Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 11 April 2014

Satu Saat Anwar Boleh Jumpa MH370 Tetapi Dah Berapa Tahun Omega Tak Jumpa


AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 5 April 2014 menyiarkan artikel mengenai wawancara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan majalah Southern Weekly yang dimiliki Southern Media Group China, baru-baru ini.

Artikel bertajuk Satu saat yang ditulis oleh Chang Long Yan daripada Institut Kewartawanan Taima disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman C9.

Ketika wawancara itu, Anwar telah ditanya jika dirinya seorang Perdana Menteri, bagaimanakah caranya beliau menangani isu insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370?

Menurut Ketua Pembangkang itu, beliau hanya memerlukan waktu satu saat untuk menyelesaikan segala isu yang berbangkit.

Katanya, insiden itu telah mendedahkan bahawa pengurusan pentadbiran kerajaan sekarang adalah begitu teruk. Kerajaan tidak mempercayai juru terbang, mengawal media massa, tidak mempunyai pegawai berkelayakan dan tiada pasukan cendekiawan yang boleh memberi nasihat.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Segambut daripada DAP, Lim Lip Eng juga lantang menyatakan jika pemimpin parti itu dilantik menjadi komandan angkatan udara dan angkatan tentera laut di negara ini, mereka sudah pasti mampu mencari pesawat yang hilang berkenaan. Apabila Lip Eng mendapati apa yang dikatakannya itu mendapat kritikan hebat, beliau menarik balik kenyataannya dan meminta maaf.

Sebenarnya dalam wawancara itu, Anwar langsung tidak mengemukakan sebarang idea untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu, sebaliknya hanya mahu berlagak seolah-olah beliau kini seorang Perdana Menteri. Sebab itu, dalam wawancara berkenaan beliau berkali-kali mengemukakan pandangan seperti Ah Q (orang bodoh).

Anwar mendakwa hanya memerlukan masa paling singkat iaitu satu saat untuk menyelesaikan isu kehilangan pesawat MH370 dan ia sudah tentu mustahil boleh dibuat.

Ini kerana insiden berkenaan melibatkan banyak isu yang tidak boleh diselesaikan dalam masa singkat. Masa panjang diperlukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan juga destinasi hala tuju pesawat dan lokasi ia hilang dengan tepat.

Kenyataan Anwar yang mengaitkan insiden kehilangan pesawat MH370 dengan isu pentadbiran kerajaan yang bermasalah membuktikan Ketua Pembangkang itu mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Tuduhan terhadap kerajaan yang dibuat hasil daripada daya imaginasi itu tidak semestinya logik dan boleh diterima akal. Ia ditimbulkan semata-mata untuk memijak musuh politik beliau dan meningkatkan imej dirinya sendiri.

Mungkin kita boleh imbas kembali semasa beliau menjadi Menteri Kewangan ketika Asia termasuk Malaysia dilanda krisis ekonomi. Semasa krisis ekonomi itu, beliau sanggup menerima kaedah kawalan kewangan yang disyorkan oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dari Amerika Syarikat (AS) dan Bank Dunia.

Jika Anwar menjadi seorang Perdana Menteri, bukankah beliau akan meminta pertolongan daripada negara Uncle Sam untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu?

No comments:

Isu Terkini

get this widget here