Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 11 April 2014

@AnwarIbrahim Lebelkan Kehakiman Negara Sebagai Keldai @NajibRazak


Inilah wajah sebenar Anwar Ibrahim dengan direalisasikan pelukis sensasinnya Zunar, cukup berani secara simbolik melebelkan kehakiman negara sebagai Keldai. Rakyat Malaysia harus bangkit keatas penghinaan yang melampau ini.

Ini kerana Anwar akan memuji kehakiman yang boleh menghalalkan nafsunya sahaja walaupun pihak lain terpaksa menerima nasib malang dari kerakusannya. Adilkah ini? Anwar hanya fikir keadilan keatas hak nafsu liarnya walaupun orang lain terpalik tersiksa akan kerakuasannya.

Andai kata inilah wajah Perdana Menteri Malaysia seterusnya alamat habislah rakyat di tindas. Sedangkan sebagai ketua Pembangkangpun sudah berkelakuan menindas nasib orang melayu akibat dari persahabatan Anwar dengan DAP. Apatah kalau jadi Perdana Menteri negara didagangkan kepada bangsa lain yang menjadi sekutu dan penyokongnya.

Satu Saat Anwar Boleh Jumpa MH370 Tetapi Dah Berapa Tahun Omega Tak Jumpa


AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 5 April 2014 menyiarkan artikel mengenai wawancara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan majalah Southern Weekly yang dimiliki Southern Media Group China, baru-baru ini.

Artikel bertajuk Satu saat yang ditulis oleh Chang Long Yan daripada Institut Kewartawanan Taima disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman C9.

Ketika wawancara itu, Anwar telah ditanya jika dirinya seorang Perdana Menteri, bagaimanakah caranya beliau menangani isu insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370?

Menurut Ketua Pembangkang itu, beliau hanya memerlukan waktu satu saat untuk menyelesaikan segala isu yang berbangkit.

Katanya, insiden itu telah mendedahkan bahawa pengurusan pentadbiran kerajaan sekarang adalah begitu teruk. Kerajaan tidak mempercayai juru terbang, mengawal media massa, tidak mempunyai pegawai berkelayakan dan tiada pasukan cendekiawan yang boleh memberi nasihat.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Segambut daripada DAP, Lim Lip Eng juga lantang menyatakan jika pemimpin parti itu dilantik menjadi komandan angkatan udara dan angkatan tentera laut di negara ini, mereka sudah pasti mampu mencari pesawat yang hilang berkenaan. Apabila Lip Eng mendapati apa yang dikatakannya itu mendapat kritikan hebat, beliau menarik balik kenyataannya dan meminta maaf.

Sebenarnya dalam wawancara itu, Anwar langsung tidak mengemukakan sebarang idea untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu, sebaliknya hanya mahu berlagak seolah-olah beliau kini seorang Perdana Menteri. Sebab itu, dalam wawancara berkenaan beliau berkali-kali mengemukakan pandangan seperti Ah Q (orang bodoh).

Anwar mendakwa hanya memerlukan masa paling singkat iaitu satu saat untuk menyelesaikan isu kehilangan pesawat MH370 dan ia sudah tentu mustahil boleh dibuat.

Ini kerana insiden berkenaan melibatkan banyak isu yang tidak boleh diselesaikan dalam masa singkat. Masa panjang diperlukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan juga destinasi hala tuju pesawat dan lokasi ia hilang dengan tepat.

Kenyataan Anwar yang mengaitkan insiden kehilangan pesawat MH370 dengan isu pentadbiran kerajaan yang bermasalah membuktikan Ketua Pembangkang itu mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Tuduhan terhadap kerajaan yang dibuat hasil daripada daya imaginasi itu tidak semestinya logik dan boleh diterima akal. Ia ditimbulkan semata-mata untuk memijak musuh politik beliau dan meningkatkan imej dirinya sendiri.

Mungkin kita boleh imbas kembali semasa beliau menjadi Menteri Kewangan ketika Asia termasuk Malaysia dilanda krisis ekonomi. Semasa krisis ekonomi itu, beliau sanggup menerima kaedah kawalan kewangan yang disyorkan oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dari Amerika Syarikat (AS) dan Bank Dunia.

Jika Anwar menjadi seorang Perdana Menteri, bukankah beliau akan meminta pertolongan daripada negara Uncle Sam untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu?

Thursday, 10 April 2014

#Video #MissingMh370 Hanya Anwar Lebih Hebat Dari Najib - Wan Azizah #BedRoomMove #Mh370 #PrayForMH370 #RIPMH370


Dalam satu sidang Parlimen Wan Azizah menggunakan formula Aku Lebih Cina mula mengangkat pugung Anwar lebih hebat dari Najib. Sebab itu dia berhujah yang kerjasama 26 negara bersifat terpaksa. Oleh itu intergriti Najib boleh dipertikaikan berbanding hanya Anwar Ibrahim paling master dalam urusan sebergini apatah setakat untuk mencari MH370 kacang je buat Wan Azizah.

Inilah yang cuba Wan Azizah hendak gambarkan bagaimana hebatnya Anwar Ibrahim? Walhal satu bendapun Anwar tidak sumbang dalam operasi MH370? Patutlah dari kawin lari sampai ke nenek tapi masih tak suka mengaku melayu tetapi mendabik dada dia lebih cina.

IDENTITI TIGA SUSPEK SERANG POLIS Tropicana Golf DIKENAL PASTI



Sungai Buloh, 10 April - Identiti tiga lagi suspek yang dipercayai cuba menyerang sepasukan anggota polis dengan parang berhampiran Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya awal pagi Isnin lepas sudah dikenal pasti.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan, kesemua mereka merupakan warga asing berusia dalam lingkungan 20-an.

"Dari siasatan awal, kumpulan suspek ini didapati datang dari Ampang menaiki sebuah teksi ke kawasan itu untuk melakukan kegiatan samun.

"Bagaimanapun niat mereka dapat dikesan apabila pasukan ronda kita memantau kawasan itu pada pagi tersebut," katanya yang ditemui pemberita selepas melawat Wad Kanak-Kanak Hospital Sungai Buloh sempena sambutan Hari Polis ke-207, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya percaya dapat menahan ketiga-ketiga suspek dalam waktu terdekat berdasarkan hasil siasatan terhadap seorang daripada anggota kumpulan itu yang sudah ditahan sebelum ini.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, sekumpulan empat suspek yang terkejut dengan kehadiran anggota polis ketika mereka mahu menyamun di kawasan perumahan berhampiran kelab golf tersebut bertindak menyerang anggota polis, sebelum seorang daripada mereka ditembak dan cedera di kaki.

Sementara tiga yang lain berjaya meloloskan diri.

Mohd Shukri berkata suspek yang ditembak itu kini stabil dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Mengenai kes melepaskan tembakan ke arah dua anggota polis peronda berdekatan apartmen Taman Putra Perdana, Puchong awal pagi semalam, beliau memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

"Setakat ini polis tidak menemui apa-apa bukti termasuk mayat dan kelongsong peluru di tempat kejadian untuk membantu siasatan.

"Bagaimanapun kereta yang digunakan kedua-dua suspek sudah diperiksa dan didapati ia milik seorang wanita dan bukan dicuri. Mungkin kereta tersebut juga sudah disewakan kepada mereka atau kereta itu memang milik kawan dia," katanya.

Dalam kejadian 2.28 pagi itu, dua anggota polis yang sedang membuat rondaan di pusat membeli-belah telah mengarahkan sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki supaya berhenti.

Bagaimanapun, arahan itu tidak diendahkan, sebaliknya suspek memecut kenderaan itu.

Kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 30-an dipercayai melepaskan satu das tembakan semasa melarikan diri ke sebuah hutan berhampiran, setelah kereta yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah kereta lain di kawasan parker apartmen tersebut. - BERNAMA

Wednesday, 9 April 2014

Lim Guan Eng Perlu Jawap Skandal Sampah Bernilai RM1.43 juta - Laporan Ketua Audit Negara



KUALA LUMPUR, 9 April - Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng harus menjelaskan kepada rakyat berhubung kelemahan dan penyelewengan seperti yang didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013.

Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata kegagalan Ketua Menteri Lim Guan Eng mengamalkan urus tadbir yang baik telah menghina konsep keupayaan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT) yang cuba diterapkannya.

"Saya tertanya-tanya sama ada polisi CAT masih diamalkan kerajaan negeri selepas enam tahun di bawah pimpinan Lim.

"Jika tidak, penyelewengan ini tidak akan berlaku," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu melakukan siasatan dalaman dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkenaan daripada mengelak penyelewengan daripada berulang.

Chew yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang berkata menurut laporan Ketua Audit itu, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Pulau Pinang yang dimiliki Majlis Agama Islam Pulau Pinang mempunyai 27 pensyarah tanpa permit.

Beliau juga berkata kontraktor Majlis Perbandaran Pulau Pinang juga gagal mematuhi kuota asas dalam pungutan sampah seperti yang tertera dalam kontrak, tetapi masih menerima bayaran bulanan berlebihan berjumlah RM1.43 juta.

Sementara itu pihak pengurusan Stadium Batu Kawan telah membayar RM25,000 antara 2011 dan 2012 untuk 31 projek tanpa mengeluarkan resit, katanya.
sumber

#Video Tergamak Haji Hadi Memperlekeh Dan Mempolitikan #SelawatPerdana


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu ucapannya di Pekan Kupang, Baling Kedah, Sabtu lepas menyelar tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang menganjurkan Program Malam Cinta Rasul yang berlangsung di Baling pada 04 April lepas dengan menyifatkan program tersebut adalah sia-sia jika kerajaan Umno tidak ikhlas dalam menganjurkan program tersebut.

Beliau menegaskan bahawa PAS lebih prihatin serta lebih komited kepada kebajikan rakyat dan bukannya menganjurkan program agama semata-mata jika hendak dibandingkan dengan Umno.

''PAS tidak bermusim dalam menunjukkan sayang kepada nabi sebaliknya membuktikan sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan meneruskan perjuangan nabi menegakkan Islam'' ujarnya. Beliau juga berkata, mengingati Nabi Muhammad dengan cara menganjurkan program berselawat adalah baik tetapi dalam masa yang sama mesti membuktikan kasih sayang kepada nabi.

Menurut beliau lagi, kerajaan seolah-olah tidak memahami derita rakyat sebaliknya hanya mampu menganjurkan program agama sedemikian. "PAS cinta pada nabi. Nak sehidup semati dengan nabi. Nak berjuang, nak tunjuk ajaran nabi yang ditegakkan oleh nabi. Dengan pengorbanan dan perjuangan. Kita tak main-main. Kita tak bermusim dalam perkara ini''. baca lanjut di sini

Satu persoalan yang harus Haji Hadi jawap, "Berbanding dengan DOA KO BN yang dianjurkan PAS adakah itu cukup Ikhlas dan lebih mendekati Allah". 

Haji Hadi sebenarnya tidak layak untuk pertikaikan amalan baik seperti Selawat Perdana yang bertujuan mendoakan Misteri MH370, mendoakan perpaduan negara dan mendekati dan mencintai Allah dan Rasul. Malah impak selawat perdana menjalinkan perpaduan UMMAH berbanding DOA KO BN yang menghasut rakyat berpecah belah. 

Oleh itu adakah layak orang seperti haji hadi yang pernah mengeluarkan amanat Haji Hadi hingga berlaku pertumpahan darah Memali kerana percaya negara islam itu wujud tetapi akhirnya Haji Hadi kata tidak ada dalam Al Quran. Baca disini dan lihat 6 persoalan yang tidak pernah berani untuk Haji Hadi menjawapnya.


Dan lihat video ini cukup menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku?


Sekarang ini bagaimana layaknya untuk Haji Hadi memperlekehkan Selawat Perdana?

Tuesday, 8 April 2014

Nik Abduh Rupanya Takut Tuntut Konsisten Hudud Di Kalangan Pakatan Rakyat


Masih tertanya-tanya dimana keupayaan PAS diketika ini untuk laksanakan Hudud. UMNO telah suarakan kepada Pas bentangkan draf undang-undang hudud untuk dibentangkan di Parlimen jika benar-benar mahu menyaksikan satu perubahan besar dalam pelaksanaan undang- undang Islam di negara ini. Tiada siapapun dikalangan UMNO membantah.

Kecuali Karpal Singh menentang sekeras-kerasnya. Malah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim atau mana-mana Pakatan Rakyat tidak berani menegur Karpal untuk benarkan cita-cita PAS untuk jayakan Hudud.

Dari sini Kita boleh tengok sama ada mereka (pembangkang) benar- benar mahu melaksanakannya atau sekadar menjadikan sebagai modal politik menjelang pilihan raya. Tetapi sekali lagi berlaku berdolak dalih apabila Nik Abduh hanya berani suarakan prihal konsisten UMNO sedang melalui Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa sekiranya Kelantan bersedia laksanakan hukum hudud, Kerajaan Pusat juga bersedia bersama-sama, tetapi perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Jadi Konsisten apa lagi yang Nik Abduh mahu atau Nik Abduh pecah kepala memikir macammana hendak pusing cerita, disebabkan tertekan dengan kenyataan Karpal yang terlampau lantang menentang?

Dengan peluang dari UMNO yang bersedia mendengar keperluan melaksanakan undang-undang berteraskan Islam malah komitmen itu dinyatakan dengan tegas serta diulangi Jamil Khir di parlimen baru- baru ini. Kenyataan beliau (Jamil Khir) amat jelas bahawa kerajaan tidak pernah menolak hukum hudud sebagai hukuman ALLAH. Cuma dari pelaksanaannya ia memerlukan sokongan semua ahli parlimen tanpa mengira parti politik.

Sepatutnya Nik Abduh bertemu dengan semua orang islam dalam PKR untuk bersama-sama dengan PAS membentang draf Hudud di Parlimen. Tetapi persoalannya bila masa Anwar bersetuju dalam soal hudud.

Tetapi mungkin PAS sertai UMNO untuk jaya Hudud... Ops minta maaf PAS kan lebih rela jadi tali barut DAP dan lupakan hudud, dengan hanya disebabkan dendam. Jika kenyataan ini salah beranikah PAS beralih arah bersama UMNO demi menjayakan Hudud?

Monday, 7 April 2014

Lupakah Kita Anwar PKR Dapat Hidup Hasil Porak-peranda Negara Apatah #Mh370 Habuan Besarnya


Selama ini kita lihat bagaimana Anwar bermain-main api perpaduan menghasut rakyat menggulingan kerajaan dengan pelbagai aktivi dan himpunan besar-besaran demi memastikan rakyat terus bangkit memusuhi kerajaan yang sah.

Lupakah kita Anwar sanggup menjadi boneka asing demi memenuhi cita-citanyan. Dan kita trajedi MH370 berjaya mengubah rakyat yang dulunya bertelagah mnejadi keluarga kembali. Dan adakah Anwar akan membenarkan situasi perpaduan Malaysia kembali bertaut. Kalau bertaut apa nasib cita-citanya yang teringinkan Putrajaya.

Sebab itulah Anwar tak akan sama sekali membenarkan ini berlaku dan sebab itulah sejak akhir-akhir semakin rakus dia pulun menjatuhkan negara melalui pelbagai sidang media barat hanya untuk cita-cita kotornya sebagai PM Malaysia. Kalau agama mereka berani pertaruh sebagai bahan meraih politik apatah setakat sebuah negara islam.

#Mh370 Anwar’s smear campaign #MissingMh370


No citizen in this nation has ever been ruthlessly attacking the government locally and also internationally – except (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. While the government is trying its best to solve the mystery of MH370, Anwar has launched an international onslaught on Malaysia’s prestige and repute in disgraceful ways. 

Unashamedly, Anwar is persistently using international media to hurl baseless criticisms at the leaders about the manner in which they are executing the SARs and taking advantage of the media exposure to criticise governance issues with the obvious intention of riding on the MH370 wave to gain political mileage whilst discrediting the government for all and sundry to see.

Concerned Malaysians have expressed outrage at the way in which Anwar is stooping to a new low in his below the belt attacks. He is sickly when behind bars but when free; he has superman energy to execute his agenda to spread his venom and hatred for purposes of destroying this country, which our government is diligently trying to develop for all.

It is common knowledge that the Pakatan Rakyat propaganda of hatred has had a negative influence on the outlook of many Malaysians. At such a time, we must question why Anwar is on this hate campaign.

Instead of slamming and cursing the government, Malaysians must realise how Anwar is disgracing the country in the statements he makes in interviews with international television and print media.

Few would realise that even as the government is stepping up efforts to find MH370, Anwar is intensifying his HATE MALAYSIA campaign because no leader has ever spoken to as many international media in such a negative fashion and at such a high intensity.

Here are snippets of what he has been doing traipsing and globetrotting for his hidden agenda. Before you start cursing the government to defend Anwar, watch every single broadcast as I have done. Think – why did Anwar speak to international media and not local media?

In an interview with South China Morning Post on March 17th (http://tinyurl.com/huan246), Anwar said he had seen the captain of the missing Malaysia Airlines plane at meetings of his political party but denied knowing him personally. He even criticised attempts to link the captain's political affiliations to the plane's disappearance 10 days ago.

The next day, South China Morning Post (March 18th 2014) carried THIS ARTICLE (http://tinyurl.com/huan247) headlined U-turn as Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim admits MH370 pilot is in-law's relative. Shamefully, SCMP even footnoted: “This article appeared in the South China Morning Post print edition as Now Anwar says pilot's an in-law's relative.”

While Anwar criticises the authorities for giving conflicting information about MH370, he practices double standards as always in making conflicting statements. Does he have the right to condemn others while he is on a campaign of disinformation?

From denying knowing the pilot, he went on to say he is a distant relative and then to defend the pilot after stating he has only seen him at two meetings. Does all this make sense to anyone?

Other media also carried the flip-flop statement. Hence, one would have thought Anwar would zip up as his integrity is suspect. On the contrary, CNN featured an article on March 18 whereby Anwar was defending the pilot AT THIS LINK (http://tinyurl.com/huan248) where he said:

He alleged that the speculation had only gained traction as a result of the government trying to deflect attention from its "incompetent" handling of the crisis.

"I think there's a desperation by the government of the ruling leadership over the manner they managed the whole crisis. Clearly incompetent, contradictory statements, poor management of the crisis," he said.

In an interview with ABC News Australia March 18th AT THIS LINK (http://tinyurl.com/huan249), Anwar happily digs up his ‘glorious past’ as he relates how he handled old issues such as Highland Towers and contrastingly refers to current effort as ‘a complete failure’.

He talks about fraud elections, control of media, and the lack of freedom and how courts are used as an apparatus for their executive to decide their policies.

There are no holds barred as he drags the country’s name through the mud in his criticisms without batting an eyelid, eyes piercingly menacing as he rants about the failure of departments from airport to police and how the some international media criticised the way the government handled the tragedy.

Is such behaviour befitting a political leader or more that of a traitor?

He has no qualms criticising his recent trial and the manner in which the judgement was made even to the extent of linking it as a ploy to prevent him from standing for the Kajang by-elections. Worse still, he criticised the timing of the judgement and the verdict while his lawyers have submitted an appeal for his case. Legal?

Together with Sivarasa, Anwar gave an interview to Global Times on March 20th AT THIS LINK (http://tinyurl.com/huan250) where they continued on their agenda of disinformation, lashing “out at the government's "poor" handling of the search and rescue operation for the missing Malaysia Airlines plane, and accused it of politicising the links between the jet's pilot and opposition leader Anwar Ibrahim.”

Of course, there is his infamous interview with The Telegraph April 3rd AT THIS LINK (http://tinyurl.com/huan251) where he accused the government of purposely concealing information WITHOUT providing any evidence to support his accusation.

Putrajaya must be brilliant to be able to hide information that none of the advanced technology used by the international SAR team could find anything. So, which is it? Is Putrajaya 'weak' or 'brilliant'? All it takes is a press conference locally to announce the missing information without the necessity of washing dirty linen internationally. But he chose to do otherwise.

On the same day, Anwar gave an interview with UK news outlet Channel 4 April 3rd with Jonathan Rugman, which you can watch, AT THIS LINK (http://tinyurl.com/huan252). The next day, he gave an interview with Sky News on April 4thwhich you can watch AT THIS LINK (http://tinyurl.com/huan253). On the same day, he gave an interview with Erin Burnett CNN April 4thwhich you MUST WATCH AT THIS LINK (http://tinyurl.com/huan254) because for all his boasting remarks of how good he is, at the EIGHTH SECOND of that interview, you will be shocked to hear Anwar saying:

They have the capacity to detect all flight movement from south Thailand to central peninsular Malaya (0.08sec)

Absolutely shameful! Anwar - a former minister and deputy prime minister who refers to his own country by the name it USED to have before 1957?

And Malaysians and international audience are listening to him? This is the result of going into overdrive in giving interview after interview day by day until he does not even know the name of his own country!

By granting interviews to international media, Anwar is indirectly inviting people from all over the world to shame us. Just as he has forgotten it is now Malaysia and not Malaya, he must realize Malaysia belongs to us, the people are proud to be Malaysians.

By shaming our nation, Anwar is shaming US. Can’t you all see this? It is not about PM Najib or BN. It is about our beloved Malaysia. How can any Malaysian then join in slandering our country? It is equivalent to someone calling our sibling derogatory names after which we follow suit. Malaysians, please see this in proper light minus any political overtones.

Anyone with true patriotic feelings would uphold the name, the honour and prestige of his tanahair and do his utmost to ensure the name exudes respect.

Even The Daily Mail (http://tinyurl.com/huan255) notes the elegance of our minister:

No government minister has attempted to link Anwar to the issue, but supportive blogs and papers have mentioned the link. On Tuesday, a Malaysian journalist asked Defense Minister Hishammuddin Hussein, who is also acting transport minister, whether investigators planned to question Anwar in relation to the probe.

"We have been very consistent — the government's main focus from Day One has been on search and rescue. We didn't bring this up," said Hishammuddin…"This issue is above politics."

Malaysians and international media must stop pandering to Anwar’s nefarious hate campaign for he has everything to gain. Let us all put a stop to Anwar’s Nefarious Smear Campaign!

Datuk Huan Cheng Guan
President of
Centre for Political Awareness Malaysia

Isu Terkini

get this widget here