Bila bercerita tentang PRU13, Anwar orang paling sebok, dengar cerita sampai sanggup pergi ke India untuk berkempen. Yang paling menggemparkan apa bila Raja Petra Kamaruddin mendedahkan yang Anwar memerlukan dana RM600juta untuk kempen PRU13 seperti yang dilaporkan AIDC. Dalam tempoh masa terdekat ini, bila-bila masa DSN dapat mempalu gendang PRU13. Sebenarnya suatu tempoh masa yang amat singkat untuk BN atau PR mengemaskini mana-mana yang kurang. Apa jua alasan BN dan PR, inilah masa yang paling sesuai untuk PRU.
Adakah kerana jumlah dana RM600juta inilah yang membuat Anwar berpatah arang dengan Nik Aziz dengan beraninya memperlekehkan kata dua Nik Aziz samada menarik kenyataan mendukung keselamatan israel atau saman Wall Street Journal. Alahhh apala sangat amaran Parti Adat Sosial ni, kerana hakikatnya isu yang dibincangkan dalam pertemuan dua mata pada 21/2/2012, antara Anwar dengan Nik Aziz itu lebih berkisar tentang mempertahankan kepentingan Pakatan Rakyat. Kononnnya Anwar mengeluar kenyataan:-
“Akhirnya saya bagi tahu (Nik Aziz), saya tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirunding di Doha dua minggu lalu,” katanya selepas pertemuan kira-kira 45 minit itu.
Menurut Anwar, dengan penjelasan itu, beliau menganggap salah faham yang timbul mengenai isu itu sebelum ini selesai.
“Tok Guru Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya, dan saya pun faham pertimbangan PAS yang cukup tegas dan keras dalam soal Israel.
Bagi saya, kita dah jelaskan dan perkara ini tidak berbangkit dan kita akan terus dengan program bersama seperti biasa,” kata Anwar.
Siapa tak kenal apabila Penipu bertemu Pembelit hinggakan bergitu mudah PAS terpedaya dengan auta Anwar Fatah menyokong Israel betul ke, atau ada agenda tersembunyi yang belum didedahkan kepada umum oleh mereka. Dari kejayaan Anwar mengawal Nik Aziz dan secara tidak langsung keseluruhan jentera Parti Adat Sosial terpedaya di berlakang Nik Aziz. Bak kata Ezam duit bukan penghalang buat Anwar kerana dia merupakan proksi Zionis dan adalah tidak mustahil ada bayangan dana sebanyak itu.
Sekarang Parti Adat Sosial telah menutup mulut malah berkempen mempertahankan kegilaan Anwar. Anwar semakin mudah membela Israel demi dana sambil mengencing rakyat yang UMNO bersalah. Persoalannya adakah Rakyat Malaysia sebodoh itu terpedaya seperti mana Nik Aziz boleh terpedaya dengan auta Anwar sampaikan hilang prinsip asal perjuangan PAS. Patutlah orang seperti Hassan Ali ditendang keluar kerana hanya dia seorang yang berani berjuang atas prinsip asal PAS tapi yang lain-lain sekadar prinsip Parti Adat Sosial.
Jika Anwar mampu mempertahan kenyataan di WSJ, bermakna Anwar telah membuktikan kepada sekutunya yang dia merupakan rakan seperjuangan dari kelompok Yahudi dan Zionis, sanggup lakukan apa saja demi agenda yang dituntut sekutu dan Anwar diberi ganjaran sebagai Perdana Menteri Malaysia. Awas sekali kita silap padah menanti.