Saturday, 3 November 2012

Perbezaan Soal Hudud DAP dan MCA pada kaca mata PAS


Di bawah adalah kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang disiarkan oleh akhbar the Star semalam. Bloggers dan cybertroopers PR, terutamanya dari Pas sedang sibuk memanipulasi berita ini dari segi dengan menyatakan bahawa Chua menghina hudud. Silalah teliti kenyataan di bawah untuk memahaminya. 

Kesimpulan saya, blogger dan cybertrooper menipu kerana tidak ada kenyataan menghina hudud, melainkan menyatakan perasaan tidak yakin dan ketakutan kepada hudud Pas

Dalam kenyataan Chua, dia menolak Pas sebagai Islam. Pas hanya parti politik. 

Jika ada perkara yang tidak tepat dalam kenyataan ini adalah, Chua menyebut dan menerima Islam sebagai agama rasmi negara ini sedangkan di dalam Perlembagaan, Islam disebut sebagai agama Persekutuan. Kedua, adalah lebih manis dan sesuai jika Chua melakukannya dengan lebih berhemah, sama ada menyatakan pandangannya melalui saluran BN atau tanpa perlu sama sekali menyentuh Datuk Seri Jamil Khir.

Ekspresi Chua adalah tentang ketakutan dan ketidak yakinan bukan Islam bahawa Pas boleh melaksanakan hudud dengan adil tanpa menjejaskan mereka. 

Spin pemimpin dan cybertrooper PR pula menunjukkan bahawa mereka cuba menidakkan ketakutan mereka terhadap Karpal dan DAP yang terang-terang menolak hudud dan PKR yang secara `malu-malu' menolak hudud. 

PR cuba menafikan pembongkaran bahawa DAP adalah anti-Islam yang dibuat oleh beberapa orang bekas pemimpin DAP dan PKR. Pas pula cuba menafikan hakikat bahawa PR sebenarnya menolak hudud melalui kenyataan bahawa hudud bukan agenda PR. Hakikatnya - jelas bahawa Pas bersubahat menolak hudud apabila PR menolaknya untuk dijadikan sebagai agenda. Sumber

Kenapa Dr Mashitah Menafikan ketokohan Tok Guru Nik Aziz


Dr Mashitah sedang menilai ketokohan seorang Ulama dan Tok Guru agama diseluruh Malaysia. tetapi sepatut Nik Aziz patut dicalonkan dulu. Kenapa Dr Mashitah Menafikan ketokohan Tok Guru Nik Aziz

Malah siapa yang paling layak untuk diktirafkan sebagai ketokohan Ulama dan Tok Guru yang wajar di contohi masyarakat. Ikuti dibawah siapa yee hingga Kenapa Dr Mashitah Menafikan ketokohan Tok Guru Nik Aziz !!

Antara signifikan pemilihan Masjid Taman Bukit Indah, Ampang sebagai lokasi perasmian Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M) Khamis depan, ialah untuk menghargai jasa dan peranan ulama dan tok guru pondok di Selangor.

Kebanyakan mereka berasal dari Tanah Jawa, berhijrah ke Selangor untuk membangunkan institusi pondok atas kesedaran mendidik masyarakat tanpa meminta bantuan mana-mana pihak. Dari hutan belantara yang tiada kemudahan dan peralatan, mereka bertungkus-lumus bina pondok dan mengajar ilmu agama kepada penduduk, malah mampu memacu anak-anak bangsa ke menara gading.

Pengasas awal pengajian pondok di Selangor ialah Kiyai Haji Muhammad Ali Qaribun (lahir 1833), berasal dari Mataram, Jogjakarta. Beliau disarankan bapanya, Qaribun bin Suriyan al-Mentarami, seorang pengiring sultan di Istana Keraton, untuk ke Tanah Melayu bersama dua beradiknya, Kiyai Hj Abbas dam Kiyai Shafie, untuk menyebarkan dakwah. Mengikut catatan sejarah, mereka tiba di Selangor melalui Johor sekitar 1917.

Kiyai Haji Muhammad Ali Qaribun pada mulanya mengajar di masjid, tapi apabila muridnya mencecah ratusan orang, beliau dirikan pondok secara gotong-royong di atas tanah 0.4 hektar di sebelah masjid. Pondok beliau lebih dikenali ramai sebagai Pondok Sijangkang.

Antara 1920 dan 1950, beberapa pondok lagi dibuka di Selangor: Pondok Kiyai Muhammad Hairawi di Kg Kanchong Tengah, Banting (1925), Pondok Masyudi dan Pondok Kiyai Darda’ di Sg Pinang (1937), Pondok Kiyai Hj Muhammad Khalil al-Jawi (1940), Pondok Ribat al-Fuad, Kelang (1940an) dan Pondok Kiyai Hussain atau nama penuhnya Pondok Ma’ahad Al-Talabah Al-Abbassiyah (1950).

Di pondoknya, beliau mengajar pelbagai kitab, antaranya Safinatun Naja, Fathul Mubin Sayah Arba’in karangan Ahmad Ibnu Hajar, Matan al-Jurumiyyah karangan Abdullah Ahmad al-Faqih, Mukhtasar Jiddan karangan Sheikh Zaini Dahlan, Ihya ‘Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali dan Khazinah al-Asrar. Murid-murid lama dan berpengalaman dibenarkan belajar Tafsir al-Munir karangan Imam Nawawi al-Bantani, dan Tafsir Jalalain atau Al-Futuhat al-Ilahiyah bi Tawdhih Tafsir oleh Imam Al-Jalalain. Selain itu, Ilmu Hikmah seperti Mujarobat dan Tafsir Yassin juga diajar.

Walaupun berusia hampir satu abad, beliau terus melaksanakan tanggungjawab sebagai mudir. Setiap waktu subuh, beliau akan memukul tin-tin kecil mengelilingi pondok untuk mengejutkan murid-muridnya dan menunggu mereka di pintu masuk. Yang lewat mengerjakan solat subuh akan didenda. Begitu juga sesiapa yang masuk tandas tidak tutup kepala atau memakai songkok didenda 20 sen untuk membayar keperluan dapur dan upah tukang masak.

Beliau juga mengamalkan suluk, seperti seorang lagi tokoh pondok terkenal, Tok Selehor, di Kelantan. Kiyai Haji Muhammad Ali Qaribun meninggal dunia pada tahun 1955 namun legasi dan semangatnya hidup hingga ke hari ini. Antara pondok yang masih aktif di Selangor ialah Pondok Bustanul Arifin di Banting, Madrasah Raudhatul Ulum atau Darul Atiq di Batang Kali, Madrasah Diniah Ahmadiah di Kajang, Madrasah Tahfiz Al Quran Lil Banin di Dengkil dan yang terbesar, Madrasah Islamiah Jenderam Hilir, yang mempunyai kira-kira 5,000 pelajar.

Ketokohan dan sumbangan para ulama, tok guru dan mudir pondok seperti yang saya kisahkan di atas akan diberi pengiktirafan pada majlis pelancaran YPP1M pada 8 November depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan anugerah selain beramah mesra dengan ribuan warga pondok yang dijangka hadir pada majlis itu.

Warga pondok yang dijemput dari seluruh pelusuk negara, beserta pelajar-pelajar sekolah tahfiz daerah Ampang, akan diraikan dengan pelbagai acara termasuk karnival pameran ilmu dan forum bertajuk “Pondok Jer...” yang akan menampilkan Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadot, pendakwah terkenal Ustaz Badli Shah Alauddin dan Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Forum ini akan berlangsung pada jam 2.30 petang.

Penduduk setempat dijemput hadir ke majlis ini. Istimewanya, semua dijemput bersolat Asar berjemaah dengan Perdana Menteri. Jangan lepas peluang untuk melawat puluhan gerai pameran dan jualan di pekarangan masjid. Singgah juga di gerai YPP1M untuk mendapatkan senaskhah Direktori Pondok-Pondok di Malaysia, yang julung kali diterbitkan di negara kita. Sumber

Ohh baru faham kenapa Kenapa Dr Mashitah Menafikan ketokohan Tok Guru Nik Aziz kerana kita perlukan Tok Guru yang... anda bijak anda fikirkan sendiri!

Kisah Pakatan Rakyat Duri Dalam Daging Anwar

Nampaknya kisah Pakatan Rakyat duri dalam daging Anwar memang mengjadi barah menunggu masa penamatnya. Itulah yang sedang berlaku dan diceritakan oleh Tun Dr Mahathir. KHARTOUM, Sudan - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerjasama pakatan pembangkang bersifat sementara dan sekadar mahu memenangi pilihan raya umum.

Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang mempunyai kerjasama rapat selama 55 tahun dan persefahaman, beliau berkata, dalam pakatan pembangkang itu sendiri sebenarnya tiada persetujuan dan tiada perancangan masa depan.“Kita harus ingat pakatan bukan gabungan.

Pakatan adalah perjanjian secara tidak bertulis yang mahu bekerjasama melawan BN, itu sahaja,” katanya mengingatkan sesetengah pihak yang dilaporkan berhasrat memberi peluang kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana menganggap mereka seperti “BN”.

Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan syarahan umum kepada 1,000 tetamu yang terdiri daripada penuntut universiti, ahli akademik dan ahli korporat serata Sudan pada Khamis, Dr Mahathir berkata, pembangkang tidak mempunyai agenda pembangunan negara, jauh sekali mahu menjaga kepentingan rakyat.

“Yang dijanji nak naik 20 peratus royalti kepada Kerajaan Negeri. Jadi, negeri lain yang tiada minyak akan kerugian dan ini bermakna negeri yang ada minyak sahaja boleh dibangunkan.“Sekarang ini pun, dengan lima peratus (royalti) yang kita (kerajaan) bayar, mereka begitu kaya sekali, jauh lebih kaya daripada negeri lain,” katanya.

Mengulas mengenai “Kabinet bayangan” pakatan pembangkang yang dikatakan masih kabur, Perdana Menteri Malaysia keempat itu berkata, ia perkara biasa.

“Mereka mempunyai cita-cita untuk memerintah Malaysia. Justeru itu, mereka perlu bentuk apa yang dipanggil sebagai Kabinet bayangan tapi dia bayang sahajalah.

“Mereka sukar untuk memilih pemimpin kerana masing-masing hendak jadi pemimpin. (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim ingat dia akan menjadi Perdana Menteri, tetapi orang lain pun ada cita-cita besar juga,” katanya.

Beliau berkata, dengan menjanjikan untuk mengadakan 10 hingga 15 jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet bayangan hanyalah sekadar umpan bagi parti pembangkang untuk bekerjasama.

Sebuah akhbar asing baru-baru ini melaporkan kepentingan Anwar dalam Kabinet bayangan masih kabur, di sebalik telah beberapa kali menyatakan hasratnya itu sejak pilihan raya umum 2008.

Menurut laporan itu, model Kabinet bayangan, yang biasanya terdapat di Britain dan Australia, membariskan menteri Kabinet masing-masing dan memainkan peranan untuk mengkritik kerajaan sedia ada dan dasar-dasarnya, dan pada masa yang sama menawarkan cadangan penyelesaian . - Bernama
Published with Blogger-droid v2.0.9

Badrul Amin Shopping baju Anak-anak Bukan Ikut Al-Arqam


Minta maaf laa kerana salah sangka dekat Badrul amin, Rupa-rupanya Badrul Amin Shopping baju Anak-anak Laa Bukan Ikut Al-Arqam itulah kalau orang membeli belah dekat kedai dan bukannya dekat khemat yang sedang berlangsung acara yang dikaitkan dengan menyambut ulang tahun kelahiran Al-Shaari yang mengasa Al-Arqam. 

Itu belum ikut kisah kononnya ada bunyi ghaib lagi tu! tengok ni!

KUALA LUMPUR, 2 Nov - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) percaya konsert khas 'Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib' bertujuan menghidupkan kembali ajaran sesat tersebut di Bandar Country Home, Rawang, semalam. 
Dalam serbuan JAIS, beberapa individu turut ditahan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron dalam sebuah konsert yang dihadiri hampir 3,500 orang. 
Menurut JAIS, serbuan dilakukan kerana melanggar arahan mufti dibawah Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan turut merampas kain rentang dengan perkataan didakwa sebagai cubaan menghidupkan ajaran Al-Arqam. 
Sebelum itu, pengikut tegar pernah mengadakan konsert yang sama empat hari selepas pengasas Ashaari Muhammad meninggal dunia pada 2010 yang didakwa cuma ghaib dan akan kembali memimpin dalam masa terdekat. Al-Arqam diharamkan di negara ini pada 1994. sumber KLpos
Inilah yang buat musykil apahal yang  Badrul Amin Shopping baju Anak-anak di dalam khemah majlis Al-Arqam 

Ada apa-apa agenda tersembunyi atau adakah Badrul Amin menjadi utusan merisik?

Friday, 2 November 2012

Kabinet PR Berjanji Dibibir Bermusuh Dalam Selimut

Inilah kisah yang sukar untuk dinafikan jika Karbinet PR Berjanji Dibibir Bermusuh Dalam Selimut sebab semuanya berjanji sekadar dimulut dan hanya menanti masa untuk bertelagah jika sedikit api dicucuh.

Dalam Pakatan Rakyat terang-terang berlumba-lumba untuk meningkatkan kerusinya demi memanopoli suara kabinet. tetapi dalam situasi sekarang! memperlihatkan DAP paling banyak kuasa dalam perngagihan jumlah kerusi.

Semuanya pakat-pakat bermain bersendiwara dan apatah lagi fantasi Kabinet PR Berjanji Dibibir Bermusuh Dalam Selimut ini bakal berubah dan bakal memusnahkan negara ini. Kerana agak tidak logik sama sekali DAP akan bersetuju dengan senarai karbinet ini. Malah tidak mustahil DAP ada plan sampingan yang menanti masanya untuk diterjahkan.

Yang paling menarik PKR telah menyimpan suara Ariwanas di dalam PAS manakala DAP cuba menyerap calon Melayu untuk kerusinya bagi memancing pengundi Melayu dan berperluang meletak Menteri Besar DAP di berberapa negeri tertentu.

Inilah situasi yang amat menyeramkan apatah selama ini Pakatan Rakyat hanya ujud dibibir dikalangan mereka sahaja tampa mementerai sebarang perjanjian. Adakah ini dapat diguna pakai dalam zaman penuh tipu helah ini. Ada dapat terima Kabinet PR Berjanji Dibibir Bermusuh Dalam Selimut ?

Pratonton Badrul Amin Ditangkap Bersama Kumpulan Al Arqam


Siapa kah wajah itu, bukankah itu seperti Badrul Amin. Lihatlah dan tontonlah sendiri senarai video Pratonton Badrul Amin Ditangkap Bersama Kumpulan Al Arqam dan anda pastikan sendiri benarkah ini wajahnya? 

Masih kita ingat siapa badrol amin ? Kalau tidak salahlah inilah wajah yang buat kaunseling jam 3 pagi bersama bini orang dan dianggap sebagai khidmat terbaik di dalam PAS dan sekarang ada lagi wajah dalam Pratonton Badrul Amin Ditangkap Bersama Kumpulan Al Arqam

Malah wajah ini jugalah yang istiharkan Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahadi dengan kelayakan yang entah darimana kelayakan yang boleh diiktirafkan PAS

Lebih hebat lagi Al Arqam pula gelarkan abuya sebagai pemimpin akhir zaman lebih kurang dalam kategori Imam Mahadi la jugakkan.

Persoalannya apa agenda Pakatan Rakyat mendekati golongan yang menyokong Al Arqam. Adakah ini kerana terdesak yang amat sangat kerita saat-saat akhir menuju PRU13 ? Lihat sini untuk video!!! Pratonton Badrul Amin Ditangkap Bersama Kumpulan Al Arqam

Perbezaan UMNO Dan PAS Siapa Yang Dominan


Umno dominan mempertahankan fundalmental islam melayu raja-raja berdasarkan perlembagaan persekutuan yang dipersetujui, Tampa terikut-ikut pengaruh luar UMNO tidak penah mengorbankan perjuangan tersebut. Malah UMNO lebih dominan kerana punyai 81 kerusi melebihi gabungan kuasa gabungan Pakatan Rakyat. Kuasai karbinet.

PAS Dominan hanya dalam cakap-cakap dikalangan mereka. Tidak kepada rialiti pengjelmaan Parti. Malah banyak sangat kerja cedok sana-sini. PAS bertanding 66 kerusi yang amat mustahil dimenangi kesemuanya. Jadi dimana membuktikan PAS mampu mengjadga Islam di Malaysia? Ikuti seterusnya di bawah ini!

Thursday, 1 November 2012

Pratonton Nik Aziz Terbabas Mengjawap Misteri Lembah Sireh


Aduhai terbabas juga akhirnya Nik Aziz untuk mengjawap isu Misteri Lembah Sirih. Entah kemana hala tujunya langsung tidak berani menghurai apa yang sebenarnya sedang berlaku. Bagaimana jika seorang Menteri besar gagal mengjelaskan masalah Misteri Lembah Sirih.

Untuk yang belum penah baca isu lalu sila rujuk sini, dan berikut adalah pendedahan Perkasa soal Misteri Lembah Sireh. Perkasa cadang Suruhanjaya Diraja siasat projek Lembah Sireh 
PASIR MAS 29 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat projek pembangunan di Lembah Sireh yang dilaksanakan secara usahasama oleh kerajaan Pas Kelantan dengan syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan suruhanjaya tersebut perlu bagi menyiasat sama ada keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri untuk memajukan kawasan tersebut dibuat secara telus tanpa sebarang penyelewengan atau sebaliknya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut selepas projek pembangunan tersebut mendapat teguran serius daripada pihak Jabatan Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini.

"Kita hendak tahu sama ada pihak pemaju akan melunaskan janji-janjinya iaitu pembinaan jambatan berharga RM150 juta begitu juga dengan yang lain kerana tanah di kawasan tersebut telah digunakan.

"Pemaju sudahpun menjual rumah kedai dan bangunan yang dibuat, adakah kerajaan negeri sudah mendapat faedah hasil pemberian kawasan berkenaan kepada syarikat tersebut.

"Selain itu, saya difahamkan ada beberapa ekar tanah telah dicagarkan kepada pihak bank oleh pemaju. Sekarang ini bagaimana kepentingan kerajaan negeri dan rakyat dan perkara ini cukup serius," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), Siti Habsiah Mohammad, 26, dan pasangannya Bakri Setapa, 32, di Kampung Pangkal Kala, Bunut Susu dekat sini hari ini. - Sumber 

Pratonton Kenapa Tony Phua Anti Sangat Jutawan Melayu


Punya Berlambak China Jadi Jutawan Kenapa Tony Phua Anti Syed Mokhtar apa yang menggangu Ibrahim. Semuanya angkara dengki jika ada jutawan bernama Syed Mokhtar tapi ke berapa selepas jutawan-jutawan kaumnya.

Apa masalahnya Punya Berlambak China Jadi Jutawan Kenapa Tony Phua Anti Syed Mokhtar Selangor. Siapa yang membeli lori sampah dapat percuma BAS. Itu apa maknanya? Adakah sekarang mereka PKR sedang berusaha keras memastikan tiada orang Melayu mengjadi Jutawan?

Sepertimana yang kita tahu yang Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa menjadikan beliau masyur di pelosok rata-rata dunia di luar dan di dalam negara.

Salahkah Syed Mokthar mengjadi antara jutawan di Malaysia dan kenapa Tony Phua tidak berani menyentuh golongan Jutawan berbangsa Cina di Malaysia. Adilkah kalau kita hanya antikan orang melayu sahaja dan biarkan semua kekayaan di Malaysia dibolot oleh kaum cina sahaja.

Memang laknat betul Tony Phua sebab Punya Berlambak China Jadi Jutawan Kenapa Tony Phua Anti Syed Mokhtar kerana meeka takut sangatkah orang melayu naik.

Wednesday, 31 October 2012

Tahniah MB Khalib Walaupun Rakyat Dalam Tanda Tanya!


Tahniah diucapkan kepada MB kita kerana berjaya mendapat anugerah MB terbaik. Cuma rakyat ada sikit Pecah Palak Memikir bagaimana boleh jadi sampai ketahap ini? Adakah samada juri jenis buta-tuli atau makan bersuap! 

KUALA LUMPUR, 30 Okt-- Sebarang penjualan aset milik anak syarikat kerajaan negeri Selangor seperti PKNS hendaklah dibuat secara telus. Pihak pentadbir kerajaan negeri khususnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus memberikan penjelasan kepada rakyat, apa keperluan penjualan aset-aset tersebut, apa untungnya rakyat di atas penjualan tersebut?


Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, beliau percaya lebih banyak aset kerajaan negeri Selangor akan dijual pada masa depan.

"Kalau selama ini pihak pembangkang selalu melaung-laungkan ketelusan, kita juga menuntut ketelusan kerajaan negeri pakatan Selangor supaya penjualan ini dibuat secara tender terbuka. Tapi sebelum tender terbuka dibuat, penjelasan kepada rakyat perlu dibuat.

"Apa perlunya aset ini dijual, apa untung rakyat bila aset ini dijual? Kalau setakat jadi Menteri Besar hanya nak jual aset negeri, jual aset kerajaan, saya fikir ini bukan Menteri Besar yang cekap, sebab itu saya yakin penjualan ini sedikit sebanyak berkait rapat dengan mood pilihan raya umum yang makin dekat," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar baru-baru ini berhubung dakwaan PKNS meluluskan penjualan lima aset milik mereka yang difahamkan proses penjualannya berada di peringkat akhir meskipun belum dimuktamadkan.

Tambahnya, beliau yakin hasil penjualan aset-aset ini akan wujud komisen kepada Pakatan Rakyat untuk digunakan bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Tidak mustahil usaha terdesak ini dilihat akan menyaksikan lebih banyak aset digadai bagi mendapatkan dana yang berkemungkinan besar bertujuan membiayai pilihan raya umum akan datang.

"Bukan hanya aset PKNS, malah harta kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor lain juga tidak mustahil akan dijual. Agenda pembangunan rakyat tidak dipandang berat dan sebab itu Abdul Khalid dengan mudah menyatakan manifesto yang dibuat pada pilihan raya lalu bukannya janji.



"Bak kata pepatah orang-orang tua, kalau tidak ada apa-apa, masakan tempua bersarang rendah," tambahnya lagi. -MediaUMNO

Tuesday, 30 October 2012

Apa dah jadi Karpal Singh Seteru Agenda Anwar Ibrahim



Hah Apa dah jadi Karpal Singh Seteru Agenda Anwar Ibrahim  ketika Anwar Ibrahim tengak dalam kesebokan berceramah disana sini untuk mempertahankan projek kondo mewah di kawasan Batu Cave. Tiba-tiba Karpal Singh tampil menjadi seteru yang menentang kempen Anwar.



Ketika Pakatan Rakyat dan BN saling menuding jari dalam projek pembinaan kondominium di Batu Caves, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa kerajaan Selangor memansuhkan cadangan itu segera.

Katanya, tindakan itu akan menamatkan pertelingkahan, sekali gus meredakan kebimbangan penganut Hindu dan mengelak ancaman kerosakan terhadap kuil yang menjadi tarikan pelancong di situ.
"Kerajaan negeri tidak boleh mengetepikan manifestasi bantahan terhadap projek itu," katanya.
Karpal juga menawarkan perkhidmatan undang-undang secara pro bono kepada jawatankuasa kuil jika memerlukan bantuan. Malaysiakini.
Sudah Karpal tawarkan khidmat guaman lagi, Jadi benarlah yang Anwar sekarang sedang berbohong dan ada agenda tersembunyi untuk mengjayakan projek Kondo Mewah di Batu Cave. Apa dah jadi Karpal Singh Seteru Agenda Anwar Ibrahim  

Yang paling hairan kenapalah anwar beria-ia sangat hendak teruskan projek ini? Walaupun Anwar bertanya Jika kita batalkan dan kena saman, siapa akan bayar? tetapi siapa yang memandai-mandai luluskan projek ini. Projek yang luluskan semasa PKR memegang Selangor jadi pandai buat, pandai-pandai tangunglah kenapa hendak salahkan UMNO BN pula.

Gempar ! Bayar RM100 Ribu Jaminan Tebus Dosa Ke Syurga ! Hebat Betul Islamnya

Johor Bahru: Sebuah keluarga kerugian lebih RM100,000 selepas ditipu seorang lelaki mengaku dirinya amil zakat yang mampu meramal tarikh kematian serta Hari Kiamat selain menebus dosa mereka yang didampinginya.

Lebih mengelirukan apabila lelaki terbabit menggunakan pelbagai istilah zakat dan dam yang tidak pernah wujud dalam Islam seperti zakat degil, diri, rumah dan untuk bukan Islam.

Dalam kejadian 16 Julai lalu itu, mangsa yang juga ibu kepada dua anak mula berkenalan dengan lelaki menggunakan gelaran Nizam@Idris untuk menderma sejumlah wang kepada anak yatim.

Anak mangsa yang mahu dikenali sebagai Zana, 31, berkata sejak itu, ibunya mula berhubung secara peribadi menggunakan telefon bimbit dengan lelaki terbabit.

Katanya, lelaki itu mendakwa keluarga mereka mempunyai banyak masalah namun, ia boleh diselesaikan dengan membayar sejumlah wang kepadanya bagi menebus segala kesalahan dan dosa.

Dia mendakwa dirinya terpilih daripada 200 orang yang mempunyai hubungan terus dengan Tuhan dan dapat meramal tarikh kematian seseorang selain mengetahui bila berlaku Hari Kiamat.

Dengan hanya meminta tarikh lahir, dia kemudian melakukan solat dan menceritakan pengalaman terbang dan melihat masa depan selain tahu semua perkara mengenai mangsanya, katanya.

Zana berkata, lelaki terbabit mendakwa untuk menebus dosa anak dan suami, ibunya perlu membayar RM12,444 dengan setiap seorang mempunyai nilai berbeza.

Disebabkan saya membantah, lelaki terbabit mengenakan dam kepada ibu saya sebanyak RM7,000 selain perlu menggadai barang kemas bernilai RM8,000 kerana dakwanya ibu saya akan meninggal dunia selepas Aidilfitri lalu.

Ibu seperti dipukau kerana nasihat ahli keluarga tidak diendah, malah menganggap kami musuh.

Terbaru, lelaki terbabit mendakwa akan kiamat dan ibu perlu menjual rumah bernilai RM3 juta kepadanya, katanya.

Berikutan kejadian itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Sentral sebelum lebih ramai pihak menjadi mangsa penipuannya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Dilema Wan Azizah Semakin Kronik


Aduhai!! siapa Presiden PKR dan apa yang telah terjadi? Inilah dilema Wan Azizah Semakin Kronik sudah tidak tahu hendak buat apa lagi? Senang cakap mati kutu dalam genggaman Anwar! dilema Wan Azizah Semakin Kronik kerana dirinya merelakan dibonekakan! Dilema Wan Azizah Semakin Kronik tiada jati diri walaupun bergelar DR..... Pecah Palak Mikir.

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu segera campur tangan serta bertegas di dalam konflik yang berlaku di Selangor kerana beliau merupakan ketua PKR iaitu parti yang telah diberi mandat memerintah negeri berkenaan.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman berkata, jika Wan Azizah enggan mengambil tanggungjawab tersebut, adalah lebih baik beliau meletakkan jawatan.

Malah, kata Muhamad Rahimi, sekiranya isteri kepada Ketua Pembangkang itu berpendapat kepimpinan parti tidak lagi dapat dikawal ekoran isu yang melanda Selangor pada masa ini, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu wajar mengambil tindakan membubarkan PKR.

''Berhentilah jadi seorang presiden parti hanya semata-mata Wan Azizah isteri Anwar. Wan Azizah sepatutnya menjadi presiden parti yang mampu memainkan peranan yang lebih penting termasuk boleh mengawal setiap masalah.

''Sekiranya tidak berkemampuan, wajar Wan Azizah meletakkan jawatan dan jika Wan Azizah sendiri merasakan pimpinan partinya tidak lagi boleh dikawal, lebih baik beliau bubarkan PKR,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Jalur Tiga (Jati), Norman Toha yang menyatakan selaku Presiden PKR, Wan Azizah perlu bertanggungjawab terhadap kemelut rasuah dan salah guna kuasa di dalam kerajaan negeri Selangor.

Menyentuh isu sama, Muhamad Rahimi berkata, setiap rakyat Selangor perlu 'masuk campur' menyelamatkan negeri mereka.

''Kita sendiri telah melihat bagaimana kegagalan pemerintahan pakatan pembangkang di Selangor. Mereka tidak mempunyai kesepakatan dan meletakkan kepentingan peribadi serta politik mengatasi rakyat.

''Memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bakal tiba, rakyat harus bijak memilih dengan meletakkan kembali mandat kepada Barisan Nasional (BN). Rakyat tidak boleh membiarkan sahaja perkara ini terus berlaku dengan memberikan mandat kepada mereka sekali lagi,'' katanya.

''Walau apa pun, saya yakin rakyat Selangor bijak memilih dan akan memilih parti yang lebih berhak memerintah,'' katanya.

Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, sebagai Presiden PKR, Wan Azizah perlu segera menangani masalah serta kemelut yang melanda Selangor kerana perkembangan itu telah meresahkan rakyat.

''Wan Azizah juga wajar mengarahkan Azmin Ali selaku timbalan beliau agar meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kemelut yang melanda negeri Selangor daripada isu pasir, air, Talam serta aset-aset negeri,'' katanya. Sumber

Ayat-ayat Penyedap Haji Hadi Bersama DAP


Memang akan membuat kar umbi PAS teruja dengan kata-kata Haji Hadi "titik persamaan secara umum telah disepakati apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama Islam" 

Sesuatu yang dinantikan akar umbi PAS, tertapi kenapa ayatnya terlampau samar untuk menyatakan maksud yang sebanarnya? Apatah kalau kita amati ayat ini "titik persamaan secara umum telah disepakati apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama Islam"Seolah-olah tidak ada apapun yang berubah dan bukanya lagi kedengaran ayat lantang seperti Nasrudin Tantawi, yang berani berkata Karpal bersedia berunding semula soal hudud! Tertapi akhirnya mengjadi mangsa dimalukan Karpal Singh tampa sesiappun didalm PAS berani tampil secara tergas menengtang karpal Singh.

Inilah ayat pemanis disaat-saat PRU13 yang mana PAS agak tertekan untuk menggambarkan matalamat perjuangan Islam dalam PAS yang semakin suram terbenam di dasar Pakatan Rakyat.

Hakikatnya tidak ada apa-apapun yang berudah selain mengikut dasar yang sedia ada di dalam Perlembagaan Persekutuan! Mungkin PAS terlupa atau sengaja buat buta, selama ini ramai orang PAS kafirkan itulah yang membuat Perlembagaan Persekutuan. hairan juga bagaimana yang digelar kafir itu jugalah yang mereka ikut akhirnya!

Yang kita takut bukannya titik persamaan PAS dan DAP menurut acuan dan kehendak DAP. Almaklumlah PAS kan kaldai belaan DAP! Pecah Palak Mikir layan temberang ke Putrajaya yelah! jawapan sebenarnya titik persamaan secara umum telah disepakati apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama Islam. Bermaksud Tiada Hudud Dilaksanakan.....

Monday, 29 October 2012

Bagaimana Mereka Terjemahkan Manifesto PRU13


Ini antara tafsiran dan Bagaimana Mereka Terjemahkan Manifesto PRU13 yang dibuat dikalangan pemimpin kita dan bandingkan sejauh mana perbezaannya. Untuk yang belum penah baca 100 Touch Point Janji Najib Razak sila klik sini dan mari kita bandingkan kebaikan dan keburukan kedua-dua pihak ini, menyentuh soal Bagaimana Mereka Terjemahkan Manifesto PRU13

Manifesto adalah perkara yang mesti ada dalam mana-mana pilihan raya. Selain calon yang dipilih untuk bertanding, kebijaksanaan dalam menawarkan manifesto yang menarik akan menjadi antara faktor penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti. 

Semakin Malaysia menghampiri pilihan raya umum ke-13, semakin kerap perkataan 'manifesto' menjadi topik perbincangan di media massa dan perbualan rakyat serta sembang politik di kedai kopi.

Menjelang pilihan raya umum. yang boleh diadakan pada bila-bila masa, masyarakat kebelakangan ini juga didedahkan dengan pelbagai penjelasan mengenai manifesto politik khususnya berhubung pencapaian, janji-janji yang dikotakan dan tidak kurang juga janji-janji yang tidak tertunai. 

Apakah itu manifesto? Menurut kamus Oxford, manifesto ditakrifkan sebagai satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi. 

Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berpendapat manifesto yang baik adalah manifesto yang dapat membangkitkan rasa keinginan di kalangan pengundi untuk memilih sesebuah parti politik dan wakil rakyat mereka.

"Memang benar faktor calon itu memainkan peranan yang penting, tetapi pengundi juga mahu tahu apakah manifesto atau deklarasi yang boleh ditawarkan kepada mereka," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini. 

Setakat manakah janji-janji berkenaan mampu diingati semua pengundi? 

Che Hamdan berkata satu kajian, yang dijalankan pada 2009 terhadap sekumpulan belia berumur antara 21 hingga 40 tahun, mendapati kebanyakan orang telah lupa dengan apa yang ditawarkan kepada mereka semasa kempen pilihan raya umum 2008. 

"Pada masa itu (kempen pilihan raya), pengundi amat ghairah dengan apa yang ditawarkan dalam manifesto sesebuah parti itu, namun lama-kelamaan, mereka sendiri lupa sehinggalah nak dekat pilihan raya, baru mereka ingat kembali selepas hal berkaitan dibangkitkan beberapa pihak," katanya. 

Menjelang pilihan raya umum yang semakin hangat diperkatakan, Che Hamdan, yang juga penganalisis politik, berkata selain calon yang dipilih untuk bertanding, kebijaksanaan dalam menawarkan manifesto yang menarik akan menjadi antara faktor penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti. 

"Memberitahu apa yang telah dilaksanakan kepada rakyat sebenarnya amat memberi kesan kepada mereka. Mereka akan tahu apa yang telah dilaksanakan dan apa yang belum.

"Barisan Nasional (BN) pada saya perlu memperbanyakkan lagi penjelasan mengenai apa yang telah dilaksanakan kepada rakyat," katanya merujuk kepada program Jelajah Janji Ditepati yang memberi ruang kepada rakyat mendapat maklumat terkini tentang apa yang dilaksanakan kerajaan untuk membantu rakyat. 

Bagi pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussein, manifesto, katanya, memberi makna perakuan atau janji dan perlu dikemukakan dalam mana-mana pilihan raya. 

"Mengikut ilmu sains politik, di dalam pilihan raya terdapat beberapa unsur seperti kempen dan manifesto. Manifesto ini adalah satu unsur utama dalam mana-mana pilihan raya," katanya.

Beliau berkata manifesto mempunyai pengaruh cukup kuat dalam menentukan kelangsungan sebuah parti mahu pun individu. 

Manifesto yang menepati kehendak rakyat setempat lazimnya akan mempengaruhi pola pengundian, kata beliau.

"Contohnya pada pilihan raya umum 2008, pembangkang mempunyai manifesto yang mampu menarik perhatian rakyat dan ini telah memberi kemenangan kepada mereka di beberapa buah negeri," katanya.

Bagaimanapun, banyak janji-janji pembangkang sehingga kini gagal dilaksanakan dan kini ditagih rakyat sehingga ada pihak yang sanggup menuntut dan membawa kes ke mahkamah.

Kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat kini berhadapan dengan tindakan sebilangan pengguna di Selangor yang memfailkan tuntutan terhadap kerajaan PKR Selangor di mahkamah bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum ke-12. 

Ahmad Atory berkata melalui manifesto juga, pengundi akan menilai kemampuan wakil rakyat yang dipilih mereka sama ada mampu atau tidak memenuhi apa yang telah dijanjikan. - Bernama

PecahPalakMikir. Bagaimana Mereka Terjemahkan Manifesto PRU13 adakah sekadar bercakap tertapi tidak penah menunainya boleh memberi kepuasan kepada kita.

Melihat Anwar Ibrahim Serang Soi Lek Memang Pecah Palak Mikir


Terus terang Melihat Anwar Ibrahim Serang Soi Lek Memang Pecah Palak Mikir kadang-kadang terasa terasa hendak tergelakpun ada. malah kalau soal kemuskilan tentang siapa Anwar Ibrahim yang sesedap mulut menyerang Soi Lek. 

Katanya Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tentang hudud satu penghinaan nyata terhadap agama Islam. Tetapi tidak penah pula Anwar membidas Karpal juga yang menentang Hudud!

Bergitu juga dengan perangai Anwar yang mendukung keselamatan Israel, menyokong LGBT, menyokong Seksuliti Merdeka, Merelakan Khalimah Allah tergadai dan pluralisme,  tidak pu;a dianggap sebagai penghinaan terhadap islam.

Malah katanya lagi “Saya sifatkan ianya sebagai satu serangan yang biadab dan telah menyinggung perasaan umat Islam,” itu terhadap seorang yang kita tahu dirinya kafir! Bagaimana pula dengan sikap Anwar yang merupakan seorang islam dan tidakkah terasa dirinya sebagai satu serangan yang biadab dan telah menyinggung perasaan umat Islam,” 

Ini yang menyebabkan ramai yang Melihat Anwar Ibrahim Serang Soi Lek Memang Pecah Palak Mikir 

Sikap Anwar yang memilih apa sahaja untuk kepentingan populariti diri dan mencari pengaruh dan sokongan menyebabkan Anwar bersikap seperti talam 14 muka termasuk Melihat Anwar Ibrahim Serang Soi Lek Memang Pecah Palak Mikir.

Jadi layakkah Awar mengeluarkan kenyataan menyerang Soi Lek?


Sunday, 28 October 2012

Hujah Terbaik Anwar Ibrahim Malaysia Bankrap


Kata-kata Anwar 

“Ia dipanggil kursus Najibnomics, dan yang mengejutkan bukan sekadar mengambil pelaksanaan semasa beliau menjadi Perdana Menteri, tapi sebelum jadi Perdana Menteri pun sudah dimasukkan dalam modul tersebut iaitu kejayaan Malaysia untuk memperbaiki sistem insuran dan perbankan selepas krisis kewangan 1998.

“Seingat saya, 1998 Najib belum jadi Perdana Menteri, tapi dimasukkan juga dalam kokurikulum ini. Termasuklah isu liabiliti ekonomi,” ujar Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Katanya, walaupun pelbagai usaha Najib bagi membuktikan kecemerlangan ekonomi di bawah pentadbirannya hingga ke peringkat dunia, beliau tetap gagal.

Bagaimana pula dengan kenyataan yang dikeluarkan Bank Dunia yang serba bercanggah dengan Anwar Ibrahim! Kan dah kantoi!

Malaysia Negara Ke-12 Dalam Laporan "Menjalankan Perniagaan" Bank Dunia

KUALA LUMPUR: Malaysia adalah negara ke-12 paling berdaya saing bagi menjalankan perniagaan, demikian menurut laporan "Menjalankan Perniagaan" Bank Dunia Edisi 2013.

Kedudukan itu meletakkan Malaysia mengatasi negara-negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28).

Kedudukan terkini Malaysia itu merupakan peningkatan yang memberangsangkan dari tempat ke-18 sebelumnya dan pada kedudukan ke-23 pada 2010 dan ini menunjukkan haluan daya saing yang meningkat sejak empat tahun yang lalu.

Laporan itu menyatakan peningkatan enam anak tangga di tempat ke-12 pada tahun ini merupakan lonjakan paling tinggi dalam kedudukan daya saing Malaysia.

Laporan itu mengkaji 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan.

Katanya, Malaysia memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan, iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28); Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33); Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15); Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29 ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96). - BERNAMA

Kuasa Mutlak Dinasti Anak Beranak Pengaruhi Kabinet Bayangan



Tolong ambil sebagai peringatan Kronisme Nepotisme Dan Dinasti diutamakan, jadi mana dalam Pakatan Rakyat yang melanggar prinsip ini bakal kena pecat! Pecah Pakak Mikir.

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Barisan NGO Perak menyifatkan barisan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang menyerlahkan sikap Kronisme, Nepotisme dan Dinasti apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Wan Azizah berserta anaknya Nurul Izzah, sama-sama memegang jawatan di dalam kerajaan pada satu masa di mana ianya sesuatu yang tidak pernah berlaku di dalam sejarah pentadbiran negara.

Pengerusinya, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkata, sekiranya inilah bayangan kabinet Pakatan Pembangkang, sudah amat terang lagi bersuluh bahawa pentadbiran negara akan lebih bercorak dinasti dan kronisme, apabila tiga anak beranak memegang jawatan kementerian di dalam masa yang sama.

“Ini merupakan kabinet bayangan kronisme, nepotisme dan dinasti, bukan lagi demokrasi. Jika inilah bayangan kabinet pembangkang, ia lebih teruk dari yang sedia ada. Tidak pernah terjadi dalam sejarah tiga beranak memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan dalam masa yang sama.

“Masakan kabinet bayangan seperti ini dapat diterima oleh rakyat, yang jelas-jelas mempamerkan sikap mementingkan kroni dan mentadbir kerajaan ala-ala sebuah dinasti?,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Selain itu menurut beliau, barisan kabinet bayangan yang dibongkar itu juga tidak adil dan berat sebelah apabila dapat dilihat, ianya membariskan para pemimpin yang pro Anwar untuk memegang jawatan-jawatan menteri di kementerian tertentu.

“Ternyata Anwar tidaklah seadil mana. Jika itu muka-muka yang bakal diberi jawatan menteri, maka Anwar akan mempunyai kuasa mutlak terhadap mereka, kerana individu-individu tersebut merupakan golongan Anwaris, yang merupakan penyokong tegar beliau,” jelasnya.

Beliau juga menolak cadangan Pakatan Pembangkang untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri I dan II kerana ia tidak relevan untuk dipraktikan di negara ini.

“Untuk apa wujud jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang diberikan kepada bangsa-bangsa lain? Apa rasionalnya? Tindakan Anwar itu seolah-olah beliau terlalu tunduk dengan desakan pihak tertentu yang saya kira mempunyai hasrat tertentu yang tersembunyi.

“Justeru itu, saya menyeru kepada semua rakyat di negara ini, supaya tidak terpengaruh dengan dakyah dan fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang terhadap kerajaan. Tidak nafikan bahawa selama ini ada sebagai sebuah kerajaan yang diterajui oleh manusia dan bukannya malaikat, sudah pasti ada salah dan silapnya, namun ia masih boleh diperbaiki.

“Jika Pakatan Pembangkang menang, dan inilah barisan kabinet mereka, saya yakin nasib kita, khususnya orang Melayu akan bertambah buruk di masa yang akan datang,” tegas beliau. -MediaUMNO