Friday, 22 November 2013

Anwar Lebih Takut Kerja Pendakwa Raya Dari Hakim Yang Buat Keputusan


Kadang-kadang cara Anwar mengelak dari kes Liwat 2, cukup pelik. Apa masalah dengan siapapun Ketua Pendakwa Raya. Mereka cuma buat kerja mendakwa dengan menggunakan kepakaran sendiri tetapi inipun jadi isu.

Peguam PKR, N Surendran , berkata keputusan melantik  Muhammad Shafee akan sebagai ketua pendakwa raya menggendalikan kes Liwat 2, dianggap melanggar konsep keadilan dalam perundangan negara, pada ketika umum mengetahui hubungan rapat Muhammad Shafee dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak serta Umno.

"Keputusan tersebut bertentangan dengan setiap konsep asas kesaksamaan dan keadilan dalam sistem perundangan kita.

"Dalam membuat keputusan itu, Mahkamah Persekutuan gagal dalam tugas mereka berlaku adil kepada Anwar sebagai orang yang dituduh untuk mendapatkan keadilan daripada mahkamah," kkatanya yang juga salah seorang peguam dalam pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keputusan itu mengejutkan kerana tidak pernah dalam sejarah perundangan Komanwel seseorang berstatus seperti Muhammad Shafee akan dilantik sebagai ketua pendakwa raya, malah ia hanya mengakibatkan keyakinan umum terhadap sistem kehakiman negara semakin parah.

"Keputusan tersebut menyebabkan standard pendakwaan di Malaysia rendah dan memalukan.

"Ia hanya akan mengakibatkan keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman negara semakin parah," katanya.

Ahli Parlimen Padang Serai itu turut mendesak Najib supaya menjelaskan mengapa peguam peribadinya itu dilantik mengetuai kes pendakwaan Anwar serta mahu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memecat Muhammad Shafee.
Apa jua alasan  N Surendran memang patut ditolakpun dan apa jua alasannya tidak menjejaskan keadilan kehakiman negara. Hakim yang bakal putuskan keputusan dan bukan pendakwa raya. Kalau asyik tukar itu ini bila kes nak selesai?

Apa masalahnya  Muhammad Shafee akan dilantik sebagai ketua pendakwa raya atau Anwar mahu kerajaan letakan lepas graduan di bidang undang-undang jadi Ketua Pendakwa Raya. Banyak cantik muka kau?

Legasi Tokong Chong DAP Sarawak Bersaing Dengan Legasi Guan Eng

Sekarang Sarawak telah nampak siapa bakal menjadi tokong DAP yang punyai modus operandi yang mungkin sama dengan DAP Penang. 

Ini berikutan kerana kerana alasan remeh-temeh boleh menjadi alasan kukuh untuk tendang keluar mana-mana ahli ynag mungkin di anggap persaing besardalam mengejar tunggak DAP Sarawak.

Pemecatan ini berlaku kerana kerana Fong tidak membayar wang kutipan bulanan yang sepatutnya dibayar kepada parti. 

Adakah ini berbentuk wang pelindungan atau alasan menyingkir kerana agenda tertentu. Itulah Fong's kalau dulu sertai PKR bukankah senang. Andaikatalah tiba-tiba Fongs berhajat untuk sertai PKR adakah Anwar akan bersetuju?

Thursday, 21 November 2013

Kerajaan Berlajawan Berkhidmat Khalid Kompaunkan RM50,000 Keraoke RM1 Kedai Makan Tepi Jalan

Makk aii Dahsyatnya Khalib cari duit untuk Kerajaan Selangor sehingga tergamak kompaun kedai makan tepi jalan RM50,000 kerana kesalahan buka karaoke RM1. Itu belum kisah gerai nasi lemak tepi jalan juga menjadi mangsa kompaun gila babi. Lihat pendedahan maha zalim ini...


Bajet Selangor 2014 yang bertemakan ‘Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat’ dipertikaikan lantaran terdapat rakyat yang ditekan melalui kompaun dan kenaikan cukai di negeri itu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi, terdapat beberapa rakyat di kawasannya dikenakan kompaun yang ‘tidak masuk akal’ kerana tidak mempunyai lesen perniagaan.

“Saya bagi contoh, ini dalam kawasan saya ada satu orang kampung yang berniaga nasi lemak dikenakan kompoun RM1000.

“Satu lagi contoh, orang-orang kampung ada karaoke di gerai makan dan kenakan bayaran RM1 untuk satu lagu. Orang kampung nak hilangkan tekanan lepas balik dari sembahyang, nak dengan lagu P. Ramli, nak menyanyi dia bayar satu lagu RM 1 sahaja. Tak ada perempuan-perempuan cantik, tak ada dadah dan minuman keras.

“Apa yang terjadi, dia dikompaun sebanyak RM50,000. Peralatan di gerainya itu baru berapa ringgit, tapi kenapa nak kompoun sampai RM50,000,” soal beliau dalam satu sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri hari ini.

Menurutnya, perkataan maslahat yang digunakan dalam tema bajet negeri 2014 itu indah maksudnya namun ia tidak diaplikasikan oleh kerajaan negeri.

“Awak (kerajaan Selangor) nak sebut pasal awak baik kepada rakyat. Kalau dia (peniaga) tiada lesen, baiklah…tapi ajar dia bagaimana nak buat lesen, jangan terus kompoun,” tegasnya lagi.

Menurutnya lagi, golongan ini wajar diberikan garis panduan mengenai cara bagi mendapatkan lesen perniagaan dengan sah sebelum dikenakan kompaun.

Tambah Budiman, tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memperkenalkan beberapa cukai baharu seperti cukai perparitan dan cukai perkuburan juga dilihat menambah bebanan rakyat.

“Saya menerima aduan daripada penduduk yang difahamkan mereka dikenakan taksiran cukai sebanyak RM28,347 bagi tanah berukuran 457 kaki persegi,” kata beliau

Menurut beliau lagi, kerajaan negeri dan PBT perlu bertindak lebih telus dalam melaksanakan undang-undang dan peraturan agar tidak membebankan rakyat terutamanya yang tinggal di luar bandar. sumber

Wednesday, 20 November 2013

Bukti Video BERBELAS BOEING 747 MENDARAT DI KLIA MEMBAWA PENGUNDI HANTU PRU13 Dinafikan Anwar Ibrahim

Datuk Seri Najib telah sampai ke Bangladesh hanya 2 misi dan salah satunya untuk mencari kumpulan 40000 pengundi hantu yang mengundi BN pasca PRU13, tetapi gagal. Idea isu ini datang daripada Anwar tetapi sekarang Anwar menafikan dirinya pernah berkata wujud 40000 pengundi hantu. Jadi adakah video ini klon Anwar Ibrahim? Bagaimana bukti Video BERBELAS BOEING 747 MENDARAT DI KLIA MEMBAWA PENGUNDI HANTU PRU13 boleh dinafikan Anwar Ibrahim?


Teringat pula Anwar pernah berkata untuk bersara jika gagal PRU13 dan sekarang sudah apa ceritanya pula dengan isu ini. Cuba kita lihat apa yang pernah dipaparkan pada blog Keadilan Rakyat 2 Mei 2013


Jadi Sekarang bagaimana Anwar hendak menafikan lagi?


Kemelut Dalaman PAS DAP Penang Terburai Satu-persatu

Sejak-jemenjak ini baru PAS sedar yang langit itu tidak selalunya cerah dan kerana semalam mengakibatkan habis 7 keturunan PAS dikikis habis-habisan oleh DAP. Ini bukan sekadar perumpamaan tetapi inilah bahana akibat terlampau terkejar kuasa dari janji air liur DAP.


Merujuk Badan Perhubungan PAS PULAU PINANG - Sidang Media Khas.

Pada 19 Nov 2013 antara jam 1400 hingga 1440 bertempat di Bilik Teratai, Safira Country Club, Sbrg Jaya, SPT. Badan Perhubungan PAS PULAU PINANG telah mengadakan Sidang Media Khas. Majlis telah dipengerusikan oleh Afnan hamimi bin Taib Azamudin - Setiausaha DPPAS Negeri Pulau Pinang/AJK PAS Kawasan Permatang Pauh.
Isu Pas dipinggirkan

1) PAS Pulau Pinang dengan penuh hormat akan menarik diri serta meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya tuntutan dan ketetapan ini tidak diambil serius oleh pihak Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.

2) PAS Negeri Pulau Pinang akan mengkaji kembali kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang jika tidak lagi diperlukan dalam Kerajaan Negeri, demi memelihara prinsip dan maruah perjuangan.

3) PAS Pulau Pinang dengan penuh hormat akan menarik diri serta meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas PRU 13 ini, kerajaan Pulau Pinang seperti meminggirkan PAS negeri Pulau Pinang dimana tiada perbincangan yg dilakukan bersama Pas negeri Pulau Pinang.


Sementara itu perkara ini telah dinafikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim menafikan PAS negeri dipinggirkan dan diketepikan dalam pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin DAP. 


Beliau yang juga Naib Pengerusi PKR negeri, berkata PAS negeri sepatutnya menggunakan saluran yang tepat dalam membangkitkan isu tertentu seperti Majlis Mesyuarat Pakatan Pembangkang.


Hakikatnya situasi ini telah lama menjadi barah bernanah dikalangan akar umbi PAS Penang. Akhirnya rasa ketidakpuasan hati ini mebuak-buak dan membangkitkan PAS Pulau Pinang dengan penuh hormat akan menarik diri serta meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Kalau mereka ini benar-benar dari kalangan mempunyai jawatan, portfolio bermakna isu ini membuktikan isu dalaman PAS bersama DAP, sebenarnya telah lama bernanah dan sekarang sakitnya bisa nanah itu semakin merebak menjadi barah hinggakan mulutpun tak mampu menahan untuk menahan jeritan kesakitan. 

Jadi bagaimana untuk dinafikan lagi?

Jadi untuk apa berpura-pura lagi walhal mereka sendiri sudah cukup terasa sakit menanggung azab dipermain-mainkan DAP?

Monday, 18 November 2013

PAS Desak DAP Pulau Pinang Laksanakan Hudud


Macam tidak percaya PAS kali ini berani mengdesak DAP Pulau Pinang dan PKR Selangor menggambil langkah sama seperti PAS Kelantan laksanakan Hudud. Setelah 20 tahun Hudud diluluskan dan sekarang baru berani bersuara kenapa?

Namun bergitu ini masih diperingkat usul, supaya negeri-negeri di bawah pentabiran PR melaksanakan hudud akan dibentangkan pada Muktamar Pas ke-59, demikianlah seperti diujarkan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Merujuk Harakah, 7 Okt: Wacana Perlaksanaan Hudud di Negeri Kelantan semalam antara lain merumuskan bahawa Kelantan berhak dan boleh melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) 1993.

Malah, menurut Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad salah seorang panel wacana itu berkata, undang-undang itu perlu dilaksana segera kerana sudah 20 tahun diluluskan tanpa perlaksanaan.


Apakah puncanya undang-undang ini terbengkalai?


  1. Mungkin disebabkan pengaruh Anwarinas yang lebih berkuasa di dalam PAS tetapi situasi sekarang adalah berbeza kerana Anwar masih dalam dilema kekecewaan.
  2. Mungkin juga PAS bergitu terdesak setelah prestasi pasca PRU13, PAS terasa dihukum rakyat majoriti Islam yang rasa terperdaya dengan permainan janji melaksanakan Hudud.
  3. Mungkin kali ini DAP sengaja memberi sedikit ruang untuk PAS mendapat kembali sokongan sebelum mereka meneruskan agenda lain.
  4. Mungkin ini adalah gimik sebelum PRU14 menjelma dan bakal menjadi senjata untuk kambing hitamkan UMNO BN bila PAS sekali lagi gagal laksanakan hudud. Cuma kali ini dengan kaedah 3 negeri Pakatan bakal laksanakan Hudud.

Ini adalah antara sebab sebelum dan selepas Hudud PAS gagal. Persoalannya sejauh mana bersungguh-sungguhnya Tuan Ibrahim mendesak negeri Pakatan ambil bahagian. 

Andaikata jika kita masih ingat bagaimana Tuan Ibrahim menjadi api dalam serkam mengkhianati nasib Hasan Ali, yang bersungguh-sungguh melaksanakan Hudud dalam PAS sebelum ianya dipecat? Lihat video ini

Inilah yang paling dikhuatiri jika PAS sekali lagi menjadikan pelaksanaan undang-undang Hudud sebagai modal meraih populariti tetapi keputusan akhirnya tetap tidak terlaksana 

Akibatnya bangsa melayu islam akan terus-menerus menjadi bahan cercaan kaum lain. Adakah PAS sudah serik dengan hukuman kekalahan PRU13 atau PAS masih bersangka ini modal terbaik menjatuhkan UMNO?

Sebagai seorang yang beragama islam kita akan menyokong 100% jika PAS bersungguh-sungguh melaksanakan, kerana ini masa paling sesuai dan tersesak jika merujuk ancaman baru terhadap umat islam Malaysia seperti yang PPM pernah tulis dipautan ini. tetapi jika PAS mengkhianati sekali lagi adakah kita perlu merelakan permainan kotor ini?