Hebat betul melayu celup ini. Bila Kepala besar puak-puak DAP, yang diketuai Lim Guan Eng secara berkumpulan pijak gambar Najib. Tidak pula mamat ini bersuara. Malah menggelar melayu sama dengan Anjingpun tidak pula dia ambil kisah tetapi bilamana Teresa dalam ketakutan akibat perbuatan biadapnya sendiri terhadap Melayu pandai pula dia bersuara.
Pemimpin DAP di P.Pinang iaitu Zairil Khir Johari menyelar tindakan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyembelih ayam dan melumur darah kepada gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.
Ia boleh dianggap sebagai gila dan tidak berhak dipanggil orang Islam. Ahli Parlimen (MP) Bukit Bendera itu menegaskan, tindakan NGO tersebut dalam satu demonstrasi hari ini di Kuala Lumpur adalah memalukan.
"Ini memang kerja gilalah. "Tindakan ini buat malu Islam, buat malu Melayu dan buat malu Malaysia," kata Zairil kepada TMI.
Sebelum ini, sekumpulan lebih kurang 50 individu yang menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.
Inilah cara sebenar DAP yang hanya pentingkan puak-puaknya sahaja tanpa perdulikan samada perbuatan mereka ini boleh menggugatkan perpaduan di Malaysia dan perperangan antara agama di Malaysia.
Yang mereka tahu buat apa sahaja asal negara berpecah-pecah, berpuak-puak supaya senang masuk jarum rampas kuasa. Tetapi sempat juga mendabik dada memperjuangkan Perpaduan Kaum. Perpaduan kaum pada tema sahaja tetapi hakikatnya memecahbelahkan kaum. Kalau ada yang menafikan tulisan ini, cuba tanya buakankah Lim Guan Eng yang mula-mula sengaja memperbesarkan isu Khalimah Allah?
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.