Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 13 April 2013

Video Jeneral Abdul Ghafir Minta Habuan Kempen Untuk PKR & Anwar Ibrahim

Hah kusangkakan demi Agama Bangsa dan Negara konon! Tetapi semua itu hanyalah sendiwara semata-mata. Rupa-rupanya kehadiran Leftenan Jeneral (B) Abdul Ghafir turun padang hanyalah sekadar mengharapkan habuan semata-mata. Patutlah sanggup membela Anwar Ibrahim tanpa ambil kisah siapa sebenarnya individu yang bernama Anwar Ibrahim.

Ini bukan rekaan tetapi benar-benar diluahkan oleh Abdul Ghafir. Lihat ini video Jeneral Minta Habuan Berkempen. Dalam ceramah Abdul Ghafir menghebahkan dirinya tidak bertanding tetapi mengikut senarai PKR namanya bakal dicalonkan di Pasir Gudang. Mungkin dirinya tidak yakin untuk menang dan mula mengharapkan habuan lain sebagai membalas jasanya turun padang.

Anwar beria-ia membawa Abdul Ghafir turun padang semata-mata menghapuskan skandalnya di Lahat Datu jadi kesempatan dan skrip ceramah mereka tentulah akan sedaya upaya menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional malah segala kepentingan pertahanan negara menjadi bahan gurauan dan cerca dikalangan mereka. Semuanya demi membela Anwar sebagai Perdana Menteri. Apatah Sarawak adalah aset simpanan tetap Barisan Nasional, lagi-lagin ligat cerita karangan mereka Pakatan Haram.

Kalau berginilah, setiap butir ceramah Abdul Ghafir di Bandar Samariang Sarawak pada 11/3/2013 boleh disangkal sama sekali. Kerana ini dilakukan demi habuan dan yang pasti turun padang yang menjelajah seluruh negara tidaklah percuma. Keikhlasan Abdul Ghafir kosong!!!

Kebangkitan PAS Bendera Hitam Protes PAS Bendera Hijau



Agak pelik bendera parti ajaran songsang yang sepatutnya berwarna hijau bertukar menjadi warna hitam..Dalam sejarah Pas, baru 2 tempat aku tengok bendera Pas warna hitam, 1 di Kedah ( sebab Pas Kedah tengak bergaduh sakan) yang keduanya di Arau..Tapi aku tak tahu apa motif Pas Arau pasang bendera warna hitam..

Cuba anda fikir kenapa apa maksud yang cuba disampaikan oleh Pas Perlis.Adakah mereka tahu nasib mereka PRU kali ini atau berlakunya perpecahan dalam Pas di Perlis? Aku dimaklumkan bahawa gambar ini di ambil semasa Pas kawasan Arau melancarkan belon PRU dimana hanya 30 orang sahaja yang hadir untuk pelancaran belon ini..

Kalau 30 orang hadir anda fikir fikirkan lah tengok apa maksudnya.. Lihat Sumber Ini

Video Unit Media Baru UMB Pusat Ditawan Pakatan Rakyat

Kegairahan Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan UMB pusat yang menjadi senjata terkuat di alam maya menyebabkan Cywar Pro PR menjalankan pelbagai aktiviti jahat untuk menawan  UMB atau melumpuhkan pergerakan UMB. Tidak terlepas juga cybertrooper BN di sabotaj dengan serangan bertubi-tubi. PecahPalakMikir Fun pages juga tidak terlepas dengan serangan terdesak cywar PR tetapi biar apapun tidak melemahkan semangat demi agama bangsa dan negara.


Yang paling dahsyat kesanggupan cywar PR yang cua mengujudkan Blog Palsu UMB.
  1. Laman Blog Palsu UMB digunakan untuk menyebarkan maklumat senarai calon BN yang dipilih oleh Dato Seri Najib Tun Razak
  2. Pihak PR menyebarkan maklumat ini di blog-blog mereka kononnya maklumat ini telah bocor dan berlakulah percanggah pendapat demi mengelirukan rakyat kepada kelebihan PR
 INI ADALAH KENYATAAN PALSU DARI BLOG PALSU UMB

INI ADALAH BLOG PALSU UMB





INILAH YANG SEBENARNYA BLOG UMB


Video Rumah Mampu Milik Barisan Nasional Disabotaj PR

Kerana terdesak Anwar tiada pilihan untuk menghalang apa jua kebaikan kerajaan dengan membuat putaran 30 darjah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kehebatan Najib Razak. semuanya kerana Anwar mahu menjadi PM buat seumur hidupnya yang gagal semasa dipecat Tun Dr Mahathir.... Errr Anwar berhajat untuk menjadi PM seumur hidup... Tunggu post seterusnya PPm akan hujahkan...


Bagaimana PR sabotaj bandingkan disini

Allah Tunjukan Nik Aziz PAS Bukan Parti Yang Bersih

Dimana suara Nik Aziz sekarang? Terdiam membisu tampa suara? Siapakah lagi Nik Aziz mahu persalahkan? Sekarang telah jelas terbukti parti PAS bukannya bersih dan bukannya hebat manapun. PAS adalah parti yang biasa sahaja dan terbukti boleh berlaku apa jua salahlaku. Lihat ini..


Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali hari ini umum perletakan jawatan beliau berkuatkuasa serta merta. Tindakan ini dilakukan beliau ekoran penyebaran meluas video seks beliau dengan seorang pelacur dari timur tengah di salah sebuah hotel di ibu kota.
Tindakan ini dilakukan beliau ekoran penyebaran meluas video seks beliau dengan seorang pelacur dari timur tengah di salah sebuah hotel di ibu kota.
“Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku 2 tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya”.
Menjawab soalan wartawan, adakah kejadian ini didalangi pihak tertentu yang mahu menjatuhkan beliau, Mustafa menegaskan yang beliau tidak suka membuat tuduhan dan jika terbukti ada dalang disebalik kejadian ini, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Sumber


Bukankah selama ini Nik Aziz mahupun Haji Hadi cuba menggambarkan PAS parti hebat hingga sanggup menyembunyi pelbagai isu rosak akhlak PAS dan PKR. Menyembunyi isu salah kuasa yang cuba disembunyikan dengan ugutan saman berjuta. Itulah PAS yang sebenar hanyalah parti yang paling banyak perlu diperbetulkan berbanding Barisan Nasional yang terbukti jauh lebih teratur dan tersusun. Yang paling penting Barisan Nasional tidak mempergunakan agama diperalat untuk kepuasan nafsu individu.



Video Anwar Ibrahim Buktikan Negara Bankrap Dibawah Najib Razak


Inilah kehebatan hujah Anwar Ibrahim negara bankrap atau Anwar yang bankrap...


















Video Budak Sekolah Malukan Saifudin Nasution Kantoi Menjawap Wifi Percuma


Hah ini je Saifudin Nasution menjawap isu kegagalan wifi percuma? Dah tidak ada jawapan lain ke? Itulah bila sudah selalu sangat memungkiri janji dan berjanji tampa niat melaksanakan. Akibatnya mana-mana kencing akan berbau juga akhirnya.


Friday 12 April 2013

Akhirnya Menjadi Juga Harun Din Tinggalkan PAS

Pengumuman Tergempar : "Tuan Guru Dato Dr Haron Din mengisyihar untuk keluar dari Pas berkuatkuasa hari ini. Menurutnya perjuangan Pas sudah jauh menyimpang, tidak releven serta melanggar etika dan tata sulila Islam. Sehubungan dengan itu Markas Pas seluruh Negara akan dibukarkan.

Tuan Guru Dr Harun Din juga menyeru agar semua Penyokong Pas agar kembali pada Islam dan menyokong kerajaan di bawah Pimpinan YAB Perdana Menteri"

Nota : Perjuangan untuk wujudkan FIKRAH ISLAMIYAH hendaklah dari luar tong sampah. Pas ibarat tong sampah dipenuhi najis. Perjuangan Dr Haron Din sewajarnya dari dalam Kerajaan. Kembalilah sebelum terlewat!

Begitulah sumber yang diperolehinoleh KC... Mungkin ada kebenarannya, apabila SU Agong Pas sendiri sudah membelakangkan Islam dan menjadi duri dalam daging kepada Pas.. Pas hari ini bukan macam Pas dulu, ia telah terpesong dek kerana berkawan dengan Dapig dan pkr..

Video Sebergini Jelas Masih Juga Ada Yang Mahu Nafikan

Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang memberi respon bahawa Setiausaha Agung Pas Dato’ Mustaffa Ali yang digemparkan dengan isu video sex tidak akan bertanding dalam PRU 13.

Bagaimanapun beliau akan meneruskan perkhidmatan Dato’ Mustaffa Ali sebagai Pengarah Pilihanraya Pas Pusat.

“Dia bertanding semua di tempat di Malaysia, dia Pengarah Pilihanraya Pas,” kata Haji Hadi kepada beberapa wartawan di perkarangan Masjid Rusila tadi.

Mengulas lanjut dengan tragedi tersebar video sex Mustaffa Ali, Hadi berkata:

“Saya tak suka politik seperti ini dilakukan untuk mengaibkan pemimpin hatta kepada Dato’ Najib sekalipun”.
Presiden Pas berkata, beliau akan solat hajat bersendirian bagi mendapat pertunjuk Allah mengenai isu pembongkaran video sex yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung Pas, Dato’ Mustaffa Ali.

Beliau juga turut mengulas tidak mustahil rakaman video tersebut diedarkan oleh rakan parti dari pakatan rakyat sendiri untuk menjatuhkan imej Mustaffa Ali memandangkan pembahagian kerusi calon PAS pada PRU 13 ini ditentukan oleh Mustaffa Ali.

Hadi juga turut mengesahkan bahawa memang terdapat perebutan kerusi parlimen dan dun diantara PAS dan PKR bagi menghadapi PRU 13 ini dan ianya amat merumitkan bagi kedua dua parti untuk mencapai keputusan.

Video Kebencian Nik Aziz Yang Melampau

Inilah Video kebencian yang melampau Nik Aziz yang perlu kita tonton.

Dato Kamarul vs Anwar - PKR Negeri 9 Bertelagah Lagi-


GEMPARR!!!! DATO KAMARUL DI TOLAK SIDANG MEDIA BUKTI PKR MAKIN RAPUH DI NEGERI SEMBILAN!! 11 April 2013 Telok Kemang - Satu sidang Media telah diadakan AMK Telok Kemang pada pukul 4 petang tadi yang dihadiri sendiri oleh Shahmugam Timbalan Ketua AMK Telok Kemang dan beberapa AJK Cabang Telok Kemang yang sekeras-kerasnya menolak Dato Kamarul Bahrin (Mantan MP Telok Kemang 2008-2013) untuk bertanding di kawasan yang menjadi rebutan di antara BN dan PKR. Majlis yang dihadiri lebih 40 AJK dan Ahli AMK Cabang Telok Kemang menggesa Pimpinan PKR Pusat melakukan reformasi terhadap senarai calon sebelum ianya diputuskan. Mereka juga menggesa Dato Seri Anwar untuk mendengar cadangan dari PKR Cabang. AMK Telok Kemang juga mencadangkan agar Chegubard yang ditolak oleh PAS Pulau Pinang di Sg Acheh untuk bertanding mewakili PKR di Telok Kemang. Penentangan di antara Chegubard dan Kamarul Bahrin nampaknya semakin sampai ke kemuncak. Dato Kamarul Baharin selaku Pengerusi PKR Negeri dikatakan orang yang bertanggungjawab mengusir Chegubard dari politik Negeri Sembilan sehinggakan Chegubard terpaksa melahirkan SAMM selepas terkeluar dari persaingan politik dalaman AMK. WAHHHH KELAM KELIBUTT!!! JANGAN PECAH PALAK MIKIR YAAA....KAHKAHKAH

Nik Aziz Wajip Jawap Apa Hendak Jadi Dengan Video Jalang Ini

Apa hendak jadi dengan video sex ini? Siapakah orang ini? Benarkah PAS telah ambil tindakan untuk menjalan kajian dan siasatan untuk mencari siapahkah perlakon baru ini yang semakin popular di alam maya?

Menurut sumber ini satu kajian terperinci dijalankan? Betulkah mari kita tengok gambar-gambar lain di sini dengan betul-betul

Thursday 11 April 2013

Video Wan Azizah Bengang Apabila Fitnah Cincin Datin Rosmah Digagalkan Jacob & Co


Hah menjelang PRU13 semakin banyak modal menjatuhkan Datin Rosmah Mansur gagal angkara Wan Azizah dengan Anwar Ibrahim termasuk anak-beranak mereka. Kenapa pentingnya Pakatan Rakyat menyerang Datin Rosmah? Jawapannya inilah kaedah menjatuh kredibliti Najib Razak.


Formula ini penting bagi menyembunyi atau menutup segala permasalahan akhlak yang melanda keluar Anwar Ibrahim. Semuanya untuk menuju ke Putrajaya tampa membersih diri terlebih dahulu.  Sekarang 


segala Fitnah yang selama ini dilemparkan keatas Datin Sri Rosmah Mansor terjawap. pihak Jacob sendiri mengesahkan bahawa cincin tersebut adalah untuk pameran dan Datin Sri Rosmah tidak membeli cincin tersebut.



Kalau Fitnah pembangkang sudah makan diri apakah mereka tidak BERDOSA? ataupun dosa fitnah mereka dihalalkan? Tetapi masalah cincin terbukti fitnah cuma man perginya jam omega sehingga sekarang belum ditemui?

Kehebatan Teresa Kok Siapkan Projek Bernilai RM1 Bilion Dalam Masa 8 Hari



Apa yang berlaku yang kami akan dedahkan dibawah ini sungguh mengejutkan. Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim menghalang pusat daripada membina Loji Langat 2, tetapi dalam masa yang sama meluluskan sebuah projek solar yang dinamakan SOLAR PHOTOVALTAIC POWER PLANT yang kosnya mencecah RM 1 bilion.

Umum mengetahui di Selangor hari ini rakyat menghadapi masalah air yang lebih serius berbanding dengan masalah bekalan eletrik. Tetapi kenapa pula beliau menghalang kerajaan pusat menyelesaikan masalah air , tetapi beliau pula meluluskan projek solar ?

Projek ‘direct nego’ yang bernilai RM 1 bilion yang kami akan dedahkan ini melibatkan DAP, dimana Teresa Kok menerusi proksinya seorang ahli DAP,Kok Chee Keong mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Yayasan Selangor memiliki dua keping tanah di Dengkil dan Kuala Kubu Baru. Tanah yang bernombor PT 39693 di Dengkil telah disewakan kepada kroni Dr Halimah Ali (Adun Pas Selat Klang) untuk dijadikan sekolah persendirian dengan sewa yang cukup murah.

Tanah kedua bernombor PT 521 di Kuala Kubu Baru yang menempatkan Dua Kem Bina Semangat yang disewakan kepada PLKN. Keluasan kedua-dua kawasan tanah berkenaan dianggarkan 40-50 ekar.

Pada 14 Disember 2011 , Yayasan Selangor telah menerima sepucuk surat buat kali pertama dari GOLDSINO INVESTMENT DEVELOPMENT LIMITED yang berpangkalan di Zhuhai, China, untuk menjalankan projek SOLAR PHOTOVALTAIC POWER PLANT di atas kedua-dua keping tanah tersebut untuk tempoh pajakan 25 tahun.

Apa yang mengejutkan surat yang dihantar itu adalah surat pertama , tetapi dalam surat berkenaan syarikat itu telah menyatakan ayat seperti berikut, “we would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us to participating for the above project”.



Syarikat berkenaan menggunakan ayat begitu kerana dalam perbincangan awal antara mereka dengan Teresa Kok mereka telah diajar supaya menulis begitu kerana Teresa akan terselamat jika apa-apa yang boleh menyangkutkannya.

Dalam masa lapan hari sahaja , iaitu pada 22 Disembar 2011 Yayasan selangor telah mengeluarkan ‘letter of intent’ (LOI) kepada syarikat berkenaan yang ditandatangani oleh Raja Amir Shah. Apa yang mengejutkan, bagaimana projek yang mencecah RM 1 bilion dalam masa 8 hari sahaja boleh dikeluarkan LOI ?

Pada 27 Disember 2011 satu mesyuarat telah diadakan melibatkan Yayasan Selangor dengan Goldsino Investment Development Limited, yang mana dalam mesyuarat itu Yayasan Selangor diwakili lapan orang , manakala syarikat berkenaan hanya diwakili oleh, Kok Chee Keong selaku proksi Teresa Kok.

Pada 28 Disember 2011 satu majlis telah diadakan untuk menyerahkan LOI secara rasmi kepada syarikat berkenaan.

Persoalan yang besar di sini ialah bagaimana sebuah projek yang bernilai RM 1 bilion boleh dikeluarkan surat niat dalam masa 14 hari ? Semuanya kerana campur tangan menteri besar dan Teresa Kok. Mereka semua telah mengeluarkan arahan secara verbal kepada kepada Yayasan Selangor supaya LOI dipercepatkan.

Jelas di sini kita boleh melihat bagaimana Yayasan Selangor yang ditubuhkan untuk membantu anak-anak Selangor dalam pendidikan telah dijadikan ‘vihicle’ oleh DAP untuk mereka mengaut keuntungan. Lima tahun mereka memerintah Selangor kita dapat melihat bagaimana rakusnya DAP dalam menjahanamkan negeri Selangor. Dalam masa 14 hari dua keping tanah Yayasan Selangor melayang kerana kelicikan DAP yang dibantu oleh seorang MB puppet. Rujuk untuk bukti detail disini

PAS Tangkap Muat Calon Bukan Islam Sarawak Bertanding PRU13

Inilah PAS yang dilihat semakin terdesak mencari calon bertanding tiket PAS Sarawak. Kebanyakan calon yang diumumkan kurang memberi keyakinan buat rakyat Sarawak. Antara calon yang diketengahkan adalah DR Ambrose Labang Jamba. Masih ingatkah Peletakan jawatan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Julau, Dr Ambrose Labang Jamba, bersama beberapa anggota jawatankuasanya dan memilih tidak bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Batang Ai pada Piliharaya Negeri Sarawak 2009.

Kenapa Dr Ambrose lari meninggalkan PKR? Adakah kerana tidak mempunyai harapan mencari peluang bertanding? Ohh semata kuasakah dia melompat parti? Dan sekarang orang ini telah lari masuk PAS untuk mendapat peluang bertanding, dari segi cadangan bakal dicalonkan di kawasan Sibuti.

Jika difikirkan semula, bagaimana orang seperti ini, masuk lompat parti sesuka-hati dan langsung tidak ada prinsip kesetiaan kepada mana-mana parti, boleh diterima PAS sebagai calon bertanding? Apa jenis bentuk kritiria yang diguna pakai pas untuk menapis calon layak bertanding?

Apakah PAS Sarawak jenis parti yang ketandusan calon berwibawa? Persoalan yang paling ingin diketahui rakyat apakah manifesto PAS Sarawak berbeza sama sekali dengan manifesto Semenanjung? kerana Dr Ambrose itu agama apakah sebenarnya? dan bagaimana Dr Ambrose hendak bantu laksanakan hudud di Sarawak? Atau memang sah istilah hudud  sudah tidak wujud dalam kamus PAS.

Sekarang ini yang menjadi persoalan besar PAS ini memperjuangkan pegangan prinsip perjuangan yang bagaimana? Kecelaruan dari segi calon, prinsip yang dibawa berkempen diceramah-ceramah PAS dan dasar yang dipersetujui dalam buku jingga, adalah bercanggah sama sekali. Jadi bagaimana kita hendak kategorikan parti jenis ini?

Jika kita terliti semua persoalan ini, cukup membayangkan PAS tiada halatuju dan cukup celaru menjadi sebuah kerajaan yang layak memerintah negara. Sedang perintah negeri lagi kucar-kacir apatah berhajat perintah negara. Inilah parti katak oh katak Pecah Palak Mikir


Video Kantoi Manifesto Pakatan cap Cetak Rompak


Pelancaran Manifesto BN “Menepati Janji, Membawa Harapan” Sabtu lepas mendapat reaksi yang positif dari majoriti rakyat Malaysia.
Rakyat yakin BN akan mampu menunaikan janji-janji sekiranya diberikan mandat mentadbir negara untuk 5 tahun yang akan datang. tetapi manifesto siapah yang cetak rompak sebenarnya?






































Video Tun Dr Mahathir Selar Nik Aziz Pembawa Malapetaka

Bila bercakap soal pendirian Nik Aziz lah yang paling teruk pegangan prinsip yang diguna pakai dalam menjalankan tanggungjawapnya. Nik Aziz sememangnya bercakap tanpa berfikir panjang, dan setiap persoalan yang diaju masyarakat akan menjadi satu isu besar yang boleh memecah-belah umat. Itulah Nik Aziz yang sebenar dari seorang guru kemas, dan punyai nasib baik ditakdirkan menjadi popular dikalangan masyarakat islam terutama di Kelantan.

Tetapi sejak akhir-akhir ini Nik Aziz lebih kepada pembawa malapetaka kepada negara seperti yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir. 


Pendekatan yang diguna pakai oleh Nik Aziz untuk berintraksi dalam mencari pengaruh dikalangan masyarakat, jelas memperlihatnya Nik Aziz cukup gelojoh dan penuh sifat pendendam, terutama musuhnya UMNO. Sebab itu Nik Aziz amat pantang sangat kepada mana-mana ahli, rapat dengan pemimpin UMNO apatah turut serta di apa jua aktiviti bersama UMNO. Walaupun misi Pedamaian Fatah Hamas bersifat mengjaga kepentingan islam kepada dunia. Tidak menjadi halangan buat Nik Aziz untuk bertindak memecat Nasharuddin  Mat Isa dari Majlis Syura. Ini semua kerana tiada maaf buat ahli yang menghampiri UMNO.

Bagaimanakah orang seperti ini boleh membimbing masyarakat. Kepimpinan Melalui Tauladan bermaksud pemimpin akan memberi contoh baik buat pengikutnya atau kepada orang yang dipimpinnya. Tetapi kalau seorang pemimpin itu menjadi kejam kerana terlampau utamakan dendam peribadi mendahului tanggungjawap sebagai pemimpin dan amanah yang dipertyanggungjawapkan Allah? Bagimana kita dapat terima manusia seperti ini menjadi pemandu masa depan kita?




Rahsia Yang Semua Ahli PAS Tak Tahu - Cikgu Non

Sudah jelas PAS bukan lagi memperjuangkan Islam seperti mana yang di bangga-banggakan mereka setelah menggugurkan Perjuangan Hukum Hudud dan Perjuangan Negara Islam dalam dasar parti.

Wednesday 10 April 2013

Terbaru Video Nik Aziz - Syaitan Nak Bantu Saya Terima

"Orang UMNO sembahyang tidak dapat pahala" makna lebih kurang seperti sembahyang tidak sah itulah yang diperkatakan Nik Aziz "Syaitan nak bantupun saya terima" Inilah perbezaan boleh diLihat Video Amalan Ini cukup membuktikan Nik Aziz nyanyuk atau kemarahannya dan dendamnya tidak pernah padam kepada UMNO walaupun usianya diambang senja menuju malam. Adakah orang macam Nik Aziz ini layak menghukum sesiapa saja? Adakah dialah manusia yang pasti masuk syurga tampa dihisab di Padang Mahsyar?




Video Azlan Bapa Saiful Kantoi Soal Sogok Duit?


Satu bukti surat didedahkan berkaitan apa yang sedang berlaku kepada Saiful dengan bapanya dan siapa dalang sebenar yang memainkan isu ini?

Terbaik Video Hujah Balas Najib Razak Kepada Negara Kebajikan Haji Hadi


Sekali mendengar hujah budak tadi Haji Hadi semasa pembentangan Konsep Negara Islam terang-terang menampakan bertapa tidak layaknya Haji Hadi menjadi pemimpin dan apatah lagi sebagai Perdana Menteri.

Tetapi ini yang Haji Hadi perlu berlajar dahulu sebelum hendak berhujah bukan-bukan.



Video Kajayaan Najib Razak Dimata Anwar Yang Sakit Hati

Inilahlah kehebatan Najib Razak yang menyakitkan hati Anwar Ibrahim

Video Nik Aziz - Husam Musa Bertanding Putrajaya, Celaka Semua

Semakin kurang ajar nampak, dah tidak ada modal lain ke Nik Aziz hendak membebel..

Sejarah Paling Malang Memalukan Tian Chua Dan Bob Lokman


Inilah sejarah teramat malang buat Tian Chua dan Bob Lokman. Itulah bila hendak PRU13 baru hendak turun padang dan lebih malang buat Bob Lokman yang turun dengan si bangsat negara, akibatnya turut terpalit sekali najis yang dibawa oleh Tian Chua.

Berikut gambar-gambar sekitar program ceramah YB Tian Chua, P.Batu & Bob Lokman yang tidak mendapat sambutan langsung daripada penduduk sekitar. Ini menunjukkan rakyat Batu sudah muak dengan helah PR.

Ambik kau orang yang jarang-jarang turun padang - Ceramah hanya menghentam & mencari salah kerajaan -Tiada sumbangan langsung semenjak memegang jawatan YB - Boleh try relate kan dgn pemimpin PR yang lain. Sambutan terhadap PR semakin berkurangan dan disebabkan hal tersebut mereka 'berhijrah' keluar dari kawasan masing-masing.

Video Persiapan Arab Spring Telah Siap Siaga Untuk Malaysia Selepas PRU13


Peperangan yang menggunakan pendekatan 'revolusi tanpa keganasan'. Ianya menggunakan pendekatan ilmiah, mementingkan profesionalisme dalam setiap gerak kerja, mengutamakan logik akal, bermain dengan emosi, memaksimumkan potensi seni dan seterusnya menguasai alam maya sebagai medan peperangan utama. Sasaran utama adalah menyerang dan mengubah sistem nilai secara halus, menyerang asas budaya, menyerang asas negara, menyerang perlembagaan dan seterusnya menyerang prinsip asas pegangan agama. 

Baik yang bernama Bersih atau Arab Spring semuanya berkisar tentang solusi menjajah negara samada melalui Pilihanraya dan jika gagal menggunakan kaedah membangkitkan rasa marah rakyat untuk menimbulkan huru-hara dimana-mana negara membangun termasuk Malaysia. Inilah agenda petukaran rejim yang didalangi Tangan Kuasa Asing. 

Wajib Tonton Video Agenda Jentera Mansuh Islam Dan Melayu


Ya Allah benarkah cerita ini? Ya Allah aku mohon pada mu lindungilah Malaysia tercinta dari ancaman perosak.

Isu Terkini

get this widget here