Ini kisah benar yang ramai rakyat Malaysia terutama umat islam terlepas pandang. Sudah terlampau lama PAS bersembunyi disebalik Majlis Ulama PAS semata-mat ingin menghalalkan apa jua yang diperjuangkan Pakatan Rakyat. Berbaloikah rakyat Malaysia membiarkan gejala ini menular hingga kita bakal tergadai negara tercinta ini?
Kalaulah orang PAS berperang mulut mempertahankan keislaman PAS, pasti akan terpacul keluar dari mulut mereka, PAS itu islam kerana mempunyai Majlis Syura Ulama untuk menentukan dasar parti. Betulke!! atau yang ramai rakyat tidak nampak semua itu hanya permaianan silap mata?
Menurut sejarah Majlis Syura Ulama bermula semasa era kepimpinan Yusof Rawa. Fungsinya termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7(B) “Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.” malah Majlis Syura Ulama diheboh-hebohkan sebagai lebih berkuasa dari jawatankuasa pusat. Persoalannya sekarang sejauhmana kekuatan atau kekuasaan Majlis Syura PAS. Ini Kisah Benar Talqinkan Majlis Syura PAS yang patut kita bongkarkan.
Semenjak kemenangan PAS menerajui Kelantan dan Kedah pada 2008, PAS sedar kerjasama dalam Pakatan Haram lebih berkesan berbanding sebelumnya yang mana mereka berjuang sendirian. Untuk mendapat kepercayaan Pakatan Haram, PAS rela berkorban mengugurkan dua perkara menjadi kekuatan kempen mereka dan juga menjadi isu perbalahan antara PKR, DAP dan PAS. Oleh kerana Nik Aziz berazam menuju ke Putrajaya akhirnya Majlis Syura PAS mencari alasan yang sesuai untuk menghalalkan penguguran Negara Islam hingga dikatakan tiada dalam Al-Quran dan penguguran Hukum Hudud dari terselit sebagai agenda dalam buku Jinga . Sifat ini telah menampilkan PAS lebih bermaksud PERASIT Islam Semalaysia
Inikah yang dikatakan Majlis Syura Ulama lebih berkuasa atau Majlis Pakatan Haram kaldaikan PAS. Yang pasti Kapal, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng ketawa terbahak-bahak manakala Anwar lagi lebar senyumnya sebab sudah berjaya membuktikan kemampuan Anwar mengkaldaikan PAS, kepada sekutu Yahudi. Manakala Nik Aziz tidak sedarpun apa yang sebenar berlaku, mungkin disebabkan Nik Aziz terpegun melihat Elizabeth Wong menggodanya dengan memakai tudung, cair woo!!
Kecuali Isu khalimah Allah telah menonjol kebangkitan kelakian Dr Harun Din mempertahankan Khalimah Allah sedaya upaya dengan berkata "umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – membenarkan mingguan Katholik Herald The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya – boleh membawa kepada kekufuran" walaupun terdapat pencagahan pendapat antara Haji Haji, dan akhirnya Nik Aziz sekali lagi tampil menundukan Dr harun Din supaya Majlis Ulama bersama-sama menjadi kaldai Pakatan Rakyat. Yelaaa hendak lawan nanti tidak merasa Putrajaya la pulak. Pokok pangkal asas perjuangan PAS ke Putrajaya adalah wajib, biar apa jua alasan dan pengorbanan samada betul atau salah, itu bukannya masalah.
Kemudian datangnya Seksualiti Merdeka yang diketuai Ambiga. Majlis Syura PAS dah letih lalu terdiam sepi, sekali sekala terdengar suara sayup-sayup dari jauh. Kerana Majlis Syura harus menentang tapi sekadar syarat kepada rakyat yang kononnya Majlis Syura masih ujud. Hendak tampil mencegah jangan harapla sebab sekali Anwar jegil lari sembunyi semuanya. Itulah tahap ketakutan PAS kepada Anwar berlarutan sehingga rela menentang Himpunan Sejuta Ummah. Hakikatnya Majlis Syura tahu Sejuta Ummah bertujuan membentras gejala memurtadkan orang islam. Memandangkan Ambiga antara orang paling kerap membela umat islam murtad. Majlis Syura hilang keberanian untuk tampil ke jalan yang benar iaitu yang dituntut Allah. Apatah ada ura-ura hendak melantik calon bukan islam sebagai calon Timbalan Presiden dan calon terdekat Ambiga. Semuanya tidak mustahil akan berlaku dalam PAS selagi bersetongkol dengan Pakatan Haram. Tertanya-tanya dimana kewibawaan Nik Aziz untuk mempertahankan maruah Majlis Ulama?
Kepincangan Majlis Ulama bersambung kepada trajedi pemercatan Hassan Ali yang merupakan ahli yang paling tegas dan komited merelisasikan perjuangan asal PAS. Semasa peristiwa itu, Majlis Syura PAS hilang bersembunyi apabila Azmin Ali menyergah PAS supaya pecat Hassan Ali serta merta. Bukan setakat itu Majlis Syura terus membisu membenarkan apa sahaja ahli-ahli PAS hendak menghina mencaci, memfitnah dan maki hamun kepada Hassan Ali tampa ada sebarang larangan. Itulah kemuskilan perkataan "Ulama". Kalau benar berdiri sebagai ulama adakah cara paling terbaik melayan bekas perjuang berani mati PAS. Akhirnya Majlis Syura terpaksa telan air liur sendiri apabila MB Khalib dengan tergagap-gagap mengumumkan hanya PKR layak menjaga hal ehwal agama di Selangor. Manakala PAS layak menjaga adat sosial sahaja. Mungkin sebab dulunya Nik Aziz tak suka dengan Bangsa Melayu hingga lupa siapa dirinya, maka Allah takdirkan PAS berlajar dari bawah untuk mendalami semula apa itu Parti Adat Sosial sampai faham!!
Anwar semakin ketawa dan berani tampil memperjuangkan mendukung keselamatan Israel. Kali ini Majlis Syura Ulama bangun dengan tegas mendesak dan terus mendesak dengan sepunuh kuasa membuktikan kelakian anggota Majlis Syura Ulama. Sehingga Nik Aziz tampil bertegang leher dengan kata dua yang amat keras dalam sejarah. Samada Anwar menarik balik kenyataan di Wall Streat Journal atau saman WSJ. Fuhhh berderu seluruh warga PAS melihat pertama kali dalam penggal ini Majlis Ulama dan Nik Aziz bergitu tegas. Tapi alahai sekejap sahaja terus kucup layu terkulai, kerana Anwar punya auta sampai Nik Aziz cair dengan janji-janji manis Anwar.
Sampai terlupa Nik Aziz yang Perlembagaan PAS, Fasal 7(B).“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.” Inlah sedangkan Nik Aziz sendiri tidak patuh, apatah ahli-ahli lain. Patutnya PAS tukar sahaja dari "mengeluar arahan" kepada "menerima arahan dari Pakatan Haram". Berani PAS mengaku hal sedemikian walaupun hakikatnya itulah realiti Majlis Syura.
Akhir kemuncak perjuangan, PAS rela membawa masuk pengaruh menghalalkan Yahudi. Wahal PAS adalah parti anti Yahudi seumur hidup. Mereka sudah lupakah yang puak-puak PAS bermati-matian bergaduh dengan FRU pada 4 April 1997 semata-mata menetang kehadiran permain kriket Israel ke Malaysia. Sampai Mat Sabu dan Salehudin Yakob di penjara. Wajah-wajah yang berkuasa menentukan arah tuju PAS adalah parasit yang mendapat arahan langsung dari Anwar. Nik Aziz sendiri tidak ada kuasa mentabir partinya sendiri. Jadi bagaimana Nik Aziz boleh layak menjadi pemimpin yang memimpin? Kalau hendak menjadi penasihat pun rasa-rasanya dah lewat sangat untuk dicuba-cubakan.
Lebih melampau sekali apabila Nik Aziz menggunakan kembali ayat Syurga sebagai daya penarik kepada akar umbi dan umat islam mengangkat seolah-olah agama. Apabila PAS diangkat sebagai agama bermakna pemimpinnya seolah-olah maksum. Idea ini bukan baru telah lama berlaku semenjak PAS cuba menyebarkan pengaruh hingga ke lubuk hati rakyat islam hingga terpahat dari mengenkari arahan PAS. Kerana jika anda engkar anda sesat!
Inilah daya penarik bukan! Kemudianya datanglah arahan Nik Aziz bersama-sama bala tentera Perasit Islam Semalaysia mengeluarkan arahan halalkan Himpunan Bersih dari siri pertama hingga ke Bersih 3.0 Apa yang berlaku, terlihatlah golongan-golongan fisabilillah berketuankan Ambiga bangun berjuang kononnya atas nama menegakan keadilan. Keadilan yang bagaimana iaitu menghalalkan Pakatan Haram ke Putrajaya tampa mengundi kalau boleh! Sebab mereka mempersoalkan SPR itu pengotor wahal mereka telah memenangi 5 negeri pada PRU12. Mereka kata ramai pengundi hantu tapi sudah berpuluh tahun ujud istilah ini tapi satupun pengundi hantu belum ditangkap dan dihadapkan ke makamah. Malah mana dia bukti warga asing menukar status negara Malaysia, adakah mereka penah bawa seorang dua pun sudah cukup sebagai pembuktian untuk kita hadapkan Kemuka pengadilan.
Hairan bukan bagaimana Ambiga Pendukung Kemurtadan Islam boleh menjadi ketua mereka yang melaung-laungkan Islam sebagai tonggak perjuangan. Kemudia Bersih 3.0 sebenarnya mendapat kelulusan kerajaan untuk dijalankan berdasarkan syarat mudah iaitu bukan kawasan seperti Dataran Merdeka. Pakatan Rakyat sedar arahan Makamah melarang dan kerajaan menawarkan 4 stadium sebagai tempat mereka berhimpun. Pakatan rakyat tidak endah, Perasit Islam Malaysia PAS tidak endah malah memutar belit keadaan dengan hujah-hujah dangkal. Dimana Majlis Syura PAS ketika itu? Langsung tiada suara?
Akhirnya 28 April setelah arahan Ambiga semua umat Ialam yang menyokong Ambiga datang ke Dataran Merdeka dengan mengistiharkan fisabilillah menentang kerajaan zalim. Adakah mereka ini mengikut Al Sunnah Wal Jamaah. Dengan berketuakan Ambiga Anti Islam untuk menjatuhkan Kerajaan Islam. Adakah Majlis Syura bersuara? langsung tenggelam! Setelah tengah hari keadaan Bersih 3.0 kurang mengujakan ada terlihat kelibat Anwar dan Azmin memberi dorongan secara tidak langsung untuk mengubah menjadi satu rusuhan hingga berlaku adengan ganas menyerang orang awam dan polis malah kereta polis kemalangan gara-gara keganasan fisabilillah Ambiga.
Penamat Bersih 3.0 Nik Aziz terpaksa menghalalkan keganasan Bersih 3.0 demi mengjaga Anwar dan Ambiga. Adakah Majlis Syura bersuara dalam penipuan ini? Adakah anda faham maksud Kisah Benar Talqinkan Majlis Syura PAS
Sebenarnya terlampau banyak lagi isu yang ada pada penggal ini membabitkan kelayuan Majlis Suram Ulama. Semuanya sekadar pembohongan menipu rakyat yang kononnya PAS perjuangkan islam dengan meletak bingkai Majlis Syura Ulama di dinding sebagai ayat hiasan, PAS memcipta pelembagaan dengan cantik-cantik bunyi bahasanya tapi sekadar ayat penyedap. Kalau ayat setakat penyedap buat apa! adakah bercakap sahaja negara dah terus jadi islam!! Mana pelaksanaan dan ketegasan, fikir-fikirlah.......