Monday, 8 December 2014

Apa Lagi @DrWanAzizah Tidak Puas Hati Tetapi Takut Dengan @AzminAli

Sudah berbulan Azmin Ali jadi Menteri Besar Selangor rupa-rupannya dalam diam masih berbunyi suara tidak puas hati.

Yang peliknya suara tidak puas hati ini dilepaskan kepada Adun-adun yang dituduh telah menarik balik sokongan mereka kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar. Walaupun bukan dari suara Wan Azizah sendiri tetapi sebagai Presiden PKR tidak bolehkah Wan Azizah hentikan semua ini?

Kenapa memesti memerangi Adun sedangkan tidak sejentikpun berani menyentuh Azmin Ali.

Sama seperti perangai Anwar Ibrahim bila gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia pada PRU13. Habis orang lain dipersalahnya kerana takut orang tuntut janjinya sendiri untuk bersara dari politik.

Bergitu juga Wan Azizah sudahlah ADUN kajang dipaksa lepaskan Jawatan untuk membolehkan Wan Azizah bertanding. Yang pada mulanya sekadar hendak membantu rakyat kajang dan menafikan kononnya mengidam jawatan Menteri Besar Selangor.

Sekarang bukan rakyat kajang yang dibantu sebaliknya tdiak habis-habis menyelah pelbagai pihak kononnya gagal menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor. Apa bezanya Anwar dengan Wan Azizah.

Yang paling menyedihkan adakah Wan Azizah peka dengan permasalahan rakyat Kajang jika ketika Kajang Banjir dia pergi melancong bersama Anwar?

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.