Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 12 October 2013

Video Mesyuarat Wanita UMNO Gua Musang dicemari insiden baling mikrofon

Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati dicemari insiden kekecohan apabila empat perwakilan daripada Cawangan Sungai Paloh tidak dapat menahan emosi gara-gara senarai pencalonan ditolak.

Kekecohan bermula ketika mesyuarat itu sedang berlangsung dan salah seorang wakil bangun dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya berikutan senarai barisan 21 calon ahli jawatankuasa Wanita UMNO bahagian ditolak.

Mereka menganggap pemimpin Wanita UMNO bahagian keterlaluan kerana menolak senarai pencalonan walaupun diserah pada jam 5.01 petang, pada 21 september lalu.

Menurut Ketua Wanita Cawangan Sg Paloh, Salwani Shafii perwakilan yang menghantar borang hendak bertanding baru diberitahu pencalonan itu tidak sah pada jam 8 malam semalam.

“Namun apa yang saya dapat tahu di Sabah, pencalonan dihantar lewat satu jam dan masih diterima dan saya begitu tidak berpuas hati dengan ketua wanita bahagian disini,” kata Salwani.

Sementara itu, Perwakilan Wanita UMNO Cawangan Sungai Paloh pula mempersoalkan ketelusan dan demokrasi jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan sempurna.

Mengulas kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz tampil memberi penjelasan.

“Kita mendapat surat daripada UMNO pusat yang di tandatangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tajol Rosli Ghazali dan dia menyatakan bahawa Jawatankuasa Pemilihan UMNO Negeri telah menolak borang pendaftaran calon-calon yang ingin bertanding bagi jawatan Ketua Wanita dan Puteri UMNO bahagian Gua Musang”.

“Oleh kerana borang itu telah diterima lewat daripada waktu yang ditetapkan dan perkara ini telah disahkan oleh Pengerusi Pemilihan UMNO bahagian Gua Musang. di mana kita bermesyuarat jadi bersetuju tidak terima. peringkat tu bahagian negeri dan pusatlah tak terima dan disertakan penama seramai 21 orang,” kata Muhammad Shukri.

Selepas 10 minit, keadaan kembali reda apabila Ketua Wanita Bahagian Gua Musang, Datuk Wan Hazani Mohd Noor yang menang tanpa bertanding menjelaskan bahawa perlembagaan UMNO telah menetapkan cara pemilihan baru pada tahun ini. Untuk video klik sini

Haru-biru Anwar Tercerita Kebodohan Diri Ketika Kutuk Khalid Contohi Lim Guan Eng

Semakin haru-biru keritikan mantan calon Perdana Menteri ke-7 Malaysia. Anwar sanggup pamerkan kebodohan yang ada pada dirinya, semata-mata terlampau marah kepada Khalid Ibrahim.

Yang menyedihkan Anwar juga sanggup mengutuk sesama ahli dalam PKR lebih bodoh berbanding ahli DAP. Adakah ini berlaku kepada Anwar demi hanya untuk menunjukan taat setia kepada DAP.

Apa yang sudah terjadi kepada Anwar sebenarnya? 

Sekali pandang, Anwar kelihatan cukup profesional dan terbuka mengkritik Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperolehi kerajaan negeri itu, walhal ia gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

Sebelum ini Anwar juga pernah menghantar Saifudin Nasution Ismail untuk pulihkan keadaan apatah Anwar bukanlah suka sangat dengan Khalib. Tetapi 2x5 juga masalah semakin teruk adalah!

Bila Anwar menggambarkan cara kendalian Lim Guan Eng lebih baik berbanding Khalid yang merupakan menteri kesayangan Wan Azizah. Tentulah ada banyak benda yang menjadi misteri? Laki bini serumah berbeza kem? 

Yang menjadi soal pokoknya sekarang layakkah orang seperti Anwar menjadi Perdana Menteri apabila caranya mengutuk-ngutuk MB Selangor gagal mengurus kewangan negeri secara bertanggungjawap, ketika dirinya sendiri terlupa yang siapakah Penasihat Ekonomi Selangor? Anwar lah Penasihat Ekonomi Selangor yang kononnya hanya bergaji RM2. Cuba kita terlitikan adakah gaji RM2 atau mentaliti RM2?

Jika difikirkan betul-betul apa yang Anwar hebah-hebahkan, adakah ini pendedahan tentang Khalid gagal atau Anwar mendedahkah dirinya gagal menasihat Khalid mentabir negeri?. 

Ketika Anwar cukup lancang mengutuk dan mendesak Khalib mencontohi Lim Guan Eng seperti kenyataan di bawah ini:

"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap pretasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperolehi.
"Kita tidak ada masalah dengan pengurusan beliau, hasil pendapatan negeri juga membanggakan namun terdapat beberapa isu seperti pelajar tidak dapat menyambung pelajaran ke pengajian tinggi selain segelintir rakyat miskin yang tidak mampu memiliki rumah dan perkara itu masih sukar ditangani sehingga kini.

"Apa yang lebih penting ialah pengurusan cekap, kita mahukan perubahan jentera perbandaran seperti Majlis Bandaraya Shah Alam kerana masih banyak aduan orang ramai dan itu yang kita mahu atasi," katanya dalam forum laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini, malam tadi. baca sepenuhnya dipautan sumber ini
Pernahkah Anwar terfikir tentang soal "Apakah gunanya Anwar menjadi Penasihat Ekonomi kepada Khalib?" 

Cara Anwar memperburukan Khalid seolah-olah patut berguru dengan Lim Guan Eng sebenarnya Anwar terdedahkan yang dirinya sendiri harus berguru balik dengan Lim Guan Eng.

Ini suatu yang cukup memalukan buat sesseorang yang bernama Anwar Ibrahim, yang sepatutnya Anwar lah yang lebih hebat dari Lim Guan Eng!

Ini bukan satu sindiran kosong, ini adalah fakta yang semua orang tahu, yang Anwar Ibrahim pernah menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri di zaman Tun Dr Mahathir. 

SEPATUTNYA ANWAR LEBIH HEBAT MEMBENTUK KHALID DAN KHALID SEPATUTNYA MENCONTOHI ANWAR BUKANYA MENCONTOHI LIM GUAN ENG. 

Melihat kepada pengalaman Lim Guan Eng masih baru diawal penggal kedua mentabir negeri Pulau Pinang berbanding Anwar mentabir ekonomi Negara Malaysia yang lebih besar dan mencabar.

Pembandingan peranan dan pengalaman antara Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Kenapakah Khalid harus mencontohi Lim Guan Eng dan bukan mencontohi Anwar Ibrahim?

Bukankah selama ini Anwar mengaku dirinya cukup hebat tentang ekonomi negara hingga bergitu berbangga untuk bentangkan bajet 2014 PR lebih awal dari Datuk Sri Najib. 

Dan kesimpulannya Anwar mahu mengajar Najib bagaimana untuk uruskan ekonomi dan kewangan negara! tetapi pada masa yang sama Anwar gagal mengajar Khalib urus ekonomi dan kewangan negeri? Lucu bukan?

Sedarkah Anwar ketika dirinya mengutuk-ngutuk Khalib Ibrahim sebenarnya Anwar telah nendedahkan dirinya paling jahil ilmu mengendali ekonomi mahupun kewangan. Malu betul wujud Ketua Pembangkang yang terang-terang terserlah kebodohannya.


Keputusan Perhimpunan Agung Tri Tahunan Ke-13 PBB Terdedah Lebih Awal

Keputusan Perhimpunan Agung Tri Tahunan Ke-13 kelihatan menunjukan keputusan lebih awal walaupun ianya akan bermula pada 18 Oktober 2013. Sebahagian besar jawatan yang dipertandingkan telah mendapat keputusan siapa yang menyandangnya.

1. Keluarga Tan Sri Alfred Jabu Numpang terus diberi kepercayaan akar umbi dengan Isterinya Datuk Seri Empiang Jabu dan anaknya Gerald Rentap Jabu masing-masing menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita PBB dan Timbalan Ketua Pemuda PBB

2. Ketua Pemuda PBB terus kekal disandang Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof tanpa bertanding.

3. Datuk Fatimah Abdullah menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Wanita PBB.

4. 3 jawatan Naib Ketua Wanita PBB turut dimenangi tanpa bertanding oleh Datuk Rohani Abdul Karim, Senator Datuk Dayang Madinah Abang Openg dan Datin Catherine Gramong (Pesaka)

Setakat ini yang masih dalam pertandingan adalah 2 jawatan dalam Pesaka menjadi rebutan 4 calon iaitu Stanley Sila, Henrt Kilau Talek, Bell Bernard Aggan dan Dennis Ngau.

Mankala pertandingan Majlis Tertinggi Pemuda untuk Bumiputera menawarkan 8 jawatan menjadi rebutan 20 calon, serta 19 calon merebut 7 jawatan bagi Pesaka.

Semoga Perhimpunan kali ini berjalan dengan sebaik-baiknya dan tahniah kepada mereka yang  telah berjaya.

Pemimpin DAP digesa berhenti berbalah, ingat amanah Ultra Kiasu

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Foke
Kepimpinan DAP Pusat menasihati semua pemimpin parti segera menghentikan perbalahan secara terbuka demi menghormati amanah yang diberikan ultra kiasu serta menjaga imej parti cauvinis yang terulung di Malaysia.

Atas semangat itu juga mereka mendesak MCA sama-sama memboikot PRN Sungai Limau. Ini terbukti bilamana Teresa mencabar MCA, berdasarkan tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang melakukan politik balas dendam dengan menghukum mereka yang tidak menyokong BN, selain enggan meminta maaf terhadap kenyataan yang dibuat pada Disember 2008 yang menyeru supaya sekolah vernakular ditutup. 
Sebab itulah memperkasakan cauvinis di dalam perjuangan Ultra Kiasu adalah penting demi membawa survival DAP.

Anthony Loke dalam kenyataan media, memberitahu bahawa kepimpinan pusat runsing dengan beberapa kenyataan yang dibuat pemimpin DAP di Melaka dan Johor minggu.

Hakikat ini mudah difahami, perbalahan sesama mereka bakal mendedahkan pelbagai pekung DAP. Sedangkan DAP berusaha keras memperdayakan Melayu secara senyap-senyap sambil menafikan hak melayu dalam kuasa CEC DAP kerana taraf melayu hanyalah RM 0.50 sen.

Amanat Anthony Loke ini sepatutnya memperkasakan DAP dengan tanggungjawab untuk memperkukuhkan semangat ultra kiasu daripada dalam serta memperelok imej parti yang tidak lari dari prinsip cauvinis.

Tetapi semua itu hanyalah satu simbolik yang dikhianati oleh sesama ultra kiasu. Sebenarnya pemerkasaan DAP adalah demi keutuhan Disnasti Lim dan bukanlah untuk memperkasa kepentingan sesama mereka.

Disnasti Lim hanya boleh hidup lebih 25 tahun menerajui DAP dengan memainkan propaganda memihak antara Ultra Kiasu dan cuba merampas hak kontrak sosial bangsa lain.

Walaupun kali ini cukup terbukti pewaris Lim Guan Eng tidak layak menyandang Setiausaha Agung kerana kekalah ditangga 5, undi tertinggi dari 9 sebab yang lain klik dipautan ini. Cukup membuktikan propaganda ini berjaya membutakan sesama Ultra Kiasu untuk terus tutup mulut melihat perlakuan rakus Dinasti Lim.

Pengkhianatan sesama sendiri lebih parah di dalam DAP apabila Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Zairil Khir Johari sanggup membuat pembentukan jawatankuasa Interim. Iaitu iyanya dibuat dengan dirinya diberi tanggungjawab oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berikutan keputusan pemilihan 30 September lalu. 

Pelantik beliau sebagai Pengerusi Interim DAP Kedah sudah tentu menyakitkan hati DAP Kedah. Kerana Zairil Khir dari DAP Bukit Bendera tetapi datang merampas hak DAP Kedah demi memperkukuhkan kedudukan Dinasti Lim.

Jadi pembetulan yang sepatutnya diucapkanan Anthony Loke haruslah dibuat dengan menukar sedikit ayatnya " Kepimpinan DAP Pusat menasihati semua pemimpin parti segera menghentikan perbalahan secara terbuka demi menghormati amanah yang diberikan rakyat Ultra Kiasu serta menjaga imej parti Disnasti Lim.

Itu yang sebenarnya sedang di perjuangkan Dinasti Lim sehingga darah sendiripun disiat-siatkan dalam diam, dalam propaganda Cauvinis Ultra Kiasu yang sedang merosakan perpaduan negara ketika ini.


Video Kebudak-budakan & Kejahatan Harakah Dibongkar Pemuda PAS Sendiri

Selama ini orang-orang PAS dan PKR bermegah sangat dengan Harakahdaily tetapi rupa-rupa dikalangan cai-cai sahaja yang belum sedar harakah itu portal kebudak-budakan sikit malah video ini dari akar umbi PAS sendiri mendedahkan harakah lebih teruk dari itu.
Kenapa harakah dikatakan kebudak-budakan. Kita tidak kisahpun siapa nak jumpa Guan Eng walaupun anak Tun. Berlajarlah bagi matang sikit dan tak payahlah memalukan dengan kaedah kurang matang ini.



Friday, 11 October 2013

Mak Aii Banyaknya Senarai Rezeki Peguam Terjejas Angkara Zahid Hamidi

Zahid Hamidi dianggap jenis kacau daun dan patutlah marah berbenar peguam-peguam kat Malaysia termasuklah Karpal Singh dan Ambiga. Terlepas pabdang pula yang selama ini semakin banyak kes masuk ke Makamah maka senang lenang peguam-peguam Malaysia. Tetapi Zahid Hamidi kacau daun pulak hingga terjejas sumber harapan Peguam.

Yang pasti isu Tembak Dulu' Menyebabkan Peguam Kurang 'Job', Kumpulan Peguam menuntut Zahid_Hamidi Ditangkap. Betul-betulkah mereka ini terdesak?


Tengok tu bertapa terdesak dan dekat bawah ini adalah senarai kes tembak yang punca-punca rezeki peguam yang hilang
Hendak tengok lebih banyak lagi info klik pada sumber ini






MB Kelantan Ahmad Yakup Terpaksa Berbohong Untuk Tutup Pekong Kesilapan Nik Aziz

Untuk mengambil alih tampok pemerintahan negeri Kelantan yang serba-serbi carca-merba, bukanlah satu kerja mudah buat Menteri Besar Baru Kelantan Ahmad Yakup. Terlalu banyak kesilapan dan pekong perlu diselesaikan demi membaik pulih kepercayaan rakyat Kelantan untuk terus bernaung dibawah pemerintahan kerajaan PAS.

Dalam masa yang sama MB baru tidak juga boleh menjatuhkan imej Nik Aziz yang beliau sendiri tahu icon penting dalam perpaduan PAS di Kelantan.

Pendedahan Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan pembentangan Bajet 2014 oleh kerajaan Pas Kelantan semalam yang mengalami defisit sebanyak RM10.39 juta. 
Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Pas Kelantan terus memasukkan hasil tuntutan royalti sebanyak RM200 juta atau 36.41 peratus daripada keseluruhan anggaran hasil negeri tahun depan, merupakan satu pembohongan kepada rakyat negeri itu.
Itu sudah cukup menunjukan MB baru terpaksa mencari helah menutup kegagalan pentabiran Nik Aziz. Tetapi kenapa mesti berbohong sedemikian rupa?

Ibrahim secara sinis turut berpendapat, tema bajet itu wajar ditukar kepada 'kesejahteraan pemimpin Pas dan penderitaan rakyat Kelantan' mengambil kira kegagalan kerajaan Pas membangunkan ekonomi negeri, meskipun telah diberi mandat untuk tempoh 23 tahun.
Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu, Kelantan yang kaya dengan hasil, tanah luas dan rakyat yang rajin, berkemampuan menjadi sebuah negeri hebat sekiranya dipimpin dengan baik oleh parti dan pemimpin yang hebat. 
"Malangnya, rakyat Kelantan mudah diperbodohkan oleh imej kepemimpinan Pas, tetapi apa hasilnya? Peruntukan pembangunan begitu kecil macam mana rakyat Kelantan nak maju? 
"Yang anehnya, balak ditebang dan syarikat kaut untung berjuta-juta tetapi hasil premium kepada kerajaan negeri tak seberapa. Kalau saya jadi pemimpin negeri dengan hasil macam ini malu nak keluar rumah kerana retorik berdegar-degar macam guruh tetapi hasilnya macam mana?," soalnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 
Beliau mengulas pembentangan Bajet 2014 oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. 
Antara lain, kerajaan negeri sekali lagi memasukkan hasil royalti sebanyak RM200 juta atau 36.41 peratus daripada RM549.26 juta anggaran perolehan kerajaan pada 2014, biarpun isu tuntutan tersebut masih dalam proses perundangan. 
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, berdasarkan pembentangan bajet itu, jelas kerajaan Pas Kelantan masih lagi gagal mendapat sumber pendapatan baharu disebabkan ketiadaan pembangunan di daerah-daerah apabila terus bergantung kepada sumber lama seperti cukai tanah dan pintu. 
"Kelantan jika tidak dibantu Kerajaan Pusat akan jadi padang tekukur, kilang-kilang tidak ada, usaha tarik pelabur tak ada, insentif (pelaburan) tak ada, harap daripada Pusat sahaja," katanya. Sumber info
Jangan kerana rasa hormat semata-mata hingga mengabaikan tangungjawap kepada rakyat. 

Haji Hadi Persendakan Silat SOP Polis

Haji Hadi kadang-kadang bijak dan adakalanya keterlampauan ketika mengeluarkan kenyataan. Merujuk kepada kenyataan:

"Kita kena tahu dia penjenayah atau pun tidak. Kalau dia bersenjatakan parang sahaja, anggota polis kita banyak yang tahu silat. Cukuplah, sepadan dengan penjenayah itu.

"Penjenayah ada kecil besar," katanya ketika diminta mengulas berhubung kenyataan kontroversi "tembak dulu" oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini.

Diminta menjelaskan pendiriannya sama ada bersetuju atau tidak, Abdul Hadi menjawab:

"Tindakan (menembak) boleh, tapi kena pada tempatnya. Bukan tak boleh, (tapi) kena pada tempatnya," katanya sambil ketawa kecil.

Cara hujah Haji Hadi memanglah nampak seakan-akan membela kenyataan Zahid Hamidi. Tetapi fikirkanlah Haji Hadi lebih bermaksudkan polis harus bersedia menggunakan senjata bagi pilihan kedua.

Ini meletakan nilai nyawa polis tersebut pada kadar paling murah. Bermakna polis harus abaikan soal keselamatan dirinya demi memuaskan hati pemimpin Pakatan Rakyat.

Tidak ubah seperti nyawa penjenayah lebih bernilai berbanding nyawa seorang anggota polis yang mengjaga kententeraman dan keselamatan rakyat Malaysia.

Jikalah Haji Hadi sebagai seorang anggota polis sedang berhadapan dengan situasi penjenayah naik minyak menerpa serang dengan senjata parang, anda rasa Haji Hadi akan bersilat dahulu atau menembak menggunakan pistol?

Thursday, 10 October 2013

PAS Belum Boleh Perlekehkan Mat Sabu Tewas Rangkul Timbalan Presiden

Mat Sabu bukan sahaja tewas di Parlimen Pendang dengan undi 2638, hingga menyalahkan pengundi hantu Thai. Tetapi kali Mat Sabu lebih teruk kalah dari kalangan pengundi PAS sendiri hingga sekarang masih gagal mendapat sebarang pencalonan untuk mengekalkan jawatan Timbalan Presiden kecuali setakat yang berjaya dicalon adalah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Apa sudah jadi? Mungkin ini kerana pengundi hantu juga kot?

Tetapi Mat Sabu sebagai hamba setia Ambiga, JENTERA utama BERSIH mana mungkin tidak dicalonkan. Kerana tanpa Mat Sabu terkulai layulah golongan profesional walaupun Mat Sabu setakat SPM, Tetapi itu tidaklah menjadi masalah kerana Anwarinas adalah teras kekuatan Mat Sabu.

Hakikatnya apa yang dimahukan golongan ini lebih kepada mencari sokongan bukan melayu islam dan dicampur saki baki penyokong tegar melayu, untuk menguatkan Pakatan. Sebab corak kempen mereka sering mengabaikan prinsip perjuangan islam. 

Setiap perjuangan mesti ada pengorbanan tetapi pengorbanan perjuangan sandangan Mat Sabu melangkaui Agama Bangsa dan Negara. Itulah cagaran Mat Sabu sebagai mufti kesetian kepada DAP yang seiring langkah perjalanan dengan Anwar.

Sebab itu adalah mustahil Mat Sabu disangkal dan dinafikan dari jawatan Timbalan Presiden. Mesti bakal ada kejutan ajaib dari Anwarinas yang bakal mengatur warna-warni PAS dari hijau putih berbayang biru merah.

Tetapi mungkin juga khidmat Mat Sabu tidak laku lagi sebab kekalahan pasca PRU13 lepas, yang mana dengan kelayakan Tuan Ibrahim mendapat empat pencalonan dan Mahfuz Omar tiga pencalonan, mungkin sebagai alternatif baru bakal mewarnai peranan tok dalang bernama Anwarinas di level Timbalan Presiden PAS.

Apa jua calon yang naik, keutamaan tetap kepada calon boneka Anwarinas.

Bagaimana Pewakilan UMNO Harus Lihat Saingan Khairy V'S Akhramsyah

Apa yang diperhujahkan PecahPalakMikir dibawah ini tentu akan membuat banyak pihak tertanya-tanya kenapa pendekatan PPM berbeza dalam menyampaikan idea siapa yang layak untuk Pemuda UMNO..

Kita tak perlu fikir sangat siapa akan jadi ketua pemuda sebab semua yg bertanding adalah mereka yang layak untuk memimpin gerakan pemuda Malaysia..

Dalam process transformasi politik umno kali ini kita perlukan gabungan berbagai pemimpin di 1st level parti utk mantapkan parti namun pada masa sama utk kuatkan BN dan kerajaan dalam menghadapi PRU14..

KHAIRY JAMALUDIN adalah seorang anak muda yg baik dan beliau perlu terus memimpin kementerian belia dan sukan. Dengan adanya beliau maka kita berharap, misi BN kepada rakyat akan diteruskan dengan jayanya...

TAPI...kali ini kita juga perlukan transformasi untuk kuatkan agenda Melayu dlm mengharungi arus transformasi. MAKA adalah tidak salah kiranya kekuatan semangat MELAYU ISLAM dlm diri SAUDARA AKHRAMSYAH digunakan untuk memperkuatkan agenda agama dan bangsa tersebut..

Kita biarkan KJ terus sebagai menteri namun kita perlukan AKHRAMSYAH sebagai Ketua PEMUDA UMNO Malaysia.

Percayalah Gabungan mantap AKHRAM dan KJ pasti akan memberi satu kekuatan baru kepada kerajaan BARISAN NASIONAL. di mana AKHRAMSYAH boleh menumpukan pada agenda menguatkan agenda ABATA dan KJ boleh menumpukan diri kepada agenda pembangunan belia secara menyeluruh tanpa mengira bangsa..

Dalam kita berbicara dalam perjuangan bangsa. ..jangan kita lupa bahawa memang telah ditakdirkan bahawa negara juga perlukan lain2 bangsa dlm membangunkan negara dan mengekalkan keharmonian....

Amatlah rugi jika perwakilan meletakkan kepentingan satu pihak sahaja tanpa melihat impact pada tindakan tersebut..amatlah RUGI jika kebolehan dan individu seperti KJ dan AKHRAM dipecahkan...mereka amat diperlukan oleh UMNO dan BN...

Maka satu langkah drastic perlu di putuskan oleh perwakilan pada 12hb nanti..
KITA PERLUKAN TENAGA MEREKA...demi kebaikan AGAMA BANGSA dan NEGARA untuk jangka masa panjang..

Pada PPM yang penting ABATA dalam BN ketika kita dalam tempoh siap siaga PRU14..

Video Panas!!Nama Mukhriz Tercemar Angkara Mamat Makan Untung RM500

Sukar buat PPM terjemahkan apa yang bermain pada harapan mamat yang diceritakan telah makan untung RM500 sanggup bertindak melulu memperbesar-besarkan isu remeh. 

Akibatnya mencemarkan nama Mukhriz Tun Mahathir yang ketika ini sedang sebok berkempen PRK Sungai Limau dan Pehimpunan Agung UMNO 2013.

Sepatutnya ini tidak berlaku tetapi terjadi kerana perasaan tidak puas hati diantara salah seorang mereka. Lihat video penjelasan Mak Cik ini mungkin memberi penjelasan apa yang berlaku.


Cerita-cerita yang tersebar mengatakan bill sebenarnya hanyalah RM5500 tetapi dibantai buka bill RM6000... Fuhhh ada untung ke? Dah ada untung masih perlukah perbesar-besarkan? Kenapa atau apa yang sebenarnya berlaku?


Sebenarnya untuk menjelaskan kedudukan sebenar bila timbul isu bill makan RM6000 dari video makcik ini adalah cukup sukar menentukan siapa yang sebenarnya berlaku. Tetapi yang pasti ini bukanlah kerja-kerja dalam pengetahuan Mukhriz sebalik kepada individu yang bertanggungjawap menguruskan soal ini.

Sebaik-baik tolong selesaikan dengan baik-baik tanpa menjejaskan perancangan Barisan Nasional dalam kempen PRN. Atau memandangkan isu ini telah diperbesar-besarkan maka wajarlah tindakan tegas diambil demi membersihkan nama Mukhriz dan juga membabit nama UMNO dan Barisan Nasional.

Video Imam Mati Dihempap Kipas Ketika Leka Ceramah Menghina Rasulullah


Video seorang imam syiah mati dihempap kipas siling ketika sedang berceramah l Dipercayai beliau telah menghina Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dalam ceramah tersebut.Begitulah padahnya jika kemurkaan Allah telah datang, pembalasan on the spot ketika itu juga. Jelaslah syiah adalah suatu anutan, fahaman dan idealogi yang menyimpang dan sesat lagi menyesatkan umat Islam.


Semoga kita sama-sama mendapat iktibar dari video ini, dan semoga Allah menghindari kita semua dari terjebak dengan fitnah akhir zaman ini. Amin.

Sumber


Wednesday, 9 October 2013

Menteri PAS Lari Sembunyi Bila Audit Negara Dedah Wang Zakat Penang Diselewengkan

Dulu punyalah kecoh Guan Eng masuk islam, tup-tup Guan Eng tak masukpun tapi habis pakat-pakat lari menteri-menteri PAS dan PKR yang beragama islam bersembunyi? Setelah Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 bagi Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendedahkan sesuatu yang AMAT MENGEJUTKAN dan merupakan pengkhianatan terang-terangan selain penyelewengan hukum syara' yang digunakan oleh pihak-pihak agama untuk membuat untung beratus-ratus juta ringgit dalam tempoh setahun!


Kes yang dimaksudkan adalah membabitkan MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) dan anak syarikat milik penuh MAINPP, Syarikat AS-SAHABAT URUS ZAKAT SDN. BHD.

Atas hukum apakah wang zakat diperniagakan, dilaburkan dan dijadikan pendapatan sebuah syarikat? Dalil dan nas manakah yang telah digunakan oleh BIJAK PANDAI AGAMA DALAM MAINPP untuk mewajarkan penubuhan As-Sahabat Urus Zakat Sdn. Bhd. padatahun 19949? Dari 'ALLAH' mana, duit zakat dibenarkan untuk diKORPORATkan pada tahun 1999, dan diberikan hak untuk mengagih duit zakat.


Terang-terang di dalam laporan berkenaan, PENDAPATAN UTAMA SYARIKAT berkenaan datangnya daripada KUTIPAN WANG ZAKAT. Secara tidak langsung, pendapatan tersebut bukannya bersabit hak ASNAF AMIL sebaliknya keseluruhan pendapatan dikira daripada KUTIPAN ZAKAT yang seharusnya diberikan kepada kelapan-lapan asnaf yang telah ditetapkan oleh ALLAH TAALA sendiri!

Bukan main lagi... antara objektif dan fungsi penubuhan syarikat tersebut adalah untuk meningkatkan kadar kutipan zakat setiap tahun, memudahkan urusan pembayaran zakat menerusi kaedah lebih sistematik dan efisien, mendidik dan menyedarkan umat Islam tentang kepentingan membayar zakat dan menjadikan syarikat berkenaan sebagai tempat utama pembayaran zakat dan sentiasa berusaha memuashkan hati para pembayar zakat dengan perkhidmatan yang diberikan.

BETUL-BETUL MACAM BABI SODOK UBI!!!

Agama Islam pasti akan runtuh di tangan kelompok-kelompok PENGKHIANAT yang telah memperniagakan wang zakat seperti puak-puak yang berkuasa dalam MAINPP dan As-Sahabat Urus Zakat Sdn. Bhd.

Asnaf nak dapatkan duit zakat, bukan main susah. Penuh dengan protokol dan prosedur tapi rupa-rupanya itu semua hanyalah topengan memandangkan kutipan wang zakat dan pengagihannya telah DIKORPORATKAN oleh GOLONGAN KEPARAT yang berselindung di sebalik agama.

Pastinya DYMM Yang Di-Pertuan Agong tidak mengetahui langsung tidak hal ini. Bahkan pastinya baginda juga telah dikelentong oleh pegawai-pegawai dari MAINPP yang cukup pandai berputar belit dengan dalih dan dalil selain nas dan hadis untuk menutup penyelewengan mereka.

Itu baru satu Majlis Agama Islam... masih ada dua belas Majlis Agama Islam lain yang perlu diselidiki, dipertikaikan tentang pembahagian dan pengagihan wang zakat selain dipecahkan tembelang mereka memperniagakan wang zakat sepertimana yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang!!!

Dan kesemua Majlis Agama Islam tersebut perlu menjawab dan memberikan penjelasan kepada UMAT ISLAM DI SELURUH MALAYSIA, mengapa masih ada lagi umat Islam di negara ini yang hidup susah, faqir, papa, hutang tak berbayar, dan sebagainya, sedangkan pada masa yang sama, wang zakat yang merupakan hak mereka TELAH DILACURKAN OLEH PARA PENGKHIANAT AGAMA YANG BERKEPIAH DAN BERJANGGUT DENGAN CAKAP MELAYU ALA-ALA ARAB demi keuntungan besar!!!!

Sumber : The Flying Kick

9 Kekuatan Ambiga Mendidik MCA & MIC Bagaimana DAP Layan Melayu

Pengerusi bersama BERSIH S Ambiga mempunyai 9 kekuatan asas untuk mendidik dan membawa, MCA dan MICA keluar BN. Sebab Ambiga berani mencabar MCA dan MIC keluar dari BN, sekiranya masih mempunyai harga diri.

"Selepas mendengar kenyataan menteri dalam negeri saya benar-benar ingin tahu apa yang MCA dan MIC lakukan dalam BN" Katanya. 

Sebenarnya Ambiga mempunyai asas kukuh untuk memujuk MIC dan MCA untuk menyertai DAP dengan berdasarkan apa yang DAP mampu buat sebelum ini.

1. DAP selama ini telah membuktikan bagaimana kerjayaan mereka meminggirkan kuasa orang melayu dalam CEC DAP, setelah berjaya menafikan hak sebarang jawatan orang melayu boleh duduki kecuali melayu celup. 

2. DAP telah membuktikan kepada rakyat Malaysia, yang penguasaan tanah di Pulau Pinang melalui memaksa orang melayu meninggalkan tanah dan rumahnya Kampung Buah Pala, Kampung Pokok Asam dan beberapa tempat lagi, walaupun mereka telah diami lebih 30 tahun. Dengan pampasan sebanyak RM15K, berjayalah DAP usirkan orang melayu dari Pulau dengan sendirinya.

Walhal mereka telah mampu membeli bangunan Wisma DAP malah pemimpin-pemimpin DAP juga sudah mampu memiliki rumah mewah. 

3. DAP telah berjaya mengekalkan penguasaan hak peluang berniaga di Pulau Pinang dengan menafikan hak orang melayu mencari makan walaupun untuk sesuap nasi seperti contoh DAP mengusir peniaga melayu di Padang Kota Penang.

4. DAP berjaya menambah populasi Penang dengan kaum Ultra Kiasu setelah tiada satupun rumah mampu milik dibiayai hingga harga sebuah rumah di Penang mencecah dari 450k hingga sejuta. Yang pasti orang-orang melayu terpaksa keluar dari pulau dengan sendirinya.

Walaupun sebelum ini Ketua Menteri, Lim Guan Eng pernah mengumumkan bahawa akan mengeluarkan dana sebanyak RM50 juta untuk membina rumah kos rendah di Batu Kawan, namun sehingga kini masih tiada apa-apa susulan.

5. DAP berjaya membuktikan mereka mampu menghentikan laungan Azan di Pulau Pinang.

6. DAP telah membuktikan bagaimana mereka berani mempertikaikan hak wang zakat islam untuk membolehkan wang zakat dapat diberi samarata dengan bukan islam seperti tindakan Theresa Kok.

7. DAP berani bermain tuntut hak khalimah Allah. Membuktikan mereka berani berbuat apa sahaja tanpa memperdulikan perasaan hati orang melayu islam.

8. DAP berani mempertikaikan kekayaan dimiliki oleh orang melayu sambil mengnyembunyikan fakta jutawan Malaysia dibarisi orang cina dan india.
SusunanNamaNilai Bersih (US$ bilion)
1Dixon Yap12.4
2Andy Yoon9.9
3Lee Kim Hua6.5
4Nicholas Chuah5.2
5Nizam Teh5.0
6Quek Leng Chan4.2
7Syed Mokhtar Al-Bukhary3.3
8Yeoh Tiong Lay2.6
9Tiong Hiew King1.5
10Vincent Tan1.2
11Lee Oi Hian & Lee Hau Hian1.1


9. DAP berani bermain-main soal keselamatan negara demi meraih pengaruh dalam orang india kerana DAP tahu yang orang antara 28 ribu hingga 40 ribu kumpulan penjenayah terdiri daripada kaum India paling ramai terbabit dengan gejala gengster. DAP lebih memikirkan peluang dari memikirkan keselamatan negara.

DAP sebenarnya tidak pernah takut kerana apa jua yang mereka lakukannya, jika timbul masalah antara orang melayu, maka melayu PAS dan PKR jugalah akan berani mati mempertahankan DAP. Malah dalam masa yang sama DAP tetap dianggap sebagai parti pelbagai kaum oleh melayu PKR dan PAS.

Selama ini MCA dan MIC amat berhati-hati dalam tindakan mereka demi menghormati UMNO sebagai tunggak dalam Barisan Nasional. Amalan ini telah menyebabkan dimamfaatkan DAP untuk menghasilkan sunami PRU13 dari mengpergunakan 9 perkara diatas. Sesunguhnya ini adalah satu pakej yang lengkap dan menarik sebagai senjata untuk Ambiga mamfaatkannya.



Ha!Ha! Gara-gara Serang Zahid Malaysiakini Malu Gila Dengan Wartawan Sinar Harian

TATKALA melihat video yang dipaparkan sebuah portal tentang tindakan seorang pak menteri yang agak 'berang' dan enggan melayan soalan media propembangkang, penulis teringat pengalaman lepas melihat kawan-kawan dari media arus perdana dihentam teruk di majlis-majlis anjuran pembangkang.

Senario dan caranya mungkin berbeza tapi persoalannya di mana kebebasan media yang dicanang selama ini?

Sebagai pengamal media, penulis merasa malu melihat mereka yang berstatus pemimpin tetapi menggunakan pendekatan seumpama ini untuk menangkis soalan wartawan yang sedang menjalankan tugas.

Wartawan-wartawan yang sedang mencari rezeki ini digelar 'kaki pusing', 'perkakas Umno' dan macam-macam lagi bergantung di mana agensi berita mereka bekerja.

Tidak dinafikan, sesetengah media tertakluk kepada "boss" atau tempat mereka makan gaji dalam menghasilkan berita mereka atau berhadapan dengan situasi penat sahaja tulis berita tetapi akhirnya, tak disiarkan!

Tetapi di Sinar Harian, Insya-ALLAH, penulis bukanlah lama sangat bekerja di sini, namun inilah mediumnya di mana kerajaan, pembangkang dan rakyat diberi ruang seadil-adilnya untuk berekspresi, pada hemat penulis.

Atas dasar itu, penulis rasa ada keberanian untuk mengkritik mentaliti sesetengah pemimpin parti politik di negara ini, yang ada ketikanya langsung tidak mahu memberikan kerjasama kepada wartawan yang sedang bertugas.

Pada fikiran penulis yang masih mentah ini, orang yang ditanya punya pilihan untuk "langsung tidak menjawab" daripada bertindak memperkecilkan mereka yang bertanya atau menjadikannya "bahan" jenaka dalam sesebuah acara.

Tidak manis langsung rasanya, mereka yang terkenal dengan ketinggian peribadi tetapi kalah dan latah dengan soalan wartawan - hanya orang biasa berbanding mereka.

Tetapi apabila wartawan ini datangnya daripada agensi yang membawa keuntungan kepada mereka, wartawan-wartawan ini dilayan bagaikan raja.

Dari jauh mereka sudah senyum kalau selalu "cover" mereka.

Entah mengapa apabila melihat video Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terdetik dalam hati penulis untuk berkongsi sekelumit pengalaman dan harapan tentang kehidupan kami sebagai wartawan.

Dalam kes ini, bukan penulis mahu bela Zahid Hamidi atau memperlekehkan wartawan Malaysiakini, yang sama bidang tugasnya seperti penulis, - tetapi, inilah yang orang kata "bila buku bertemu ruas".

"Buku bertemu ruas" yang penulis guna ini dalam konteks, bagaimana selama ini melihat media-media seperti Utusan Malaysia, TV3 berhadapan situasi sama, dihentam teruk di sidang-sidang media anjuran pembangkang.

Penulis pilih dua media ini kerana pada hemat penulis, memang berat membawa nama syarikat ini apabila ke majlis-majlis anjuran pembangkang.

Macam-macam boleh berlaku.

Dialog Zahid Hamidi "you always spin... u bagus tapi u punya boss u tak bagus..." bukanlah dialog janggal atau asing.

Bukan penulis tidak pernah mendengar wartawan Utusan Malaysia, TV3 "dikenakan" lebih teruk daripada itu.

Sekali lagi, bukan niat mahu bela wartawan Utusan Malaysia atau TV3, - yang penulis akui kehadiran mereka di sidang-sidang media pembangkang untuk mencari kesilapan pemimpin ini atau membawa jerangkap samar, tetapi tidak wajarlah mereka diaibkan di hadapan rakan-rakan media yang lain.

Saya faham rasanya, bila soalan yang kita ajukan tiba-tiba dijawab dengan kata-kata sinis atau soalan kita dibalas dengan kenyataan berbaur ancaman.

Penulis juga pernah berhadapan dengan situasi ini dan melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana rakan-rakan media lain dihidangkan dengan layanan seumpama ini.

Rasanya ramai rakan media di luar sana "alah biasa tegal biasa" dengan situasi ini.

Dulu popular seketika petikan kenyataan pemimpin "u ulang I saman u" yang bunyinya seolah-olah berbentuk amaran kepada pengamal media.

Macam-macam lagi sebenarnya layanan yang kami pihak media terima daripada pemimpin masyarakat, orang kenamaan, ilmuan agama dan banyak lagi. Katakan sahaja siapa... yang lebih lama dalam bidang ini, tentu pelbagai ragam manusia dilayaninya.

Apa yang penulis suarakan ini, hanya sebahagian kecil cabaran kami sebagai wartawan politik yang menjalankan tugas mencari berita untuk santapan pembaca budiman yang akhirnya membuat penilaian menerusi paparan kami.

Akhir kalam, kepada mereka yang terbabit, renung dalam-dalam bahawa kami wartawan juga manusia biasa... yang mahu dilayan baik walau kita bukan kawan atau lawan. Ditulis oleh wartawan sinar harian

Panas Juru Audit Negara Terjah Kontrak RM4.177 Bilion Hidro Bakun

Kakitangan Juru Audit telah menerjah keewangan projek Hidro Bakun Sarawak untuk meneliti pembelanjaan kontrak benilai RM4.177 bilion yang diberlanjakan oleh syarikat Hidro Sdn. Bhd.

Dalam siasatan di dapati kos Projek Bakun meningkat sebanyak 45.5 peratus. Bagaimanapun seperti yang dibentangkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Dewan Rakyat. Kos ini meningkat kerana tanggungan tambahan syarikat berikutan perubahan kerja, lanjutan kontrak serta pelbagai tuntutan di bawah 4 pakej kerja utama serta lanjutan kontrak bagi 3 pakej kerja berkaitan.

Menurut laporan perubahan kerja, perjanjian tambahan, penyelesaian tuntutan kontraktor, tambahan serta lanjuta  masa kontrak menyebabkan peningkatan sejumlah RM2,871 bilion bagi empat 4 pakej utama serta 3 pakej berkaitan.

Dalam laporan tersebut juga menyatakan Sarawqk Hidro telah mengambil tindakan proaktif dengan merangkakan satu perjanjian tambahan yang mengikat setiap bayaran dengan syarat yang perlu dipenuhi sebelum bayaran dibuat pada setiap peringkat.

Sarawak Hidro juga telah menjana hasil jualan elektrik pada ogos 2011 dengan mencatatkan RM48.23 juta (2011), RM163.49 juta (2012)  manakala unjuran kian meningkat mengikut tahun 2013 - RM411.81 juta, 2014 - RM499.34 juta, 2015 -RM677.27 juta dan 2016 - RM783.42 juta

Sekaligus ini membuktikan projek Hidro Elektrik Bakun bukan sesuatu pembaziran seperti yang digembar-gemburkan portal pembankang disini

Tuesday, 8 October 2013

Panas!! Ahli MT bukan menteri dapat bantu gerak kerja parti

Sekali direnungkan isu yang dibangkitkan Tun Faisal cukup panas untuk diterjemahkan dalam sepintas lalu. Tetapi jika diamati dengan betul-betul ini bukanlah isu menyerang sesama ahli UMNO tetapi bagaimana mentranformasikan UMNO dengan lebih baik.

Calon ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz berpendapat bahawa kehadiran anggota MT yang tidak terikat dengan pentadbiran kerajaan ataupun Parlimen adalah penting kerana ia memastikan gerak kerja parti dapat dilaksanakan secara berterusan dan berkesan.

Jelas beliau yang juga Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda UMNO Malaysia, ahli yang tidak terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan mahupun Parlimen boleh membantu mengisi kekosongan vakum yang tidak dapat diisi oleh pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO sebelum ini.

"Untuk bertemu dengan rakyat... untuk berhadapan dengan pembangkang dan juga untuk melaksanakan program di peringkat gerak kerja parti secara berterusan dan berkesan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Ditanya sama ada ahli MT yang terlalu ramai dalam pentadbiran kerajaan dan juga Parlimen merupakan satu kelemahan kepada parti, beliau berkata perlu ada keseimbangan di antara kedua-duanya.

"Dia perlu ada keseimbangan di sini. Kita perlukan juga anggota pentadbiran dalam MT, kita perlu juga ada ahli Parlimen dalam MT... kita juga perlukan orang-orang yang tidak terikat dengan tugas-tugas pentadbiran dan Parlimen, kerana waktu Parlimen bersidang ataupun waktu banyak tugas-tugas pentadbiran perlu dilakukan dalam kerajaan, gerak kerja parti akan terabai.

"Jadi kita perlukan orang-orang yang boleh buat gerak kerja parti secara berterusan," katanya.

Selain itu, jelas Tun Faisal mereka yang tidak terikat dengan tugas-tugas pentadbiran juga boleh bercakap dengan nada parti dan bukan dalam nada kerajaan.

Sementara itu, beliau berpandangan bahawa pertemuan secara dialog adalah lebih baik berbanding dengan perdebatan di antara calon-calon naib presiden dalam pemilihan UMNO nanti.

Katanya, perbincangan dalam bentuk dialog dapat menggalakkan suasana kekeluargaan dan saling hormat menghormati.

Bagaimanapun beliau tidak menentang sekiranya perdebatan secara sihat diadakan, menyifatkannya ia bagus jika dilaksanakan.

"Kalau boleh diadakan ia bagus tetapi dalam bentuk dialog berbanding perdebatan kerana ini menggalakkan suasana kekeluargaan dan saling hormat menghormati," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Namun katanya ia juga tidak menjadi masalah sekiranya tidak dilaksanakan kerana ada yang berpandangan bahawa cara tradisi iaitu dengan turun berjumpa perwakilan lebih mempunyai sentuhan peribadi.

"Bagi saya kita patut raikan kalau sempat alhamdulillah kita buat, kalau ada yang lebih yakin dengan cara tradisi kita serahkan kepada kebijaksanaan calon yang mengendalikan gerak kerja kempen masing-masing," tambahnya.

Baru-baru ini, ahli Veteran Umno, Tun Musa Hitam mencadangkan agar keenam-enam calon naib presiden dalam Pemilihan Umno 2013 ditemukan dalam satu perdebatan melalui televisyen.

Kata beliau, perdebatan itu sesuai dengan transformasi Umno dalam sistem pemilihan barunya sempena proses yang bakal berlangsung pada 19 Oktober ini. Dari Sumber

Malaysiakini Dedahkan Video Ucapan Zahid Tembak Penjenayah Tanpa Amaran

Malaysiakini dedahkan video “Saya pikir, cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulukata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didedahkan menerusi satu rakaman suara di Melaka pada Jumaat lalu.

Beliau dipetik berkata semasa Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat yang kemudiaannya menjadi platform untuk beliau bercakap mengenai isu-isu sensitif.

1. Kalau Malaysiakini boleh dedahkan video hanya sekitar 5 minit tetapi mana baki video yang dikatakan 20 minit? Walhal Malaysia kini mengatakan ada termasuk ucapan ini:

Berdasarkan rakaman tersebut, Zahid berkata kira-kira 28,000 dari 40,000 anggota gengster terdiri dari masyarakat India dan tiada salahnya menahan mereka. 
“Bagaimana keadaan mangsa-mangsa rompakan, mangsa-mangsa bunuh masa tembakan ini, kebanyakannya adalah orang Melayu kita. Kebanyakannya ialah bangsa kita. 
“Saya pikir, cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu. 
2. Persoalannya kenapa Malaysiakini hingga sekarang gagal menayang video sepenuhnya? kecuali yang ini:



3. Persoalannya apakah Malaysiakini tidak dengar jangan main-main dalam soal ini? Tetapi ternyata Malaysiakini memang keras hati dan berani dedah sesuatu tanpa bukti yang jelas.

4. Apakah agenda yang sedang dipermainkan Malaysiakini? 

5. Malah Portal itu melaporkan wartawan dihalau keluar dengan penuh biadap ketika Zahid hampir menamatkan ucapannya, dan diugut agar tidak membuat laporan berhubung ucapannya. Zahid didakwa mengancam untuk menutup akhbar mereka sekiranya tidak berbuat demikian. Lihat video ini kenapa Anwar tidak anggap biadap sebelum ini?



6. Sekurang-kurang Zahid Hamidi tegur dan menjawap segala soalan yang ditanya Malaysiakini. Tetapi sekarang inipun Malaysiakini telah tulis melebihi apa yang diperkatakan Zahid Hamidi. Malah tidak pula ditayangkan video yang menunjukan Zahid bicara sedemikian kalau tidak bukankah lebih sensasi?



Monday, 7 October 2013

Terbaik #TF4MT Menapak Masuk Gelangang MT #PAU13

Tiada yang menggembirakan melainkan bila mendengar Tun Faisal sudah boleh mengaung dalam gelangang Perhimpunan Agung UMNO 2013. Kali ini samada kalah atau menang bukan ukuran tetapi Jika Perdana Menteri berkata keputusan PRU13 di dalam gajet. Maka ada wajib diberi undi kelayakan b6at Tun Faisal untuk sekali lagi meneraju jentera PRU14 dengan lebih teratur lagi.

Betulkah #TF4MT boleh bertanding lihat ini: 

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata:

Jumlah calon bertanding untuk Majlis Tertinggi: 260 orang.


Jumlah calon bertanding untuk pemilihan bahagian: 33,012 orang.


Jumlah Calon Muflis: 334 orang.


Menarik diri: 495 orang.


Tindakan Disiplin: 39 orang.


Jumlah keseluruhan perwakilan muflis: 1,703 orang.


Tan Sri Tajol Rosli Ghazali juga berkata, calon Majlis Tertinggi yang sebelum ini digugurkan kerana tidak menepati syarat, Tun Faisal Abdul Aziz dibenarkan untuk bertanding. Ini kerana beliau dicalonkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO.


Pemilihan UMNO kali ini agak berskala besar dan ramai yang terlibat, Ianya umpama pilihanraya. Persiapan rapi telah disusun oleh UMNO Malaysia untuk memastikan pergerakan dijamin bergerak lancar.

Setiap bahagian akan menerima 100 unit peti undi, 300 unit bakul untuk untuk kertas undi dan mesin kira undi sebanyak 10 unit.

Setiap bahagian juga akan menerima 200 helai baju sukarelawan untuk diedarkan kepada anggota yang bertugas pada pemilihan nanti.

Kesemua barangan ini akan diterima sebelum atau pada hari Khamis ini dan akan diedarkan kepada bahagian masing-masing untuk diguna dan diselia untuk hari mengundi Sabtu ini.

Kira-kira 30,000 petugas akan bertugas pada hari pemilihan nanti

Pakatan Gelisah Dengan Ancaman 7 Tahun Tranformasi Sarawak

Semakin hampir tempoh 7 Tahun Tranformasi Sarawak, benar-benar mencemaskan dan Menghantui Sarawak Report Dan Pakatan Rakyat. Dalam tempoh ini mereka tidak berputus asa untuk menggagalkan perjalanan perangkaan kemajuan Sarawak. Samada bermain-main propaganda menyerang setiap individu bernama menteri di Sarawak hinggalah menjalankan pelbagaikan gerakan mensabotaj usaha kerajaan. 

Wawasan 2020 akan menjelma dalam masa 7 tahun dan banyak pembaharuan dan pembangunan yang berjalan seiring menuju wawasan tersebut. Ini menjadi subjek yang dikhuatiri Pakatan apabila perancangan utama menjadikan Sarawak sebgaia Koridor Tenaga (SCORE) bakal mencapai matlamatnya dan mampu menyediakan 300'000 peluang pekerjaan hanya dibidang teknikal sahaja. 

Selama ini dalam proses menuju pencapaian sepenuhnya pembangunan Koridor Tenaga, Sarawak telahpun berjaya menyediakan peluang pertambahan peluang pekerjaan dibidang tersebut bersamaan 15'000 hingga 20'000 setahun. Ini bermakna hasil sampingan ini cukup menambah baik kehidupan rakyat di Sarawak.

Ini hasil dari usaha kerajaan negeri untuk tranformasi bekalan elektrik Sarawak daripada 100 megawat kepada 20'000 megawat dalam tempoh 20 tahun akan datang. Dalam 20 tahun lagi sudah tentu impaknya lebih ketara dan cukup menjadikan Sarawak sebagai negeri yang maju. 

Tetapi isu ini sering menjadi bahan mainan politik Pakatan Rakyat termasuk penulis upahan luar seperti Sarawak Report. Malah bantahan ini melarat dengan pelbagai aktiviti mensabotaj termasuk aktiviti "Blockade" adalah bertujuan untuk mempengaruhi rakyat dengan persepsi negatif. 

Yang peliknya Sarawak Report juga mengatakan dalam artikel 
Gangguan Bekalan Elektrik Torstein Telah Mendatangkan Kerugian Ratusan Juta Pada SCORE!
Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di seluruh Sarawak telah merosakkan kebolehpercayaan banyak pihak terhadap Pengerusi SEB, Torstein Dale Sjotveit.


Jelaslah bahawa bekalan tenaga dari empangan mega Bakun yang baru telah terpelantik dan mengakibat gangguan di sepanjang kabel berkuasa tinggi yang tidak mencukupi.


Kadang-kadang, apabila penjana kuasa elektrik Sarawak Blackout kerana menjana kuasa melebihi kemampuan akibat dari pemintaan yang semakin meningkat melampaui kemampuan, telah menjadi bahan tomahan pembangkang. Tetapi bila perancangan dibuat untuk jangka panjang dan jangka pendek juga sering dijadikan bahan mainan politik untuk menggagalkannya. 

Dalam erti kata lain Buat tak kena tak buat lagi-lagilah tidak kena. Tetapi apa yang sebenarnya mereka mahukan? Mereka hanya tahu merungut dan sabotaj tetapi tiada satupun cadangan yang membantu? 

Sebagai sebuah kerajaan yang berwawasan, sebarang pelaksanaan bukanlah hanya memandang kepada satu sudut sahaja. Sudah pasti sebarang pelaksanaan kerajaan juga memastikan ianya memberi mamfaat kepada rakyat menikmati dari hasil pembangunan terutama bidang pekerjaan teknikal yang dijangka meningkal sehingga 300'000 orang. 

Malah ini bidang ini bakal memberi pendapatan lumayan hingga mencecah puluhan ribu mengikut kategori kemahiran pekerja. Sekarang adalah masa untuk Sarawak maju dengan kehadapan, malah komitmen kerajaan untuk membuktikan iltizam ini adalah bersungguh-sungguh. Buktinya 2 menteri penuh dari Sarawak dipertanggungjawapkan untuk merialisasikan usaha ini.

Melihat kepada perancangan kerajaan Sarawak semakin berjalan mengikut jadual menyebabkan Pakatan Rakyat berasa gusar dan terancam hilang kepercayaan dari rakyat Sarawak. Sebab itulah usaha usaha sabotaj tidak terhenti-henti digerakan.

Isu Terkini

get this widget here