Saturday, 29 June 2013

DR. Sahkan Anwar Ibrahim Terlebih Berkhayal

Penyakit gila kerana Anwar Ibrahimterlebih berkhayal mula mendapat perhatian dan telah disahkan oleh pelbagai pihak termasuk DR. Kalau masyarakat melihat riak wajah Anwar pun sudah dapat mengjangka apa yang sedang bermain dilengkaran pemikiran Anwar Ibrahim. Apatah jika diukur sejak kekalahan Pakatan Rakyat pasca PRU13.

"Kamu Sudah Gila" itulah yang diperkata Jusuf Kalla kepada Anwar. Itulah sifat gila kuasa sebenarnya, yang dimiliki Anwar Ibrahim mengakibatkan Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi Perdana Menteri.


Mana mungkin menjadi Perdana Menteri sedangkan hanya menang 89 kerusi Parlimen walhal Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang 133. Betullah kata Dr Chandra Muzaffar dan Jusuf Kalla.


Beliau yang pernah berganding bahu dengan Anwar ketika mengasaskan PKR memberitahu, Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang.

"Kami yang lama mengenali Anwar tahu matlamat hidupnya yang ingin menjadi Perdana Menteri.

"Saya sendiri tidak faham bagaimana Anwar boleh begitu yakin pakatan pembangkang boleh memenangi PRU-13 dengan menjadikan bilangan penyokong yang menghadiri ceramah sebagai kayu pengukur kerana keyakinan itu tidak berasas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Chandra mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13.

Tambah Chandra, Anwar akan terus berpegang pada keyakinan tidak berasas itu selagi ada pihak yang menyokongnya dari belakang.

"Namun, saya berpandangan, sokongan terhadap Anwar dari dalam dan luar negara kini semakin merosot," ujarnya.

Tetapi tahulah Anwar punya penyakit semakin melarat rasanya Wan Azizah dan Nurul Izzah pun sudah berjangkit sekali.








Siapa Rasis Video Tony Phua DAP Mahu Pasar Ramadhan Ditutup

Hebatnya keangkuhan Tony Phua sehingga berani menyuarakan Pasar Ramadhan di tutup. Terang-terang menampakan sifat perkauman amat ketara apabila sikap DAP mengaitkan Pasar Ramadhan menyebabkan kesesakan lalu-lintas dijalanraya.

Lihat video ini semuanya angkara kerajaan Melaka mahu menutup Jonker Walk yang dimonopoli oleh kaum cina dan terdapat banyak rungutan soal kesesakan dan tabiat perniaga yang pelbagai cerita dibawa.

Tetapi mungkin video ini boleh menjelaskan apa yang ada di Jonker Walk. Sesuatu yang patut kita nilaikan. 

Persoalannya pada PPM isu sebergini tidak wajar diperbesarkan semata-mata mencari siapa lebih hebat walaupun pergaduhan ini lebih melihat antara perbezaan pendapat dua kaum utama di Malaysia. Walau apa jua kajian kesesakan sepatutnya kita carilah alternatif yang lain dari menjadikan isu berdendam untuk jangka masa yang panjang.

Jika kita bertanya siapa yang rasis dalam soal ini? Rasanya kita sama-sama rasis jika menyentuh soal hak masing-masing tetapi perlu di ingat bagaimana kerajaan Pulau Pinang melayan peniaga melayu dan adakah mereka memikirkan soal hak orang melayu mendapat ruang untuk berniaga. 

Kerajaan negeri pakatan pembangkang DAP, PKR, Pas pada penggal lepas, yang baru berusia setahun jagung dan diketuai oleh Lim Guan Eng lebih berani bertindak. Tetapi kenapa riuh rendah jadinya? Mungkin kerana ramai yang terkejut disebabkan tindakan drastik kerajaan pakatan pembangkang ini. 

Dua puluh tahun beroperasi tanpa masalah tetapi kini muncul masalah. Kalau tidak ada lesen, kenapa tidak diberi lesen? 

Menurut dakwaan Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), gerai milik bukan bumiputera yang banyak beroperasi tanpa mengikut garis panduan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terlepas daripada sebarang tindakan. 

Berjalanlah di sepanjang Jalan Weld Quay, Lebuh Chulia, Lebuh Kimberley, Jalan Macalister, Jalan Burma dan Sungai Dua. Lihatlah panorama indah ini yang boleh dijadikan juga produk pelancongan. Kalaulah semua ini - gerai-gerai Melayu dirobohkan - benar, maka sungguh malang nasib Melayu Pulau Pinang.

Jadi persoalannya kenapa Tony Phua mahu bercakap soal pilih kasih dan rasis sekarang. Kerana Malaka negeri di perintah Melayu tetapi Pulau Pinang di perintah DAP pernahkah berhati perut dalam isu-isu yang sama seperti ini?

Friday, 28 June 2013

Jusuf Kalla - Kamu (Anwar) Sudah Gila?

Huh apa sudah jadi "Kamu Sudah gila?, hingga tahap imaginasinya melampaui akal seorang yang waras. Inilah pertama kali Anwar tertunduk malu degan diri sendiri. Tetapi iyalah sekejap je.. Lepas tu mulalah balik penyakit meroyannya.

KUALA LUMPUR 27 Jun - Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, dalam satu pertemuan bersama Ketua Pembangkang tersebut selepas pengumuman keputusan pilihan raya, beliau telah memberitahu Anwar bahawa Malaysia mengamalkan sistem undi elektoral, yang mana parti menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.

"Malangnya, Anwar ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, beliau tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya memberitahunya, kamu sudah gila? Mana mungkin menjadi Perdana Menteri sedangkan hanya menang 89 kerusi Parlimen walhal Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang 133.

"Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu hanya menang 89 walhal Najib menang 133. Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga," katanya seperti dipetik daripada portal berita Merdeka Online di http://merdeka-online.com/home/wawancara- penuh-jusuf-kalla/ baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Jusuf mendedahkan, perhimpunan Blackout 505 yang digerakkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibiayai beberapa pihak, khususnya dari Turki, Washington, Amerika Syarikat; Filipina serta kemungkinan Thailand dan China.

Katanya, pemberi dana yang besar itu datang dari sebuah syarikat besar di Filipina dan Turki untuk membantu aktiviti perhimpunan bantahan tersebut.

"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana rakan-rakan bisnes kita ketahui siapa mereka. Isunya untuk apa membuat perhimpunan tersebut jika hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu?

"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengawal parti DAP?. Anwar terdiam dan tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas, ternyata beliau ada masalah untuk mengawal ahli-ahli Parlimen dari parti lain," katanya.

Menurut Jusuf, beliau terfikir bahawa tindakan Anwar mengadakan perhimpunan haram itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh-musuh Islam.

Berhubung pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah, beliau berkata, terdapat campur tangan daripada pihak-pihak tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di negara itu yang memberikan sokongan kewangan dalam pencerobohan tersebut.

"Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia. Mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut," katanya.Sumber


Video Anwar Dan PR Teruk Dimalukan Dalam Parlimen

Apa boleh dikatakan lagi bila melihat Anwar selaku ketua pembangkang dan lain-lain Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat terutama PKR dan DAP menjadi panas baran apabila tergamam dengan soalan maut dari Ahli Parlimen BN. Akibatnya situasi amat jelas menggambarkan bertapa malunya Anwar dan PR gagal menjawap soalan yang dikemukakan. Kasi layan... klik sini

Video Soalan Maut Yusuf Kalla Buat Anwar Terkaku


Yusuf Kalla merupakan kawan baik antara Anwar Ibrahim dan Najib Razak. Sejak akhir-akhir ini Anwar amat terdesak dengan pelbagai cerita melibat Lahad Datu dan HIV? Sudah tentu Yusuf Kalla boleh selesaikan dan penuhi angan-angannya PM ke7. Yusuf Kalla pernah datang ke Malaysia seperti laporan video ini.

Mantan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, telah bertandang ke Kuala Lumpur pada 5/5/2013 untuk bertemu Anwar kemudiannya pada 7/5/2013 bertemu DS Najib dengan tujuan untuk mendamaikan mereka berdua. Sesuatu yang buatkan Anwar terkaku dengan soalan maut adalah ini.

Ini menyebabkan Anwar mati akal memikir bagaimana lagi cara untuknya mengejar impian PM ke7.

Namun bergitu Anwar bukan jenis orang yang berputus-asa malah kelihatan lebih terdesak amat sangat untuk menjawat PM ke7. Kadang PPM terfikir betulkah Anwar ngidap HIV Positif seperti yang digambarkan pada pautan ini

Tetapi pendedahan Yusuf Kalla adalah lebih jauh dari itu apabila menyentuh penglibatan Pengganas Lahad Datu

Pendedahan itu bukan sahaja mengenai pengkhianatan perjanjian damai oleh Anwar dengan Jusuf Kalla, malah yang lebih serius ialah elemen sabotaj, pengkhianatan, penderhakaan dan pencabulan terhadap kemerdekaan dan kedaulatan negara ini!

1. Jusuf Kalla mendedahkan bagaimana "dalam pencerobohan Lahad Datu, saya juga tahu ada campurtangan dari orang-orang tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar saperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina memberi sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu. Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan Kerajaan Malaysia, dimana mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa Kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut";

2. Jusuf Kalla juga mendedahkan bagaimana "baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya bertanyakan mengenai panggilan telefon dari 'Polis Washington' supaya Presiden Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya. Saya memberitahu Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada tekanan Washington dan tidak kena dengan peraturan kenegaraan untuk menerima permintaan Anwar kerana Anwar hanya pembangkang bukan Perdana Menteri. Ini bermakna saya sangat yakin, bahawa ada elemen Washington dalam urusan campurtangan kuasa luar dalam politik negara Malaysia. Anda perlu terus menyiasat perkara ini". Rujuk sumber ini untuk lebih jauh

Kedua-dua fakta diatas mendedahkan sesuatu yang boleh diklasifikasikan sebagai perbuatan 'sabotaj, pengkhianatan, penderhakaan dan pencabulan' terhadap negara kita Malaysia!!!

Khalid Ibrahim - Red Bean Army Ejen Tetap Kerajaan Selangor ?

Khalib Ibrahim berjaya menyandang Menteri Besar buat kali kedua dengan sokongan kuat DAP. Tidak pelik setelah penggal selepas Teresa Kok bongkarkan Wang Zakat Islam disalur kepada bukan islam. Kali ini siapa Speaker DUN Selangor yang lebih menguatkan lagi penguasaan DAP sebagai tok dalang.

Setelah PAS terpaksa akur dengan desakan PKR dan DAP untuk membenarkan Khalib Ibrahim menjadi MB kali kedua walaupun PAS lebih layak kerana punyai kerusi DUN lebih banyak. Semuanya bukanlah secara kebetu
lan tetapi sesuatu yang terancang.

Langkah pertamanya DAP pastikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK). Siapa Hannah Yeoh? Rujuk pautan ini untuk lebih detail

Hannah menjadi seorang Kristian pada tahun 1998, dan selepas itu beliau memberi tumpuan terhadap kajian Alkitab serta berkhidmat di gereja dalam negara dan di luar negara. Malah merupakan seorang Fellowship Kristian di Australia. Itu pertanda pertama musim baru ini. Untuk pertanda seterusnya cuba perhatikan dibawah ini.

YB Teresa Kok dari parti DAP dalam keterangannya hari ini di Mahkamah Jalan Duta menyatakan bahawa beliau tidak setuju Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan. Jawapan Teresa Kok ini terpancul setelah diajukan soalan daripada pihak peguam Dato Zaini Utusan dalam kes saman Teresa Kok ke atas Dato Zaini ekoran artikel cuit cuit Dato Zaini pada tahun 2010. 
Saya sempat hadir dalam perbicaraan pagi tadi dan sepanjang saya berada di dalam kamar Mahkamah saya sendiri mendengar soalan dan juga jawapan apabila Teresa Kok disoal oleh peguam Dato Zaini. Memang saya sudah menjangka DAP akan terus kekal menolak Islam sebagai agama Rasmi Malaysia walaupun Teresa Kok tahu didalam Perlembagaan jelas menyatakan bahawa Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan Malaysia. 
Ada beberapa pekara lagi yang menarik sepanjang perbicaraan yang saya ikuti pagi tadi dan antaranya berhubung Wang umat Islam Selangor yang mana apabila peguam Dato Zaini bertanyakan kepada Teresa Kok mengenai kemana disalurkan wang umat Islam Selangor beliau menjawap bahawa ada peruntukan wang yang disalurkan bukan sahaja kepada umat Islam Selangor. Malah Teresa Kok juga turut mengakui penyaluran wang umat Islam Selangor kepada agama lain mendapat banyak bantahan daripada umat Islam Selangor. 
Teresa Kok juga mengakui bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mendesak agar kuota 10% UITM diberikan kepada bukan Bumiputera. Usul tersebut menurut Teresa Kok dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor Dato Sri Khalid Ibrahim yang telah mendapat bantahan bukan sahaja dari Bumiputera Selangor malah oleh para pelajar UITM sendiri. 
Isu ladang Babi turut menjadi perhatian saya apabila Teresa Kok menyatakan bahawa bukan kerajaan Pakatan Rakyat yang meluluskan projek tersebut sebaliknya Teresa Kok menyatakan kerajaan Barisan Nasional terdahulu yang meluluskan projek tersebut. Kenyataan Teresa Kok tersebut disanggah oleh peguam Dato Zaini dengan menyatakan bahawa bekas Menteri Besar Selangor sewaktu dibawah pentadbiran Barisan Nasional Dato Sri Khir Toyo menafikan bahawa beliau meluluskan ladang ternakan Babi yang mahu dibina di Sepang. 
Dalam isu ladang ternakan Babi ini akhirnya Teresa Kok DAP mengakui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ada membincangkan projek Ladang Ternakan Babi bernilai RM100 Juta selepas mereka menang Selangor Mac 2008. Rujuk sumber ini

Selepas ini apa lagi yang berlaku selepas pengalaman penggal yang lalu di Selangor. Adakah Red Bean Army akan diserap menjadi senjata ampuh dalam kerajaan Selangor? Kerana selama ini DAP menjadi tok dalang mengawal Khalid Ibrahim.

Thursday, 27 June 2013

Video Anwar Tiba-tiba Bertukar Jadi Gelojoh Kerana Dimalukan

Tiba-tiba diceritakan Anwar bersemangat untuk merebut satu kerusi DUN kosong demi untuk menyakinkan rakyat yang teori undi popular itu adalah benar. Apatah Anwar telah dimalukan di dalam dewan yang Pakatan Rakyat adalah bukan sesuatu yang berdaftar berbanding BN merupakan satu parti besar yang di daftar. Dengan itu undi popular yang dimainkan Anwar bukan boleh diiktiraf kerana ada PKR, PAS dan DAP lebih bersifat individu dan tanpa pendaftaran Pakatan Rakyat bagaimana Anwar boleh bermegah-megah diri?

Oleh itu video ini (klik sini untuk pautan) menjelaskan kenapa Anwar gelojoh dengan tiba-tiba

Harta Karun Pirate Of The Dapig Sedang Ditimbus Dalam Lubang Besar



Alkisah zaman masihi angkatan Lanun DAPig sedang pecah palak memikirkan bagaimana untuk sembunyikan aset harta karun jutaan ringgit. dengan mencari pak sanggup untuk dinamakan kerana kongres lanun CEC bakal menemui kegagalan angkara 753 para penyamun dihalang untuk turur serta mengundi bagi melantik chif besar.

Ekoran dari mengahalang kehadiran ahli yang lain menyebabkan isu ini diperbesarkan ke ROS. Ketika ini situasi dikatakan amat kritikal untuk menyelamat DAPig. Mungkin dengan merialisasikan pembatalan Dapig dapat selamatkan dinasti chif besar.

Chif besar sedang bekerja keras membuat pembatalan pendaftaran oleh ROS,  dengan usaha ini chif besar akan berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya khususnya yang berketurunan India.

Tetapi impaknya, Chif besar dan bapa komunis tersangatlah bimbang sekiranya pendaftaran DAPig itu dibatalkan, aset yang dimiliki oleh DAPig itu seperti bangunan mereka, pejabat, saham, wang serta aset lain akan dibekukan sekiranya terdapat bukti ada unsur manipulasi dalam pemilihan CEC Disember lepas.

Oleh itu kedengaran angkatan lanun DAPig yang sangat dikenali sebagai rasis itu, dikatakan sedang bekerja keras mencari penama pak sanggup dan setia kepada dinasti Chif besar dan bapa komunisnya. Awas angkatan lanun ini sangat licik kerana mereka juga sedang memikirkan bagaimana untuk spin isu demi mengelirukan masyarakat tentang pegelutan dalam DAPig.

Alkisah cerita ini diceritakan oleh AhlamWasalam

PRN Kuala Besut Penentu Kedudukan Terangganu 17/15 @ 16/16 Apa Akan Jadi

Alfatihah dan Takziah buat pemergian Adun Kuala Besut dari BN, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar semalam. Tetapi Qada dan Qadar mula membuka satu perperangan baru untuk merebut satu kerusi DUN dari keputusan pasca PRU13 17 BN dan 15 PR mungkin boleh berlaku seri jika BN gagal mempertahankan kekosongan kerusi BN.

Berdasarkan keputusan PRU13 pada 5 Mei lalu, Dr A Rahman menang dengan majoriti 2,434 undi, mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail. Dimana allahyarham berjaya mempertahankan kerusi bagi penggal kedua. Mungkin kerjayaan ini berlaku kerana prestasi baik sebelum ini.

Sekarang fenomena politik negara telah berganjak kesatu titik yang baru dan lebih mencabar dari sebelumnya. Bagaimanakah strategi Barisan Nasional untuk pertahankan kerusi ini dan sudah pasti PAS telah mula merangcang sesuatu merebut peluang yang terbuka ini.

Sekiranya berlaku keputusan seri 16 sama adakah ini permulaan yang baru yang merubah corak politik negara? Yang pasti fenomena ini jika berlaku akan memberi kuasa kepada Sultan untuk menentukan siapakah Menteri Besar yang layak mentabir Terangganu. Tetapi kedudukan ini adalah tidak baik bagi perjalanan pentabiran negeri sehingga PRU14.

Islam Agama Rasmi Pakatan Siapa Berani Bantah Teresa Kok

Ketika kegairahan Teresa Kok menjawap tidak bersetuju untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi. Siapa individu dalam Pakatan Rakyat berani bersuara walaupun sepatah?

Kenapa PKR mahupun PAS terkelu tanpa bahasa? Sebaliknya, ada kita sedar selama ini, dimanakah kekuatan sebenar Pakatan Rakyat ketika mereka bergitu gelojoh menpengaruhi rakyat dalam usaha mencapai kekuatan kuasa politik?


Wednesday, 26 June 2013

Live Khalid Tertidur Ilham Kenaikan 10 Kali Ganda Cukai Pintu Selangor


Jangan pandang rendah bila Khalid Ibrahim tertidur kerana dari situlah datang faedah kenaikan 10 kali ganda cukai pintu demi menunaikan JANJI DICEPATI PASCA PRU13. Ikuti pendedahan dibawah ini.

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan menurunkan cukai pintu di Selangor termasuklah di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meskipun telah berjanji untuk melaksanakannya pada pilihan raya umum lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengenakan cukai pintu di Selangor berdasarkan kegunaan tanah yang mana kadarnya akan dinaikkan sekiranya tanah itu dibangunkan untuk tujuan tertentu seperti industri dan sebagainya.

“Kalau tanah itu tidak dibangunkan, maka cukai pintu yang dikenakan adalah rendah. Apabila tanah itu digunakan untuk bangunkan kilang dan sebagainya, maka cukai pintunya akan berubah (meningkat).

Adakah kalangan yang dikenakan cukai pintu yang rendah disebabkan tanah yang tidak digunakan, mula marah apabila cukai mula dinaikkan dinaikkan kerana mereka majukan tanah tersebut untuk mendirikan kilang sehingga menyebabkan cukai menjadi naik berkali ganda?


“Cukai pintu yang kita berikan itu adalah munasabah mengikut kegunaan tanah. Kalau tidak bayar cukai pintu, bagaimana kita mahu bangunkan Shah Alam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pada 15 Disember lalu, Pengerusi MCA Bahagian Subang, Lee Wei Kiat menyelar tindakan MBSA menaikkan cukai pintu sehingga 10 kali ganda ke atas penduduk Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh berkuatkuasa pada tahun depan.

“Lebih membebankan, kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila ianya meningkat dari tahun 2011 dan 2012. Saya mendapat maklumat ada penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM1,470 pada tahun 2011, menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada 2013“, katanya.

Naik berkali-kali ganda? Setahu kami, tanah kosong…cukai rendah. Tanah yang dimajukan untuk didirikan kilang, dan naik bangunan tinggi-tinggi, cukainya pun tinggi juga. Adakah ini sebabnya cukai pintu tersebut dinaikkan melonjak sebegitu rupa?


Sambil menyifatkan kenaikan cukai pintu di Selangor itu sebagai keterlaluan, Wei Kiat turut mendesak supaya MBSA dan kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang menarik balik kenaikan cukai pintu tersebut.


Pada 17 Disember lalu, Koordinator Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed pula menyatakan kenaikan tersebut bercanggah dengan manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 2008 yang mahu menurunkan 20 peratus cukai pintu bagi kediaman dan 10 peratus peratus bagi premis peniagaan di Selangor.

Sebelum buat rumah, kilang, bangunan dan sebagainya, ianya dinilai sebagai tanah kosong. Sememangnya murah cukai taksirannya. Apabila sudah siap bangunannya, lain pula nilainya.

Tanah pertanian seekar cukainya kadang-kadang sekitar RM7-RM20 sahaja. Andaikata tanah tersebut merupakan tanah status industri, cukai yang dikenakan juga berkali-kali ganda. Dan…senario seperti itu sebenarnya bukan sahaja di Selangor, di negeri-negeri lain begitulah juga aturannya.


“Cukai naik apabila status tanah bertukar daripada tanah pertanian menjadi bangunan @ industri”

Cadangan kami, untuk mendapatkan semula cukai yang lama antara RM7-RM20 tukarkan semula status tanah kepada tanah pertanian dan tanam pokok getah/kelapa sawit/padi.


Andaikata setakat tapak kediaman, memang tidak sepatutnya naik kerana membebankan. Cukup kekalkan caj yang sedia ada…

Cuma apa yang kami lihat sekarang ini, mungkin pada masa akan datang terutamanya melibatkan pembentangan manisfesto baik daripada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke 13 kelak, adalah lebih baik setiap rakyat Malaysia berhak dan sepatutnya bertanya sebarang persoalan supaya masing-masing sedia maklum hak mereka sebelum memberikan undi dan mandat kepada parti politik yang bertanding.

Kebiadapan Sally Yen Disahut KDN Dan ABBY You Mahu Sekali Ke?


Fenomena sengaja bangkitkan isu perbezaan kepercayaan dan agama sebagai subjek perdebatan di alam maya. Ini adalah melampau dan lebih melampau jika Abby sanggup membela pendirian Sally Yen yang mengaitkan Rasulullah sebagai seorang gila sex. Atas alasan itu kepercayaannya.

Apabila Abby diserang oleh pelbagai pihak dia mula alih isu kenapa tidak ajarnya. Itulah sikap Abby yang ingin tumpang populariti dalam isu-isu panas semasa tanpa memikirkan impak membenarkan gejala sebergini menular. Pada Abby lantaklah kepada sesiapa hendak menghina kesucian Rasulullah S.A.W. Hakikatnya jika masyrakat mula membiarkan gejaka ini berluasa tanpa dikawal, ianya ajar mendorong pelbagai pihak lain untuk tampil membicara isu sebergini dengan lebih dahsyat lagi.

Adakah Abby berkelakuan bergini kerana Sally Yen penyokong tegar Pakatan Rakyat? Sehingga lupa asal usulnya.

Tidak mustahil boleh mencetuskan perperangan perbezaan agama di negara ini. Masa itu Abby hendak kata apa? Kerana ketika seorang kita ajar memahami siapa rasulullah tetapi pada masa yang sama 10 orang datang dengan kebih biadap.

Ini bukan masanya untuk ajar tetapi tindakan tegas perlu diambil oleh KDN demi memelihara keharmornian negara ini. Jangan jadi macam Abby yang singkat akal tanpa meneliti bahagian akhir rukun negara.

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Sesuatu apa yang hendak diperdebatkan mestilah ada adatnya bukan memaki-hamun degan penuh emosi. Akibatnya perbuatan ini boleh menjadi bahaya kepada keharmonian negara.

Rasanya Abby semasa jadi artis popular bila ada isu menyentuh dirinya terus melenting tetapi isu ini menyentuh keperibadian Rasulullah.

Tuesday, 25 June 2013

Video #Blackout505 Anwar Khianati Ikrar Depan Rayuan Penyokong

Fuhh.. kemuncak Blackout 505. Lihatlah video bertapa hinanya rayuan-rayuan kesahyuan penyokong diperdulikan Anwar secara terang-terang, Walhal mereka sanggup mati demi menjayakan Blackout 505. Anwar KHIANATI dengan gelak-ketawa keriangan merayakan kejayaan angkat sumpah, tanpa pedulikan nasib penyokongnya penuh dalam black maria ke lokap besi?

Bertapa hebatnya sandiwara Anwar yang menganayai pecacai yang memang jenis bangangpun tidak sedar diri diperbodohkan. Klik sini untuk video

Rayuan penyokong tegar yang penuh pengharapan ini dikhianati Anwar tanpa rasa bersalah langsung. Walhal yang mengcipta idea dan ikrar untuk boikot majlis angkat sumpah parlimen adalah Anwar sendiri. Tetapi kenapa dia sanggup engkari? Rupa-rupanya Blackout makan diri.

Monday, 24 June 2013

LIVE Zuraida Resmikan Amalan Mak Lampir Dihari Pertama Parlimen Dibuka

Lor ingatkan Khalib Ibrahim sahaja yang hanyut dibuai mimpi-mimpi indah sebagai MB musim kedua tertiba Zuraida tidak mahu mengalah juga dengan amalan Mak Lampir sedang menurun di belakang tabir.

Inilah bukti kerja keras sampai tidur tak cukup atau telebih tidur? Mungkin diapun termakan pil kecing manis sebab masa pasca PRU13 serata negeri dikencingkannya. Sebab itu penat PRU13 walaupun dua bulan berlalu masih belum habis letihnya.

Apa-apapun selamat bersidang dengan amalan tidur dari berlakang. Orang lain datang buat kerja, yang dia datang tidur. Itulah amalan terbaik buak pewakilan PR.




Siapa Kata #Blackout505 Gagal Ini Bukti Kejayaannya


Siapa kata siri demo arahan Anwar pasca PRU13 gagal. Anda silap! hakikatnya Blackout 505 hanya gagal dari matlamat tetapi dari segi maksud "blackout" Anwar berjaya dengan cermelang gemilang terbilang. Ini bukti gambar-gambar dan video buat anda.

Asal perkataan blackout 505 diambil semperna satu operasi sulit membangkit perasaan rakyat yang dilakukan Red Bean Army konon ada pusat pengiraan undi berlaku pengiraan dalam situasi tiada bekalan elektrik. tetapi poster ini menjawap apa yang sebenarnya berlaku.

Akibat dari itu Anwar dan Wan Azizah berserta sekutu-sekutu PR yang lain hanya mampu tampil ke balai polis untuk membuat lapuran isu Dakwat Kekal dan sehingga sekarang tiada satupun report berkenaan situasi blackout di bilik kiraan undi pasca PRU13.

Dengan ini tujuan menggunakan jenama Blackout 505 sebenar tiada asas kukuh untuk dibawa dipentas politik Malaysia.

Namun bergitu oleh kerana Anwar mengalami sindrom gila angka yang cuba dicanang-canangkankan dengan perbezaan undi popular berbanding kiraan kerusi yang dimenang menyebabkan Anwar bernekad untuk mendagangkan jenama Blackout sebagai agenda peribadinya. Klik dan lihat pautan video ini

Kerana maksud Blackout dan berberapa isu lain berbangkit Anwar lebih dilihat berjuang sendirian berbanding dikalangan calon-calon Pakatan Rakyat yang menang bertanding pada Pasca PRU13. Anwar tetap tidak peduli kerana dia kecewa kempunan tidak dapat jadi PM ke7. Ini bukti pertama blackout berjaya berlaku hingga dalam komuniti Pakatan Rakyat sendiri yang terkena wabak blackout.

Tinggal Anwar dan penyokong tegar termasuk Husam Musa yang berganda-ganda kecewa dalam pasca PRU13. Sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan mati syahid bagi sesiapa yang mati ketika berjuang dalam blackout 505. Ini bukti blackout kedua menjadi sindrom hilang akal Husam yang sebelum ini tidak bergitu berani sampai keluarkan faktwa dahsyat ini.

Kemudiannya Anwar terus berkempen untuk memboikot hari angkat sumpah sebagai MP tetapi ini juga belaku bencana Blackout apabila hanya Anwar seorang sahajalah boleh teruskan adengan pulaukan majlis angkat sumpah MP.

Malah Adam Adli yang bergitu berani bersuara jatuhkan kerajaan pun telah Blackout bila sempat rasa nasi ikan masin dalam lokap. Huh hilang sorang jentera kuat Anwar.

Dalam masa yang sama, siri jelajah blackout berlaku di seluruh Malaysia tetapi jumlah penyertaan teruk berbanding BERSIH, LYNAS dan Demo Keadilan semasa Anwar dipecat adalah ketara lebih jauh tinggi jumlah rakyat sanggup turun padang bersama dengannya. Blackout 505 gagal mencapai 20% dari jumlah hadir pada siri demo yang lain. Lihat demostrasi anjuran Anwar kena sindrom blackout juga.

Kemudian Azmin Ali buat hal di Padang Merbok "Saya tak setuju berarak di jalan raya, timbulkan huru-hara. Saya sokong perhimpunan aman dalam keadaan teratur, bukan berarak seluruh Kuala Lumpur. Kita nak berhimpun saja," katanya.

Alamak kerana bidasan ini menyebabkan Anawar tiada pilihan selain turut serta angkat sumpah hari ini. Fuh memang teruk Anwar di blackout oleh komuniti PR. Tetapi ada lebih teruk kena blackout iaitu penyokong tegar Anwar dimana ketika Anwar bergelak ketawa di dewan diaorang ini dah 33 orang kena tangkap tetapi ada siapa ambil kisah nasib mereka di luar dewan. Inilah sindrom paling teruk selain otak Anwar yang Blackout tetapi penyokong tegarnya berganda-ganda blackout otaknya. Macam mentol putus sumbunya....  Lihat poster atas sekali...

Jadi siapa kata blackout 505 gagal?



#Blackout505 Angkara Rempuh Tumbuk Polis 33 Ditangkap Depan Parlimen

Apa punyai bingai sampai buat kerja bodoh-bodoh macam ini. Semuanya demi memerdekakan negara dengan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke 7 jadi benarlah kata Dr Asri seperti Pautan Ini (klik untuk pautan). Tetapi satu hal yang haru-biru mangkuk-mangkuk tidak pandai berfikir ke? Apa faedah semua ini?

Sehinggakan datang sekumpulan peserta merempuh penghalang jalan menuju ke Parlimen. Akibatnya itu 23 orang ditangkap dan 10 orang datang serah diri di lokasi. Mungkin semua ini berasa megah dengan perbuatan sedemikian dan akibat hanya untuk kejar populariti merasa juga duduk dalam lokap.

Tetapi buat sesiapa diantara 33 orang ini yang menumbuk polis Inspektor Aswad, siaplah habuan kamu makan nasi bungkus ikan masin.

Inilah akibat negara mempunyai seorang manusia yang demam akibat wabak gila angka dan siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim. Semakin Anwar tidak sedar perbuatannya akibat nanti ramai bakal berkata LAINKALILAH Anwar ooiii.
Tengoklah perangai kera mengawan minta tolong digarikan? Apa jenis bangsat yang datang ini?

Dr Asri Bidasan Pedas Buat Anwar

Betul juga dengan apa yang dibangkitkan oleh Dr Asri yang Anwar Ibrahim perlu cari noktah dengan menjelaskan dimana hala tuju sebenar perjuangan Anwar Ibrahim. Apa yang cuba dipersoalkan Dr Asri, adalah semakin jelas jika rakyat sendiri  mampu menilaikan bagaimana Anwar bergitu terdesak mempengaruhi pengikut tegar untuk terus bekhemah di Padang Merbok walaupun situasi jerubu melanda Malaysia masih dalam IPU mencemaskan.

Tetapi ini tidaklah menjadi perhintungan buat Anwar Ibrahim untuk mengarahkan pengikut tegarnya bersurai. Jadi dimana tanggungjawap Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang menang pada pasca PRU13?

Yang menariknya Dr Asri ada menyentuh "Penasihat PKR itu perlu memberi tumpuan kepada masalah rakyat dan bukannya mengganjurkan perkara yang tidak menguntungkan atau lebih bersifat retorik politik".

Memang pedas tapi tepat buat Anwar sendiri nilaikan. Tetapi kita rakyat biasa sememangnya sudah nampak Anwar tidak ubah seperti manusia yang terdesak dan mungkin itulah yang cuba dimaksudkan Dr Asri yang biasa bersikap tegas tanpa mempeduli sesiapapun demi kebenaran yang difikirnya. Dan antara luahan panas lain Dr Asri yang harus Anwar dan rakyat nilaikan siapa Anwar Ibrahim yang sebenar.

"Kita cadangkan Anwar dan sahabat lain, kena fokus kepada masalah rakyat dengan menegakkan keadilan di negara ini melebihi retorik politik yang tidak menentu ke mana rakyat hendak dibawa"

PPM terfikir sentuhan ini dengan bagaimana Anwar manipulasikan keputusan pasca PRU13 dengan undi popular yang sedang dimain-mainkan kononnya UNDI POPULAR PAKATAN RAKYAT LEBIH LAYAK PERINTAH NEGARA, MALAH MENYELAR NAJIB TIDAK MALU MEMERINTAH DENGAN UNDI MENETUKAN KERUSI MAJORITI. Mungkin ini yang tepat dari apa yang cuba disampaikan DR Asri berdasarkan permahaman dan kecenderungan politik PPM.

DR Asri: "Saya berpendapat hak rakyat berkumpul diiktiraf Perlembagaan, cuma semua pihak tidak kira BN atau Pembangkang, apa sahaja kita buat, ia mesti bawa kebaikan kepada rakyat, bukan saja soal perasaan peribadi individu tertentu, tetapi sesuatu yang memberi mamfaat kepada rakyat"

Kata itu jika dibandingkan dengan Anwar, PPM rasa memang tepat kena sebijik dua bijik kemuka Anwar yang selepas pasca PRU13 kelibatnya semakin hilang arah akibat kecewa kerana Qada dan Qadar menentukan Anwar bukan Perdana Menteri ke7. LAINKALILAH AWNAR.

Sunday, 23 June 2013

Video NGO Yang Tidak Iktiraf Kewujudan Malaysia Itu Sah?

Ini adalah NGO yang menampil diri sebagai Angkatan Pembebasan Rakyat Malaysia 100%. Di kuasai oleh 10 orang ahli resmi dan 30 orang penyokong tegar. Bercita-cita menuntut kemederkaan baru yang pastinya kemerdekaan itu hanyalah mesti Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Itulah erti Kemerdekaan 100%. Sebab itu mereka antara penganjur Blackout 505.

Katanya hendak bela nasib orang miskin yang ditindas. Entahlah bukti penindasan yang bagaimana mereka mampu huraikan. Yang pasti zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri juga secara tidak langsung dinafikan mereka yang negara ini merdeka dibawah jalur gemilang.

Sebab itulah kanak-kanak ini cuba tampil dengan bendera Sang Saka Malaya. Dan secara tidak langsungnya kewujudan jalur gemilang telah dinafikan. Malah kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 juga secara tidak langsung tidak di iktiraf oleh mereka. Kerana itulah bertapa beria-ianya mereka mempromosi Sang Saka Malaya.

Kenapa mereka wajar digelarkan  kanak-kanak dan lebih bagus dinamakan kanak-kanak terencat. Sebabnya zaman negara dalam proses menuntut kemerdekaan oleh pejuang-pejuang bangsa yang sanggup menggadaikan nyawa sebagai ganti. Mereka dalam NGO Bangang ini belum lagi dilahirkan tetapi sekarang mereka ini pula yang lebih-lebih tampil sebagai perjuang kemerdekaan? Seolah-olah merekalah yang bertumpahkan darah, yang korban harta-benda malah merekalah individu yang paling layak diucapkan terima kasih kerana memerdekakan negara ini. 

Itulah kadang-kadang inilah masyarakat jenis bodohnya tidak dapat ditegur sebab bodoh mereka ini jenis bodoh sombong.. Ikuti video ini..


#Blackout505 300'000 The Star Terbaik

Agak kagum melihat The Star mengeluarkan kenyataan hingga mengalahkan apa yang dinyatakan oleh Sim Tze Tzin yang mengeluarkan tweet di bawah adalah Ahli Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang. Cuba rujuk pautan ini. Tetapi haluan yang sedang ditulis The Star melangkaui akal, untuk memahami apa niat sebenar penulisan mereka?

Malah The Star menggambarkan orang cina paling hadapan dan sudah tentu akhbar yang sering gembar-gembur hak milik MCA. Cuba menyampai sesuatu maksud tersirat kepada pihak-pihak tertentu.

Tetapi jumlah gambaran The Star adalah mengatasi jauh dari Harakahdaily. Itu membuat kita terfikir kenapa The Star bergitu hebat sangat dalam soal kira mengira ini.

Hingga kini kebanyakan isu yang sedang ulasan The Star semakin membawa pembaca ke satu destinasi yang paling sukar difahami. Apakah matlamat sebenar The Star sekarang?


Kisah Matinya Seorang Pendemo Blackout 505 (File Sulit Dari Umum)

Seorang Pendemo telah koma kerana cedera teruk diketika berlakunya pegelutan  melibatkan 500 orang peserta lain. Menyebabkan peserta tersebut telah dihantar ke hospital dengan penuh publisiti tumbangnya seorang perwira blackout 505. Kalau ikut kenyataan Husam boleh dikira mati syahid jika pendemo itu menemui ajal.

Kemudian peserta yang koma tersebut, bermimpi dibawa Malaikat ke NERAKA... Tapi dia terkejut kerana di NERAKA orang berdisco,
minum arak, judi, banyak pula pompuan cantik3,
dan lain-lain...

Dia cepat-cepat ingin masuk,
tapi ditahan oleh IBLIS penjaga pintu :
"Tunggu dulu! Waktumu belum tiba ...
Kembalilah ke dunia, buatlah demo yang lagi hebat lagi!
maka kau pasti akan MASUK NERAKA... ! Pendemo tersebut agak keliru jika bandingkan dengan kenyataan Husam sebelum ini tetapi sekarang nampak neraka lebih hebat.

"Akhirnya dia sedar dari koma dan dia berbuat demo lebih hebat hingga mencapai tahap Malaysian Spring. Yang mana peperangan saudara berlaku dengan hebat sekali. Sana-sini berlaku serangan membakar harta awam malah pentepuran dengan anggota keselamatan telah menyebabkan kematian diantara kedua-dua pihak termasuk orang awam yang tidak terlibat.
lalu akhirnya pendemo yang bermimpi turut mati. IBLIS dengan segera
menghantarnya ke NERAKA...

Tapi dia terkejut kerana di dalam NERAKA banyak api,
bau hamis darah, banyak binatang berbisa dan banyak
teriakan meminta pertolongan..

Bingung dan ketakutan PENDEMO itu berkata:
"Aikkk... Waktu yang lalu NERAKA tidak begini...?
"IBLIS tersenyum dan berkata: "Oh, Waktu itu promosi bro.

Hehe jangan marah.... Fikir-fikir sebelum terjebak.