Monday, 8 December 2014

Modus Operandi Pihak Ketiga Melaga-laga Dato Sri Fadillah Vs Tan Sri Adenan Satem

Semenjak Tan Sri Adenan Satem dilantik sebagai Ketua Menteri baru. Tentulah situasi musuh-musuh Pehin Sri Taib Mahmud akan mengubah hala serangan kepada lebih menjatuhkan Tan Sri Adenan Satem. 

Tetapi akhir-akhir ini bukan masalah serangan luar menjadi ancaman utama mencabar kredibiliti Tan Sri Adenan Satem, tetapi masalah utama adalah ancaman dalaman sendiri. 


Suasana politik Sarawak semenjak Tan Sri Adenan Satem Sebagai Ketua Menteri baru.


PPM bersetuju dengan kenyataan dari sebahagian petikan blogger Whizzekid yang mendedahkan 



"Adenan Satem Ketua Menteri dan pemimpin di mata rakyat Sarawak telah membuat langkah yang tepat di dalam 10 bulan pertama pentadbirannya. Beliau telah berani melangkah untuk membasmi pembalakan haram dan rasuah serta telah pun memberikan sekolah jenis kebangsaan Cina dengan dana sebanyak RM 3 juta."


Ini adalah kenyataan yang tepat faktanya dan sukar untuk dinafikan oleh mana-mana portal blogger luar mahupun dalaman.

Tetapi mereka (terutama Sarawak Report) tidak akan mendedahkan ketegasan Tan Sri Adenan Satem bukan sahaja menyusahkan pelbagai pihak di luar tetapi ianya tidak terkecuali untuk mana-mana yang rapat dengan Ketua Menteri berdasar ketegasan yang sama. 

Secara tidak langsung Tan Sri Adenan Satem telah mencipta musuh-musuh yang kecewa.


Sarawak report tuduh Adenan Satem ingin membawa masuk UMNO

Peranan Sarawak Report untuk membuat pelbagai spekulasi tentang Tan Sri Adenan Satem memang menjadi sesuatu yang ruting demi mencapai matlamat pro pembangkang.

Sarawak Report sedar kunci utama menjatuhkan Tan Sri Adenan Satem adalah sentiviti penduduk Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum.

Tan Sri Adenan Satem seorang pemimpin yang pasti mempunyai anutan agama yang sama dengan UMNO. Dan ini titik besar Sarawak Report untuk mensasarkan dengan apa tindakan UMNO di semenanjung untuk dikaitkan dengan Sarawak yang sebahagian besarnya beragama Kristian.

Komposisi Kaum Di Sarawak
  • Iban 29% (Kristian)
  • Chinese 24% (Kristian, Budha & Muslim)
  • Malayu 23% (Muslim)
  • Bidayuh 8% (Kristian & Muslim)
  • Malanau 6% (kristian & Muslim)
  • Orang Ulu 5% (Kristian)
  • Other 5%

Berdasarkan komposisi di atas, sudah pasti Ketua Menteri Sarawak tidak terbawa-bawa dengan sentimen UMNO Semenanjung. Sebagai Ketua Menteri beliau sudah pasti memahami situasi Sarawak dengan Semenanjung jauh berbeza.

Pernahkah Sarawak Report terbitkan kenyataan setiap keluarga Muslim di Sarawak terdapat sekurang-kurang seorang dari kaum keluarga yang beragama kristian? Ini lumrah kerana budaya kawin campur tanpa ada gejala murtad seperti kes Lina Joy. Isteri PPM sendiri keturunan cina Pucau + Malanau + Melayu + Iban. Walaupun keluarga mentua PPM islam tetapi nenek mereka masih Iban beragama Kristian. Sebab itu tahap menghormati antara agama di Sarawak adalah tinggi dan berbeza di Semenanjung.

Undang-undang Syariah

Perkara yang utama yang gagal disentuh Sarawak Report undang Syariah Sarawak adalah berbeza dengan Undang-undang Syariah Selangor dalam bab bible berbahasa Melayu.

Tiada halangan di Sarawak tetapi menjadi isu besar buat Selangor. Oleh itu Sarawak Report tidak akan sentuh isu ini kerana setiap negeri mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang termaktub di setiap negeri. 

Komposisi kaum dalam parti PBB

Sarawak report juga gagal membezakan tahap pemikiran Liberalsasi Sarawak dengan semenanjung yang terang-terang berbeza. PBB adalah terdiri daripada PBB Bumiputera dan PBB Pesaka.

PBB Bumiputera terdiri daripada muslim tetapi juga bercampur dengan melayu Malanau yang setengah dari darinya bukan beragama islam.

PBB Pesaka terdiri melayu bukan beragama islam tetapi juga terdapat yang muslim.

Ini cukup berbeza dengan UMNO yang terdiri dari melayu beragama islam. Jadi dari segi polisi antara kedua parti sudah tentu jauh berbeza dalam mempertahankan pengukuhan antara ahli dalam parti.

Ini sahaja sudah cukup membezakan antara UMNO dengan PBB. Ada pernah Sarawak report terangkan?

Ada banyak isu disentuh Sarawak Report tetapi untuk kali ini PPM cuba tumpukan kepada peranan pihak ke-3 yang cuba melaga-lagakan perpaduan PBB Sarawak.


Isu pihak ke tiga dalam politik Sarawak


Bukanlah sesuatu yang mengejutkan dengan apa yang blog Whizzekid dedahkan. Kerana ini perkara biasa dalam mana-mana suasana pencaturan politik di Sarawak mahupun di Semenanjung. Ini petikan dari blog  Whizzekid



Tiga nama-nama terkemuka yang disebut adalah Abg Jo, Fadillah dan Tengah.
Abang Jo mendapat saingan hebat di antara Tengah dan Fadillah. Abang Jo telah mengambil langkah untuk menjauhkan diri daripada kedua-dua pemuda ini. Mereka semua kelihatan sangat rapat dan mesra di khalayak umum padahal mereka ini boleh menikam dari belakang bila-bila masa sahaja. 

Fadillah pula tengah memerhatikan dan mengidamkan kerusi yang didambakan olehnya sekian lama. Tengah berdiri di persimpangan jalan, dan dia akan memastikan bahawa Tengah juga akan dikurung dan terus berkhidmat kepada singa lapar..??? 

Ini sememangnya cukup nakal dan PPM percaya cerita ini bermula dari petikan artikel Sarawak Report. Kemudian Whizzekid balas serangan dan datang Unspinners sebagai pingan nasi tambah. 

Persoalannya siapa salurkan sumber kepada ke tiga-tiga pihak dalam peperangan ini? Tetapi benarkah melibatkan individu yang dinyatakan atau sekadar mainan pihak bawahan yang tidak puas hati atas kedudukan mereka sendiri dalam parti? Lalu menggunakan nama-nama ini untuk memanaskan kedudukan pihak yang mereka risaukan.

Theunspinners penambah nasi tambah

Kenapa PPM mengatakan Unspinners sebagai pingan nasi tambah? Lihat petikan ini?
Satu gambar tersebar menuduh YB Dato Fadillah menghadiri mesyuarat MKT UMNO.

Tujuannya menggambarkan seolah-olah Fadilah terlalu rapat dengan UMNO dan bercita-cita mahu bawa UMNO ke sarawak. Ini bertujuan untuk buat rakan komponen UMNO di Sarawak marah.

Adakah benar?
PPM tidak faham dimana ayat yang menyata ada cubaan Yb Dato Fadillah membawa UMNO ke Sarawak? Dan sasaranya menyentuh Audie dan Aziz anak kepada Adenan Satem.

Apa yang PPM tahu setakat ini Sarawak Report cuba mengaitkan Tan Sri Adenan Satem sebagai cuba membawa pengaruh UMNO masuk Sarawak. Seperti yang telah dijelaskan di atas.

Sekarang tindakan Unspinners cuba menggambarkan seolah-olah Aziz mengarah jenteranya serang Fadillah untuk mengalih isu yang YB Fadillah yang berbuat sedemikian.

Persoalannya siapa pemberi sumber kepada Unspinner dapat hingga menyerang sedemikian rupa? Dan adakah tindakan Sarawak Report dari sumber yang sama?

Peranan Dato Sri Fadillah dengan UMNO

Perlu PPM percerahkan Dato Sri Fadillah adalah ikon yang besar sedang berkembang di Sarawak. PPM sendiri amat Menyanjungi tahap kepimpinan beliau. 

Sebagai seorang Menteri Penuh dan Penasihat Kewangan Pemuda BN. Tentulah hubungan rapat dengan UMNO tidak dapat dielakan. Malah tidak layak dituduh sedemikian kerana itulah tanggungjawap beliau sebagai Menteri Penuh.

Malah kalau ditanya kepada rakyat Sarawak siapa bakal calon pelapis Ketua Menteri baru Sarawak sudah tentu ada yang yakin menjawap YB Fadillah. Ini tidak salah kerana orang melihat atas kredibiliti beliau sendiri.

Tetapi bukankah tindakan unspinner mengeluarkan artikel sedemikian  cuba melaga-lagakan hubungan YB Fadillah dengan Tan Sri Adenan Satem dan YB Fadillah dengan Anak Tan Sri Adenan Satem iaitu Aziz?

Hakikatnya hubungan mereka tidaklah sedemikian rupa. 

Sentimen Sarawak for Sarawakian

Sebelum Unspinner ingin mengulas melalui gelombang sedemikian. Adalah lebih baik Unspinner fahami dulu apa dengan gerakan sentimen Sarawak For Sarawakian di Sarawak.

Itu yang sedang dimain-mainkan Sarawak Report dengan mengaitkan UMNO dengan Ketua Menteri dan sekarang Unspinner bawa masuk YB Fadillah pula?

Jika Unspinner menambah nasi macam ini, bukan setakat melumpuhkan YB Fadillah, Tan Sri Adenan Satem malah BN Sarawak sendiri akan terjebak dengan propaganda yang melampau. Yang paling seronok Sarawak report telah mendapat maklumbalas dari blogger dalam BN yang menulis artikel yang hampir sama walaupun cara pendekatan penulisan berebeza.


Hubungan Audie dengan YB Fadillah



Audie antara jentera BN yang bergerak mempromosikan BN Sarawak seperti juga kem lain iaitu Sarawakiana, FOBN Sarawak, Expendables dan banyak lagi. Semuanya sama sahaja dari segi modus operandi mahupun targetnya.



Disini timbul persoalan adakah hubungan rapat Audie dengan Aziz berlaku sebelum Ketua Menteri baru menjadi bahan kerisauan setengah pihak?


Lebih melucukan bila Audie dikaitkan dengan memerangi YB Fadillah. Wahal Audie lah yang sering bertindak mengeluarkan pelbagai poster untuk menaikan nama YB Fadillah.

Lagipun mamat Audie kalau kaya tidaklah selalu turun padang dengan pakai Ipsum cabuk yang berusia 15 tahun tidak bertukar-tukar sampai sekarang.

Sebenarnya ini tidak perlu berlaku perasaan iri hati, kerana semua kem ini mendapat perhatian Ketua Menteri sebagai pejuang BN Sarawak.

Aziz Adenan Satem

Agak melucukan bila Unspinner mendedahkan:

Sepanjang yang berlaku dalam PBB, orang yang kuat memusuhi Fadilah dulu adalah Aziz Adenan, anak Ketua Menteri yang bercita-cita mahu jadi Ketua Pemuda PBB. 
Tapi dalam pemilihan yang lepas, dia hanya bertanding Naib Ketua Pemuda dan keputusan yang diperolehinya sangat teruk berbandung beberapa calun2 yang bertanding. Hanya mennjukkan dia belum diterima lagi. 
Ketika menuju PRN yang lepas, Aziz yang mengetuai UMB PBB banyak melibatkan diri menyerang pemimpin-pemimpin PBB melalui blog-blog yang dia ingat rahsia tapi ramai boleh trace kearahnya hanya dari penulisan.
Tindakan Unspinner tidak ubah seperti mencabar kredibiliti Tan Sri Adenan Satem seolah-olah tidak tahu mengjaga anaknya. Malah cubaan bahaya melaga-lagakan Fadillah sebagai subjek menggagal kedudukan Ketua Menteri.

Formula BN Sarawak

Adalah salah untuk Unspinner untuk kaitkan TERAS dengan Audie tanpa memahami Formula BN Sarawak? Berbalik kepada sejarah lama zaman Taib Mahmud. 

PBDS asalnya dari SNAP, 
PRS asalnya dari kerusi PBDS 
dan SPDP dari SNAP.

Kisah sama dan pertelingkahan yang sama berlaku kepada TERAS sekarang. Kesimpulannya BN Sarawak mempunyai formula yang amat berbeza dengan BN Pusat yang harus merangkumi semua komposisi kaum di Sarawak.

Jadi apa yang bakal berlaku kepada TERAS belum dimutamadkan.

Modus Operandi Pihak ke Tiga

Huh topik ini paling PPM tidak suka menulis sebenarnya. Tetapi perlu PPM ulaskan sedikit demi mempercerahkan keadaan sebenar. 

Bila disebut perang dingin dalaman parti, percaya ke tidak semua parti baik dalam Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat tidak terlepas dari pelbagai spekualasi dan pelbagai propaganda dari pihak-pihak yang mahu proksinya naik.

Ini lumrah! Situasi pembabitan pihak-pihak tertentu cuba membangkitkan syak wasangka juga boleh dilihat demi kepentingan tersendiri.

Yang menariknya disini apabila subjek utama memulakan serangan Sarawak Report, disambut keritikan nakal WHIZZEKID, disambut oleh Unspinnner sebagai pingan nasi tambah. Jadi ingin PPM ajukan soalan siapa serang siapa?

Kalau betul tekaan Unspinner hak milik Aziz tetapi siapa pula yang membawa sumber kepada Unspinner dan dari kem mana?
Sarawak Report pro pembangkang memang peranannya memecahkan perpaduan BN dan kepercayaan rakyat Sarawak. 
Whizzekid blogger tempatan yang PPM percaya antara orang yang terbabit dengan politik tempatan manakala Unspinner dari mana. 
Paling menarik penulisan Unspinner serentak dengan Sarawak report. Adakah ini kebetulan atau dari sumber yang sama. Kalaulah dari sumber yang sama, siapa?

Oleh itu baik Whizzekid mahupun Unspinner kedua-duanya tidak wajar mengeluarkan artikel yang boleh memecah belahkan kedudukan BN Sarawak. Dan paling tidak wajar memberi peluru kepada Pakatan Rakyat kepada Sarawak Report.

Cuma penutup Unspinner "Bukan nak tuduh Aziz dan Audie tapi itulah nama yang jadi sebutan di Sarawak kini dan harap bukanlah mereka? Malah Aziz dan Audie patut berganding serang mereka yang masih berkelahi sesama sendiri." Emmm dah panjang lebar menulis kemudiannya lain penutupnya? jadi apa yang Unspinnner hendak sampaikan?

Yang paling penting kita hentikan semua permainan ini seperti mana Unspinner mahukan semua pihak tumpukan kepada serangan DAP. Itu PPM bersetuju sangat dengan Unspinner.










No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.