Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 22 November 2012

Gila-gila Pakatan Rakyat Antara Sabotaj Dengan Janji Takrif Elektrik Murah


Yang mana satu sebenarnya Pakatan Rakyat perjuangkan! sampai Gila-gila Pakatan Rakyat Hendak Elektrik Murah Tetapi Halang Hidro Elektrik

Yang Anwar janji kalau menang PRU 13 hendak turun takrif elektrik tetapi sebelah Sarawak pulak duduk kalut hendak halang pembangunan Hidro Elektrik. Inilah jenis cakap main lepas bercanggah dari kepala hingga ke ekor. Kalau ditegur kita pula diperbodohkan tetapi hakikatnya fikiran mereka setakat makan hari ini habis besok cari lain!

Berbeza dengan Barisan Nasional fikirkan hari dan esok sambil fikirkan hari ini dan tahun ke tahun depan. Kerajaan perlu kerangka jangka pendek dan panjang demi menjamin takrif elektrik dapat dikawal dengan sistematik. Masalahnya Pakatan Rakyat hanya tahu cari modal bagaimana hendak perjatuhkan kerajaan demi PRU 13 besok.

Jikalah Pakatan Rakyat menang PRU 13, percaya ke tidak mereka akan laksanakan juga projek Hidro Elektrik asalkan sedap menjamah santapan. Kalau tidak masakan Mak Lampir dari kampung todak punyai kereta lebih 300k wahal dia jugalah mengutuk orang makan lebih orang tu makan lebih!

Itulah puak-puak ini cakap lebih tetapi apa kat depan dibedal sampai lincin sampai ada cerita kerajaan negeri Pakatan Haram biayai hutang kroni! Tetapi untuk PRU 13, dekat Serawak biasalah hari-hari puak-puak ini duduk cari apa sahaja modal perjatuhkan Ekonomi, sabotaj sana-sini kerana tujuan utama meraih populariti sambil perjatuhkan kerajaan negeri. Itu je... Asalkan boleh ke Putrajaya apapun jadi mereka tidak perduli lagi janji matalamat tercapai.
____@____

KUCHING: Kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan pakatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu pelaksanaan projek hidro-elektrik (HEP) di negeri ini dihentikan.

Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Dr James Jemut Ma-sing berkata, projek itu adalah demi kepentingan dan masa depan Sarawak yang akan bergantung kepada sektor per- industrian.

“(Pakatan) NGO berhak untuk berbuat apa yang mereka mahu, tetapi saya rasa sebab di sebaliknya adalah tidak berapa munasabah untuk kita (kerajaan) pertimbangkan dengan serius.

“Anda harus ingat bahawa HEP adalah tenaga boleh diperbaharui paling bersih yang boleh dimiliki kerana saya rasa kita tidak boleh bergantung kepada tenaga angin dan solar sebab ia tidak akan mampu menampung kapasiti diperlukan,” katanya ketika ditemui di lobi Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita atas talian berhubung pakatan NGO Sarawak yang mahu pelaksanaan projek empangan mega dihentikan di negeri ini kerana menjejaskan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). 

Dalam laporan tersebut, Pa-sukan Tindakan Perlindungan Baram (BPAT) dan Rangkaian Menyelamat Sungai Sarawak (SSRN), cuba menyerahkan memorandum kepada kerajaan pusat agar projek empangan mega yang dilaksanakan kerajaan negeri dihentikan.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut hanya dapat menye-rahkan memorandum itu kepada Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng.

Empangan tambahan dicadang dibina di Ulu Air, Metjawah, Belaga, Baleh, Belepeh, Lawas, Tutoh, Limbang, Baram, Murum dan Linau.

Masing memberitahu, pakatan NGO itu boleh berbuat se-perti mana yang mereka mahu, namun kerajaan pada masa sama perlu memastikan me-reka melaksanakan projek itu dengan baik.

“Apa yang kita ingin laksanakan, kita mesti lakukan dengan baik kerana ia harus berasaskan situasi menang-menang kepada pengguna dan penge-luar HEP,” katanya.

Pada masa sama, beliau menafikan skim tersebut agak lemah dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.

Menurutnya, kerajaan akan cuba memperhalusi program-programnya, contohnya skim penempatan semula bagi penduduk yang terjejas akibat projek tersebut.

“Apa yang kita boleh buat di sini ialah mewujudkan pro-gram penempatan semula yang lebih baik untuk penduduk-penduduk yang terjejas… itu sahaja kerana ia perlu diperbaiki dan mesti diperbaiki,” katanya. Sumber


No comments:

Isu Terkini

get this widget here