Saturday, 14 September 2013

15'000 Gengster Melayu Kecewa Bila Gengster India Lebih Mulia

Inilah propaganda politik Malaysia bilamana 15000 gengters melayu ditangkap tidaklah senilai dengan 3000 gangster India yang ditangkap, malah kaum ini telah mendapat pembelaan yang hebat berbanding Melayu.

Walaupun hakikatnya kedua-keduanya menyusahkan rakyat Malaysia dengan pelbagai kes dadah, pelacuran, samun, rompakan,peras ugut dan pembunuh upahan. 

Entah bagaimana yang paling pantang di Malaysia, gengster india adalah haram untuk disentuh berbanding bangsa-bangsa lain. Akhirnya PDRM yang cuba mengurangkan kadar jenayah di Malaysia menjadi mangsa serangan politik yang lebih bersifat menjaga kepentingan diri oleh individu yang sengaja mempolitikan soal keamanan negara. 


Seminggu Anwar Sakit Kepala Patahkan Hujah-hujah Projek IC Tun Dr Mahathir

Bila Tun Dr Mahathir berjaya bangkit persoalan besar dalam makamah berkenaan rancangan Keadilan mempolitikan isu Projek IC (RCI). Ada baik kita mentelaah hujah panjang lebar ini. Yang benar-benar menyebabkan Anwar minta tempoh seminggu untuk mencari idea bagi menjawap satu dari berpuluh persoalan mudah Tun Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim. SITUASI SEKARANG MENUNJUKAN ANWAR TERJERAT DENGAN PERMAINAN SENDIRI.



Rafizi Ramli Terlepas Cakap. Rahsia Gelap Anwar Ibrahim Terbongkar Kerana Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir
March 22, 2013 - 

Sejak pencerobohan di Lahad Datu berlaku, pelbagai spekulasi timbul akibat maklumat yang samar-samar yang diberikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, sebagai penjawat awam tertinggi yang bertanggungjawab kepada rakyat.

Salah satu persoalan yang paling besar ialah latar belakang kumpulan bersenjata ini. Walaupun secara rasminya mereka diisytiharkan sebagai orang asing dari satu kumpulan yang mewakili Kesultanan Sulu, banyak spekulasi timbul apabila ada tokoh-tokoh pimpinan tertentu dari kumpulan itu yang dikatakan rakyat Malaysia.

Perkara ini penting kerana ia membayangkan kesan sampingan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan setakat ini disahkan oleh keterangan-keterangan kepada Suruhanjaya diRaja Mengenai Kerakyatan di Sabah. Wujudnya tokoh-tokoh dari kumpulan bersenjata Sulu ini dari kalangan rakyat Malaysia mengesahkan keresahan rakyat bahawa pemberian kerakyatan bagi tujuan politik tanpa melalui proses yang sah mengundang ancaman keselamatan.

Sejak tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu, KEADILAN telah mengadakan pertemuan dengan penduduk tempatan untuk cuba mendapat maklumat lanjut mengenai latar belakang tokoh-tokoh ini. Salah seorang yang sering disebut ialah ketua kumpulan itu sendiri yang menggelarkan dirinya Raja Muda Sulu, bernama Agbimudin @ Azzimuddie Kiram.

Maklumat awal penduduk tempatan menyatakan bahawa dia pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Kudat dan mengesahkan bahawa dia adalah rakyat Malaysia setelah diberikan kad pengenalan.

Dari maklumat tersebut, Timbalan Setiausaha Agong KEADILAN, Sdr Darell Leiking telah menjejaki maklumat kakitangan Kerajaan Negeri Sabah di beberapa tempat termasuklah di Jabatan Arkib Negara Sabah.

Dari maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.Dengan maklumat ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh bersembunyi disebalik alasan keselamatan nasional untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan yang berlegar di pemikiran rakyat:

1. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru seperti Agbimudin Kiram?

2. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata rakyat Malaysia itu adalah ahli Umno?

3. Kenapa Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru?

Penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini yang jelasnya mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan Umno.
http://rafiziramli.com/2013/03/raja-muda-sulu-agbimudin-azzimuddie-kiram-adalah-rakyat-malaysia-kakitangan-awam/

Disini penulis nak tanya Rafizi yang tak habis-habis nak salah kan UMNO.

1.BILAKAH UMNO MASUK SABAH?

2.ADAKAH TUN MAHATHIR DAH JADI PERDANA MENTERI PADA TAHUN 1975?

3.ADAKAH MENJADI KESALAHAN KEPADA KERAJAAN JIKA SEORANG RAKYAT MALAYSIA MELEPASKAN KEWARGANEGARAANNYA UNTUK MENJADI RAKYAT NEGERI LAIN SEDANGKAN WAKIL RAKYAT DAP, PHEE BOON POH (ADUN SUNGAI PUYU) JUGA SEORANG PENDUDUK TETAP NEW ZEALAND SEBAGAIMANA YANG DIDAKWA OLEH AKHBAR CINA?

Ini baru 3 soalan asas. Ada 20 lagi soalan yang akan menyusul sekiranya Rafizi dapat jawab soalan ini.

Diingatkan juga pada tahun 1975, Tun Dr. Mahathir hanyalah seorang Menteri Pelajaran (dari tahun 1974-1978). Sebelum itu, Tun Dr. Mahathir dilantik oleh Tun Abdul Razak sebagai Senator (1973) selepas kemasukan kembali beliau dalam UMNO pada tahun 1972. Pembaca harus mengikuti sejarah hidup Tun Mahathir untuk memastikan anda tidak ditipu oleh Rafizi yang buta sejarah.

UMNO pula memasuki Sabah pada tahun 1994. Pada 15 Julai 1975, Naib Presiden USNO, Haris Salleh dan Tun Fuad menubuhkan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA). Tun Fuad (nama baru Donald Stephens yang memeluk Islam pada tahun 1971) kemudiannya meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri untuk memimpin BERJAYA. Ketika itu parti yang kuat di Sabah adalah USNO di bawah kepimpinan Tun Mustapha. Namun setelah wujudnya BERJAYA, pada pilihan raya negeri bulan April 1976, USNO memperoleh 20 kerusi dan BERJAYA mendapat 28 kerusi dan Tun Fuad dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah kali ke-2. Jadi penulis tak tahu dari buku sejarah mana Rafizi baca sehingga dia boleh mengaitkan UMNO dengan Azzimudie pada tahun 1975.

Itu baru permulaan. Oleh kerana Rafizi Ramli mengimbau sejarah tahun 1974-1975, Penulis ingin berkongsi dengan pembaca, SIAPA SEBENARNYA MUSUH NEGARA PADA TAHUN TERSEBUT. Bukan Azzimudie kerana dia adalah ADO ketika itu. Jika disemak dalam sejarah negara, peristiwa besar berlaku pada tahun tersebut adalah DEMONSTRASI BALING TAHUN 1974. Siapa dalang dalam demonstrasi tersebut?

Inilah gambar dalang yang mengkucar kacirkan negara sejak tahun 70an lagi. Lebih hina lagi, dalang di atas mereka cerita bahawa penduduk mati kelaparan kerana Kerajaan gagal membela nasib rakyat. Apabila disiasat oleh Zainuddin Maidin (wartawan Utusan Melayu ketika itu) ternyata kematian tersebut hanya fitnah semata-mata untuk membuatkan pelajar universiti marah kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada siasatan yang dilakukan pada 5/6/7 Januari 1975 setelah dijalankan operasi di sekitar daerah Baling hingga ke pendalaman Kampung Weng Dalam dan Tanjung Pari, tiada kedapatan seorang pun rakyat Baling mati kebulur. Penolong Perubatan Daerah Baling Dr Tan Ah Hock dalam laporannya mengakui memang ada faktor kemiskinan dikalangan rakyat tetapi untuk sampai ke tahap mati kebuluran dia menafikan dakwaan.

Jadi apa kaitan demonstrasi BALING dengan Tun Mahathir sebagai Menteri Pelajaran dalam permulaan artikel? Untuk makluman pembaca, Tun Dr. Mahathirlah pemimpin yang ditugaskan untuk menyiasat DEMONSTRASI BALING oleh Tun Razak sebagai Perdana Menteri ketika itu. Ini kerana ketika itu belum ada Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti dan Kolej Universiti terletak di bawah portfolio yang dijaga oleh Tun Mahathir.

Sebagai penutup, Penulis menggalakkan pembaca supaya mengkaji sejarah. Jika tahun 1975, kaji sejarah tahun tersebut. Jangan jadi macam Rafizi Ramli yang belajar sampai luar negara. Tetapi bila dapat dokumen tahun 1975, terus tuduh Tun Mahathir dan UMNO yang bersalah. Sedangkan ketika itu Tun Mahathir sedang sarat memikirkan bagaimana nak mengatasi masalah kekacauan, rusuhan dan demonstrasi yang ditimbulkan oleh dalang bernama Anwar Ibrahim. Penulis harap artikel ini dipanjang-panjangkan supaya lebih ramai rakyat tahu hakikat sebenar dan siapakah manusia bernama ANWAR BIN IBRAHIM!

*Sebar-sebarkan. Kalau boleh tanya balik Rafizi apa yang berlaku tahun 1975 dan siapakah musuh negara ketika itu? Adakah Azzimudie Kiram atau orang yang menfitnah Kerajaan bahawa rakyat Baling mati kebuluran?UMNO dengan Azzimudie pada tahun 1975.

Itu baru permulaan. Oleh kerana Rafizi Ramli mengimbau sejarah tahun 1974-1975, Penulis ingin berkongsi dengan pembaca, SIAPA SEBENARNYA MUSUH NEGARA PADA TAHUN TERSEBUT. Bukan Azzimudie kerana dia adalah ADO ketika itu. Jika disemak dalam sejarah negara, peristiwa besar berlaku pada tahun tersebut adalah DEMONSTRASI BALING TAHUN 1974. Siapa dalang dalam demonstrasi tersebut?

Inilah gambar dalang yang mengkucar kacirkan negara sejak tahun 70an lagi. Lebih hina lagi, dalang di atas mereka cerita bahawa penduduk mati kelaparan kerana Kerajaan gagal membela nasib rakyat. Apabila disiasat oleh Zainuddin Maidin (wartawan Utusan Melayu ketika itu) ternyata kematian tersebut hanya fitnah semata-mata untuk membuatkan pelajar universiti marah kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada siasatan yang dilakukan pada 5/6/7 Januari 1975 setelah dijalankan operasi di sekitar daerah Baling hingga ke pendalaman Kampung Weng Dalam dan Tanjung Pari, tiada kedapatan seorang pun rakyat Baling mati kebulur. Penolong Perubatan Daerah Baling Dr Tan Ah Hock dalam laporannya mengakui memang ada faktor kemiskinan dikalangan rakyat tetapi untuk sampai ke tahap mati kebuluran dia menafikan dakwaan.

Jadi apa kaitan demonstrasi BALING dengan Tun Mahathir sebagai Menteri Pelajaran dalam permulaan artikel? Untuk makluman pembaca, Tun Dr. Mahathirlah pemimpin yang ditugaskan untuk menyiasat DEMONSTRASI BALING oleh Tun Razak sebagai Perdana Menteri ketika itu. Ini kerana ketika itu belum ada Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti dan Kolej Universiti terletak di bawah portfolio yang dijaga oleh Tun Mahathir.

Sebagai penutup, Penulis menggalakkan pembaca supaya mengkaji sejarah. Jika tahun 1975, kaji sejarah tahun tersebut. Jangan jadi macam Rafizi Ramli yang belajar sampai luar negara. Tetapi bila dapat dokumen tahun 1975, terus tuduh Tun Mahathir dan UMNO yang bersalah. Sedangkan ketika itu Tun Mahathir sedang sarat memikirkan bagaimana nak mengatasi masalah kekacauan, rusuhan dan demonstrasi yang ditimbulkan oleh dalang bernama Anwar Ibrahim. Penulis harap artikel ini dipanjang-panjangkan supaya lebih ramai rakyat tahu hakikat sebenar dan siapakah manusia bernama ANWAR BIN IBRAHIM!


*Sebar-sebarkan. Kalau boleh tanya balik Rafizi apa yang berlaku tahun 1975 dan siapakah musuh negara ketika itu? Adakah Azzimudie Kiram atau orang yang menfitnah Kerajaan bahawa rakyat Baling mati kebuluran?

Friday, 13 September 2013

Calon Semangat Abang Botak Bertanding PAU13

Fuuhh.. Kecoh alam maya apabila mula timbul dari segenap sudut calon muncul yang mula diwar-warkan bakal bertanding dalam PAU13. Samada dari yang sudah ada nama dikalangan rakyat hinggalah yang mungkin tidak dikenali tetapi telah mempunyai nama dan populariti di kalangan Akar Umbi UMNO.

Namun bergitu mereka ini tidak dihalang untuk mengambil borang dan memohon peluang untuk bertanding. INI MEMBUKTIKAN UMNO CUKUP DEMOKRASI MEMBENARKAN SESIAPA SAHAJA DALAM UMNO BERTANDING JIKA ADA REZEKI.

Bergitu juga kisah Semangat Abang Botak yang dikatakan telah mempunyai senarai calon dan bersedia menghantar borang untuk bertanding. Cuma masa sahaja bakal menentukan samada mereka ini samada benar-benar muncul.

Pada PPM juga ingin melihat berberapa calon masuk bertanding dan tumpang gembira bila Tun Faisal juga bakal bertanding. Bagaimana dengan UFB benarkah dia bakal bertanding dan ada lagi calon tertentu yang belum tampil memperkenalkan diri.

SEMOGA KITA SEMUA MEMILIH CALIN DENGAN SUASANA HATMONI TANPA MENYERANG SESAMA SENDIRI. IN SYA ALLAH.


Lim Guan Eng Kena Ugut Bunuh ! Polis Yang Salah ?

Angkara untuk pertahankan Legasi Lim Guan Eng, hingga sanggup menipu dalam CEC, akhir timbul ugut-mengugut bunuh kepada Lim Guan Eng. Yang peliknya isu ini boleh dipusing hingga menyalahkan pihak PDRM.

Itulah Lim Guan Eng dalam keadaan diugut bunuhpun sempat cari pasal dengan PDRM. Puncanya kes anaknya mencabul kehormatan gadis tidaklah memihak kepada dirinya. 

Siapa tidak kenal dengan Guan Eng amat terkenal dengan sikap suka menyaman sesiapa sahaja yang tidak menyokong tindakannya tetapi apabila kontroversi ini ditimbulkan, Guan Eng terus mengelak dari memberikan jawapan.

“Guan Eng harus menjawab adakah benar anaknya telah ditukarkan sekolah dan mengapa?

“Kalau dia tidak bersalah mengapa harus takut untuk menegakkan kebenaran. Ini bukan soal menjawab isu yang ditimbulkan oleh UMNO seperti dakwaannya tetapi dia perlu menjawab demi keyakinan rakyat. Tetapi masa itu UMNO menjadi mangsa dipersalahkan oleh Guan Eng. Macamlah UMNO yang arahkan Anaknya mencabul.

Bergitu juga dendamnya kepada PDRM tak pernah pudar walhal SIAPA YANG SEBENARNYA BUAT KES INI DITUTUP? KALAU GUAN ENG BERIA-IA UNTUK MEMBUKTIKAN ITU SATU FITNAH, RASANYA RAMAI LAWYAAAR KAT BERLAKANG SEDIA BERBUAT APA SAHAJA. TAPI KENAPA TIDAK APA-APA TINDAKAN?


Thursday, 12 September 2013

Kebiadapan Zunar Kepada Khalimah Allah Menjadikanya Ikon Perjuang PR

Hah siapa berani lawan atau bangkang! cakap? Setakat main-mainkan Khalimah Allah biasalah buat Zunar untuk dijadikan bahan gurauan. 

Ada dia pernah kesah samada menyentuh perasaan orang-orang islam. Malah semakin ramai pula orang-orang melayu bergelak ketawa dengan kartun ini.

Buat mereka biasalah demi hak sama rata bersama DAP. Apalah sangat dengan Khalimah Allah. Sedangkan Linda Joy memilih murtad Anwar katakan itu haknya.

Sedangkan Nurul Izzah "Sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam.

"Seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain"
“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata"

Pun melayu tidak kisah...

Jadi apalah sangat setakat Khalimah Allah. Biarlah mudah nanti anak-anak kita keliru antara gereja dengan masjid atau keliru antara Paderi dengan Tok Imam.

Yang penting Khalifah BiaDAP suka...

Nasib Pejuang Melayu Yang Lantang Pada 13 Mei 1969



Anda hayatilah sendiri penghayatan semangat pejuang Melayu yang terasa bangsanya di tindas ketika 13 Mei 1969. Nasibnya tidak sehebat Namewee walaupun mencerca-cerca bangsa Melayu, tetap diangkat bapak menteri dan diberi dana berpuluh juta untuk buat modal produksi filem.

Nasibnya juga tidak sehebat pejuang Bendera Sang Saka untuk menggantikan Jalur Gemilang.

Nasibnya juga tidaklah sehebat Mahasewel yang sanggup ponteng kelas kerana membela Nasib bapak Video China Doll

Nasibnya juga tidak sehebat Bapak Sabu yang sanggup berkata-kata rela makan babi bersama DAP dan sekarang diangkak sebagai Ularmak oleh Pok Nik.

Nasibnya juga tidak sehebat jaguh promosi spenda Stopa

Nasibnya lagilah tidak sehebat Serikandi Izzah yang menuntut hak samarata beragama:
"Sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam.


"Seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain"
“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata"
Nasibnya lagilah tidak sehebat bapak liwat dan bapa video china doll

Lebih malang lagi nasibnya tidak layak diagung-agungkan berbanding gengster-gengster india.

Bertambah-tambah malang nasibnya jauh lebih hina dari pejuang keagungan DAP Lim Kit Siang kerana hanya alasannya menafikan kaitan pelbagai plot peristiwa 13 Mei. Baca disini

Inilah dikatakan melayu mudah lupa...




#PAU13 #UMNO Gempar Hak Hampir 1000 Pewakilan Dinafi Hadir

Gempar menjelang PAU bermacam-macam cerita kedengaran samada dari team UMNO, Barisan Nasional mahupun Team Pakatan Rakyat. Semua berkisar lobi-melobi hingga timbul kisah suapan mempengaruhi undi bagi memenangi calon impian. 

Dalam UMNO soal ini amat menular semasa zaman Anwar. Iyalah cara mudah untuk melangkah berberapa tangga tanpa berpijak di anak tangga yang sepatutnya.

Sebenarnya tidak layakpun untuk puak-puak Pakatan Rakyat menggembar-gembur isu politik wang dalam Pemilihan Agung UMNO kali ini. Kerana zaman pemilihan PKR cukup unik sehingga kerusi boleh terbang manakala zaman CEC DAP boleh berlaku undi silap apabila DAP terlepas pandang, terlupa untuk memenangkan wakil melayu diketika negara menuju PRU13. Bahaya kalau tidak ada wakil melayu MAHU KECUNDANG DAP DI PASCA PRU13.. Takut-takut hilang kepercayaan pengundi melayu terutama dari PAS dan PKR.

Hakikatnya semua itu telah diatur kecuali terlupa wakil melayu. Sebab itulah 700 pewakilan dinafikan dari menghadiri CEC, kebanyakannya dari kaum india dan cukuplah Karpal anak beranak berada dalam majlis tertinggi. Yang lain dinafikan kehadiran demi memastikan kekuatan Legasi LGE.

SITUASI KERUSI TERBANG MAHUPUN MENAFIKAN KEHADIRAN PEWAKILAN, TIDAK PERNAH BERLAKU DALAM MANA-MANA PERSIDANGAN AGUNG UMNO. Jadi dimana relevennya Pakatan Haram hendak memutar-belit kepada rakyat dengan fitnah pengotor ini kepada UMNO?

Wednesday, 11 September 2013

Agenda Disebalik Sang Saka Mungkinkah Singapura Diperlawa Kembali

Hishamuddin Rais bergitu beria-ia mempromosikan Sang Saka walaupun baru lepas ditahan polis. Tetapi manusia seperti mereka sentiasa dan terus-menerus mencabar kerajaan dengan mempromosikan Sang Saka. Almaklumlah ISA sudah tiada lagi.

Bergitu juga dengan A Samad Said yang pernah kecewa kerana rezekinya ditakdir menjadi hak milik kawan karibnya. Hingga kerajaan menjadi dendamnya. 

Mereka ini bergitu rapat dan aktif dalam Pakatan Rakyat. Sudah tentu hubungan mereka bersama DAP juga rapat malah mempunyai tujuan yang sama menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Seperti di gambar, kearkaban A Samad Said bersama Lim Kit Siang yang sekarang kecoh dalam kisah pembabitan 13 Mei 1969. Bergitu mesra dan tidak hairan mungkin ada runding strategi pergerakan mereka, yang pasti rakyat nampak mereka sering sehaluan.

Persoalan yang timbul antara mempromosi Sang Saka bekerjasama dengan proksi Singapura yang juga mempunyai bendera yang hampir sama. Benarkah jika PR menang undi besar dalam PRU, kerusi adalah lebih memihak kepada DAP dan kemungkinan kelebihan ini boleh menjemput Singapura kembali ke Malaysia? JANGAN KITA DAP ADALAH SEPIHAN PARTI PAP, SETELAH SINGAPURA KELUAR DARI MALAYSIA.

Jika ini benar-benar berlaku bermakna singapura mempunyai 80 lebih kerusi untuk di satukan bersama kerusi Malaysia yang terbahagi kepada 4. GEOPOLITIK APAKAH YANG BAKAL KITA ALAMI NANTI?


Mubaligh Kristian Gunakan Khalimah Allah Mendahului Mahkamah



Bolehkah anda berdiri berpeluk tubuh melihat betapa biadap & agresifnya gerakan Kristianisasi ini sedang bergerak dan mereka kini sudah mengguna secara haram kalimah suci hak umat Islam di negara ini .

Firman Allah swt, “sesungguhnya Yahudi dan Kristian selama-lamanya tidak akan sekali-sekali redha dan setuju dengan kamu (wahai umat Islam) selagi kamu tidak menurut cara kehidupan dan agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah (yakni Al-Quran) adalah benar dan cukup bagi kami. Tetapi jika kamu masih mahu menuruti mereka sedangkan sudah sampai kepada kamu ilmu kebenaran (yakni Al-Quran), maka tidak akan ada bagimu pelindung dan pertolongan daripada ALLAH”

Al-Baqarah: 120

Gambar ini tersebar meluas di facebook hari ini oleh pages ANALISIS POLITIK TERKINI yang mendedahkan sebuah NGO Penang Diocesan Migrant Ministry - DMM berpengkalan di P.Pinang telah menganjurkan satu program kursus di Teluk Intan dan menggunakan perkataan " Allah " secara haram .

Jika anda perhatikan banner "Allah Maha Pengasih " , apakah tidak akan akan timbul kesannya kepada umat Islam jika Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah di negara ini ? Ikuti kisah lanjut dipautan ini

6 Alasan Lim Kit Siang Mengubah Latar Sejarah 13 Mei 1969

Lim Kit Siang bersungguh-sungguh mengeluarkan 6 alasan untuk menafikan tindakan beliau terbabit bersama DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan kemenangan mereka dengan menghambur sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu menjadi pencetus kepada rusuhan kaum yang menelan korban lebih 2,000 nyawa. HINGGA SEKARANG MENIMBULKAN SITUASI SIAPA BETUL DAN SIAPA YANG SALAH?

Katanya, enam sebab itu termasuk pertama beliau tidak bertanding mana-mana kerusi di Kuala Lumpur atau Selangor pada Pilihan Raya Umum 1969 lalu, sebaliknya bertanding bagi kerusi Parlimen Bandar Melaka.

Kedua, beliau juga tidak berada di Kuala Lumpur selepas Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969, sebaliknya ketika itu berkempen di Kota Kinabalu membantu seorang calon bebas bagi kerusi Parlimen, kerana Pilihan Raya Umum di Sabah diadakan selepas pilihan raya umum di Semenanjung pada 10 Mei 1969.

“Ketiga, jika saya penyebab rusuhan kaum 13 Mei 1969, sudah tentu saya tidak berani balik dari Sabah ke Kuala Lumpur, apatah lagi jika benar saya yang melaungkan slogan anti-Melayu dalam perarakan jalan raya di Kuala Lumpur dan kencing pada tiang bendera di depan kediaman Menteri Besar Selangor.

“Keempat, jika benar saya yang menyebabkan rusuhan 13 Mei 1969 dengan melaungkan slogan anti-Melayu dalam perarakan jalan raya di Kuala Lumpur dan kencing pada tiang bendera di depan kediaman Menteri Besar Selangor, sudah tentu sejak dulu lagi saya dituduh dan didakwa di mahkamah, kerana melakukan perbuatan jijik sedemikian dan tidak mungkin dilepaskan begitu saja.

“Kelima, jika saya pencetus rusuhan berkenaan, tentu saya tidak akan meminta, sejak 44 tahun lalu sehingga sekarang, supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kejadian 13 Mei 1969 bagi mengenalpasti sebab dan dalangnya.

“Keenam, saya juga tentu tidak akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dari Pusat Tahanan Muar pada 5 Ogos 1969 untuk meluahkan “kegelisahan mengenai masa depan Malaysia” dan mengemukakan tiga cadangan untuk mengukuhkan perpaduan nasional berikutan rusuhan kaum 13 Mei 1969,” katanya dalam kenyataan media,

Hakikatnya sekeping gambar diatas menggambarkan Lim Kit Siang pembohong dan ucapannya disini tidak pula berani disentuh sama sekali. Lim Kit Siang boleh bercakap apa sahaja atau menafikan apa sahaja tetapi CUKUPKAH HUJAH ITU MENGUBAH LATAR SEJARAH YANG TERSEBAR SELAMA INI?

HAKIKATNYA SEKADAR PENCERITAAN BELUM TENTU MENJADI BUKTI YANG KUAT UNTUK DIPERCAYAINYA. MUNGKIN KIT SIANG PERLU TAMPIL DENGAN BUKTI-BUKTI NYATA YANG KUKUH UNTUK MENYOKONG HURAIAN PANJANG LEBAR KIT SIANG.

PERSOLANNYA BOLEH LIM KIT SIANG MENJELASKAN KATA-KATA YANG RETSEBAR DIALAM MAYA INI.. Klik 10 kebiadapan Lim Kit Siang semasa 13 mei 1969

DAP Sengaja Tiupkan Perkauman SK Seri Pristina Strategi Menghalang PPPM

DAP antara pihak yang paling takut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dilaksanakan. Kerana DAP mempunyai pemintaan yang melampau untuk dimasukan PPPM tetapi tidak dituruti oleh Kerajaan. Sebenarnya DAP sedar yang permintaan mereka adalah keterlaluan jika didedah secara berterusan kepada umum yang berbilang kaum. 

Setelah pemintaan mereka tidak dipenuhi, DAP bertindak memainkan isu yang berdasarkan perkauman Sk Seri Pristina untuk menghasut rakyat menentang pelaksanaan PPPM.

DAP menggambarkan kementerian gagal bertindak terhadap insiden yang berlaku di SK Seri Pristina dengan Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan bukan saja menganggap peristiwa itu sebagai masalah kecil malah polis menyoal siasat murid tanpa keizinan penjaga. Tetapi sejauh mana sangat isu yang sebenarnya terkantoi seperti pautan( pengadu cabut lari) ini terang-terang membuktikan DAP tiada isu untuk dimainkan.

Sebenarnya kerajaan menyediakan sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.



Tetapi apa yang diharapkan DAP melalui tuntutan Ultra Kiasu iaitu:

* Pertama, segera keluarkan guru Cina yang tiada latar belakang sekolah Cina atau mengambil Bahasa Mandarin dalam sijil SPM.

* Kedua, sediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, minimum tiga tahun supaya mereka dapat menguasai ketiga-tiga bahasa ini.

* Ketiga, rombak silibus latihan perguruan supaya guru bahasa Cina benar-benar layak untuk mengajar bahasa Cina.

* Keempat, rombak Akta Pelajaran bagi memastikan sekolah vernakular dilindungi dan setaraf dengan sekolah kebangsaan.

Inilah perbezaan rancangan dan tindakan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu tunduk dengan desakan DAP dan Ultra Kiasu yang terang-terang mempunyai agenda bersifat melebihi Ultra Kiasu.


Sepatutnya ultra kiasu membawa tuntutan yang boleh memporakperandakan negara ini ke negara komunis China. PPM amat yakin, komunis China pun tidak dapat menerimanya walaupun berkaitan dengan agenda bangsa Cina, kerana memberi ancaman kepada keselamatan kerajaan.


Tuesday, 10 September 2013

LGE TAKUT TIDAK BOLEH SELUDUP HANTU KE CEC DAP

Tiba-tiba LGE menggambar rasa takutnya menjelang CEC DAP yang kebih mencabar. Sebelum ini CEC DAP berjaya pertahankan Legasi Guan Eng kerana menidakan ahli lain terutama india dan melayu dari hadir mengundi.

DAP pada 14 Ogos lalu terpaksa akur dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula CEC setelah mendapat tekanan dari pelbagai pihak, termasuk ahli akar umbi dan pemimpin parti itu. Rujuk Sini

Lebih menarik lagi, undi Zairil Khir Johari dan Vincent Wu yang didapati silap, kononnya yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi. Rujuk Sini

Sekarang Guan Eng sedang memainkan babak baru meraih simpati? Kononnya katanya dalam tempoh ROS MENAKLUKI DAP, pelbagai perkara boleh berlaku malah dalam setahun mereka tiada parti yang diibaratkan sebagai rumah.

“Kita tiada rumah, pemimpin tiada rumah, 150,000 ahli juga tiada rumah. Bagaimana kita hendak hidup, tidur dan mendapatkan perlindungan.

Kenapa Guan Eng becerita soal ROS takluki DAP? Atau sebenarnya sukar baginya mempertahankan legasi Guan Eng setelah pembabitan ROS dari penipuan kuncu-kuncu LGE sebelum ini dalam CEC DAP?

Ohh pengundi hantu boleh masuk ke CEC kali inikah?






Persekutuan Kristian Malaysia Kuat Kerana Agen Melumpuhkan Perpaduan Melayu

Bila keceluparan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) membidas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), agensi kerajaan yang dituduhnya sebagai keterlaluan mempertahankan nama Allah daripada dipakai oleh bukan Islam di negara ini. Tiada dikalangan melayu islam PAS dan PKR tampil mempertahan JAKIM yang bertanggungjawap menjaga kesetabilan agama islam negara ini.

Kegairahan Pengerusi CFM, Rev Dr Eu Hong Seng dilaporkan The Malaysian Insider hari ini merujuk terhadap satu khutbah Jumaat yang ditulis JAKIM yang disampaikan pada 6 September 2013 lalu.


“Kami merujuk kepada satu program televisyen iaitu tuduhan yang dilemparkan mengenai apa yang dipanggil plot Kristian untuk memurtadkan umat Islam, itu adalah tidak benar dan tidak berasas serta khutbah Jumaat rasmi ditulis Jakim yang disampaikan pada 6 September 2013 lalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dimanakah orang-orang melayu islam kita? Sehingga himpunan selamat khalimah Allah jam 8 pagi di Makamah Rayuan Putrajaya hari ini adalah hambar.

Adakah kita merelakan kemenangan CFM?









Monday, 9 September 2013

Asal Pendedahan Kisah Negatif India Semuanya Rasis

Inikah Malaysia tanah tumpah darahku? Semua perkara dipolitikan demi meraihkan keuntungan politik peribadi. Ini telah terbukti berkali-kali apabila semakin ramai dikalangan ahli politik dan profesional India semakin lancang menghembur kerajaan pelbagai tomahan, menyentuh ketidak adilan terhadap kaum india.

Kita boleh lihat keberlakangan ini kecenderungan mereka ini menyerang tindakan ops cantas untuk menumpaskan gengster-gengster yang bermaharajarela dengan pelbagai aktivi dagangan dadah, pelacuran dan rompakan. SALAHKAH PDRM BERTEGAS DEMI KESELAMATAN RAKYAT? Sebelum ini jika gengster atau penyamun, perompak dikalangan melayu tidak pernah dijadikan isu.

TERBARI, Inilah mainan politik dari Parlimen Batu gajah, V Sivakumar DAP berkata Polis diminta berlaku adil dengan mendedahkan semua nama ketua kongsi gelap dan tidak hanya mendedahkan nama ketua kongsi gelap di kalangan masyarakat India. Kerana india..

Dewasa ini jika ada membabitkan kaum india menjadi isu cukup sensetif seolah-olah rasis perkauman digambarkan mereka. Hakikatnya semua ini untuk kesejahteraan rakyat dan tidak perlulah dipolitikan walaupun membabit kaum manapun, asal bersalah dan ada bukti-bukti jelas pembabitan mereka wajarkah kita abaikan hanya semata menghormati sesuatu kaum?

Malah jika penjenayah bersenjata dan sanghup lakukan apa sahaja dari ditangkap, patutkan polis datang beri salam jamu teh sebelum tangkap?


Sunday, 8 September 2013

Rakyat Indonisia Turut Berdoa Rayuan Khalimah Allah Makamah Malaysia


Permohonan Majalah Herald - The Catholic Weekly untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam terbitan majalah versi Bahasa Melayu merupakan agenda tersirat pihak missionary kristian mengikis syiar Islam di Malaysia.

Ketagihan tersebut nyata melanggar ketetapan Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan Islam adalah Agama Rasmi Malaysia sekaligus mencabar kesabaran umat Islam.

Taktik dan strategi missionary kristian ini yang telah berjaya dilakukan di negara jiran kita; Indonesia dan kini secara halus ia cuba dilakukan di Malaysia.

PERTAMA, di Indonesia umat Islam di sana DIBINGUNGKAN dan DIKELIRUKAN dengan penggunaan istilah-istilah bahasa Arab dan Islam oleh para missionary kristian seperti perkataan kalimah ‘ALLAH”, makmum, jemaah, doa, zikir, amal ibadat, sedekah jariah , ummat beragama, iman, rohaniyah, Ruhul kudus dan sebagainya.

Missionary kristian turut mengubah corak dakwah mereka dengan menukar waktu ibadah ‘Sunday Prayer’ kepada ‘Friday Prayer’ yang disebut sebagai ‘Ibadat Juma'atan’ yang sama waktunya seperti solat Jumaat bagi umat Islam. Mereka turut mengalun kitab bible dalam bahasa Arab bagi menarik minat pendengar. Ini bagi menunjukkan kepada umat Islam bahawa kristian juga adalah agama samawi (langit) dan diturunkan lebih awal kepada orang Arab. Jadi mengapa umat Islam tidak boleh menerima kristian kerana masing-masing menyembah “ALLAH”?

KEDUA, umat Islam sering DIDOKTRIN dengan dakyah dan idea LIBERALISME, KEBEBASAN serta HAK ASASI MANUSIA dalam setiap tindak-tanduk mereka. Golongan sasaran adalah para mahasiswa dan golongan masyarakat bawahan dengan tema kemiskinan rakyat, tekanan ekonomi dan kepincangan pemerintahan. Mereka sering diupah untuk berdemonstrasi dijalanan membuat kacau atau berwacana memprotes apajua dasar kerajaan.

KETIGA, ketika rakyat leka dengan rasa tidak puas hati membuak-buak kepada pemerintah, pada masa itulah mereka diperkenalkan dengan idea-idea kesaksamaan dan sama rata dimana hanya dengan idealisme ‘semua dapat merasai benda yang sama tanpa mengira status ras dan agama’ maka barulah akan wujud keadilan sosial. Hiburan-hiburan yang melampau digunakan untuk melalaikan umat Islam dari ibadah wajib mereka.

KEEMPAT, ketika rakyat tidak lagi mahu mendengar apajua kebaikan yang dilakukan pemerintah, ketika itulah jarum-jarum Kristianisasi mula memasuki dan merasuk rakyat kononnya pemerintahan Islam banyak membawa keburukan kepada rakyat dan negara. Kristian dipromosikan sebagai agama penyelamat. Sedangkan Islam sebagai agama yang banyak bawa bencana di dunia. Ketika ini idea Jesus Al Masih atau Mesiah Sang Penyelamat mula dicanangkan sebagai bagi menyelamatkan kegawatan ekonomi dan politik negara.

KELIMA, ketika keadaan rakyat yang semakin tertekan akibat kegawatan ekonomi, mereka kurang menghiraukan soal-soal agama, kepentingan bangsa mahupun kedaulatan negara. Ketika ini dakyah kristianisasi gereja akan memujuk rakyat dengan pelbagai bantuan wang, makanan, khidmat pendidikan dan aktiviti kemasyarakatan yang berselindung di sebalik pertubuhan-pertubuhan sosial dan parti-parti politik atas dasar ‘kepedulian bangsa’ dan ‘kebersamaan’. Dana asing ketika ini akan mencurah-curah masuk dan promosi khidmat masyarakat tersebut diberikan secara besar-besaran melalui pelbagai alternatif media.

Pihak missionary mendampingi golongan sasaran melalui kunjungan agen-agen mereka ke masjid, surau, pesantren dan rumah-rumah kebajikan antaranya melalui majlis berbuka puasa bersama, pemberian Al Quran, sumbangan kewangan dan barang keperluan kepada ketua-ketua kampung, anak-anak yatim serta ibu tunggal.

Para missionary kristian akan berpakaian dan berbicara sepertimana umat islam berpakaian dan berbicara, bahkan mereka semakin berani membaca ayat-ayat Quran dan hadis-hadis muktabar. Ketika ini ada segelintir umat Islam tersentuh dengan budi baik pihak ini dan menyokong apajua tindakan tersebut atas nama ‘kesatuan dan toleransi umat beragama’. Maka acara bersama seperti doa, solat dan ibadah puasa pelbagai agama dipromosikan dalam sesebuah acara. Idea-idea PLURALISME kian subur dan giat dicanangkan oleh tokoh-tokoh Islam sendiri.

KEENAM, apabila masyarakat muslim mula terhutang budi pada organisasi-organisasi gereja ini maka dakyah seterusnya adalah memesongkan iman seseorang muslim dengan cara mendapatkan pengakuan bahawa Islam adalah ajaran yang salah. Ketika ini apa jua berkaitan Islam, Nabi Muhammad, Al-Quran, Puasa, Zakat dan Haji dianggap sebagai ibadah sia-sia dan menyesatkan serta tidak diterima Jesus. Hati umat yang telah kotor dan keliru akibat sumber makanan haram yang diterima selama ini akan mudah dipengaruhi dakyah-dakyah kristian yang memujuk ini.

KETUJUH, apabila seseorang yang didakyahkan semakin keliru, terhutang budi dan mula meragui ajaran Islam, maka ketika ini mereka akan dipujuk rayu oleh beberapa pastor-pastor ternama yang boleh berbicara dan mengetahui selok belok Islam. Ketika ini acara brainwash atau cuci otak dilakukan secara agresif yang akan menyaksikan si individu atau kumpulan individu akan membuat ikrar untuk keluar dari Islam kerana tidak lagi yakin pada Islam. Ketika inilah PEMURTADAN secara sedar dan separa sedar berlaku.

KELAPAN, apabila diyakini seseorang individu atau kumpulan telah murtad maka acara seterusnya mereka akan dikristiankan oleh Ketua Pastor melalui upacara PEMBAPTISAN. Mereka dikehendaki meminum air ‘HOLY WATER’ atau upacara berendam di dalam air. Ketika itu iman Islam akan tercabut dan sahlah seseorang itu menjadi kristian dan kafir kepada Islam. Penganut Kristian baru ini seterusnya akan dilantik menjadi pastor-pastor yang akan menyebarkan lagi dakyah kristian terhadap umat Islam seterusnya.

Foto: Ibadah solat umat Islam ditiru untuk menggambarkan seolah-olah agama lain juga menyembah Allah dengan cara yang sama. Kononnya Islam telah mewarisi cara ibadah agama lain yang terlebih dahulu diturunkan ALLAH

Penyakit Gila Anwar Datang Bila Harapan Serangan Saraf UMNO Gagal


Kadang-kadang betul-betul simpati melihat Anwar mula mengila-gila mencari ruang melepaskan kekecewaannya dalam PRU13. Tapi apalah daya dia sendiri yerpaksa akui keputusan PRU13. Sekarang setelah kegagalan untuk berubdibg dengan UMNO, Anwar menjadi semakin menggilabtidak jetentuan punca.

Semuanya kerana PRU13 hanya DAP yang mendapat prestasi tinggi berbanding PKR dan PAS. Purata undi melayu memihak kepada Barisan Nasional. INI TERANG-TERANG MENUNJUK ORANG MELAYU TIDAK LAGI MEMPERCAYAI ANWAR! 

Sekarang Anwar amat berharap perperangan dalaman UMNO sahaja yang mampu menjatuhkan Datuk Sri Najib Razak. In Sya Allah itu tak akan berlaku sama sekali jadi teruskanlah melalak sendirian di kitab-kitab MalaysiaKunun tu...

Hakikatnya kesetiaan akar umbi UMNO tetap gah dan teguh demi A BA TA.