Friday, 11 January 2013

200 Ahli Rela Mati Demi Khianati PAS

Cukuplah berkali mereka terjebah dengan mainan politik yang terlampau utamakan matalamat dari bertanggungjawap mengjaga amanah Allah. Itulah yang sedang berlaku kepada 200 ahli PAS yang lebih rela mengkhianati PAS dari mengkhianati islam.

KOTA BHARU 11 Jan. - Kira-kira 200 penyokong tegar Pas di Kampung Pauh Dua dalam kawasan Parlimen Kubang Kerian di sini, bertindak keluar parti dan menyertai Parti Progresif Rakyat (PPP) kerana kecewa dengan perjuangan Pas yang didakwa tidak konsisten sejak kebelakangan ini.

Kumpulan terbabit yang diketuai, Shafiei Peli, 46, menyerahkan borang permohonan menyertai PPP kepada Naib Presiden parti itu, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff dalam satu majlis di sini hari ini.

Ketika ditemui, Shafiei yang dikatakan aktif bersama Pas cawangan Kampung Pauh Dua sejak 10 tahun lalu mendakwa, dia sudah tidak tahan dengan tindak-tanduk Pas yang kini semakin tidak Islamik.

"Selama ini kami ingat Pas boleh menegakkan Islam dan membantu bangsa Melayu, rupa-rupanya kami silap kerana parti yang kami sokong selama ini tidak mampu membantu kepada perubahan rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis itu .Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.10

Gempaknya Idea Anwar Pan-Borneo Highway Sabah Sarawak 

Gempak beb Anwar mahu bikin Pan-Borneo Highway yang menghubungkan Sabah dan Sarawak 

Sebelum nak buat Highway cuba Anwar berperihatin sikit dengan isu ini PETALING JAYA 13 Dis. - Keadaan jalan yang berlubang dan rosak teruk di Jalan 225 di sini terus menghantui pengguna dan penduduk berhampiran.Penduduk mendakwa keadaan jalan itu disebabkan oleh kenderaan berat yang sering menggunakannya untuk ke tapak pembinaan projek berhampiran.Lebih mengecewakan mereka ialah sikap berdiam diri dan ketiadaan sebarang tindakan diambil pihak berkuasa tempatan menyebabkan keadaan jalan di situ semakin teruk dan membimbangkan.

Cuba kurang buat auta Anwar oooi!! Sudah berbakul janji dicapatikan dan dibakul sampahkan Anwar. Auta yang lama dah berlambak rakyat dikencingkan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Anwar Ibrahim Kencing Tanah NCR Sarawak Pula

Inilah Anwar Ibrahim yang terdesak mencari harapan di Sarawak dengan janji memberi hak tanah kepada bumiputera Sarawak yang mempunyai tanah berstatus NCR iaitu tanah yang tiada geran tanah. Kerana masalah penama yang masih menjadi isu di Sarawak

Kisah ini sama juga dengan kisah Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang mana Anwar berjanji ingin memberi hak milik tanah setelah 2 minggu tawan Pulau Pinang tetapi setelah menang bukan gran tanah dihantar tetapi bulldozer datang meroboh rumah dan merampas tanah yang sebelum ini tidak oernah digangu BN sebagai pemerintah sebelumnya.

Watch "Kaum India Mesti Tengok!!! (Anwar Sivaji)" on YouTube
Orang macam inikah yang rakyat hendak percayakan sangat?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 9 January 2013

Siapa Yang Bakal Sertai KL112 Pakatan Rakyat

Tinggal menghintung hari lagi untuk Pakatan Rakyat mengejar PRU 13. Pakatan Rakyat bertungkus lumus menyediakan pelbagai strategi hinggakan khalimah Allah pun telah direlakan kepada bible versi melayu. Wahal mereka juga tahu!..... kalau bible versi melayu dikeluarkan!..... siapa golongan sasarannya? Semua itu bukan lagi menjadi hintungan tetapi yang paling penting golongan sasaran undi yang boleh terpikat dengan tawaran Pakatan Rakyat. Mereka sudah cuba raih undi LGBT, Undi Kristian, Undi Bangsa Cina (melalui sifat pilih bulu DAP), Undi taksud Amanat Haji Hadi 1981 (sebab itu Hadi engan tarik balik), Undi golongan sakit membayar PTPTN, golongan Felda (gagal) dan banyak lagi golongan sasaran yang Pakatan Rakyat rela lakukan apa sahaja, semata2 mendapat undi. Persoalan yang merugikan! Sedarkah kita yang bertapa banyak dasar Perlembagaan Negara! Hak Istimewa Orang Melayu sehingga merangkumi perjuangan Agama Bangsa dan Negara yang diwarisi untuk dipertahankan oleh moyang kita untuk kita pertahankan. Semua ini memanglah strategi menguntungkan dan memudahkan Pakatan Rakyat meraih undi, tetapi berbaloikah jika bumi dipijak milik orang?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Pakatan Rakyat Sendiri Bikin Sendiri Langgar Polisi Buku Jingga

Inilah tahap mengarutnya Pakatan Rakyat yang sendiri draf polisi Buku Jingga dan mereka juga yang langgar. Itu belum bentuk kerajaan Persekutuan sudah langgar dasar dan polisi sendiri. Bukan sikit tetapi berkali pula tu.

Ini ke yang kita dapat harapkan Pakatan Rakyat mengjaga amanah Agama Bangsa dan Negara?

GEORGETOWN - Keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian seolah-olah mengetepikan Perlembagaan Negara dan tidak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, keputusan yang diumumkan pimpinan PR semalam juga jelas bertentangan dengan Buku Jingga yang dicipta mereka sendiri sebelum ini yang kononnya mahu mempertahankan Perlembagaan Negara.

Beliau yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) berkata, jika PR terus dengan pendirian yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara, kesemua parti dalam gabungan PR tidak layak berpolitik dan terus berada di negara ini.

“Keputusan Majlis Pimpinan PR juga tidak menghormati Majlis Muzakarah Kebangsaan selain ia dilihat menganjurkan perpecahan antara kaum dalam negara ini.

“Bagi kami, ahli PR di peringkat akar umbi melihat keputusan yang dibuat menunjukkan pakatan itu angkuh dan sombong kerana mereka hanya memikirkan pendapat dan pandangan sendiri untuk memenangi hati orang Kristian bagi kemenangan pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.Mohamed Hafiz berkata, pihaknya masih menunggu jawapan dan pendirian Majlis Syura Ulama Pas berkenaan isu ini.

Beliau percaya, keputusan yang dibuat pimpinan PR itu tidak dipersetujui sepenuhnya penganut agama Kristian dan isu kalimah ALLAH sengaja dibangkitkan oleh DAP yang tidak mewakili masyarakat Kristian keseluruhannya.

“Kita tidak tahu apakah agenda DAP terutama Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang cuba memperalatkan isu agama dalam politik PR.

“Kerana mahu menagih undi daripada orang Kristian, mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun bercanggah dengan Perlembagaan,” katanya.Sementara itu, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd Yussof Latiff berkata, keputusan yang dibuat pimpinan PR itu hanya untuk kepentingan politik semata-mata.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang berkata, isu penggunaan kalimah ALLAH tidak sepatutnya dibangkitkan lagi kerana penggunaan perkataan itu jelas hanya untuk orang Islam dan sudah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan. Sumber Sinar Harian
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 8 January 2013

Akhirnya Hasutan Lim Guan Eng Berjaya Peroleh Hak Khalimah Allah Untuk Bible Versi Bahasa Melayu

Shabas PAS dan syabas Nik Aziz di atas terjemahan ini.

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju kalimah ‘Allah’ digunakan oleh golongan bukan Islam, walaupun ianya menjadi ‘hak’ orang Islam.Beliau berpendapat, penggunaan kalimah itu dikalangan bukan Islam memudahkan mereka mengenali agama suci itu dengan lebih mudah.

Bertapa hebatnya umpan Putrajaya hingga korbankan hak Khalimah Allah milik orang islam seperti yang diakui Nik Aziz sendiri untuk kegunaan bible versi melayu. Dengan alasan ini:

“Kita perlu buka ruang kepada mereka dan semoga dengan cara itu memberi peluang kepada golongan berkenaan mengenali Islam dengan lebih mudah.

Iayalah bunyinya SEMOGA bermakna Nik Aziz sendiripun tidak pasti apa nasib yang bakal menimpa masuarakat islam! terutama generasi baru dan muda yang masih mentah dalam permahaman agamanya.

Nik Aziz hanya berfikir semoga yang bukan islam memeluk islam tetapi buat-buat tidak nampak apa nasib anak-anak kita yang keliru dengan Allah yang mana satu?

Semua itu tidak penting dan semua itu bukan hintungan PAS. Sebaliknya memejuk bukan islam terutama kristian untuk memberi undi adalah lebih penting daripada nasib Agama Bangsa dan Negara!

PecahPalakMikir menyeru saki baki masyarakat islam yang masih sayangkan agamanya dari dinodai oleh hasutan halus anasir memurtadkan islam malalui permainan teknikal! Permainan pergunakan Khalimah Allah dalam modus operandi menyesatkan dan memurtadkan masyarakat islam. Bukankah pertahankan Khalimah Allah itu juga merupakan jihad?

Paling sedih PAS dan PKR tidak menghormati kuasa raja-raja sebagai ketua agama. Jadi apa lagi kita dapat harapkan dari PAS dan PKR?

SHAH ALAM 8 Jan. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang masih mempersoalkan atau memperlekehkan fatwa berkaitan larangan penggunaan kalimah Allah.Baginda amat kesal kerana titah baginda dipandang ringan oleh sesetengah pihak sehingga isu yang sama dibangkitkan semula sedangkan tiga tahun lalu, titah yang sama pernah dikeluarkan berkaitan penggunaan kalimah Allah.Justeru, baginda membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam sebagaimana fatwa yang telah diwartakan pada 18 Februari 2010.Titah baginda tersebut dikeluarkan melalui kenyataan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohd. Misri Idris di sini hari ini.Melalui kenyataan itu, Sultan Selangor melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta Kerajaan Persekutuan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam semua kitab Bible berbahasa Melayu. - UTUSANArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130108/dn_26/Kalimah-Allah-Sultan-titah-ambil-tindakan-tegas#ixzz2HMoH6XyD © Utusan Melayu (M) Bhd 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Amanat Haji Hadi PAS Sedang Mencari Petualang Demi Selamatkan Petualang



Kecoh huluMalang PAS bekerja keras untuk mengjaga reputasi PAS. Ini bukan soal siapa Haji Hadi mahupun soal Amanat Haji Hadi 1981. Ini soal maruah PAS! imej PAS, reputasi PAS dan keuntungan PAS ketika diambang PRU 13.

Apatah pula! Haji Hadi bakal dicalonkan Perdana Menteri jika Pakatan menawan Putrajaya. Itu harapan akar umbi PAS walaupun PKR dan DAP akan menghalangnya.

Bila Hadi sebagai PM! HuluMalang PAS tidak boleh membiarkan Hadi menarik balik Amanat 1981. Tidak boleh sama sekali! Kalau ditarik! Alamat hilang kepercayaan atas pagar dan paling menakutkan hilang kepercayaan akar umbi! Kena akar umbi pakat-pakat cabut lari, dek angkara hilang kepercayaan tahap kemampuan dan imej Haji Hadi, alamatnya atas pagar takut menghampiri PAS.

Itulah bahana jika menarik balik Amanat Haji Hadi 1981. Soal ini mudah difahami jika kita mengkaji perbezaan pendirian Haji Hadi sekarang dengan Amanat Haji Hadi 1981 adalah 2 perkara yang berlawanan. Sepatutnya ditarik balik salah satu. Bagaimana Haji Hadi hendak menarik balik yang terbaru sedangkan Haji Hadi pernah bermaksud "Hubungan dan kerjasama PAS dan DAP berdasarkan perlembagaan sedia ada.

Kalau bermaksud sedia ada itu! bukankah bertentangan dengan Amanat Haji Hadi 1981? Jadi bolehkah gugur amanat Haji Hadi 1981? Kalau gugur bagaimana dengan hampir separuh ahli berani mati PAS, yang taksud dengan Amanat Haji Hadi 1981? Bagaimana jika hati luluh menyesal dek tersalah pilih parti? Sanggupkah PAS ambil resiko?

Sedangkan pelaksaan Hudud dan Dasar Negara Islam PAS masih dan terpaksa bertalam dua muka dengan mengatakan tidak dilaksanakan kepada kumpulan Pakatan Rakyat demi menjaga undi bukan islam dan menafikan hudud dan negara islam digugurkan kepada akar umbi dengan alasan buat kerja tidak boleh tergopoh gapah! bila berhadapan dengan orang islam. Bila sampai masa PAS akanlaksanakan. Itulah janji yang berkumandang setiap ceramah PAS diserata ceruk negara.

Dalam isu Amanat Haji Hadi, juga digunakan kaedah yang sama! jika menarik balik amanat tersebut pecahlah tembelang dan hilanglah taring sebenar PAS yang hanya mampu raih sokongan masyarakat islam dengan hanya mengciptakan ayat bayangan (ayat berkias tidak secara langsung supaya UMNO susah menyerang balik) yang membolehkan akar umbi bertindak melampau batasan akhidah. Iaitu mengkafirkan antara sesama islam. Kalau kerajaan islam sedia ada yang sah boleh dijatuhkan dengan memberi bayangan permahaman akar umbi menjadi taksud kafirkan siapa sahaja menentang PAS. Bukankah itu strategi yang susah untuk dipatahkan? Jadi kenapa harus ditarik balik?

Sama seperti masuk PAS janji syurga! PAS berdalih mengatakan tidak pernah berkata undi PAS masuk syurga tetapi memberi bayangan ayat berkias undi PAS masuk syurga. Itulah contoh untuk menggambarkan bagaimana Amanat Haji Hadi 1981 masih berfungsi dan masih mempunyai kelebihan buat PAS. Jadi mengapa harus ditarik balik?

Pernahkah anda dengar istilah ini? PAS itu parti Islam dan kalau menentang PAS bererti menentang Islam! Kerana apa? kerana Amanat Haji Hadi 1981 berjaya menyemaikan budaya mengkafirkan siapa sahaja menjadi seteru PAS! lihat poster ini

Sebab itu rugi buat PAS menarik balik Amanat Haji Hadi 1981 sedangkan Amanat Haji Hadi 1981 banyak beri kelebihan buat PAS. Sebab itulah huluMalang perlu carikan watak petualang mengkhianati PAS tetapi kalau difikirkan kesan Amanat Haji Hadi 1981 menecah belah umat ini dan bagaimana PAS menipulasikan islam demi meraih sokongan dan pengaruh, Bukankah wajar kita melebelkan mereka sebagai petualang Agama Bangsa Negara? PecahPalakMikir sengaja luahkan! demi selamatkan Agama Bangsa dan Negara.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Video Panas Air Mata Memali Masih Mengalir

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'.

Ini menjadi isu sehingga sekarang, paling popular untuk PAS pergunakan dalam senarion untuk meraihkan undi demi menumbangkan kerajaan sah sedia ada. Dari sudut mana punca trajedi ini, PAS sengaja menyembunyikan kenapa isu ini berlaku, siapakah punya penyebabnya berlaknya isu ini. Sila baca sini

Dalam masa yang sama isu inilah menjadikan PAS meraih keuntungan segera dengan menikmati hasil wang kutipan derma tampa mengembalikan kepada anak yatim yang berhak! Mereka berjaya mengutip sejumlah besar kutipan meliputi dakyah provokasi menyalahkan kerajaan punca insiden kematian para perjuang yang mereka angkat mati berjihad. Dan dalam masa yang sama mereka berjaya mengutip sejumlah besar wang yang tidak pernah dinyatakan jumlah yang sebenarnya dan tidak pernah juga dikembalikan kepada yang berhak.

Akhirnya inilah bala! bala daro penindasan dan penipuan secara berdepan hingga menyebabkan Air Mata Memali masih mengalir tetapi bukan mengenang nasib yang terkorban tetapi nasib dikencing hidup! ditindas hidup-hidup oleh sebuah Parti yang kononya ingin menggembalikan hak islam! ingin membenteras kezaliman kerajaan yang sah! ingin membenteras penyalahan kuasa dan wang rakyat.

Sambil menyelam PAS meneguk air dan itulah wang derma dikebas! Sekarang orang terlaung-laung memperjuangkan masyarakat islam dari dizalimi kerajaan pula yang tergamak memakan harta anak-anak yatim tampa ada rasa bersalah malah masih berpura-pura hingga hari ini merea tidak ada lakukan apa-apa kesalahan.
Sumber ulasan lanjut dari video dibawah baca sini dan lihat video pendedahan C.N Al-Afghani yang lebih arif dengan situasi yang sebenarnya.

Monday, 7 January 2013

Calon-calon Siapa Patut Bertaubat - Tun Dr Mahthir



HARON Din, pemimpin Pas menyuruh saya bertaubat kerana saya telah berkata dalam bahasa Inggeris “Better the devil you know than the angel you don't".

Mungkin kerana Haron Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama dengan syaitan. Makna sebenarnya pepatah ini ialah "lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali".

Kalau Haron Din fikir saya bermaksud lebih baik saya bersama syaitan yang saya kenal daripada malaikat yang saya tidak kenal dan ini salah di sisi agama, maka dia bolehlah suruh saya bertaubat. Tak apalah.

Tetapi pada 24 Januari 1999, Nik Aziz berkata dengan jelas dalam bahasa Melayu yang saya yakin Haron Din tentu faham ia berbunyi seperti berikut, "siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA atau MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong Pas saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima".

Amat jelas dengan ini Nik Aziz sanggup terima pertolongan syaitan pun untuk Kerajaan Islamnya. Demikian pendirian Nik Aziz kerana kononnya begitu kuat perjuangannya untuk mendirikan Kerajaan Islam? Apakah jenis Kerajaan Islam hasil daripada pertolongan syaitan, sama-samalah kita fikir.

Haron Din nampaknya terima Kerajaan Islam yang didirikan dengan pertolongan syaitan. Sebab itu Haron Din tidak menegur Nik Aziz, jauh sekali daripada menuntut supaya ia bertaubat.

Saya tidak akan bertaubat kerana salah faham Haron Din berkenaan dengan apa yang telah saya katakan. Sepatutnya Haron Din meminta maaf daripada saya kerana salah fahamnya tentang apa yang saya perkatakan dalam bahasa Inggeris. Dan saya akan maafkannya kerana manusia memang lemah dan tidak pernah bebas daripada membuat kesalahan.

Orang Islam di Malaysia sebenarnya bernasib baik kerana kita semua mengikuti mazhab yang sama, iaitu kita daripada mazhab Sunni yang berimam dengan Imam Shafie. Kita tidak sepatutnya berpecah seperti orang Islam di sesetengah negara Islam lain yang berpecah kepada Sunni dan Syiah dan sering bermusuh dan berbunuhan sesama mereka.

Malangnya persahabatan dan perpaduan orang Melayu Islam di Malaysia ini ditamatkan apabila Parti Pas ditubuhkan. Dalam keghairahan Pas untuk mendapat undi orang Melayu di Malaysia, mereka sengaja menyalah tafsir agama Islam dan membuat dakwaan bahawa mereka sahaja yang Islam sehingga orang Melayu berpecah dan bermusuh sesama mereka.

Tuduhan yang pertama ialah orang UMNO kafir kerana mereka bekerjasama dengan orang kafir. Saya tidak percaya ada orang Melayu yang terima dakwaan ini. Ia tidak dibuat dengan cara yang mengikuti kehendak agama Islam. Tetapi rupa-rupanya tuduhan ini begitu berkesan sehingga berlaku sembahyang dua imam kerana kononnya imam orang yang tidak sokong Pas, kafir; perkahwinan semula orang Melayu yang berkahwin sebelum Pas ditubuh; tanah perkuburan berasingan bagi orang Pas kerana ibu bapa mereka sendiri yang dikebumikan di kubur lama dan orang UMNO tidak Islam, penolakan sembahyang jenazah orang UMNO dan penceraian serta perpecahan dalam keluarga kerana fahaman politik yang berbeza.

Kemudian Haji Hadi menokok tambah kepada perpecahan orang Melayu Islam dengan amanatnya. Haji Hadi mendakwa bahawa Pas menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO tetapi kerana kononnya mengekalkan perlembagaan penjajah, kerana kononnya UMNO mengatakan politik suku agama suku.

Sesungguhnya perlembagaan itulah yang memberi kebebasan bersuara, berparti dan berpolitik kepada Pas. Di kebanyakan negara yang diakui negara Islam tidak ada kebebasan seperti ini. Sepatutnya Pas menolak semua kebebasan ini. Tetapi sebaliknya Pas menggunakannya untuk memfitnah dan mengkafirkan orang UMNO. Islam menyuruh orang Islam setia kepada Allah, Rasul dan ulil amri, iaitu pemerintah. Pas sebenarnya tidak setia kepada ulil amri.

UMNO tidak pernah berkata politik suku agama suku. UMNO berpegang kepada ajaran bahawa Islam adalah Ad-deen, cara hidup. Cara hidup memang termasuk politik. Sebab itu UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air. Habbul watan minnal iman.

Sebaliknya Pas sekarang menerima pemimpin orang kafir yang secara terbuka menolak negara Islam Pas serta pemimpin Pakatan yang percaya kepada kebebasan tanpa had serta pluralisme dalam agama dan kebebasan keluar dari agama Islam.

Tetapi UMNO tidak akan tuduh orang Pas sudah menjadi kafir. Selagi tidak ada dakwaan oleh tokoh-tokoh Islam yang tidak berkepentingan, UMNO akan terima orang Pas sebagai orang Islam. Kita dalam UMNO masih ingin bersaudara dengan orang Pas seperti ditegaskan oleh agama Islam bahawa orang Islam itu adalah bersaudara. Perbezaan politik antara Pas dengan UMNO tidak bermakna pengasingan politik dari agama, atau agama suku politik suku. Perbezaan politik di kalangan orang Islam berlaku di mana-mana sahaja. Namun mereka semua masih Islam.

Tanpa bertaubat kerana pelbagai kesalahannya di sisi Islam, Nik Aziz telah memurtadkan tiga juta orang UMNO. Dakwaan ini dibuat olehnya tanpa usul periksa. Tidak ada kajian yang dibuat, sama ada secara ilmiah atau tidak. Ketidakadilan Nik Aziz jauh berbeza daripada ajaran Islam yang menegaskan bahawa apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Hakim tidak boleh terdiri daripada orang yang terlibat dan berkepentingan. Memurtadkan orang UMNO adalah satu ketidakadilan di sisi agama Islam.

Tetapi, Alhamdulillah, sudah ramai pemimpin dan ahli Pas yang sedar tentang kesalahan Pas dan pemimpinnya dari segi Islam. Mereka telah tidak lagi taksub dengan nama Islam yang diberi kepada parti Pas. Mereka sedar Pas bukan berjuang untuk Islam. Pas hanya ingin memperalatkan Islam untuk kepentingan politik duniawi pemimpin-pemimpinnya.

Mereka yang keluar dari Pas ini berpeluang untuk benar-benar berjuang untuk agama Islam, berjuang untuk mengembangkan ajaran Islam yang sebenar, terutamanya untuk persaudaraan dalam Islam, tentang berpegang kepada tali Allah dan jangan bercerai-berai.

Saya tidak akan suruh Haron Din bertaubat. Tetapi Haron Din harus tanya hati kecilnya sama ada dia didorong oleh agama atau politik duniawi apabila menyuruh saya bertaubat dan tidak Nik Aziz.

Pegang Tangan Dan Merempit Adalah Perbuatan Senonoh - Undang-undang Islam Kecil PAS


Fulamak ini yang duduk menjadi tanda tanya Undang-undang kecil PAS Kelantan cenderung sebelah mana pula halanya? Kadang-kadang buat tertawa sendirian pun ada bila mana terjemahan perbuatan senonoh dan tidak senonoh buat pecah palak memikirkannya?

Video Biadap Abby Abadi Fitnah Anak Melayu Langkawi Khianat Demi Setin Arak

Pecah Palak Mikir sebagai anak kelahiran Langkawi amat tercabar dengan sikap kebiadapan Abby Abadi yang melampau melemparkan fitnah menuduh anak Langkawi membuat kerja sabotaj terhadap Anwar Ibrahim sekadar dengan upah satu Tin Arak.

memang biadap tetapi tahukah Abby langkawi dibawah kerajaan mana sekarang kalau hendak melamparkan fitnah sedemikian rupa. Bukankah Langkawi di bawah kerajaan Kedah dan mengapa PAS sampai sekarang gagal mengawal arak di Kedah? Boleh Abby Jawap?

Keduanya! Adakah Abby bersikap biadap melempar tuduhan atas cakap-cakap orang sahaja ada bukti ke tidak untuk berbuat sedemikian. Kami anak Langkawi amat terhina dengan manusia yang pakai tudung tanpa anak tudung sampai nampak cuping telinga. Apa tergopoh sangatkah hendak bertudung sampai tidak sempat hendak memakai anak tudung.

Ketiganya apa ingat anak langkawi kaki botolkah? Tetapi Abby dulu bagaimana ketika bersama kumpulan Elite, terjoget-joget masuk keluar PUB ada tak menjamah air kencing syaitan? Ada ke tidak? dengan pakai seksi terdedah sana sini dan sekarang baru bergelar ustazah celop bersikap sudah biadap! biadap! biadap menghina Anak-anak Langkawi tergamak buat kerja khianat semata-mata setin arak. memang keturunan bangsat!!!

Sunday, 6 January 2013

Gempar Ber'Shit CEC DAP Bakal Dilancarkan


Kalau Pakatan Rakyat boleh menggerakkan Bersih 1 2 3 demi menuntut SPR tulus dan bersih! Sudah tentulah Bershit wajib dilancarkan demi menuntut undi CEC bersih dan tulus!

Apatah kenapa hanya undi Zairil Khir Johari dan Vincent Wu yang didapati silap, kononnya yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.

Bagaimana dengan nasib undi calon melayu DAP lain. Tidakkah ada kesilapan atau penipuan undi berlaku. Sekarang semakin jelas CEC tidak tulus dan sepatutnya ROS mengadakan siasatan. Jika didapati bersalah boleh di ambil tindakkan ke tahap pengharaman DAP.

BAGAN DATOH - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Pendaftar Pertubuhan (RoS) melakukan siasatan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, hanya RoS yang boleh menyiasat perkara itu."Dan jika didapati ketelusan tidak ada maka mungkin RoS boleh mengeluarkan kenyataan terhadap hasil siasatan itu.

"Itu terpulang kepada RoS untuk mengharamkan DAP atau tidak," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan 1 Ihsan Samudera Bagan Datoh kepada 876 nelayan di sini, hari ini.Sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini melaporkan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC yang diumum 15 Disember tahun lalu dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini berada pada kedudukan 20.

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.Ahmad Zahid mendakwa alasan DAP kononnya berlaku kesilapan dalam pengiraan undi itu adalah bagi membolehkan mereka meletakkan Zairil sebagai wakil Melayu dalam CEC.

"Maka mereka menyusun strategi yang kononnya kiraan undi itu salah selepas tiga minggu (pemilihan). Ini memperlihatkan mereka tidak telus.

"Tetapi kalau pengundian itu dibuat selepas sehari atau dua (hari) mungkin munasabah tetapi apabila media memberikan komen maka mereka cuba untuk mengelirukan keadaan kononnya mengira semula undi," katanya. - Bernama
Published with Blogger-droid v2.0.9