SEJAK pengumuman dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Jumaat lalu, pelbagai kritikan diterima Ustaz Mohammad Kazim Elias, khususnya di laman-laman sosial.
Beliau nyata amat sedih dengan pelbagai gelaran melampau yang diberi kepadanya susulan pengumuman itu sehingga ahli keluarganya turut tertekan.
Menerusi ceramah yang diadakan di ibu negara malam kelmarin, Ustaz Kazim meluahkan perasaannya mengenai isu pelantikan itu."Menangis anak perempuan saya yang kecil itu
Dua hari (dia) tak buka Facebooknya, tak sentuh langsung komputernya.
Dia sedih. Isteri dan lima anak saya ambil keputusan untuk balik
kampung, tengok sawah, bendang."Mereka tak tergamak nak tengok ayah mereka kena maki.
