Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 10 May 2013

Anwar Ibrahim Kemukakan Bukti Gambar-gambar Kehadiran Pengundi Bangla PRU13

Adus Anwar sudah nekad untuik membuktikan kebanjiran pendatang asing semasa PRU13 hingga mencecah 60'000 orang. Hebat betul Anwar ini kita tengok sendirilah.


"Hey, sini ada satu lagi pengundi hantu. Ini Bangla," suara dari satu kumpulan yang menerjah ke arah Tajudeen Anvar Batcha, 50, 5 Mei lalu apabila dia dikatakan pemilik MyKad palsu.

Tajudeen, kelahiran Taiping, Perak, berang apabila dituduh sebagai warga asing. Paling menyedihkan apabila dia turut dipukul dan ditendang kumpulan yang memakai baju kemeja-t berwarna kuning. "Saya bukan Bangla, Saya orang Malaysia. Saya ada MyKad sah dan saya ada hak mengundi," balas Tajudeen namun tiada reaksi positif daripada kumpulan itu.

Pengalaman mengundi kali pertama Dewan Serbaguna Bt 17, Rawang memberi seribu satu kenangan buat dirinya. Berketurunan India-Muslim, inilah pengalaman paling ngeri dalam sejarah hidupnya.

"Ini kali pertama saya mengundi di Rawang walau sudah menetap di sini hampir 10 tahun. Sebelum ini saya mengundi di Ampang. Apabila berpindah, saya tukar pusat mengundi. "Semangat saya pada pagi itu bagai disentak. Ketika saya berjalan menuju ke pusat semakan mengundi, kumpulan ini datang ke arah saya dan menjerit-jerit ke arah saya. Mereka mahu tengok kad pengenalan saya. Kerana tak tahu apa-apa, saya berikan sahaja. Selepas itu, saya dihalau daripada kawasan itu," katanya.

Katanya, kumpulan itu terus berang apabila melihat MyKad miliknya berwajah baru.

"Beberapa hari sebelum mengundi, MyKad saya patah dan saya buat yang baru. Bila mereka tengok, terus naik angin dan menghalau saya. "Pelbagai kata-kata kesat dilemparkan kepada saya. Puas saya menafikan, tapi tidak diendahkan. Saya cuba mengawal emosi saya kerana tidak mahu kejadian tidak baik berlaku tetapi ada yang bertindak menendang dan memukul dada saya," katanya.

Tajudeen, pengurus di pusat latihan memandu di Rawang mengakui rasa amat marah dan terus dapatkan pegawai polis yang bertugas.

"Selepas membuat laporan, saya kembali ke tempat pengundian, tetapi, perkara sama berlaku. Kerana tidak mahu terlepas peluang, saya diiringi beberapa pegawai polis menunaikan tanggungjawab mengundi," katanya.

Suami kepada Deputi Superintendan Aisha Be Abdul Kadir ini berharap kejadian ini tidak akan berlaku pada masa akan datang. "Janganlah menilai seseorang daripada paras rupa sahaja. Buat masa ini saya sedang menunggu hasil siasatan pihak polis sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Apa yang akan saya buat nanti, bukan mahu mengaibkan sesiapa, cuma memberi kesedaran terhadap mereka sahaja," katanya.

Dalam kejadian sama, seorang lagi berketurunan India-Muslim menerima nasib yang sama. Niaz Ahmad Mohd Zubir, 35, turut dikecam gara-gara wajahnya dikatakan seperti 'Mat Bangla'.

Kejadian yang berlaku sekitar 10 pagi di di Sekolah rendah Jenis Kebangsaan (C) San Yuk, Rawang apabila kumpulan yang sama turut menghalau Niaz daripada mengundi.

Adiknya, Nisar Ahmad Mohd Zubir, 28, berkata, abangnya dikepung sebelum dapat meloloskan diri. "Ketika itu, abang saya sedang beratur untuk menyemak kawasan mengundi. Pada masa itulah, kumpulan yang memakai baju Selangorku datang dan mengherdik abang saya.

"Mereka meminta MyKad, tetapi abang saya enggan memberikannya. Abang saya juga dipaksa meninggalkan kawasan itu, tetapi abang saya berjaya juga mengundi," katanya. Katanya, abangnya tidak sangka kejadian itu melanda dirinya kerana itulah pertama kali abangnya mahu mengundi.

"Kami dalam proses menyaman pihak terlibat," katanya. Katanya, tindakan tersebut bukan kerana wang, tetapi sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya tidak bertindak sedemikian.

"Memang wajah kami ini tak macam orang Melayu lain, kerana kami ini keturunan campur. Tapi kami warganegara Malaysia yang sah. Jangan lihat pada paras rupa. Kami sudah tinggal di Rawang lebih 20 tahun," katanya.

## Anwar boleh guna gambar bawah untuk bawa kes...



8 comments:

Anonymous said...

Kita terlepas pandang, agaknya wujud pengundi hantu yang diimport dari vietnam, myamar, tanah besar cina, thailand dan lain lain negara yang penduduknya bermata agak sepet. Who knows. Ayam yang bertekak seluruh kampung tu lah yang lazimnya bertelur.

Anonymous said...

Niaz...Niaz...gua kenal lu sapa bro...lu keje house keeping kat hotel grand seasons KL....gua cukup kenal lu sapa....x payah laa lu kencing kata lu warga negara...

Anonymous said...

keh keh keh. kes sekor ni jugak yang ko ceritakan. ceritakan la kisah bangla-bangla yang berbas-bas tu. baru la blog ko jadi number 1..LOL

megat panjialam said...

Anonymous said...
keh keh keh. kes sekor ni jugak yang ko ceritakan. ceritakan la kisah bangla-bangla yang berbas-bas tu. baru la blog ko jadi number 1..LOL

LU KASI LA LOKASI MANA BANGLA DATANG BERBAS BAS TU. JANGAN SEKADAR MENULIS TAPI AUTA SEMATA.

Anonymous said...

Nape xde bangla kat kelantan ng penang?mng SPR bagus,kalah SPR tipu...

Anonymous said...

lor....dah kantoi yg ditahan bukan bangla....kenapa nak tegak benang basah lagi..kata berbas-bas pengundi bangla?..heheheh...

Anonymous said...

tempat niaz tuh..kenapa dia sahaja kena tahan?..klu ada hantu pasti beratus ribu ada kat situ...tak dapat mengundi!!

ada yg halimunan ker?

Anonymous said...

Kesian org malaysia (especially melayu, and PR supporter),benda macam ni pn nak percaya. kalau nak komen SPR telus ke tak...mohonla jadi kerani tempat mengundi ke, wakil pemantau parti ke. Ini xde angin xde pokok menyalak je kejenya. wakil parti kat pusat mengundi pun tak cakap apa2...korg yang bising lebih. Rasanya dah ramai sukarelawan SPR dah terangkan dlm media sosial tentang keadaan di tempat diorang, dan so far TAK ADA unsur2 hampeh seperti yg di war2 kan PR. Aku pun pernah jadi counting agent, so sedikit sebanyak aku tau proses n prosedur. Kalau betul sangat dakwaan tu, naper korang punyer wakil parti tak ambil tindakan? Dalam perhimpunan bukan main garang lagi...Sudah-sudahla. Terima keputusan dengan redha.

Isu Terkini

get this widget here