Isu Minyak , Ringgit Malaysia dan Ekonomi Malaysia
1. SYA hanyalah seorang insan yang biasa. Saya tidak akan mampu menguasai pelbagai ilmu dan serba tahu dalam segela bidang dan perkara. Saya tidak seperti pemimpin dan askar upahan Pakatan Rakyat yang selalu bertindak dan bersuara seolah - olah mereka adalah pakar dalam segala bidang.
2. Terdapat beberapa sahabat FB sebelum ini mahu saya berbicara tentang isu penurunan harga minyak global dan kesannya terhadap ekonomi negara. Saya tidak berani untuk memberi sebarang komentar dan penjelasan sebelum ini kerana saya belum lagi habis membuat kajian saya.
3. Apa yang memeranjatkan saya dalam kajian saya dalam isu ini adalah bidang ekonomi dan kewangan sebenarnya merupakan sesuatu yang amat tidak menentu. Tiada satu ramalan dan teori yang boleh dikatakan 100% TEPAT. Segala - galanya hanya berdasarkan kepada ramalan. Hanya Pakatan Rakyat yang lebih pakar daripada pakar ekonomi biasanya berani untuk memberi kepastian dalam segala ramalan mereka.
4. Dalam kajian saya , pakar dan entititi ekonomi dan individu yang berbeza akan memiliki pandangan dan ramalan yang berbeza dalam isu ini . Ramalan mereka juga bercanggah antara satu sama lain. Ada yang meramalkan penurunan harga minyak Globak akan menjejaskan ekonomi Malaysia dan ada pula yang meramalkan sebenarnya akan membantu ekonomi negara kita. Setiap individu dan entiti tersebut akan ada alasan , teori ekonomi , perkiraan dan ramalan masing - masing.
5. Malangnya , pihak Pakatan Rakyat hanya selalu akan mengemukakan teori yang tidak sihat untuk negara kita . Mereke hanya akan mempopularkan dan mempromosikan teori yang berpendapat MALAYSIA akan mengalami kemerosotan ekonomi hasil daripada harga minyak dunia yang semakin menurun dan tidak stabil. Rakyat yang tidak sedar atau kurang membuat kajian akan berpendapat bahawa teori ekonomi Pakatan Rakyat merupakan satu - satunya teori yang mutlak dan benar. Keadaan ini secara tidak langsung sudah menekan ' panic button ' walaupun sebenarnya ekonomi negara Malaysia tidaklah sampai tahap yang cuba digambarkan oleh mereka.
6. Bila RINGGIT Malaysia menjadi kuat dan meningkat maka mereka semua diam tidak terkata tetapi apabila RINGGIT Malaysia menurun sahaja maka mereka pula hendak riuh sekampung.
Ramalan Mengenai Ekonomi Malaysia Pada 2015
Asian Development Bank (ADB) - 5.3%
IMF - 5.2% GDP
Bank Dunia - 4.7%
Kerajaan Malaysia - 5.7%
Pakatan Rakyat - Krisis Ekonomi , Malaysia Muflis dan Sebagainya
Adakah penurunan harga minyak sedunia akan menjejaskan ekonomi Malaysia?
A. Jawapan ringkas maka adalah Jawapan Ya dan Tidak pada masa yang sama
B. Tidak - Walaupun negara Malaysia adalah negara yang untung melalui hasil jualan minyak tetapi kita perlu sedar bahawa negara kita hanya mengeluarkan sebanyak sekitar 600 000 ' oil barrel' pada setiap hari. Oleh itu , negara kita sehingga ke hari ini tidak diiktiraf untuk menjadi anggoto OPEC. Hanya negara yang mampu mengeluarkan minyak pada kadar tertentu akan diiktiraf sebagai pengeluar minyak. Hanya Anwar Ibrahim yang lebih pakar daripada OPEC yang menuduh Malaysia sebagai negara pengeluar Minyak. Dengan mudah teori ekonomi Anwar bahawa negara Malaysia adalah sebuah negara minyak maka HARGA MINYAK di negara kita perlu diturunkan.
C. Tidak - Kita juga perlu faham bahawa lebih daripada 90% minyak yang dihasilkan di negara kita sebenarnya adalah 'local comsumption' iaitu penggunaan dalaman. Oleh itu , kadar eksport minyak Malaysia ( jualan ) hanya sebanyak 4.5% daripada keseluruhan minyak yang kita ada dan hasilkan di negara kita. Keadaan ini menandakan 95.5% hasil eksport dan jualan negara kita adalah tidak berlandaskan kepada keuntungan hasil minyak .
D- Tidak - Kerajaan Malaysia akan jimat sekitar RM 37.7 billion subsidi minyak dalam budget 2015 apabila harga minyak dunia menurun. Ekonomi dan perakaunan adalah sesuatu yang bersifat holistik iaitu walaupun jualan eksport negara akan menurun tetapi pada masa yang sama kos perbelanjaan negara juga menurun pada masa yang masa maka kesan ini tidak akan sesekali memberi kesan dan impak yang besar terhadap negara. Apa yang hanya diceritakan oleh Pakatan Rakyat adalah sebahagian daripadanya sahaja. Mereka yang berbicara tentang penurunan jualan tetapi tidak langsung berbicara tentang penurunan kos.
E. Tidak - Disebabkan penggunaan dalaman negara iaitu our local oil comsumption adalah tinggi dan eksport kita hanyalah sebanyak 4.5% maka boleh dikatakan penurunan hasil jualan negara kita adalah lebih kurang berbanding dengan penurunan kos kerajaan menampung subsisi minyak. Bayangkan sebelum ini lebih daripada 90% pengeluaran minyak negara adalah penggunaan dalaman dan keadaan ini bermakna 90% ini disubsidi oleh kerajaan kita ? Kini apabila harga minyak menurun dan walaupun jualan kita terjejas tetapi setakat ini tiada kos diperlukan untuk subsidi minyak. Dalam mana - mana bisness sekalipun sekirannya kos operasi adalah rendah maka keuntungan syarikat secara langsung akan meningkat.
F. Tidak - GST. Ramai yang sebenarnya tidak mengetahui tentang GST. Dengan mudah teori pembangkang mempermudahkan adanya GST maka harga barang akan meningkat dan secara terus menghukum kerajaan BN . Sudah lebih daripada 97% daripada setiap negara yang wujud di dunia ini sudah mengamalkan GST. Daripada yang paling maju hingga yang paling mundur juga sudah ada GST. Adakah Pakatan RAKYAT , Anwar , Rafizi , Tony Pua dan RBA adalah lebih pakar daripada pakar - pakar ekonomi dan individu lain berbanding dengan 97% negara lain ?
GST sebenarnya pada masa yang singkat akan memberi kesan yang sedikit kurang baik terhadap ekonomi Malaysia tetapi dalam jangka masa yang panjang sebenarnya akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Seperti kita buat GYM. Bila mula - mula hendak bina badan memang susah ( badan dan otot sakit dan sebagainya ) tetapi kesan lamanaya adalah badan kita akan menjadi lebih sihat dan melalui segala kekusahan short term ini akan menghasilkan 'muscle' ( sesuatu yang baik ). Soal GST sebenarnya banyak fakta - fakta ekonomi yang boleh SYA kemukakan tetapi SYA memilih untuk menceritakan dengan cara yang mudah memalui pelambangan GYM , KESAKITAN SEMENTARA dan KEBAIKAN BERPANJANGAN ( Muscle ).
Ringkasnya ,GST akan meningkatkan hasil pendapatan negara. Oleh itu , apabila Pakatan Rakyat hanya mengatakan hasil Jualan Minyak terjejas tanpa melihat dan membandingkan dengan hasil sumber pendapatan yang lain dan terus menyebarkan ketakutan terhadap rakyat Malaysia seolah - oleh Malaysia akan mengalami krisis ekonomi dan sebagainya bukanlah sesuatu yang wajar.
Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) Chief Economist Douglas McWilliams juga berpendapat pengenalan GST akan mengurangkan defisit budget negara kita. ( hutang negara menurun ) .
Contoh : Anda adalah seorang peniaga. Anda menjual Pen A dan Pembaris B. Hasil jualan Pen A terjejas tetapi hasil Pembaris B meningkat dan pada masa yang sama kos operasi perniagaan anda menurun. Adakah perniagaan anda akan terjejas sehingga muflis ? Adakah anda perlu tutup kedai ?
Malaysia hanya akan mengalami masalah sekirannya kita mengikut segala suara ekonomi daripada Pakatan Rakyat. Jika tanpa GST dan kini jualan minyak terjejas maka dari mana kerajaan akan dapat hasil jualan yang lebih untuk menampung kerugian dalam hasil jualan minyak ?
Lebih mudah bayangkan pada hari ini hasil jualan Pen A anda terjejas dan anda tiada Pembaris B untuk dijual ? Apa akan berlaku terhadap syarikat dan perniagaan anda ?
G - TIDAK - Hasil minyak yang rendah dalam mana - maka teori ekonomi iaitu apabila harga murah ( maka permintaannya tinggi ) maka keadaan ini hanya menandakan peningkatan permitaan dan penggunaan minyak dalaman. Apabila harga minyak rendah juga maka kos operasi perniagaan di Malaysia juga adalah rendah. Keadaan ini hanya akan meningkatkan hasil dan pendapatan eksport negara dalam pelbagai sumber dan bidang.
H - Tidak - Walaupun terdapat perbezaan pendapat pakar berbeza terhadap kejatuhan harga minyak global terhadap negara Malaysia tetapi mereka memiliki persamaan pendapat bahawa harga minyak yang rendah ini adalah hanya bersifat sementara dan tidak akan sekali rendah untuk selama - lamanya mahupun untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu , bagaimana Pakatan Rakyat boleh memberi pendapat ekonomi yang mutlak iaitu Malaysia akan mengalami krisis ekonomi terhadap sesuatu faktor ekonomi yang tidak statik dan sesuatu yang bersifat sementara ( untuk jangka masa tertentu sahaja ) ?
I - Walaupun terdapat perbezaan ramalan pakar dalam keadaan ekonomi Malaysia tetapi kesemua pakar juga memiliki persamaan iaitu masa meramalkan terdapat pertumbuhan ekonomi Malaysia. Perbezaan hanyalah ramalan kadar pertumbuhan yang berbeza.
Asian Development Bank (ADB) - 5.3%
IMF - 5.2% GDP
Bank Dunia - 4.7%
Kerajaan Malaysia - 5.7%
Pakatan Rakyat - Krisis Ekonomi , Malaysia Muflis dan Sebagainya
Tiada satu ramalan setakat ini yang mengatakan Ekonomi Malaysia akan mengalami pertumbuhan negatif , bankrap , muflis dan pelbagai lagi tuduhan dan fitnah ekonomi tidak berasas daripada Pakatan Rakyat dan macai - macai mereka yang tidak berilmu dan berpengetahuan. Belajar tinggi - tinggi tidak mahu membuat kajian terhadap bahan kajian dan bacaan yang berbeza dalam isu ini tetapi sekadar mendengar dan mempercayai segala - gala yang dikakatan oleh Pemimpin mereka sebagai ilmu dan pengetahuan yang benar dan mutlak.
J. Tidak - Kejatuhan harga minyak juga akan merangsangkan sektor ekonomi lain di Malaysia iaitu sektor pembuatan , pembinaan , perkhidmatan dan sebagainya kerana kos operasi adalah rendah. Sektor pelancangan juga diramalkan akan meningkat.
K .Tidak - Kecekapan pengurusan ekonomi kepimpinan selama ini sudah pun lama tidak membuat perancangan jangka masa panjang iaitu dahulu apabila kita terlalu bergantung kepada sektor pertanian kepada kini tidak lagi bergantung kepadanya dengan memperkuatkan sektor ekonomi yang lain.
Begitu juga dengan kebergantungan terhadap minyak. Oleh itu , sebelum ini kerajaan BN demi kebaikan keseluruhan negara tidak menurukan harga minyak negara dengan meningkatkan subsidi seperti yang dituntut oleh Pakatan Rakyat. Secara perlahan Malaysia ekonomi Malaysia sebenarnya sudah mula untuk memperkuatkan sektor perkhidmatan di negara kita. Tidak lagi bergantung kepada satu sektor atau dua sektor sahaja.
PERLAMBANGAN : Ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang menyediakan anak - anak mereka untuk hidup berdikari pada masa hadapan dan bukannya hidup kebergantungan . Walaupun anak - anak akan lebih suka kepada ibu bapa seperti Pakatan Rakyat tetapi sekirannya mereka matang dan rasional maka mereka akan berpendapat ibu bapa seperti BN walaupun pahit pengajaran mereka tetapi apabila sudah mampu berdikari maka tiada lagi kepahitan mada ketika itu. Ibu bapa yang terlalu memberi gula gula kepada anak - anak akan akhirnnya menyebabkan mereka mengalami penyakit diabetes. Nikmat sementara tetapi kerosakaan seumur hidup.
L - Tidak - Eksport Meningkat. Permintaan dan Penggunaan Harga Minyak Meningkat ( jualan meningkat ). Kos Operasi Menurun ( tiada subsidi ). Hasil Pendapatan Bertambah ( GST ). Hutang Negara Berkurangan ( Subsisi / GST ) Sektor Ekonomi Lain Berkembang .
Adakah kesemua ini adalah petanda - petanda bahawa Malaysia akan muflis dan bankrap ? Kita tidak perlu menjadi pakar untuk mengetahui sama ada Pakatan Rakyat berakap benar atau membuat fitnah. SYA juga bukanlah seorang pakar ekonomi. Kita hanya perlu menjadi rasional dan berfikir dan kita akan mengetahui jawapannya. NAMUN BEGITU MEMANGLAH AMAT PAHIT UNTUK MENELAN HAKIKAT DAN KEBENARAN kerana adalah amat susah untuk ramai dalam kalangan anda menerima Hakikat bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya seorang PENIPU. Oleh sebab itu , anda tetapi degil untuk tidak mahu BERUBAH dan terus mati - mati mengatakan mereka adalah baik dan benar. Wahai penyokong - penyokong PR , anda seharusnya memegang slogan dan falsafah UBAH yang anda semua pegang selama ini. UBAHLAH sebelum terlambat.
Mengapa SYA tadi jawab YA dan TIDAK tetapi akhirnya memberi fakta - fakta dan penjelasan tidak ? Seperti SYA katakan tadi. Ekonomi dan Kewangan adalah sesuatu yang tidak statik. Tiada sesuatu ramalan mutlak. Boleh jadi Ya dan Boleh jadi Tidak.
Namun sebgai seorang rakyat Malaysia , tidak akan saya mempromosikan negara Malaysia akan mengalami kemerosotan ekonomi hanya berdasarkan kepada RAMALAN. Hal ini disebabkan dalam ekonomi juga pada masanya ramalan dan spekulasi yang mewujudkan sesuatu realiti. Kini sekirannya setiap rakyat Malaysia berpegang kepada ramalan PR maka bukankah keyakinan kita , keyakinan rakyat dan peniaga akan terjejas terhadap negara ? Keyakinan pelabur dan asing juga akan terjejas. Akhirnnya , bukan kejatuhan harga minyak yang menyebabkan kejatuhan ekonomi negara kita tetapi lebih kepada persepsi , kepercayaan negatif kita yang memyumbang kepada kejatuhan ekonomi.
Contoh : Tahun lepas terdapat ramalan bahawa Oktober 2014 Malaysia akan mengalami deficit trade oleh pakar - pakar tertentu. Akhirnnya pada bulan tersebut negara kita Mengalami SURPLUS TRADE sebanyak RM 1.2 billion .
Yang benar , Sya Shen Yee Aun
1 comment:
Apabila hutang luar yang banyak dlm dollar, sedangkan utk menjana pendapatan keuntungan dan membayar hutang di dalam ringgit malaysia, akan meningkatkan kos sara hidup rakyat. Tarif elektrik akan kekal atau meningkat,kos bahan mentah dari luar negara dlm dollar.Pendapatan negara menyusut,nilai ringgit malaysia jatuh. Tak tahulah kalau harga minyak mentah turun, mencecah USD 15 setong?.Ia baik utk negara opec menguasai pasaran minyak dunia,berbanding negara2 pengelusr yg mengali telaga minyak di luar pantai dgn kos operasi yang tinggi.
Post a Comment