Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday, 25 January 2015

Rotan Anak Yang Menjadi Kesalahan Jenayah Dari Sudut Pandangan Islam

Nabi Muhammad SAW menyuruh kita ajar anak solat sejak dari umur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umur 10 tahun.

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).

Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam. Selain itu kita juga dilarang menjatuhkan airmuka orang lain.

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu bertengkar dengan saudaranya maka hendaklah beliau menghindari dari memukul di bahagian muka

Dalam mendidik anak-anak, berlemah lembutlah, namun sediakan rotan di rumah (digantung) sekadar untuk mengertak kalau mereka malas beribadat. Dalam satu hadis lebih kurang maksudnya “ Tiada kebaikan/berkat rumah yang tiada rotan”

Kena juga  kita perhatikan Hadith Rasulullah SAW mengenai suruhan mengerjakan solat dari umur 7 tahun. Suruhan itu diulang-ulang selama 5 hari sehari selama 3 tahun (bermula umur 7 tahun sehingga 10) iaitu sebanyak 5475 kali sebelum ibubapa boleh menghukum anak sekiranya tidak solat.

Syarat Hukum Anak


1. Pukulan tidak boleh lebih daripada 10 kali. Hal ini dilarang orang Nabi SAW. Sabda Nabi SAW, “Jangan kamu menyebat lebih daripada 10 kali sebatan kecuali ketika melaksanakan hudud Allah”. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

2. Jangan pukul di bahagian muka. Nabi SAW berpesan maksudnya, “Apabila kamu memukul seseorang, maka elakkan memukul mukanya dan jangan kamu berkata, Allah burukkan muka kamu!”. (Riwayat Ahmad)

3. Jangan pukul di tempat yang sensitif, yang menyakitkan atau yang boleh mendatangkan kecederaan seperti kemaluan, perut dan sebagainya.

4. Pukul untuk mendidik, bukan mendera. Jadi tidak harus mengunakan alat-alat yang terlalu menyakitkan atau pukul dengan cara yang teruk atau dengan cara yang menyalahi Syarak seperti membuka auratnya, mengunakan peralatan yang panas atau sebagainya.

5. Jangan pukul ketika dalam keadaan marah kerana kemarahan boleh menyebabkan kita hilang kawalan diri dan hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal dengan kesalahan serta terseleweng dari tujuan asal untuk mendidik.

6. Pastikan anak-anak mengetahui kenapa dihukum dan dia memahami bahawa dia telah melakukan kesalahan yang layak untuk dihukum.

7. Jangan pukul terlalu kerap. Pendekatan menghukum dan memukul hendaklah digunakan sekali sekala sahaja. Jika terlalu kerap, ia tidak berkesan malah mungkin menjadikan anak memberontak dan liar juga hilang keyakinan diri.

8. Elakkan daripada mengunakan kata-kata kesat atau mendoakan perkara yang buruk. Nabi SAW bersabda,


“Jangan kamu mendoakan keburukan ke atas diri kamu, anak-anak kamu, khadam kamu dan hata kamu kerana sekiranya doa itu bertepatan dengan waktu mustajab, maka doa kamu itu akan dikabulkan sebagaimana yang kamu doakan”. (Riwayat Abu Dawud)
# 8 Panduan Merotan Anak

Panduan Merotan Anak


1. Mengantung rotan di rumah – Seperti yang dianjurkan oleh Rasullullah SAW, ibubapa tidak boleh merotan anak-anak yang tidak pernah melihat rotan. Jika hari ini mereka dirotan dan ketika itu jugalah baru mereka ‘mengenal’ rotan, itu tidak adil bagi mereka.

2. Menarik telinga – Sentuhan fizikal yang pertama adalah telinga. Dengan cara ini, anak-anak akan merasakan betapa sakitnya balasan daripada tindakannya itu sehingga layak untuk ditarik telinga.

3. Tidak menembusi daging – Setiap pukulan yang boleh melukai daging dan menyebabkan mengelupasnya kulit, makan perkara tersebut bertentangan dengan ugama Islam.

4. Tidak mengangkat ketiak – Pemukul / perotan tidak boleh mengangkat kedua-dua ketiaknya untuk menghasilkan pukulan yang kuat.

5. Maksima 10 kali – Had atau batasan merotan adalah tidak melebihi 10 kali. Antara pukulan pertama dengan yang berikutnya, harus ada jarak waktu dan bukannya bertubi-tubi tanpa henti.

6. Pukul di bahagian tapak kaki – Tapak kaki adalah bahagian yang paling tidak menyakitkan. Kebanyakan ulamak bersepakat, memukul di bahagian wajah, kepala dan kemaluan adalah dilarang kerana itu melibatkan maruah anak-anak.

7. Tempat berbeza – Jika merotan lebih daripada sekali, pukulan tidak boleh dilakukan pada 1 bahagian badan yang sama kerana ia akan mencederakan bahagian badan tersebut. Lakukan di bahagian badan yang berbeza yang dibenarkan oleh Islam.

8. Tidak boleh merotan ketika marah – Ibubapa tidak digalakkan memukul atau merotan anak ketika sedang marah kerana perasaan ketika itu berlandaskan emosi dan berkemungkinan pukulan itu akan menyakitkan dan mencederakan anak-anak, bukannya untuk memberi pendidikan dan pengajaran pada anak-anak.

Asuhlah anak-anak kita seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” supaya akhlak anak jadi baik. Ini kerana “kuah tidak semestinya tumpah ke nasi”. Ada orang jahil yang lahir dari rumah ulama dan ada juga ulama yang lahir dari rumah orang jahil

Tetapi zaman sekarang adakah langsung tidak boleh merotan walaupun atas tujuan mendidik? Sebab jika sesorang ibu bapa ditangkap gambar sebagai bukti merotan anak walaupun hanya tujuan mendidik. Dia akan didakwa mendera kanak2. Buat kajian dahulu jangan sebarang buat undang?

Satu persoalan adakah generasi yang sekarang berusia 35 tahun keatas adalah generasi yang dikenakan hukuman berbentuk rotan. Adakah mereka menjadi manusia gagal? kerana sering dirotan.

Namun bergitu terdapat kes yang merotan anak secara melampau berlaku di Malaysia. Jadi ini juga perlu diberi perhatian. Oleh itu untuk membuat undang-undang secara umum kerana merotan untuk mendidik juga terpalit dalam jenayah manakala kalau tidak buat ada yang tahap mendera.

Kajian terperinci perlu dilakukan dengan bahasa yang sesuai iaitu bukan menggunakan bahasa rotan sebaliknya terma mendera itu lebih tepat.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here