Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 9 March 2013

Video Anwar Fail Samankan RM100 juta Ng Lum Yong Yang Bongkar Dana Pengganas USD 2Juta

Sebelum ini Anwar dengan bongkak dan yakin menyaman Utusan dan TV3 sebanyak 100 Juta. Sekarang Ng Lum Yong Dakwa SUARAM Salur USD 2 juta kepada pengganas Sultan Sulu Palsu untuk membiayai pengganas ceroboh masuk ke Sabah dengan kelengkapan senjata seperti M16 dan perlancar roket. Kalau ini sudah Watch "Anwar Fail Saman RM100 juta Kepada Utusan dan TV3 8/3/2013" on YouTubeJangan tunggu lagi buat Ng Lum Yong.

Lagipun USD 2 Juta + RM 1 juta buat bapa Saiful? Banyak betul duit dana Anwar dapat? Sebelum kering cepat-cepat guna formula U Ulang I Saman

Jangan lupa kawan-kawan lamanya yang dah lama menunggu Anwar menyaman mereka

Published with Blogger-droid v2.0.10

Gempar Video Anwar Mensucikan Dosa dan Malang

Aduhai rupa-rupanya makin kalut cerita Anwar Ibrahim yee! Ingatkan setakat hendak tutup terbongkar dalam membiayai USD 2 juta kepada pengganas Sultan Sulu Palsu tetapi ada lagi isu yang sudah lama menjadi barah.

Orang-orang PAS sudah lama dan ramai tidak mempercayai Anwar sebab kerana Anwar lah lebih pembawa malang kepada Pakatan Rakyat bukan. Kena pulak dalang pengganas Sultan Sulu palsu terbongkar satu persatu. Adus bertambah kalut dan serabut Anwar Ibrahim dibuatnya. Saksikan Watch "Malang Anwar Ibrahim Bapa Saiful Tukang Sucikan?" on YouTube

Published with Blogger-droid v2.0.10

Nik Aziz Buang RM200'000 Semata-mata Dicabar !

Rakyat semakin musykil termasuk akar umbi PAS, KENAPA hukum hudud tidak disebut dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan 2 minggu lepas? Kalau rakyat saksikan riak wajah Nik Aziz dan Haji Hadi diatas pentas pun akan sedar wajah mereka menggambarkan ditipu hidup-hidup oleh DAP dan PKR.

Apa guna sudah berpuluh-puluh tahun PAS bertegas mahu laksana hukum hudud tetapi kini tiada sepatah pun mengenainya? Tetapi masih juga berdusta dan membuat fitnah UMNO tolak islam sedangkan mereka raja mempermainkan Islam termasuk isu khalimah Allah.

Jika diimbas kembali Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pengalamannya bersama PAS 20 tahun lalu membuktikan parti itu tidak berani atau ikhlas untuk melaksanakannya walaupun pernah meluluskan enakmen mengenainya yang diperkenan Sultan Kelantan. 

“Semuanya sudah berkedut. Pelbagai dalih diberikan, termasuk berbohong macam-macam. PAS tidak laksanakan hukum hudud kerana awal-awal lagi mereka tidak ada cadangan untuk buat hukum ini. Ia tidak ada dalam manifesto pilihan raya.” 

Kenyataan yang dibuat Ku Li pada 1999 masih relevan pada hari ini. PAS dikatakan membuat hukum hudud hanya untuk memenuhi cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibuat di Pasir Gudang, Johor pada 17 April 1992.

PAS berbelanja lebih RM200,000 wang rakyat yang dibayar kepada sebuah syarikat guaman menyediakan draf enakmen itu, akhirnya wang itu hangus begitu saja. Kata Ku Li, PAS ternyata mengejar kuasa bukan untuk mendaulatkan Islam kerana, selepas mendapat begitu banyak kuasa, hukum hudud tidak juga dilaksanakan sampai kini.

Bukankah ini pembaziran yang hanya kerana nafsu amarah Nik Aziz tercabar? Tercabar je bazir duit! Tercabar je buang duit buat himpunan PAS! Terdesak sahaja berpuluh bas dibayar angkut pengikut dari serata tempat untuk kumpulkan demi menunjuk-nunjuk PAS ramai sokongan. Itu rutin PAS dan itu sahaja PAS mampu lakukan.

Selama ini yang dilaung-laungkan oleh pemimpin PAS dari semasa ke semasa untuk pancing undi dan terus mendapat kuasa lagi. Dan demi tujuan yang sama PAS sanggup menjadi kaldai seumur hidup DAP.

Sekarang timbul Isu Lahad Datu diceroboh pengganas, PAS bukan membantu kerajaan demi keselamatan negara sebaliknya lebih bersubahat dengan Pakatan Rakyat walaupun Tian Chua menghina anggota Polis dengan tuduhan sendiwara semata-mata. PAS semakin gila kuasa! Walaupun Suaram di dedahkan menyalur dana USD 2 juta.

Dimana PAS selain menjadi ejen mengngucar-kacir negara matlamat ke Putrajaya lebih Penting berbanding keselamatan negara.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Video Pertemuan Sulit Anwar Dengan Bapa Saiful Demi Tutup Lahad Datu

Ini adalah saat paling getir buat Anwar apabila semalam 8/3/2013 menjadi hari paling malang buat Anwar Ibrahim apabila isu Lahad Datu terbongkar dengan penglibatan Suaram menyalur 2 juta US Dolar kepada pengganas Sultan Sulu Palsu. lihat Watch "Insiden Lahad Datu : SUARAM Salur 2 Juta US Kepada Penceroboh" on YouTube

Kerana terdesak Anwar cuba alihkan perhatian rakyat dengan perjumpaa ini Watch "Video Anwar dan Bapa Saiful" on YouTube  Hingga Bapa Saiful membuat U Turn mengalih cerita UMNO bersalah.

Tetapi tidak lama kerana Saiful Bangkit buat kenyataan iniWatch "Jangan Terpedaya Permainan Jijik Anwar - Saiful Bukhari" on YouTubeMenyebabkan Anwar sekali lagi terduduk apabila semuanya menjadi senjata makan tuan.

Kita lihat semula apa sumpah laknat Saiful Watch "Pengakuan Bersumpah Saiful Bukhari (Full Version)" on YouTube Jadi ada wajip Bapa Saiful bersumpah laknat yang Anaknya berbohong dengan sumpah laknat dahulu. Hakikatnya timbul cerita Bapa Saiful dibeli Anwar dan Bapa Saiful juga dalam keadaan kesuntukan wang. Tepat pada masa buat Anwar tetapi makan diri la pulak!

Salah seorang peguam pasukan Anwar, R Sivarasa berkata, pendedahan yang dibuat Azlan juga sangat penting dan membuktikan apa yang pihaknya cuba memberitahu bahawa ini satu kes yang direka cipta dari peringkat awal sampai sekarang.

“Pendedahan ini adalah penting kerana sebagai ayah, beliau sepatutnya tahu apa yang berlaku terhadap anaknya.“

Tetapi kenyataan youtube dan bukti pertemuan Bapa Saiful bersama Anwar membuatkan usaha Sivarasa gagal apatah lagi Sivarasa juga antara individu berpengalaman isu pemisahan Timor Timur daripada Indonesia sekitar tahun 1990an. Hingga berjaya dan jangan dalam isu Lahad Datu bersama Tian Chua mereka pergi ke Manila 3 hari sebelum pencerobohan Pengganas Sultan Sulu palsu. Jadi usaha menutup pekong dengan mempergunakan bapa Saiful gagal sama sekali.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday 8 March 2013

Pakatan Rakyat Rangka Rancangan Kebas Elaun Warga Tua

Pakatan mahu melanjutkan dasar yang dilaksanakan di P Pinang di mana warga emas berumur 60 tahun ke atas menerima bonus RM1,000 setiap tahun.

Sebenarnya Bantuan Warga Tua Kerajaan Persekutuan memang selama ini telah diberikan kepada warga tua yang layak. Skim Bantuan Warga Tua memberikan RM300 sebulan kepada warga tua. RM3,600 setahun!.

Setiap negeri juga memperuntukkan bantuan warga tua, contoh di Sabah berjumlah RM1,800 -RM3,600 setahun. Jangan lupa kepada BR1M dengan bantuan RM500 kepada setiap rakyat yang layak. Sekarang apa yang Pakatan buat sekadar copy paste.

Jangan terlepas pandang janji terbaru Pakatan Rakyat telah memotong elaun yang sepatutnya warga tua dapat malah ini yang Pok Nik pun layak juga apa kejadah?

Kalau BR1M dinamakan beri makan haiwan yang mereka janji ini apapula? Kalau BR1M dinamakan kerja iblis dan siapa lebih iblis dengan memotong elaun warga tua?

Tetapi Khalib Ibrahim kata Manifesto Bukan Janji jadi silap telan air liur kering...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Lahad Datu Anwar Pohon Nyawa Bapa Saiful Hulurkan Laluan

Tinggal satu-tiga minggu lagi dan bila-bila masa sahaja parlimen bakal dibubarkan. Ketika ini perang saraf dan perang media semakin rancak berbanding mana-mana PRU sebelum ini.

Kita telah perhatikan bagaimana Najib Razak menggerakan peranannya sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawap menjalankan Tranformasi Kerajaan dengan penuh saksama tampa mengika siapa status rakyat. Baik mereka benci atau menyayangi Najib cukup ikhlas membantu.

Sebaliknya saingan Najib Razak, Anwar Ibrahim juga tidak kurang hebat tetapi kehebatan yang bercanggah dari perjalanan Najib Razak. Anwar telah lupa diri dari tanggungjawapnya Ketua Pembankang yang sepatutnya meneliti semua janji yang gagal ditepati.

Sebaliknya Anwar terlalu sebok memikirkan bagaimana menjatuhkan Najib. Iya sekarang masa sengit antara kedua pihak. Kali ini Anwar tersalah duga walaupun menggunakan kepakaran Tian Chua dan Sevarasa yang pernah berjaya menjadi mastermind pemisahan Timor Timur daripada Indonesia sekitar tahun 1990an sehingga berjaya. Sebab Dua orang ini jugalah yang menuju ke Filipina 2 hari sebelum Pengganas Sultan Sulu mengganas di Lahad Datu pada 12/2/2013. Agaknya apalah penting sangat kedua orang ini kesana?

Lebih menggamparkan lagi pendedahan Suaram tertabit menyampaian dana sebanyak 2 juta US Dolar kepada pengganas bagi menjawap persoalan pendedahan Presiden Filipina Benigno Aquino III mendedahkan terdapat dalang yang membiayai pencerobohan terhadap Sabah. Tetapi Kiram III juga pernah mengaku tidak punyai wang dan menafikan hubung kait antara Anwar. Kalau difikirkan tidak mustahil ada muslihat sebab lupakah harapannya jika Anwar jadi PM?

Jika difikirkan logik, bagaimana gerila Sultan Sulu mempunyai kelengkapan berupa M16 dan perlancar roket? Bagaimana dengan pendedahan ini Watch "Insiden Lahad Datu : SUARAM Salur 2 Juta US Kepada Penceroboh" on YouTube

Situasi ini belum dijawap Pakatan tetapi keberanian pendedahan ini disokong pendedahan berani Tun Dr Mahathir berkata Pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datuk dan Semporna tidak boleh ditolak sebagai Arab Spring yang terpaksa berbunga sebelum musimnya. Orang yang bijak tidak akan melakukan keburukan menepati tekaaan, tetapi pada masa diluar kesedaran.

Pemberontakan di Syria, Libya dan Mesir meletus dengan bantuan asing dan pendarahan di Lahad Datu dan Semporna juga berlaku menerusi hubungan dan bantuan asing untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kestabilan perdamaian dan juga masa depan negara ketika menghadapi pilihanraya. Hujah ini diperkuatkan lagi dengan tindakan Tian Chua dan SuaraKeadilanRakyat.com tidak habis mengeluar kenyataan menghasut rakyat membenci polis dan tentera walaupun ketika 8 orang anggota polis ditembak mati pengganas.

Untuk apa ini? Bukankah untuk menjalankan Arab Spring, para pengikut mesti mempunyai kebencian kepada polis pada tahap yang tinggi?

Kalau tidak bukankah demo sekadar demo tetapi tidak mampu menjadi rusuhan?

Sebenarnya situasi sekarang jelas lebih memihak Barisan Nasional menang besar dalam PRU13, apatah kejadian di Lahad Datu lebih membantu Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang cukup ujian malah lulus dalam pelbagai sudut meliputi Ekonomi dan penjanaan peluang pekerjaan, Tranformasi, Kemaskini undang-undang menjadi lebih releven, tanggunjawap menjaga kepebtingan islam dan tranformasi ekonomi islam, pengukuhan dasar kerajaan, kebajikan dan bantuan rakyat, penambah baikan infrastuktur dan akhirnya Najid diuji berkaitan tindakan menjaga keselamatan negara walaupun dengan tekanan dari pelbagai sudut dari luar dan dalam negara.

Semua ini cukup memberi keyakinan Najib cukup bersedia diberi peluang menjadi PM berbanding Anwar amat gagal.

Benarlah kata Tun Dr Mahathir ada baik juga Arab Spring berlaku awal sebelum PRU13.

Sekarang Anwar yang menadah mohon nyawa untuk bernafas dan dengan pulang pula Bala yang cuba menghidupkan lsu pembunuhan Altantuya tetapi gagal. Bergitu Depak gagal! Kemudian dengan tiba-tiba bapa Saiful Bukhari pula membuat U Turn yang Saiful dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memfitnah Anwar dalam kes LiwatII.

Hah cukup bernyawakah Anwar..... Senang cakap kenapa sekarang baru hendak U Turn dan kenapa setelah Anwar menang atas skrip Suka Sama Suka.

Dan kenapa Saiful membuat sumpah laknat pada dirinya?

Dan ada bagus juga bapa Saiful buat sumpah laknat yang sumpah laknat sebelum ini pembohong. Cubalah kalau berani kerana benar...

Akhir kata benarkah dana terbaru masuk ke dalam Suaram dan berapa? dan bagaimana dana itu dipergunakan?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Lahad Datu Video Pendedahan Pengganas Dibiayai Suaram 2 Juta US Dolar

Gempar pendedahan paling berani membabitkan Suaram dan orang berlakangnya Anwar Ibrahim. Pendedahan disusuli barisan peristiwa yang berkait-kait dan cukup membuat rakyat terfikir dengan rancangan Arab Spring dikatakan berlaku lebih awal sebelum PRU13 oleh Tun Dr Mahathir.

Nah sekarang satu persatu terbongkar dan kenapakah kegelabahan Anwar menggunakan kaedah You Ulang I Saman You? Adakah untuk menutup perancangan yang mungkin telah terlari sedikit dari perangan asal?

Saksikan ini sendiri Watch "Insiden Lahad Datu : SUARAM Salur 2 Juta US Kepada Penceroboh" on YouTube dan jangan lupa baca ini sekali sebagai tambahan baca Klik Sini malah ini juga boleh menjawap kenapa Tian Chua bergerak Manila?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Krisis Di Lahad Datu Memasuki Fasa Terbaru Psy War Menduga Kedudukan Najib Razak

Situasi getir di Lahad Datu telah memasuki fasa terbaru yang lebih berbentuk PsyWar yang mana Jamalul Kiram III (mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu) mengulangi tawaran untuk mengadakan gencatan senjata selepas permintaan awal semalam ditolak oleh Malaysia.

Menurut portal ABS-CBNnews Filipina, jurucakap Sultan Sulu mengemukakan tawaran kali kedua lewat semalam selepas ditolak oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi petang semalam.

Genjatan Senjata ini disusuli dengan tawaran untuk membebaskan tawanan terdiri daripada seorang anggota polis, dua anggota tentera dan seorang pegawai kerajaan jika gencatan senjata dipersetujui oleh Putrajaya. Benarkah mereka menawan semua ini? Dari sini kita telah nampak bagaimana pengganas cuba bermain isu untuk menyelamat saki baki pengganas yang telah membunuh 8 orang anggota (menurut laporan resmi kerajaan) dan setelah 52 pengganas atau lebih telah terbunuh selain sejumlah perisik pengganas di tawan tentera dan polis Malaysia.

"Kerajaan Malaysia menolak terus permintaan (diadakan gencatan senjata)... mandatnya sebelum mengiktiraf gencatan senjata unilateral yang dibuat oleh Sultan Sulu, mesti menyerah, kata mereka, 'militan' kepada mereka. Oleh itu, respons kepada itu, saya mahu mengulangi bahawa Kesultanan Sulu sekarang mengisytiharkan akan mengakhiri permusuhan secara unilateral," kata Abraham Idjirani, jurucakap Kesultanan Sulu.

Kami ingin memasukkan pengumuman menamatkan permusuhan bahawa Kesultanan Sulu, di bawah kepimpinan Sultan Jamalul Kiram III, bersedia untuk tukar tahanan perang," katanya Abraham lagi.

Sementara itu semalam, Najib menegaskan bahawa Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh militan tidak meletak senjata tanpa syarat.

Dari permainan terbaru! bukankah pengganas Sultan Sulu mendesak seolah-olah Malaysia mengiktiraf Kesultanan Sulu. Persoalanya jika Malaysia menurut kehendak mereka adakah secara tidak langsung Malaysia iktiraf Kerajaan Kesultanan Sulu? Sedangkan kenapa misi sejak 12/3 ditangguh sebanyak 4 kali bagi membolehkan rundingan menurut peruntukan Antarabangsa dijalankan secara rundingan dengan baik.

Situasi sekarang telah berbeza samasekali setelah ada kematian di sebelah Malaysia. Malah Najib Razak juga perlu ambil kira perasaan rakyat Malaysia yang terguris akibat kematian 8 anggota polis angkara Pengganas yang mungkin lebih awal menyusup secara bersekala ke Lahad Datu demi mengelak mereka dikesan pihak berkuasa.

Situasi sekarang juga menunjukan Najib bukan sahaja hadapi pesanan Setiausaha Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki-Moon untuk terus adakan rundingan setelah Jamalul Kiram III isytiharkan genjatan senjata buat kali pertama. Tetapi Najib juga menghadapi tekanan Pakatan Rakyat yang tidak putus-putus menjalankan serangan menjatuhkan imej polis dan tentera dan banyak persoalan lain yang menjadi bebanan buat Najib Razak yang... Ikuti sambungannya nanti.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday 7 March 2013

Video YB Zulkifli Nordin Amuk Kerana Polis

Huh hebat betul Yb Zul kita amuk sampai apek yang negeri China pun tak mahu dapat rakyat macamnya. Kalau ada dah lama ke tembak. Tapi rakyat Malaysia ada juga tahap sabarnya jangan sampai ada yang hilang sabar. Merana kau nanti... Tonton je lah.. Watch "Zulkifli Noordin Mengamuk" on YouTube
Published with Blogger-droid v2.0.10

Halaman Pakatan Bangsat Samakan Lakarkan Karikatur Askar Ops Daulat Berupa Babi

Ini adalah halaman bangsat! Yang patut diambil tindakan kerana mereka pengkhianat sebenar negara dengan memberi didikan kepada rakyat menghina dan mencaci Angkatan Tentera dan Polis supaya rakyat menjadi biadap seperti mana biadapnya Tian Chua. Inikah PAS nak semaikan di sebalik kesucian Anwar Ibrahim?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ops Daulat Malaysia Digertak Dengan Didatangi 10'000 Gerila Sulu

MANILA - Media antarabangsa termasuk media berpengaruh Filipina melaporkan, kira-kira 10,000 kumpulan gerila kaum Tausung dari Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi belayar ke Sabah bagi membantu pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Lahad Datu.

Media melaporkan, kenyataan itu dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Agama Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan (MNLF), Habib Hashim Mudjabab, semalam.

“Ramai antara kami marah dan kebanyakan mereka, termasuk golongan bukan pejuang, akan ke Sabah membantu tentera Sultan Sulu,” katanya.

Menurutnya, kumpulan gerila itu menyertai kumpulan pengikut Sultan Sulu dan mereka kini bersembunyi di sebuah kampung di Sabah melalui sebuah laluan di Filipina dikenali sebagai Southern backdoor (jalan belakang Selatan), laluan yang biasa digunakan pedagang kecil.

Laporan turut memetik, beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar kumpulan yang telah berjaya membolosi sempadan Sabah  tetapi hanya menegaskan ia mencecah ribuan.

Beliau berkata, walaupun pemimpin MNLF tidak mengeluarkan arahan rasmi untuk memasuki Sabah tetapi MNLF memberi sokongan penuh atas usaha Sultan Sulu untuk menuntut semula wilayah Sabah itu.Sementara itu, pembantu sultan berkata, di Manila, antara 100 dan 300 militan dipercayai melarikan diri serangan kelmarin dan bersembunyi di beberapa perkampungan sekitar Lahad Datu. - AFP

PecahPalakMikir: Apa dia orang fikir rakyat Malaysia takut. Kami rela bermandi darah demi cinta kami yang tidak berbelah-bahagi kepada Malaysia
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 6 March 2013

PAS Hantar Tentera Untuk Ops Daulat


PecahPalakMikir ketawa terbahak-bahak bila membaca posting Yb Zul sebab itu PPM buat poster ini. Jadi bagus layan je apa kata zul4kulim.blogspot.com
Published with Blogger-droid v2.0.10

Gempar Pakatan Rakyat Buktikan Perisiknya Lebih Hebat Berbanding Tentera Kerajaan

Siapa dapat nafikan kehebatan Anwar dan jenteranya yang punyai network tidak terbatas. Berbanding Najib Razak perlu meneliti dahulu samada memudarat negara atau tidak. Tetapi dalam kes Pencerobohan Lahad Datu yang Pakatan pertikaikan tahab risikan negara tentulah semudah Anwar berkata dan mehendiknya.

Dalam risikan negara bukan semudah yang rakyat biasa fikirkan. Dalam risikan negara, diketahui ada ajensi kuasa luar yang membantu pengkhianat dengan pelbagai cara. Ada yang dapat di dedahkan dan ada yang tidak di dedahkan kerana kekangan dibawah kuasa dunia yang lebih besar.

Bagi PecahPalakMikir sendiri juga kadang mendapat info jauh dari apa yang PPM dedahkan dalam blog. Tetapi disebabkan sebagai warga negara yang bertanggungjawap tidaklah boleh mendedah semua perkara sesuka hati demi mengejar ranking blog. Itu salah dan boleh menjejaskan negara.

Bergitu juga dengan risikan negara yang lebih hebat maklumat mereka ada. Cumanya kalau diketahui awalpun, sebarang tindakan mesti diambil kira dengan peruntukan Geneva dan Bangsa-bangsa Bersatu. Itu tidaklah semudah rakyat fikirkan. Apatah negara kita perlu berhati-hati dengan perangkap yang dipasang musuh negara untuk menghalalkan campur tangan mereka, dengan menggunakan pelantar kuasa dan undang-undang antarabangsa. Melainkan golongan pengkhianat negara sendiri, yang sengaja mahu mengheret Najib Razak masuk perangkap.

Macam Pakatan Rakyat pula tentu lebih hebat sampai ada wakil ke Manila sebelum pencerobohan berlaku tetapi apakah agendanya? Tak akan mencari jam omega kot. Dan bagaimana dengan Suaram yang mengaku terima dana luar dan tak akan terima dana tidak terima dengan arahan sekali ke?

Hakikat sebenarnya untuk pertahankan Malaysia yang tercinta dari dicerobohi bukanlah satu yang mudah berbanding kata-kata yang keluar dari mulut pengkhianat negara. Yang penting kita ikhlas pertahankan Agama Bangsa Negara dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah.
Published with Blogger-droid v2.0.10

VIDEO - 3 Bulan Sebelum Sulu Mencerobohan Sabah Anwar Sudah Dendangkan Kehilangan Sabah


Hah 3 bulan sebelum Sabah diserang Penceroboh Anwar sudah tahu melalui lagunya. Perhatikan tarikh dengan baik-baik. Kemudian kita kena fikir kenapa Tian Chua dan Sivarasa menyusul ke Sabah. Perhatikan tarikh twitter Tian Chua.

Tetapi Pakatan Rakyat nafikan melalui kaedah mainkan sendiwara U Ulang I Saman U

Published with Blogger-droid v2.0.10

Video Dr Mahathir Dedahkan Anwar Beri Autonomi Ancam Sabah Dengan Peperangan

U Ulang I Saman U ... Hah apalagi Anwar saman Tun Dr Mahathir kerana berani dedah soal keselamatan Sabah dari pencerobohan membabitkan Anwar Ibrahim. Perlukah Anwar bermain wayang saman atau bangkit jelaskan dengan lebih bermaruah, apatah seorang yang berhajat sangat jawatan Perdana Menteri.

Aidc- Janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi kuasa ‘autonomi’ kepada Sabah merupakan janji yang tidak bertanggungjawab dan meletakkan negeri itu berada dalam ancaman kancah peperangan kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, pada asalnya pencerobohan di Lahad Datu dianggap sebagai masalah setempat dan bukannya serangan daripada luar, sebab itu pihak polis yang perlu menyelesaikan masalah itu dan bukannya pihak tentera.

“Pada mulanya kita tidak anggap ini adalah serangan daripada pihak luar. Hanya mereka ini berada dalam wilayah kita, dan inilah tanggungjawab polis.“

Tetapi sekarang ini, agak jelas, bahawa serangan ini datang daripada luar, justeru itu pihak tentera sudah pun diarah untuk mengambil bahagian, “katanya dalam majlis Perkasa di Dataran Pekan Bagan Serai perak, 3 Mac.

Watch "Lahad Datu: Suluks in Sabah say they are loyal to Malaysia" on YouTube
Published with Blogger-droid v2.0.10

Kenyataan MILF Membuktikan Harakah Fitnahkan Najib Razak


Kegairahan PAS cuba mengawal situasi terhadap tekanan diterima Anwar, semakin sesak nafas dengan kaitan isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Peperangan media banyak menjuruskan Anwar dikaitkan termasuk pendedahan Reuters da perisik Filipina, Tetapi Anwar gagal menafikan termasuk menafi kenapa dia bertemu Nur Misuari dan kenapa Tian Chua dan Selvarasa berangkat ke Manila? Persolan ini tidak dijawap mereka tetapi lebih melihat Pakatan Rakyat cuba mengalih perhatian rakyat dari memikirkan persoalan itu dengan taktik menonjolkan petemuan MILF semasa perhimpunan agung UMNO.

Isu kaitan yang cuba dibawa Pakatan Rakyat termasuk PAS menerusi Harakah. Kononnya Najib berjanji sesuatu! untuk pelarikan persoalan apa yang telah dijanjikan Anwar kepada Nur Misuari?

Walaupun ada penafian MNLF Anwar terbabit tetapi bolehkah itu diterima bulat-bulat dalam dunia politik zaman sekarang. Kerana ada juga persoalan yang timbul mengatakan harapan besar jika Anwar tawan Putrajaya. Betulkah Sabah sebagai cagarannya? Kita tinggal persoalan ini.

Tindakan Barisan Pembebasan Islam Moro MILF tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan politik mengenai krisis Sabah membuktikan PAS salah anggap kepada MILF. malah Ketua Perunding MILF Mohagher Igbal menyuarakan tidak pernah membincangkan isu Sabah semasa berunding dengan Manila sebaliknya hanya rundingan damai.

Berbeza dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro MNLF, Nur Misuari memberi amaran kepada Najib jika Jamaludin Kiram III terkorban dalam Ops Daulat boleh dianggap pengisytiharan perang terhadap etnik Tausag dan kumpulan permisah tersebut.

Kedua situasi ini menunjukan percangahan jelas antara MILF dan MNLF. Dan bagaimana PAS dan Harakah boleh terus-meneruskan memfitnah Najib Razak semata-mata untuk menyelamatkan Anwar. Ini soal keselamatan negara, kita tidak boleh memihak kepada mana-mana individu yang terbabit dengan pengkhianatan negara. Walaupun dari sekutu mahupun seteru. Kita kena letakan semangat petriolisme lebih mendahului kepentingan politik.

Bergitu juga dengan soal kenapa kerajaan perlu tanggani pencerobohan Sabah melalui rundingan polis bukan ketenteraan. Kerana kita perlu mengikut peruntukan Geneva. Jika kita mulai dengan ketenteraan bermakna Malaysia secara tidak langsung iktiraf kerajaan Sulu dan boleh menyebabkan campurtangan kuasa asing. Adakah ini yang dikehendaki mereka?



Published with Blogger-droid v2.0.10

Ops Daulat 14 Mayat ditemui

Drama pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo telah berada di kemuncaknya apabila kerjasama PDRM dan ATM menggerakkan 7 Batelion dalam operasi besar-besaran Ops Sulu.

Gerakan pukul 7 pagi itu dimulakan dengan serangan bom MK81 yang seberat 113 kg yang dilepaskan 3 jet F/A-18D Hornet dan 5 buah Hawk. Kemudian disusuli dengan tembakan mortar oleh pasukan infantri Rejimen Askar Melayu Diraja.

Mengikut Twiter Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak "Alhamdulillah saya dimaklumkan operasi berjalan seperti dirancangkan. Sedang melakukan operasi membekas dari rumah ke rumah.

Semasa operasi geledah di kawasan Kampung Tanduo, gagal menemui sebarang mayat kerana dari sumber difahamkan Adik Sultan Jamalul Kiram dipercayai telah melarikan diri sebelum operasi dan dipercayai sedang bersembunyi di Kampung Tanjung Batu yang kira-kira 9 batu jaraknya.

Namun bergitu pihak keselamatan telah menemui 14 mayat yang kembung dan busuk, dipercayai mati dalam pertempuran pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan dakwaan penduduk yang nampak kira-kira 200 pengganas merangkak larikan diri ketika serangan jet.

Ops Daulat masih diteruskan.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday 5 March 2013

Cerita Sulit Disebalik U Ulang I Saman U Pecah Rekod Dunia

Adus-adus Anugerah Papaku Hebat dari Anugerah Tuhan yang kehilangan jam omega ketika bercakrama alam fantasi china doll.

Kini papaku terdesak kerana terpalit dengan serangan Reuters dan Media Filipina. Tetapi salah dan tidak betul media tersebut tidaklah dapat Papaku saman! Sebaliknya saman saja yang mana ada! ingat U Ulang I Saman U...

Adus itulah cara terakhir untuk Papaku bernyawa diketika menanti gelanggang PRU13 dibuka. Papaku hampir lemas akibat dari pertemuan sulit mulit di Manila. Entah kenapa Perisik Manila bocorkan rahsia, Reuters dedahkan siapa berkawan dengan lanun? Tetapi tidaklah Papaku mampu menangkis serangan luar dan bala jentera maya Papaku pun sudah mati kutu bagaimana untuk pertahankan papaku. Apa lagi peluang papaku jika semuanya gagal. Itu saja cara terbaik U Ulang I Saman U dipentas kebebasan media seperti mana papaku war-warkan selama ini. Iye kebebasan media yang menyebelahi papaku itu dinamakan bebas tetapi yang sebaliknya salah etika.

Tabik Papaku satu contoh terbaik buat kredibliti bakal Perdana Menteri kerana kaedah Alice In The Wonderland adalah perancangan terbaik menuju ke

PutraWonderland! Papaku hebat bak kata mamaku Anugerah Tuhan... Aku percaya Papaku bakal cipta satu lagi rekod Anugerah "Saman" terbanyak. Tahniah Papaku u're the best kerana hendak jadi PM mesti kerap-kerapkan saman orang. PecahPalakMikir
Published with Blogger-droid v2.0.10

Editor Harakah Kantoi Buta Geneva Ada Hati Serang Najib


Inilah PAS dan tahap lembab Editor Harakah. Hendak spin pun jangan memalukan diri. Kalau sudah terlampau politikan isu sehingga lupa tanggungjawap kepada negara. Inilah jadinya! Rakyat harus faham jika pada awal Pencerobohan Lahad Datu terus ditangani dengan ketenteraan menyebabkan Malaysia dengan sendirinya iktiraf Sulu sebuah kerajaan dan akhir isu ini akan menjadi lebih panjang dan sukar diselesaikan Kita sememangnya tidak berminat untuk mengorbankan anggota polis tetapi kerajaan terpaksa menyelesaikan isu berdasarkan undang dunia dan bukan undang rimba! Kita terikat dan perlu berhati-hati atau kehilangan Sabah. Macam Harakah mahu PAS mereka perduli apa asal ada kesempatan semua hendak dipolitikan.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday 4 March 2013

Tian Chua Mana Mahu Lari 1 Malaysia Cari Lu

Sekuruh Malaysia telah bangkit menuntut Tian Chua mohon maaf dan lebih menarik lagi UMNO bakal saman Tian Chua.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang perlu berhenti membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap parti itu dan membuat permohonan maaf atas tuduhan yang mengaitkannya dengan isu Lahad Datu, Sabah.

“Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengarahkan saya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang telah mengaitkan Umno terhadap insiden di Lahad Datu.

“Ini kerana segala tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej Umno," kata beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.Kata Tengku Adnan, tindakan Tian Chua juga bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan BN, yang mentadbir Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik.Tindakan undang-undang telah diambil melalui penasihat undang-undang Umno terhadap Tian Chua, yang juga Ahli Parlimen Batu berkaitan kenyataannya dalam KeadilanDaily.com.

“Notis telah dihantar kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula hari ini, 4 Mac 2013 untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu di atas atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap Umno, membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya terhadap Umno," katanya.

Tengku Adnan berkata, Tian Chua juga perlu menerbitkan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah dan permohonan maaf tersebut dan menyediakan satu akujanji bertulis bahawa beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa serta membayar ganti rugi untuk kerosakan reputasi yang teruk dan ganti rugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Umno.

“Umno tidak memandang ringan terhadap perbuatan fitnah dan sekiranya sebarang maklumbalas tidak diterima berhubung tuntutan terbabit maka bermakna Tian Chua tidak menafikannya dan juga berniat untuk meneruskan penerbitan berunsur fitnah.

“Oleh itu, Umno akan meneruskan prosiding mahkamah terhadap Chua Tian Chang tanpa sebarang rujukan kepada beliau termasuklah untuk memfailkan injuksi bagi menghalang penerbitan lanjut berkaitan isu ini," katanya lagi.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Eksklusif Lahad Datu - Penasihat Sultan Sulu Membongkar Tohmahan Anwar Ibrahim

Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.

Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu terbongkar.

Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei.

Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback.

Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company. Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang.

Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka. Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta.

Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar.

Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia".

Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru.

Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah.

Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia.

Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula.

Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007. Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau.

Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita.Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya.

Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu.

Lokman Noor Bin Adam 4hb Mac, 2013
Sumber: http://section9inmy.blogspot.com/2013/03/eksklusif-lokman-adam-penasihat-sultan.html?m=1
Published with Blogger-droid v2.0.10

Pakatan Rakyat Terdesak Mengguna Gambar MILF Untuk Selamatkan Anwar

Isu pencerobohan di Lahad Datu, Sempurna Sabah benar-benar membuatkan Anwar tertekan hingga ada ura-ura Utusan Malaysia bakal disaman sekali lagi.

Malah cuba menipulasi isu yang kononnya Najib berjanji berbanding isu yang Anwar patut nafikan "dia telah beri berjanji" kepada Sultan Sulu untuk ambil Sabah kalau Pakatan Rakyat menang pru13.

Malah sukar untuk dinafikan kenapa Tian Chua dan Sivarasa perlu ke Manila? Seperti poster ini.

Apatah lagi media Filipina mendedahkan kaitan Pembangkang di Malaysia membawa masuk pengganas, jadi siapa pembangkang dimaksudkannya?

Isu-isu yang timbul melalui media, benar-benar membuatkan media Pakatan Rakyat kehilangan punca bagaimana untuk mengawal keadaan. Maka mulalah timbul isu hendak saman menyaman. Tetapi kenapa Anwar tidak berani saman media Filipina dan Reuters?

Malah kerana terdesak juga media Pakatan Rakyat sengaja membodohkan diri dengan cuba mengaitkan kehadiran Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 lalu dengan insiden berdarah Lahad Datu. Ini semua kerana terdesak untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim dari terus menerus hilang populariti sebagai Calon PM.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Lahad Datu Pendedahan 4 Kali Cubaan Menceroboh Sabah Sejak 2012

Seorang Paderi Filipina yang juga menyusun strategi politik, Pastor Boy Saycon, semalam tampil mengaku menjadi penasihat Sultan Jamalul Kiram III dalam tuntutan ke atas Sabah.

Menurut Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA) itu, tindakan berkenaan dibuat atas kapasiti peribadidan tiada kena-mengena dengan jawatannya.

Kata Saycon diamengetahui rancangan menceroboh Sabah itu sejak Ogos tahun lalu,tetapi dia membantah cadangan berkenaan.

"Ada empat cubaan menyeberang ke Sabah sebelum ini, tetapi saya menghalang semua cadangan itu," katanya

Saycon berkata cubaan pertama dibuat pada Ogos 2012 dan ia dimaklumkan jurucakap Jamalul, Abraham Idjirani.

Justeru kata Saycon dia berbincang dengan Jamalul Kiram dan menyakinkan Sultan Sulu itu supaya menasihati adiknya, Agbinuddin tidak meneruskan cadangan itu.

Kali kedua cubaan itu dibuat pada September 2012 dan Saycon menghantar Abraham ke Sulu untuk berbincang dengan Agbimuddin.

"Tujuannya supaya mereka membatalkan niat itu," katanya.

Sebelum dia bercakap dengan Agbimuddin, Saycon berkata, dia dapat tahu raja muda itu mempertikaikan tindakan Jamalul menghalang rancangan berkenaan ketika pengikut Sultan Sulu itu di Sabah ditindas.

Katanya, pengikut Sultan Sulu di Sabah malu kerana tidak berbuat apa-apa.

"Agbimuddin mengadu pengikut mereka menghadapi tidakan pihak berkuasa di Sabah", katanya.

Saycon berkata penduduk keturunan sulu disebat polis sebelum diusir keluar ke Sulu dan Tawi-tawi

Selepas kerajaan Filipina menandatangani perjanjian damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro Oktober tahun lalu, wujud ketegangan dalam pentabiran Sultan Sulu, tetapi tiada rancangan memasuki Sabah disebut ketika itu.

Cubaan kali ketiga, Saycon, berlaku pada November tahun lalu.

"Keluarga Sultan Sulu khuatir dan kecewa kerana permintaan mereka kepada kerajaan untuk memasukan isu Sabah dalam rundingan damai dengan Bangsamoro tidak dipertimbangkan," katanya. Inquirer Globalnation.

PecahPalakMikir: Adakah apa yang sedang berlaku di Lahad Datu sekarang kerana Anwar telah beri janji" kpd sultan sulu untuk ambil Sabah kalau Pakatan Rakyat menang pru13?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Apa lagi Misi Yang Anwar Ada Untuk Tawan Putrajaya

Alhamdulillah situasi sekarang di Lahad Datu semakin terkawal seperti yang didedahkan dalam sidang Media KPN.


Tindakan Filipina mendedahkan siapa dalang sebenar membawa dan berjanji kepada pengganas di Lahad Datu telah banyak memberi impak kepada Anwar yang dikaitkan terlibat secara langsung. Apatah pertemuannya Anwar Ibrahim bertemu dengan Nur Misuari -Rujuk Sini- yang pernah memimpin MLNF. Cukup menguatkan lagi tanggapan yang Anwar dilihat terlibat.

Disamping itu terdapat bukti bagaimana Tian Chua dan Sivarasa telah pergi ke Manila untuk Misi Penting yang digelar oleh Tian Chua sendiri. Rujuk sini. Yang paling sukar dinafikan Anwar Ibrahim apabila kenyataan Reuters dan pihak perisikan Manila sendiri telah mengesahkan bahawa daripada tiga pihak yang mendalangi pencerobohan lanun-lanun Sulu itu, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat memang terlibat secara langsung.

Jika ini terbukti adalah semakin tidak layak Anwar Ibrahim dan semakin terdesak akan situasinya untuk mengejar cita-cita ke Putrajaya. Setelah kegagalan Manifesto Pakatan yang dibentang sebelum ini. Terlampau banyak dipersoalkan rakyat terutama kegagalan negeri Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah menunaikan janji di PRU12. 

Juga ceramah Anwar Ibrahim semakin surut dari dikunjungi penyokong mahupun atas pagar. Dan Anwar semakin dipinggirkan dari ceramah PAS atas sikapnya yang menyokong DAP untuk pertahankan Khalimah Allah digunakan sebagai terjemahan Lord atau God bagi bible versi melayu.

Sekarang Anwar bukan setakat menyokong keselamatan Israel, dia Pluralisme, dia Sosialisme, dia menyokong LGBT, dia mendapat dana luar dan sekarang Anwar dikaitkan dengan golongan lanun yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya. Persoalannya layakkah individu bergini yang sangggup buat apa saja menjadi Perdana Menteri?

Sunday 3 March 2013

Tian Chua Yang Amat Berhormat Atau Bangsat?


Rakyat Malaysia sendiri telah menonton bagaiman Tian Chua cuba mengalih isu Lahad Datu sebagai sendiwara UMNO. Cuba perhatikan kenapa Twiter Tian Chua menggambarkan ada misi penting bersama Sivarasa Rasiah ke Manila. Apa yang penting sangat untuk seorang pembakang untuk segera ke Manila? Mengapa mereka harus berjumpa dengan Nur Misuari? Bagaimana dengan kerajaan Filipina mendedahkah penglibatan Pembankang dalam membawa pengganas ke Sabah? sila rujuk sini dan apa kaitan dengan MNLF

Seperkara lagi kenapa Perikan Filipina mendakwa Anwar sebagai dalang kematian 13 orang?



Jangan kita lupa yang Manila Times pula dilaporkan mendakwa bahawa pencerobohan secara mendadak itu adalah berkaitan dengan kempen pembangkang Malaysia untuk memberi autonomi kepada Sabah jika mereka menang. Jadi adakah tujuan Tian Chua dan Sivarasa ke Manila untuk misi yang sama dan dianggap penting sangat? Jika benar Tian Chua tidak layak digelar Yang Amat Berhormat tetapi Yang Amat bangsat. Bersambung...



Video Siap Siaga Barisan Kita Demi Negara Tercinta


Ayuh kawan-kawan bersama kita berdiri teguh menyokong kekuatan sistem pertahanan negara kita. Jangan kita mempamerkan rasa tidak bertangungjawap seperti manusia ini yang terlampau gilakan politik hingga menghina dan menghedik perwira kita yang terkorban dibatas peperangan demi mempertahankan negara.
Ikuti kisah ini....

Komen from my LD friend : Kwn2, allow me a moment of indulgence to clear the foul stench of stupidity amongst the malaysians. Kes kat LD is nothing new to us sbhns, in the 90s they abruptly came to the shore at Semporna and immediately bombed the police stations, and went amuck at the town. They are smart people, some left at the sea naik dr kwsn bakau and lived for 6 mths b4 start to mingle with locals and married them. The tausugs in LD now didn't came all at once, instead they came in batches, with inside helping frm their family at the village. Trust me they have been there at least 2-3 mths b4 the group bcomes complete, then they decide its time to wage war. Klu tak paham rules of engagement, jgnlah menunjuk pandai ckp bukan2 kata kerajaan lemah, ada hati nak banding dgn bersih. Polis kene masuk dulu sbb dorg trained as negotiators, tentera is the last resort as they will not spare anyone once commanded. They need time to ensure all the locals are out of the village and then cut their food and financial resources, hoping the tausugs will surrender. That is our rules of engagement. We are not barbaric stoic like the american soldiers yg pandai ckp je kt media. Skrg ni cuba bg arahan btukar kt sbh tau swk, meraung bwk keturunan naik turun ofis merayu xnak dok sana, tp mulut mcm haram mengutuk semua yg tlibat kt LD kata klu dorg kt sana lama dah settle. Kene suntik kat hspital pun pejam mata mengucap2, tgk darah pun pitam lagi nak gi perang. Those who went in and died today knew they might not come back alive, as that was their vow when inducted to the force. So please, belajar drp sejarah, nak blajar sejarah kene bnyk membaca, sbb tu org kita ramai jd mcm ni, mulut ngan otak tak sama frekuensi, bhsa biadapnya bangang abadi. Fedup with their stupidity. Thank u for ur moment.

Apa Kaitan Anwar & MNLF di Lahad Datu ?

Dikhabarkan Sultan Sulu tidak mempunyai pasukan askar sendiri. Kumpulan bersenjata yang datang ke Lahad Datu adalah merupakan askar pinjaman dari MNLF bagi melaksanakan niat tersembunyi pihak-pihak tertentu. Untuk isu sebelum rujuk sini : Flipina Mendedahkan Dalang Pembankang Malaysia Membawa Masuk Pengganas http://bitly.com/YIU3W3

Kononnya pentempuran pada Jumaat lepas membolehkan penyulusupan masuk askar tambahan melalui Kalimantan. Jika datang dari Kalimantan adakah tidak membabitkan MNLF?

Masalah besar yang dialami dalam isu Lahad Datu kerajaan menghadapi serangan pengganas yang berpengalaman berperang secara gerila yang hampir sama dengan zaman Komunis. Mereka mungkin telah lama datang untuk membuat penelitian dan perancangan, sebagai pendatang tampa izin dengan bantuan penduduk kampung yang kebanyakan mempunyai talian persaudaraan dengan Filipina.

Situasi ini menyebabkan ada cerita mengatakan, ada orang kampung yang memberi bantuan secara langsung. Lebih membimbangkan kekuatan pengganas ini mempunyai jaringan sulit di berberapa negara disekitar Asia dan terkenal dengan aktiviti Lanun di kawasan perairan negara.

Persoalanya Anwar dikaitkan dengan isu ini menimbulkan berberapa persoalan yang lain? Adakah ini kesempatan Anwar untuk memastikan aset tetap kekuatan Barisan Nasional terjejas demi membolehkan Anwar menawan Putrajaya. Pendedahan Reuters: Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.

Ini menyebabkan kita bertanya adakah Anwar bergitu terdesak menggunakan pengganas semata-mata mengejar jawatan Perdana Menteri? Jika benar bermakna Anwar tidak langsung mempunyai semangat cintai Agama Bangsa dan Negara. Pecah Palak Mikir. bersambung....
Published with Blogger-droid v2.0.10

Isu Terkini

get this widget here