Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 29 April 2012

Penamat Bersih 3.0 Merugikan Anwar Dan Ambiga

Semalam 28 April satu usaha bermati-matian Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan satu-satunya pemerintahan UMNO BN yang telah bertahan lebih 50 tahun berbanding mana pemerintahan di dunia yang gagal mencecah angka 50 tahun. Bersih 3.0 adalah kaedah melihat bagaimana rakyat sanggup bergadai nyawa demi Pakatan Rakyat. Tetapi sayang sekali Bersih 3.0 gagal menyaingi Bersih 2.0 yang kehadiran penyokong semakin susut. Inikah Penamat Bersih 3.0 Merugikan Anwar Dan Ambiga dan Pakatan Rakyat bakal tumbang dan apa lagi selepas ini? Kerana Bersih 3.0 hanya satu rusuhan dan akan datang adakah Rusuhan Bersih 4.0 atau rampasan kuasa secara terus ?

Dalam kegairahan Pakatan Rakyat menggunakan pendekatan menghasut, UMNO BN terus gah dengan pendekatan Tranformasi Rakyat yang menyeluruh. Imbas kembali bagaimana kegagalan Pakatan Rakyat membelanjakan RM300 juta semata menjayakan 16 september tetapi gagal bukan. Malah beralihnya penyokong PKR kepada menyokong UMNO BN dan penyerang Pakatan Rakyat semakin ramai. Lebih menyakitkan golongan ini bukan alang-alang kerana mempunyai kepakaran menyerang Pakatan Rakyat, sehingga semakin perit untuk dipertahan benteng ketahan Pakatan Rakyat. Itu masih berlaku sampai sekarang.

28 April rakyat dihidangkan dengan rusuhan Bersih 3.0 yang mana cukup jelas memperlihatkan undang-undang baru yang memberi hak berhimpun buat kali pertamanya, disia-siakan Pakatan Rakyat dengan menjadikan satu rusuhan yang jelas membabit segala pembuktian Pakatan Rakyat terlibat. Malah pihak polis dilihat amat cekap dan bersabar menghadapi situasi getir tampa melatah melakukan sesuatu yang zalim kecuali mempertahan keadaan. Ini adalah senjata makan tuan apabila 80% pengguna laman sosial lingkungan umur 18 hingga 45 tahun mula meluahkan rasa bosan dan mengutuk gerakan Bersih yang lebih dilihat sebagai menyusahkan orang ramai dan memalukan negara.

Akhir semakin ramai rakyat beralih dari penyokong pakatan pembangkang. Tambahan sebelum ini mereka sudah bosan dan meluat dengan janji kosong dan pelbagai skandal pemimpin dalam PR. Mereka sudah nampak bagaimana perjuangan parti PAS DAP PKR sudah lari daripada landasan asal, dan sering bersengketa sesama sendiri termasuk mencipta pepecahan kepada negara ini. PAS dengan cara menyeleweng dari sifat islam PKR menggadai sifat islam dan cuba menyamaratakan dengan agama lain termasuk mengahalalkan sex bebas. Manakala DAP bersifat komunis.

Berbeza dengan pendirian DAP, Pas dan PKR yang keras dan tidak fleksibel, pemimpin UMNO BN bersikap moderat dan bertolak ansur sehingga berani mengambil resiko menghapuskan ISA dan membenarkan himpunan asalkan tidak menggangu gugat ketenteraman awam. Mengkaji sistem pilihanraya walaupun dimenipulasikan Pakatan Rakyat. Pendekatan musyawarah dan konsensus yang diamalkan UMNO BN sejak penubuhannya pada 1974 telah berjaya selama 4 dekat kewujudannya. Walaupun terkanan dari Pakatan Rakyat dari perbagai sudut dan malah bertahap lebih menumpukan serangan terhadap DS Najib tetapi semuanya bagaikan sia-sia sahaja dan sekarang Penamat Bersih 3.0 Merugikan Anwar Dan Ambiga

Ketika mereka merusuh Najib tekad bertemu mendegar permasalahan rakyat. ketika mereka bersengketa Najib tampil pembaharuan negara, ketika mereka memcipta fitnah, Najib tampil mempekukuhkan ekonomi dan menambah kebajikan rakyat. Nampak siapa yang bekerja dan siapa yang berceloteh sampai Selangor apa jadinya, Kelantan dimana kemajuannya, Pulau Pinang kemana warga melayunya dan Kedah berapa banyak industri sedia ada bungkus cabut lari.

Sekarang apa lagi yang mampu Pakatan Rakyat lakukan untuk PRU13. Ingat kami akan pastikan Penamat Bersih 3.0 Merugikan Anwar Dan Ambiga . Tiada ruang buat PRU13 buat Pakatan Rakyat

1 comment:

Anonymous said...

Kerajaan dengan Parti pun kami da tak kenal da

Ni semua sebab demokrasi yang dijalankan secara AMAN oleh ENGKAU

ceh.

Isu Terkini

get this widget here