Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 31 January 2014

Awas Anwar Akta DUN Boleh Terbubar Kalau Khalid Letak Jawatan

Anwar mungkin sekarang tengah berkeyakinan penuh cita-citanya sebagai mengganti kekecewaan menjadi PM tetapi sekurang-kurangnya dapat jadi MB ok lahh.

Anwar sekarang nampak berkeyakinan penuh seperti mana dia terlampau yakin boleh menjadi PM ke7. Tetapi kita merancang dan Qada dan Qadar masih dalam kuasa Allah oleh itu perhatikan satu halangan yang boleh menimpa DUN Selangor..

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.

Pada masa yang sama, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) juga harus meletak jawatan sekiranya Abdul Khalid berbuat demikian.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Kamal Nik Mahmod (gambar) berkata, Perkara 70 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor menyatakan Sultan mempunyai kuasa membubarkan DUN namun tidak disebut keadaan-keadaan yang membolehkan baginda berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, tafsiran keseluruhan Perlembagaan Negeri Selangor pada pandangannya adalah baginda boleh membubarkan DUN dalam tiga keadaan iaitu apabila hampir sampai hayat DUN, maka Menteri Besar akan menasihatkan Sultan.

Kedua, kata beliau, ialah dalam keadaan lain apabila Menteri Besar telah hilang keyakinan daripada majoriti Ahli DUN dan meletak jawatan, Sultan akan membubarkan DUN.

"Satu lagi keadaan apabila tiada satu parti pun yang mendapat majoriti dalam DUN, maka Sultan akan membubarkan DUN untuk mencari mandat baharu bagi parti politik yang bertanding dalam pilihan raya.

"Pada pandangan saya kalau Menteri Besar Selangor sekarang meletakkan jawatan, tidak semestinya Sultan akan membubarkan DUN kerana tiada krisis keyakinan dalam kerajaan atau DUN.

"Baginda boleh melantik Menteri Besar baharu kerana pakatan pembangkang masih mempunyai kerusi majoriti. Namun perlu diingat bahawa kuasa membubarkan DUN itu memang terletak di tangan Sultan. Jadi, kalau baginda membubarkan DUN maka itu dalam kuasa baginda," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Kamal berkata, sekiranya Abdul Khalid meletakkan jawatan, barisan Exco yang dilantik oleh Sultan atas nasihat Menteri Besar seharusnya turut meletakkan jawatan.

Katanya, terdapat peruntukan dalam Perlembagaan negeri bahawa Exco 'collectively responsible' terhadap DUN.

"Oleh itu, jika Menteri Besar sudah meletakkan jawatan, maka secara kolektif barisan Exco juga harus meletakkan jawatan.

"Perlu diingat bahawa Sultan boleh memecat Exco pada bila-bila masa seperti dalam Perlembagaan negeri," katanya. Sumber

Satu perkara yang PPM nak tanya perlukah Anwar Azmin dan Khalid bersikap berpolitik cara kebudak-budakan dengan mencabar PM Najib yang sememang tik perlupun sahut seruan Azmin untuk bertanding, demi untuk memuas memuaskan nafsu kebudak-budakan?

PM Najib bukannya seorang yang kemaruk macam Anwar sampai ketua Pembangkang dia pegang, Pematang Pauh dan sekarang hendak jadi MB lagi.. Jadi apa nasib rakyat Pematang Pauh? Cukupkah masa Anwar untuk semua ini sedangkan selama ini dia paling sibuk memenuhi nafsu ketagih jawatan tertinggi. Ini telah lama berulang semenjak Anwar mula menapak dalam UMNO sampai sekarang. 

Fikir-fikirkanlah boleh diharapkah Anwar jika kita campur semua permasalahan Anwar yang lain?

No comments:

Isu Terkini

get this widget here