Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 22 November 2012

Nik Aziz Kena Serang Sampai Ke Muka Pintu


Ada sesuatu yang menggambarkan akan kelemahan Nik Aziz! Yang mana dia akan gugup dan gementar menghadapi situasi yang diciptakan oleh dirinya sendiri! Senang cakap sendiri cari bala tetapi lagi awal cabut lari! Yang tinggal anak-ana buah berhempas pulas terpaksa pertahankan dalam ketepaksaan.

Berginilah kisahnya apabila Minda Pondok berani cabar berdebat! membuatkan tekanan yang boleh dibarat Nik Aziz Kena Serang Sampai Ke Muka Pintu hatinya tetapi adakah hatinya akan dibuka untuk buktikan apa yang dilakukannya tidak bercangah dengan Islam?

Yang pasti tunggu jelah adalah lepas ini datang cai-cai tak henti berani mati pertahan Nik Aziz kerana bagi mereka! Mereka lebih islam dan apa yang dilakukannya tidak penah bercanggah dan kalau ada mengcabar debat macam ini! Jangan harap tidak akan berlakunya sebabnya tanya Nik Aziz sendiri, dan bersabarlah sikit hari lagi keluarlah spin terbarunya. 


KOTA BAHARU - Minda Pondok, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), hari ini mencabar Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara umum bagi memperjelaskan tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad.

Minda Pondok adalah NGO yang menggabungkan beberapa buah sekolah pondok di Kelantan.

Anggota Jawatankuasa (AJK) Minda Pondok, Mohammad Zainal Abidin Awang berkata debat itu perlu diadakan bagi memberi penerangan kepada masyarakat berhubung tindakan Pas tersebut yang dilihat tidak selari dengan ajaran Islam.

"Pas terlalu banyak keluarkan fatwa... kami dari Minda Pondok berasa bertanggungjawab untuk memberi penerangan supaya rakyat tak keliru dan supaya ajaran songsang (yang Pas bawa) dapat disucikan dengan izin Allah SWT.

"Kami mencabar Nik Aziz untuk berdebat dengan Minda Pondok pada bila-bila masa supaya dapat menghurai serta memberi penjelasan kepada seluruh penduduk Malaysia agar mereka tidak terkeliru," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Kira-kira 30 anggota Minda Pondok termasuk penduduk sekitar Demit dan Pasir Tumboh turut hadir sebagai menyokong laporan polis yang dibuat NGO tersebut. 

Mohammad Zainal Abidin yang juga Pengasas Pondok Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Tumpat berkata Minda Pondok berasa dukacita terhadap tuduhan Umno murtad dan bacaan doa tersebut, sekali gus menyelar tindakan Pas kerana tidak membahaskan kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di sini, baru-baru ini.

Mengulas isu doa itu Mohamad Zainal Abidin berkata Pas seharusnya mengambil kesempatan tersebut bagi mendoakan kehancuran Israel kerana membunuh umat Islam di Palestin, selain turut ditujukan kepada pimpinan tertinggi DAP untuk menganut agama Islam.

"Apakah Pas tidak boleh berdoa untuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang banyak melakukan skandal-skandal seks, liwat dan berbagai-bagai lagi supaya mereka ini kembali kepada Allah SWT?" tanya beliau.

Anggota Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd Yusoff al-Hafiz pula berkata doa yang dibaca oleh adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat adalah bercanggah dengan sunah yang diajarkan Nabi Muhammad SAW iaitu mendoakan keburukan ke atas sesama Islam.

"Kita sepatutnya mendoakan keselamatan, keampunan ke atas sesama Islam. Kami di Minda Pondok berasa ini satu perbuatan yang mengaibkan dan memalukan kerana bercanggah dengan sunah Rasulullah SAW.

"Kami dahulu bersama dengan Pas, tetapi telah keluar daripada parti itu kerana lihat ia sudah tersasar jauh, tergelincir daripada matlamat perjuangan untuk menubuhkan negara Islam dan sanggup mengikut telunjuk DAP yang tidak beragama Islam," katanya.

Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sebagai sebuah parti berteraskan Islam, Pas sepatutnya berdoa untuk selamatkan rakyat Palestin dan bukan untuk kehancuran Umno dan BN.

"Doa untuk kebaikan, bukan kehancuran. Pernahkah Nabi Muhammad SAW berdoa agar orang yang menentangnya menerima pembalasan daripada Allah? Sebaliknya dia berdoa agar mereka ini insaf," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco negeri di Wisma Darul Iman di sini. - Bernama

No comments:

Isu Terkini

get this widget here