Tuesday, 11 February 2014

#PrkKajang Tun Dr mahathir Dedahkan Apa Perbezaan Taib Dengan Anwar



Sarawak kekal memiliki pemerintah yang disokong kuat oleh rakyat apabila parti pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud berjaya memenangi banyak pilihan raya sebelum ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun menurut bekas perdana menteri, apabila usia semakin lanjut, seseorang pemimpin itu juga perlu sanggup berundur untuk memberi peluang kepada orang lain.

Beliau berkata di bawah teraju Taib, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tunjang BN Sarawak dilihat memiliki perpaduan yang cukup mantap, kemas, kuat dan banyak menyumbang jasa kepada Sarawak menerusi projek pembangunan yang dibawanya.

"Saya harap siapa jua yang ganti (Taib) nanti akan dapat sokongan yang sama dan tidak ada permusuhan antara bakal pengganti," katanya.

Taib, 78, yang merupakan Presiden PBB dan pengerusi BN Sarawak, mengumumkan hasrat untuk berundur sebagai Ketua Menteri ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PBB dua hari lepas, namun semasa mesyuarat parti komponen BN negeri semalam, beliau tidak menyatakan tarikh untuk berbuat demikian.

Ditanya pandangannya jika pengunduran Taib akan memberi kesan kepada PBB, Dr Mahathir berkata sedikit sebanyak ia akan memberi kesan, namun menurutnya beliau yakin dengan perpaduan mantap yang dimiliki, parti itu akan terus cemerlang.

"Saya fikir PBB masih kuat. Kita seharusnya ambil kira soal parti juga, tidak kira siapa pemimpinnya. Parti ini (PBB) banyak berjasa kepada Sarawak, banyak pembangunan yang dilakukan oleh pemerintahan parti ini di bawah Abdul Taib Mahmud, saya yakin penggantinya juga akan dapat berbuat demikian nanti," katanya

Sementara itu, mengulas mengenai pilihanraya kecil DUN Kajang Dr Mahathir berkata beliau berharap pengundi sudah cukup bosan dengan sandiwara sebuah parti yang sengaja hendak mengadakan pilihan raya kecil walaupun ia tidak ada halangan dari segi undang-undang.

Beliau berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai calon pilihan raya kecil itu baru-baru ini, sebenarnya tidak menghormati undang-undang apabila terus memperkatakan dalam ceramahnya soal perbicaraan kes yang sedang dihadapinya di mahkamah.

"Orang tak hormat undang-undang tak ada hak jadi pemimpin. Pemimpin mesti orang yang pegang kepada undang-undang dan peraturan, barulah negara aman. Kalau kita dapat seseorang yang tidak hormati undang-undang sebagai pemimpin, negara akan rosak," katanya.

Dr Mahathir ditemui pemberita selepas menerima kunjungan pengayuh basikal solo, Wan Hashim Wan Mahmood, 68, di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya Isnin.

Pilihan raya kecil DUN Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini ekoran peletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Jan lepas

4 comments:

  1. Taib Mahmud dan Madir adalah 2 jaguh dunia dalam songlapan, jadi nak katakan Anwar tak mematuhi undang2 itu salah, Anwar hanya lawan undang2 Madir yg menekan rakyat. Yang Taib Mahmud itu menang sebab penipuan demi penipuan dalam PRU.

    ReplyDelete
  2. ..tak kisah aljuburi nak liwat sapa pun tapi peliwat tak buleh jadik pm msia.. taqbir !.. laung mat sabu barua aljuburi.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Anoy 15:27 masih buta atau otak jem. Masih tak nampak DSAI yg sebenar

    ReplyDelete
  4. Aku tak sokong aljuburi dgn china doll....

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.