Saturday, 1 March 2014

#Prkkajang Apa Sudah jadi Lim Kit Siang Kata Anwar Kalah



Musuh sebenar calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah daripada dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR), kata Lim Kit Siang (gambar).

Penasihat DAP itu menegaskan perebutan kuasa dan masalah dalaman di Selangor, negeri yang ditadbir PR itu adalah masalah utama yang perlu diselesaikan Anwar.

"Musuh sebenar di Kajang bukan daripada MCA atau Umno, tetapi daripada dalaman PKR dan Pakatan.


"Kemenangan 'simple majority' di Kajang adalah kekalahan. Kita perlu menyasarkan kemenangan besar untuk menyampaikan mesej Putrajaya menanti perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," kata Ketua Parlimen DAP itu dalam satu kenyataannya di Kuala Lumpur.

"Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, kekalahan sebenar kita adalah tindakan yang kita lakukan," katanya.

Kit Siang menegaskan, PRK Kajang juga bukan semata-mata demi masa depan politik Anwar, tetapi PR, tiga juta rakyat Selangor dan 30 juta rakyat Malaysia.

"Marilah kita hadapi realiti sukar bahawa kekalahan di Kajang dengan mencapai kemenangan bersejarah tidak boleh diterima," katanya.

#PrkKajang Projek Terbengkalai Terbaru Dalam Dunia Diktator Lim Guan Eng


Jambatan Kedua PP (BN) VS Prangin Canal PP (PR) Jambatan kedua dari perlancaran pecah tanah 2006 dan sekarang pada Mac 2014 bakal di buka untuk awam dan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Najib Razak. Jambatan ini yang terpanjang di asia tenggara dan ketiga terpanjang di dunia berkepanjangan 24 kilometer menghubungkan Batu Maung di pulau dangan Batu Kawan di Seberang Perai.  

Bandingkan pula dengan Prangin Canal adalah satu laluan air penting suatu ketika dahulu di Georgtown, akan tetapi ia telah menjadi longkang terbuka. Pada 2010, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah melancarkan inisiatif “Cleaner Greener Penang” di Prangin Canal dan akan tetapi sehingga kini Prangin Canal masih dalam keadaan menjijikan dan meloyakan dipenuhi sampah serta bangunan lama dibiarkan dengan semak samun. 

Dikatakan dari 2009 satu cadangan telah dikemukakan untuk memajukan Prangin Canal dan pada 2012 baru wujud satu pelan oleh Penang Development Corporation untuk menjadikan ia sebagai “Herittage Enclave”. Bayangkan 2009 sehingga 2012 tiga tahun belalu baru nak keluarkan cadangan. 

Berapa tahun pula diperlukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mula? Prangin Canal ianya satu projek 4.5 ekar sahaja di Georgtown bersebelahan Komtar tetapi memerlukan lebih 5 tahun belum apa pun dibuat...  

Kalau ini pun susah nak dilaksana tak boleh dibayangkan apa akan jadi dengan terowong bawah tanah kerajaan negeri nanti..

Rafizi Dedahkan Tokoh Dalam PKR Kaki Kapur


Rafizi gopoh nak memburukkan imej Zaid Ibrahim secara tak sengaja membuka pekung didada kronisma dalam PR di negeri Selangor. Rafizi Ramli yang baru-baru ini membuat pendedahan terhadap 2 email dari calon bebas Zaid Ibrahim tanpa disedari telah membuka pekung didada pentabiran Pakatan Rakyat di negeri Selangor. 

Kandungan email pada tahun 2010 tersebut dikatakan oleh Rafizi Ramli sebagai permintaan untuk memajukan kepada MB Abdul Khalid agar mempertimbangkan permohonan dua syarikat untuk mendapatkan kelulusan memajukan tanah dan mengadakan usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri. 

Dari pendedahan tersebut ternyata wujud kecenderungan ahli perniagaan dan ahli parti melobi kerja dan tender kerja ‘direct nego’. Seharusnya jika Rafizi Ramli seorang yang jujur dan amanah seharusnya melaporkan insiden tersebut pada 2010 dahulu tetapi kenapa mendiamkan sahaja perkara sedimikian yang bertentangan dengan dasar Pakatan Rakyat untuk anti kronisma dan anti korupsi. 

Pelbagai persoalan kini wujud dan dibuah mulut rakyat Selangor dan Malaysia amnya.  

 Adakah permintaan itu telah diajukan oleh Rafizi Ramli kepada MB Khalid? Dan adakah ia di luluskan ? 

Berapa banyak lagi permintaan oleh pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat sebegini telah di luluskan? 

Hairan beginikah yang dimaksudkan Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat “reformasi”, anti kronisma dan “bersih” korupsi?

Nilai Pelaburan Negara Luar Biasa



Malaysia mencatatkan nilai pelaburan langsung yang diluluskan sebanyak RM216.5 bilion pada 2013 iaitu memecah rekod tertinggi pada tahun sebelum itu yang berjumlah RM167.8 bilion.

Daripada jumlah itu, 72.5 peratus merupakan pelaburan langsung domestik manakala 27.5 peratus pelaburan langsung asing.

Kesemua pelaburan yang diluluskan itu membabitkan 5,669 projek dengan 14 daripadanya berstatus mega yang nilainya melebihi RM1 bilion.

Kesemua projek yang diluluskan itu berupaya mewujudkan kira-kira 192,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat tempatan.

Friday, 28 February 2014

Anwar Kalut Masuk Jepun Patutlah Tak Tahu Pasal MOU Projek Langat 2


Paduhal... ini rupanya alasan kenapa Anwar gagal mengetahui sidang MOU Air di Selangor sebab dia dok kalut nak masuk Jepun rupanya.

Wah-wah kali ini setelah cable yakuza kuat kot melobi laa kot. Smapai terlepas juga masuk ke sana. Ini semua nak cuci nama la kan tapi yang penting pada Anwar cuci nama dari memikirkan rakyat Selangor dalam krisis air yang membebankan.

Itu sahaja yang Anwar tahu semuanya demi kepentingan peribadinya. Sepatutnya Anwar fikirkan bagaimana hendak bantu rakyat Selangor dan bukan kalut cari sumber keperluan peribadi.

Thursday, 27 February 2014

Saifuddin Nasution Meroyan Kejap Paksa Berhenti Kejap Tak Suka Pulak Taib Letak Jawatan

Ini pembangkang semua benda tak kena, balik-balik mereka aje yang betul. Al maklumlah Anwar dah teruk kena berlasah apatah Anwar lebih kelihatan desperado meroyan seorang diri. Punyalah kalang kelibut berkempen walhal orang relex jee biar dia sorang-sorang.

Mengenangkan Saifuddin Nasution dah tidak ketahuan punca mulalah pertikai Taib Mahmud kosongkan DUN Balinigan, Walhal PKR lah juga sampai terbang dari semenanjung semata-mata hendak ke pintu pagar Taib Mahmud bagi mendesak letak Jawatan. Dan apabila dah letak jawatan lain pula peragai meroyan mereka ini. Habis yang mana satu yang sepatutnya?


Video Zaid Ibrahim Korek Anwar Di Bawah Kain Rafizi



Amalan mengemukakan surat sokongan adalah lumrah bagi orang politik yang menjadi amalan semua pemimpin parti sama ada daripada Pakatan Rakyat (PR) mahupun Barisan Nasional (BN), kata Datuk Zaid Ibrahim.

Zaid pada sidang media di kediamannya di Petaling Jaya hari ini berkata, dakwaan yang dilontarkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli terhadapnya adalah "politik budak jahat."

"Jika saya memajukan dua emel kepada Rafizi, ia bukan bererti saya melobi.


"Ketika itu Rafizi hanya budak Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang tiada jawatan. Jika saya hendak melobi untuk kepentingan saya, saya boleh terus jumpa dengan menteri besar atau exco, bukan budak pejabat Anwar," katanya.

Sebagai orang politik Zaid berkata, meminta pertimbangan kerajaan bagi pihak orang ramai atau ahli perniagaan yang tidak dikenali, tidak menjejaskan integriti beliau.

"Saya hanya meminta pertimbangan, bukan memaksa kerajaan mengikut kehendak saya. Adakah itu pun Rafizi tidak tahu membezakannya?" soal Zaid.

Zaid turut menegaskan, dalam isu yang didedahkan Rafizi, beliau langsung tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap kedua-dua syarikat tersebut.

"Rafizi koreklah lagi sikit. Banyak sikit. Apa lagi projek saya lobi dengan kerajaan negeri," katanya.

Zaid ketika sidang media itu turut berkata, beliau tidak dibayar untuk menghantar e-mel atau surat sokongan sedemikian, malah beliau sendiri tidak mengetahui sama ada projek berkenaan berjalan atau tidak.

"Semua surat-surat itu saya tidak dibayar pun. Saya tidak tahu apa jadi pada projek itu. Mungkin sekarang kalau berjumpa pun saya tidak kenal mereka.

"Kalau saya ada kepentingan, saya sudah membuat pertanyaan lanjut," katanya, dan menambah,"Rafizi budak jahat, sebab itu beliau ingin memburukkan saya."

Zaid mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan beliau akan merebut kerusi berkenaan bersama-sama Anwar sebagai calon PKR dan juga Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili Barisan Nasional (BN).

Kenyataan Rafizi itu juga jelasnya dikeluarkan kerana pemimpin muda PKR itu terdidik dengan budaya politik Anwar.

"Rafizi tuduh seolah-olah syarikat-syarikat itu saya punya. Ini budak graduate politik Anwar Ibrahim," kata Zaid.

Beliau turut menjelaskan, sekiranya beliau ingin melobi projek berkenaan, adalah lebih baik beliau berjumpa terus dengan Khalid memandangkan beliau mengenali menteri besar Selangor itu lebih lama daripada mengenali Rafizi.

"Jika nak lobi baik saya jumpa Khalid. Saya kenal Khalid lebih lama daripada Rafizi," katanya. – 27 Februari, 2014.

Gempar Skandal RM606 juta Projek Langat II


PPM cukup tertarik dengan penulisan DrMim bila membongkar skandal RM 606 juta projek Langat II. Sebelum itu apa jua ceritanya.. PPM cuma ingin bertanya kepada Khalid dan rakyat Selangor kenapa semua kemelut krisis ini hanya dipersetujui setelah kerajaan pusat terpaksa bazirkan RM 606 juta dan setelah pertanda rakyat Selangor menanggung azab pencatuan air. Itu kita belum kira nasib malang penduduk flat yang tinggi terpaksa tanggung azab lebih lama dari itu. Kenapa baru sekarang Khalid bertindak?
______________________(Penulisan di bawah dari DR MIM)____________________ 

Pada tahun 2010, kerajaan PKR negeri Selangor mendakwa projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) tidak perlu disegerakan dengan alasan bekalan air untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencukupi sehingga 2019.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan sikap kerajaan pusat yang mendahulukan projek loji rawatan itu seolah-olah ia amat penting dalam menyelesaikan masalah perkhidmatan air di Selangor - Bernama
Sungguh memalukan kerana pembinaan Loji Langat 2 dihentikan kerajaan PKR negeri selepas Pilihan Raya 2008 apabila pakatan pembangkang menewaskan BN di Selangor.


Walau pun dihentikan, kerajaan BN persekutuan tetap mahu meneruskan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 memandangkan kepentingan projek tersebut kepada rakyat Selangor. Inilah salah satu keprihatinan kerajaan BN Persekutuan terhadap rakyat yang disering dinafikan.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Air Selangor pada 2 Ogos 2013, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Tetapi akhirnya, hari ini kerajaan PKR negeri Selangor terpaksa membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk membantu mereka mengatasi masaalah air yang sering berlaku di negeri itu.

Realitinya, segalanya sudah dirancang dengan elok oleh BN sebelum ini :


Penangguhan pembinaan loji berkenaan dan sistem agihan air yang sepatutnya bermula pada 2010 akan menyebabkan keperluan menambah kapasiti air terawat menjelang 2014 tak dapat dipenuhi.

Akibatnya, Kerajaan Persekutuan terpaksa mengeluarkan belanja tambahan sebanyak RM606 juta sebagai langkah mitigasi bagi mengelakkan berlakunya krisis air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Pelaksanaan Loji Rawatan Air Langat 2 adalah opsyen terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial supaya pengguna di tiga kawasan ini mendapat bekalan air yang mencukupi dan berterusan sehingga 2020.

Keputusan ini adalah berdasarkan kajian yang dilaksanakan pada 2000 dan dipersetujui kerajaan Selangor di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) ketika itu, katanya seterusnya

Sudahlah kerajaan BN Persekutuan mungkin terpaksa mengeluarkan belanja tambahan sebanyak RM606 juta, kapasiti air bersih yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Selangor menjelang tahun tahun 2014 terbantut dek tindakan 'cerdik' kerajaan PKR negeri yang menangguh pembinaan loji air tersebut!

MiM percaya ramai di antara kita terutamanya rakyat Selangor tidak sedar tentang RM606 juta yang mungkin terpaksa ditambah itu!

Pertikaian berhubung isu air di Selangor mula mendapat perhatian apabila pembinaan Loji Langat 2 dihentikan kerajaan PR selepas Pilihan Raya 2008 apabila pakatan pembangkang berkenaan menewaskan BN di Selangor.
Ekoran kekerapan berlakunya gangguan bekalan air, kedua-dua pihak, kerajaan negeri dan SYABAS sering betelagah menyalahkan satu sama lain.
BN seringkali menggesa kerajaan PR Selangor untuk membenarkan pembinaan Loji Langat 2 bagi mengatasi masalah kekurangan takungan air bersih di negeri tersebut - 8 January 2014.

Cuba kita fikirkan semula, jika Selangor masih dipegang oleh BN. Projek untuk kesejahteraan rakyat itu berkemungkinan besar sudah hampir siap dan kos tambahan RM606 juta itu boleh digunakan untuk membiayai projek-projek lain yang berguna untuk rakyat.

Dengan RM606 juta, lebih daripada 930,000 rakyat Malaysia boleh menikmati RM650 seperti BR1M !

Tetapi, apakah kita semua sedar dengan kos tambahan ini?

MiM berharap agar rakyat terutamanya penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang sedar perkara ini.

Wednesday, 26 February 2014

Kekuatan Dan Kekabalan Red Bean Army Yang Luar Biasa



Red Bean Army (RBA), tentera siber propembangkang muncul semula. Kali ini dengan tindakan lebih berani apabila melakukan ugutan bunuh ke atas Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia yang juga pengasas blog SYA For The Nation, Shen Yee Aun.

Yee Aun yang juga kolumnis Mingguan Malaysia menerima ugutan itu berikutan tulisan beliau dalam akhbar tersebut bertajuk, Laman Penyokong RBA ditutup' Ahad lalu.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama beliau menerima ugutan seumpama itu tetapi persoalannya kenapakah sehingga ke hari ini kumpulan yang dianggap cukup biadab itu terlalu sukar untuk dibawa ke muka pengadilan? Apakah mereka begitu kebal?

RBA cukup terkenal dengan propaganda dan perbuatan kurang ajar mereka menyerang pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kerajaan semasa, sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Namun begitu apa yang lebih bahaya, RBA tidak mempunyai sedikit pun perasaan hormat kepada institusi negara.

Sebutlah apa sahaja, institusi raja-raja, badan kehakiman, jabatan kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu semuanya pernah menjadi sasaran serangan RBA. Lebih biadab lagi RBA turut menghina agama Islam.

Walaupun tindakan RBA dianggap boleh menghancurkan negara sebagaimana pandangan pelbagai pihak, namun sehingga sekarang kumpulan ini masih terus dengan kerja-kerja kotor mereka.

Siapa sahaja yang menyentuh atau menyerang RBA akan diserang balas dengan pelbagai kata-kata kesat dan diancam termasuk ugutan bunuh seperti dialami oleh Yee Aun.

RBA bagaikan 'hantu' yang mengganggu dan mengancam rakyat Malaysia tetapi tiada siapa boleh menghalang mereka.

Atas sebab itulah, banyak pihak bertanya apa yang berlaku kepada siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang pada 3 Julai 2013 menyatakan akan mengumumkan keputusan siasatan mengenai kewujudan RBA. Sehingga ke hari ini siasatan itu entah ke mana.

Sebenarnya, pihak berkuasa amat memahami betapa bahayanya RBA kepada perpaduan rakyat dan keselamatan negara, tetapi mereka seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa sehingga wujudnya pandangan RBA ini terlalu kebal .

Apakah mereka ini benar-benar kebal sehingga sukar dikesan biar pun setiap hari memuat turun pelbagai propaganda yang boleh mencetuskan huru-hara dalam negara atau terdapat kelemahan dalam agensi yang bertanggungjawab mengendali tentera siber seumpama ini?

Tetapi anehnya, apabila ada kes-kes tertentu yang melibatkan penghinaan kepada kaum bukan Islam atau bukan Melayu, begitu pantas sekali pihak berkuasa bertindak.

Justeru adalah wajar ugutan bunuh yang diterima oleh Yee Aun dijadikan asas untuk pihak berkuasa kembali agresif memburu RBA sehingga ke lubang cacing. Kelompok biadab dan tidak tahu menghormati undang-undang ini tidak harus dibiarkan bermaharajalela seolah-olah tiada siapa mampu menghalang kerja jahat mereka.

Oleh itu tindakan yang benar-benar tegas dan serius perlu diambil untuk menangani RBA termasuklah mengetahui siapa dalang yang menggerakkan mereka kerana tanpa sokongan kewangan sudah pasti RBA tidak ke mana dan tidak sekebal sekarang?



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140226/po_01/Kenapa-RBA-begitu-kebal#ixzz2uUZaNvOU
© Utusan Melayu (M) Bhd

PEMUDA UMNO PRIHATIN MASAALAH RAKYAT , AMK DAN PEMUDA PAS ADDO ?

 Kini Pemuda UMNO mengorak langkah bergerak seiring dengan kemajuan terkini. Dengan pelancaran klinik dan portal aduan ‘ForTheRakyat’ meningkatkan dan memudahkan rakyat dan warga belia membuat aduan. KUALA LUMPUR 25 Feb. - 

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menubuhkan klinik serta mewujudkan portal aduan 'ForTheRakyat' yang dikendalikan oleh Biro Aduan Komuniti pergerakan itu. Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, Klinik Pemuda UMNO menjadi platform bagi membolehkan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dan usia mengemukakan aduan serta permasalan mereka dengan kehadiran fizikal para pegawai pergerakan berkenaan. 

"Buat permulaaan, klinik itu akan beroperasi dua minggu sekali bermula bulan depan di lobi Ibu Pejabat UMNO, Menara Datuk Onn di sini dan bakal dikembangkan ke seluruh negara jika mendapat respons positif daripada orang ramai. "Aduan yang dikemukakan pula akan disalurkan ke portal ForTheRakyat untuk diambil tindakan oleh biro-biro di bawah Pergerakan Pemuda UMNO dan seterusnya dimajukan kepada agensi-agensi terlibat," kata beliau kepada pemberita di sini.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140225/dn_29/Pemuda-UMNO-tubuh-klinik-dan-portal-ForTheRakyat#ixzz2uJrwsSB2

3 Keping Gambar Jenazah Siap Berkapan Terbiar di tepi jalan

Ya Allah apa dah berlaku? Menurut sumber boleh berlaku kisah seperti ini yang sehingga sekarang masih menjadi persoalan apa yang sebenarnya berlaku.

Bukit Mertajam – Kekecohan telah tercetus bilamana satu jenazah yang telah lengkap dikafankan telah ditemui ditepi jalan di Bukit Minyak, Bukit Mertajam pagi ini.

Jenazah tersebut telah ditemui oleh para pengguna yang sedang menggunakan jalan yang berhampiran Bulatan Kawasan Perindustrian Tambun, Bukit Minyak, Pulau Pianang awal pagi ini.

Pihak Polis masih menjalankan siasatan buat ketika ini bagi mencari jawapan akan insiden ini.

Haji Hadi Semakin Binggung Kalau Didesak Letak jawatan Kerana Akhlak Juara Fitnah

Menyeru orang menunaikan solah itu satu perbuatan yang baik, apatah lagi meminta orang ramai menunaikan solah hajat...dan itulah yang bermula sekarang kepada semua ahli-ahli Pas. Tapi solah hajat ini rasanya agak unik sedikit, sebab meminta Tuan Guru mereka Hadi Awang agar tidak dikenakan bayaran 'PITIH JUTA-JUTA' 

Sekarang tuhan dah hendak tunjuk siapa sebenarnya Haji Hadi yang terkenal amanatnya yang kita tahu menyimpang.

Pas hari ini mengarahkan seluruh ahli-ahlinya agar membuat sembahyang hajat bagi menyelamatkan Presidennya Datuk Seri Hadi Awang diperintahkan membayar ganti rugi RM2 Juta kepada Ketua Angkatan Muda PKR Mohd Shamsul Mat Amin....

Yang peliknya tidakkah mereka berasa takut untuk mengerjakan sembahyang hajat tolak bala untuk menyelamatkan si-pemfitnah?

Kalau benar Haji Hadi teranaya bagaimana pula dengan orang yang dia sedap-sedap dendangkan kaki pill kuda? Tidakkah Haji Hadi ada belas kasihan memalukan orang dengan fitnah demi undi?

Kalau kenyataan ini bercanggah, buktikanlah dimahkamah...!!

Bermakna kalau sudah diperintahkan oleh mahkamah, Hadi kena bayar RM2 Juta ganti rugi makna jelaslah Hadi yang buat fitnah.

Dan kita tahu dalam hukum islam, memfitnah itu lebih besar dosanya dari memfitnah. Tetapi bagaimana pula jika yang memfitnah itu terdiri dari presiden Parti Islam Semelayasia PAS?

Sepatutnya Haji Hadi sudah hilang kelayakan menjadi pemimpin kerana akhlaknya terselah tidak dilandas islam. Tetapi hal sebaliknya berlaku, apabila dia tidak didesak untuk turun, malah dibuat sembahyang hajat tolak bala dan kempen tin milo.. Nampak sangat status PAS sebagai pasti islam semakin jauh menyimpang.

Tuesday, 25 February 2014

#PrkKajang Anwar Lancarkan Kempen Air Percuma Sehingga 30 Mac 2014

Tahniah PKR dan kerajaan selangor kerana melancarkan pemberian Skim Pencatuan Air percuma. Dan seperti yang pernah di war-warkan Khalib Ibrahim pernah berpendapat air lombong pun sesuai untuk diberi kepada penduduk Selangor.


Senarai Pengkhianat Yang Berada di sisi Lim Kit Siang


Semakin lanjut usia Lim Kit Siang semakin kurang daya ingatan...

Dia telah lupa bagaimana dirinya sendiri mengkhianati rukun negara dengan melangkau menyangkal khutubah jumaat termasuk ayat Al Quran, bukankah itu antara tergolong kepada pengkhianat perosak perpaduan.

Adakah Lim Kit Siang tidak fikirkan yang Tony Phua bersikap menyangkal fatwa orang islam hanya untuk orang islam sehingga boleh menimbulkan perpecahan di negara ini tidak dianggap sebagai pengkhianat.

Adakah Lim Kit Siang terlupa bagaimana Nurul Izzah, Tian Chua dan Teresa Kok menghina tentera dan polis di lahad datu sehingga sedikitpun tidak pandang nyawa angkatan tentera dan polis kita terkorban, tidak dianggap sebagai pengkhianat.

Adakah Lim Kit Siang lupa bagaimana  DAP beria-ia mempertahan dan memperjuangkan agar mendiang bapa komunis dibawa dan disemadikan di Malaysia tidak dianggap sebagai pengkhianat.

Adakah Lim Kit Siang tidak sedar apa Mat sabu buat sehingga sanggup masuk Mahkamah demi menyelar pengorbanan polis Bukit Kepung dan menggangkat Mat Indera sebagai perjuang dari Parti Komunis Malaya tidak dianggap pengkhianat.

Adakah Lim Kit Siang lupa apa yang dia lakukan semasa 13 mei yang mencetus perperangan antara kaum tidak di anggap pengkhinat.

Adakah Lim Kit Siang siapa Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim yang terlampau banyak onar mereka lakukan di negara ini tidak dianggap pengkhianat.

Seperti Kempen Perpaduan Kaum DAP yang Lim Kit Siang laungkan kononnya cintakan Malaysia sambil  membangkit isu yang boleh memecah belahkan kaum. Membuktikan kempen membenteras pengkhianat ini adalah adalah agenda mengaburi kesilapan Tian Chua, Tony Phua, Lim Guan Eng dan Teresa Kok yang tertekan dengan kemarahan orang melayu. Semuanya ada agenda sulit tersembunyi demi cita-cita menuju ke Putrajaya.

Apa jua mereka cakap sekadar sebelum dapat kuasa tetapi bila dapat kuasa, lihatlah bagaimana nasib kaum india dan melayu di Penang tertindas oleh DAP..


Persoalan Terbaik dari Shahrir Abdul Samad Menyelar Tindakan & Nasib Karpal Singh

Baru-baru ini Karpal semakin terdesak dan tertekan dengan permainan politik DUN Perak seketika dahulu hingga sekarang makamah menyabitkan dirinya bersalah atas tindakan Karpal Singh menyalah dan mempertikaukan Sultan Perak.

Ini membuktikan Pakatan Rakyat tidak tahu batas dalam berpolitik sehingga semua benda di politikan. Di sini satu yang menarik dilontarkan oleh Shahrir Abdul Samad buat renungan anda?


Monday, 24 February 2014

Lim Guan Eng Celupar Jangan Sampai Kena Saman dari Datuk Abdul Rahman


Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) akan menyaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas menuduhnya menyokong cadangan membakar Bible yang dibuat oleh Perkasa satu ketika dahulu.

Melalui akaun Twitternya @mpkotabelud, menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu menjawab posting setiausaha agung DAP itu di yang mengaitkannya dengan cadangan pembakaran Bible.

“Di sebalik penjelasan saya, beliau terus memutarbelitkan fakta, sekali lagi anda kata saya sokong pembakaran Bible, saya akan saman anda,” kata Abdul Rahman menjawab tulisan akaun Twitter Lim, @cmlimguaneng.


"Saya sudah muak dengan politik busuk anda. Tiada yang baik datang dari mulut anda," katanya.

Menjawab posting Abdul Rahman itu, Lim menyifatkan kata-katanya sebagai 'omongan kosong'.

"Wah! Saya takut, anda ingin menyaman saya, satu badan saya menggigil. Bila anda ingin memfailkan saman? Tidak sabar untuk membuktikan yang benar. Jangan buat omong-omong kosong," kata Lim.

Jawapan Lim itu menggerakkan Abdul Rahman untuk terus mengambil tindakan mahkamah terhadapnya.

"Cukup. Saya akan jumpa anda di mahkamah," kata Abdul Rahman.

"Saya tidak akan membenarkan sesiapa pun menuduh saya sebagai menyokong pembakar Bible. Yang Amat Berhormat (YAB) tidak terkecuali. Saya akan memfailkan saman saya terhadap Lim Guan Eng. Biar mahkamah membuat keputusan," kata Abdul Rahman.

Kenyataan beliau mendapat sokongan ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang yang menasihatkan pemimpin DAP agar berhenti memfitnah pemimpin Barisan Nasional (BN), melalui akaun Twitternya, @tankengliang.

Pada Julai tahun lalu, Lim menggelar Abdul Rahman sebagai "rasis dalam selimut" kerana mempertahankan keputusan Putrajaya untuk tidak menghukum Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mengugut untuk membakar kitab Bible dalam bahasa Melayu. – 24 Februari, 2014.

Haji Hadi Akur Nilai Tahaluf Siyasi Lebih Penting Dari Soal Bayar Saman RM2juta

Atas nama Tahaluf Siyasi mereka berebut-rebut kerusi pasca PRU13,
Tak boleh tolak ansur masing-masing letak calon..
Tak cukup dengan naik pentas ada yang berani kutuk mengutuk makan pil kuda.
Akhirnya BN yang menang besar 6966 undi berbanding PAS 4408 dan berbanding PKR 52 undi. Dahsyatnya penangan kutuk pil kuda...
Sudah kalah perbalahan belum jua selesai, panas hati makin membara..

Atas nama Tahaluf Siyasi kes bawa ke Mahkamah. Setelah sesi memohon maaf diabaikan PAS.
Sekarang atas nama Tahaluf Siyasi jugalah Haji Hadi kalah dan diperintah bayar saman RM2 juta.

Bagi PAS atas nama Tahaluf Siyasi boleh tubuh team tabung milo bantu bantu bayar saman. Inilah dinamakan Tahaluf Siyasi Pakatan Rakyat hingga benda-benda remeh macam ini pun tak boleh hendak selesai sampai naik mahkamah. Apatah hendak bincang soal perjuangan islam yang sekarang semakin cerca merba, apatah hendak bincang soal negeri yang masing-masing semakin pentingkan diri.

Apa lagi hendak bincang soal orang melayu yang hakikatnya DAP lapi power berbanding PKR dan PAS. Tahaluf Siyasi ke jadah apa yang PAS fahamkan selama ini?

Sunday, 23 February 2014

#PrkKajang Video Broker DAP melaga-lagakan Kaum India Dengan Kerajaan Melalui Isu Sek Men Tamil

Awas dalam masa kempen perpaduan kaum tajaan DAP mereka bermain ular menghasut kaum India untuk berperang atau bermusuhan dengan Kerajaan Pusat.



Dalam menyentuh isu ini. Lim Guan Eng telah memperalatkan surat permohonan yang ditolak untuk mencetuskan kemarahan kaum india. Dalam sidang akhbar Lim Guan Eng berkata “Kami hanya meminta satu sekolah menengah Tamil. Ini tidak akan menjejaskan sesiapa,” katanya pada sidang media di Komtar, seperti dilaporkan The Malaysian Insider.

Memang benar surat permohonan mereka di tolak kerana Kementerian akan merujuk kepada peruntukan mengikut Akta Pendidikan 1996, bagi membina sekolah menengah Tamil. 

Di dalam Akta Pendidikan 1996 samada terdapat atau tidak peruntukan untuk membina Sek Men Tamil di negara ini . Di dalam Akta Pendidikan 1996 sebenarnya telah mengambil kira kepentingan semua kaum dengan mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan.

Tugasan sepatut dilakukan oleh Lim Guan Eng sebagai Ahli Parlimen adalah mengusulkan isu tersebut di Parlimen kerana ini melibatkan akta 1996. Tetapi bukankah kaedah mereka ini sengaja dan pasti yang surat permohonan mereka bakal ditolak dan boleh pergunakan surat tersebut buat broker DAP menghasut masyarakat india membenci  kerajaan. 

Inikah kempen perpaduan kaum amalan DAP yang sengaja bangkitkan persengketaan antara kaum? kerana diketika ini mereka menjaja kononnya sekolah agama sebagai bandingan kenapa sekolah menegah tamil tidak boleh.

Awas mereka ini memang jahat..

#PrkKajang Pencalonan Mei Fun Ada Strategi Paku Buah Keras Buat Anwar Ibrahim

Siapa tidak kenal Anwar sebagai seorang tokoh yang penuh dilingkari isu-isu berkaitan dengan Liwat, China Doll dan manusia yang sering mengkencingkan janji-janji manisnya. Tidak kisahlah samada ketila Anwar berkempen mendapat undi kampung Buah Pala sanggup gadai janji dengan habuan tanah tetapi seminggu selepas menang PRU12 jentolak datang sodok rumah kampung Buah Pala dan penduduk diusir dengan pampasan puluhan ribu. Mungkin Anwar fikir harga rumah di Penang di bawah 100k

Pencalonnan Datuk Chew Mei Fun Calon DUN N25 PRK KajangBeliau mempunyai rekod yang baik dan telah menunjukkan integriti, berprinsip serta berpegang kepada janji,

Beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA dan timbalan menteri disandangnya pada April 2010 bagi menepati janjinya untuk berbuat demikian jika Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dipilih sebagai Presiden MCA. KERANA APA? KERANA SOI LEK ADA KES VIDEO SEX DIAKUINYA SENDIRI.

Berbanding dengan Anwar Ibrahim yang sanggup permainkan rakyat demi undi. Kononnya kalau kalah pru13 akan bersara. Tetapi ketika benar-benar kalah, anwar putar belitkan isu 40k bangla demi menyelematkan talian hayat politikinya. MALAH MEI FUN MEMBUKTIKAN DIA PANTANG DENGAN AUTAMAN KAKI ROSAK AKHLAK MACAM ANWAR.

ADAKAH ORANG-ORANG KAJANG MASIH SUKAKAN KAKI AUTAMAN MACAM ANWAR?