Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 5 January 2013

Video BiaDap " Bapak Agong Pun Tidak Boleh Nak Buat Buat Apa "

Inilah bila pecacai biadap yang terlampau berpolitik hingga institusi rajapun menjadi bahan mainan politik. 

Sudah hilang jati diri melayu sudah lupa asal usul diri. Inilah jenis-jenis perosak bangsa..

saksikan apa situasi yang sebenar yang sedang berlaku dikalangan masyarakat kita? 

Ikuti video ini .....

Lim Guan Eng Apa Dah Jadi Sama Lu 1800 Orang Cerca Merba

Wadus!! Semakin cerca merba sama lu Lim Guan Eng. Inikah setakat yang ada sebagai  penyandar Setiausaha Agung DAP ..... Lim Guan Eng Apa Dah Jadi Sama Lu 1800 Orang Cerca Merba

"Saya menerima berita mengenai kesilapan kiraan undi ini kira-kira dua hari selepas kongres dan atas rasa tanggungjawab, kami tetap mengumumkan kembali keputusannya walaupun parti akan mendapat kesan negatif
"Saya sendiri tidak faham bagaimana ia (pengiraan undi) boleh jadi begitu," kata beliau kepada media selepas menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Lim Guan Eng.
Wadus! Ini sahaja yang mampu dijawap Lim Guan Eng Apa Dah Jadi Sama Lu ....? 

Rakyat boleh mempertikaikan ketelusan DAP yang mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan pemilihan jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu selepas masuk 3 minggu pemilihan berlangsung. Isu ini amat pelik kerana kesilapan hanya membabitkan dua pemimpin dan bukan kesemua calon yang terlibat dalam pemilihan berkenaan. Hairan betul macam ada niat yang tersirat setelah rakyat mempertikaikan apa nasib wakil melayu dalam DAP?
 
Sebab itu menjadi lebih luar biasa bila hanya melibatkan seorang Melayu, dan kerana kesilapan ini, dia (Zairil Khir Johari) dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Pusat DAP. Jelas ternampak tangan hitam cuba mengubah persepsi DAP berasaskan kaum Tionghua

Semasa pemilihan jawatan CEC pada Dis lalu dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20. Manakala Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana tiba-tiba parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.

Lim Guan Eng Apa Dah Jadi Sama Lu dan dimana letaknya kewibawaan DAP untuk mentadbir negara ini dan membela nasib 28 juta rakyat, wahal hendak urus pemilihan jawatan dalam parti yang hanya membabitkan 1,800 anggotapun, sudah cerca merba hingga tidak dapat diuruskan dengan cekap, amanah dan telus.

Lim Guan Eng Apa Dah Jadi Sama Lu 1800 Orang Cerca Merba .... 


Nik Aziz Percayakan Lim Guan Eng Mengjaga Khalimah Allah .......?


PecahPalakMikir sedar ramai sangat cai-cai Pakatan Haram bergitu anti dengan penulisan tokoh ini. Tetapi pada PPM beliau berani walaupun mendapat cemuh cai-cai yang benci bila kemungkaran Pakatan haram didedahkan satu demi satu. Sebab itu PPm tidak pernah kesah dan selagi mampu Insya Allah selagi tu tangan PPM akan bantu selagi terdaya demi Agama Bangsa dan Negara. Teruskan Dr Mashitah teruskan perjuangan mu.

Agenda di sebalik gesaan LGE
DR MASHITAH IBRAHIM
4 Januari 2013 Sinar Harian
Kalimah ALLAH bagi orang Islam merujuk kepada ALLAH Yang Maha Esa. Sama sekali tidak sama dengan “Tuhan Bapa” yang merupakan salah satu oknum akidah trinity agama Kristian. Kalimah ALLAH Lafz al-Jalalah adalah khusus mutlak agama Islam dengan mafhum yang berbeza dengan agama Kristian. Kalimah ALLAH yang hendak digunakan oleh Kristian bersifat taslis dan syirik. Tetapi kalimah ALLAH bagi Islam bersifat tauhid.

Kalimah ALLAH tidak pernah disebut dalam teks bahasa Greek dan bahasa asal Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Bible). Dalam bahasa Greek, tuhan ialah ‘Theos’ manakala bahasa Hebrew/Ibrani (bahasa asal Kitab Taurat) memakai El, Eloh, Elohim dan Yhwh untuk tuhan. Ismu ALLAH tidak pernah diguna pakai oleh mana-mana mazhab Kristian kecuali Koptik yang dianuti orang Arab. Aliran utama Kristian seperti Katolik, Protestan, Lutheran, Methodist dan Jehovah Witness tidak pernah menggunakan Ismu ALLAH untuk Bible mereka.

Dalam Bible berbahasa Inggeris, tuhan disebut sebagai God, dan bukan ALLAH.

Justeru, atas dasar apa Setiausaha Agung DAP mendesak supaya kalimah ALLAH dibenar digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu dalam perutusan Hari Natalnya? Penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible bahasa Melayu akan menyebabkan kekeliruan berlaku sekali gus membenarkan pluralisme agama, yang mendakwa semua agama adalah sama. Disebut pada ayat 6 Surah Al-Kafirun yang bermaksud, “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.” Ayat ini jelas menolak dakwaan bahawa semua agama adalah sama. 

Perhatikan ayat ini, sekiranya perkataan ALLAH digunakan dalam Bible bahasa Melayu: “Engkau adalah Messiah anak ALLAH yang hidup.” (Matius 16:16). Lihat pula maksud ayat ini dalam al-Quran: “Dia (ALLAH) tiada beranak dan Dia (ALLAH) pula tidak diperanakkan.” (Surah Al-Ikhlas: 3). Adakah sama maknanya? Adakah sama maksud penggunaannya?

Kalimah ALLAH merupakan kata nama khas daripada bahasa Arab yang tidak boleh digunakan dalam bentuk atau makna lain. Dari segi nahu dan makna, kalimah ALLAH tidak boleh diumumkan, dikecilkan, dilelakikan, diperempuankan, dibapakan mahupun diperanakkan, apatah lagi diterbitkan atas nama lain. Jika dikaji, banyak lagi contoh percanggahan makna dan maksud yang akan berlaku sekiranya kalimah suci ALLAH digunakan dalam Bible bahasa Melayu.

Desakan Lim Guan Eng ditentang banyak pihak, termasuk para ulama, NGO Islam dan parti politik. Perkara ini juga sudah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 – 7 Mei 2008: Kalimah ALLAH tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Apa lagi yang tidak difahami Lim Guan Eng?

Sebagai orang Islam, kita wajib menentang hasrat ini demi menyelamatkan akidah umat Islam. Agenda beliau mungkin sama dengan apa yang disebut oleh The People of the Book, sebuah organisasi yang bergiat memurtadkan orang Islam.

Menurut mereka: “We believe it can be very effective to use the Quran as a tool to share concepts that are familiar and acceptable to Muslims, and that support Biblical principles. There are many concepts that are very compatible with the Bible...Of course, the Holy Bible is the only and complete authority for everything pertaining to doctrine and lifestyle. We believe it is perfectly acceptable to use the name ALLAH, both in the Bible that we use to minister to Muslims, as well as materials that we distribute.”

Friday 4 January 2013

Amanat Tun Dr Mahathir


Rakyat dinasihatkan agar tidak bereksperimen untuk menukar kerajaan serta terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang yang mampu membuatkan negara ini tidak stabil dan berkembang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mengambil contoh beberapa janji pembangkang yang mahu mengubah negara ini kepada ‘negara berkebajikan’ seperti pendidikan percuma, pemansuhan tol, meningkatkan subsidi petrol dan royalti minyak, semua janji itu akan meletakkan negara dalam keadaan bahaya.

Menurutnya, idea-idea itu pernah cuba dilaksanakan oleh negara-negara sosialis dan komunis, tetapi semuanya gagal.

‘‘Realitinya, semua kerajaan perlu wang untuk pembangunan selain memberi subsidi kepada rakyat. Tetapi jika sesebuah kerajaan mengorbankan cukai, tol dan yuran, kerajaan akan kekurangan wang. Dan dalam masa sama, kerajaan itu perlu membelanjakan wang untuk kemudahan awam, lebuh raya, sekolah, hospital, kos operasi dan pembangunan, pencen serta subsidi-subsidi lain.

‘‘Jadi, di manakah kerajaan mahu mendapatkan dana yang diperlukan? Boleh sahaja membuat pinjaman jika wang itu dilabur dan memberi pulangan untuk membayar semula pinjaman. Tetapi jika pinjaman dilakukan hanya untuk perbelanjaan, ia tidak akan mampu melangsaikan hutang,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaharu di blognya, http://chedet.cc hari ini.

Beliau berkata, dalam kempennya untuk kembali memegang ‘takhta’ Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pernah menjanjikan beberapa perubahan seperti menutup kem tahanan AS di Teluk Guantanamo selain menamatkan operasi ketenteraan di Iraq dan Afghanistan.

Namun jelasnya, segala janji-janji itu gagal dilaksanakan.

‘‘Membuat janji semasa berkempen cukup mudah. Sekarang ini, pembangkang di negara ini cuba meniru rentak Obama dan menjanjikan perubahan. Mereka kata, berilah mereka peluang kerana Barisan Nasional (BN) telah mentadbir negara ini selama 55 tahun.

‘‘Memang diakui BN telah mentadbir negara ini sejak merdeka. Tetapi bandingkanlah Malaysia dengan negara-negara lain yang sama mencapai kemerdekaan. Bandingkan dengan negara-negara membangun di Barat. Mereka kini berdepan masalah kewangan dan tidak mampu mengatasi krisis,’’ tegasnya.

Beliau kemudiannya mengajak rakyat mengimbau kembali krisis kewangan yang melanda dunia sekitar 1997 dan 1998.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu cuba menggunakan penyelesaian Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) tanpa pinjaman IMF.

‘‘Bank dan syarikat berdepan dengan ancaman kebankrapan. Kos import meningkat manakala kos sara hidup melonjak. Rekod Menteri Kewangan itu buruk walaupun beliau sering mendakwa kejayaan yang dibawa oleh orang lain itu sebagai kejayaannya.

‘‘Kini sebagai pemimpin pembangkang, beliau mendakwa mahu membawa perubahan. Apakah perubahan terbaik yang diperkenalkannya sepanjang berada dalam kerajaan? Apa yang diminatinya hanyalah meniti tangga kepimpinan UMNO untuk menjadi Perdana Menteri,’’ ujarnya.

Atas dasar itu katanya, rakyat tidak seharusnya terpedaya seperti mana beliau sendiri terpedaya dengan gaya pemimpin berkenaan suatu ketika dahulu.

‘‘Memberi tempoh lima tahun kepada pembangkang sebagai kerajaan cukup bahaya. Banyak perkara boleh musnah dalam tempoh itu. Mereka yang kononnya berjuang kebebasan bersuara tetapi sering kali mengambil jalan mahkamah untuk menutup mulut pengkritiknya,’’ tambahnya.

Thursday 3 January 2013

Sedih Jihad PAS Ala Tikus Mondok Ketakutan

Lazimnya, ahli politik yang tidak pernah memegang jawatan kerajaan, lebih-lebih lagi dari pembangkang, begitu ghairah apabila dilantik menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri.










Published with Blogger-droid v2.0.9

Gempar Skandal Haji Hadi Awang Menipu Warga Tua ?

Itu dia selama ini Haji Hadi telah menjadi satu isu panas yang mendidih! Semuanya angkara sendiri cari penyakit. Benarkah Haji Hadi dikaitkan dengan satu sendikit menipu warga tua?

Amanat Haji Hadi telah menyebabkan ramai warga tua ditipu hidup-hidup dengan janji perjuangan jihad menuju ke syurga. Wahal itu hanya mainan propaganda yang berkepentingan peribadi kemaruk gilakan kuasa

Jihad dan mati syahid menjadi impian penyokong tegar Pas, apatah lagi janji balasan syurga kalau mengundi parti itu menjadi bahan kempen pada setiap pilih raya umum. Semuanya karut kerana sengketa yang berlaku hanya membabitkan sesama Melayu atau sesama Islam. Masyarakat berpecah belah ekoran kafir mengkafir dan pulau memulau sehingga ada yang sanggup memutuskan tali persaudaraan kerana menganggap orang yang menyokong UMNO kafir.

Haji Hadi juga telah menyebabkan ramai warga tua tertipu hingga meraih simpati kepada perjuangan PAS. Akhirnya dari kehidupan kebanyakan warga tua adalah sekadar cukup makan! mereka tertipu kerana terlampau simpati hingga terperdaya lalu menyumbangkan derma dan derma dan derma dan derma, berkali-kali kerana simpati, kerana inginkan jihad! kerana ingin ke syurga.

Tetapi pernahkah PAS mengeluarkan kenyataan berapa hasil kutipan derma PAS selama ini?

Kemana wang derma tersebut pergi?

Siapa yang memegang dan menyimpannya?

Untuk apa duit itu digunakan dan apa pulangan kebaikan kepada penderma termasuk warga tua?

Selama kewujudan PAS belum pernah kita dengar PAS mengumumkan duit derma telah menjana kemajuan dan pembangunan rakyat? Malah kita tidak tahu dan tidak pernah didedahkan adakah duit itu dikumpul di pusat PAS. Jadi kalau ini menjadi kabur! Siapakah yang kenyang! Bukankah ini boleh dinilai sebagai satu sendikit penipuan terancang? Sebab semua hal derma bergitu sulit pada umum!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday 2 January 2013

Belian RM13 Juta Rafizi Kantoi Dinafikan Deepak Jaikishan

Alahai terbongkar dengan sendirinya tampa perlu bersusah payah hendak pertahankan mainan auta Rafizi. Apa yang sedang berlaku apabila Belian RM13 Juta Rafizi Kantoi Dinafikan Deepak Jaikishan yang konon dalang membeli cincin tersebut. 

Dulunya kisah cincin Cincin 24 juta USD tetapi sekarang versi Deepak bernilai 13 juta! itu sudah satu isu dan kena pula Deepak dilebelkan oleh Rafizi sebagai orang yang membayar barang kemas mewah untuk Rosmah dalam masa 3 bulan bernilai RM13 juta rujuk sini invoice nya.

Tiba tiba muncul kenyataan dari tuan badan menafikan semua ini diluar pengetahuannya di Malaysiakini. Apa sudah jadi



Jika tuan punya badan sudah menafikannya! Apa makna yang Rafizi yang sedang buat. Sekarang kita tnggu apa lagi yang hendak dipusingkan oleh Rafizi. Bagi PecahPalakMIkir mudah sekali Deepak menjelaskan dia tidak pernah beri apa-apa dokumen kepada Rafizi malah dirinya tidak pernah melihatpun!

Jadi terang-teranglah Belian RM13 Juta Rafizi Kantoi Dinafikan Deepak Jaikishan sendiri. Tidak payah fikir jauh-jauh sebab lubang dah pecah dan tak perlupun hendak lihat dokumen ke invoice ke sebab tuan yang dituduh mengkendalikan menafikan pernah punyai dokumen sedemikian. senang je pembohongan ini terbongkar.

Ada Wakil PAS Tidur Tak Lena Angkara Jakim Gempur Amanat Haji Hadi 1981

Seorang demi seorang wakil PAS tidur tidak lena mengenang apalah nasib Haji Hadi bila bertemu dengan ruas nanti.

Rasa PPM! Semuanya berasal dari tangapan pertama PAS sekadar mencabar RTM memberi ruang untuk Haji Hadi secara berseloroh. Kerana mungkin terlampau yakin itu mustahil berlaku.

Tiba-tiba benar-benar diperkenankan dengan kehadiran bersama Jakim dalam siaran tv disamping para ulama dari UMNO.

Pendapat PPM. Tindakan ini bijak kerana pertemuan tiga penjuru lebih afdal berbanding antara PAS dan UMNO semata-mata. Mengikut kata Mahfuz soal ini tidak melibat Jakim kerana ini masalah PAS dan UMNO. Kesimpulan pada PPM, Mahfuz gambarkan ini masalah politik semata-mata. Wahal pada Jakim dan tangapan masyarakat islam Malaysia ini masalah akhidah umat dan perpaduan masyarakat islam melebihi tangapan isu politik semata-mata.

Kemudian datang pula Salahuddin Ayob menuduh Jakim hendak jadi hero kerana alasannya: Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, jika Jakim benar-benar telus, isu itu sepatutnya sudah lama diselesaikan dan bukan sekarang baru hendak bertindak. Sinar Harian

Pada padangan PPM menyifatkan gambaran Salahuddin Ayob salama ini Jakim buat tidak kisah atau tidak ambil berat selesaikan isu ini. Cuba baca text di bawah ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha, berkata jabatan itu akan terlebih dulu memanggil Hadi berhubung amanat terbabit yang membawa kepada perpecahan umat Islam di negara ini. Beliau berkata, pelbagai tindakan diambil sebelum ini tidak berjaya mengekang amanat itu daripada diamalkan pengikut parti berkenaan khususnya yang fanatik walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkannya. 

Katanya, andai Hadi ingkar dan mahu terus mempertahankan amanat itu, tindakan lain boleh diambil termasuk mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. 

“Kesan amanat itu besar, mereka lepaskan kepada masyarakat dan tidak cuba memperbetulkan semula, tuduh orang Islam lain tidak boleh kawan, kafir. Kalau kita lihat, di negara Arab mereka berpecah belah soal mazhab, kita di sini soal amanat... sebenarnya mengkafirkan orang (Islam) lain itu lebih parah. 

“Jadi, kita akan panggil pemimpin PAS berkenaan untuk perbetulkan amanat itu. Jika tidak berjaya, mungkin akan ada tindakan lain sebab peruntukan undang-undang itu ada dari segi aspek memecah-belah keamanan, membawa situasi tidak aman, sama ada kepada masyarakat kecil, komuniti dan sebagainya. 

“Benda ini (amanat) pun sudah lama, tindakan pun sudah diambil, tapi timbul balik,” katanya kepada BH, semalam. Mengenai pendirian pemimpin PAS yang menafikan Amanat Hadi itu mengkafirkan UMNO, Othman berkata, pihaknya mempunyai bukti jelas bahawa ia memang mengkafirkan UMNO. 

“Mengikut rekod kami yang dikumpul sejak amanat itu diucapkan, elemen mengkafir itu jelas ada. Kami ada bukti dan simpan semua termasuk rakaman ceramah mereka. Kesan apa yang mereka ucapkan itu juga berlaku termasuk dalam majlis perkahwinan, kenduri kendara, makan sembelihan orang UMNO tak boleh. 

“Di kampung saya (Kelantan), sampai sekarang masyarakat masih berpecah-belah kerana amanat itu,” katanya. Mengulas cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil versi bahasa Melayu, beliau berkata, dalam konteks ulama, mereka berpandangan perkara itu tidak perlu dikaji kerana sudah ada ketetapan kalimah Allah adalah hak mutlak umat Islam. 

“Ketetapan sudah lama dibuat, muzakarah (fatwa) pun sudah bincang. Isu ini tidak sepatutnya ditimbulkan kerana boleh mengelirukan umat Islam,” katanya. Sumber http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2012/12/confirm-lepas-ni-jakim-dituduh-jadi.html?m=1

Adakah text ini menggambarkan selama ini mendiankan diri atau Mahfuz dan Salahuddin tidur tak lena mengenang apalah nasib Haji Hadi? Berkenaan Salahuddin berkata tidak pernah nampak masyarakat dirosak dari Amanat Haji Hadi 1981 rasa Jakim sudah jelaskan dan renungkan poster di bawah ini

Published with Blogger-droid v2.0.9

Keras Kepala Aktivis Sang Saka Malaya

Masih ada kegilaan mengibarkan Sang Saka Malaya yang jelas menidakkan kewujudan Jalur Gemilang.

Kenapa masih wujud budaya yang tidak pernah bersyukur dengan kemerdekaan yang kita kecapi. Bukankah ini pengkhianat bangsa?

Lebih malang mereka anak-anak melayu yang menjadi suruhan dalang-dalang tertentu yang bercita-cita menggangu-gugat kesejahteraan dan kedaulatan negara termasuk agenda menghilang rasa setia dan cintakan Jalur Gemilang.

Sang Saka Malaya yang kononnya dilebelkan sebagai "Bendera Rakyat" dan pernah dicadangkan sebagai bendera kebangsaan oleh golongan kiri dikibarkan malam ambang 2013 di Dataran Merdeka. Ia dikibarkan oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "aktivis Sang Saka".

Bendera itu dikibarkan tepat pada jam 12 tengah malam menggunakan belon gas yang dilepaskan di antara Jalan Raja dan Jalan Tun Perak di ibu negara, yang kemudiannya "disangkutkan" di bawah landasan transit aliran ringan (LRT) Star Masjid Jamek.

Sehingga datang berberapa pegawai polis yang menanggalkannya. Inilah perangai biadap yang tiada lagi kesetiaan terhadap Jalur Gemilang. Malah salah seorang antara mereka yang bertanggungjawab membawa bendera itu pada sambutan Janji Demokrasi dan pernah ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(a) Akta Hasutan. Tetapi sekarang masih keras kepala.

Wajarkah mereka ini dibiarkan terus-menerus menjadi biadap?
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday 1 January 2013

Amanat 1981 Mazfuz Tiba-tiba Rasa Takut Kehadiran Mufti Berdebat Bersama Haji Hadi

Alahai macam-macam pula gelagat Mazfuz yang agak tertekan bila mana akan ada kehadiran mufti menjadi perantaraan dalam debat Amanat Haji Hadi 1981 selain membabitkan ulama dikalangan UMNO.

Pada Mazfuz cuba menonjolkan yang UMNO ketakutan kerana isu Amanat Haji Hadi adalah masalah PAS dan UMNO



Itu pandangan Mazfuz tetapi dia menyembunyikan yang masalah ini melibatkan masyarakat islam keseluruhan. Renungkan surat dari mufti ini.

Surat ini terang-terang membuktikan masalah ini bukan masalah politik semata-mata sebaliknya menjadi masalah perpecahan umat islam yang boleh meruntuh seluruh institusi islam di Malaysia.

Malah masalah ini semakin rumit apabila dikalangan PAS dan PKR mula terjebak dengan fahaman Syiah, Pluralisme, Libralisme, Sosialime malah sehingga ada yang menyokong Seksualiti Merdeka yang memberi hak kebebasan penuh terhadap LGBT.

Semuanya kerana fahaman yang bercampur aduk diterapkan di dalam permahaman masyarakat islam di Malaysia. Termasuk Amanat Haji Hadi yang membawa pelbagai isu meruntuh akhidah kerana budaya mengkafir berluasa sehingga sekarang dan penuh menjadi didangan mainan anak muda pro PAS di alam maya. Adakah Haji Hadi boleh menidakkan dirinya dari terbabit dalam isu ini?

Adakah ini yang dikatakan masalah ini bermain sekitar PAS dan UMNO. Buat Mazfuz dengan memberi alasan menyentuh isu rahsuah. Itu yang patut dikata kebudak-budakan tahap berlajar ABC sebagaimana lancangnya mulut Haji Hadi menyelar orang guru ABC!

Tahap putar belit Mahfuz hanya boleh dipakai kepada mat cai-cai yang melafaz setia kepada ketuanan DAP.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Video Vendetta Menyerang Berita TV9 Mengkhiati Anwar


Inilah simbol yang menyokong Mahasewel yang menyewel bukan? tetapi aduhai kenapa mengkhianati Anwar ibrahim pula hahhaah kasi layan beb! Terbaik dari Ladang! Jangan lupa layan yang ini sekali bagi versi Tongong yang pertama Politik Tongong  DAP Marah Sangat Dengan Video In

Politik Tongong " DAP Marah Sangat Dengan Video Ini "


Serangan terbaru yang bakal panas punggung puak Pakatan Rakyat. Buat siri pertama DAP kena tembak kaw-kaw! Adus terasa macam ada ke puak DAP hendak saman berjuta-juta dengan video ini. 

Awas serangan membongkar segala fitnah Pakatan Rakyat akan menjadi lebih hebat dari pelbagai gabungan media dan alam nyata.
Jangan lupa klik sini dan saksi versi sebelumnya

Selamat Menyambut Tahun 2013 Apa Akan Jadi?

Salam semua dan selamat menyambut tahun 2013

Tahun ini pro Barisan Nasional perlu kerja keras demi memastikan tumbangnya Pakatan Rakyat

Perjuangan tidak pernah tamat dan kita teruskan demi Agama Bangsa dan Negara.

Selamat berjuang tampa ada rasa putus asa. Berjuang dengan fakta, yakin dan berani. Salam buat semua dan selamat menyambut tahun 2013
Published with Blogger-droid v2.0.9

Makaiii Guan Eng Terkencing Lari Pintu Belakang

Ketua Menteri, Lim Guan Eng sanggup tidak menggunakan lorong khas bagi orang kenamaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas di sini malam ini semata-mata tidak mahu bertembung dengan sekumpulan ahli daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu 'menyambut' kepulangannya.

Setiausaha Agung DAP itu yang tiba daripada bercuti di Hong Kong dikatakan mengikut laluan lain seterusnya keluar dari bangunan tanpa dapat dikesan kumpulan terbabit.

Ahli Jawatankuasa Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Azmi Jaafar berkata, beliau kecewa dengan tindakan Guan Eng tersebut yang dilihat memang sengaja tidak mahu bertemu mereka.

Menurutnya, keadaan itu amat dikesali kerana semasa pilihan raya umum lalu merekalah yang mengundi pembangkang sehingga DAP berjaya memerintah negeri ini.

"Kenapa sekarang dia (Guan Eng) tidak mahu berjumpa kami sebagai rakyat Pulau Pinang?

"Sebelum ini kamilah yang mengangkat pembangkang sehingga menang pilihan raya umum. Kami benar-benar kecewa dengan tindakannya," katanya yang juga ahli Pas seumur hidup bahagian Bagan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lapangan terbang tersebut di sini.

Kumpulan berkenaan yang terdiri daripada kira-kira 50 ahli pelbagai NGO Islam menunggu Guan Eng lebih sejam.

Bagaimanapun kelibat Guan Eng tidak kelihatan sehingga 7.45 malam meskipun pesawat yang dinaikinya mendarat pada pukul 7 malam.

Mereka turut membawa kain rentang yang antaranya tertera perkataan-perkataan yang mengutuk perbuatan Guan Eng sebelum ini.

Kelmarin hampir 100 umat Islam termasuk ahli Pas di negeri ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kumpulan yang diketuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang itu mahu Guan Eng menarik balik kenyataan yang dianggap sengaja menghina umat Islam di negara ini.

Guan Eng dalam perutusan sempena Hari Krismas baru-baru ini antara lain mendesak kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.

Artikel Penuh: PULAU PINANG 30 Dis. - 

Monday 31 December 2012

Haji Hadi Terjerat Dengan 6 Persoalan Amanat 1981 Yang Tidak Mampu Dijawap

Haji Hadi sememangnya terjerat dengan kata-katanya sendiri akibat dari kegairahan mengejar cita-cita menjatuhkan pemerintah negara yang sah! Sekarang haji Hadi amat terdesak dengan asakan demi asakan dari pelbagai sudut termasuk karya Zulkifli Nordin dan C.N Al-Afghan yang benar-benar memberi tamparan hebat hingga terdesaknya Haji Hadi mencari helah mengelak menjawap apa jua persoalan.



Oleh Zulkifli Noordin

PENDEDAHAN oleh Zainon Ismail @ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai C.N Al Afghani di dalam buku terbarunya Kafirkah Aku? mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang 1981.

Desakan C.N Al-Afghan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta maaf menarik perhatian ramai.

C.N Al-Afghani bukan calang-calang orang. Dia adalah ahli Pas seumur hidup. Dia ahli tegar Pas. Dia pernah berjuang dalam peperangan Afghanistan menentang Rusia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang mujahidin. Dia pernah ditahan di bawah ISA.

Sekembali daripada jihad Afghanistan dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang balu tersebut.

C.N Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas, istiqamah dan ikhlas!

Beliau mendesak Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi 1981!

“Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

“Percayalah saudara-saudara sekalian.

“Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

Inilah teks apa yang dikenali sebagai “Amanat Hadi Awang 1981". Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Abdul Hadi, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).

“Amanat Hadi Awang 1981" ini telah dicetak dan disebarkan ke merata pelosok negara oleh Pas. Ia memberi kesan kepada para pengikut yang taksub. Sejak daripada itu, bermulalah episod UMNO dikafirkan! Ahli UMNO dikafirkan! Indoktrinasi yang menghalalkan penentangan terhadap UMNO sebagai jihad, dan mati menentang UMNO adalah syahid per se!

Sembahyang bermakmum dengan imam UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah solat dua imam! Nikah oleh kadi UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah perlunya bernikah semula! Sembelihan orang UMNO haram dimakan, hingga timbul masalah tidak mahu makan masakan orang UMNO! Kenduri orang UMNO haram dihadiri, sehingga berlaku peristiwa pulau-memulau! Jenazah orang UMNO haram disolatkan, sehingga ada imam Pas tidak mahu menyembahyangkan jenazah ahli UMNO! Bercerai suami isteri! Berpecah kaum keluarga! Berpisah anak beranak! Hancur rosak perpaduan kampung dan negara!

Kemuncak kepada kafir-mengkafir ini ialah peristiwa Memali di Baling Kedah pada 19 November 1985. Empat tahun setelah Amanat Hadi Awang 1981 bertebaran dan bersemadi di lubuk pemikiran ahli Pas, Kampung Memali digemparkan dengan peristiwa berdarah pada pagi yang hitam itu.

Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ustaz Ibrahim Libya, bekas pegawai dakwah Pusat Islam sanggup meninggalkan kerjanya; gaji ribuan dibuang; bilik kerja air-cond ditinggalkan! Ustaz Ibrahim Libya pulang ke kampungnya di Memali dengan harapan dan perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam, Amanat Hadi Awang jelas terpampang di dinding pusat kegiatan Kampung Memali.

Dalam peristiwa berdarah 18 November 1985, empat anggota polis Melayu-Islam dibunuh. Pasukan keselamatan mengambil tindak-balas yang berakhir dengan Ustaz Ibrahim Libya terkorban bersama 13 lagi pengikutnya.

Sepantas kilat Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban diisytiharkan mati syahid oleh Pas. Jenazah mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan. Sebaliknya jenazah mereka terus disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang dalam keadaan berlumuran darah!

Apakah yang mendorong Ibrahim Libya mengambil tindakan nekad bertempur dengan pihak polis! dan membunuh empat anggota polis. Anggota polis yang Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Akidah dengan mereka!

Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang 1981, yang menghalalkan jihad terhadap UMNO? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya beranggapan polis yang dibunuh adalah polis UMNO maka halal dibunuh? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya merasakan bahawa kematian akibat bertempur dengan polis itu adalah mati syahid? Ini semua adalah persoalan yang hanya Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban sahaja boleh menjawab.

Tetapi yang pastinya, dalam bumi Malaysia negara umat Melayu-Islam ini, ada 14 jenazah umat Melayu-Islam yang tidak dimandikan, tidak dikafankan kerana dikatakan syahid! Adakah umat Melayu-Islam gagal melaksanakan fardhu kifayah? Siapa yang wajar menanggung semua ini di hadapan Allah nanti?

Persoalannya, apakah yang mendorong Abdul Hadi membuat Amanat 1981 tersebut?

Saya yakin Abdul Hadi berpaksikan kenyataan itu kepada kepercayaan kononnya Perlembagaan Malaysia, undang-undang dan peraturan yang diamalkan di negara ini adalah Perlembagaan, undang-undang dan peraturan jahiliah, penjajah dan kafir!

Kerana apa? Kerana kononnya tidak meletakkan al-Quran dan sunah sebagai sumber utama undang-undang. Kerana kononnya ia Perlembagaan, undang-undang dan peraturan yang menolak al-Quran dan hadis! Dan yang paling utama, kerana perundangan jinayat hudud, qisas dan takzir tidak dilaksanakan!

Maka timbullah dakyah dan tohmah konon Malaysia bukan Negara Islam! Malah ditakfirkan Malaysia dan Kerajaan BN pimpinan UMNO. Inilah yang sering dijaja oleh para penceramah, ustaz-ustaz, dan ahli-ahli tegar Pas!

Persoalannya, betulkah dakwaan itu? Betulkah Perlembagaan Malaysia Perlembagaan kafir? Benarkah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekafiran? Adakah benar Perlembagaan Persekutuan tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam?

Kita tidak perlu pergi jauh. Kita tengok kembali ucapan Abdul Hadi sendiri pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk ‘Pilihan Raya ke-11: Formula Kemenangan.’

Ucapan sepanjang 13 muka surat itu dibuat sewaktu beliau memangku jawatan Presiden Pas selepas kematian Allahyarham Datuk Fadhil Noor pada 23 Jun 2002 akibat sakit jantung.

Pada waktu itu, Abdul Hadi juga adalah Menteri Besar Terengganu selepas Pas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-10. Pas memenangi DUN Terengganu dalam pilihan raya itu selepas persekongkolan dengan DAP dan Anwar Ibrahim yang baru dipecat daripada UMNO. Tetapi persekongkolan itu menghadapi masalah besar terutama dengan DAP.

Dalam menuju PRU-11 (2004 apabila Kerajaan Pas Terengganu tumbang), Pas mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya.

Maka Pas membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Abdul Hadi berkata di muka surat 10; “Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Cuba teliti betul-betul petikan ucapan Amanat Hadi Awang 2003 ini dengan Amanat Hadi Awang 1981. Nampak perbezaan fundamentalnya?

Kedua-duanya menyentuh tentang satu perkara: status Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Amanat Hadi Awang 1981, Perlembagaan Persekutuan (berserta undang-undangnya) dilabel sebagai “kafir, jahiliyah, berbaur penjajah", yang oleh kerana label itu UMNO dikafirkan!

Dalam Amanat Hadi Awang 2003, disebut jelas “peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan di peringkat Persekutuan"!

Kedua-duanya mengupas perkara yang sama tetapi bercanggah satu sama lain! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Atas alasan ini sahaja pun sudah cukup untuk Abdul Hadi wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981, kerana ternyata beliau sendiri sekarang menyanggah dan membatalkan Amanat Hadi Awang 1981 itu melalui Amanat Hadi Awang 2003!

Kedua, adakah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekufuran? Adakah tidak mendirikan Negara Islam itu membawa kepada kekafiran?

Kita tidak perlu pergi jauh. Abdul Hadi sendiri pada 20 Disember 2009 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang di Shah Alam Convention Center. Bersama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Memorandum Persefahaman itu langsung tidak menyentuh tentang perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam.

Ini kemudiannya diikuti dengan penerbitan Buku Jingga, dan diperkuatkan dengan pelancaran manifesto Pakatan Pembangkang pada 08.09.2011 yang jelas tidak memasukkan pelaksanaan hudud dan penubuhan Negara Islam sebagai agenda.

Malah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh tetap konsisten dengan kenyataan bahawa pelaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam langsung tidak termasuk dalam persefahaman pakatan pembangkang, dan tidak menjadi agenda mereka jika ditakdirkan (na‘uzubillah) memenangi PRU-13 dan memerintah Malaysia (na‘uzubillah minzalik).

Malah yang lebih jelas ialah kenyataan Abdul Hadi sendiri semasa Muktamar Tahunan Pas 2011 yang jelas menyatakan bahawa “Pas mengubah dasar kepada negara kebajikan, itu ada dalam Quran. Negara Islam dia (al-Quran) tidak sebut"! Maknanya Negara Islam tidak ada dalam al-Quran. Negara Islam bukan lagi perjuangan Pas. Melaksanakan hudud tidak lagi menjadi agenda Pas bersama rakan sekongkolannya DAP-PKR! Perjuangan menubuhkan Negara Islam dilongkangkan!

Nah, tidakkah itu bercanggah sama sekali dengan Amanat Hadi Awang 1981! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Yang jelasnya, dengan pendirian yang kini bercanggah dengan amanatnya sendiri, Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981 itu!

Apa yang jelas, Amanat Hadi Awang 1981 adalah satu kesilapan besar! Kesilapan yang mencetuskan krisis akidah yang serius kepada umat Melayu-Islam, kesilapan yang menimbulkan perpecahan kepada perpaduan dan ukhuwah umat Melayu-Islam! Kesilapan yang menyebabkan ramai yang merana, sengsara dan menghadapi penderitaan. Kesilapan yang menyebabkan 14 jenazah tidak dimandikan dan dikafankan!

Sebelum meninggalkan kupasan persoalan ini, elok juga kalau ditanya soalan kepada Abdul Hadi:

1. Adakah kafir kerajaan Mesir (negara di mana Abdul Hadi mendapat pendidikan Islamnya) yang kini diperintah oleh Ikhwanul Muslimin dengan Presiden Mursi kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah, dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

2. Adakah kafir kerajaan Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia, kerana masih mengekalkan undang-undang Belanda dan tidak menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud?

3. Adakah kafir Turki, negara umat Islam terbesar dalam Pakatan NATO yang kini diperintah oleh Parti AKP di bawah pimpinan Reccep Tayyib Erdogan yang masih mengekalkan status sekularnya dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

Adakah wajib memerangi orang Mesir, Turki dan Indonesia? Adakah jihad menentang mereka? Adakah syahid jika mati bertempur dengan mereka? Adakah mereka musuh Islam yang wajib ditentang?

Jawapannya kita semua tahu, TIDAK! Mesir negara Islam! Indonesia negara Islam! Turki negara Islam!

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan negara seumpamanya Islam; mengapa Malaysia ditohmah tidak Islam, malah dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan kerajaan seumpamanya tidak kafir, mengapa Kerajaan Malaysia dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesi, Turki dan wilayah seumpamanya tidak wajib diperangi dan ditentang, mengapa harus pula menentang, malah berjihad terhadap Kerajaan Malaysia?

Tepok dada tanyalah iman masing-masing!

Sebab itu saya menegaskan bahawa Abdul Hadi Awang wajib melakukan 4 perkara berikut:

1. Wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981! Beliau wajib membuat pengumuman itu bukan sahaja secara terbuka kepada semua ahli dan penyokong Pas, malah beliau wajib membuat pengumuman itu kepada seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia!

2. Abdul Hadi wajib bertaubat; kerana Amanat Hadi Awang 1981 telah menyebabkan krisis akidah dan perpecahan umat Melayu-Islam yang serius! Ramai yang telah terpesong akibatnya. Abdul Hadi wajib menyesali, memohon keampunan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu!

3. Abdul Hadi wajib meminta maaf kepada seluruh ahli dan penyokong taksub Pas, seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia. Khususnya beliau wajib meminta maaf kepada keluarga dan waris yang telah terkorban, suami isteri yang telah bercerai-berai, anak yang berpisah daripada keluarga, adik beradik yang bermusuhan, penduduk kampung yang berpecah, para imam yang diaibkan dan dimalukan; pendek kata sesiapa juga yang pernah menjadi korban dan mangsa akibat Amanat Hadi Awang 1981!

4. Setelah itu, Abdul Hadi wajib mengadakan roadshow dan ceramah besar-besaran untuk memperbetulkan semula kesan negatif yang telah berlaku akibat Amanat Hadi Awang 1981. Beliau wajib memperbetulkan semula mentaliti ahli dan penyokong tegar Pas yang rosak akibat amanat itu.


Isi Sebenar Blueprint Dasar Perjuangan Nik Abdul Aziz


Isu siapa Nik Aziz dan bagaimana kedudukan kredibilitinya di arena Politik menjelang PRU 13. Ini serba sedikit menyentuh Isi Sebenar Blueprint Dasar Pejuangan Nik Abdul Aziz

Kesimpulan diambang 2013 Nik Aziz telah terlampau banyak meninggalkan kudis dihati masyarakat islam Malaysia. Itulah corak sebenar Isi Sebenar Blueprint Dasar Pejuangan Nik Abdul Aziz

Nik Aziz terlampau seronok dengan fatwanya yang cukup memberi fenomena perpecahan umat islam semakin ketara. Itulah harapan dan blueprint perancangan DAP dan PKR yang mengetuai Pakatan Rakyat. Perancangan pecahkan perpaduan melayu dan tingkatkan keyakinan bukan islam dengan Pakatan Rakyat melalui mainan dasar Pluralisme, Libralisme dan Sosialisme.

Tetapi ingatlah manusia hanya merancang tetapi ketentuannya adalah Allah yang maha mengetahui juga! Dan alhamdulillah apabila semakin ramai ilmuan agama di Kelantan semakin sedar agenda di sebalik blueprint ini dan akhirnya penguasaan PAS terhadap ilmuan agama makin terhakis malah hujah-hujah ceramah PAS sudah semakin rapuh dari jalan kebenaran menurut islam.

TERSERAHLAH KEPADA SAKI BAKI PENYOKONG NIK AZIZ SAMADA MASIH MAHU DIKONKONG DENGAN SIFAT TAKSUD YANG MENULU! YANG PENTING PAS DIAMBANG KEJATUHAN kerana Isi Sebenar Blueprint Dasar Pejuangan Nik Abdul Aziz cukup membuktikan Nik Aziz terlampau kemaruk Putrajaya seperti mana dengan Anwar Ibrahim.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kisah Benar Mengenali Nurul Izzah Anwar Ibrahim Yang Sebenar

Siapakah dirinya yang sebenar? Adakah ini cukup menggambarkan siapa dirinya? Dan layakkah dicalonkan sebagai Srikandi Negara ataupun lebih layak sebagai Srikunta-kinte negara? Kisah Benar Mengenali Nurul Izzah Anwar Ibrahim Yang Sebenar

Tetapi kehadiran anak beranak ini dalam arena politik Malaysia lebih mendatangkan masalah dari memberi kebaikan.

Dalam dasar perjuangan mereka lebih mengutamakan masalah keluarga berbanding memperjuangkan nasib rakyat! Lihatlah apa yang berlaku dari tahun 2008 hingga hampir menjelang 2013. Apakah yang keluarga ini bawakan?

Sepanjang tempoh 5 tahun ini terlampau banyak seri demonstrasi yang jumlah penyertaan berkurangan saban tahun. Apa pertandanya kalau semakin berkurangan! Adakah semakin ramai rakyat menyedari muslihat anak beranak yang mempergunakan isu kepentingan rakyat demi menutup harapan anak beranak yang sebenar, agar sentiasa simpati kepad keluarga ini? Bukti terbaru harapan simpati mereka, bakal datang iaitu himpunan shamsidar demi pertahankan Anwar dari dimalukan dengan kekalahan kes saman 100 juta kepada Nallakaruppan ? Kalau sudah yakin mereka benar, kenapa mesti menghalang siapapun saksi yang perlu tampil?



Bukankah pertanda mereka terlampau utamakan masalah keluarga yang sememangnya banyak bermasalah dengan negara?

Apa jasa mereka berdua kepada rakyat? Beranikah Anwar mendabik dada apa yang telah dibuat selama menjadi ketua pembankang? Anwar dan keluarganya lebih banyak menjalankan aktiviti sabotaj Tranformasi Kerajaan dari membuktikan kredibiliti sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Malah dalam banyak-banyak masalah Selangor, hanya Khalib Ibrahim yang terkuntang-kanting membelit sampai bersimpul-simpul serabut keseorangan terkantoi! Dimana Anwar dan Nurul Izzah malah Wan Azizah sebagai presiden PKR? Mereka sekeluarga akan memilih jalan mendiamkan diri! kecuali kalau Khalib tersasul membabitkan keluarga ini! Alamat siaplah Khalib bagaikan diugut pula bakal tidak tercalon sebagai Menteri Besar lagi!

Kisah Benar Mengenali Nurul Izzah Anwar Ibrahim Yang Sebenar boleh dilihat dari perjalanan 5 tahun ini yang paling disukai keluarga ini adalah PERJUANGKAN PLURALISME untuk apakah sebenarnya ini! Adakah ini menjaminkan ticket bantuan dana bangsa asing? Atau ticket menggembirakan DAP dan PAP? Atau ticket mengalih perhatian semua pengundi bukan islam beralih dan setia kepada Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah?

Menyetuh pluralisme yang ruginya islam kerana dalam perlembagaan negara islam sukar dicabar oleh mana-mana pihak kerana keistimewaan islam dalam perlembagaan yang terbaik dari mana-mana negara di dunia ini. Mana ada yang negara islam menghalang aktiviti memurtadkan islam malainkan Malaysia?

Tetapi sayang tindakan anak beranak ini lebih membuka pintu kebal keistimewaan islam dan melayu, demi apakah tergamaknya mereka sekeluarga? Bukankah selain ejen pemecah belah masyarakat islam PAS + pluralisme yang memberi keistimewaan bukan islam boleh menjaminkan undi yang tinggi?

Berbaloikah hingga bumi yang dipijak milik orang! Anda rasa berbaloikah? Anda rasa berbaloikah dengan generasi kelahiran anda? Anda rasa berbaloikah dengan amanah anda sebagai seorang beragama islam? Kitalah yang menilai dan kita yang menitiknya? Kisah Benar Mengenali Nurul Izzah Anwar Ibrahim Yang Sebenar adakah kita yakin mereka ini sesuai?
Published with Blogger-droid v2.0.9

Kenapalah Yang Zalim Sangat Sampai Terbarai Peha


Adus! memang sakit kepada yang mengalaminya! bezanya masa sebelum berlaku tidak pula difikir ini boleh berlaku! Mungkin ini namanya anak jantan menjadi kebanggaan kebanyakan anaka muda kita!

Akupun terfikir Kenapalah Yang Zalim Sangat Sampai Terbarai Peha dan siapa yang sebenarnya zalim. Patut mangsa kena fikir betulkah dirinya yang menzalimi diri sendiri hingga kegairahan hati memaksa badan menanggung bala sebergini rupa?

Haa waa speed laju itu bahasa yang best didengar tetapi kalau "waaa!! mak dan bapak pensan ditepi jalan? Sendiri mau ingat!

Iyelakan masa enjoy dengan masa menerima bala tentulah berbeza alasannya kalau nak tahu baca disini

Yang pasti buat yang masih tidak sedar diri fikir-fikirlah ada orang tersayang mengharapkan kamu!

Sunday 30 December 2012

DAP Serang PKR " Tiada Hala Tuju " Apa Sudah Jadi

DAP Serang PKR " Tiada Hala Tuju " Apa Sudah Jadi dengan kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat? Nampaknya bukan retak menanti belah tetapi nampaknya belah menanti berkecai.

Mengikut lapuran KL Pos:
KUALA LUMPUR 30 Dis. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor yang menganggap parti tersebut mengamalkan ideologi yang tidak sihat dan tiada halatuju yang tepat.  
Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff berkata, PKR yang telah ditubuhkan bermula era kebangkitan reformasi 13 tahun yang lalu telah memberi sumbangan besar terhadap perubahan lanskap Negara. 
“Semenjak kewujudan parti PKR, saya melihat banyak perkembangan baru di dalam politik Malaysia terutama sekali dari segi politik pembangkang di peringkat negeri mahupun di peringkat nasional. 
“Ini bagi saya merupakan fakta membuktikan bahawa PKR telah berjaya membawa satu sinergi, tenaga baru, di dalam politik di tanahair. 
"Dan mengenai pandangan bahawa PKR ini ideologi yang tidak sihat, saya berpandangan bahawa ia merupakan pandangan peribadi beliau yang bagi saya tidak mewakili kebanyakan penyokong PKR mahupun rakyat kebanyakan,” katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita di sini hari ini. 
Sambil menganggap tuduhan tersebut bersifat peribadi, Yusmadi menegur Pemimpin Veteran DAP itu agar lebih fokus dalam memberi sumbangan demi memperkukuhkan lagi kerjasama Pakatan Rakyat. 
“Selaku orang politik berpengalaman, saya rasa beliau sepatutnya lebih arif keadaan sebenar di lapangan yang mana pada pandangan saya sekarang ialah politik baru..bukan politik lama,” ujarnya. 
Zulkifli dalam kenyataannya kelmarin mendakwa PKR pada masa kini kian hilang tumpuan malah mengamalkan ideologi yang tidak sihat. 
Katanya, parti tersebut dilihat semakin hilang hala tuju yang tepat dan hanya mempertahankan individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumber
Bergitulah cara-caranya hulubalang ehh silap! HuluBelang-belang PKR cuba pertahankan kedibiliti Anwar dari terus-menerus jatuh merudum angkara nafsu buasnya sendiri. Sebenarnya apa yang diutarakan ahli DAP adalah amat tepat sekali jika diteliti apa yang Nurul Izzah lakukan! Apa yang Anwar lakukan dan corak pentabiran PKR di Selangor keseluruhanya amat mengecewakan!

Kerajaan Selangor sekarang cukup membuktikan penuh penyalahan kuasa dan penafian hak kebajikan rakyat. Tetapi biar sejauh mana pun rakyat Selangor mempersoalkannya! PKR tidak penah mengambil langkah positif untuk mengemas kini dimana-mana kekurangannya sebaliknya melenting dan mempertahankan kroni tampa menyelesaikan masalah. Walaupun adakala mereka akui kerajaan Selango masih baru tetapi tidak penah meneliti kekurangan untuk pembetulan. Sebaliknya disalahkan orang lain demi menutup kelemahannya. Inikah kerajaan yang layak memerintah negara. 

Mengenai apa yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff, hanyalah helah biasa-biasa dilakukan PKR yang sama seperti ketua Hapraknya Anwar Ibrahim yang tengah sebok mengaturkan himpunan Selamatkan Shamsidar dari menjadi saksi di Mahkamah. ini ke pemimpin yang mengutamakan rakyat atau menyembunyikan masalaha peribadi dengan mengarahkan semua anggota PKR menjadi pecacai pelindung nafsu serakah Anwar?

Nik Abdul Aziz Selincin-lincin Belut Terkantoi Dalam Bubu



Kononya Ini adalah surat yang membuktikan PAS tidak berahsia dalam soal penguniaan Tanah Balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang, yang didakwa diberikan kepada pemimpin DAP Perak bukan satu rahsia, sebaliknya pengurniaan telah diputuskan tujuh tahun lalu dan sedia diketahui oleh dua kementerian termasuk Datuk Dr Awang Adek Hussin, kata Setiausaha Akhbar kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di SinarHarian tetapi mari kita lihat yang Nik Abdul Aziz Selincin-lincin Belut Terkantoi Dalam Bubu juga akhirnya.

Dari sini mereka PAS cuba membuktikan Pisau.Net memfitnah Nik Aziz yang kononya ini adalah rundingan rahsia. Samada rahsia atau tidak selama ini rakyat tidak tahu sebelum Pisau.Net mendedahkan apa yang berlaku.

Persoalan yang bergitu ketara kenapa mesti orang luar yang mendapat kurnia tanah balak yang boleh mencecah jutaan ringgit keuntungannya. 

Apakah tidak ada orang Kelantan yang lebih layak menerima berbanding yang dikaitkan dengan Pemimpin DAP? Atau tidak adakah orang Kelantan yang layak untuk meningkatkan lagi kegiatan ekonomi negeri Kelantan.

Bukankah lebih untung Kerajaan Negeri usahakan sendiri berbanding memberi kepada orang lain. Sedangkan PAS Kelantan perlukan dana yang besar selesaikan pelbagai janjinya kepada rakyat Kelantan yang masih belum sempurna dan belum ditunaikan. Malah masalah air Kelantan pun belum selesai bukan?

Jadi apa faedah kurnia tanah ini dan rakyat juga ingin tahu apa matalamat sehingga menghalalkan pengurniaan tanah ini? Dan adakah ada perjanjian lain disebalik pengurniaan ini yang belum didedahkan PAS?

TETAPI ITU SEMUA ADALAH PENIPUAN UNTUK MENUTUP PEKONG PAS DAN DAP.  Nik Abdul Aziz Selincin-lincin Belut Terkantoi Dalam Bubu Hal ini semakin jauh terbongkar apabila Nik Aziz Kantoi Menipu Semakin Menipu Semakin Banyak Pertualang Dibongkar menurut kenyataan orang cuba dikaitkan oleh PAS bagi membela Nik Aziz

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata beliau tiada kaitan dengan dakwaan kelulusan tanah seluas lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada pemimpin DAP Perak. 

Beliau berkata surat yang ditandatanganinya ketika menyandang jawatan Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah bertarih 16 Januari 2006 adalah sebagai sokongan untuk menjalankan projek penyelidikan dan pembangunan bersepadu tanaman getah hutan dan industri hiliran di kawasan itu. 

"Saya tidak tahu menahu berhubung pemilikan atau pemajakan tanah kepada pemimpin DAP terbabit seperti yang didakwa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bachok hari ini. 

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata surat itu sekadar memanjangkan permohonan bagi mendapatkan bantuan membangunkan tanah di kawasan terbabit. 

"Surat itu dikeluarkan berikutan permohonan Pengurus Besar Upayapadu Plantation Sdn Bhd, Bazlin Ab. Hamid untuk mendapatkan bantuan yang berkaitan bagi meningkatkan kegiatan ekonomi di Kelantan. 

"Itulah yang tertera dalam surat berkenaan dan saya tidak tahu menahu berhubung pemilikan atau pemajakan tanah kepada pemimpin DAP terbabit seperti yang didakwa," katanya. 

Awang Adek yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok berkata perbuatan mengaitkan namanya dalam isu itu adalah satu fitnah dan pembohongan.
- Bernama

Sekarang cukup terang-terang Nik Aziz semakin jauh terkantoi dan yang paling menarik Ngeh menjadi jutawan segera apabila rakyat semakin berani mempertikaikan bagaimana Koo Ham dan Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming mampu memilikii hampir 100 peratus ekuiti dalam syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang menjalankan projek pembalakan di Kelantan.


Lebih menyakitkan hati projek tersebut direstui Nik Aziz? Bukankah Nik Aziz telah kianati rakyat Kelantan sendiri. memang betulpun Nik Abdul Aziz Selincin-lincin Belut Terkantoi Dalam Bubu rakyat dapat nila siapa Nik Aziz sekarang



Bagi isu ini, kita cukup hairan dari mana datangnya kekayaan dua pemimpin ini hingga mampu mengumpul puluhan juta ringgit. Sebagai parti yang lantang di pentas-pentas ceramah (TERMASUK NIK AZIZ DAN PAS) menentang unsur kroni, salah laku dan rasuah, kita mahu kategorikan apakah jenis Pakatan Rakyat ini?

Bukti Amalan Kuku Besi Dikalangan Perniaga Medan Niaga Satok Kuching ?

Tinggal sehari lagi menandakan saat-saat akhir berubahnya sejarah Medan Niaga Satok yang dibuka sekitar 1983, akan berpindah ditempat yang lebih selesa dan kemas berbanding medan niaga lama yang sering memberi pelbagai masalah buat pengunjung terutama menglibatkan hal tempat meletak kereta dan kesesakan jalan raya.

Lokasi Medan Niaga baru yang terletak ditepi sungai Sarawak benar-benar memberi suasana baru malah, kerajaan negeri telah melangkap segala infrastruktur yang amat memudahkan setiap pengunjung datang dengan selesa.

Malah lokasi kedudukan antara kawasan Satok dan Matang bakal memberi jaminan yang Medan Niaga baru ketahap lebih popular berbanding yang sedia ada, apatah situasi pembangunan dikawasan Matang mengalami pembangunan yang memberansangkan di samping bakal ujud 3 Hyper market, teminal bas, kawasan perumahan yang boleh mencecah populasi sehingga 100'000, pelbagai kemudahan lain meliputi hospital dan pelbagai kemudahan yang lain. Sekarang ini semua itu dalam fasa pembinaan.

Jadi menyebut soal ada golongan proPR yang sengaja cuba mensabotaj tranformasi kerajaan, dengan menghasut rakyat tentang keburukan Medan Niaga baru! Adalah tidak wujud dan ianya sekadar propaganda yang mahu menggagalkan perancangan penstrukturan bandar yang teratur di Kuching. 

Malah kononnya timbul Amalan Kuku Besi yang digambarkan oleh proPR adalah tidak benar sama sekali jika kita merujuk kepada laporan ini:

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tidak bersifat ‘kuku besi’ dalam isu pemindahan para peniaga di Pasar Satok dan Pasar Minggu ke Medan Niaga Satok.

Malah, para peniaga diberi tempoh sebulan dari tarikh 1 Januari tahun depan untuk membuat keputusan berpindah ke lokasi perniagaan terkini itu, kata Pengarah FAMA Negeri, Paza Dan.

Menurut beliau, keputusan berhubung tempoh itu dibuat setelah FAMA menawarkan tapak niaga kepada 1,012 peniaga Pasar Satok dan 1,229 lagi peniaga Pasar Minggu di Medan Niaga Satok pada 27 Disember lalu.

Katanya, keputusan sebulat suara juga dicapai bahawa tapak yang tidak diduduki nanti akan diserahkan kepada peniaga baharu yang turut mengemukakan permohonan.

“Kami tidak bersifat kuku besi tetapi kemudahan yang disediakan di Medan Niaga Satok adalah percuma dan moden dengan sistem sisa buangan yang baik serta mesra alam,” katanya pada sidang media berhubung operasi Medan Niaga Satok, semalam.

Paza berkata, Medan Niaga Satok bernilai RM46.6 juta yang dibina di atas tanah seluas 12.25 ekar di Jalan Matang, Petra Jaya akan memulakan operasi secara rasmi pada 1 Januari, manakala Pasar Minggu pada 5 Januari tahun depan.

Beliau menarik perhatian, lokasi baharu projek berkenaan diilhamkan oleh Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg enam tahun lalu untuk menawarkan tapak niaga yang kekal, moden, bersih, teratur dan selesa.

Projek terbabit menyediakan 1,444 tapak bagi peniaga yang menjual hasil hutan, Pasar Minggu, pasar borong dan perniagaan jenis lain, jelasnya.

Selepas 1 Januari, tapak Pasar Tamu Satok akan dirobohkan bagi tujuan membina taman mini untuk menggalakkan sektor pelancongan negeri, tambahnya.

“Kadar sewa percuma diberi kepada peniaga untuk tempoh dua bulan kerana kita faham situasi peniaga yang berpindah ke tempat baharu. Kadar sewa hanya akan dikenakan bermula Mac tahun depan,” katanya.

Tapak niaga di Medan Niaga Satok dibahagi kepada Zon Basah (Blok B), Zon Kering (Blok C), gerai-gerai makanan/’Benteng’ (Blok D), Pasar Minggu dan pasar borong.

Sewa bulanan untuk Pasar Minggu dari RM10 hingga RM50 sebulan, manakala sewa Blok B, C, D dan E adalah antara RM45 dan RM3,000 (kafeteria).Sumber

Sebagai warga Kuching kita harus berbangga dengan kerajaan yang sering memikirkan kebaikan untuk rakyat dan dalam masa yang sama menyusun pembangunan bandar dengan teratur tampa meminggirkan kebajikan para peniaga kecil. Kita haruslah bersyukur dengan keperihatinan kerajaan yang tidak penah mengabaikan hak keperluan rakyat meliputi semua peringkat. 

Yang penting Medan Niaga Baru ini cukup memenuhi kekurangan Medan Niaga Lama yang terletak tidak jauh dari Medan Niaga Baru. Malah jaminan pihak berkenaan akan sentiasa memantau dan mempromosi Medan Niaga baru adalah satu perkembangan positif untuk semua pihak.

Selamat tahun baru dan selamat berniaga dengan gembira. Salam dari PecahPalakMikir......

Isu Terkini

get this widget here