Hebat betul politik DAP dan bertapa dayusnya politik PAS. Kita telah dipertontonkan bagaimana Haji Hadi seorang Presiden PAS tanpa ada maruah dan harga diri. Haji Hadi lebih rela integritinya di perdagangan demi membolehkan DAP meraih kemenangan besar di Bukit Gelugur.
Semalam 14/5/2014 satu ceramah Lim Kit Siang di lokasi Tapak Bola Keranjang, Pasar Malam Farlim. sememangnya berjaya dengan 3 Peti kutip derma diambil untuk dana PRK dan membuat kutipan sebanyak RM1068. Jualan T-shirt Karpal RM20 sehelai. Walaupun hanya seramai 200 orang berdiri dengar ceramah.
Yang paling menyedihkan Lim Kit Siang mencerita bagaimana DAP bergitu hebat menundukan Hudud PAS berbanding MCA gagal menundukan Hudud UMNO. Lim Kit Siang menggambarkan bagaimana DAP mampu mengawal tindak tanduk PAS dengan hebat sekali manakala MCA tidak berani langsung menyentuh UMNO.
Jadi dimana harga diri seorang Presiden PAS? Kerana niat hudud mereka digambarkan rapuh kepada arahan DAP?
Betul ini bakal memberi kemenangan besar buat DAP kerana kawasan majoriti yang amat besar, iaitu kaum cina di Bukit Gelugur lebih tertarik kepada kehebatan DAP.
Itu berlaku setelah penjajaan maruah Hadi Hadi didagangkan secukup-cukup hina berbanding sampah sarap ditepi jalan, jika kita pandang dari sudut sebagai seorang muslim.
Disini cukup jelas PAS merelakan kesetiaan kepada agamanya diandaikan terbawah berbanding kehebatan maruah Lim Guan Eng, Lim Kit siang dan sesungguhnya rasa cinta mereka PAS kepada Karpal Singh tiada perbandingan dengan mana-mana yang lain. Dayus!!
1 comment:
Dah terkena penyakit wahan.
Post a Comment