Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday, 18 October 2015

Keris Borneo Oh Keris Borneo Jangan Melalak

Kebelakangan ini muncul satu nama blog dan fb baru iaitu Keris Borneo cuba menggamatkan politik Sarawak.

Siapa KB itulah persoalan dibangkitkan dari kalangan facebookers dan cybertrooper BN Sarawak. Yang paling jelas gaya bahasa penulisan KB mahir dengan lorat Sarawak dan bahasa Malaysia.

Melihat cara modus operandi KB lebih menjatuhkan ramai individu tertentu dalam BN Sarawak antaranya Yb Abdullah Saidol, Dato Idris Buang dan menteri-menteri di Sarawak. Tetapi dalam masa yang sama dia juga menyelitkan berberapa yb BN untuk diangkat dipuji sebagai penyeimbang indentitinya.

KB mungkin cuba menonjolkan sebagai seorang atas pagar yang masih pro BN tetapi dalam masa yang sama cuba menjadi kritis, seolah-olah mahu perbetulkan BN Sarawak. Siapa KB untuk menjadi sedemikian.

Apabila PPM meneliti bagaimana LB menyenaraikan nama-nama blogger dan facebookers sebagai perlengkap cerita menjatuhkan YB Abdullah Saidol. Terang sangatlah dia dari kalangan rakan mangsa yang diserangnya. Cuma dia masih bersembunyi sebagai kawan baik dan menyerang sebagai KB.

Tetapi tidak ramai yang pakai domain woardpress.com malah kurang popular bagi blogger muka baru. Ini membuat PPM tertanya-tanya adakah KB mempunyai jalinan dengan kumpulan tertentu di Sarawak dalam mencaturkan pentas politik Sarawak.

Apatah sebelum ini ada kumpulan yang menyamar sebagai kawan baik BN tetapi diberlakangnya merencanakan pelbagai agenda melaga-laga kenamaan tertentu untuk memastikan survival kumpulan mereka. Di Sarawak tidak terkecuali ada kumpulan yang kerja mencari makan dalam cyberworld melalui pentas politik maya.

KB sekali lagi dilihat cuba menghidupkan isu UMNO masuk Sarawak. Kenapa dia berbuat sedemikian sekiranya dia proBN. Adakah KB mendapat arahan mainkan isu ini? Cuma caranya belum sampai menamakan siapa individu yang mahu membawa masuk UMNO.

Setakat ini penulisan KB hanya berkisar sekadar provokasi pribadi individu diangkat sebagai masalah utama Sarawak. Nampak sangat KB hanya pandai bermain isu mencerca mencai menghina individu sahaja. Jelas tahapnya masih level berjinak-jinak menulis tetapi kalau berjinak-jinak menulis kenapa menulis dengan cara memfitnah kehidupan orang bukan membangkitkan masalah rakyat. Itupun jika KB menganggap dirinya blogger kritis?

Satu lagi amat jelas sangat KB asalnya seorang Facebooker provokasi sahaja yang cuba mengangkat diri sebagai blogger. Mungkin KB perlu banyak membaca blog lain untuk cari topik penulisan dari menulis ala keanak-anakan macam ini.

Persoalannya kenapa KB marah sangat dengan orang PBB adakah KB kecewa tidak dilayan sesuatu atau KB mendapat bantuan sara hidup dari sesuatu sumber.

Andaikatalah KB seorang fisabilillah kenapa mesti hadap habuan yang memecahbelahkan perpaduan bangsa sendiri di Sarawak.

Andaikatalah KB adalah muka baru, siapakah mentornya dan sudah pasti mentornya adalah tiang pagar yang gemar makan padi....

Peasanan terakhir buat KB jangan guna tag "Pendedahan Segala Kebenaran" kerana anda lebih kepada "Kepakaran Mencipta Aib Orang". Sepatutnya untuk tag sekarang anda kena peka masalah rakyat bukan peka bagaimana hendak menjatuhkan orang tidak bertempat.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here