Saturday, 19 May 2012

DAP Gadaikan Nasib Melayu Pulau Pinang Demi Ultra Kiasu

Kerana Lim Guan Eng ingin memenuhi kehendak Ultra Kiasu dan undi penyokong DAP, DAP Gadaikan Nasib Melayu Pulau Pinang Demi Ultra Kiasu. kerana itu keinginan mereka hasil didikan PAP. Nasib MELAYU Di Bumi Pulau Pinang Yang Ditadbir Oleh Kerajaan Negeri (Democratic Action Party [DAP] ) yang hanya mementingkan kuasa dan tidak mengendahkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang. Termasuklah menghapuskan Warisan awal Melayu yang ada di Kampung Batu Uban demi kepentingan parti tersebut. Adakah Melayu sanggup menjadi sebodoh PAS dan PKR yang rela dikaldaikan DAP demi kuasa?

Sanggupkah bangsa Melayu meleleh air mata menyaksi anak-anak generasinya merempat di negeri sendiri. Kerana sesama Melayu bersengketa tanah tergadai hidup merempat. Kita masih ada kuasa yang mampu menyelamatkan segalanya. kenapa kita perlu mempersia-siakan. Bangkit melayu jangan dibiar bangsamu dipijak kerana PAS dan PKR yang tamakkan kuasa.

Najib Razak Vs Anwar Ibrahim Siapa Juara Kaki Maki

Anda boleh menilai dengan Bezanya Najib Razak Vs Anwar Ibrahim Siapa Juara Kaki Maki? Ini jelas menampak Najib Razak seorang yang tenang menghadapi situasi yang ditekan dengan persoalan-persoalan dan situasi yang boleh menjatuhkan beliau ketika diserang beberapa individu dalam majlis di 02 Arena London. Berbeza pula dengan Anwar Ibrahim yang tertekan kita diajukan wartawan denga pelbagai soalan, menyebabkan Anwar Ibrahim melenting lalu menghina dan mencaci wartawan dengan ayat-ayat yang tidak sepatutnya keluar dari seorang berstatus pemimpin.
Bergitu juga dengan kesombongan Anwar Ibrahim ketika memberi ceramah rumah panjang Sarawak setelah ditanya Tuai Rumah soal jam omega. Apa lagi mengamuk Anwar Ibrahim lari meninggalkan rumah panjang tampa salam. Video ini membezanya siapa Najib Razak Vs Anwar Ibrahim Siapa Juara Kaki Maki
Sifat Anwar Ibrahim terlampau mengikut hati ini memang tidak layak menjadi ketua negara. berbanding dengan cara Najib Razak fokus gagal dilarikan oleh individu yang sengaja untuk menjatuh maruah Najib Razak sebagaimana Anwar Ibrahim, Sebaliknya Najib Razak terus fokus kepada beratus orang yang datang ingin mendengar ucapannya. Inilah bukti sifat kenegarawannya yang bukan sahaja beliau tidak memarahi beberapa orang itu, malah beliau secara terbuka menyatakan ingin bertemu mereka selepas ucapannya, walaupun mereka cuba menjatuhkan beliau. Cuba bayangkan Anwar Ibrahim kalau tidak maki hamun gerenti teruk kena belasah, jangan main-main dengan Pakatan Haram. Itulah Bezanya Najib Razak Vs Anwar Ibrahim Siapa Juara Kaki Maki siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim.


Khalid Ibrahim Sembunyikan Skandal Beli Lori Sampah Selangor Yang Menguntungkan Kroni

Khalib Ibrahim semakin banyak menyembunyikan fakta-fakta kebenaran dalam masalah sampah di Selangor semata-mata menjaga kroni-kroninya. Dari  menyemun kontrak sampah dari Alam Flora hinggalah mengagihkan kontrak kepada kroni-kroni setia Pakatan Rakyat. Wahal Alam Flora telah lama berkhidmat dengan cemerlang berbanding selepas pengambil alihan oleh Khalib Ibrahim secara paksa. Menyebabkan rakyat Selangor terpaksa menanggung beban sakit mata, hidung dan telinga dengan melihat sampah bersepah-sepah leibih seminggu tidak dikutip-kutip. Tetapi bab cukai pintau jangan main-main kalau tidak bayar, naya nanti. Inilah cara Khalid Ibrahim Sembunyikan Skandal Beli Lori Sampah Selangor Yang Menguntungkan Kroni
Ikuti sambungan ini: Khalid Ibrahim Sembunyikan Skandal Beli Lori Sampah Selangor Yang Menguntungkan Kroni
Masalah sampah sudah begitu ketara. Rakyat sudah merungut. Macam-macam helah dikata oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Akhirnya ketara sekali, ini semua alasan untuk samun kontrak sampah dari Alam Flora. 
Mula-mula Alam Flora dikenakan tekanan macam-macam oleh kerajaan negeri melalui setia pihak berkuasa PBT. Margin keuntungan untuk pembuangan sisa atau sampah itu sedikit. 
Dengan dikecilkan zon kutipan, minta diskaun kadar, dan akhirnya dilambatkan bayaran, akhirnya termuntahlah kontrak sisa itu keluar dari kontraktor dan subkontraktor. 
Langsung diagih-agihkan kontrak itu sesama mereka sebagai hadiah diatas kesetiaan sebagai aktivis parti-parti Pakatan Rakyat.
Antara mereka ini, ada yang dapat sebagai kontrak, ada yang jadi broker untuk mengumpulkan sub-kontrak-subkontrak sampah dan ada yang hanya broker atas angin. 
Elemen rasuah hingga menjejaskan perkhidmatan sudah ditimbulkan oleh Dr Jacob George. Jika tidak ada bukti, masakan dia sedia membuat laporan polis dan laporan SPRM.
Rasuah ini sudah begitu berleluasa hingga ada antara mereka ini menjadi kaya dalam masa sekejap hingga berupaya memiliki kereta sports mewah, katanya. Ada bekas pembantu seorang Menteri Besar pembangkang kini mengendalikan lebih dari 30 sub-kontraktor.
Disebalik pengumuman Ronnie Liu untuk membeli 50 lori compactor pun menarik. Satu lori baru boleh mencecah harga RM250,000. Ini akan menelan belanja hampir RM12.5 juta. Lori ini akan disewa kepada kontraktor dan sub-kontraktor. Sesuatu yang tidak berlaku ketika Alam Flora kendalikan.
Terfikir ke tidak bahawa kalau mereka tidak kacau Alam Flora, tidak perlu untuk membeli lori-lori. Kebanyakkan kontraktor dan sub-kontraktor sudah punya alat-alat dan kenderaan. Ada yang sudah pertingkatkan teknologi untuk perbaiki perkhidmatan dan kurangkan kos.
Akhirnya ini semua membazir dan pelanggan iaitu orang ramai mendpaat perkhidmatan yang masih primatif atau permulaan pembangunan. Tidak jauh untuk dibandingkan. Lihat saja tahap perkhidmatan di Selamngor dengan perkhidmatan Alam Flora di Kuala Lumpur.
Bukankah selama ini kerajaan negeri merungut tidak cukup wang hingga sewa naik, siapa tak bayar sewa tanah tol dihalau, projek pembangunan untuk mengumpul dana, dan lain-lain. Tiba-tiba boleh cukup pulak?
Dengan pembelian lori dan disewa, sedarkah anda bahawa kerajaan negeri menggalakkan kewujudan ‘broker’ dan kontraktor sebeanar tidak terlibat dalam perkhdmatan pembuangan sisa sampah?
Bila ‘broker’ ini boleh atur untuk kontraktor dan sub-kontraktor yang berminat kenderaaan compactor dengan disewa dari kerajaan negeri, sesiapa Ahmad, Ah Chong dan Muthu boleh masuk tender walaupun tiada kenderaan atau kepakaran atau atau modal.
Banyak elemen rasuah dan penindasan dipercayai sudah menusuk hingga menyebabkan perkhidmatan terjejas. Yang buat kerja sebenar tak berapa orang saja tapi yang terlibat ramai.
Ini belum diungkit pengurangan perkhidmatan dan caj yang minta ditambah. Ada sesetengah kawasan rumah pangsa dan kos rendah, mereka tak mahu lagi beri perkhidmatan percuma dan yang kerap seperti semasa bawah Alam Flora.
Kalau dikatakan cara dulu Alam Flora lebih baik, mereka akan tuduh dan kata macam-macam penyelewengan atau ketirisan ada berlaku. Lihatlah sendiri perkhidmatan sekarang dengan perkhidmatan dahulu. Kalau dah lupa, turun saja ke Kuala Lumpur untuk lihat sendiri.
Makan masa bertahun-tahun baru anda akan nikmati perkhidmaatn yang tidak bermasaalah. Takpe … undi lagi pembangkang. Padan kan muka. Pembuangan sampai yang dahulu tidak bermasaalah dah jadi masaalah.
Entah apa lagi akan rosak jika mereka mereka dibenarkan terus memerintah.
Sumber pengarang David Hasnan
Dari semua cerita termasuk Khalid Ibrahim Sembunyikan Skandal Beli Lori Sampah Selangor Yang Menguntungkan Kroni adalah bertujuan untuk perut mereka sendiri sambil menganayai rakyat Selangor. Inilah Pakatan Haram yang buat kerja berlakang yang haram-haram. lagi dibiar lagi menganas rakus tahap ketamakan mereka.

Najib Razak Jinakkan Sibacul Hiu Woong Sin Hingga Melarikan Diri Dari Berdepan Cabaran Pemuda UMNO


1,500 rakyat Malaysia menjadi saksi Najib Razak Jinakkan Sibacul Hiu Woong Sin Hingga Melarikan Diri Dari Berdepan Cabaran Pemuda UMNO pula. Sesiapa pun berhak menyokong kerajaan atau pembangkang, namun biarlah ia mengikut keluhuran undang-undang, bertemadun dan beradab. Bukan tampil sebegini rupa yang boleh menjatuhkan maruah negara.

Najib Razak sememangnya seseorang yang boleh menerima ketidaksamaan dalam pandangan, tapi kita sebagai rakayat walaupun berbeza pendapat, haruslah bersikap bersopan dengan melakukan apa jua luahan hati secara berhemah, kerana kita tidak mahu negara menjadi kacau-bilau.

Najib Razak Jinakkan Sibacul Hiu Woong Sin Hingga dirinya sendiri dimalukan dengan perbuatannya pun, apabila Najib Razak berkata ''Berkelakuanlah secara bertamadun, janganlah memalukan orang di khalayak ramai, itu bukan cara orang Malaysia," sambil menerima tepukan gemuruh daripada rakyat Malaysia - para perantau, para pelajar dan orang Malaysia yang sayangkan negara yang datang dalam majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Dewan Indigo, Arena O2, Greenwich, timur London, 

Sudahlah Najib Razak jinakkan sibacul Hiu Woong Sin hingga melarikan diri dari berdepan cabaran Pemuda UMNO. Dimana sibacul ini bersembunyi? Kenapa tidak tampilkan diri?

KUALA LUMPUR, 18 Mei -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mencabar Hiu Woong Sin, individu yang membuat kecoh di program santai Sepetang Rakyat Malaysia di United Kingdom Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlansung di O2 Arena London baru-baru ini, untuk berdebat dengan wakil Pemuda UMNO secara terbuka di London bagi memperbahaskan tentang isu perhimpunan Bersih yang beliau timbulkan secara tidak beradap dalam majlis tersebut.

Menurut Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd Khairun Aseh, beliau menegaskan bahawa satu surat jemputan debat secara rasmi akan dihantar kepada individu berkenaan selewat-lewatnya hari ini.

"Surat cabaran itu akan dihantar melalui ahli-ahli Kelab UMNO United Kingdom kepada beliau dan InsyaAllah, dalam masa sehari dua ini dia akan menerima surat tersebut," jelas beliau ketika mengadakan sidang media di PWTC di sini hari ini.

Tegasnya lagi, sekiranya Hiu bersetuju, Pemuda UMNO akan menguruskan program debat tersebut di London yang akan diadakan di dalam suasana yang lebih harmoni dan ilmiah, agar segala isu dan permasalahan yang terpendam dalam dirinya itu dapat diluahkan secara lebih matang dan rasional.

"Sekiranya beliau gagal untuk memberikan respon terhadap cabaran kami ini, maka kami berpendapat bahawa beliau adalah seorang pengecut dan biarlah rakyat menilai sendiri bagaimana sikap golongan yang menyokong perhimpunan bersih ini," jelasnya lagi.

Tambahnya, cabaran debat ini adalah untuk memastikan bahawa perkara dan perlakuan biadap seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang, kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat dan kebaikan untuk semua.

"Kita merasakan tindakan yang dilakukan oleh Hiu itu satu perlakuan biadap yang mencemarkan dan memalukan imej rakyat Malaysia secara amnya. Tindakannya memekik dan membuat kecoh di dalam majlis yang dihadiri oleh orang ramai itu seolah-olah menggambarkan rakyat Malaysia tidak mempunyai adab budi bahasa dan sopan santun.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan biadap Hiu yang secara terbuka menghina ketua negara dan hari ini kita mahu mencabar beliau untuk berdebat dengan saya, secara berdepan dan secara terbuka di London dan kami berikan tujuh hari untuk beliau memberikan respon terhadap cabaran debat ini," tegasnya.

Khairun juga tidak menolak bahawa sikap yang diperlihatkan oleh Hiu ini mungkin berpunca daripada kekeliruan dan ketidafahaman beliau terhadap isu perhimpunan bersih yang terlalu banyak diputar belitkan oleh pihakpembangkang bagi mengelirukan rakyat, baik di dalam dan di luar negara.

"Sebab itu Pemuda UMNO Malaysia berpendapat bahawa debat ini perlu diadakan bagi memperjelaskan kepada beliau tentang isu ini yang mungkin ada beberapa fakta yang beliau tidak tahu tentangnya," ujarnya lagi.

Sementara itu, beliau juga menjelaskan bahawa budaya biadap dalam menegur pemimpin negara seperti ini perlu dikekang kerana ia merupakan satu contoh dan teladan yang amat negatif jika dilihat dari sudut pendekatan politik, terutamanya di kalangan anak muda di negara ini

Sudahlah Najib Razak Jinakkan Sibacul Hiu Woong Sin Hingga Melarikan Diri Dari Berdepan Cabaran Pemuda UMNO. Dimana sibacul ini bersembunyi? Kenapa tidak tampilkan diri? Kau fikir kau seorang ke ada suara?

Friday, 18 May 2012

Bersih 3.0 - PAS Anugerahkan Sijil Jaminan Ke Syurga Kepada Peserta

Kegilaan PAS menghalalkan keganasan Bersih 3.0 bukan stakat fatwa dari Nik Aziz tetapi memberi sijil kesyurga buat peserta Bersih 2.0. Perhhh memang jahanam habis. malah sijil itu pula disampaikan wakil DAP YB Tiey Kok Kiew dan PKR oleh Law Bing Haw. Huhh inilah sijil ke syurga disampaikan oleh wakil kafir lagi pulak tu. Perasit Islam Semalaysia ini memang mudah sangat diperkotak-katikkan amalan mereka dengan penipuan PKR dan DAP.

Bersih 3.0 - PAS Anugerahkan Sijil Jaminan Ke Syurga Kepada Peserta, anda saksikan youtube dan petikan kenyataan mutamar Pemuda PAS Melaka, fikirlah dimana kecelaruan  dari bukan permuda tetapi lebih layak dipanggilkan Pe_mu_dah Perasit Islam Semalaysia

Muktamar Pemuda PAS Melaka

5/14/2012 10:45:00 AM  

Semalam berlangsungnya Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Melaka kali ke-37 yang bertempat di Parlimen Jasin yang bermula pada awal pagi dan berakhir jam 3.00 petang yang turut dihadiri oleh pemerhati jemputan dari DAP yang diwakili oleh YB Tiey Kok Kiew dan juga PKR oleh Law Bing Haw.
Turut diundang dalam majlis itu juga adalah wakil dari Badan Perhubungan PAS, Asri Shaik Abdul Aziz selaku Setiausaha, Ashraf Mukhlis Minghat selaku Ketua Penerangan dan juga Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri, Bahiki Islamil, Dewan Muslimat PAS Melaka dan juga Dewan Ulama PAS Melaka serta beberapa NGO dan wakil-wakil media yang diundang.
Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Melaka kali ke-37 ini dirasmikan oleh Suhaizan Kaiat, Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.
beberapa anugerah juga turut disampaikan kepada wakil dewan pemuda kawasan antaranya anugerah Jundullah bagi mereka yang ditahan kerana terlibat demonstrasi I.S.A dan juga BERSIH 2.0 dan 3.0. Selain itu penyampaian hadiah kepada PASTI terbaik bagi kawasan Bukit Katil.

Bersih 3.0 - PAS Anugerahkan Sijil Jaminan Ke Syurga Kepada Peserta merupakan satu pembuktian kerosakan dalam PAS. Patutlah makin rosak akar umbi PAS diselewengkan antara agama dan dunia. Bersih 3.0 - PAS Anugerahkan Sijil Jaminan Ke Syurga Kepada Peserta bakal menjadi pembunuh minda umat islam di Malaysia dengan kecelaruan.

Thursday, 17 May 2012

Special Offer Dari Selangorku | bangkang dari longkang

This dark comedy was created by a bunch of Malaysians to laugh at a bunch of Malaysians. It touches on many topics from day to day situations to even politics. If you feel this video was intended for you, jangan terasa beb!

Bersih 3.0 Pendedahan Terperinci Bagaimana Strategi Dan Bermulanya Bersih 3.0


Bersih 3.0 digerakkan dengan 4 strategi utama iaitu provokasi, Serangan, keganasan dan rusuhan terhadap polis. Perancangan ini dimulakan dari awal lagi dengan pemulaanstrategi Occupy Dataran Merdeka 14.4.2012 - 27.4.2012. Dimana mahsiswa mula berkhemah di Dataran Merdeka dan didatangi pemimpin politik bersama mahasiswa Anwar Ibrahim, Mat sabu dan Sam ketot untuk memberi semangat kepada mahasiswa untuk bersedia menggerakan kerja mendapatkan sokongan seberapa ramai yang boleh untuk perhimpunan utama Bersih 3.0. Antara ucapan melaungkan semangat mempertahankan dataran Merdeka dalam apa jua keadaan.

Ceramah-ceramah bergerak seluruh negara serentak, seperti Taman Melewar untuk menyeru rakyat turut serta berhimpun pada Bersih 3.0. antara seruan utama memberi dorongan kepada rakyat supaya menawan Dataran Merdeka dan menafikan arahan Makamah yang melarang sebarang kegiatan dijalankan di kawasan Dataran Merdeka.
Peserta Bersih 3.0 mula berhimpun pada jam 11 malam dan kehadiran pemimpin politik serta aktivis memberi dorongan dan semangat untuk peserta setia menunggu sehingga keesokan harinya. Semangat ini telah memuncak dengan sikap peserta mula melakukan provokasi terhadap polis. Kemudiannya melarat hingga tindakkan luar kawalan dengan menendang kenderaan polis, memaki hamun diejek dan mempersendakan pihak polis, dengan harapan memerangkap polis dalam isu keganasan. tetapi semua tindakan peserta tidak diendahkan pihak polis kerana memahami yang mereka sedang dipancing untuk termakan perangkap yang disediakan oleh Pakatan Rakyat.

Situasi provokasi peserta Bersih 3.0 berlanjutan sehingga 2.59 petang pada 28.4.2012, tetapi polis masih berjaya mengawal keadaan tampa melibatkan tindakan agrasif dari pihak polis. Malah pihak polis memberi nasihat untuk para peserta bersurai dari dataran merdeka bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diinggini berlaku. Walaupun bergitu masih terdapat pergerakan pemimpin pakatan rakyat dan aktivis secara bebas tampa disekat oleh polis. Yang hadir adalah Anwar Ibrahim, Kapal Singh, Haji Hadi, Ambiga, Tian Chua, Azmin Ali dan ramai lagi.

Rusuhan terhadap benteng polis yang pertama mula dilakukan oleh Unit Amal PAS yang bertindak merempuh benteng polis dengan harapan memancing pihak polis melakukan tindakan tegas yang boleh dijadikan isu buat Pakatan Rakyat, tetapi pihak polis masih juga mendiamkan diri dari melakukan apa-apa tindakan terhadap mereka. Keadaan yang semakin menjelang jam tiga telah melihatkan peserta semakin agrasif dengan cuba mengasak benteng polis dan membaling pelbagai objek kepada polis. Ketika itu juga peserta mula membuat persiapan merempuh dengan cubaan mengalih kawat beduri dan benteng yang menghalang kemasukan peserta ke Dataran Merdeka. 

Menjelang jam 2.58 petang 28.4.2012 kelihatan kelibat Anwar Ibrahim dan Azmin Ali mula memberi kata-kata laungan bersih dan mengapi-apikan peserta. Api yang dibakar ini menyebabkan ramai peserta terbangkit perasaan yang membuak-buak untuk bertindak lebih agrasif. Pada masa itu kelihatan Anwar memberi isyarat tangan kepada peserta dan Azmin Ali. Dan terdengar laungan masuk! masuk! masuk! yang asalnya dimulakan peserta yang berdekatan dengan Anwar dan akhirnya merebak kepada peserta-peserta yang lain. 

Kemudian ada isyarat merempuh masuk diberi oleh pemimpin Pakatan rakyat dan salah seorang peserta bertindak membuka pagar halangan sebagai permula untuk menghasut para peserta lain bersama-sama terlibat dalam adengan merempuh sekatan polis. seterusnya berlakulah adengan-adengan luar kawalan yang mana peserta mula merempuh sekatan polis dengan meroboh dan mengalihkan segala pagar halangan yang dibina untuk menuju ke Dataran Merdeka. 

Tindakan peserta-peserta yang mula hilang kawalan telah memasuki 50 meter ke dalam kawasan larangan yang di arahkan Makamah, hingga memaksakan pihak FRU mengambil tindakan tegas dengan melepaskan air dan menembak gas pemedih mata yang dibenarkan dalam syarat-syarat kawalan keselamatan sedunia. Bertujuan untuk menyuraikan dan menghalang peserta-peserta terus menerus masuk ke dalam kawasan Dataran Merdeka dan menyerang FRU. Dalam masa yang sama peserta Bersih 3.0 mula bertindak ganas diluar kawasan Dataran Merdeka, dengan menyerang pihak polis hingga memaksakan FRU bertindak mengambil tindakan lebih tegas untuk mengawal keadaan. dalam situasi ini apa yang perlu dilakukan oleh pihak polis dan FRU jika tidak memberkas mana-mana peserta yang menjadi ganas? 

Pada jam 4 keadaan sudah semakin terkawal dan tiba-tiba datang sebuah kereta peronda polis jenis Proton Waja bernombor pendaftaran WAJ 2974. Kereta peronda ini telah diserang dari hadapan Komplek Pertama sehingga merempuh tembok berdepan Secret Recipe Sogo. Peluang sejauh 200 meter dipergunakan peserta Bersih 3.0 dengan melompat menghentak-hentak bumbung kereta dan pelbagai objek termasuk batu dilontarkan oleh para peserta. Hingga menyebabkan pemandu terasa terancam dalam pelbagai perasaan yang akan menakutkan sesiapa sahaja yang memandu dalam situasi diserang dari setiap penjuru. Akibatnya pemandu tidak dapat menumpukan perhatian untuk memandu kereta dan masalah cermin kereta yang juga pecah dan retak yang menghalang pemandangan, mengakibatkan pemandu gagal mengawal kenderaan dan terbabas.

Waktu terbabas kelihatan seorang wartawan datang cuba menyelamat pemamdu juga ditumbuk dan diberlasah oleh peserta hingga mengalami kecederaan. Tidak cukup dengan itu perusuh menterbalikan kereta peronda, malah ada peserta sengaja masuk kedalam ambulan untuk menyerang polis dan menempik "Biar Mati". Situasi menyerang kenderaan polis bukan sebuah malah banyak lagi insiden lain termasuk menyerang konvoi polis.

Video Bersih 3.0 Pendedahan Terperinci Bagaimana Strategi Dan Bermulanya Bersih 3.0 ini dan banyak lagi video-video yang memaparkan bukti Bersih 3.0 berubah menjadi ganas setelah kelibat Anwar Ibrahim dan Azmin Ali memberi ucapan mengapi-apikan dan isyarat-isyarat yang mencurigai hingga menyebabkan ada tindakan peserta menghasut peserta lain bersama-sama bertindak agrasif.

Persoalannya Video Bersih 3.0 Pendedahan Terperinci Bagaimana Strategi Dan Bermulanya Bersih 3.0 ini, adakah rakyat Malaysia boleh mendiamkan diri dengan hanya menerima pemohonan maaf Ambiga dan penafian Anwar ibrahim, Azmin Ali dan seluruh Pakatan Rakyat terlibat dalam merancang bersih 3.0 hingga menjadi satu trajedi buat rakyat Malaysia dan menimbulkan pelbagai kerosakan harta awam. Malah mereka juga mencabar kewibawaan undang-undang negara semata-mata memenuhi kepentingan jahat pakatan rakyat. siapa yang paling zalim dan ganas dalam hal ini. Kalau anda seorang anggota polis yang diamanahkan mengjaga ketenteraman awam apa yang anda akan lakukan?

Melaui Bersih 3.0 Pendedahan Terperinci Bagaimana Strategi Dan Bermulanya Bersih 3.0. Inikah perjuangan Pakatan Rakyat yang sebenarnya iaitu cuba menimbulkan kekacauan dinegara ini semata-mata untuk marampas Putrajaya.

Bukti Ambiga Sreenevasan Tertekan Dengan Permainan Ciptaannya


Apa sudah jadi apabila Ambiga Sreenevasan terpaksa mendapat bantuan pihak berkuasa mengawal rumahnya? Bukankah ini bentuk permainannya selama ini yang menyeru rakyat bangkit menyuarakan apa sahaja yang tidak memuaskan hati. Sekarang kenapa tertekan pula? Inilah Bukti Ambiga Sreenevasan Tertekan Dengan Permainan Ciptaannya. 
Rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan menjadi tumpuan lagi. Wartawan KL POS yang sempat meninjau ke kediaman wanita kontroversi itu mendapati beberapa jurugambar dan wartawan tempatan sedang berkumpul di hadapan rumah peguam itu. Malah kelihatan beberapa pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang berkawal di lokasi sama.
Ambiga tidak sepatutnya membiarkan hal ini berkesudahan dengan kehadiran pihak berkuasa kerana Ambiga sendiri seorang yang prejudis, menyelitkan unsur-unsur stereotaip terhadap pihak berkuasa. Sekarang sebaliknya pula yang berlaku apabila Bukti Ambiga Sreenevasan Tertekan Dengan Permainan Ciptaannya hingga sanggup melanggar sikap prejudisnya terhadap pihak berkuasa.

Ambiga Sreenevasan selama ini sengaja menafikan tangungjawap pihak polis terhadap keselamatan negara, dengan cuba mengaitkan polis bertindak ganas terhadap peserta Bersih 3.0 selepas jam 3 petang pada 28 April. Pengkhianatan Ambiga bertindak mengalih perhatian rakyat, dengan meletak kesalahan selepas jam 3 petang kepada polis dengan menyembunyikan fakta dan bukti-bukti Bersih 3.0 aman sebelum jam 2.59 petang, iaitu sebelum tindakan seorang pemimpin pembankang sengaja mengeluarkan isyarat menyeru peserta Bersih 3.0 merempuh sekatan polis, dan memasuki kawasan larangan makamah iaitu Dataran Merdeka. 

Semua itu dimain-mainkan Ambiga demi kepentingan jahat yang terancang. Wahal tangungjawap Ambiga sebahagian dari individu bekerjasama bersama Bar Council haruslah adil kepada semua pihak mewakili rakyat. Dengan mengeluar kenyataan yang adil. Bukan kenyataan yang meletakkan kesalahan kepada polis semata-mata memihak dan membela Pakatan Rakyat. 

Sekarang timbul Bukti Ambiga Sreenevasan Tertekan Dengan Permainan Ciptaannya kenapa harus bersikap sedemikian pula? Permainan jahat Bar Council perlu diambil tindakan kerana sudah melampau batas dari tangungjawap mereka dan bergitu juga Ambiga tidak boleh dari tangungjawapnya terhadap segala kerosakan yang berlaku pada 28 April 2012.

Wednesday, 16 May 2012

Tunku Abdul Aziz Buktikan DAP Tidak Layak Dipercayai Oleh Orang Melayu

DAP yang merupakan sebuah parti yang dimonopoli kaum cina yang sebahagian ahlinya penah menjadi penyebab belakunya peristiwa 13 Mei, sudah pasti tidak sesuai untuk diberi ruang kepercayaan oleh orang Melayu. DAP berteraskan politik perkauman. Itulah yang digambarkan bekas naib Pengerusi DAP. Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sehingga mengambil keputusan meninggalkan DAP dan Tunku Abdul Aziz Buktikan DAP Tidak Layak Dipercayai Oleh Orang Melayu.

Malah DAP dikaitkan mempunyai polisi dan hubungan rapat dengan PAP. Orang melayu Malaysia telah membuka mata sejak lama lagi dengan melihat bagaimana PAP melayan warga melayu Singapura. Menyebabkan kedua-dua alasan ini menjadikan ramai melayu di Malaysia melebel DAP sebabagi parti yang tidak boleh dipercayai.

Berdasar dari hakikat itu DAP telah bertindak memikat orang melayu melalui membawa masuk Tengku Abdul Aziz dan dilantik menjadi Naib Pengerusi DAP malah lebih agrasif lagi menarik berberapa orang melayu untuk dicalonkan sebagai calon bertanding DAP dalam PRU13.

Dalam Pakatan Rakyat pula DAP menjadi raja kerana mampu mengawal Anwar Ibrahim dan Nik Aziz menjadi tenaga kerja yang cuba memikat melayu mempercayai DAP. Sehingga PAS sanggup fisabilillah bersama DAP, menjemput sebagai tetamu ceramah di surau-surau. Malah PAS lebih memuliakan DAP dari oarng islam lain. Ini sudah tentu memberi hebuan besar buat DAP meraih kepercayaan masyarakat Melayu.

Tetapi sifat perkauman yang melampau DAP belum juga dapat kikiskan kerana sudah menjadi darah kesumat warga DAP. Sekarang DAP tertekan ketika saat-saat akhir menanti keribaan PRU13 apabila segala yang dirancangnya mula menemui kegagalan. Ini jelas dilihat apabila hanya Tunku Abdul Aziz yang benar-benar berada dalam sistem pentabiran DAP, telah bertindak meninggalkan parti dan memberi alasan DAP berteraskan politik perkauman.  Ikuti ulasannya Tunku Abdul Aziz Buktikan DAP Tidak Layak Dipercayai Oleh Orang Melayu
Tunku Aziz: DAP langgar prinsip dan etika partiKUALA LUMPUR: Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan DAP yang melaungkan perjuangan demokrasi, integriti dan ketelusan, terbukti melanggar segala prinsipnya apabila ia berkuasa di beberapa negeri.
Bekas Naib Pengerusi DAP yang keluar daripada parti itu kelmarin, berkata beliau beberapa kali menegur pucuk pimpinan DAP dalam mesyuarat jawatankuasa pusat (CEC) sejak menyertai parti itu pada 2008.
Bagaimanapun, semua tegurannya tidak diendahkan dan hanya dipandang sepi, kata beliau dalam temuramah dengan The Star semalam.
Tunku Aziz yang dilantik Ahi Dewan Negara selama tiga tahun hingga 31 Mei ini memberikan beberapa kes yang dmaksudkannya.
Terdapat ahli kanan parti menubuhkan Café Rocket di Petaling Jaya tanpa kelulusan majlis perbandaran.
"Apabila ahli-ahli lain bangkitkan isu ini, ia telah ditolak di bawah karpet dan tiada tindakan diambil," katanya.
Tunku Aziz menegaskan kesalahan itu berlaku di Selangor di mana parti gabungan utama pemerintah ialah DAP.
Seorang pemimpin utama parti menghalang pegawai penguatkuasa majlis daripada mengambil tindakan terhadap penjaja haram.
Tunku Aziz berkata pemimpin berkenaan melindungi penjaja terbabit hanya kerana mereka adalah penyokong DAP.
“Itu adalah salah dan tidak beretika. Saya membangkitkan kes ini dalam CEC tetapi saya dapat melihat bahawa mereka tidak selesa. Mereka harus sedar isu-isu etika adalah penting. Isu-isu integriti adalah penting," katanya.
Aduan Ahli Dewan Negeri Damansara Utama Dr Cheah Wing Yin mengenai pelbagai kelemahan dalam pentadbiran negeri Selangor ada kebenarnnya.
"Saya setuju seorang dua ahli majlis tempatan perlu diperhatikan, adakah orang-orang ini boleh dipercayai untuk menggalas tanggungjawab yang besar, dan adakah ini caranya sikap DAP dan Pakatan Rakyat?" katanya ketika mempersoalkan jika suatu hari nanti Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negara.
"Dalam kes ini, DAP adalah sebahagian daripada kerajaan di situ dan jika rakyat memperolehi gambaran buruk, maka ia adalah cerminan kepada diri mereka sendiri," katanya.
Dalam perkembangan lain, Tunku Aziz berkata DAP dan PKR telah menjalankan tugas yang baik dalam menguruskan Selangor dan Pulau Pinang tetapi menzahirkan rasa bimbangnya terhadap pelanggaran etika dan prinsip yang dilakukan oleh beberapa pimpinan utama DAP.
Menurut Tunku Aziz, di Pulau Pinang pula Ketua Menteri Lim Guan Eng menghabiskan masa menyalahkan pentadbiran kerajaan pemerintahan sebelum itu (Barisan Nasional) untuk segala-galanya dan sering mendabik kerajaannya diurus dengan baik.
Beliau juga mempersoalkan gaya kepimpinan Lim dengan berkata “untuk menjadi pemimpin yang baik, seseorang itu mesti menjadi pendengar yang baik.
"Lim Guan Eng perlu lebih banyak mendengar," katanya. Sumber Antara Pos

Dengan Tunku Abdul Aziz Buktikan DAP Tidak Layak Dipercayai Oleh Orang Melayu adalah wajar kita meninggalkan DAP dari terus mengambil kesempatan memecah-belah antara orang-orang Malayu.

02 Arena London-Anjing Terjerit Bersih 3.0 Lari Apabila Najib Razak Perlawa Bersemuka

Memalukan.....kalau nak menjerit sekalipun, tunggu la PM habis speech....nak suruh orang respect korang...tap diri sendiri tak respect orang lain....dah dewasa pun kadag2 bodoh jugak....macam budak2..cuba korang bagi speech, pas 2 orang lain ganggu, korang pun marah gak kan.....MEMANG DASAR PENYOKONG PAKATAN RAKYAT DAN PENYOKONG AMBIGA=ANTICHRIST YANG KURANG AJAR...TAK ADA PERASAAN RESPECT TERHADAP PEMIMPIN DI NEGARA ORANG Dengar daripada video. Adalah suara satu dua ekor yang menjerit Bersih. Banggang....

Jangan kacau-bilau negara

LONDON 15 Mei - Di hadapan kira-kira 1,500 rakyat Malaysia dari seluruh United Kingdom yang berkumpul bersama Perdana Menteri di sini semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sesiapa pun berhak menyokong kerajaan atau pembangkang, namun biarlah ia mengikut keluhuran undang-undang.

''Saya boleh menerima ketidaksamaan dalam pandangan, tapi ia haruslah dilakukan secara berhemah kerana kita tidak mahu negara menjadi kacau-bilau.

''Berkelakuanlah secara bertamadun, janganlah memalukan orang di khalayak ramai, itu bukan cara orang Malaysia," katanya sambil menerima tepukan gemuruh daripada rakyat Malaysia - para perantau, para pelajar dan orang Malaysia yang sayangkan negara yang datang dalam majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Dewan Indigo, Arena O2, Greenwich, timur London, petang semalam.

Segenap lapisan masyarakat daripada pelbagai kaum, termasuk yang membawa anak-anak datang ke majlis itu.

Rata-rata yang datang amat teruja melihat Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turun dari pentas, dalam suasana yang cukup santai, bertemu, beramah mesra, dan bergambar dengan mereka - walaupun pada peringkat awal ucapannya, Najib diganggu oleh dua tiga lelaki yang menjerit-jerit slogan antikerajaan kepadanya.

Jeritan mereka langsung tidak disambut oleh para hadirin.

Najib bagaimanapun, menasihatkan salah seorang lelaki yang menjerit-jerit ke arah beliau supaya berjumpa dengannya, namun dia kemudiannya meninggalkan dewan itu.

Ribuan rakyat Malaysia menguasai suasana dan majlis itu berlangsung dengan cukup mesra sekali.

Menurut seorang rakyat Malaysia yang menetap lebih 30 tahun di kota raya kosmopolitan ini, inilah pertama kali beliau melihat satu perhimpunan paling besar membabitkan rakyat Malaysia dalam satu masa, di satu tempat.

Najib dalam ucapannya berkata, sebagai rakyat yang matang mereka haruslah menghormati beliau sebagai Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat.

''Kita mengamalkan amalan demokrasi, siapa yang mahu mengundi saya atau tidak bukan menjadi hal. Kita mempunyai pilihan, namun walaupun kita mengamalkan sistem demokrasi, tidak bermakna kita boleh membuat kacau.

''Anggota-anggota polis yang mengawal keselamatan juga adalah manusia dan mereka juga mempunya hak asasi seperti kita. Mengapa diserang mereka.

''Demokrasi haruslah dilaksanakan secara bertanggungjawab. Saya berharap saya telah menyampaikan mesej yang cukup jelas, patuhlah kepada undang-undang. Apabila sampai masanya buatlah pilihan masing-masing," katanya.

Najib berada di sini atas lawatan kerja selama dua hari. Beliau dijemput khas oleh Putera Charles, pewaris takhta Britain, ke Istana St James hari ini sempena penganugerahan Piagam Diraja ke atas Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh ibundanya Ratu Elizabeth yang meraikan ulang tahun Jubli Intan pemerintahannya.
Sumber Utusan Malaysia

Tuesday, 15 May 2012

Ambiga Sreenevasan Patut Berbangga Dengan Hak Kebebasan Bersuara Diamalkan Kelab Bekas Tentera

Seperti slogan Pakatan Rakyat yang memperjuangkan kebebasan hak bersuara, Ambiga Sreenevasan Patut Berbangga dengan Hak Kebebasan Bersuara Diamalkan Kelab Bekas Tentera yang tampil di depan rumahnya untuk menyuarakan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan Ambiga Sreenevasan terhadap negara Malaysia.

Jika kebebasan hak asasi manusia membenarkan himpunan Bersih 3.0 dilangsungkan di sekitar Kuala Lumpur menuju Dataran Merdeka, walaupun himpunan Bersih 3.0 telah mengjejaskan punca pendapatan peniaga sekitar Kuala Lumpur. Rasanya sama juga dengan kes menjual burger di depan rumah Ambiga Sreenevesan dan bergitu juga senaman gelek pungung di depan rumahnya. Semuanya kerana asas didikan Ambiga sendiri menyeru rakyat tampil meluahkan perasaan tidak puas hati, dimana sahaja tampa memikirkan batas undang-undang dan hak-hak orang lain.

Betul maksud ucapan Tun Dr Mahathir, yang mana Ambiga kalau jadi Perdana Menteri, rakyat boleh hari-hari berdemo membantah apa sahaja, di mana sahaja, tampa mengira masa. Persoalannya kenapa riak wajah Ambiga kelihatan seperti tertekan dengan kehadiran mereka, menyuarakan rasa tidak puas hati di depan rumahnya? Sepatutnya Ambiga mengucapkan tahniah kepada mereka yang berani tampil meluahkan apa yang terbuku dihati demi kebenaran. Oleh itu, Ambiga Sreenevasan Patut Berbangga Dengan Hak Kebebasan Bersuara Diamalkan Kelab Bekas Tentera

Atas semangat memperjuangkan hak kebebasan bersuara? Benarkah kalau Pakatan Rakyat memerintah semua ini akan dibenarkan tampa dikawal? Rasanya baikpun Ambiga, Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Lim Guan Eng tentu akan tertekan jika hal ini berlaku keatas mereka bukan? Di waktu itu akan terkeluar menggangu hak kebebasan mereka pula. 

Itulah yang dimaksudkan hak kebebasan atas batasnya tetapi pada Pakatan Rakyat menyatakan pada sebaliknya. Jadi inilah akibatnya jika semua orang hendak menyuarakan hak kebebasan bersuara tampa terkawal. Dengan apa yang terjadi ini, cukupkah mengajar Pakatan Rakyat menghormati hak orang lain juga? Sudah tentu tidak kerana Pakatan Rakyat hanya memperjuangkan kepentingan peribadi mereka tampa memikirkan hak-hak orang lain yang juga menjadi rakyat Malaysia yang sah. 

Ambiga Sreenevasan Patut Berbangga Dengan Hak Kebebasan Bersuara Diamalkan Kelab Bekas Tentera dan apa yang disuarakan Bekas Tentera sudah tentu tidak menjadi kesalahan jika diukurkan dengan bandingan keatas apa yang Pakatan Rakyat telah lakukan kepada negara ini bukan? Jadi fikir-fikirlah sendiri kepada yang mahu memikir baik buruknya membiarkan hak kebebasan bersuara berlaku tampa batas dan kawalan. Dalam Islam sendiri mengonkong kita dengan peraturan hidup berdasarkan Al Quran dan bergitu juga dengan kehidupan kita jika tampa terkawal habis musnahlah masa depannya.

Tahniah Najib Razak Dapat Jinakkan Kumpulan Pelajar Di London Sokong BERSIH.

Biadap!! Memang sengaja pelajar Pro Pakatan Rakyat cuba mensabotaj majlis Najib Razak bertemuPelajar di London. Sikap biadap puak-puak ini memang keterlampau dan Tahniah Najib Razak Dapat Jinakkan Kumpulan Pelajar Di London Sokong BERSIH.

Fahaman Anwar Ibrahim Kristian Dan Islam Itu Sama

Bagaimana Fahaman Anwar Ibrahim Kristian Dan Islam Itu Sama dengan pluralisme agama tiada agama yang lebih tinggi dari agama lain

Anwar Ibrahim : "Today, freedom of religion without which there can be no religious pluralism, is an entrenched constitutional liberty in the established democracies. As such, favouring one religion over another or granting it a position at the expense of others may be considered as being against the spirit of religious pluralism. Yet this still happens even in certain established democracies in Europe while in the Middle East and in Southeast Asia this ambivalence has been virtually taken for granted until recently".

Maksudnya : "Pada hari ini, kebebasan beragama (freedom of religion) yang tidak ada Pluralisme Agama (religious pluralism), adalah tertanam teguh sebagai kebebasan dalam perlembagaan dalam negara-negara demokrasi. Dengan demikian, maka memihak kepada sesuatu agama (tertentu sahaja) dan tidak yang lain atau memberikannya kedudukan yang mengorbankan yang lain boleh dianggap sebagai bertentangan dengan semangat pluralisme agama. Namun perkara ini masih berlaku walaupun dalam negara-negara demokrasi yang teguh kedudukannya di Eropah, manakala di Timur Tengah pula dan di Asia Tenggara, sikap bercanggahan di antara dua perkara yang saling berlawanan ini disifat sebagai perkara lumrah yang biasa berlaku(taken for granted) sehingga akhir- akhir ini".

Dengar apa kata Pesanan Dato' Zulkifli Noordin kepada ahli PAS, mengapa beliau dan rakan-rakan meninggalkan Anwar Ibrahim

Pratonton Nizar Jamaluddin - UMNO Berani Kutuk Berdepan La Awat Hang Lari

Jom tengok Nizar Jamaluddin kena kutuk berdepan sampai cabut lari. Nizar dalam twit bolehla mengutuk kot berlakang! Bila berdepan dengan penceramah UMNO awat lari.
Terima Kasih kepada sumber kerana membenarkan dikongsi Al-Kesah AloQStaq

Aku nak hadiahkan video ni khas untuk bebudak Pakatan bongok kat area aku yang mana pada siang tadi , diorang seronok gila melihat gambaq-gambaq foto Nizar balaci DAP tu (kononnya) amat hebat sangat - Kononnya Nizar Berani kerana Benar ... ptuuiiihhh !

Kononnya Nizar siyey tu berani duduk dengan selamba dan relaks nya dalam satu majlis ceramah UMNO yang bertujuan untuk membongkarkan pembohongan Nizar selama ini.

Siang tadi, hampir bernanah lubang telinga aku mendengar puji pujian puja pujaan yang ditasbihkan oleh puak-puak bongok Pakatan Rakyat kat area aku. Tolol punya bangang !Si Nizar tu dah tipu ngkorang hidup-hidup la budak2 Pakatan tolol oiii !

Mana ada penceramah UMNO malam tu pucat ???? ... Penceramah tu TIBAI NIZAR depan-depan lagi ada ler ! ...

Terima Kasih banyak2 kepada sahabatku yang sudi berkongsi video yang bagi aku amat2 terbaek ni ! JOM SEBARKAN !!


AloQStaQ
15 Mei 2012
12:21 Tengah Malam
SELASA

Monday, 14 May 2012

Fuhh!! Pakatan Rakyat Ada Lagu Tema Untuk PRU 13 Cayalah!!

Fuhh!! Pakatan Rakyat Ada Lagu Tema Untuk PRU 13 Cayalah!! Sungguh tidak sangka bertapa puitisnya lirik lagu tema Pakatan Rakyat. Anda patut mendengarnya sebab sayu sesangat! Inilah bukti perjuangan Pakatan Rakyat yang cuba ditonjolkan Pakatan Rakyat. Kepada mana-mana akar umbi Pakatan Rakyat syabas kerana menjadi sebahagian dari maksud kepuitisan lirik lagu tema Pakatan Rakyat. Ok kita jumpa dalam PRU13
Fuhh!! Pakatan Rakyat Ada Lagu Tema Untuk PRU 13 Cayalah!! beb!!

Gaji Minimum Anwar Ibrahim Kencing Dari RM1500 Turun Lagi Ke RM1100

Apa jenis auta aku pun tak tahu, Lihatlah cakap-cakap janji yang sering kali berubah dan berbelit, apa dah jadi dengan Gaji Minimum Anwar Ibrahim Kencing Dari RM1500 Turun Lagi Ke RM1100. Yang mana satu Anwar ibrahim hendak laksanakan aku pun tidak faham? Agak-agak manusia jenis kuat menipu ini tidak ingat janji-janji penipu yang lalu. Kalau macam inilah bakal Perdana Menteri yang reka cipta janjipun tidak sekata dan seragam, bolehkah dipercayai ke?

Anwar Ibrahim dalam kenyataan akhbar mengatakan Pakatan Rakyat (PR) menawarkan gaji minimum RM1,100 jika diberi mandat menerajui Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). tapi pelik bukan apabila dia penah berjanji pelaksanaan gaji minimum di Selangor iaitu RM1500 yang sepatutnya sudah bermula awal tahun ini? Inilah yang menghairankan apabila Gaji Minimum Anwar Ibrahim Kencing Dari RM1500 Turun Lagi Ke RM1100?
Kalau diimbaskan kembali, Khalib Ibrahim PKR telah berjanji akan melaksanakan had gaji minimum mulai awal tahun ini melalui semua anak syarikat negeri.  Berita Kencing telah diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2012 yang bertemakan ‘Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, pada 9 November 2011.

Kononnya Abdul Khalid berkata, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 itu akan dimulakan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri yang prestasi kewangannya stabil seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holding Berhad. 

Bagi syarikat milik Kerajaan Negeri yang prestasi kewangannya belum stabil, dana RM10 juta akan disediakan bagi menampung kos pelaksanaan dasar ini. “Kerajaan Negeri akan berusaha meningkatkan produktiviti negeri dan syarikat yang dimiliki supaya ia layak melaksanakan gaji minimum,” Kencingnya

Tetapi semua itu hanyalah mainan maha auta Khalib Ibrahim. Sehingga sekarang tahun 2012 telah masuk bulan 5, masih juga belum terlaksana malah sempat juga Khalib Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mempersoalkan tetapan gaji minimum oleh Datuk Sri Najib RM900 untuk Semenanjung dan RM800 untuk Sabah Serawak. Yang mereka kencing harap bunyi sahaja RM10 juta, sedap bukan main! tapi pelaksanaan hanya kroni yang untung!

Kalau inilah yang Anwar Ibrahim lakukan sebagai Penasihat Ekonomi RM1, bagaimana hendak melaksanakan gaji minimum RM1100, sudahlah jumlahnya turun, malah janji-janji yang lepaspun belum tertunai? Jadi dimana sebenarnya tahap kecekapan Pakatan Rakyat menunaikan janji, semuanya sekadar namapak macam cakap-cakap tin kosong sahaja. Tidak payahlah hendak cipta karangan sehingga tahap Gaji Minimum Anwar Ibrahim Kencing Dari RM1500 Turun Lagi Ke RM1100, semata-mata untuk menjatuhkan Najib Razak, buktikan dulu apa yang mereka janjikan sebelum hendak mengutuk orang lain.

Khalib Ibrahim Kencing Penduduk Ijok Selangor

Alahai memang tidak habis-habis Khalib Ibrahim Kencing Penduduk Ijok Selangor. Dari satu ke satu hal dia  buat. Membuatkan rakyat Ijok mula bangkit menyurakan rasa tidak puas hati kepada Khalib Ibrahim.

Penduduk Ijok tuntut janji MB Selangor


IJOK: Penduduk tempatan berbilang kaum hari ini bersatu menuntut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan jaminan kerajaan negeri untuk tidak akan mengusik kemudahan awam masyarakat di Simpang Ijok dalam melakukan pembangunan.

Menurut mantan Pengerusi Jawatankuasa Belia Ijok, Tee Bok Weng, ketika kempen Pilihanraya Umum yang ke-12 dulu Pakatan Rakyat berjanji semua kemudahan masyarakat seperti padang bola dan kuil tidak akan dirampas untuk pembangunan. Baca lanjut dari Sumber
Lain-lain kisah Khalib Kaki Kencing!!!


Pratonton MAT SABU Serigala Jadian Menyalak Bulan PAS Yang Makin Suram

Inilah Pratonton MAT SABU Serigala Jadian Menyalak Bulan PAS Yang Makin Suram. Lawak-lawak bila lagak seekor serigala meyalak bulan buruk wajahnya. Tahap ituje Mat sabu setakat menjadi badut DAP. Hendak harapkan orang ambil jadi calon tipis sangat sebab kelayakannya hanyalah badut tukang karut Perasit PAS dan kaldai peliharaan DAP dan PKR.

Sunday, 13 May 2012

Keangkuhan Anwar Ibrahim Ulangi Sejarah 16 September

Keangkuhan Anwar Ibrahim Ulangi Sejarah 16 September. Tenyata kenyataan Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Najib Razak sebagai ketua pembankang, sekadar angan-angan kerana bukan Anwar Ibrahim yang berkuasa menentukan siapa bakal Perdana Menteri. Anwar Ibrahim terlupa angan-angan tin kosong 16 September dan kejadian Kampung Buah Pala yang terang-terang Anwar kencing rakyat!

Anwar angkuh, terus tabur janji - Kamalanathan

Menurutnya, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terus-terusan menimbulkan isu baru kerana hendak menutup janji-janji pilihan raya Pakatan Pembangkang yang tidak tertunai.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar yang mahu menjadikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Ketua Pembangkang jika Pakatan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Dalam ceramahnya di Bukit Beruntung dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor kelmarin, Anwar menyuarakan pandangannya hendak menjadikan Perdana Menteri sebagai ketua
pembangkang supaya beliau boleh menunjukkan cara menguruskan sumber kewangan negara dengan baik.

Beliau mengulangi janjinya hendak menurunkan harga minyak, memberi pendidikan percuma dan membatalkan kutipan tol.

"Memang perangai dia angkuh, ini bukan suatu perkara yang baru dan bukan perkara yang kita harus terkejut sangat,” kata Kamalanathan.

Beliau berpendapat Anwar sepatutnya sedar bahawa rakyat yang mahukan Najib sebagai pemimpin.

"Dia harus sedar bukan kehendak dia siapa yang jadi pemimpin, tetapi kehendak rakyat," tambahnya.

Menurutnya, impian Anwar sekarang tidak ada bezanya dengan impian beliau hendak menakluk kerajaan seperti sebelum ini.

"Impian dia sekarang sama seperti impian dia mahu mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008. Jadi dia boleh terus bermimpi, dia boleh terus hidup dalam alam mimpi dia selama-lamanya," tegas beliau.

Kamalanathan berkata Ketua Pembangkang itu jelas menunjukkan ciri-ciri seorang yang penipu kerana tidak dapat menunaikan janji yang pernah ditaburnya sebelum ini.

"Anwar Ibrahim adalah seorang penipu, sebagai contoh apa yang pernah berlaku di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, janjinya tidak akan menggangu kampung tersebut selepas dua minggu ambil alih kerajaan."

Beliau menambah, tujuan Anwar mencetuskan perkara-perkara baru adalah untuk membuat rakyat lupa dengan janji-janji lama yang pernah ditaburnya.

"Dia nak orang lupa apa dia pernah janji dulu, jadi dia wujudkan perkara-perkara baru," tambahnya.

Malahan, katanya, hadirin yang menghadiri ceramah Anwar hanya mahu mendengar penipuan yang mahu ditabur lagi dan bagi mengisi masa lapang mereka.

"Penduduk Hulu Selangor juga ada yang memberi tahu saya mereka pergi ceramah Anwar Ibrahim hanya kerana bosan di rumah selain mahu mendengar lawak jenaka dan penipuan beliau lagi," jelasnya.

Lim Guan Eng Ingatkah Kit Siang DAP Hampir Terpengal Kepala

Masih ingatkah Lim Guan Eng setelah DAP memenangi berberapa kerusi di Selangor, Kuncu-kuncu Lim Kit Siang  melaungkan-laungkan Melayu mampus semasa sedang berarak dari Jalan tengku Abdul Rahman berpusing ke Jalan Raja Laut, masuk Bukit Bintang akhirnya masuk jalan Raja Abdullah Kampung Baru. Jumpa anak Melayu tepi jalan mereka mengutuk Melayu Sakai. Itulah peristiwa 13 Mei 1969 yang diceritakan Zulkifli Nordin. Sekarang anaknya lah Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang yang ternyata masih mewarisi sifat-sifat bapanya.

Hingga sekaranglah Lim Guan Eng memendam semangat bapanya dan sengaja melaga-lagakan antara Melayu dengan India. Untuk meraih kesempatan buat kaum DAP. Ingatkah kumpulan Lim Kit Siang yang membunuh Mak Minah perlakon Masam-manis hingga terburai perut. Dan masih ingatkah Lim Guan Eng orang-orang melayu penah memenuhi Kuala Lumpu semata-mata mencari Lim Kit Siang? Kalau kerajaan tidak mengistiharkan darurat yang bukan hendak menjaga melayu semata-mata tetapi menghalang persengketaan antara kaum, sudah tentu terputus kepala Lim Kit Siang kalau Kerajaan semasa itu tidak prihatin memaafkan mereka. Itulah sejarah yang sepatut Lim Guan Eng perlu ingat dan ambil iktibar menghormati semangat 1Malaysia.

Jadi Lim Guan Eng harus ambil ikhtibar jangan bersifat rasis menglaga-lagakan antara kaum di Malaysia. dan bergitu juga PAS kau orang bertakbir demi DAP kerana apa? Bukankah bodohnya puak-puak PAS ini.. 

Petua Gila Babi Nik Aziz Dan Haji Hadi

Bagaimana PAS membina doktrin hingga melekat kehati penyokong tegar PAS hingga sanggup menggunakan Petua Gila Babi Nik Aziz Dan Haji Hadi. Siapa mereka berdua yang sanggup mempergunakan status kedudukan umat islam dalam syurga. Syurga milik Allah S.W.T,, Syurga bukan milik PAS..belum tentu Nik Aziz dan Hadi Awang boleh masuk syurga itu kata-kata Hassan basri. Kenapa fatwa Nik Aziz dan Haji Hadi bertukar kepada Petua Gila Babi Nik Aziz Dan Haji Hadi.

Dalam doktrin syurga sebagai ganjaran mengundi PAS menyebabkan orang-orang Melayu amat sukar untuk membezakan antara UMNO dan PAS, kalau PAS mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, UMNO juga boleh mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, demikian juga kalau PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam, UMNO juga mendakwa ianya memperjuangkan Islam, bahkan dalam Perlembagaan UMNO sendiri tertulis dengan jelas matlamat Islam dalam perjuangannya. Sebab itu doktrin masuk syurga dipergunakan selalu oleh PAS demi meraih undi. Ramai juga yang terpedaya dengan helah ini. Inilah tahap petua gila babi Nik Aziz dan Haji Hadi.

Gila Babi mereka bukan setakat ceramah malah dalam bentuk CD ceramah yang diedar dan dipasang disekitar kawasan strategik yang boleh menjaminkan pemasang dan pendengar masuk syurga. Perhh memang betul-betul Petua Gila Babi Nik Aziz Dan Haji Hadi.

PAS dan DAP Bersengketa Soal Hudud Bukti Pakatan Rakyat Tidak Berguna

Tiada apa lagi yang dapat diharapkan oleh PAS yang hanya hidup dengan politik kepura-puraan. Penipuan PAS tidak penah ada titik noktahnya. PAS amat sangat berharap Pakatan Rakyat dapat memberi mereka PAS, mendapat peluang mentabir negara kerana Pakatan Rakyat menyediakan peluang mendapat sumber pengundi berbilang bangsa dan agama. Tetapi dalam masa yang sama PAS perlu mempergunakan isu hudud menarik pengundi Islam agar terus sentiasa menyokong PAS. Bagaimana dikatakan PAS dan DAP Bersengketa Soal Hudud Bukti Pakatan Rakyat Tidak Berguna?

Masalah utama PAS adalah percanggahan prinsip antara PAS dan Pakatan Rakyat terutamanya DAP. Soal utama yang mengjadikan persengketaan PAS dan DAP adalah pelaksanaan hukum Hudud jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya?

Persoalannya DAP tidak mungkin membenarkan Hukum Hudud dilaksanakan kerana prinsip mereka tidak jauh beza dengan parti komunis yang mahu menjadikan republik Malaysia, yang mana mereka juga bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Malah mereka juga berhajat untuk menghapuskan perjanjian kontrak sosial yang menghalang kemaraan DAP menuju ke kemuncak kerusi pentabiran negara.

Mankala PKR adalah ibarat sebuah pertubuhan yang bersifatkan duri dalam daging rakyat Malaysia terutama bagi Melayu dan agama Islam. Sifat PKR lebih kepada menggadaikan apa sahaja yang membolehkan rakan Yahudi Israel berpuas hati dan bersedia untuk membantu PKR dalam bentuk dana yang tidak putus-putus dalam apa bentuk jumlahnya. PKR tama Yahudi dan Israel ibarat mayat bernyawa.

Memperlihatkan sikap kedua-dua parti komponen utama dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP, telah bercanggah dengan apa yang PAS harapkan. Tentulah menjadi sukar buat PAS menjayakan Hukum Hudud dan dalam masa yang sama juga PAS belum ada formula untuk merelisasikan pelaksanaannya. Ini kerana PAS sejak dulu lagi menemui jalan buntu bagaimana untuk meyakinkan rakyat berbilang bangsa dan agama menerima hudud. Belum penah ada satupun kertas kerja PAS sebagai draf pelaksanaan? Sebab itu punca PAS dan DAP Bersengketa Soal Hudud Bukti Pakatan Rakyat Tidak Berguna

Tampa memperjuangkan Hukum Hudud bermakna PAS tiada isu utama untuk diperjuangkan. Ibarat PAS hanya parti sampah yang menyemak didalam negara ini. Malah untuk menukar kepada isu perjuangan negara Berkebajikan PAS, menyaingi kemampuan UMNO dan Barisan Nasional adalah mustahil kerana jurang perbezaan yang amat jauh PAS ketinggalan. Sebab UMNO dan Barisan Nasional adalah satu-satunya parti yang mempunyai struktur yang tersusun dan terguh berbanding 3 parti dalam Pakatan Rakyat.

UMNO dan Barisan Nasional mempunyai pendekatan yang jelas, pencapaian yang jelas dan lebih bersederhana dalam menyerang Pakatan Rakyat berbanding Pakatan Rakyat bersifat redikal tetapi pencapaian dalam kemajuan membantu rakyat dan meningkat sumber ekonomi, terang-terang gagal. Mudah cakap pakatan Rakyat terlebih pandai bercakap dan berangan, tetapi pelaksanaan entah kemana. Malah satu demi satu masalah bertambah tampa penyelesaian. Semua isu permasalahan bagi setiap negeri jajahan Pakatan Rakyat tidak menemui titik penyelesaian. Sebab itulah PAS tidak mampu menggunakan konsep perjuangan berasaskan Kebajikan Rakyat kerana kebajikan kroni yang paling banyak rakyat nampak dan sedar dikejarkan oleh PAS.

Memandangkan PAS tiada konsep perjuangan sebagai senjata, maka terpaksalah PAS terus menerus mempergunakan isu melaksanakan Hudud demi mempertahankan kekuatan sokongan rakyat berugama islam kepada PAS, walaupun jumlah sokongan semakin terhakis. Walaupun terpaksa berperang dengan DAP, dan ada tahapnya PAS terpaksa mengaku kepada DAP tidak melaksanakan Hudud kerana takutkan PAS tersingkir dari Pakatan Rakyat. Masa yang sama terus-menerus menipu rakyat Hudud bakal dilaksanakan.

Sampai bila rakyat boleh tertipu dengan kemelut soal hudud ini. PAS mahu penyokongnya berkorban, rasanya terlampau banyak sangat mereka berkorban sehingga tahap ada bergolok-bergadai semata-mata PAS. Tetapi sampai bila mereka boleh bertahan dengan dipermainkan PAS dengan berbagai helah hingga ketahap terpaksa menghalalkan apa yang sepatutnya mereka pertahankan demi islam. 

PAS sebenarnya dayus danpengkhianat kepada agama dan bangsa sendiri. Itu sahaja jawapan yang sesuai buat PAS. Kerana UMNO mempunyai kreditbiliti untuk memandu Barisan Nasional berdasarkan acuan UMNO tetapi PAS diperkaldaikan Pakatan Rakyat mengikut acuan DAP dan PKR. Patutlah sekadar Perasit Islam Semalaysia PAS....... emmm betullah tu PAS dan DAP Bersengketa Soal Hudud Bukti Pakatan Rakyat Tidak - Berguna sambung tonton Youtube