Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday, 20 November 2014

@CmLimGuanENG Dalam Pakatan Haji Hadi Tidak Boleh Ponteng Kecuali Wan Azizah Haha Orang PAS Sah-sah Diperbodoh

Khas untuk orang PAS cuba baca dan fahami yang anda diperbodohkan Lim Guan Eng!! 

Kenapa selama ini hanya Haji Hadi semata-mata wajib hadir walaupun terlantar separuh nyawa dihospital?

Manakala Wan Azizah tidak pula menjadi kewajiban untuk menghadiri kerana Anwar Ibrahim ada jawatan khas iaitu Pengerusi Ketum tua. Opss silap Ketua Pembangkang...

Aii kita kena faham jawatan Ketua Pembangkang dengan Presiden PKR yang disandang Wan Azizah adalah dua jawatan berbeza tetapi kenapa Wan Azizah ada pelepasan? Ohh mungkin sebab Wan Azizah isteri kepada Anwar? 

Tidak patut macam itu bukan sebab dalam PKR Anwar juga bersetuju dalam PKR tidak kenal siapa isteri atau suami tetapi ini soal intergriti PKR. Jadi Jawatan Ketua Ketum PR lah yang memberi hak Anwar bertindak mengganti Wan Azizah.

Inilah silapnya Haji Hadi kerana gagal menubuhkan Jawatan Ketum seperti mana Anwar!!

Cuba kita fikir balik dalam PKR siapa yang layak membuat keputusan Jawatan Ketum PKR atau Presiden PKR?

Kalau Anwar yang paling layak maka benarlah Wan Azizah hanya patung boneka yang tergantung didinding semata-mata.

Tetapi ini tidak adil buat Haji Hadi. Kerana PKR boleh mewakili Anwar  semata-mata suami kepada Wan Azizah dan direstui Lim Guan Eng walaupun Wan Azizah tiada alasan munasabah untuk tidak hadir.

Selama ini yang Mat Sabu sebagai Naib Presiden, hadir mewakili Haji Hadi yang tidak berberapa sihat siap ada bukti sedang terlantar di Hospital. 

Adakah itu adalah lebih berkelayakan daripada Anwar yang bukan Naib Presiden PKR. Kenapa Lim Guan Eng tidak mengambil tindakan sama yang dilakukan kepada Haji Had, terhadap Wan Azizah?

Mungkah semua ini kerana Haji Hadi boleh merosakan perangaaan Lim Guan Eng untuk bertahta di Putrajaya betulkah? atau lebih tepat sebagai presiden Malaysia? kalau nak tahu ikut pendedahan video disini

Tidak kah orang-orang PAS tidak terasa diperbodoh-bodohkan Lim Guan Eng yang sengaja merancang memperjatuhkan Haji Hadi demi agenda DAP.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here