Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 6 March 2013

Kenyataan MILF Membuktikan Harakah Fitnahkan Najib Razak


Kegairahan PAS cuba mengawal situasi terhadap tekanan diterima Anwar, semakin sesak nafas dengan kaitan isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Peperangan media banyak menjuruskan Anwar dikaitkan termasuk pendedahan Reuters da perisik Filipina, Tetapi Anwar gagal menafikan termasuk menafi kenapa dia bertemu Nur Misuari dan kenapa Tian Chua dan Selvarasa berangkat ke Manila? Persolan ini tidak dijawap mereka tetapi lebih melihat Pakatan Rakyat cuba mengalih perhatian rakyat dari memikirkan persoalan itu dengan taktik menonjolkan petemuan MILF semasa perhimpunan agung UMNO.

Isu kaitan yang cuba dibawa Pakatan Rakyat termasuk PAS menerusi Harakah. Kononnya Najib berjanji sesuatu! untuk pelarikan persoalan apa yang telah dijanjikan Anwar kepada Nur Misuari?

Walaupun ada penafian MNLF Anwar terbabit tetapi bolehkah itu diterima bulat-bulat dalam dunia politik zaman sekarang. Kerana ada juga persoalan yang timbul mengatakan harapan besar jika Anwar tawan Putrajaya. Betulkah Sabah sebagai cagarannya? Kita tinggal persoalan ini.

Tindakan Barisan Pembebasan Islam Moro MILF tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan politik mengenai krisis Sabah membuktikan PAS salah anggap kepada MILF. malah Ketua Perunding MILF Mohagher Igbal menyuarakan tidak pernah membincangkan isu Sabah semasa berunding dengan Manila sebaliknya hanya rundingan damai.

Berbeza dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro MNLF, Nur Misuari memberi amaran kepada Najib jika Jamaludin Kiram III terkorban dalam Ops Daulat boleh dianggap pengisytiharan perang terhadap etnik Tausag dan kumpulan permisah tersebut.

Kedua situasi ini menunjukan percangahan jelas antara MILF dan MNLF. Dan bagaimana PAS dan Harakah boleh terus-meneruskan memfitnah Najib Razak semata-mata untuk menyelamatkan Anwar. Ini soal keselamatan negara, kita tidak boleh memihak kepada mana-mana individu yang terbabit dengan pengkhianatan negara. Walaupun dari sekutu mahupun seteru. Kita kena letakan semangat petriolisme lebih mendahului kepentingan politik.

Bergitu juga dengan soal kenapa kerajaan perlu tanggani pencerobohan Sabah melalui rundingan polis bukan ketenteraan. Kerana kita perlu mengikut peruntukan Geneva. Jika kita mulai dengan ketenteraan bermakna Malaysia secara tidak langsung iktiraf kerajaan Sulu dan boleh menyebabkan campurtangan kuasa asing. Adakah ini yang dikehendaki mereka?



Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here