Rupa-rupanya belum terpadam lagi semangat Seksuliti Merdeka di negara. Dan kalau kita renung dari semangat Anwar untuk menggubalkan semula undang-undang lapok sudah tentu Alvin Vivian adalah calon model yang sesuai untuk kempen ini.
Dengan ini remaja kita boleh pakat-pakat ikut, lebih-lebih lagi bila Anwar jadi MB Selangor dan kalau jadi PM lagi meriah laa kan...
Saturday, 15 February 2014
Patutlah MPSJ Suka Buli Peniaga Melayu Sebab Khalid Lembab Rupanya
Patutlah selama ini sikit-sikit peniaga melayu kena angkut, kena roboh kena saman ke macam-macam. Rupa-rupanya Selangor nama je bermenteri besar Melayu tetapi yang duduk menjalankan puak-puak biadap bagai negeri mereka sendiri.
Baguslah harap melayu melayu khianat bangsa sendiri.
Apa Daya Konsep UBAH Lim Guan Eng Musnahkan Harapan Orang Melayu India Miskin
Kumpulan pembeli rumah kos rendah ini berkumpul di tingkat 3 Komtar berhadapan pintu masuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang MPPP. Mereka terdiri dari pembeli rumah kos rendah Taman Centrio Avenue di Bukit Gambir dan di ketuai oleh pengerusi kariah masjid Taman Serina Bay dan saudara Lim Tiong Huang.
Mereka berduka cita dengan kenaikan harga rumah kos rendah yg dinaikan dari RM 72,500 sehingga RM 160,000 ia itu sekali ganda dari apa yang dijanjikan kepada mereka. Ini satu kenaikan yg langsung tidak logik dan boleh diterima.
Bagaimana situasi ini boleh berlaku terutama kepada perumahan Kos Rendah. Banyak persoalan dilemparkan kepada MPPP dan pentabiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat membenarkan Pemaju projek itu ialah Nuwata Sdn Bhd, dan kontraktor Boon Soon Sdn Bhd melakukan perkara ini dan dibenarkan. Situasi ini seperti menunjukan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak prihatin dan menjaga kebajikan rakyat. Beginikah negara kebajikan fan CAT yang dijaja kepada rakyat selama ini.
*** Admin kata kalau macam ni nak jaga rakyat jawabnya rakyat makan kangkung lah setiap hari kalau nak beli rumah KOS RENDAH di negeri ini. Harga boleh naik sekali ganda ni betul2 kejamlah. rujuk sini untuk gambar2 penuh di lokasi
Kecoh Nak Sambut Guan Eng Sampai Curi Tanah Orang
Rupa-rupanya kepentingan Guan Eng lebih penting dari merampas hak orang lain.
Friday, 14 February 2014
Tiada Pepecahan dalam PBB - Adenan Satem
Hari ini sidang media oleh Tan Sri Adenan Satem telah menafikan sebarang perpecahan berlaku di dalam PBB. Ini membuktikan sokongan pada dalam PBB semakin utuh. Semoga ini berkekalan dengan baik.
Panas Dr. Mohammad Fairus Dedahkan Penyangak Dan Penyamun Dalam Pakatan Rakyat
Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Mohammad Fairus Khairuddin mengumpamakan gabungan Pas, DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang adalah seperti gabungan penyangak dan penyamun, di mana hasil gabungan ini tidak langsung akan melahirkan kebaikan, keamanan dan kemakmuran kepada rakyat di negara ini.
Justeru itu kata beliau, tidak hairanlah bahawa masalah persefahaman dan pertembungan ideologi diantara ketiga-tiga parti itu tidak pernah dan tidak akan selesai dalam tempoh masa yang singkat.
“Seperti yang selalu saya sebut di mana-mana bahawa gabungan pembangkang ini hanyalah kosmetik saja untuk menjatuhkan BN dan UMNO, sedangkan hakikatnya perhubungan mereka ini bagaikan api dalam sekam yang boleh membakar dan menghanguskan bila-bila masa saja.
“Ini adalah disebabkan kerana perjuangan dan matlamat asas di antara ketiga-tiga parti itu amat berbeza. Kita boleh DAP dengan ideologi cauvinis dan ekstrimis mereka, mana mungkin dapat kekal lama bersama Pas, yang membenarkan ekstrimis agama bergerak di dalamnya.
“Mungkin hubungan DAP dan Pas akan kekal lama dari yang sepatutnya, sekiranya Pas berubah menjadi parti yang liberal, dan saya lihat perubahan itu sudah pun sedikit demi sedikit terjadi di dalam Pas.
“Manakala PKR pula bagi saya merupakan Parti Khianat Rakyat di mana pemimpin mereka merupakan penganut tegar kepada teori Machiavelli iaitu kaedah menghalalkan sebarang cara demi mencapai matlamat politik mereka. Dan ketuanya pula adalah bapa kepada fahaman pluralisme dan liberalisme di negara ini;,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Jadi, apakah dengan gabungan ideologi rasis dan cauvnis, pluralisme dan liberalisme serta ektrimis agama yang menjadi teras dan pegangan perjuangan parti politik di dalam Pakatan Pembangkang mampu menghasilkan suasana dan rakyat yang baik di negara ini?, soal beliau.
“Inilah yang saya katakan tadi, gabungan antara penyamun dan penyangak. Apakah hasil gabungan penyamun dan penyangak akan dapat melahirkan golongan rakyat yang alim ulama, bersopan santu dan bertolenrasi? Tak mungkin hasil gabungan antara penyamun dan penyangak boleh melahirkan orang yang baik-baik.
“Sebab itu hari ini kita dapat lihat wujudnya kelompok-kelompok kecil di kalangan penyokong pembangkang yang begitu kurang ajar serta tidak menghormati sensitiviti orang lain. Inilah hasil daripada didikan dan contoh yang diperlihatkan gabungan kepimpinan penyamun dan penyangak.
“Sebab itu saya seru rakyat agar tolak gabungan pembangkang ini. Mereka tidak lain hanyalah mempergunakan rakyat demi kepentingan agenda politik kepartian masing-masing. Mereka melempar fitnah dan dakyah untuk menghasut rakyat dalam usaha menjatuhkan UMNO sebagai tunjang pemerintahan negara, yang selama ini menjadi penghalang utama kepada agenda dan matlamat politik peribadi mereka,” jelasnya. -MediaUMNO
#PrkKajang Terbaru Kempen Kebebasan Media Oleh Anwar Pakatan Rakyat
Inilah dia corak kempen terbaru tetapi lapuk dari Parti Kangkung Rakyat. Merekalah selama ini melaungkan dan mendesak kebebasan media tetapi apa yang jadi?
Teresa Kok Makin Kuat Mencabar Kesabaran Orang Melayu
Buat Apa Hendak Minta Maaf. Itulah kata-kata Teresa Kok mencabar kesabaran rakyat Malaysia terutama orang-orang melayu dan islam. Inilah kosep petualang sebenar DAP dari mulut sahaja melaungkan kempen perpaduan kaum di antara rakyat Malaysia.
Mereka mendesak hentikan perbalahan agama tetapi mereka juga sering memanaskan isu Khalimah Allah bila semakin reda..
Mereka laungkan perpaduan kaum tetapi petualang DAP yang biadap juga menghina mengejek orang-orang melayu malah berani menyentuh batasan mempertikaikan islam.
Mereka juga yang terkinja-kinja terlonjak-terlonjak memekik cintakan Malaysia tetapi mereka juga menghina anggota tentera dan polis yang terkorban nyawa hanya untuk mempertahankan negara yang mereka lafazkan rasa cinta sangat.
Mereka juga ke hulu ke hilir, memekik-memekik We All Love Malaysia dan kembali bersatu tetapi merekalah yang mengamalkan sifat pilih kasih dan mendera kehidupan orang melayu di Pulau Pinang dan Selangor. Lihatlah apa yang mereka buat ketika orang-orang kita ingin bekerja berniaga demi sesuap nasi?
Walhal untuk memohon maaf bagi seseorang yang pentingkan perpaduan dari ego diri bukanlah satu yang susah terutama buat seorang pemimpin yang perjuangkan erti perpaduan.
Tetapi kalau kita lihat cara dan pendekatan Teresa Kok ini. Adakah boleh dikatakan ikhlas memperjuangkan perpaduan kaum?
Thursday, 13 February 2014
Surat Perjuangan adalah pengorbanan Abang Johari Terhadap Pelantikan Adenan Satem
Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyambut baik pemilihan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu.
Beliau berkata, atas semangat perpaduan dan permuafakatan yang jitu, mandat penuh yang diberi Presiden PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melambangkan barisan kepimpinan parti sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat berbanding keutamaan peribadi.
"Perjuangan adalah pengorbanan. Pangkat dan darjat bukannya keutamaan. Keselesaan rakyat adalah impian.
"Saya percaya perjanjian perpaduan tokoh-tokoh kanan PBB dan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Adenan akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang diletakkan oleh Abdul Taib ke arah Sarawak yang maju menjelang 2030," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Kementerian Perumahan Sarawak di Wisma Sultan Tengah di sini hari ini.
Semakin Ramai Rakan Anwar Boikot PRK Kajang
KUALA LUMPUR 12 Feb. - Parti Sosialis Malaysia (PSM) memutuskan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Mac kerana baginya alasan PRK itu diadakan tidak munasabah.
Pengerusi PSM, Dr. Nasir Hashim hari ini berkata, alasan PRK itu diadakan adalah satu amalan yang tidak baik kepada sistem demokrasi dan menyebabkan pembaziran wang rakyat.
"PSM tidak berhasrat bertanding dalam satu PRK yang kami sendiri tidak restui dan sebagai sesuatu yang tidak patut diadakan hanya kerana anggota DUN meletak jawatan tanpa sebab," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabatnya di sini.
Nasir berkata, keputusan itu juga diambil selepas mendapat pandangan daripada anggota PSM dan menimbang saranan daripada pemimpin pakatan pembangkang.
Katanya, PSM yang dianggap sebagai rakan dalam pakatan pembangkang tidak berhasrat untuk memecah undi di PRK DUN Kajang, seperti yang pernah berlaku di DUN Kota Damansara dan DUN Semenyih pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.
PSM sebelum ini dilaporkan akan meletakkan calon mereka di DUN Kajang bagi memberi 'pengajaran' kepada PKR.
Sementara itu, Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan berkata, PSM tidak akan merestui mana-mana calon dan menyerahkan kepada pengundi di DUN Kajang untuk membuat keputusan.
"Buat masa ini, kami akan beri fokus kepada siri jelajah sahaja. Jika mereka minta bantuan, kami akan timbangkan. Tetapi buat masa ini, bantuan terbesar PSM ialah dengan tidak bertanding dan memecah undi," katanya.
Arutchelvan berkata, PKR tidak memerlukan bantuan PSM untuk berkempen di PRK DUN Kajang kerana PSM hanya sebuah parti yang kecil dan tidak mempunyai sumber besar.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mac sebagai hari penamaan calon dan 23 Mac sebagai hari pengundian bagi PRK DUN Kajang.
PRK ini diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut anggota DUN daripada PKR, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.
PKR kemudian menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk kerusi itu.
RAKYAT DI TINDAS Komtar Digempur Guan Eng Melopong
PULAU PINANG : 13/2/14 Jam 9.00am Komtar digemparkan dengan kehadiran pembeli rumah kos rendah yg tidak berpuas hati dengan harga yg telah dinaikan secara mendadak.
Kumpulan pembeli rumah kos rendah ini berkumpul di tingkat 3 Komtar berhadapan pintu masuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang MPPP. Mereka terdiri dari pembeli rumah kos rendah Taman Centrio Avenue di Bukit Gambir dan di ketuai oleh pengerusi kariah masjid Taman Serina Bay dan saudara Lim Tiong Huang.
Mereka berduka cita dengan kenaikan harga rumah kos rendah yg dinaikan dari RM 72,500 sehingga RM 160,000 ia itu sekali ganda dari apa yang dijanjikan kepada mereka. Ini satu kenaikan yg langsung tidak logik dan boleh diterima.
Bagaimana situasi ini boleh berlaku terutama kepada perumahan Kos Rendah. Banyak persoalan dilemparkan kepada MPPP dan pentabiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat membenarkan Pemaju projek itu ialah Nuwata Sdn Bhd, dan kontraktor Boon Soon Sdn Bhd melakukan perkara ini dan dibenarkan. Situasi ini seperti menunjukan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak prihatin dan menjaga kebajikan rakyat. Beginikah negara kebajikan fan CAT yang dijaja kepada rakyat selama ini.
*** Admin kata kalau macam ni nak jaga rakyat jawabnya rakyat makan kangkung lah setiap hari kalau nak beli rumah KOS RENDAH di negeri ini. Harga boleh naik sekali ganda ni betul2 kejamlah.
Wednesday, 12 February 2014
#PrkKajang Ops!! Betul Ke Ini Artikel Zuraida Bangkit Sabotaj Kempen Anwar Ibrahim
Ini sebagai tindak balas terhadap kenyataan Zuraida Kamaruddin dari sayap wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kononnya mahu membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh lebih 10,000 undi majoriti.
Lee Chin Cheh yang bertanding sebagai muka baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah memperoleh 19,571 undi dalam pertarungan enam penjuru, mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Lee Ban Seng dengan majoriti 6,824 undi.
Zuraida bagaimanapun berkata Anwar ialah pemimpin nombor satu dan menetapkan sasaran supaya undi majoritinya mencecah 10, 000.
Pandangannya adalah silap. Jangan lupa PRK Kajang adalah sesuatu yang disengajakan, ia menyusahkan rakyat demi menyelesaikan masalah parti.
Kajang merupakan kawasan campuran dengan hampir 40,000 pengundi di mana 48.5 peratus ialah Melayu, Cina (40.44 peratus), India (10.15 peratus) dan lain-lain (0.91 peratus).
Angin pembangkang bertiup kencang pada tahun lalu, kejayaan PKR mengekalkan kerusi ini bukan sesuatu di luar jangkaan.
Namun dalam PRK Kajang, walaupun Anwar nampak berada dalam kedudukan baik, tetapi beliau mungkin mengalami penurunan undi majoriti.
Andaikan Anwar mendapat sokongan Cina tetapi Melayu tidak menyokong, beliau tetap akan kecundang.
Walaupun PKR menang, tetapi tetap 'tiada muka' jika undi majoriti menurun. PRK Kajang turut menjejaskan hubungannya dengan rakan pakatan.
Jika Sultan Selangor tidak berkenan Anwar menjadi Menteri Besar, maka segala yang dilakukan menjadi sia-sia.
Dalam PRU-13, sebanyak 88.4 peratus pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab manakala undi rosak ialah 541 keping. Lazimnya, peratus keluar mengundi akan menurun semasa pilihan raya kecil.
Jika saya ingin menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tetapi tidak dapat membuat pilihan antara Anwar dan MCA, maka saya akan membuang undi rosak. Jumlah undi rosak yang tinggi mungkin memberi amaran kepada calon.
Gabungan Bersih sendiri telah mempertikaikan PRK Kajang dan berpendapat Anwar harus memberi penjelasan kepada rakyat.
Kem Anwar tidak boleh terlalu angkuh dan keluarkan kenyataan untuk menang lebih 10,000 undi majoriti. Jentera mereka dari awal lagi sudah silap tafsir terhadap keadaan semasa.
Jika Zuraida tidak jelas dengan apa yang sedang berlaku, sila melayari laman web dan membaca pesanan yang ditinggalkan penyokong pembangkang.
Pesanan kepada calon bebas pula, tolonglah jangan datang mengacau. Empat calon bebas di Kajang telah kehilangan deposit dalam PRU-13, keadaan sama akan berlaku dalam pilihan raya kecil ~ MalaysiaGazette (Klik sini untuk Sumber Penulis)
Anwar Boleh Disingkir Dari Bertanding #PRKKajang
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, calon yang berkempen sebelum penamaan calon tertakluk kepada Akta Perhimpunan 2012 bagi kesalahan berkaitan perhimpunan awam.
Katanya, mereka yang disabitkan kesalahan di bawah akta itu, boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 dan RM20,000 jika melibatkan kanak-kanak.
“Mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Pilihan raya, sesiapa yang disabitkan oleh mahkamah seksyen dan didenda RM5,000, maka tidak layak dipilih di dalam pilihan raya.
“Perkara 64 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor juga menyebut seseorang itu tidak layak sebagai Adun jika disabit oleh mahkamah dengan hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau denda tidak kurang RM2,000,” katanya kepada Sinar Harian.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kempen sebelum penamaan calon tidak termasuk dalam kesalahan pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.
“Dalam peraturan pilihan raya, waktu berkempen ialah selepas penamaan calon sehingga jam 12 malam sebelum hari mengundi esoknya. Kalau berkempen sebelum tempoh itu, nampak seperti satu kesalahan.
“Tetapi dalam akta ini tidak disebut secara nyata ia satu kesalahan. Jadi kalau benar Anwar telah mula berkempen, maka kita perlu lihat undang-undang lain,” katanya.
Tuesday, 11 February 2014
Video Putar-belit 13 May Terbaru Lim Kiang Siang
Dalam sebuah video keluaran Roketkini yang pernuh dengan helah mainan kata-kata sahaja.
Apa jua ayat Lim Kit Siang boleh dia menjawap apa kemusnahan yang DAP lakukan kepada negara ini?
Jadi bagiamana boleh melayakan Lim Kit Siang mahupun DAP untuk bermegah-megah menyampaikan auta Perpaduan Kaum. Sedangkan puak-puak DAP kalau buat silap menyentuh perpaduan kaumpun, sombong tidak mahu minta maaf.
Adakah kita sudah lupa dengan Tiger Tengkorak Jeff Oii yang bongkak sangat terhadap orang melayu (baca di pautan ini)
Bagaimana manusia yang bongkak dan sombong untuk mengaku kesilapan sendiri boleh kita percayai membentuk perpaduan kaum?
Apa jua ayat Lim Kit Siang boleh dia menjawap apa kemusnahan yang DAP lakukan kepada negara ini?
Jadi bagiamana boleh melayakan Lim Kit Siang mahupun DAP untuk bermegah-megah menyampaikan auta Perpaduan Kaum. Sedangkan puak-puak DAP kalau buat silap menyentuh perpaduan kaumpun, sombong tidak mahu minta maaf.
Adakah kita sudah lupa dengan Tiger Tengkorak Jeff Oii yang bongkak sangat terhadap orang melayu (baca di pautan ini)
Bagaimana manusia yang bongkak dan sombong untuk mengaku kesilapan sendiri boleh kita percayai membentuk perpaduan kaum?
#PrkKajang Tun Dr mahathir Dedahkan Apa Perbezaan Taib Dengan Anwar
Sarawak kekal memiliki pemerintah yang disokong kuat oleh rakyat apabila parti pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud berjaya memenangi banyak pilihan raya sebelum ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Namun menurut bekas perdana menteri, apabila usia semakin lanjut, seseorang pemimpin itu juga perlu sanggup berundur untuk memberi peluang kepada orang lain.
Beliau berkata di bawah teraju Taib, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tunjang BN Sarawak dilihat memiliki perpaduan yang cukup mantap, kemas, kuat dan banyak menyumbang jasa kepada Sarawak menerusi projek pembangunan yang dibawanya.
"Saya harap siapa jua yang ganti (Taib) nanti akan dapat sokongan yang sama dan tidak ada permusuhan antara bakal pengganti," katanya.
Taib, 78, yang merupakan Presiden PBB dan pengerusi BN Sarawak, mengumumkan hasrat untuk berundur sebagai Ketua Menteri ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PBB dua hari lepas, namun semasa mesyuarat parti komponen BN negeri semalam, beliau tidak menyatakan tarikh untuk berbuat demikian.
Ditanya pandangannya jika pengunduran Taib akan memberi kesan kepada PBB, Dr Mahathir berkata sedikit sebanyak ia akan memberi kesan, namun menurutnya beliau yakin dengan perpaduan mantap yang dimiliki, parti itu akan terus cemerlang.
"Saya fikir PBB masih kuat. Kita seharusnya ambil kira soal parti juga, tidak kira siapa pemimpinnya. Parti ini (PBB) banyak berjasa kepada Sarawak, banyak pembangunan yang dilakukan oleh pemerintahan parti ini di bawah Abdul Taib Mahmud, saya yakin penggantinya juga akan dapat berbuat demikian nanti," katanya
Sementara itu, mengulas mengenai pilihanraya kecil DUN Kajang Dr Mahathir berkata beliau berharap pengundi sudah cukup bosan dengan sandiwara sebuah parti yang sengaja hendak mengadakan pilihan raya kecil walaupun ia tidak ada halangan dari segi undang-undang.
Beliau berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai calon pilihan raya kecil itu baru-baru ini, sebenarnya tidak menghormati undang-undang apabila terus memperkatakan dalam ceramahnya soal perbicaraan kes yang sedang dihadapinya di mahkamah.
"Orang tak hormat undang-undang tak ada hak jadi pemimpin. Pemimpin mesti orang yang pegang kepada undang-undang dan peraturan, barulah negara aman. Kalau kita dapat seseorang yang tidak hormati undang-undang sebagai pemimpin, negara akan rosak," katanya.
Dr Mahathir ditemui pemberita selepas menerima kunjungan pengayuh basikal solo, Wan Hashim Wan Mahmood, 68, di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya Isnin.
Pilihan raya kecil DUN Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini ekoran peletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Jan lepas
Zairil Khir Johari Menjadi Hero Kepada Teresa Kok Dari Terseksa
Hebat betul melayu celup ini. Bila Kepala besar puak-puak DAP, yang diketuai Lim Guan Eng secara berkumpulan pijak gambar Najib. Tidak pula mamat ini bersuara. Malah menggelar melayu sama dengan Anjingpun tidak pula dia ambil kisah tetapi bilamana Teresa dalam ketakutan akibat perbuatan biadapnya sendiri terhadap Melayu pandai pula dia bersuara.
Pemimpin DAP di P.Pinang iaitu Zairil Khir Johari menyelar tindakan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyembelih ayam dan melumur darah kepada gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.
Ia boleh dianggap sebagai gila dan tidak berhak dipanggil orang Islam. Ahli Parlimen (MP) Bukit Bendera itu menegaskan, tindakan NGO tersebut dalam satu demonstrasi hari ini di Kuala Lumpur adalah memalukan.
"Ini memang kerja gilalah. "Tindakan ini buat malu Islam, buat malu Melayu dan buat malu Malaysia," kata Zairil kepada TMI.
Sebelum ini, sekumpulan lebih kurang 50 individu yang menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.
Inilah cara sebenar DAP yang hanya pentingkan puak-puaknya sahaja tanpa perdulikan samada perbuatan mereka ini boleh menggugatkan perpaduan di Malaysia dan perperangan antara agama di Malaysia.
Yang mereka tahu buat apa sahaja asal negara berpecah-pecah, berpuak-puak supaya senang masuk jarum rampas kuasa. Tetapi sempat juga mendabik dada memperjuangkan Perpaduan Kaum. Perpaduan kaum pada tema sahaja tetapi hakikatnya memecahbelahkan kaum. Kalau ada yang menafikan tulisan ini, cuba tanya buakankah Lim Guan Eng yang mula-mula sengaja memperbesarkan isu Khalimah Allah?
Pemimpin DAP di P.Pinang iaitu Zairil Khir Johari menyelar tindakan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyembelih ayam dan melumur darah kepada gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.
Ia boleh dianggap sebagai gila dan tidak berhak dipanggil orang Islam. Ahli Parlimen (MP) Bukit Bendera itu menegaskan, tindakan NGO tersebut dalam satu demonstrasi hari ini di Kuala Lumpur adalah memalukan.
"Ini memang kerja gilalah. "Tindakan ini buat malu Islam, buat malu Melayu dan buat malu Malaysia," kata Zairil kepada TMI.
Sebelum ini, sekumpulan lebih kurang 50 individu yang menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.
Inilah cara sebenar DAP yang hanya pentingkan puak-puaknya sahaja tanpa perdulikan samada perbuatan mereka ini boleh menggugatkan perpaduan di Malaysia dan perperangan antara agama di Malaysia.
Yang mereka tahu buat apa sahaja asal negara berpecah-pecah, berpuak-puak supaya senang masuk jarum rampas kuasa. Tetapi sempat juga mendabik dada memperjuangkan Perpaduan Kaum. Perpaduan kaum pada tema sahaja tetapi hakikatnya memecahbelahkan kaum. Kalau ada yang menafikan tulisan ini, cuba tanya buakankah Lim Guan Eng yang mula-mula sengaja memperbesarkan isu Khalimah Allah?
Monday, 10 February 2014
Fadillah: Government to do more for motorsports community
Youths who are into motorsport-related activities are urged to maintain a close relationship with the government to ensure their needs and requests are met.
Works Minister Datuk Fadillah Yusof said the government was looking into providing the much needed facilities for the motorsports fraternity.
“We know that the talents, especially in motorsports, that we have are capable of bringing fame and glory to the state,” he said at the Youth Motorsports Carnival at the compound of Masja here yesterday.
“But don’t take your game to the streets.”
Fadillah also advised the motorsports community to coordinate with each other and to hold frequent meetings with the relevant government bodies to ensure their voice is heard.
On the facilities at the circuit located at the parking lot of Stadium Sarawak, he said it would be upgraded.
“The available facilities should be put to good use and we will do the necessary steps to ensure that ample facilities are allocated to the motorsports community in the state.”
He also advised the youths to take the sports seriously, citing examples of several well-known national riders who started on the streets before turning professional.
Organised by the Youth and Sports Department, the carnival, among others featured a motorbike drag race, autoshow, car booth sale and exhibition from various government agencies.
Also present was the Datuk Bandar of Kuching North City Commission (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Julai.
Sunday, 9 February 2014
Video Rafizi Ramli Arah Balik Tidur Kepada Rakyat Datang Mengadu Masalah
Itu dia rafizi Ramli Pengarah Strategi PKR hambat rakyat susah datang mengadu. Kata kat manapun dia sanggup layan rakyat tetapi bila seorang ustaz Najib Bin Darus dari Waterfall datang mohon bantuan yang rumahnya bakal diroboh oleh pihak berkuasa tempatan MPPP pada 28/2/2014 ini.
Rafizi hanya sambut dan suruh balik tidur itu je cara YB layan rakyat?
Rafizi hanya sambut dan suruh balik tidur itu je cara YB layan rakyat?
Panas!! Adun Hutan Melintang Perangkap Atau Diperangkap
Namun selepas beberapa jam perkara tersebut dinafikan oleh PKR melalui Pengarah Komunikasi parti berkenaan Fahmi Fadzil disusuli kenyataan dikeluarkan YB Kesavan bagi menafikan perkara tersebut :
"Dengan ini saya sekeras-kerasnya menafikan berita yang mengatakan saya telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dengan serta merta. Saya ingin menegaskan disini bahawa saya masih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat. Saya ingin menegaskan bahawa ini merupakan unsur sabotaj yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab."
Yang Benar,
YB Kesavan a/l Subramaniam
No KP 720613-08-6261
Susulan kes tersebut semalam Ketua Polis Negeri Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu kepada media bahawa lelaki berusia 61 tahun yang disoal siasat mengaku dibayar oleh individu tidak dikenali serta bertemu individu berkenaan dalam program parti di Kajang :
"Lelaki itu mengakui dirinya sebagai penyokong PKR dan telah bertemu dengan individu berkenaan di sebuah program parti di Kajang. Dia juga mendakwa tidak mengetahui berkenaan isi kandungan surat yang dihantarnya” The Star Online
Awal pagi tadi pula saya menerima maklumat mengatakan ia antara pengakuan yang direkodkan dari penghantar surat ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Ipoh.
Dalam kenyataan (bawah) lelaki tersebut mengaku diupah sebanyak RM1500 oleh seorang lelaki India dan turut diberitahu PKR merancang 'politik gaming' ADUN Hutan Melintang akan keluar parti dengan menjadi ADUN Bebas sambil menjadi informer kepada PKR :
Nampaknya, ADUN Hutan Melintang perlu menjelaskan adakah perkara ini benar-benar dirancang dan dipersetujui oleh dia sendiri sebagaimana dikatakan penghantar surat berkenaan?
Siapa lelaki India yang dikatakan dan kenapa dia sanggup mengeluarkan sebanyak RM1500 sebagai upah supaya surat tersebut dihantar?
Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan polis, diharap agar pihak berkuasa membuat penyiasatan menyeluruh seterusnya membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Arioss...! Kredit to http://yuseriyusoff.blogspot.com
Video PM Menghormati Keputusan Tan Sri Taib Mahmud Bersara
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan penghargaaan kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di atas jasanya memimpin negeri itu.
Beliau berkata, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu telah membangunkan Sarawak ke tahap yang membanggakan.
"Saya menghormati keputusan yang dibuat oleh Pehin Sri Taib. Beliau telah memaklumkan perkara ini terlebih dahulu kepada saya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Pecah Tanah Wisma Umno Bukit Gantang di sini, hari ini.
Beliau ditanya mengenai spekulasi bahawa Abdul Taib akan bersara sebagai Ketua Menteri Sarawak tidak lama lagi.
Najib berharap pemimpin yang bakal menggantikan Abdul Taib dapat memastikan pengaruh parti itu terus utuh pada masa akan datang.
"Beliau telah meletakkan BN (Barisan Nasional) dan PBB sebagai parti yang unggul di Sarawak," katanya.
Di Kuching hari ini, Abdul Taib memberitahu media bahawa beliau akan membuat pengumuman penuh mengenai spekulasi persaraannya dua hari lagi.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi PBB.