Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 10 May 2014

Chong Chieng Jen DAP Sarawak Malukan Diri Dalam Sidang DUN Sarawak


Bila jenis DAP memang tidak bijak atau tergopoh-gapah bila membuat kerja. Ini semua kerana terlampau hendak cari isu menyalahkan orang sampai tidak pernah memandang sebarang kebaikan langsung tentang pengorbanan BN Sarawak terhadap warga cina. Walaupun BN Sarawak sering dipertikai dan kurang mendapat sokongan kaum tersebut.

Isunya menyentuh Chong Chieng Jen dari DAP-Kota Sentosa yang cuba membangkitkan isu mendesak kerajaan negeri tunaikan geran tahunan antara RM20 juta dan RM30 juta diberikan kepada sekolah-sekolah Cina.

Tetapi Yb Abdullah Saidol menghentam DAP, yang kerajaan sejak tiga tahun lepas telah menyalurkan geran sebanyak RM133 juta dan bermakna RM44 juta setiap tahun dan sudah lebih daripada apa yang diminta pembangkang.

Disini kita boleh nampak bertapa lembabnya cara DAP Sarawak bekerja atau sememangnya tidak pernah berbuat kerja langsung?

Hakikatnya inilah pembangkang seluruh Malaysia yang hanya mencari jalan bagaimana hendak jatuh kerajaan sedia ada tanpa memikirkan bagaimana memanafaatkan kelebihan dan kemudahan yang ada untuk rakyat. Maksud PPM DAP tidak pernah bekerjasama membangunkan memenuhi kehendak rakyat.



No comments:

Isu Terkini

get this widget here