Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 26 June 2013

Live Khalid Tertidur Ilham Kenaikan 10 Kali Ganda Cukai Pintu Selangor


Jangan pandang rendah bila Khalid Ibrahim tertidur kerana dari situlah datang faedah kenaikan 10 kali ganda cukai pintu demi menunaikan JANJI DICEPATI PASCA PRU13. Ikuti pendedahan dibawah ini.

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan menurunkan cukai pintu di Selangor termasuklah di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meskipun telah berjanji untuk melaksanakannya pada pilihan raya umum lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengenakan cukai pintu di Selangor berdasarkan kegunaan tanah yang mana kadarnya akan dinaikkan sekiranya tanah itu dibangunkan untuk tujuan tertentu seperti industri dan sebagainya.

“Kalau tanah itu tidak dibangunkan, maka cukai pintu yang dikenakan adalah rendah. Apabila tanah itu digunakan untuk bangunkan kilang dan sebagainya, maka cukai pintunya akan berubah (meningkat).

Adakah kalangan yang dikenakan cukai pintu yang rendah disebabkan tanah yang tidak digunakan, mula marah apabila cukai mula dinaikkan dinaikkan kerana mereka majukan tanah tersebut untuk mendirikan kilang sehingga menyebabkan cukai menjadi naik berkali ganda?


“Cukai pintu yang kita berikan itu adalah munasabah mengikut kegunaan tanah. Kalau tidak bayar cukai pintu, bagaimana kita mahu bangunkan Shah Alam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pada 15 Disember lalu, Pengerusi MCA Bahagian Subang, Lee Wei Kiat menyelar tindakan MBSA menaikkan cukai pintu sehingga 10 kali ganda ke atas penduduk Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh berkuatkuasa pada tahun depan.

“Lebih membebankan, kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila ianya meningkat dari tahun 2011 dan 2012. Saya mendapat maklumat ada penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM1,470 pada tahun 2011, menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada 2013“, katanya.

Naik berkali-kali ganda? Setahu kami, tanah kosong…cukai rendah. Tanah yang dimajukan untuk didirikan kilang, dan naik bangunan tinggi-tinggi, cukainya pun tinggi juga. Adakah ini sebabnya cukai pintu tersebut dinaikkan melonjak sebegitu rupa?


Sambil menyifatkan kenaikan cukai pintu di Selangor itu sebagai keterlaluan, Wei Kiat turut mendesak supaya MBSA dan kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang menarik balik kenaikan cukai pintu tersebut.


Pada 17 Disember lalu, Koordinator Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed pula menyatakan kenaikan tersebut bercanggah dengan manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 2008 yang mahu menurunkan 20 peratus cukai pintu bagi kediaman dan 10 peratus peratus bagi premis peniagaan di Selangor.

Sebelum buat rumah, kilang, bangunan dan sebagainya, ianya dinilai sebagai tanah kosong. Sememangnya murah cukai taksirannya. Apabila sudah siap bangunannya, lain pula nilainya.

Tanah pertanian seekar cukainya kadang-kadang sekitar RM7-RM20 sahaja. Andaikata tanah tersebut merupakan tanah status industri, cukai yang dikenakan juga berkali-kali ganda. Dan…senario seperti itu sebenarnya bukan sahaja di Selangor, di negeri-negeri lain begitulah juga aturannya.


“Cukai naik apabila status tanah bertukar daripada tanah pertanian menjadi bangunan @ industri”

Cadangan kami, untuk mendapatkan semula cukai yang lama antara RM7-RM20 tukarkan semula status tanah kepada tanah pertanian dan tanam pokok getah/kelapa sawit/padi.


Andaikata setakat tapak kediaman, memang tidak sepatutnya naik kerana membebankan. Cukup kekalkan caj yang sedia ada…

Cuma apa yang kami lihat sekarang ini, mungkin pada masa akan datang terutamanya melibatkan pembentangan manisfesto baik daripada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke 13 kelak, adalah lebih baik setiap rakyat Malaysia berhak dan sepatutnya bertanya sebarang persoalan supaya masing-masing sedia maklum hak mereka sebelum memberikan undi dan mandat kepada parti politik yang bertanding.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here