Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 4 May 2012

Pentingkan Diri Anwar Ibrahim Ketahap Bergolok Gadai

Bersih 3.0 adalah kemuncak memperjelaskan antara sifat buruk Anwar Ibrahim kepada rakyat. Sifat yang paling ketara adalah sifat pentingkan diri sendiri tampa memperdulikan orang lain.

Anwar Ibrahim memang terkenal dengan sikap mementingkan diri sendiri. Ini memang sudah menjadi sifatnya semenjak sebelum berkecimpung dalam arena politik lagi. Ini terbukti dari cara dia mula naik bertapak hingga ke tangga kedua tertinggi dalam UMNO. Ketika itu habis semua orang dipijak-pijaknya untuk membolehkan Anwar Ibrahim naik ke atas.

Baru-baru ini satu sidang akhbar khas dilakukan Anwar, Azmin, Wan Azizah dan berberapa yang lain. Untuk tampil menafikan segala bukti rusuhan yang jelas dan boleh dikaitkan dengan arahan Anwar dan Azmin. Kalau rakyat biasa awal-awal lagi masuk lokap dan naik Mahkamah dibicarakan.

Dalam sidang tersebut, dengan jelas Anwar mengeluarkan kenyataan yang setiap peserta hadir tampa paksaan, menyebabkan mereka tidak ada kena-mengena dengan Anwar dan apa tindakan mereka bukan menjadi tangungjawap Anwar dan Azmin. Tentu sinis bunyinya bukan! Apabila orang yang menganjur dan orang yang didapati memberi kata-kata peransang kepada peserta untuk merusuh boleh tidak dipertangungjawapkan?


Itulah cara Anwar melepaskan diri tampa menghiraukan peserta yang kini menjadi mangsa buruan polis. Manakala Anwar berpegang kepada bukan tangungjawap mereka untuk lepas tangan dari dipertangungjawapkan.

Kalau orang yang sebegini rupa, dari awal lagi menonjol sikap mementingkan diri semata-mata memikirkan dirinya melebihi orang yang sepatutnya dia bertangungjawap, layak ke kita mengangkat sebagai Perdana Menteri?

Anwar kerana mementing diri jugalah menyebabkan kebanyakan peserta bersih 3.0 yang cedera buta-buta hanya untuk Anwar raihkan keuntungan politik. Wahal masyarakat majoriti mengutuk mereka dan bukan menunjuk rasa simpati keatas tindakan peserta yang terang-terang tahu, mereka sedang melanggar undang-undang. Berbaloikah dengan apa yang mereka perjuangkan? 

Anwar dan Azmin jangan dicakaplah, sudah menjadi tabiat mereka menentang undang-undang negara. Semua orang tahu yang Bersih 3.0 dibenarkan berhimpun di Stadium untuk menyuarakan tuntutan mereka. Tetapi kenapa Anwar Azmin dan Ambiga berkeras untuk ke Dataran Merdeka kalau bukan atas alasan kepentingan politik kotor Pakatan Rakyat .

Apa yang telah terjadi terhadap Bersih 3.0 akan pasti dapat dihindarkan jika diadakan di stadium bukan. Melihat bukti video kronologi rusuhan Bersih 3.0, terang-terang membuktikan Anwar dan Azmin ada mengeluarkan arahan yang sepatutnya dibawa kemuka pengadilan. Tetapi siapa yang kena  buru sekarang kalau bukan peserta. Manakala Anwar dan Azmin masih punyai helah dan bantuan sokongan kuasa-kuasa Israel dan Yahudi yang sentiasa menanti masa menyerang masuk, membuatkan sukar untuk kerajaan adakan soal-siasat.

Anwar juga bijak membawa masuk pemantau asing Nicholas Xenophon yang anti islam sebagai perisai jika masalah berbangkit. Adakah itu menampilkan keperihatinan Anwar kepada negara? Atau ini caranya Anwar mencabar kadaulatan negara dan mengjatuhkan maruah negara?

Ini bukan kali pertama dan terakhir menunjukan Pentingkan Diri Anwar Ibrahim Ketahap Bergolok Gadai . Anwar sanggup buat apa sahaja, bukan setakat peserta Bersih 3.0 di peralatkan. Malah Anwar pernah pertaruhkan Islam, pertaruhkan maruah keluarga, pertaruhkan Melayu, pertaruhkan sistem pertahanan dan keselamatan negara, pertaruhkan raja dan mempertaruhkan negara semata-mata untuk melepas diri dari bayangan-bayangan ngeri hidupnya.

Anwar yang mencipta bayangan ngeri dan dia pula yang ketakutan dengan mempergunakan apa sahaja yang ujud disekelilingnya sebagai perisai pertahanannya dan kalau tidak cukup import dari luar lagi.

Matalamat Anwar mencipta satu propaganda yang maha hebat yang boleh menyebabkan rakyat bangun memberontak dan kalau boleh biar ke tahap menggulingkan kerajaan tampa perlu ada PRU13. Sebab itulah Anwar sentiasa ada helah dengan mencipta cerita-cerita kezaliman kerajaan demi menjayakan propaganda

Itulah Pentingkan Diri Anwar Ibrahim Ketahap Bergolok Gadai sehingga tidak memperdulikan lagi apa untung nasib negara Malaysia. Biasanya manusia yang sentiasa bergolok gadai macam ini, hidupnya akan sentiasa diburu masalah-masalah lampau yang berkait-kait ke hari muka. Menyebabkan setiap rangka perancangan hari-harinya ke hadapan, sentiasa terikat dengan masalah-masalah silam dan akhirnya menjadi boneka kepada sesiapa yang dari awal lagi memegang, mengikat dan memandunya. Berkali-kali makan budi dengan Israel alamat negara tergadai. 

Pentingkan Diri Anwar Ibrahim Ketahap Bergolok Gadai Sanggupkah rakyat Malaysia punyai seorang Perdana Menteri boneka?

5 comments:

Unknown said...

habis la lu Anwar...

NURUL IZZAH BODOH! ISU PENGUNDI HANTU PUN TAK FAHAM? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Anwar teringin jadi PM sebeb itulah macam2 perangainya hendak menjahanamkan negara

UMNO PARTI PENJARA said...

Utusan Wajib Tubuhkan segmen... sex - gay dan lesbian jika mahu tingkatkan jualan ( Lihat sendiri bukti Transformasi 1 Malaysia Berjaya )
1~BUKTI 1
2~BUKTI 2
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5
6~BUKTI 6

Jangan segan2... Utusan Pasti Boleh Buat!!

Anonymous said...

Apalah ngok ngkau ni.. Tk ada faedah pun..

Matkepoh said...

Selagi anwar ujud di negara ini selagi itulah porak peranda negara dibuatnya

Isu Terkini

get this widget here