Saturday, 2 February 2013

Nasha - Keegoan Nik Aziz Bila Dirinya Dikecam Media Antara Bangsa

Nampaknya Nik Aziz dan PAS bukan sahaja hadapi masalah dalam negara tetapi melibat suara antarabangsa yan turut simpati nasib Nasharudin. Tetapi riaksi PAS macam biasalah. Buat bodoh je! Almaklumlah matlamat nafsu gila kuasa mengaburi keihlasan perjuangan

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Pemecatan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa (gambar) daripada Majlis Syura Ulama Pas bukan sahaja menggegarkan politik tanah air, malah mendapat perhatian akhbar luar negara, The Australian.

Dalam artikel ditulis oleh Pengarang Asia Pasifik akhbar berkenaan, Rowan Callick, pemecatan itu dikatakan ekoran tindakan Nasharudin menyertai lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin sebagai tetamu Hamas, baru-baru ini.Artikel itu turut memetik kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu: "Pas tidak seharusnya mengutamakan politik sehingga memecat Nasharudin. (Lawatan ke Gaza) sepatutnya dijadikan model kerjasama untuk orang melihat Muslim Malaysia, walaupun dari pembangkang, dapat bekerjasama dengan kerajaan untuk membawa mesej keamanan sejagat.

"Artikel yang disiarkan di laman web http://www.theaustralian.com.au itu kemudiannya merujuk kepada pensyarah Sains Sosial University of New South Wales, Australia, Clive Kessler yang memberitahu lawatan Najib itu didorong oleh senario politik tempatan berikutan pilihan raya umum yang semakin tiba.Menurut Kessler, Najib cuba menampilkan dirinya sebagai 'Pejuang Islam' di sebalik cubaannya sebelum ini untuk menjadi jaguh dalam gerakan kesederhanaan antarabangsa.

Katanya, ia juga bertujuan meneruskan sokongan Mahathir yang mana anaknya, Datuk Mukhriz telah melawat ke Gaza baru-baru ini di samping mempromosikan reputasi Malaysia sebagai contoh negara Islam walaupun kedudukannya jauh dari Asia Barat.

Kessler memberitahu, perkara itu adalah versi Malaysia dalam 'budaya merendah diri'.Paling penting, kata Kessler, lawatan itu sedang digunakan sama ada untuk memecahkan parti Pas atau menarik penyokongnya meninggalkan parti itu dan mengundi UMNO pada pilihan raya akan datang.Beliau berkata, berikutan keputusan tidak memberangsangkan pada Pilihan Raya Umum 2008, UMNO menyedari ia perlu mendapat kembali kedudukan yang memperoleh sokongan masyarakat Islam Melayu.

Katanya, lawatan ke Gaza itu berbentuk 'kesucian' dalam politik dan seterusnya menjadikan UMNO lebih mengutamakan Melayu dan Islam.

Ditambah dengan penegasan menerusi pemerintahan beraja di negara ini, keadaan mungkin akan menampakkan Pas meminggirkan pakatan pembangkang dan menuju kepada UMNO.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130201/po_07/Pemecatan-bekas-Timbalan-Presiden-Pas-dapat-liputan-akhbar-asing#ixzz2JiJVISVA © Utusan Melayu (M) Bhd 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, 1 February 2013

PAS Di Sarawak Jadi Percacai Terkena Mainan Bersiri DAP dan PKR

Seperti DAP dan PKR, PAS juga berhajat melabuh kuasa di Sarawak. Sebab itu PAS telah setahun menghantar jenteranya berkampung di kawasan Melayu setiap pelusuk Sarawak. Ini kaedah pendekatan PAS pakai untuk mendekati rakyat dengan menghasut dengan umpan Beras, gula, pakaian untuk 4 tahun sekali beri. Yang pasti itu bukan satu usaha yang mudah dan perlukan dana yang besar buat PAS apabila rakyat pendalaman kurang memberi keyakinan terhadap PAS.

Manakala PKR pula sering bermain dengan kaedah menipulasikan isu NCR dan agak mempunyai kelebihan berbanding PAS. Malah mereka boleh buat untung dari kaedah ini.

Bagi DAP pula mempunyai perluang yang lebih cerah berbanding PAS dan PKR. Apatah kaedah pentabiran Penang yang lebih kuat mempertahankan cauvinis dan menafikan hak kaum lain sudah tentu menjadi tarikan tersendiri buat golongan yang pro Cauvinis semata-mata. Yang pasti DAP tidak perlu modal besar untuk pertahankan kerusi mereka.

Bila timbul soal pengagihan kerusi di Sarawak. DAP tidak pernah bertolak ansur dengan PKR dan PAS. Sebab itu semua kerusi putih PR dibolot DAP. Manakala kerusi hitam DAP pula diserahkan kepada PKR. Itupun PKR tolak untuk kerja permutihan kerusi hitam kepada PAS. Maka makan tahun dengan kerja banyak PAS bertungkus-lumus bersihkan.

Inilah sikap DAP dan PKR tidak pernah mahu mencucikan kerusi hitam milik mereka dan PAS mangsanya menjadi pak turut yang memberlanjakan dana sendiri untuk cuci segala saki baki kerusi hitam.

Menyebut pasal dana untuk kempen PRU13 di Sarawak. Dalam persahabatan Pakatan Rakyat tiada kongsi dana samarata sebaliknya masing keluarkan kosnya sendiri. Ini terbukti semasa PRN lepas PAS parti paling daif dan malang di Sarawak. Sekarang PAS terpaksa keluarkan segala sumber yang ada untuk menduduki Sarawak walaupun usaha mereka hanyalah lebih kepada sia-sia sahaja. Jadi yang untungnya siapa?

DAP dan PKR paling untung tetapi percaya ke tidak jika kawasan yang dicuci PAS ini bakal dirampas semula DAP dan PKR jika didapati memasuki taraf Putih atau Kelabu. Itulah PAS wujud dalam Pakatan Rakyat hanyalah sebagai kaldai atau hamba ketuanan DAP dengan pengaruh Ariwanas.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Jika Anda Setia Barisan Nasional Jangan Buktikan Dengan Nafsu Peribadi

Salam 1Malaysia... Apa yang PecahPalakMikir hendak tulis adalah luahan sedikit kekesalan antara blogger dan semua pihak dalam BN. Sebelum PPM berbicara lebih lanjut eloklah pohon maaf terutama blogger dan individu-individu yang berstatus otai dari PPM.

Biarlah PPM mulakan apa yang sedang berlaku di Sarawak. Kekesalan PPM kepada kedua-dua pihak blogger yang sedang berperang dan kedua-dua team mengaku setia perjuangkan Barisan Nasional.

Kedua-duanya mengaku setia kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Sungguh! Betul! PPM akui mereka sememangnya setia....

Jadi jika anda setia kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ... Anda juga harus setia kepada Barisan Nasional. Perdulilah apa jua percakaran antara anda. Perdulikanlah apa yang cuba dipaparkan Sarawak Report sebab semua itu sememangnya dirancang sedemikian rupa dengan agenda PR tersendiri dan sudah tentu bermatlamat menawan Putrajaya.

Tidak kira siapa yang mulakan. Tidak bermakna antara anda berhak menyerang 1UMB BN Sarawak? Apa jua perjalanan UMB berdasarkan perancangan Barisan Nasional. Bukankah mengaitkan UMB bermakna secara tidak langsung mensabotaj perjalanan Barisan Nasional. Cukup setakat itu PPM tidak mahu berbicara terlampau jauh. Tetapi tolonglah kita dalam mood PRU13 beri tumpuan kita membantu Barisan Nasional. Jika anda membantu Barisan Nasional bermakna anda bantu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Pedulikan skandal cubaan ambil alih kuasa! Pada PPM Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud  lebih kenal lebih mengetahui dan arif akan siapa mereka sebenarnya. Jadi kenapa kita yang sekadar tahu samada dari mulut ke mulut atau media dan apa jua sumber boleh menghakimi berdasar apa yang rasakan?

Tolong hentikanlah dan bersatulah semua dan kita selesaikan nanti bersama dengan sebulat meja. Sekarang masa kita bongkar Pakatan Rakyat yang semakin aktif menjalan perang saraf dengan berkampung berbulan-bulan untuk menghasut rakyat.

PPM yakin yang kehendak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mahukan adalah kita bersatu memperkuatkan Barisan Nasional dan bukan menunjuk siapa yang paling setia menentukan apa nasib kedudukan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas PRU13. Itu bukan kerja kita tetapi kerja kita buktikan Barisan Nasional terhebat dan memenangi PRU13.

Apa yang PPM katakan adalah sama jua ditujukan kepada kedudukan Datuk Sri Najib Razak. Bukan kita yang berhak menentukan tetapi buktikan kita bersatu dan setia di bawah Barisan Nasional tampa memperdulikan anda dari parti kompenan mana tertapi buktikan kita bersatu dibawah 1 Barisan Nasional.

Mohon maaf kepada semua kerana apa yang PPM pecah palak mikir luahkan atas rasa cinta kepada Agama Bangsa dan Negara dan sayangnya PPM kepada Barisan Nasional. Peace......
Published with Blogger-droid v2.0.10

Radio Free Sarawak Terbaik ?

Wah terbaik sekali Radio Free Sarawak bermain wayang di Sarawak. Dari bagaimana mula menyusup mendapat siaran hingga menyiar berita palsu dan lebih kepada menghasut rakyat terutama dikalangan penduduk rumah panjang.

Bagaimana Radio Free Sarawak boleh menyusup masuk dikalangan warga rumah panjang? Mengikut cerita-cerita penduduk rumah panjang. Meteka datang dengan menyamar sebagai wakil kerajaan dan ingin menyampai bantuan kepada rakyat dengan memberi beras 1 Malaysia, kalender dan radio kecil termasuk CD yang mempunyai propaganda PR. Antara alasan yang mereka beri ini adalah ini satu program yang dilancarkan kerajaan.

Taktik ini menyebabkan ramai rakyat terpedaya dan bermulalah peranan siaran pendek Radio Free Sarawak menyampaikan dan menghasut rakyat dengan pelbagai agenda termasuk cuba menghasut dan mempersoalkan status tanah NCR.

Bagaimanakah menyelesai masalah tanah NCR jika penduduknya sendiri tertanya dikalangan sesama pengusaha yang tidak pasti dimana sempadan tanah yang diakui mereka?

Pihak pembangkang melalui Radio Free Sarawak sengaja menggunakan isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) untuk meraih sokongan rakyat di negeri ini. kerajaan sentiasa mengiktiraf tanah NCR yang dimiliki masyarakat Bumiputera di negeri ini dengan melakukan penyukatan bagi memberi hak milik kepada mereka.

Isu berkaitan dengan tanah NCR sentiasa dibangkitkan pihak pembangkang terutama menjelang pilihan raya dengan dakwaan kononnya kerajaan merampas tanah rakyat. Ini tidak berasas sama sekali kerana kerajaan telah melakukan dan mengiktiraf tanah NCR sejak tahun 1958 lagi.

“Proses penyukatan tanah NCR tidak boleh dilakukan sekali gus kerana faktor bentuk muka bumi dan kawasan penduduk yang berselerak

Kerajaan sentiasa teliti dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan tanah NCR agar tidak timbul pertelingkahan.

Malah sepanjang kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah! tugasan dan amanah dilakukan dengan baik sekali kepada rakyat demi kemajuan rakyat sendiri.

“Kemajuan yang dibawa BN telah membolehkan rakyat meningkatkan pendapatan mereka dan menjamin masa depan yang lebih gemilang,” tambahnya. Malah tempias kemajuan yang dibawa BN turut dirasai setiap pelosok kampung dalam kawasan itu sambil menegaskan politik yang dibawa BN adalah politik pembangunan untuk rakyat tidak seperti pembangkang yang hanya tahu menghasut dengan pelbagai kaedah termasuk Radio Free Sarawak.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 30 January 2013

Nik Aziz Sudah Terlampau Uzur Untuk Hakimi Nasharudin

Minta Maaflah hendak cakap. Kalau ada hendak maki hamun lantaklah engkau oranglah.

Ceritanya Nik Aziz sudah terlampau tua untuk menghakimi orang sendiri. Nik Aziz sudah terlalu uzur untuk menentukan siapa lebih islam. Nik Aziz sudah hilang upaya membawa dasar islam.

Semuanya kerana dendam Nik Aziz kepada UMNO yang berpanjangan tidak sudah-sudah. Hingga Nasha dipecat dalam dengan sungguh pengecut. Iaitu ketika Nasha sedang berjihad Menyatu padukan antara Fatah & Hamas. Malah Nasha dipecat melalui media tampa diberi peluang untuk dibicara. Tetapi Haji Hadi dengan masalah Amanat songsangnya hendak dibicara dengan adil pula?

Kenapa bergitu! kerana Haji Hadi menentang UMNO yang paling dibenci Nik Aziz. Bergitu juga Anwar apabila dipecat dan walaupun video china doll terang2 sukar dinafikan wajah sebenar perlakon, malah biarlah anaknya Izzah bicara hak sama rata memilih agama termasuk melayu. Nik Aziz ampunkan malah syurgakan dengan hujahnya.

Semuanya kerana mereka menyerang UMNO yang paling Nik Aziz benci! Kalau kita masih ingat ketika Tun Dr Mahathir menggumumkan keluar UMNO HUHU Nik Aziz sepantas kilat memuji-muji Tun dengan harapan Tun sertai PAS. Tapi Tun sedar PAS parti kencing keliling maka tak hingin langsung Tun hendak jejak.

Sebab itulah Nasha mahupun Hassan Ali adalah mangsa dari pejuang ikhlas atas nama syiar islam dipecat atas perasaan dendam Nik Aziz. Kalaulah Nik Aziz bukan bergitu. Dia tidak akan pecat Nasha atas semata-mata memperjuangkan Misi Perdamaian Fatah & Hamas walaupun bersama UMNO. Kerana penyatuan mereka boleh mematahkan serangan Israel.

Bukankah kaedah penyatuan ini boleh diterjemahkan nanti kepada penyatuan masyarakat islam di Malaysia. Adakah Nik Aziz takut perpaduan berlaku kerana ketokohan Nasharudin?

Walaupun apa jua alasan kotor Nik Aziz cukuplah tinggalkan saja politik dari menjadi penyebab perpecahan masyarakat islam sehingga hujung nyawa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan perbuatan tikam bagai pengecut ini adalah sesuatu yang memalukan islam. Kerana dimana letaknya ayat yang memberi hak Nik Aziz hakimi seorang yang berjihad membentuk perdamaian Fatah dan Hamas sehingga meletak hadir Majlis Syura (yang sering dinodai DAP) dilebih mulia dari sertai Misi Perdamaian Fatah & Hamas? Wahal kemenangan palestin adalah kemenangan umat islam seluruh dunia dari perjuangan tergila putrajaya sehingga malangkau batas-batas islam... Pecah Palak Mikir.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Saman Manifesto Khalib Yang Tension Nik Aziz Pulak Yang Risau


Tahniah buat warga ibu tunggal dan warga tua yang bertindak menyaman Kerajaan Selangor yang gagal menunaikan tanggungjawap menyelesaikan segala janji PRU12.

Buat janji-janji yang belum dikemukakan saman cepat-cepat buat jangan muka dengan puak-puak ini. Malah rakyat Kelantan, Kedah dan Penang jangan lepaskan perluang untuk turut serta.

SHAH ALAM, 23 Jan  - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman yang difailkan 2,020 ibu tunggal di negeri itu.Saman itu adalah berhubung kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.Hakim Datuk Yaacob Md Sam memutuskan perkara itu selepas mendapati plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan itu.Pada 22 Nov tahun lepas, sebanyak 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan tuntutan bagi menuntut tunggakan berjumlah RM10.9 juta.Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.Dalam saman itu, kesemua plaintif mendakwa mereka menjadi mangsa diskriminasi kerajaan negeri apabila ia gagal menunaikan janji untuk membayar elaun ibu tunggal sejak menubuhkan kerajaan Mac 2008.



“Tiada sebarang bantuan diterima sejak pemerintahan kerajaan negeri berubah pada 2008 sedangkan sebelum ini kami dijanjikan pelbagai bantuan dan hakikatnya sehingga hari ini tiada satu sen pun diberikan.“Jadi, saya menggesa kerajaan negeri memberi penjelasan di mana janji yang dibuat mereka untuk membantu warga emas dan golongan tidak berkemampuan di Selangor ini,” kata Akhirudin Abd Rashid 60.Walaupun Selangor ditadbir Pakatan Rakyat (PR) katanya, Barisan Nasional (BN) sebenarnya banyak membantu golongan sepertinya dan kalau mengharapkan wakil rakyat atau pemimpin kerajaan negeri nasib mereka pasti belum terbela.

Akhirudin antara 200 warga emas yang berhimpun secara aman menuntut kerajaan negeri menunaikan segala janji yang terkandung dalam manifesto PRU 2008.Mereka turut membawa kain rentang dan sepanduk antara lain memaparkan perkataan ‘MB Selangor- bila nak bayar caruman takaful warga emas RM2,500x50,000 warga emas = RM1.25 bilion’ dan `Jangan zalimi warga emas’.

Tuntutan dibuat selepas ibu tunggal di Selangor memfailkan saman berikutan kegagalan pakatan rakyat (PR) menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) 2008 dan kini giliran mereka membuat tuntutan sama terhadap kerajaan negeri.Sementara itu, Pengerusi Penyelaras Tuntutan Warga Emas Selangor, Datuk Ismail Kijo berkata, rakyat di negeri itu terus bangkit dan mendesak Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melaksanakan segera janji yang terkandung dalam manifesto PRU lalu.Katanya, beliau yakin semakin ramai rakyat tampil selepas ini untuk menuntut hak mereka kerana sejak 8 Mac 2008 sehinggalah hari ini (semalam), rakyat negeri ini yang termakan pelbagai janji manis dalam kempen pilihan raya, tidak mendapat apa-apa nikmat atau bantuan yang PR janjikan.

“Kita boleh kira dan tengok semakin ramai rakyat yang bangkit menuntut apa yang terkandung dalam manifesto mereka.“Rakyat terpengaruh dengan pelbagai janji dalam manifesto mereka dan sebab itu rakyat mengundi mereka. Jadi, PR perlu menunaikan janji ini dan tidak boleh marah jika rakyat bangun menuntut hak,” katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan beras kepada 200 warga emas dan ibu tunggal yang hadir di kawasan itu semalam.Dalam sidang akhbar sama, peguam, Kamarudin Ahmad daripada Tetuan Kamarudin & Partners yang mewakili kumpulan berkenaan, berkata pihaknya memfailkan saman terhadap Kerajaan Selangor menuntut caruman takaful RM2,500 seperti dijanjikan dalam PRU 2008, dalam tempoh dua minggu.Katanya, pihaknya yakin tuntutan warga emas ini mempunyai alasan kukuh seperti apa dilakukan golongan ibu tunggal yang sebelum ini tampil membuat tuntutan terhadap kerajaan negeri.“Kami kumpul maklumat dan menjangkakan fasa pertama tuntutan saman ini menghimpunkan 2,000 warga emas,” katanya.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Derma Jihad PAS Biayai Operasi Suap Dan Hasut Rakyat Sarawak ?

Hehe punyalah susah payah rakyat semenanjung derma bagai hendak rak tetapi yang senang siapa?

Inilah yang sedang berlaku di serata Sarawak. PAS dan PKR mula berkampung diserata ceruk kampung berbulan lamanya semata-mata operasi hasut rakyat edisi PRU13.

Bagaimana mereka beroperasi? Golongan ini akan berkampung di kampung melayu seperti Debak, Pusa, Sebuyau, Saratok dan banyak lagi di kawasan lain. Yang menariknya lagi lama DSN tangguh PRU13 semakin banyak modal kena labur? Apatah yang berkampung di sekitar Sarawak bukanya warga Sarawak dan bukan datang bekerjapun. Sebaliknya mereka berkampung semata-mata operasi pikat penduduk kampung.

Bagaimana cara mereka memikat orang kampung? Golongan ini cuba pendekatan peralatkan dakwah islam dan kadang dakwah dangdut karaoke. Serba serbi kasi taruk.

Untuk menarik perhatian lagi ada suapan berbentuk kain tudung rm3, beras cop PAS, gula, milo, malah bagi duitpun ada. Yelah derma 4 tahun sekalikan.

Kalaulah dihintung dengan 71 kawasan MP dan ADUN, berapakah kos diperlukan? Uiih banyakan tapi dari mana sumber dana? Inilah kalau bukan duit derma hendak ambil duit mana lagi? Bolehkah ambil dana dari kerajaan Kelantan dan Kedah? Kalaulah dibuat sedemikian rupa, patutlah rakyat kedua negeri itu asyik kena kencing janji-janji PRU12.

Kalaulah pakai dana dari tabung derma? Ehh!! Rupa-rupanya duit derma digunakan untuk merasuah ke? Ehh bukan rasuah ke? Sebab imbuhan Felda PAS kata rasuah? imbuhan BR1M, KR1M, S1M dan banyak lagi peruntukan Tranformasi Kerajaan untuk rakyat dikatakan rasuah. Padahal kerajaan beri secara tidak pilih bulu. Tetapi yang PAS kerjakan di Sarawak hanya disuap kepada sesiapa yang mahu sertai PAS. Senang cakap ikut PAS dapatlah habuan kalau tidak lantak kau atau silap2 dicerca lagi ada. Jadi siapalah yang yang sedang merasuah sekarang? Termasuk yang rajin beri derma tak termasuk sekali ke?

Walau apapun derma PAS ini mengenyangkan peceramah dan ustazah ustaz celoplah. Patutlah lumayan dari berlakon siap datang dengan kereta mewah lagi beb. Duit mana tu? Duit dana kerajaan negeri ke atau tabung derma? Tak akanlah dapat sikit dari dana asing israel kot? Tetapi yelahkan semasa Anwar kata mendukung keselamatan Israel, Nik Aziz bersetuju dengan Anwar setelah rundingan 3 mata Nik Aziz Anwar dan Tuan Ibrahim. Tidak ada hulur2 ke? Kalau ada hulur tak akan RM10 kot? Dan kalau banyak tak akanlah dari Dana Selangor? Abis kalau bukan darimana?

Banyak modal Pakatan Rakyat kena keluarkan dana untuk kempen Anwar PM di PRU13. Terutama mengjalankan Siri Bersih Lynas malah himpunan Shamsidar dihalang menjadi Saksi Mahkamahpun dibuat dengan pakai duit mana?

Patutlah segala janji mereka gagal ditunaikan sebab kalut melebarkan kuasa dari menunaikan tanggungjawap yang diamanahkan rakyat. Macamni hendal diharap takbir negara?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bantuan PPRT Senjata Sabotaj Barisan Nasional Sarawak

Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Antaranya PPRT. Masalahnya usaha kerajaan telah menjadi senjata menikam tuan apabila amanah gagal disempurnakan oleh pihak yang dipertanggungjawapkan.

PPRT Peruntukan Penduduk Rakyat Termiskin di kawasan Parlimen P201 Batang Lupar meliputi Sebuyau hingga Pusa dibebani dengan unsur-unsur kegagalan yang secara tidak langsung menjadi agenda sabotaj perjuangan dikalangan Ahli Parlimen dan Adun. Sudah tentu ini menjadi faktor negatif buat BN diketika saat-saat hampir PRU13

PPRT merupa bantuan di bawah Tranformasi Kerajaan yang mengagihkan bantuan berupa bantuan membaiki rumah, bantuan wang sara hidup dan bantuan berbentuk keperluan pertanian.

PPRT dibawah bidang kuasa Pejabat Daerah. Biasanya Pejabat Daerah akan menghantar berberapa kakitangan yang bertugas untuk mendapatkan data bagi tujuan penapisan dan kelulusan.

Ada rungutan rakyat yang menyentuh kakitangan yang datang adalah kurang berkemahiran dalam melaksanakan bancian walaupun terdapat borang kaji selidik. Hasilnya bila sampai masa kelulusan dan pengagihan bantuan, golongan penerima adalah tersasar dari golongan sasaran, Sebaliknya terdapat orang kaya menerima bantuan dan yang miskin terpinggir. Ada juga rugutan ada SAO? yang selalu gagal mendekati rakyat malah ketika ada aktiviti yang dilakukan Ahli Parlimen dan Adun juga gagal menghadirkan diri. Puncanya dikhabarkan SAO di kejar Along?

Soal ini telah menjadi rungutan rakyat miskin apabila banyak bantuan yang diperuntukan gagal kepada golongan sasaran. Lebih mengejutkan ada laporan kelulusan dibuat atas kuasa kerani hingga timbul unsur pilih kasih. Yang paling menyedihkan golongan berada mendapat dan yang benar miskin dipinggirkan. Akhirnya Tranformasi Kerajaan gagal mencapai matalamat. Sebaliknya ini telah menjadi kempen yang boleh di salah gunakan Pakatan Rakyat

Malah situasi ini menjadi bahan momokan Pakatan Rakyat yang sedang aktif menjalankan aktiviti perang saraf. Jangan lupa yang kawasan P201 telah menjadi tumpuan PAS dan PKR yang telah hampir setahun berkampung dan meracuni penduduk kampung secara rutin. Malah mereka juga merasuah dengan pemberian beras gula pakaian untuk memikat beralih arah kepada Pakatan Rakyat.

Apa yang sebenarnya sedang berlaku? Adakah wujud unsur khianat dan mengambil kesepatan dikalangan orang tertentu. Atau menyusupnya pro PR dalam Jabatan Kerajaan? Atau terdapat kakitangan yang kurang bermotivasi dalam perlaksanaan tugas?

Pendedahan ringkas ini perlu diberi perhatian BN Sarawak demi tanggungjawap dan membersih amalan tidak bertanggungjawap dikalangan kakitangan kerajaan yang memegang amanah sebagai penyempurna Tranformasi Kerajaan. Kalau ini gagal yang menerima kesan adalah kerajaan, sedangkan kakitangan saban tahun menikmati pelbagai inbuhan dan kenaikan gaji tetapi prestasi masih juga menjadi senjata menikam kerajaan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 28 January 2013

AES Tun Dr Mahathir Bidas Pakatan Samseng

Di negara-negara di mana terdapat kereta bermotor, undang-undang diadakan untuk menentu had laju kereta. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kemalangan di jalanraya kerana memandu terlalu laju.

Tidak ada sesiapa yang membantah terhadap penentuan had laju.Malangnya ada pemandu yang tidak menghormati undang-undang. Mereka pandu dengan kelajuan yang kerterlaluan. Dan berlakulah kemalangan dengan kehilangan nyawa.

Undang-undang sahaja tidak mencukupi. Penguatkuasaan undang-undang diperlukan. Dan, polis pun ditugas untuk mengesan kelajuan yang berlebihan kereta bermotor di jalan-jalan raya.

Apabila jumlah kereta bertambah dengan banyaknya, polis tidak dapat menjalankan tugas-tugas lain selain dari mengesan pencabulan had laju kereta di jalanraya.

Lagipun agak sukar menentukan kelajuan dan kereta yang terlibat.Berbagai jenis alatan dicipta untuk membantu polis. Tetapi jumlah kereta terus meningkat dan kemalangan dijalanraya turut meningkat. Maka diciptalah alat elektronik yang dapat bukan sahaja mengukur kelajuan tetapi mengenalpasti kereta yang terlibat.Alatan canggih ini lebih berkesan. Tidak ada siapa dimana-mana di dunia yang menentang kegunaan alat kesan laju ini.

Tetapi pihak berkuasa tidak sedar bahawa ini Malaysia. Malaysia bukan sebarang negara. Malaysia adalah negara politik; negara demokrasi. Politik demokrasi bermakna apa sahaja yang dilakukan pemerintah mesti ditentang.

Justeru, usaha pemerintah untuk menyelamat nyawa, mengurangkan kemalangan di jalanraya, menurun angka kematian kerana kemalangan kebawah dari 6,000 setahun, mesti ditentang.

Bukankah kemalangan ini adalah hak asasi manusia, hak asasi kita semua? Kenapakah pemerintah cuba rampas hak kami?

Sesungguhnya politik demokrasi negara tercinta ini sudah sampai ke peringkat yang cukup tinggi. Usaha untuk menyelamat nyawa pun boleh jadi isu untuk ditentang.

Bilakah akan kita kembali kesiuman kita. Apakah segala-galanya perlu dipolitikan, ditentang kerana kita berhak menentang.Sebenarnya pemandu kereta di Malaysia adalah diantara yang berbahaya sekali. Tanpa undang-undang yang menyekat kelajuan tiap tahun beribu akan mati.

Apakah ini yang kita mahu? Apakah kita ingin tunggu sehingga semua kita akan kehilangan ahli keluarga di jalan raya baharulah kita akan terima AES ini? Tun Dr Mahathir

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ariwanas Kesetiaan Dan Kebanggaan Nik Aziz


Semuanya berlaku seperti yang diramalkan umum. Akhirnya kecundang jua pejuang keikhlasan diatasi sindrom Ariwanas. Itulah nasib Nasharudin Mat Isa dan Hassan Ali yang ditendang tampa bicara.

Kenapa tiada lagi ruang untuk pejuang yang ikhlas dalam PAS. Adakah kerana PAS sedang merevolusikan falsafah perjuangan yang sealiran dengan dunia moden ini? Sesungguhnya Ariwanas berjaya membawa PAS keluar dari kelompok Dasar Negara Islam kepada dasar yang lebih libral, lebih pluralisme, lebih sosialis dan setia tunduk kepada pengaruh cauvinis yang menopolisi sebahagian besar perjalanan Pakatan Rakyat.

Dari itu PAS akur dengan Malaysian Malaysia kerana ini sahaja boleh menukarkan pemikiran rakyat berbilang bangsa mendekati PAS dan memberi undi.

Benarkah bukan islam sanggup beri undi kerana sikap terbukaan PAS atau kerana PAS telah dijajah atau dipukau hingga membuta tuli melanggar dasar sendiri.

Sebenarnya PAS tidak kisahpun jika kemenangan mereka nanti ibarat batu tenggelam dari sabut yang timbul. Sebab yang penting Putrajaya dan bukan apa nasib nanti walaupun bumi yang kita semua pijak milik orang.

Apalah hendak dihairankan kerana itu sahaja harapan PAS merasa kuasa sebelum mati. Apalah hendak diragukan kerana PAS belum biasa buat kerja memenuhi rangka kerja sekarang dihintung dengan jangka pendek dan diperhalusi jangka mada panjang. Kerana selama ini PAS memikirkan apa yang mereka dapat harapkan dari Anwar dari memikirkan apa janji keikhlasan perjuangan islam demi Allah.

Kalaulah benar mereka mengakui lebih islam. Salahkah mereka menegur Lim Guan Eng memohon maaf kerana keterlanjuran mendesak Khalimah allah digunakan kata ganti god dan lord dalam bible versi melayu?

Atau mungkin pro berangapan UMNO BN terlampau memperlecehkan islam tetapi bagaimana dengan ini.

Atau PAS dapat diharapkan membawa hudud? Tetapi kenapa PAS mesti bertalam 2 muka dengan akur kehendak Pakatan Rakyat mengeluarkan hudud dari buku jingga. Dalam masa yang sama mereka berdolak dalih menggangkat diri sebagai lebih islam yang mampu lakukan apa jua janji.

Betulkah PAS pegang pada janji?

Atau betulkah PAS sahaja mampu tegakan negara islam?

Sebenarnya PAS hanyalah pak turut dari umpan ke Putrajaya dan penyumbang perpecahan ummah


Kerana jenis parti yang tidak boleh terima teguran dan pandangan dari orang lain seperti dari maksud Dr Maza. Kenapa? Adakah kerana inilah bahana orang yang kuat beribadat dan mendabik dada lebih islam. Hanya allah yang tahu tetapi sebagai manusia biasa ramai yang perasan PAS sedemikian rupa, cuma tidak mahu suka-suka menuduh atau melebelkannya.

Hakikatnya kewujudan Nasharudin dan Hasan Ali adalah anugerah Allah buat PAS untuk seimbangkan jika terlanjur bukannya amugerah allah buat pengiat seni perlakon video china doll. Atau pembela perjuang halang saksi ke Makamah dan itupun PAS lah juara pembelanya walaupun dalam hati mereka sendiri was-was siperlakuan yang mereka bela?

Sebenarnya PAS sedar mereka terlanjur tersasar dari dasar tetapi keegoan sahaja yang menghalang kebenaran. Sebab itu Ariwanas adalah kuasa melebihi murshidul am PAS malah bakal menjadikan Hadi sebagai hamba pensuci dosa kerakusan sebagaimana fungsi munyak pelincir kereta.

Cuma adakah anda juga sebahagian dari mereka?



Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuan Ibrahim - Nasharudin Tidak Layak Menjadi Ahli Majlis Syura

Memang benarlah Nasharudin Mat Isa tidak layak menjadi sebahagian dari Majlis Syura kerana Nasharudin jenis keras kepala. seperti kata Tuan Ibrahim. disebabkan kegagalan Nasharudin menjalankan tugas beliau maka Pas akan menggantikan tempat beliau kepada calon yang lebih komited dan layak.

Tetapi salahkah keras kepala Nasharudin kerana sesuatu yang bercanggah dengan islam?

Salahkah kerana berjihad dalam misi perdamaian Hamas dan Fatah

Salahkah kerana sering bertegas dalam soal Khalimah Allah

Salahkah kerana ingin perjuangan dasar PAS tampa meminggirkan perpaduan ummah

Salahkah berdakwah di dalam kem UMNO kerana Allah

Salahkah bertegas mempertikaikan kemungkaran DAP dan PKR kerana allah dan demi mengjaga kepentingan islam

Kalau ini menjadi kesalahan yang menggangu agenda PAS bersama Pakatan Rakyat. Maka benarlah Nasyarudin tidak layak betada dalam Majlis Syura malah dalam PAS pun. Kerana memperjuangkan islam tidak pernah menuntut kita membabi-buta taksud melebihi dari yang di tuntut islam. Semoga Allah yang maha mengetahui, menunjukan kebenaran. Tahniah Nasharudin kerana lebih takutkan Allah dari dipecat PAS.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Teruja! TPM Kami Minta RM400k Dilulusnya RM500k

Memang tidak patut tetapi kami bersyukur dengan kemurahan hati TPM dan Barisan Nasional ! Itu yang diluahkan penduduk kampung yang memberi tepukan gemuruh dengan kemurahan hati TPM.

Alhamdulillah ketibaan Timbalan Perdana Menteri Timbalan Perdan Menteri Tan Sri Dato Seri Muhyidin Yasin di sambut dengan penuh kebudayaan.

Disini TPM menyetuh soal kesediaan kerajaan yang akan membantu rakyat dengan pelbagai bantuan yang termasuk dalam program tranformasi kerajaan.

TPM amat mengkagumi kesudian masyarakat kampung yang berbilang kaum di Sarawak, hadir bersama dengannya.

Dari itu TPM sudi memberi bantuan balairaya baru yang asalnya hanyalah dipohon sebanyak 400k tetapi TPM berjanji untuk memberi setengah juta khas untuk pembinaan balai raya baru buat penduduk Kampung Baru Sungai Apong. Termasuk bajet tambahan untuk pengisian pelbagai kelengkapan peralatan lain termasuk kemudahan sukan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rakyat Sarawak Teruja Menanti Kehadiran Timbalan Perdana Menteri

Seawal 6 pagi rakyat Sarawak telah berkumpul dengan penuh sabar menanti kehadiran Timbalan Perdan Menteri Tan Sri Dato Seri Muhyidin Yasin semperna Lawatan Mendekati rakyat Sarawak di kampung Sungai Apong Baru

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, 27 January 2013

Bongkar Nik Aziz Langsung tidak kisah Bahana Ladang Rakyat ? Apa Hendak Jadi ?


Kira-kira 300 penduduk di Kampung Serian, dekat sini, mengadakan demonstrasi mempertahankan tanah seluas 160 hektar daripada diambil balik kerajaan Pas Kelantan untuk diserahkan kepada syarikat bagi pembangunan ladang sawit.

Mereka mengadakan perhimpunan lebih dua jam bermula jam 3 petang dengan melaungkan tanah itu tidak rela dirampas kerajaan negeri semata-mata bagi memberi pembelaan kepada syarikat yang tidak memberi faedah kepada penduduk kampung. 

Tanah itu yang diusahakan lebih 20 tahun dengan ditanam pelbagai tanaman termasuk getah telah mengeluarkan hasil dan boleh menjejaskan pendapatan penduduk jika kerajaan negeri tidak meluluskan segera hak milik kepada mereka. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Mohd Rofi Ismail berkata, penduduk akan tetap mempertahankan tanah itu daripada terlepas kepada syarikat bagi pembangunan ladang sawit berikutan hanya kawasan berkenaan sahaja yang tinggal sekarang ini. 

Beliau berkata, sebelum ini sudah banyak tanah diusahakan penduduk diambil balik kerajaan negeri dan kini berlaku semula di kawasan lain pula hingga tidak ada pertimbangan bagi memberi hak milik itu kepada mereka yang sekian lama menjelaskan premiumnya.

 “Kita menyedari tanah berkenaan diserahkan kepada syarikat pembangunan ladang selepas beberapa pekerja ladang swasta itu mengambil langkah meletak batu sempadan tanpa menghiraukan tanah berkenaan dimajukan penduduk tempatan.

 “Kerajaan negeri bawah kepimpinan ulama itu sepatutnya ada budi bicara sebelum meluluskan tanah terbabit kepada syarikat kerana kita yang selama ini memajukan dengan pelbagai tanaman hingga mengeluarkan hasil,” katanya. Seorang penduduk, Mohamad Yusof, 57, berkata, setiap penduduk yang berhimpun kali ini sanggup berdepan dengan pelbagai kemungkinan bagi mempertahankan tanah berkenaan daripada diambil balik kerajaan negeri. Beliau berkata, tanah yang ditanam dengan pelbagai tanaman itu sudah dibayar premium untuk mendapatkan hak milik lebih lima tahun lalu, tetapi sekarang ada syarikat yang datang mengakui itu tanah milik mereka. “Kita tidak akan lepas secara mudah tanah yang sudah kita usahakan dan berani berdepan dengan kerajaan negeri jika ada tindakan susulan selepas ini,” katanya.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Apa? Anwar Buat Hal Lagi ?


Mengapa Anwar mahu menjadi Perdana Menteri? Berikut adalah mengapa http://youtu.be/NzkdR79l224

Published with Blogger-droid v2.0.10