Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 16 February 2013

Semakin Ramai Menyebelahi Suara Guru Pondok Membingungkan PAS

Semakin hari semakin ramai menyertai dan menyebelahi pendapat dan tafsiran dari Sekolah Pondok yang selama hanya berdiam diri dan sekarang mereka bangkit atas perjuangan Agama Bangsa dan Negara lalu mengeluarkan kenyataan ini...

Suara dan peranan guru-guru pondok yang ada di negara ini perlu diberi perhatian kerana mereka juga mampu memberikan pandangan berteraskan kepada ilmu agama yang mereka warisi melalui sistem sekolah pondok selama ini.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata ilmu yang dimiliki guru-guru pondok yang mereka pelajari daripada tokoh terkenal pengajian pondok perlu diiktiraf.

Beliau berkata sejarah pengajian pondok di negara ini membuktikan mereka turut menyumbang fikiran dan pandangan kepada kepimpinan negara.

Katanya mereka juga perlu disokong bagi memanfaatkan ilmu yang mereka warisi dan miliki selain memastikan mereka tidak direbut oleh pihak yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

"Dalam isu kalimah Allah (cadangan penggunaan Kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu), golongan guru-guru pondok turut bersuara membantah, tetapi suara mereka tidak didengar.   

"(Ini kerana) tiada ruang disediakan untuk mereka memberikan hujah secara terbuka bagi meredakan kecelaruan yang ditimbulkan beberapa pemimpin parti pembangkang dalam menyokong pandangan pemimpin parti DAP mengenai isu kalimah Allah," katanya ketika merasmikan majlis perasmian Ijtimak Guru-Guru Pondok, Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Guru Takmir dan Imam Daerah Baling 2013 di Masjid Kampung Tok Kaya di sini hari ini.

Katanya pendekatan semua pihak yang mahir dalam bidang ilmu agama perlu disatukan kerana ia mampu membantu menyelesaikan masalah yang timbul dan tidak membiarkan masyarakat Islam berhadapan dengan sesuatu isu yang boleh mencelarukan pemikiran mareka.

Program anjuran Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia dihadiri lebih 300 peserta. - Bernama
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here