Saturday, 10 March 2012
Pecah Palak Mikir: Bila Orang Gila.... Bercakap
Pecah Palak Mikir: Bila Orang Gila.... Bercakap: Tuan Ibrahim hendak tutup Felda! Kononnya warga Felda tertindas! Menurutnya, seperti yang dijanjikan didalam buku jinggay, Pakatan Har...Baca selanjutnya
Pecah Palak Mikir: Dunia PR yang semakin kelam kerana DS Najib
Pecah Palak Mikir: Dunia PR yang semakin kelam kerana DS Najib: Bagaikan hujan batu menimpa kepala Anwar, hinggakan terduduk habis bala tentera Pakatan Rakyat. Semuanya angkara Datuk Sri Najib mengu... Baca Seterusnya
Pecah Palak Mikir: Beranikah Nik Aziz dan Anwar memohon maaf kerana g...
Pecah Palak Mikir: Beranikah Nik Aziz dan Anwar memohon maaf kerana g...: Kalau dah dari golongan puak-puak Pakatan Haram, mana boleh duduk diam apabila Datuk Sri Najib memohon maaf terhadap kelemahan dan kelalaia...Baca seterusnya
Najib! Terlampau Betul!
Alamak prestasi Datuk Sri Najib meningkat terlampau mendadak. Hinggakan menjatuhkan setiap orang yang iri hati kepadanya. Tampa perlu memfitnah dan berdebat Najid terus menampakan keyakinan di mata rakyat yang dahaga Tranformasi Kebajikan Rakyat tampa pilih bulu, tampa pilih kasih. Keikhlasan Najib bekerja untuk rakyat adalah pembuktian segala-galanya yang tak syak wasangka lagilah!! dialah calon paling layak/sesuai sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Tidak perlu hurai panjang-panjang tengok graf, sendiri nilaikan. Teruskan Datuk Sri, perdulikan Pakatan Biawak Hidup dengan dunia gelabah biawak mereka. Kami akan sokong sepenuhnya pejuangan UMNO-BN.
Bila Orang Gila.... Bercakap
Tuan Ibrahim hendak tutup Felda! Kononnya warga Felda tertindas! Menurutnya, seperti yang dijanjikan didalam buku jinggay, Pakatan Haram akan menutup Felda Plantation dan tanahnya akan diagih-agihnya kepada rakyat yang layak. Benarkah Pakatan Haram akan berbuat sedemikian, sedangkan Pakatan Haram telah jelas terbukti selalu mengkhianati rakyat dengan menyelewengkan tanah-tanah rakyat. Inilah gaya bila orang gila kuasa bercakap. Bukan penah teringat kepincangan Pakatan Haram dalam urusan pentabiran.
Bagaimana dengan pendedahan Raja Petra, Selangor yang kerugian 250juta akibat kehilangan 234 hektar tanah dibawah KHSB (rujuk). Adakah ini dapat dijadikan bukti Pakatan Haram layak mentabir dan mengagih-agihkan tanah Felda kepada rakyat. Buktikan dimana kelayakan Pakatan Haram untuk menterjemahkan Buku Jinggay sepertimana Datuk Seri menterjemahkan Tranformasi Kebajikan Rakyat.
Tuan Ibrahim sepatutnya membuktikan dahulu sejauh mana Ladang Rakyat bergerak, adakah sudah boleh dikatakan menyaingi kehebatan Felda, ataupun adakah menyamai 10% kemanjuan Felda. 1% pun belum tentu cecah. Jadi dimana kelayakan Ibrahim memberi jaminan segalanya akan berjalan lebih baik dari Felda.
Bagaimana rakyat boleh mendegar suara seorang munafik seperti Tuan Ibrahim yang menjadi pengikut tegar Anwar boleh yang menyebabkan Nik Aziz mengabaikan kata dua kepada Anwar samada saman atau tarik kenyataan dari WSJ. Bukankah Tuan Ibrahim juga pemegang amanah Majlis Syura Parti Adat Sosial untuk menggesa Anwar mengutamakan perjuangan yang lebih Islamic. Ohhh terlupa pula, namapun Parti Adat Sosial. Sudah Tukar Ka!! Patutlah Tuan Ibrahim boleh suka-suka untuk mengkhianati PAS.
Kelayakan Tuan Ibrahim hanya layak menjadi pecacai Anwar yang setia dan sedia menurut apa jua arahan dari masa ke semasa, tampa memperdulikan apa jua akibatnya walaupun kadang-kadang boleh menjejaskan akidah.
Tuan Ibrahim kalau benar-benar hebat buktikan melalui pentabiran mana-mana negeri jajahan PAS yang mempunyai kejayaan yang boleh dibanggakan PAS. Tuan Ibrahim boleh bercakap bermain persepsi apa sahaja untuk menipu rakyat, tapi penahkah membuktikan yang dia juga punyai intergriti untuk melakukan dengan lebih baik. Kalau hendak bercakap, budak-budak sekolah pun pandai.
Wah-wah!! Mengamuk Sakan Nampak
Adussss!!! Tergagap-gagap lagi laaa.. Si Khalib bila rakyat selangor sudah mengamuk beri tempoh 48 jam untuk membekukan segala kontrak syarikat yang didakwa penuh dengan penyelewengan dalam pembahagian tender kutip sampah.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr. Jacob George mengertak Khalib dengan Cassa akan berkempen siri ceramahnya di seluruh negeri itu bagi mendedahkan penyelewengan kontrak sampah yang mereka ada sejak dari tahun 2008 lagi.
Makin hari semakin banyak masalah timbul, semua angkara si bapa penyamun dengan si anak perompak. Anwar dan Izzah juga yg untung menyalurkan tender kepada kroni, Azmin juga boleh bergaya dengan kereta sportnya.
Semalam Cassa dah buat report kepada SPRM yang bakal menyaingi SELCAT yang lebih mengawal kepenting kroni dari menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat Selangor. Lepas ini kita setakat mana melalutnya akal kelentong puak-puak ini. Baca lanjut
Naik 7-13%, Makin Naik Biro Angkasa
Wah-wah kenaikan gaji hingga 7-13%, ramai yang tersenyum walaupun ada antara kakitangan yang tersenyum itu pro pembangkang. Ada dalam tersenyum kelegaan tapi mulut berkata tak cukup. Tidak kurang yang merintih masih terasa beban kerana potongan gaji dari Biro Angkasa mencecah 60% malah ada yang terlepas sampai 80%. Apa tak nya orang kita suka sangat berhutang tampa tujuan kerana nafsu. Maka masih ramai jugalah kakitangan yang tidak tahu kenang budi, tak tahu berterima kasih. Biasalah sendiri buat hal orang lain juga yang salah
Kelihatan juga Anwar dan pasitikus PR yang tidak lepas perluang tumpang berbangga, konon-kononnya semuanya kerana penat lelah usaha mereka,. Wahal PM bersusah-payah umum kajian semula gaji kakitangan awam sejak Oktober 2011 sampai ke pembentangan Bajet 2012 yang bertemakan Bajet rakyat.
Semasa semakan kenaikan dalam linkungan 7-13%, langsung tidak kedengaran suara-suara pembankang, yang ada hanya sabotaj apa sahaja PM lakukan. Manakala Harakah mengeluarkan kenyataan Malaysia di Ambang Krisis Hutang pada 8 Oktober 2011. Memandangkan PRU13 dah dekat, puak-puak prasitikus pandai pula mengaku ini semua hasil usaha mereka.
Semasa semakan kenaikan dalam linkungan 7-13%, langsung tidak kedengaran suara-suara pembankang, yang ada hanya sabotaj apa sahaja PM lakukan. Manakala Harakah mengeluarkan kenyataan Malaysia di Ambang Krisis Hutang pada 8 Oktober 2011. Memandangkan PRU13 dah dekat, puak-puak prasitikus pandai pula mengaku ini semua hasil usaha mereka.
Kakitangan awam jenis berhutang keliling pingang inilah paling mudah terpengaruh dengan dakyah Pakatan Haram. Akibatnya naiklah banyak mana pun, hutang makin tetap bertambah. Agak-agaknya mereka dah lupa dgn Hero Langgar Lari Tony Phua yang bercita-cita hendak kurangkan kaki-tangan awam. Apa nasib mereka kalau Pakatan Haram memerintah?
Apa-apapun tahniah kepada YA B PM, Datuk Omar Osman dan semua pihak yang terlibat atas pembatalan SBPA & penambahbaikan SSM dan kerajaan yang Menterjemahkannya ‘Belanjawan Transformasi untuk Semua Rakyat Malaysia’, sasaran Bajet 2012 ini adalah berusaha mencapai keseimbangan yang bakal memberikan kebaikan kepada pelbagai pihak. Beberapa aspek yang diberi keutamaan termasuklah janji kerajaan untuk memastikan terdapat keadilan sosial di samping mengukuhkan ekonomi bagi kesejahteraan jangka panjang untuk semua selaras dengan prinsip 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Harap pertikan huraian belanjawan tranformasi tidak terhad setakat itu sahaja, tapi lebih menyeluruh kepada golongan bukan kakitangan awam tidak makan hati kerana terpinggir.
Dah kena dah, Bapa Penyamun, Anak Perompak.
Ramai yang menyangka Ratu Twet Nurul Izzah selalu tidak melawat kawasan kerana sebok dengan tungasnya, Tugas merekacipta fitnah tahap PHD kepada UMNO-BN, supaya tercapai cita-cita bapanya yang kemaruk sangat hendak jadi PM.
Yang orang paling tak tersangka-sangka, Izzah juga paling sebok Mempengaruhi, Menentukan dan Mendesak MB Khalib untuk memberikan tender-tender dan kontrak-kontrak pasir bernilai ratusan juta ringgit kepada Kroni-Kroni Nurul Izzah. Semuanya bukan kecik-kecik anak dilahapnya. Biasalah siapa yang tak kenal bapa Anwar penyamun segala penyamun. Itulah yang didedahkan mymassa yang mengambil masa sehari dua ini untuk menyelongkar semula fail lama ini.
Ini rupanya fungsi SELCAT yang dinorbatkan PR, sebagai sistem pentabiran paling sempurna di Malaysia. Terbaik masuk poket la katakan. Adakah rakyat perlu berdiam diri sahaja dengan membiarkan Anwar dan anaknya meratap segala kekayaan dengan membiarkan rakyat Selangor dalam dilema hadapi segala jenis masalah pentabiran tempatan dari sampah, PKNS, penjaja kecil, perniaga kecil, air, bas, harta wakaf dan banyak lagi, yang hampir 4 tahun belum sedikitpun menampakan penyelesaian. Inilah penyamun dan perompak paling hebat dalam sejarah Malaysia. Cerita lanjut disini.
BOLEH DIPERCAYAKAH LAGI ULASAN NIK AZIZ
KOTA BHARU - Di sebalik desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat, Kelantan menegaskan tetap akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen meskipun tidak mendapat persetujuan rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR).
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pilihan raya asing tidak memberi manfaat politik yang besar kepada Kelantan selain menyumbang kepada pembaziran tenaga kerja.
“Biar apa pun keputusan dari Pakatan Rakyat, kita tetap melaksanakan pilihan raya bersama Pusat, kalau mereka (PR) nak bermesyuarat, itu terpulang,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu pagi ini.
Persoalannya bila jika pemimpin tertinggi PR mula bersidang membuat satu ketetapan untuk membubarkan DUN atau tidak pada Selasa ini, jika PRU13 menjelma.Adakah NIk Aziz akan teruskan apa yang diperkatakan atau terpaksa menurut apa yang dihendaki PKR dan DAP.
Bukankah Nik Aziz jenis selalu mudah beralah dengan auta Anwar. Tidak mustahil Nik Aziz akan melanggar lagi apa yang diucapkan. Bermakna alasan pilihan raya asing tidak memberi manfaat politik yang besar kepada Kelantan selain menyumbang kepada pembaziran tenaga kerja. Hanya tinggal sekadar alasan yang tak bermakna!! Ishhh boleh ke!! hendak diharapkan ucapan Nik Aziz kali ini. Sebab biasanya keengganan PKR dan DAP ada agenda tersembunyi dan amat payah untuk Nik Aziz mengelak, tambahan pula ayat-ayat cinta Anwar kan "Power"!!!
Friday, 9 March 2012
Pertanda PAS jadi Pecacai Di Putrajaya, Dah Ada
Kalau kita melihat sinopsis krisis PAS sekarang, sudah cukup kuat untuk memberi gambaran apa yang bakal berlaku jika Pakatan Haram menawan Putrajaya.
Pada asalnya Krisis dalaman pentadbiran PAS di Kedah berpunca daripada usaha terdesak perasit PAS pro Anwar untuk membawa Mat Sabu bertanding di negeri ini pada PRU13, yang sebelum ini Mat Sabu boleh diketegorikan sebagai calon yang tidak layak. Huhh panaz betul hati Mat Sabu yang menyandar jawatan Timbalan Presiden di letak dalam senarai calon reject. Mana ada negeri lain mahukan Mat Sabu, sikitpun mereka tidak hairan.
Sikap keras kepala Azizan mungkin membuat dia terlupa untuk mengenal pasti pengaruh Mat Sabu yang dibantu sepenuhnya oleh Anwar untuk merampas Jawatan Timbalan Presiden dari Nasaruddin Mat Isa. Azizan juga terlupa yang tindakannya boleh buat Anwar panas hati satu badan. Jika Mat Sabu tidak senarai maka rosaklah perancangan utama Anwar untuk menjajah keseluruhan PAS. Lagipun Anwar jenis menunjuk alim dumata rakyat tapi anti dengan golongan ulama di dalam PAS. Walaupun bergitu, Azizan masih dikekalkan sebagai MB kerana PRU13 terlampau dekat, dengan bersyarat duduk diatas sofa MB Kedah dan dengar apa kata juru pandu memberi arahan. Inilah MB boneka pertama dalam sejarah Malaysia. Ada Nik Aziz kisah!!! Walauapapun ada Pemandu bermakna ada perluang membawa Mat Sabu lagipun Phahrolrazi pasti akan membantu punya.
Prestasi PKR memang penah melonjak sebagai parti pembankang yang paling tinggi pengaruh sebelum ini, tapi sejak keberlakangan ini, prestasi PKR jatuh teruk kerana Rakyat makin ramai menunjukan perasaan curiga dengan perangai buruk Anwar makin menjadi-jadi sejak terlampau kemaruk bercita-cita menjadi PM.
Melihat situasi prestasi PKR merudum jatuh, hanya satu sahaja yang dapat menyelamat PKR, iaitu bukan lagi berkawan dengan PAS, tapi jajah keseluruhan struktur PAS. Memandangkan Nik Aziz jenis mudah dibelit-belitkan Anwar, kerana keinginan Nik Aziz merasa duduk di Putrajaya. Ini memudahkan kerja Anwar menyusup masuk kedalam keseluruhan struktur PAS tampa ada sesiapa boleh menghalang. Nik Aziz sudah beri pas VVIP untuk Anwar acuan semula PAS mengikut citarasa Anwar sendiri.
Walaupun hari demi hari dalam kearkaban antara mereka, banyak ketentuan Allah, lebih berat menunjukan keburukan Anwar, satu persatu dari isu liwat, Chinadoll, khalimah Allah, Mendukung keselamatan Israel dan banyak lagi, masih belum boleh menyedarkan Nik Aziz dari lamunan keindahan Putrajaya.
Walaupun ada 63 orang ulama serata dunia mengeluarkan fatwa tindakan Anwar Mendukung Keselamatan Israel dianggap sebagai Pengkhianat kepada islam, Allah dan Rasulnya. Itupun ditepikan Nik Aziz untuk penilaian semula perwatakan Anwar. Mungkin tahap Ulama Nik Aziz lebih tinggi berbanding 63 orang Ulama dari serata dunia, siapa tahukan.
Wahal semasa Nik Aziz dimalukan Anwar, yang tindak ambil kisah atas amaran kata dua Nik Aziz bersama Majlis Syura PAS, iaitu mendesak Anwar menggugurkan text Mendukung Keselamatan Israel di Wall Street Journal atau saman WSJ. Dimalukanpun masih tidak berganjak kepercayaannya. Adakah Nik Aziz lebih tertarik dengan bayangan mentabir Putrajaya hinggakan kabur biji mata.
Bermula dari inilah, Anwar sebebas-bebasnya boleh masuk mencorak struktur PAS dengan bantuan penasihat DAP. Siapa berani meninggi suara mencegah atau menghalang. Kalau ada yang berani mencuba macam Hassan Ali, pasti akibatnya dipecat dengan sehina-hinanya. Malah puak-puak PAS buat 1001 cerita keburukan Hassan Ali untuk menyedapkan keadaan dan menunjukan kepada rakyat yang PAS masih suci walaupun peristiwa ini telah menggambarkan PAS hanyalah Parti Adat Sosial. Nik Aziz masih tak kisah mungkin suka sangat dengan gelaran tersebut.
Mengulung segala krisis yang berlaku di dalam PAS, tidak akan terhenti setakat itu sahaja, malah akan terus-menerus merebak sehingga seluruh keanggotaan pemimpin PAS. Mana-mana yang membankang tampa dapat dikawal, akan digugurkan atau dipecat jika terpaksa. Dan jika Pakatan Haram dapat menawan Putrajaya sudah pasti kehadiran PAS dalam kerajaan baru tidak lebih dari percacai. Kalau dah jadi percacai alamatnya jangan diharap langsung soal negara islam soal Hudud. kerana PKR dan DAP mempunyai agenda lain yang bersangkut rapat dengan pengaruh Yahudi.
Jadi apa gunanya mengharapkan PAS jika sekadar semangat sahaja kuat tapi pendirian mudah tergugat dengan habuan.
Wednesday, 7 March 2012
Sekali Kena, Baru Pandai Terasa
Ini kisah antara seorang OKU bernama Frusis dengan Datuk Mong Dagang dari Sri Aman, Sarawak. Apa yang hendak diceritakan bukan pasal soal tindakan betul atau salah kedua-dua pihak. Mari kita renung dari kemungkinan mata hati kedua-dua pihak
Kisahnya bermula apabila Frusis seorang OKU yang memang mendapat bantuan kebajikan dan pertanian daripada kerajaan berbanding orang lain selama ini, yang berupa baja, benih pokok, mesin pemotong rumput, peralatan jentera ladang, racun serangga dan bahan pembinaan stor racun menerusi Projek Diamond Longan, Fruit Farm Rehad, Farm Unit, SBPKP dan ACDA daripada pihak Jabatan Pertanian dari tahun 2002 hingga 2011.
Malah Frusis juga turut mendapat pelbagai jenis bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mulai bulan Julai 1982 sebelum ia dihentikan pada Oktober 2011. Fuh lama tu. Kalau dicongak besar bantuan diberi kepadanya. Wahal Frusis cuma mengalami kecacatan kudung tangan di bahagian jari dan kaki dipercayai mempunyai keupayaan untuk hidup seperti individu normal, termasuk bermain bola sepak, bercucuk tanam, menunggang motosikal, memandu kereta, memanjat pokok malah membina pondok. Itulah cerita dari Datuk Wong Dagang
Kemudian datang PRN Sarawak pada 2011. Frusis mungkin terlupa!! Terlupa tu maknanya tak sengaja laakan.... Yang kerajaan Sarawak selama ini bergitu prihatin untuk membantu orang OKU sepertinya. Bila dengan tidak sengaja Frusis terlupa, Frusis telah membenarkan rumahnya dijadikan markas gerakan sempena Frusis menjadi penyokong tegar pembangkang dengan rumahnya menjadi markas gerakan calon pembangkang dan simpanan bahan kempen pembangkang pada Pilihan Raya Negeri Ke-10, tahun lalu. Itupun bukan sengaja kerana kemungkinan matanya keliru rupa bentuk bendera BN dgn bendera PKR atau DAP. Siapa tahu bukan!!
Bila masuk 8/12/2011 Datuk Mong Dagang pula yang mungkin terlupa. Adus!! terlupa yang Frusis patut diberi bantuan lebih panjang lagi, kalau boleh seumur hidup. Ishh patut ke macam tu, hendak beri bantuan seumur hidup. Bila sudah terlupa maka keluarlah surat pembehentian bantuan yang lebih 29 tahun dengan serta-merta.
Apa lagi SEKALI TERKENA BARU TERASA BUKAN!! dibuatnya Frusis, yelaah... Salah ke dia menyokong pembankang kerana negara ini amalkan demokrasi betul juga kata Frusis tu. dan Datuk mong Dagang juga berkata juga yang diapun mengamalkan demokrasi memberi kepada yang layak. Pun betul juga kata Datuk Mong Dagang kalau mereka buat berdasar penilaian semasa mungkin berbeza keputusannya. Tak tahu laaa pulak... Kriteria bagaimana digunakan pakai untuk pernilaian kelayakan menerima bantuan. Jadi sama-sama terlupa dan sama-sama demokrasi laaaa kan.
Lagipun kalau difikir-fikirkan dah 29 tahun bantuan telah diberi kepada Frusis masih juga tidak ada rasa berterima kasih susahlah, yelaa kalau kita sahaja nak orang ingatkan kita, tampa penah ada rasa terhutang budi kepada orang yang mengingat kita, memang susah cakap laaa. Kedua-dua sama-sama manusia, masing-masing ada perasaan dan harapan.
Rasa-rasanya siapa yang memulakan sifat berprikemanusian kalau Frusis hendak bercakap soal prikemanusian.
Bercakap soal tidak manis menteri muda bertindak sedemikian, adakah manis kepada orang yang menerima bantuan selama 29 tahun, terang-terang menunjukan perasaan tidak puas hati dan perasaan BN patut ditukar dengan membenarkan rumah dijadikan markas gerakan. Sebenarnya siapa mula terang-terangan menunjukan rasa tidak puas hati!. Soalnya maniskah seorang yang mendapat bantuan selama 29 tahun bertindak sedimikian.
Buat Frusis adakah berbaloi anda bertindak sedimikan rupa?
Bergitu Datuk Mong Dagang juga hendak ditanya juga. Adakah berbaloi tindakan anda sedikian untuk BN?
Kalau kita ingatkan orang, orang akan ingatkan kita itu betul!!
Pemimpin berwibawa adalah pemimpin yang tidak penah pilih kasih untuk berbakti. Itupun betul juga!
Walau bagaimanapun dengar kata DAP akan beri bantuan ganti kepada Frusis. Kira oklah tu. Rezeki jatuh keriba tapi adakah boleh bertahan sampai 29 tahun atau lebih.
Hendak dituduh siapa yang salahpun tak pandai kerana kedua-duanya ada hak mengambil tindakan melalui penilaian masing-masing. Jika kita yang memperhatikan, fikir-fikirlah...............Pecah Palak Mikir
SELCAT TIN KOSONG BERKARAT
Alahai dah dekat-dekat PRU13, Punaisihat Ekonomi Selangor yang konon gaji RM1, tapi komisen ????? siapa tahukan, dah mula naik bengong memikirkan MB Khalib dengan tergagap-gagap mengisytiharkan duit Yayasan Selangor sebanyak RM1,414,346 habis tampa sebarang pulangan. Hairan betul pada hal diberlanjakan berdasarkan sistem terbaik yang penah dicipta Pakatan Haram selama ini, iaitu sistem SELCAT. Hairan betul macammana fungsi sistem Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT). Adakah kehebatan SELCAT yang dicanang serata Malaysia selama ini hanyalah Tin Kosong Makin Berkarat Mereput. Mari kita selak satu persatu apa benda yang SELCAT niii.
- Kerana kehebatan sistem SELCAT, Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah membatalkan menghadiri majlis jamuan tengahari semperna 40 tahun Yayasan Selangor kerana kosnya mak datuk!!! RM396,370. Pehhh!!!! yang peliknya Khalib tak tahupun diberlanja sebanyak tu, Dalam sistem SELCAT ada perkataan "Tak Tahu" hebat tu, akhirnya ada Timbalan dijadikan sebagai kambing hitam dibuang kerja, selamat tengkuk MB Khalib.
- Melalui sistem SELCAT 3 lagi majlis haru-biru, majlis berbuka puasa di Dewan Sivik MBPJ pada 21 Ogos 2010, di hentam sampai kos RM167,400, kemudian majlis jamuan Aidilfitri pada 4 Oktober 2010 dibantai sebanyak RM 330, 476 dan RM 44,452 untuk majlis korban perdana. Memang betul berjimat cermat kerajaan Selangor. Jimat makan keliling la katakan.
- Tapi ada yang lumayan lagi kerana kecekapan sistem SELCAT, RPK laporkan kehilangan tanah seluas 234ha bernilai RM250 juta milik Kumpulan Hartanah Selangor Bhd(KHSB).
- Dari kecekapan sistem SELCAT RPK dedah lagi Azmin kutip duit pasir.
- Dari kecekapan sistem SELCAT juga harga pasir boleh dibeli oleh kroni dengan harga di bawah pasaran.
- Dengar kata SELCAT juga untuk menyelia janji PRU12 tapi cuba kita tengok balik betul ke tertunai.
- SELCAT boleh mengawal harta benda kerajaan Selangor, betul ke. Abis apa dah jadi dengan bagunan PKNS dengar macam nak tergadai je dan bagaimana dengan kecurian pasir di Selangor, patut ke Khalib tak tahu. Kira ok jugalah dalam tak tahu dapat bonus 6 bulan, tapi kalau tahu, mahu setahun bonus tu.
- SELCAT juga dikatakan digunakan untuk mendedah segala kepincangan dan penyelewengan dalam kerajaan, tapi heran betul pasal apa isu pasir tak boleh dibahas dan dibangkitkan oleh ADUN. Hairan-hairan betul macammana tiba-tiba Kerajaan Selangor sekarang boleh jadi kebal pulak.
- SELCAT dengan Tin Kosong Yang Berkarat tak ada beza sebab keduanya sesuai masuk kawasan pelupusan sampah yang bersepah-sepah diserata ceruk Selangor. Sebab dulu Alam Flora punyalah bagus mengurus pelupusan sampah, tapi sebab sifat MB bodoh sombong ingat senang urus sampah serata ceruk Selangor, akhirnya bersepah-sepah sampai berbulan tidak kutip pun ada. PAS juga jadi pecacai pencuci sampah bila terdengar ada TV3 nak datang. Hairan betul SELCAT takda fungsi langsung dalam masalah ini. atau SELCAT sekadar berkisar kepada untung jual pasir.
Kalau ikut fungsi sebenar SELCAT untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang apa yang berlaku di sebalik tabir sebuah pemerintahan negeri terutama dalam hal berkaitan kewangan dan harta yang sepatutnya sampai dan disalurkan kepada rakyat setempat. Seterusnya SELCAT dapat mempertahankan hak rakyat dalam soal perbelanjaan dan peruntukan yang disalurkan. Jadi sekarang sebaliknya berlaku, atau sebenarnya SELCAT untuk pentabiran cekap menyumbat habuan buat kroni ke!!!! atau mencari peluang-peluang baru buat kroni. Alahai Tin Kosong Karat Mereput kasi tukar!! kasi tukar!! bila PRU13. Buang masadepan betul!!
Tuesday, 6 March 2012
Keberanian TDM yang tak mungkin dilakukan Anwar atau Nik Aziz
KISAH BENAR !!! KEBIJAKSANAAN SEORANG SUAMI dan PERNGORBANAN SEORANG ISTERI
Tun Dr.Mahathir Mohamad pernah menghantar isterinya , Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali ke Iraq ketika perang teluk 1990-1991. TDS.Hasmah yakin dengan perjuangan suaminya yang tercinta dan redha dengan apa jua bakal ketentuan Allah, lalu bersetuju untuk menghantar bantuan makanan ke Iraq yang sedang mengalami sekatan bantuan dari negara luar oleh Amerika. Pada masa itu Amerika tidak membenarkan mana-mana pesawat mendarat di lapangan terbang Iraq. Ketika pesawat yang dinaiki TDS.Hasmah tiba di udara Iraq, memang benar-benar tidak diberi keizinan mendarat oleh Amerika. Ketika itu dengan kebijaksanaan TD Mahathir terus menalifon President Amerika George Bush, mengatakan isterinya berada di dalam pesawat tersebut, dan masih berlegaran di ruang udara Iraq tampa kebenaran mendarat. Jika keadaan ini terus dibiar berlanjutan, pesawat tersebut bakal kehabisan minyak dan terhempas.
Memandangkan pengaruh TD.Mahathir terhadap negara-negara islam serata dunia, George Bush akan berfikir panjang untuk mengambil resiko hingga menyebabkan pesawat itu terhempas. Kerana dengan pengaruh TD Mahathir masa itu sesuatu resiko luar jangkaan mungkin akan ditangung oleh Amerika. Akhirnya George Bush tidak berani mengambil resiko dan membenarkan pesawat itu mendarat. TDS Hasmah selamat tiba di lapangan terbang Iraq dan berjaya menyampaikan bantuan makanan kepada rakyat Iraq.
Tiada lapuran media untuk ini kerana Tun buat semata-mata perjuangan mengukuhkan Islam di dunia. Keikhlasan tampa diketahui rakyat, membuktikan Tun seorang perjuang islam tulen, bukan macam Anwar bukan macam Nik Aziz yang nak berjuang semua mesti dinyatakan walaupun kebanyakan setakat bunyi je lebih tapi apapun tak ada. Biarlah orang menghina mencaci Tun Dr Mahathir sebagaimana rupapun, Tun sampai sekarang masih memperjuangkan nasib umat islam tampa sempadan dan waktu. Tun tak perlu penghormatan tapi dialah lagenda yang masih kuat bekerja di tanah air tercinta ini.
Tun juga memahami wujudnya pembangkang dalam sistem pentabiran negara, tapi biasalah pembangkang negara ini sekadar macam majalah gosip artis, cakap melambung-lambung tapi penahnya tertunaipun. BOLEH KE ANWAR MAHUPUN NIK AZIZ ATAU MANA-MANA PEMIMPIN DI NEGARA INI, SEBERANI TUN. Sesiapapun sama ada memuji atau mencaci Tun, mereka tetap harus berterima kasih kepada Tun yang telah banyak merubah langskap kemajuan negara ini tampa meminggirkan kepentingan semua kaum dan agama. Kerana apa yang kita nikmati selama ini adalah sebagian dari Tun yang meneruskan legasi pentabiran kegemilangan UMNO BN.
pst-- SEBAB ITU PAKATAN HARAM CUBA MEMADAM KEGEMILAGAN LEGASI UMNO-BN
pst-- SEBAB ITU PAKATAN HARAM CUBA MEMADAM KEGEMILAGAN LEGASI UMNO-BN
Parasit PAS Sembunyikan Fatwa 63 Ulama Demi Anwar
PAS masih juga mencari helah demi helah untuk menyerang UMNO demi untuk melindungi Anwar dari dipersoalkan rakyat tentang kenyataan Mendukung Keselamatan Israel di Wall Street Journal. Perasit Tuan Ibrahim cuba mengalih perhatian rakyat dengan mengaitkan surat Tun Dr Mahathir konon menyokong Israel.
Ceritanya mudah, sebenar Tuan Ibrahim sedar isu kata dua yang disuarakan Nik Aziz dan majlis syura PAS kepada Anwar iaitu samada menarik kenyataan di WSJ atau menyaman WSJ, yang langsung tidak diambil endah oleh Anwar. Malah Nik Aziz dilihat bergitu mudah termakan hujah auta Anwar tentang pandangan Hamas dan Fatah. Malah Anwar sebelum itu juga telah menyiarkan gambar pertemuannya dengan Hamas dan Dr. Yusof al-Qaradawi, kononnya kedua-duanya faham akan apa yang sampaikan Anwar. Kononnya kenyataan Anwar itu tak ada salah-silapnya.
Tiba-tiba Nasaruddin Mat Isa yang juga pengerusi Yayasan al-Quds Malaysia, tampil mengatakan seramai 63 ulama telah mengeluarkan fatwa kepada mana-mana umat islam yang mengeluar kenyataan menyokong Yahudi atau mengiktiraf keujudan Israel, adalah pengkhianat kepada islam, pengkhianat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasulnya. antara ulasan Nasaruddin "Tidak boleh sama sekali, satu inci pun tanah Palestin itu diberikan kepada Yahudi, tidak ada mana-mana individu, mana-mana organisasi, boleh membenarkan taanah Palestin ini diberikan kepada Yahudi kerana inilah sebahagian darpada perjuangan yang berkaitan dengan akidah". Antara 63 ulama tersebut adalah Dr. Yusof al-Qaradawi. Nasaruddin juga telah bertemu dengan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Kuwait, turut menyatakan tanda kesal keatas kenyataan Anwar yang mendukung keselamatan Israel. Dari pertemuan tersebut, membuktikan yang Anwar telah menipu rakyat dengan mengatakan kenyataan Anwar tersebut, telah mendapat sokongan Hamas dan Sheikh Dr. Yusof al-Qaradawi.
Dari situ Anwar terperangkap dengan satu lagi tekanan yang menunjukan dia benar-benar menyokong Yahudi. Apatah datang pula Raja Petra Kamarudin mendedahkan Anwar memerlukan dana 600juta untuk PRU13, menyebabkan rakyat lebih yakin mengatakan Anwar terdesak hingga terpaksa mengambil resiko mengeluarkan kenyataan Mendukung Keselamatan Israel kerana dana buat PRU13. Inilah kenyataan pembuktian kesetian Anwar kepada Yahudi.
Hakikatnya Yahudi memang secara senyap-senyap memberi sokongan kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sepertimana yang telah berlaku di negara-negara Arab, Anwar dengan kerjasama Yahudi menghidupkan gerakan NGO untuk menghasut rakyat dengan memburukkan kerajaan, untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Anwar juga didedahkan oleh banyak pihak tentang sifat anti ulama hinggakan bekerja keras mencari helah dan cipta krisis dan gerakan jentera menjatuhkan mana-mana golongan ulama didalam PAS yang bercanggah dengan matalamatnya, seperti Hassan Ali malah Nasaruddin juga dilihat dalam keadaan bahaya. Buat krisis kerajaan negeri Kedah juga melibatkan sentuhan khianat Anwar secara halus untuk mengantikan semua keanggotaan tertinggi dengan perasit-perasit yang boleh menghalalkan apa sahaja yang bakal anwar corakan kepada negara ini mengikut arahanan halus dari sekutunya Yahudi. Tak mustahil Nik Aziz juga akan disingkir jika melawan arus atau berpatah arang dengan Anwar di satu masa nanti.
Kenyataan Tuan Ibrahim di Haramkah yang cuba mengaitkan Tun Dr Mahathir dengan mengiktirafkan Israel, sebenarnya lebih bersifat mengalih perhatian rakyat demi kesetiannya kepada Anwar, dan sebagai langkah terdesak untuk menutup penghinaan dilakukan Anwar yang tidak menghormati langsung kata dua Nik Aziz dan majlis syura PAS. Dari sini, apa jua kenyataan dari PAS tentang Israel patut disangkal rakyat, patut diwas-waskan oleh rakyat, kerana jelas sekarang PAS banyak mainkan wayang-wayang sendiwara demi agenda parasit-parasit dalam PAS yang mengharapkan sesuatu dari Anwar dan bayangan nafsu pemimpin PAS dari bayangan kenikmatan Putrajaya.
Sunday, 4 March 2012
Beranikah Nik Aziz dan Anwar memohon maaf kerana gagal.
Kalau dah dari golongan puak-puak Pakatan Haram, mana boleh duduk diam apabila Datuk Sri Najib memohon maaf terhadap kelemahan dan kelalaian UMNO di bawah petadbiran lalu. Maka mulalah serangan bertubi-tubi terhadap DSN kononnya PAS dulu betul la, kalau tak ada PKR hal ini tak berlaku la.
Puak-puak Pakatan Haram bukan penah perduli akan keikhlasan DSN kerana kerja mereka tukang cari salah tapi diberi perluang bertanggungjawap langsung tak mampu memikulnya. Adakah mereka berani memohon maaf keatas kegagalan mereka.
- Cuba kita cabar Nik Aziz adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana gagal menguruskan masalah air yang dah sama warna dengan tanah merah dekat Kelantan,
- Cuba kita cabar Nik Aziz adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana gagal menyelesaikan isu Ladang Rakyat hinggakan memkayakan tokey-tokey cina dan rakyat kelantan pula kehilangan tanah.
- Cuba kita cabar Nik Aziz adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana gagal menyelesaikan masalah infrastruktur pembangunan Kelantan dan rumah rakyat Kelantan.
- Cuba kita cabar Nik Aziz adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana gagal mendesak Anwar menyaman WSJ atau mendesak Anwar tarik kenyataan Mendukung Keselamatan Israel dari Wall Street Journal.
- Cuba kita cabar Nik Aziz adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana gagal mempertahankan khalimah Allah dari disalah guna oleh gereja.
- Cuba kita cabar PAS berani tak mereka memohon maaf kepada keluarga mangsa Memali yang terkorban kerana “Amanat Hadi 1981” mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai bercanggah dengan Islam dan “KAFIR” adalah salah dan diganti dengan “Amanat Hadi 2003” mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai cukup Islamik dan akan didokong jadi apa nasib pengorbanan mereka hingga ada yang terkorban.
- Cuba kita cabar Nik Aziz adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana gagal menunaikan janji-janji PRU12.
- Cuba kita cabar Nik Aziz adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana gagal memujuk sekutunya DAP melaksanakan Negara Islam dan Hudud. Hinggakan hudud digugurkan dari menjadi satu agenda dalam buku Jingay
- Cuba kita cabar Anwar adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana gagal menunaikan janji-janji PRU12 kepada rakyat selangor.
- Cuba kita cabar Anwar adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana tersalah lapor kenyataan Mendukung Keselamatan Israel di WSJ.
- Cuba kita cabar Anwar adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana gagal mempertahan berapa banyak tanah melayu Pulau Pinang dirampas Lim Guan Eng.
Kalau nak dicerita tentang kegagalan PAS, kegagalan PKR dan kegagalan DAP boleh karang buku setebal lebih dari 20 inci. Tapi tak ada satupun pemimpin mereka berani memohon maaf kerana kegagalan mereka menunaikan tanggungjawap kepada rakyat. Kita bertuah kerana PM kita sekarang sanggup merendah diri, mengaku salah dan memperbaiki setiap sudut dari pandangan pelbagai pihak yang bermacam rentak bunyinya. Apapun jua Datuk Sri Najib tetap bertenang, bersabar, merancang dan berusaha bersungguh-sungguh demi tranformasi kepada rakyat.
Secupak cukup untuk Negara Kebajikan
Kehadiran Najib di Kelantan, menyebabkan PAS Kelantan semakin terdesak dengan pengharapan yang dijanjikan Najib kepada Rakyat kelantan.
Bila bercakap soal kemiskinan, pemimpin PAS bukannya hendak berfikir bagaimana hendak menunaikan masalah ekonomi Kelantan yang makin tersasar, malah hendak membuat janji baru kepada rakyat Kelantan pun tak berani sebab mereka tahu janji-janji mereka dahulu belum tertunai sampai sekarang.
Jadi bermulalah kempen konsep Negara Kebajikan baru PAS, iaitu Kempen bersyukur dengan kemiskinan dan kedaifan yang ada atau bersyukur asal ada melayu kaya senang lenang biar kita miskin melarat. Rancangan mereka untuk memujuk rakyat dengan cara bertentangan dari Najib, sebab mereka sendiri pun tahu yang mereka tak mungkin dapat menyaingi tranformasi BN yang dibawa oleh Najib. Inilah agenda yang cuba diserapkan kepada rakyat Kelantan supaya tetap setia menjadi mangsa PAS. Sejak bila Islam mengajar kita mencari pemimpin yang pandai mengajar rakyat percaya kepada rezeki secupak tak akan menjadi segantang, Antara isu diketengahkan mereka.
- Negeri Kelantan miskin tapi tiket bola termahal di Malaysia dan stadium sentiasa penuh- Agak-agaknya ticket bola itu boleh selesaikan masalah jurang kemiskinan di Kelantan ke!!
- Keuntungan TESKO di Kelantan tertinggi di Malaysia- Pemilik TESKO tu siapa, sejak bila orang PAS pandai sokong syarikat berasal dari Yahudi dan apa kena mengena dengan mengurangkan jurang kemiskinan Kelantan
- Setiap 10 biji rumah banglo di Kelantan, hanya satu milik orang cina, yang lain semua melayu. Persoalannya sekarang berapa ratus ribu jumlah rumah banglo yang terdapat di Kelantan dan berani ke mereka dedahkan berapa banyak rumah yang dah macam reban ayam tidak dibela PAS, Berapa ramai rakyat yang sukar mendapat rumah kos rendah di Kelantan. Yang paling pasti orang cina lah paling kaya dalam setiap kampung di Kelantan
- Membezakan harga nasi ayam antara tiga kedai di tiga lokasi yang berbeza status. Kononnya nasi ayam di Kota Baharu harga RM4.50 berbanding di Bangi RM5.50. Alahai seringgit saja ke yang murahnya, Ingatkan nasi ayam kat Kelantan RM2.50. Tapi kalau nak bandingkan harga dekat Airport apa mewah sangat ke kedai kat Kelantan sampai nak bandingkan dengan Airport.
- Rakyat kelantan miskin tapi rakyat mampu pakai emas sampai ke siku, Berapa orang sangat yang pakai emas ke siku, boleh ke orang PAS beri jumlahnya. PAS tidak mahu menjawap ke berapa ramai terpaksa merantau meninggal anak-bini kerana Kelantan tak ada sumber yang dapat memberi pendapatan. Bila dah terlampau ramai yang merantau meninggalkan anak-bini, dan kebetulan pula kes ibu tunggal paling banyak di Malaysia pula tu. Apa PAS tak buat kajian ke kenapa ramai ibu terpaksa menjadi tunggal.
- Orang kelantan berbangga rakyatnya orang bijak. Kalau ada sejuta orang bijak di Kelantan tapi dapat pemimpin dalam ketegori bijak-bijak bodoh atau ada jenis bodoh sombongpun tak berguna juga.
- Pasal Ladang Rakyat yang hasilnya dimakan sedap-sedap tokey cina tak pula berani kecoh-kecoh.
- Pasal air dah nak sama dengan tanah merah tu, rahmat kerana bodoh sombong PAS yang mengaku bijak mengatur tapi bila nak kerjakan masih hilang arah punca dekat mana hendak dimulakan.
- Masalah kemudahan asas jangan ditanya langsung sebab semuanya makin tak terjaga.
Itulah yang PAS cuba-cuba pujuk rakyat Kelantan bersyukur hidup dalam kedaifan, yelah hidup di duniakan sementara. Jadi biarlah rakyat kelantan hanya berbangga dengan kroni terpilih PAS sahaja yang kaya-raya. . Rakyat Kelantan kalau dah penat dapat pemimpin yang pandai buat kelentong selama 22 tahun, elok-eloklah beri perluang buat Najib sepengal kerana "Di bawah kerajaan BN, InsyaAllah jika diberi mandat nanti, kita jamin maslah air selesai, kita jamin masalah Ladang Rakyat selesai, kita akan jamin kemudahan asas selesai, kita jamin perumahan rakyat akan kita laksanakan" kata Najib. Nik Aziz hanyalah seorang yang pandai bercakap tapi tak tahu bagaimana hendak bertanggungjawap menjalankan amanah rakyat.
ACU TEST SEPENGGAL