal menjejak kaki ke UMRAH. Tetapi tidak semua manusia suka dengan rezeki Pakcik Majid maka terdengar suara sumbang orang-orang PAS. almaklumlah yang kalah itu Kelantan dan yang menang itu Pahang. Kenapalah soal ini perlu ke tahap menghina Pak Majid. Sudah rezeki dari usahanya.

Inilah orang kata tuah manusia siapa yang tau. Tahniah buat pakcik majid walaupun pelbagai tomahan diterima dan pelbagai pandangan sudah diutarakan. Hingga ada yang sanggup berkata baik bernazar jalan kaki ke mekah dari buang masa kerana pesta bola. Inilah perkara palainh tidak berfaedah dan sia sia serta nazar merepek termasuklah nazar yang membuang masa dan tenaga.

Apa jua orang bercakap, apa jua orang menghendik dan menghina. Sekurang-kurangnya Pak Cik Majid berani dan bersungguh-sungguh mengotakan apa yang diperhajatkan. Dirinya telah membuktikan kepada rakyat Malaysia. Sesungguhnya usahanya bukan sesuatu yang sia-sia sebaliknya menyentuh perasaan kerabat Pahang hingga sanggup menterjemahkan ke Umrah. Inilah suaratan takdir kepada Pak Majid kerana kesungguhannya menyematkan semangat kepada rakyat Pahang khususnya supaya berbangga dengan pencapaian team bola sepak Pahang.

Ini semangat kesukanan dan anggaplah Pak Majid bersukan!!

Jadi apa masalahnya kalau dirinya mahu membuktikan dia juga mampu mengeluar peluh bersukan dengan cara ini jugalah yang dia mampu mengaharumkan negeri Pahang.

PPM orang kedah tetapi tetap tabik hormat kepada Pak Cik Majid dan orang Pahang yang mahu menghargai asaha Pak Majid.


2 comments:

  1. Allah gerakkan hati Pak Majid untuk lakukan itu maka jadilah begitu...bukankah yg baik2 itu semuanya drpd Allah...kenapa orang lain nak susah...lgpun bukan senang seorang yg dah berusia sanggup berjalan kaki sejauh itu....patut dihargai kesungguhan beliau itu...

    ReplyDelete
  2. Apa nak bising2?Pak Majid hanya melaksanakan nazarnya nak jalan kaki dari Kuantan ke Shah Alam jika Pahang menang Piala Malaysia.Sekurang-kurangnya Pak Majid tak munafik,bukan cakap tak serupa bikin.Apa yang diperolehi selepas berjaya melaksanakan nazarnya bukan kehendak dia.Bersyukurlah ada pihak yang terharu dengan usaha tersebut.

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.