Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 19 November 2014

SEMUT Lapor Polis Terhadap the malaysian insider Melaga-lagakan Islam dan Kristian

Laporan Polis oleh SEMUT Malaysia keatas Portal The Malaysian Insider dibuat berikutan satu artikel yang disiarkan pada 15hb November 2014 bertajuk

"Christian student made to wear headscarf, join Muslim prayers at Negri school, say sources" The Malaysian Insider

Tujuan laporan Polis ini dibuat adalah berikutan isi kandungan artikel tersebut mencurigakan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ia jelas sekali ditulis dengan niat jahat dan berbaur hasutan.

Artikel tersebut boleh mencetuskan ketegangan agama dan melaga-lagakan kedua- dua penganut agama Islam dan Kristian di negara ini.

Artikel itu hanya memaklumkan bahawa "The Source" memberi maklumat berkenaan insiden tersebut dan artikel itu ditulis berdasarkan maklumat "The Source". Sejauh mana kredibiliti "The Source" itu boleh dipercayai.

Apakah "The Source" benar-benar wujud atau ia sekadar satu rekaan untuk memfitnah dan melemparkan tomahan.

Sehubungan itu, SEMUT Malaysia memohon agar pihak polis melakukan siasatan ke atas artikel tersebut dan juga mahu Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan sewajarnya.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here