Saturday, 20 April 2013

PRU13 P.194 Nazib Buntu Akal Melawan Fadillah Yusof


Inilah hero PKR yang buat kali kedua bertanding di Sarawak Ahmad Nazib Bin Johari, yang pernah kalah dalam PRN 2011 kepada calon BN, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, merebut kerusi DUN Satok.

Kacak benar Ahmad Nazib. Sekilas pandang, pastinya membuat gadis-gadis tidak tidur malam. Manakan tidak, selain memiliki rupa paras yang kacak, Ahmad Nazib merupakan calon muda AMK dari PKR yang sekarang sekali lagi mencuba nasib dengan mencabar Datuk Fadillah Yusof, merebut kerusi MP bagi Parlimen Petra Jaya P.194.

Ahmad Nazib pernah memberitahu rakyat Satok bahawa dia adalah graduan lulusan Universiti Malaya, lulus hebat dalam jurusan Undang-Undang Syariah, dan merupakan seorang USTAZ di kawasan Satok. Dia mahir membaca ayat-ayat lazim! Begitulah dakwanya.

Selain itu, dia juga meminta rakyat supaya memberikan undi padanya memandangkan dirinya adalah "seorang muslim yang baik", "seorang suami dan ayah yang sangat setia dan baik kepada isteri dan anak-anaknya". Dia suami dan bapa "mithali". Itu kempennya.

Setelah gagal menjadi pengganti Abang Jo yang muda, "kacak", berkelulusan tinggi, "alim", "warak", "kuat agama", "setia dan sayangkan isteri", "bapa yang baik" dan "tidak sosial" serta pandai menjaga imejnya sebagai pemimpin yang berpotensi untuk berstatus "Anugerah Tuhan"! Sekarang bercita-cita untuk menganti Datuk Fadillah Yusof pula. Baguslah mencuba nasib namanyakan!

Jadi, apa kata orang Satok? Lihat gambar di atas, adakah gadis di sebelahnya itu isterinya? "Alim" dan "warak" sungguh "ustaz" Ahmad Nazib, ya?

Itu kisah lama, tetapi hari ini Ahmad Nazib bercakap soal kegagalan pembangunan tetapi apakah dia yang subjek yang sebenar tidak pula dijelaskan dengan detail. Seolah-olah Nazib tidak tahu apa yang sebenar yang hendak diperjuangkan di Petra Jaya

Sebab dari itulah Nazib hanya mampu dengan mengedar pelbagai risalah manifesto yang mewakili PKR semenanjung sebagai inti parti kempennya di Petra Jaya. Hendak hapus tol?? Hendak hapus AES? Alahai jauhnya tersasar. Hendak kata beri air percuma? Alahai PKR Selangor separuh mati mengelabah memikir bagaimana hendak memberi air percuma seluruh Selangor sampai akhirnya gagal.

Hendak memberi elaun RM600 kepada ibu yang anak setahun? Alahai BRIM dan mahu cecah RM1200 tanpa pilih ibu mengandung ke, ada anak ke! Tidak ada anak ke! Malah bapak-bapak yang tidak boleh beranak pun dapat dan ada lagi budak bujang pun dapat juga. Itu tidak termasuk dengan EKasih dan pelbagai imbuhan lain lagi.

Tinggal lagi kononnya hendak beri pendidikan percuma! Cuba fikirkan adakah pendidikan percuma boleh menjamin kepada pendidikan berkualiti? kalau semua IPTN  negara hendak tampung semua jumlah perlajar tidak cukup malah perlu tunggu bertahun untuk penuhinya.

Sebagai alternatif lain adalah IPTS. Jika IPTS menampung peluang pendidikan percuma berapa jumlah kosnya? Malah IPTS tumbuh macam cendawan sebab dapat ambil perlajar sesuka hati kerana semua kos ditanggung kerajaan. Persoalannya adakah kualiti pendidikan terjamin bila semua IPTS berlumba-lumba sebegini rupa? Bukankah lebih bagus siapa yang dapat pencapaian terbaik dapat keuntungan dengan PTPTN ditukarkan kepada Biasiswa. Kerana ini boleh menggalakan pendidikan berkualiti.

Persoalannya yang paling menarik, adakah selama ini Admad Nazib tidak pernah membuat sebarang analisis pembangunan Petra Jaya? Semua rakyat Sarawak tahu kawasan Petra Jaya sedang pesat membangun sampai Ahmad Nazib terpaksa menggunakan manifesto PKR Pusat untuk berkempen. Dengan alasan gagal sekali memahami apa kehendak rakyat Petra Jaya?

Selama ini rakyat Sarawak tahu siapa Datuk Fadillah Yusuf yang mempunyai rekod bersih dan berjaya merubah pembangunan Petra Jaya dari pelbagai aspek meliputi kemudahan infrastruktur yang sentiasa dikemaskinikan, kebajikan rakyat yang terjaga yang juga meliputi Tranformasi Kerajaan oleh Datuk Sri Najib Razak. Jadi untuk apa kita tukar yang telah berjaya semata-mata untuk memenuhi seorang yang kecewa dipecat kerana masalah moral dan cubaan menggadaikan negara kepada IMF? itulah bos Nazib sendiri, Anwar Ibrahim!!

Rakyat Petra Jaya harus ingat sokongan padu kepada Datuk Fadillah Yusof bakal memberi peluang Datuk Seri Najib dengan kekuatan memandu Barisan Nasional dengan penuh aktiviti Tranformasi Kerajaan membantu rakyat termasuk kawasan Petra Jaya.

PRU13 Senarai Calon Sah Bertanding di Kedah

Ini adalah senarai calon MP PRU13 sah bertanding di Kedah



Video Mustafa Ali Akhirnya Bercabar Angkat Sumpah




Buat orang yang pernah mencabar orang lain untuk bersumpah atas nama Allah SWT itu sepatutnya sekarang lebih bersedia membuktikan diri untuk bersumpah mewakili diri tetapi apa yang berlaku sekarang? Gerakan menutup segala cerita dengan kempen hentikan cerita kempen prono. 

Kalau iyapun tolonglah angkat sumpah dan abis cerita.. Berani mencabar tetapi takut untuk buktikan pada diri senidiri.... Pecah Palak Mikir.

Kakitangan Bank Diberi Amaran Undi Barisan Nasional Dibuang Kerja?


SEDAR-SEDARLAH BANGSA MELAYU...INI BARU KUASAI BANK, BELUM LAGI MEMERINTAH.....

SY JUGA DIFAHAMKAN ORG2 MELAYU BEKERJA DI BANK2 DIKUASAI CINA TURUT MENJADI MANGSA PILIH KASIH...TERUTAMANYA SOAL GAJI

BANGKITLAH WAHAI MELAYU..CUKUP-CUKUP KITA DIPERGUNA

Seorg PENGURUS CAWANGAN di sebuah BANK iaitu Bank Hong Leong di Nusa Bestari Skudai JB telah mengugut terhadap staf2 Melayu bawahannya di dalam satu mesyuarat pada 18 Apr 2013 jam 9 malam supaya memberi undi kepada CALON DAP pada PRU13. Antara ayat yang digunakan oleh PENGURUS CAWANGAN adalah seperti berikut:

“…….THOSE WHO VOTE FOR BN WILL LOSE THEIR JOB, MUST VOTE FOR DAP……”
(Mereka yang mengundi BN akan kehilangan pekerjaan, mesti mengundi DAP)

Berikutan dengan itu, satu laporan Polis telah dibuat oleh pekerja-pekerja yang berkaitan.

Maklumat PENGURUS CAWANGAN Bank tersebut adalah seperti berikut:

Nama: SYLVIA BANGSA CINA
BRANCH MANAGER HONG LEONG BANK NUSA BISTARI NO 2A JALAN JATI 1 TAMSN NUSA BISTARI JAYA..
NO TEL HP 0137707588
NO TEL OFIS 07-5112826

DAP Belum menang dah mcm ni…..bayangkan bila dah menang Parlimen Gelang Patah……bagaimanakah nasib orang2 Melayu yang bekerja di bawah org Cina DAP?
Sumber - Johor Bangkit

*PecahPalakMikir> Jika benar laporan di atas berlaku harap pihak berkuasa siasat dan ambil tindakan...

Video Nik Aziz Suka Anwar Kata PAS Cakap Tidak Pakai Otak

Anwar kalau bercakap mesti ikut kehendak membela kedudukannya dan inilah bukti video siapa Anwar yang tiada prinsip dan harga diri bila bercakap.

Friday, 19 April 2013

Video Zahid Mat Dengan Papagomo Bentang Mani Festo Anwar Ibrahim

Musyidul Am TIBAI, Saudara Zahid Mat Arip berucap sempena pelancaran Mani Festo JingGay Papagomo vs Papahomo



Al Fatihah… Takziah Buat Keluarga Tan Sri Aishah Ghani


KUALA LUMPUR, 19 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Tan Sri Aishah Ghani, 90 yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi kerana sakit tua..

Allahyarham merupakan Veteran UMNO dan bekas Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Jenazah allahyarham dibawa pulang ke rumah No 3, Jalan Kota, Off Jalan Ledang di sini dan dijangka dikebumikan pada jam 6 petang ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Justeru, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah. – MediaUMNO

DAP Sarawak Chong Chieng Jen Buli Calon Baru Julian Tan Kok Ping

Chong Chieng Jen lari ketakutan bila mendengar Yong Khoon Seng bertanding di kawasan Stampin. Asalnya sebelum pengumuman calon dibuat di Ibu Pejabat PBB, Wilfred Yap yang diwar-warkan bakal bertanding di kawasan Stampin, tetapi tiba-tiba Dato’ Yong Khoon Seng dimasukan ke dalam senarai nama yang bakal dicalonkan pada hari penamaan mengundi. 

Situasi ini menyebabkan Chong Chieng Jen ingin cabut lari bertanding kekerusi asalnya di bandar Kuching. Kenapa begitu takut sangat dengan Yong Khoon Seng yang mempunyai pencapaian terbaik dalam Barisan Nasional. 

Dato’ Yong Khoon Seng telah dilahirkan pada 22 Disember 1941 di Betong, Sarawak. Kini berusia 71 tahun, beliau telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Ahli Parlimen Stampin ini memegang Ijazah Sarjana Muda Farmasi (B. Pharm MPS) dari Queensland University, Australia. Beliau telah lama berkhidmat sebagai seorang farmasis sebelum melibatkan diri dalam arena politik. Malah beliau bekas Timbalan Menteri Kerja Raya dalam kabinet kerajaan Malaysia yang lepas. 

Satu faktor yang menakutkan Chong Chieng Jen kerana rakyat dikawasan Stampin yang telah lama melihat kemampuan Yong Khoon Seng berkhidmat. Mengikut sumber dalaman, DAP berhajat untuk merampas kerusi MP Stampin dengan harapan DAP dapat menguasai satu lagi kerusi MP di kawasan Kuching yang mempunyai 3 kerusi MP iaitu Petrajaya, Kuching dan Stampin.

Kerana keinginan DAP ingin menguasai seluruh kerusi kaum Cina di Sarawak, Chong Chieng Jen diletakan untuk bertanding Kuching, malah operasi dan gerak kerja Chong Chieng Jen telah dijalankan hampir setahun untuk mengubah rentak pengundi kawasan Kuching.

Sementara itu calon dalam perancangan asal DAP di Stampin adalah Julian Tan Kok Ping, Mengikut logik DAP, calon baru bagus diletakan dikawasan yang DAP rasakan kubu kuatnya. Dari itulah Julian Tan Kok Ping mula bergerak berkempen di kawasan Stampin dari bertahun lamanya untuk mempromosikan diri.

Tiba-tiba perancangan DAP tersasar dari ramalan, malah Chong Chieng Jen sendiripun tersentak dengan pengumuman Barisan Nasional yang masih mengekalkan Dato’ Yong Khoon Seng bertanding di Stampin.

Melihat reputasi dan kekuatan calon BN, Chong Chieng Jen ingin berpatah balik ke Kuching tetapi ini menjadi satu masalah besar buat Julian Tan Kok Ping sebagai calon yang baru dinaikan DAP. 

Tindakan Chong Chieng Jen menyebabkan Julian Tan Kok Ping terlampau banyak membuang masa di Kuching dan sekarang dalam masa terhad terpaksa mula berkempen dari mula untuk  mempromosikan diri di Stampin. Malah yang paling sakit terpaksa berhadapan dengan Dato’ Yong Khoon Seng. Alahai Pecah Palak Mikir si Julian Tan Kok Ping sekarang ini kalau Chong hendak janji harapan untuk Julian bagi ADUN depanpun mustahil bukan. 

#Dengar cerita malam ini DAP tengah bertegang leher mencari siapa yang layak, hehe masak  dan pecah palak mikir.



Gandingan Mantap BN Kelantan, Mimpi Ngeri PAS


PRU-13 kali ini ternyata BN Kelantan begitu serius untuk merealisasikan hasrat menawan kembali negeri ini apabila menampilkan barisan calon paling mantap dan terbaik bagi merebut 14 kerusi Parlimen dan 45 kerusi DUN.
Daripada 59 orang calon itu, 26 daripadanya adalah muka baru termasuk tiga untuk merebut kerusi Parlimen dan 23 orang lagi pemimpin pelapis ini akan berentap di kerusi DUN.
ngan masyarakat. Gabungan ideal yang wujud atas kesedaran untuk satu proses hijrah ini menepati inspirasi rakyat Kelantan yang semakin hari telah membulatkan tekad untuk beralih arah sebagai
Ia menggabungkan muka baru dan pemimpin berpengalaman, terdiri daripada golongan professional, ulama dan pemimpin veteran yang rata-ratanya memiliki pengaruh tersendiri di kal ahukuman lantaran kegagalan PAS mengurus tadbir negeri ini semenjak 23 tahun lalu. Paling penting gandingan mantap melibatkan para pengalima UMNO seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Awang Adek Husin, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Annuar Musa pastinya akan memberi nilai tambah dalam mencorakkan sokongan untuk BN kelak.
memperkukuhkan penguasaannya di 25 kerusi DUN serta semakin mantap sokongannya di 9 kerusi Parlimen. Sementara PAS pula tika ini masih terkonteng-konteng berusaha memperbaiki kubunya yang terjejas di
Kesediaan mereka berganding bahu pastinya mengingatkan rakyat negeri ini dengan PRK DUN Galas yang mana ia terbukti menghasilkan sokongan padu yang membolehkan BN merampas kembali DUN tersebut dari PAS. Berdasarkan trend semasa dan laporan risikan pelbagai sumber, BN diyakini berupaya menumbangkan PAS dalam PRU-13 ini apabila terus 17 kerusi DUN dan 5 kerusi Parlimen selain masih gagal dalam usahanya untuk merapatkan semula jurang sokongan di baki 3 kerusi DUN yang disifatkan kelabu hitam oleh BN.
itan Gelombang Merah, nescaya PRU kali ini mimpi ngeri PAS Kelantan akan menjadi kenyataan.
Tidak syak lagi, dilihat pada senario hari ini tambahan pula dengan gabungan mantap pemimpin BN dalam PRU-13 ini. BN menang besar..

PRU13 Individu Yang Mendidik Nik Aziz Cara Gali Liang Lahat Sendiri


Malam nanti PAS akan mengumumkan calon-calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen di Kelantan. Daripada 45 kerusi DUN, PAS bertanding di 40 kerusi manakala 11 kerusi parlimen daripada 14 kesemuanya. Walaupun malam ini PAS mengumumkan calon-calonnya tetapi beberapa calon untuk kerusi parlimen dan DUN sudah pun diketahui awal. Sesetengah kawasan acara 'bergomol' sudah berlaku kerana tidak puas hati.

Bagaimana pun malam ini adalah pengumuman rasmi. Malam ini akan ada air mata gembira dan air mata duka. Malam penuh dramatik. Khabarnya semua calon terlibat sudah dimaklum dan sudah pun diberi borang penamaan calon masing-masing. Sesetengah sudah pun mengambil gambar foto untuk dijadikan poster calon. Jangan mendahului Tuhan.

Zulkefli: Orang yang tukang tulis nama calon.

Proses pemilihan calon PAS kali ini nampak kelam kabut dan berkucar 'wak yah' sedikit. Banyak senget dan congik cadungnya. Rasa tidak puas hati timbul di mana-mana sahaja. Setengah ada yang bertindak menutup pos atau mengancam untuk tidak bekerja sekiranya calon-calon pilihan mereka tidak diangkat sebagai calon. Paling menggerikan ada yang membuat pengakuan akan bertindak keluar parti kalau keadaan tidak diubah.

Perkara ini sebenarnya biasa. Kekalutan pemilihan calon ini sudah menjadi lumrah. Setiap kali pilihan raya, situasi ini akan berlaku. Saya berpengalaman mengenai perkara ini sejak tahun 1978 lagi. Ia bukan saja setakat bertegang leher, tetapi ada yang sampai bertumbuk, memaki hamun dan sebagainya kerana tidak berpuas hati dengan calon.

Itu tidak menjadi masalah dan memberi kesan besar kepada parti. Seorang pejuang dan 'pemerhati' yang tulen akan mengangkat bendera juga akhirnya setelah gelora kemarahan sejuk. Namun sebelum panasnya sampai 100 celcius, zarah-zarah dan kumin-kumin air akan panas meloncat-loncat (mendidih) ke atas.

Kenapakah proses pemilihan calon kali ini menjadi kecoh dan berkucar wak yah? Jawabnya tidak ada sebab lain melainkan kerana berlaku unsur-unsur kronisme dan nepotisme di dalam membuat pemilihan dan penyaringan calon. Ia ditambah dengan sikap munafik mereka yang menjadi anggota pemilih calon; cakap depan lain dan cakap belakang lain. Sikap tidak berterus terang kononnya untuk ambil hati tidak betul dalam hal ini dan inilah menyebabkan timbul kekalutan.

Contohnya ada seorang ahli pemilih calon (Timbalan Pesuruhjaya) menjanji akan membuat penilaian adil, berjanji untuk merujuk atau memaklumkan kepada Tokguru, tetapi ia mungkir. Bukan saja maklumat sebenar disembunyikan kepada tokguru, tetapi Tokguru tidak diberitahu langsung. Tokguru hanya dijadikan rubber stamp, cop sahaja tanpa memaklumkan kepadanya. Apakah kerja seperti ini betul mengikut keadan Islam?

Unsur kronisme di dalam hal ini sangat jelas sehinggakan ia tidak boleh ditutup lagi. Unsur kronisme ini menyebabkan PAS menjadi seperti syarikat anak beranak - syarikat sendirian berhad dan bukan syarikat berhad. Maka itu pemilihan calon dibuat di kalangan anak beranak, waris warah dan ipar duai, biras dan besan sahaja.

Sesiapa yang berseorang diri, hatta bekerja kuat didalam parti dan mendapat sokongan dari peringkat kawasan, cawangan akan ditinggal begitu saja bagaikan tunggul kayu kalau ia tidak ada hubungan diplomatik dengan individu yang memilih calon. Kuatlah 'setara mana' mereka tidak akan dipilih dan dia ajak berjemak berkira.

Ini satu budaya dan perangai di dalam PAS. Penyakit atau perangai di zaman Mohd Asri Muda (Allahyarham) nampaknya menjadi turutan dan ikutan. Budaya memilih calon di kalangan kawan-kawan, anak beranak sendiri mula dipraktikan secara jujur di dalam pemilihan kali ini. Apakah dengan berlakunya keadaan maka ia membungakan kekalahan untuk PAS?

Sebenarnya bagi ahli PAS mereka tidak ada masalah kalau 'waris warah' yang akan mewarisi takhta itu asalkan berkelayakan dan dilakukan secara adil. Tetapi pemberian peluang menjadi calon itu biarlah adil, tidak pilih kasih atau pun membelakang prosedur biasa. Keharmonian di dalam PAS selama ini ialah kerana tidak ada unsur jahat dan khianat. Ketelusan dan keikhlasan itulah menjadi teras dan spritual kepada PAS.

PAS parti Islam sewajarnya menegakkan prinsip keadilan dan kesamarataan. Sisi inilah yang membezakan PAS dengan Umno. Dalam pemilihan calon dan apa-apa juga aspek keadaan atau pendekatan secara Islam biarlah jujur dan bersih sesuai dengan pengakuan dan syahadat kita terhadap perjuangan yang berpaksikan kepada perinsip Islam.

Perkara ini disebut kerana perkara ini jelas. Ada calon-calon yang dipilih tidak pun berada dalam barisan nama yang dicadangkan oleh PAS cawangan, kawasan seperti mana ditetapkan dan menjadi amalan biasa. Tetapi kerana mereka adalah kroni kepada orang tertentu, tepatnya kepada ahli Dewan Harian PAS yang terdiri dari Pesuruhjaya, Timbalan Persuruhjaya I dan II, Setiausaha Badan Perhubungan maka dia diambil dan dinilai.

Waris dan sahabat handai, ipar duai, biras mereka dibasuh dan dimake-up sebaik mungkin. Dipersembakan kepada Tokguru Nik Aziz sebagai barang persembahan yang indah. Puak-puak inilah penipu Tokguru sebenarnya bukan Umno Barisan Nasional. Merekalah yang menjadi ulat yang memakan PAS dari dalam dengan bersela lendik dan berkopiah putih.

Saya akan senaraikan macam mana calon-calon yang dipilih kali ini ada hubungan relatif dengan individu-indivdu yang disebut di atas tadi. Ada orang yang menjadi pemegang 'jabel' pitis kepada ahli Dewan Harian dipilih menjadi calon, bukan kerana orang itu berwibawa, tetapi kerana hanya menjadi pemegang jabel duit. Al maklumlah saat pilihan raya ia memerlukan duit banyak. Menjadi proxy dalam pemberian kawasan balak, getah klun dan biji besi. Perlu ditegaskan anggota Dewan Harian Dr Mohd Fadzli Hassan iaini Ketua Penerangan tidak diajak berunding langsung dalam soal pemilihan calon ini. Kenapa?

Betulkah cara ini? Memang pemimpin PAS senantiasa memberi ingatan dan pesan, di dalam PAS jawatan tidak boleh diminta. Jawatan bukan matlamat. Tetapi soalnya apakah prinsip itu diguna pakai dengan seadil-adilnya dan menyeluruh? Apakah ia terkena kepada mereka di bawah yang tidak ada god father atau taukeh, manakala yang mereka ada taukeh akan berlaku? Mereka yang rapat dan pernah makan di restoran-restoran lima bintang dengan anggota Dewan Harian diutamakan. Mereka yang melancung ke Marocco, Mesir bersama akan diambil menjadi calon?

Tidak perlu saya menyebut nama-nama bakal calon yang akan diumumkan malam ini yang tidak layak dan sepatutnya diambil menjadi calon kerana beberapa kelemahan. Saya akan bercerita selepas ini macam mana orang tidak dikenali dan diterima oleh kawasan tetapi diambil menjadi calon kerana hanya orang itu pernah berjumpa dengan individu tertentu dan menolong individu tertentu dalam sesuatu urusan kependidikan. Kerana itu saja maka dia diambil menjadi calon. Ditinggalkan nama-nama lain yang selama ini berkorban dengan parti atas alasan kerana ia kroni Yang diPertua Kawasan. Anihnya kenapa kalau orang tidak boleh tetapi kita dibolehkan. Inilah jenis munafik.

Perkara ini selalu terjadi. Suka saya merujuk kepada apa yang berlaku di Tendong dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Hamid Abdul Aziz yang dilantik menjadi penyelia, bekerja keras untuk parti, siang dan malam akhirnya dinafikan begitu sahaja. Arwah Muhamad Daud diambil menjadi calon, kerana apa, kerana dia ada pertalian darah merah dan darah hijau dengan salah seorang ahli Dewan Harian yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS. Untuk menghalakan tindakan itu Hamid dicalit dengan sedikit kotoran. Peliknya calon yang kini menjadi wakil rakyat, jelas 'mengekok' dengan betina diambil menjadi calon? Di manakah keadilan?

Tidak mengapa kita sama-sama dengar pengumuman calon malam ini. Kita tengok dan nilai nama-nama yang diumumkan nanti apakah mereka adalah nama menjadi pilihan rakyat ataupun kerana mereka ada hubungan sulit dengan anggota Dewan Harian. Kalau sebahagian besar nama-nama yang diumum itu adalah kronis PAS akan menghadapi masalah.

Saya memberi isyarat lampu merah, sekiranya tidak berubah selepas ini saya akan menghurai satu persatu. Biarlah kita semua tahu dan tidak ditutup dengan perkataan "InsyaAllah..." Biarlah kita bermain dalam cerah kali ini dan tidak berlindung disebalik gelap. Tidak ada guna kemenangan kalau kemenangan itu bukan atas prinsip keadilan dan kebenaran.

Sepatah kata azimat Tokguru kepada saya; ana akan dikatakan zalim kalau tidak bertindak ke atas kemungkaran berfakta, dan ana akan dikatakan tidak adil kalau bertindak tanpa ada bukti. Atas prinsip itulah kita mahu soal pemilihan calon ini dilakukan demi kemenangan PAS. Amaran juga saya berikan kepada Zulkefli Mamat, beliau harus menggugurkan namanya dari senarai calon di Pulai Chondong. Pengguguran itu nanti membuktikan dia ikhlas dan jujur dan apa yang ada dihatinya sama seperti tergambar di dahinya yang bertanda hitam dan lekok kerana kuat sujud. [wm.kl.7:41 am 17/04/13- Sumber

GE13 social media branding: BN, Pakatan at campaign’s eve ― James Gomez


APRIL 17 ― A pre-election stock take of social media shows that Barisan Nasional (BN) has been able to successfully project and maintain a singular branding at campaign’s eve.

This leaves Pakatan Rakyat (PR) two weeks to calibrate the type of branding it wants to project over social media as the campaign kicks off next week.

The branding of parties and politicians as they evolve in the next two weeks can be useful for those observing the elections and the social media landscape in Malaysia.

In the 2008 general election, it was widely accepted that alternative online content determined the result.

The social media tool that was most effectively by the opposition in GE2008 was YouTube. The opposition and civil society posted videos on YouTube in their online negative campaign against the ruling coalition’s negative campaigning on mainstream media. It was a branding battle.

The country’s opposition pact was credited in using new media to overcome a hostile mainstream media owned by establishment political interests to secure a much improved showing at the polls.

The opposition denying the ruling party a two-thirds majority in Parliament is now history. But as GE13 sets to officially commence in the next days, how have the two major political coalitions measured up at the social media starting line of the official campaign period?

In 2008, Barisan Nasional was the clear outsider. In fact, BN literally had no social media presence and was said to have underestimated the impact of new media altogether on the electorate’s voting behaviour.

Fast forward to April 2013, the landscape is very different. Barisan Nasional has made strong inroads onto social media and has carved itself a competitive position. Its fan page on Facebook spots 55,000 likes while Supporters of Pakatan Rakyat has 92,000. For both coalitions there are also several other fan and supporter pages reflecting smaller numbers.

Party leaders’ “like” numbers on Facebook are, on the other hand, much higher. BN’s Najib has 1,580,00, while PAS’s Nik Aziz has 889,000; Anwar Ibrahim has 480,000 and DAP’s Lim Kit Siang has 120, 000. The combined numbers of the three PR leaders are a good 80,000 likes below Najib.

But the king of Facebook likes is Dr Mahathir Mohammad with 2,066,000 ― the highest for a Malaysian political leader. Combined with content from his blog, it makes Mahathir’s social media presence a formidable BN branding asset.

Meanwhile on the Twitter front, the number of followers are: BN 24,000, PKR 27,000; DAP 27,000 PAS 1200 and PR supporters 1,900.

Individual twitter followers for Najib stand at 1,460,000. For the Pakatan coalition leaders, Anwar Ibrahim has 267,000, Nik Aziz has 94,000 and Lim Kit Siang has 89,000 followers. Put together, Pakatan leaders combined only muster a third of Najib’s followers.

In terms of images and messages over social media, the content shows that BN is able to project a singular branding with a single image in Najib as the leader.

On the other hand, PR is unable to effective portray a singular coalition branding or a convincing single coalition leadership icon. PR remains visually and in terms of messaging as three fairly distinct components over social media.

But will the relentless pushing of content over social media really matter during the official campaign period?

The absence of a single brand image is likely to be the social media disadvantage on campaign’s eve for the opposition coalition in GE13. It remains to be seen how this will play out in the course of the next two weeks on social media.

Studies elsewhere have shown that the number of Facebook supporters does not translate into electoral success. But it helps as a sort of gauge for popularity and it can certainly help with branding.

Back in GE 2008, the new media electoral landscape comprised of blogs, party websites and alternative news portals and not really social media as we it know today.

Social media’s value in GE13 will be its branding value. That worth can be judged from the electoral results.

* Associate Professor Dr James Gomez, School of International Studies, Universiti Utara Malaysia researches on new media and politics in Southeast Asian. He can be contacted on gomez@umm.edu.my

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.


Video PAS Buktikan DAP Boleh Terima Islam

Inilah ayat-ayat POWER yang menggembirakan warga PAS

1. Mereka(Ahli PAS) sanggup membenarkan orang kafir mempergunakan ayat Al-Quran demi kepentingan politik untuk menarik undi dari kalangan orang-orang islam.

2. Mereka(Ahli PAS) dengan selamba gelak dan tawa bersama bila org kafir mempersendakan laungan takbir "Allahuakbar" dan "Alhamdulillah"

3. Mereka(Org KAFIR) mengambil kesempatan terhadap ahli-ahli PAS yang kononnya memperjuangkan agama islam dengan mempergunakan ayat Al-Quran untuk menarik undi dari kalangan orang-orang islam. Lantas orang-orang islam yang dengar akan bercakap "wahhh!..ini cina kafir pun pandai tafsir Al-Quran, kita mesti ikot dia"

Kesimpulan:
PAS bukan jalan singkat untuk anda mendalami agama ISLAM, Al-Quran dan Al-Sunnah adalah pegangan untuk anda lebih mendekati dengan ISLAM!
Wallahualam..
 

Barisan Nasional terkejut Dengan Video Kehebatan Husam Musa


Pengumuman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meletakkan Naib Presidennya, Datuk Husam Musa bertanding di Putrajaya disambut dingin oleh masyarakat tempatan yang rata-ratanya melihat kehadiran beliau sebagai orang luar yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka sebelum ini.


Bagi Nik Ahmad Zulhilmi Mohamad Zahid, 31, perancangan Husam untuk bertanding di Putrajaya dilihat sebagai sia-sia kerana masyarakat telah mengenalinya sebagai antara wakil rakyat pakatan pembangkang yang gagal melaksanakan perubahan dan kemajuan di kawasannya sendiri.



"Datuk Husam Musa sebelum ini adalah ADUN Salor, dia tak pernah buat apa-apa dan tak bagi apa-apa pun kepada pengundinya. Di Kelantan pun ada janji nak bagi bantuan kepada rakyat tetapi tak nampak, kemudiannya bersama pakatan pembangkang di Selangor pun mereka anggap manifesto bukan janji.



"Orang luar nak datang sini untuk tabur lagi janji-janji kepada rakyat sedangkan Datuk Seri Tengku Adnan adalah orang lama di sini dan lebih tahu berkaitan pelbagai permasalahan yang berlaku," katanya.



Parlimen Putrajaya disandang oleh Setiausaha Agung UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai wakil rakyat yang pertama sejak tahun 2004 dengan menumpaskan calon PKR, dan pada 2008 menewaskan calon Pas.



Bagi Zaima Othman, 44, yang telah lebih tiga tahun tinggal di Presint 18 bertekad untuk mempertahankan Putrajaya agar terus kekal di bawah pentadbiran BN.



"Pada saya apa yang BN lakukan telah membuat saya rasa lebih senang, selesa dan tenang malah sepanjang tinggal di sini tidak ada apa-apa yang boleh buat kita rasa susah atau perkara-perkara yang memudaratkan.



"Insya-allah kami akan pertahankan BN di sini, Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kemanangan BN dalam pilihan raya ini," ujarnya.



Bagi Sabri Wahab pula, melaui kepimpinan BN, wakil rakyatnya sentiasa meberi ruang dan peluang kepada golongan muda untuk terlibat secara langsung dalam pelbagai program.



"Datuk Seri Tengku Adnan dekatkan pemuda kepada BN, jalankan aktiviti, wujudkan program dan bawa golongan muda kepada wakil rakyat."



Merujuk kepada perancangan Husam untuk bertanding di Putrajaya, katanya dengan statusnya yang bukan orang tempatan maka rakyat perlu tolak bulat-bulat kehadirannya.



"Dia tidak tahu menahu tentang masyarakat di Putrajaya tapi kemudiannya tiba-tiba mahu bertanding di sini?" soalnya.



Dalam masa yang sama, pentadbiran BN turut menyediakan pelbagai bantuan dan program yang dapat memudahkan urusan orang ramai sama ada dalam bentuk latihan dan kemahiran sebagaimana yang dinyatakan oleh Nor Shaheera Ahmad Zukhi, 25, yang merupakan pengundi dari Bunga Kemuning, di sini.



"Sejak dari kecil bersama dengan seisi keluarga, saya menyokong BN kerana sentiada ada perubahan dari dari semasa ke semasa," katanya.



Ujar beliau, biarpun beliau turut diketaki oleh segelintir pembangkang dan cuba menarik sokongannya namun tekad beliau untuk bersama BN tidak luntur.



"BN telah memberikan banyak kesenangan dan kemudahan kepada rakyat. Golongan muda dapat peluang misalnya untuk berniaga, pinjaman modal bagi menambah pendapatan dan untuk suri rumah ada disediakan latihan dan banyak peluang diberikan," katanya.



Husam yang berhasrat bertanding Putrajaya berasal dari Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan yang sebelum ini adalah ADUN Salor

Video Ummi Hafilda Dihempuk Dengan Kamera

Fuhh sadis giler lu pikir sendiri jangan sampai pecah kepala.

Bukti Kasih Sayang Anwar Pakatan Rakyat Menjayakan Misi DAP

Mari kita lihat tajuk Cuit hari ini. Apa maksudnya? Pada PRU-12 semua orang sedar para pengikut totok Paslah yang bekerja keras untuk kemenangan pakatan mereka. Namun yang kaut besar ialah DAP.

Makna kata, para pengikut tegar Pas – yang sanggup tidur di atas jalan; atau bertakbir atas nama Allah jika UMNO dapat dipersendakan – tidak peduli jika DAP menang besar. Matlamat mereka ialah asalkan mereka dapat memalukan UMNO (bukan BN), itu sudah memadai.

Namun pada PRU-13 ini, bagaimana pula coraknya? Apakah para pengikut totok Pas dan para pemimpinnya akan bertindak sekali lagi? Melihatkan trend sepenggal dari pasca tsunami politik 2008 sehingga pra-PRU-13 ini sudah ada perubahan dalam Pas. Ada yang setuju, ada yang tidak.

Puak ulama Pas beralih arah. Mereka tidak bersetuju dengan cara Pas itu. Maka ada yang tidak selindung lagi, menyatakan perasaan masing-masing. Mereka termasuklah Nasharuddin Mat Isa dan lain-lain. Akibat keceluparan dan perlakuan, Ustaz Nasha akhirnya dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas.

Ini sekali gus mengulangi sejarah hitam Pas setahun lalu yang memecat bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga AJK Pas Pusat, Dr. Hasan Ali pada 8 Januari 2012 juga tanpa memberi ruang pembelaan diri.

Puncanya juga adalah kerana keceluparan dan perlakuan Dr. Hasan Ali yang tidak tahan melihat kerakusan penguasaan DAP dalam Exco kerajaan Selangor. Haron Din pun ada menyatakan perasaan yang sama – secara rasmi mahupun tidak. Namun, beliau kelihatan masih playsafe!

Sebaliknya, puak Anwarninas, penyokong totok Anwar Ibrahim dalam Pas pula bermati-matian ke arah matlamat mereka. Nik Aziz Nik Mat adalah pemimpin yang terlalu taksub dengan Anwar. Beliau sanggup melakukan apa sahaja asalkan bukan kemenangan kepada UMNO, walaupun isu kalimah Allah dipermainkan oleh DAP.

Ikuti analisis ini, yang turut disumbangkan oleh sahabat saya blogger Bigdog, Zakhir Mohamed. Benarkah 1 undi kepada Pas bererti juga memberi 1 undi kepada DAP?

Pilihan Raya Umum Ke-13 yang terpaksa muncul dalam beberapa minggu sahaja lagi ini makin menarik. Keyakinan pakatan pembangkang untuk bertarung ke medan yang bukan tradisional perlu diberikan perhatian.

Kebelakangan ini, parti cauvinis Cina DAP semakin agresif. Mereka mahu menggempur kubu tradisi UMNO/BN iaitu Johor. Keyakinan ini dizahirkan apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang, anak Batu Pahat buat pertama kalinya akan bertarung di negeri kelahiran sendiri setelah lebih 45 tahun berkecimpung dalam politik. Pengumuman dibuat dengan begitu gah sekali oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

GELANG PATAH MENJADI SASARAN PILIHAN

Begitu juga Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, kemungkinan besar ke kerusi, sama ada Parlimen Pulai atau Pontian.

Mantan Naib Presiden MCA dan kini Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng juga akan menawarkan diri. Ini bermakna personaliti seperti Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad dan Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau tidak lagi memadai, untuk mengepalai ‘tentera politik pakatan pembangkang’ di Johor.

Dalam percaturan perkembangan politik terbaharu ini, apa yang penting ialah pertimbangan ke atas penawaran pakatan pembangkang kepada pengundi Johor. Ini kerana untuk menggempur kubu kuat dan tradisional UMNO/BN itu, tawaran mesti berpatutan untuk pengundi berubah kesetiaan mahupun selera politik mereka.

Lim Kit Siang, sebagai mantan Setiausaha Agung, Pengerusi dan kini Penasihat DAP telah menjadi Ahli Parlimen dan ADUN di Melaka, Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Setelah mula menjadi YB hampir 44 tahun yang lampau, inilah kali pertama dia mencuba nasib dalam negeri kelahiran.

Kit Siang dengan gah mengumumkan hujung minggu lepas corak pentadbiran baru sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

Antara ciri utama pentadbiran pembangkang sebagai Kerajaan Persekutuan ialah pemecahan kuasa pemusatan (decentralisation of power) iaitu memberikan lebih banyak kuasa kepada kerajaan negeri.

Ini adalah sebahagian takrifan politik mereka untuk mendemokrasikan pemerintahan. Mungkin negeri-negeri kemudiannya akan menurunkan pula kuasa kepada majlis-majlis perbandaran melalui pilihan raya masing-masing, yang mereka perjuangkan selama ini. Jika ini berlaku maka, penguasaan kaum Cina di majlis-majlis perbandaran akan menjadi lebih mutlak. Mereka secara idealnya mahu mewujudkan satu konsep demokrasi sepenuhnya.

Namun rekod mereka menggunakan kuasa di peringkat parti amatlah berbeza iaitu indah khabar daripada rupa.

DAP diperintah bukanlah secara demokrasi sebenar. Mantan Naib Pengerusi Tunku Aziz telah mengesahkan perkara ini.

Pengumuman Kit Siang sebagai calon DAP di kawasan Gelang Patah merupakan cara untuk mengekang penguasaan Pengerusi DAP Johor Dr. Boo Cheng Hau, yang dikatakan tidak sehaluan dengan anak beliau, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Dr. Boo merupakan ADUN Skudai, satu kawasan DUN dalam Parlimen Gelang Patah. Dr. Boo juga berhadapan dengan krisis kepimpinan dengan orang kepercayaan Guan Eng dalam DAP Johor iaitu ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang.

Gwee pernah dihalau keluar oleh Speaker DUN Johor pada 19 Jun 2008 kerana enggan memakai songkok dalam majlis perasmian DUN Johor oleh Tuanku Sultan Johor.

Ditambah lagi bagaimana pilihan raya jawatankuasa eksekutif pusat DAP 15 Disember lalu yang penuh kontroversi. Gerakan terancang dalam DAP juga membuahkan hasil apabila hanya personaliti tertentu sahaja berjaya dipilih oleh perwakilan.

DAP merupakan parti yang mengamalkan nepotisme yang kronik. Semenjak 1969, Kit Siang dan anaknya Guan Eng menduduki kerusi paling berkuasa iaitu Setiausaha Agung (kecuali untuk tempoh lima tahun di antara 1999-2004 yang dipegang oleh Kerk Kim Hock).

Ini merupakan amalan sama dalam PKR.

PKR ditubuhkan daripada gerakan politik jalanan ‘Reformasi’ yang dijana semata-mata kerana memperjuangkan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 dan Timbalan Presiden UMNO pada 3 September 1998.

Hari ini, PKR terdiri daripada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, isteri beliau Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden, pegawai khas beliau Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden dan anak perempuan beliau Nurul Izzah sebagai Naib Presiden.

Kit Siang juga menyebut bahawa pemerintahan pakatan pembangkang sebagai Kerajaan Persekutuan juga berdasarkan ‘ketelusan dan kebertanggungjawaban’. Namun realitinya, ia gagal dipraktikkan oleh kerajaan anaknya di Pulau Pinang.

Isu kontroversi projek Bayan Mutiara, tanah yang sepatutnya menjadi peruntukan pembangunan sebuah masjid telah dijual. Skandal tanah di Taman Manggis juga masih lagi baru.

DAP yang juga merupakan rakan kongsi ketat Kerajaan Selangor masih gagal menyelesaikan isu skandal tanah di Bestari Jaya yang melibatkan tanah pegangan pajakan seluas 2,263 ekar dan pengutipan hutang dengan Talam. Jumlah RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran masih lagi belum selesai dan jauh daripada ‘telus dan kebertanggungjawaban’.

Dalam ‘perang twitter’ baru-baru ini, MP Ipoh Barat M. Kula mempersoalkan isu-isu korupsi berkenaan ‘kedai baju’ kepada kepemimpinan DAP Perak yang terdiri daripada MP Beruas, Ngeh Koo Ham dan MP Taiping, Nga Kor Ming.

Persoalan kepada isu-isu ini semua tidak memberikan kesan, sebagaimana isu ‘Kalimah Allah’, yang sengaja dipanaskan dengan bertujuan menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Mesej Guan Eng pada Hari Natal 2012 meminta Kerajaan Persekutuan mengkaji semula ketetapan mengenai isu ‘Khalimah Allah’ itu merupakan provokasi terancang. Ia mencabar peruntukan dalam Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Sama juga seperti majlis makan malam pada 5 Mei 2011 di sebuah hotel di Pulau Pinang, semasa meraikan paderi-paderi pasca kejayaan DAP memenangi beberapa kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak April 2011.

Majlis itu mendengar ikrar yang dilafazkan dan dipercayai menyalahi peruntukan undang-undang yang mewartakan Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia.

Mantan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin juga pernah menyebut mengenai peristiwa ini dalam ceramah beliau, dalam nada yang kesucian Islam telah dicabar.

Jelas bahawa kepimpinan Pas bersedia untuk membelakangkan isu-isu ini demi kerjasama politik dengan DAP, walaupun ia bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu. Dalam kegilaan untuk merampas Putrajaya, kepemimpinan Pas telah bertolak-ansur dengan nilai-nilai asas kesucian Islam.

Sehingga ke saat-saat ini, Pas masih tidak sedar ia tidak boleh bergantung kepada DAP untuk membawa undi Cina kepada calon-calon mereka. Ini adalah kerana hakikatnya, DAP tidak mempercayai Pas atas isu-isu seperti Hudud.

Isu ‘salon rambut’ dan ‘khalwat’ oleh bukan Melayu di Kelantan baru-baru ini makin menjauhkan keyakinan DAP menjana undi Cina kepada Pas.

Pada PRU-12, beberapa kerusi yang berjaya dikuasai DAP adalah atas ihsan undi yang dijana daripada sokongan dan kempen berapi Pas. Contoh ialah DUN Rahang dan Repah di Negeri Sembilan, DUN Teratai dan Sekinchan di Selangor dan Parlimen Seremban, Teluk Intan dan Puchong.

Dalam konteks Johor iaitu sasaran medan tempur DAP pusingan ini, kerusi Parlimen Bakri dengan majoriti 722 undi (PRU-12) diberikan kepada DAP, walaupun pengundi Melayu merupakan 43 peratus.

Pada PRU-11 MCA menang dengan majoriti 19,059. Pertambahan undi Melayu kepada calon-calon DAP dalam kawasan strategik undi Melayu, adalah kerana kempen intensif Pas ke atas akar umbi Melayu. Sebaliknya, DAP tidak berusaha bersungguh-sungguh agar calon Pas menang.

Malangnya para pengikut totok Pas tidak sedar itu semua. Walaupun mereka sedar, akal mereka sudah berada dalam kepompongan minda (mental block) yang tebal serta ketaksuban kepada pemimpin yang melampau. Para penganalisis bebas meramalkan pada PRU-13 ini DAP akan menang besar. Pas pula akan kalah teruk.

Kesimpulannya: Orang Melayu yang lain wajar diingatkan bahawa mengundi Pas itu sama dengan mengundi DAP.

Di Singapura Istihar 2 Hari Cuti Sempena PRU13 Demi Membantu Kemenangan DAP

PAP dan DAP mempunyai kaitan yang amat kuat semenjak Singapura masih di dalam Malaysia. Singapura berjaya keluar dari Malaysia dan menjadi sebuah negara yang diiktiraf antarabangsa dan semuanya dari hasil usaha parti People's Action Party- PAP, sekarang tinggallah serpihan parti DAP yang terus memperjuangkan agenda seterusnya di Malaysia. 

Dari sejarah ini membuktikan hubungan rapat antara DAP & PAP Singapura sememangnya bukan suatu rahsia lagi. Rakyat Malaysia harus ingat kedua-dua parti PAP dan DAP merupakan parti yang mengamalkan nepotisme yang kronik. malah kedua-dua parti ini tidak pernah boleh terima peruntukan yang menyokong kekuatan melayu dan islam di Malaysia.

Sekarang ini PAP secara terang-terangan memberi bantuan kepada DAP dalam usaha memenangi PRU13. Faktor utamanya adalah Singapura sekarang mempunyai saingan yang hebat dari pembanggunan Wilayah Iskandar dan Greater Johor Plan dari segi kemampuan peningkatan menarik jumlah pelabur yang besar, menyebabkan Singapura takut dengan bayangan sendiri. Selama ini, Singapura bergantung kepada hasil pelabuhan dagangan yang sepatutnya tidaklah menjadi satu halangan kerana Wilayah Iskandar & Greater Johor Plan bakal menjadikan perlabuhan Singapura lebih bagus meraih hasilnya.

Tetapi adakah Singapura berhajat untuk lebih dari itu? iaitu menguasai keseluruhan kekuatan Wilayah Iskandar dan Greater Johor Plan.  Apakah kaitan dengan tiba-tiba kehadiran Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, adakah perkara yang berlaku secara kebetulan atau punyai satu agenda berkaitan rapat dengan kehendak dan cita-cita Singapura? 

Disamping itu Pengumuman Kit Siang sebagai calon DAP di kawasan Gelang Patah juga dilihat sebagai cara untuk mengekang penguasaan Pengerusi DAP Johor Dr. Boo Cheng Hau, yang dikatakan tidak sehaluan dengan anaknya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Jika dimbaskan kemabali apa yang berlaku di Selangor, DAP yang juga merupakan rakan kongsi ketat Kerajaan Selangor masih gagal menyelesaikan isu skandal tanah di Bestari Jaya yang melibatkan tanah pegangan pajakan seluas 2,263 ekar dan pengutipan hutang dengan Talam. Jumlah RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran masih lagi belum selesai dan jauh daripada ‘telus dan kebertanggungjawaban’. Jika DAP bersama Pakatan Rakyat berjaya menguasai Johor dan apakah nasib Wilayah Iskandar dan Greater Johor Plan, siapakah yang paling lahap menanti habuannya?

Dalam pada itu, sebagai sokongan PAP kepada DAP timbul satu persoalan baru dimana Syarikat yang dikawal DAP/PAP di Singapura telah menggalakkan kakitangan ambil cuti bantu DAP di Malaysia. Bukan setakat dari peluang bercuti pada 3/5/2013 dan 6/5/2013 tetapi hanya kepada rakyat Malaysia dari keturunan cina?

Disamping itu mereka juga ditawarkan elaun penuh kepada yang sangup membantu DAP. Ini adalah inisaitif yang hebat dan penuh agenda sulit?

Kenapa tindakan ini menjadi begitu drastik sehinggakan galakan penuh buat kakitangan akan memberi undi yang pasti kepada DAP dan menjadi jentera turun padang untuk mempengaruhi majoriti kaum cina Johor beralih kepada DAP? Adakah rakyat Johor bersedia untuk menanggung resiko ini?