Sunday, 11 March 2012

Agenda Terancang Sabotaj PRU13 siri 2/4

pulang siri 1/4

  • Isu kenyataan Anwar di Wall Street Journal yang mendukung keselamatan Israel, menjadi isu yang menyumbang atas pagar beralih kepada UMNO-BN. 
  • Malah Anwar tidak dapat berganjak dari kenyataan tersebut, seperti didedahkan Raja Petra, Anwar memerlukan dana sebanyak 600juta untuk PRU13. Tun Dr Mahathir juga mendedahkan hubungan Anwar dengan Yahudi, yang mampu menyalurkan dana dalam jumlah besar.
  • Isu Wall Street Journal juga telah mengheret PAS bergelumang dengan masalah dalaman dari akar umbi. Akibat bertapa malunya Majlis Syura PAS yang mendesak Nik Aziz untuk bertegas dengan kata dua kepada Anwar, samaada menarik balik kenyataan di WSJ atau menyaman WSJ,  menemui kegagalan. Kerana kebijaksanaan Anwar memperalatkan Tuan Ibrahim untuk mengawal dan mengubah pendirian Nik Aziz dari terus mendesak Anwar memenuhi desakan dari keseluruhan PAS.
  • Populariti Datuk Sri Najib yang semakin meningkat dengan Tranformasi Kebajikan Rakyat. Menyebabkan DSN semakin rapat dengan rakyat terutama rakyat yang berpendapatan di bawah RM1500 melalui skim BR1M. Malah isu kenaikan gaji, isu KR1M, Sara1M, Rumah Mesra Rakyat dan pelbagai peruntukan besar mengikut keperluan tempatan. Semuanya menyebabkan Pakatan Haram lemas denga keprihatinan DSN. Ditambah pula The Malaysian Insider melapurkan kadar sokongan kepada Najib naik 10% kepada 69%. Kemenangan makin sukar diramalkan buat Pakatan Haram.
  • Pendedahan  Datuk Seri Noh Omar mencabar kerajaan Selangor supaya menyegerakan 'audit forensik' berhubung dakwaan kononnya Yayasan Selangor mengalami kerugian RM500juta ketika Barisan Nasional (BN). Malah Noh Omar mengakui mempunyai bukti kukuh tentang semua  isu dalam penyelewengan dari sistem SELCAT.
  • Isu pentabiran pelupusan sampah negeri Selangor yang sampai sekarang belum mendapat diselesaikan telah membuktikan Anwar belum bersedia untuk mentabir negara. Isu ini telah menunjuknya bertapa ceteknya ilmu pentabiran kerajaan Selangor yang berani membatalkan kontrak Alam Flora,kemudiannya terlalu kritikal menyaingi prestasi baik Alam Flora, menyelenggara pelupusan sampah. 
  • Kegagalan demo Bersih yang dilihat sudah tidak bersesuaian untuk meraih simpati rakyat atau menimbulkan perbalahan dan kacau-bilau ketika menjelangnya PRU13. Menyebabkan Pakatan Haram mencari alternatif lain seperti Himpunan Hijau yang dilihat lebih kukuh tampa menyentuh isu perkauman dan menyeluruh meliputi isu keselamatan awam. Yang paling penting, Itu kawasan Najib.
Bertitik tolak dari permasalahan di atas dan dicampur banyak lagi isu-isu lain, yang juga punyai kekuatan menyumbang kejatuhan imej dan kredibiliti Pakatan Haram mengtabir negara. Pakatan Haram sedar resiko menghadapi PRU13, dan bersama berberapa NGO yang mempunyai hubungan istimewa dari Yahudi. Mereka merancang Himpunan Hijau bagi menentang Lynas  yang berada di dalam negeri Perdana Menteri. Kelebihan Himpunan Hijau boleh menggangu-gugat penetapan PRU13 atau juga boleh menjadi senjata terakhir menghadapi kekalahan. Bagaimana boleh berlaku?




Sambungan 3/4 menyentuh pembuktian penafian Fauziah.

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.