Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 19 November 2014

Rialiti Putar Belit Kuncu @CMLimGuanEng Untuk Selamatkan Diri

Sejak jemenjak ini rakyat di celarukan antara Rumah Mampu Milik dengan 1MDB. Punca paling ketara apabila DAP terutama Lim Guan Eng terjerat dengan isu penjualan Tanah Pulau Pinang.


  1. Pendapatan hasil utama P.Pinang adalah menjual tanah (Rujuk Sini)
  2. Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mendakwa keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tanah seluas 48 hektar (102 ekar) di Bayan Mutia­ra kepada sebuah syarikat pemaju pada harga yang sangat murah menyebabkan negeri ini ‘hilang’ hasil sebanyak RM800 juta. 
  3. Kerajaan negeri seolah-olah tidak bersungguh-sungguh dalam usaha membangunkan projek perumahan mampu milik di negeri ini apabila didakwa menjual unit-unit rumah dibangunkan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga siling. Menurut Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Jahara Hamid, melalui maklumat yang diperoleh, pihaknya mendapati 180 unit rumah di Intan Delima, Bandar Cassia di Batu Kawan dijual pada harga melebihi RM306,000 sedangkan harga siling bagi penjualan rumah di kawasan terbabit ditetapkan adalah RM250,000.
  4. Lim Guan Eng dikatakan menipu projek perumahan mampu milik di Pulau Pinang bernilai RM500 juta yang tidak siap satupun sehingga hari ini. Projek membabitkan 18,000 unit rumah itu telah dilancarkan pada 17 Februari 2012 namun apa yang berlaku ialah pembinaan rumah mewah dilihat rancak tetapi tidak mampu dibeli golongan Melayu dan Bumiputera. Sehubungan itu Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheik Fadhir membidas Guan Eng ke mana dana yang telah diperuntukkan itu telah disalurkan.
Inilah serangan bertalu-talu di Pulau Pinang membuatkan DAP kalang kelibut mencari isu untuk kambus semula pekung mereka dengan menyerang balas terhadap 1MDB sehinggakan Lim Guan Eng cuba mengalih isu Rumah Mampu Milik kepada 1MDB.

Persoalannya layakkan seorang CM Penang yang dah enam tahun mentabir Penang gagal melunaskan janji membina Rumah Mampu Milik setelah mengaut untung berlipat puluh kali ganda ke atas keuntungan penjualan tanah. Mempersoal kesalahan orang lain? Lihat di sebelah.


Malah Lim Guan Eng cuba putarkan isu dengan mengungkit kisah 9,999 buah rumah awam mampu milik ketika PRU yang lalu. Masalah isu ini sememangnya datang dari Lim Guan Eng sendiri

No comments:

Isu Terkini

get this widget here