Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 24 January 2015

3 Agenda Menjurus Penguasaan Secara Mutlak DAP Sebagai King Pulau Pinang

Agenda DAP semakin jelas dan terang untuk menjadi Pulau Pinang dikuasai secara mutlak yang membolehkan mereka menjadikan Pulau Pinang tidak dapat disentuh oleh mana-mana pihak lain.

Jika diamati benar-benar sekiranya DAP berjaya kuasai PBT dan mendapat kuasa Autonomi terhadap Pulau Pinang. DAP boleh membentuk Pasukan Peronda Sukarela lebih kebal dari sebelum ini.

Dan jika digabungkan penguasaan PBT, kuasa Autonomi dan PPS. Menjadikan DAP di Pulau Pinang kebal tanpa dapat disentuh langsung.

Ini agenda jangka panjang yang paling bahaya yang boleh melebarkan jurang ekonomi di antara penduduk bandar dan desa. 

Boleh menyebabkan berlakunya penindasan yang lebih hebat dari yang telah berlaku di Pulau Pinang, boleh menyebabkan campur tangan atau pencabulan DAP terhadap hak-hak termaktub dalam perlembagaan dan terus mencetuskan rusuhan perkauman.

Agenda membolehkan DAP merangka pelbagai peraturan baru melangkau apa yang kita dapat fikirkan sekarang. Apatah dikalangan DAP kebanyakan pakar pengkaji undang-undang akan mengkaji apa sahaja menjadikan Pulau Pinang bebas dari cengkaman mana-mana pihak.

Ini bukan suatu yang mustahil berlaku sekira kerajaan terlampau beri muka dengan agenda ini. Fikir-fikirkan.. Apa yang telah berlaku terhadap melayu dan india sering menjadi mangsa penindasan diusir dari kampung diusir dari mencari makan. 

Lihatlah bagaimana Lim Guan Eng berani mendahului Yang Dipertuan Agong dengan membenarkan Khalimah Allah bebas digunakan oleh mana-mana pihak sedangkan Makamah melarang penggunaannya.

Lihatlah bagaimana pada 14 Ogos tahun lalu Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya bagi memilih ahli Majlis Kerajaan Tempatan. Tetapi DAP tetap mahu melaksanakan melalui peralatkan Pakatan Rakyat yang sekarang ditentang Haji Hadi.

DAP tidak buat suka-suka jika kesan jangka panjang tidak menjamin penguasaan DAP dengan pelbagai kelebihan secara mutlak.


50 Tahun @LimKitSiang Menjadi Hero Fitnah Lagakan 5 PM Dan Sekarang Misi Ke 6

Hampir 50 tahun ini yang dibangga-banggakan DAP terhadap Lim Kit Siang sebagai Dainasour yang berjaya melaga-lagakan dan memfitnah 5 Perdana Menteri Malaysia dan sekarang masuk misi ke 6.

Malah DAP menjadikan Lim Kit Siang sebagai Hero kerana dari dulu peranannya sebagai memecah belah bangsa melayu bumiputra dan india telah mula menampakan hasil.

Ini dinamakan sumbangan sepanjang hayat Lim Kit Siang terhadap negara yang perlu dibangga-banggakan. Tanpa disedari setengah masyarakat Melayu, Bumiputera dan India. Yang paling teruk adalah masyarkat Melayu yang berpecah 3.

Sekarang Lim Kit Siang sedang berusaha keras untuk melaga-lagakan Dato Sri Najib dengan Tun Dr Mahathir dan Daim. Kononnya TDM sedang menjadikan DS Najib sebagai mangsa ke enam. Ini permaian yang diolah dari masa ke masa untuk memecah belahkan UMNO dan BN.

Apatah situasi sekarang untuk mempergunakan Anwar sudah semakin hambar kerana nasib Anwar bakal ke Sungai Buluh amat cerah sekali. Dan untuk bergantung dengan PAS, sudah diluar kawalan DAP, apabila Haji Hadi sebagai presiden PAS bangkit menjadi seteru kuat kepada DAP.

Apa yang tinggal hanya harapan jika boleh mengubah pendirian Dato Sri Najib mengampuni Anwar sebagaimana pernah berlaku kepada Pak Lah. Melalui melaga-lagakan TDM dan Daim sebagai ancaman kepada DS Najib.

Babak paling menarik tiba-tiba Anwar buka cerita bukti 20 kotak tentang salah laku Daim untuk di dedahkan kepada SPRM, yang sudah 10 tahun lapuk tersimpan dalam stor Anwar.

Semata-mata untuk menjatuhkan Daim dan pertahankan DS Najib. Kalau betul Anwar ada 20 kotak bukti kenapa sekarang baru hendak dibawa ke SPRM? Sedangkan adalah lebih bijak digunakan masa PRU13 dan boleh penuhi impiannya sebagai PM ke 7.

Tetapi bila Kadir Jasin kata Anwar secara tidak sengaja terperangkap, haha memang lawak sesangat sebab Kadir sememangnya sedang menikam menjatuhkan DS Najib dari dulu lagi dan bagaimana boleh percaya bulat cerita karangan penglipulara Kadir Jasin?

Namun bergitu harapan untuk berjaya semakin tipis, apabila melihat DS Najib sedikitpun tidak ambil pusing keatas permainan kotor Lim Kit Siang.

DS Najib bukan orang baru dalam politik, malah zaman Tun Abdul Razak, DS Najib telah menyaksikan sendiri bagaimana jahatnya Lim Kit Siang. Cumanya sekarang nampak hampir sama tetapi bezanya makin ramai askar upahan dan permainan meliputi alam maya, yang dulu hanya sekadar media cetak.

Permainan ini semakin kasar apabila TV3 menjadi sebahagian media mengembangkan isu ini supaya lebih besar. Ini mendapat sentuhan Saiful Bukhari yang kononnya ada dalang tali barut Anwar menyusup masuk. Sejauh mana kebenarannya sukar untuk dikata iya atau tidak.

Yang paling penting sekarang bagaimana akar umbi UMNO mampu berdiri teguh di belakang DS Najib. Memandangkan dalam UMNO sendiri ada talibarut yang berani terang-terang menikam DS Najib.

Dalam masa yang sama memerangi Tun Dr Mahathir bukanlah satu langkah bijak malah lebih merumitkan keadaan. Disini cabaran besar DS Najib meneraju UMNO BN tanpa tergugat dengan ganguan luar yang boleh diabaikan asalkan matlamat membantu rakyat tercapai dengan tepat.

Rasanya kita tidak perlu risau permainan ini kotor jika akar umbi boleh berdiri teguh bersama DS Najib dalam cabaran politik sebergini. Yang paling penting jangan lepaskan Anwar kerana dia adalah ibarat anjing tersepit telah dibuktikan pada zaman Pak Lah.

Pakatan Rakyat sudah semakin goyah jika Anwar dipenjara dan Haji Hadi menjadi semakin ganas memerangi DAP. Tanpa PKR dan PAS, DAP ibarat rumah tidak cukup tiang.

Friday, 23 January 2015

Edisi Kantoi" Anthony Mengamuk Pilihan Raya Cetus 13 Mei


Bila Haji Hadi mula lantang mendedahkan 13 Mei bakal tercetus jika Pilihan Raya Tempatan di adakan menyebabkan Anthony bangkit mengamuk.

Tetapi hujah Haji Hadi (klik sini) ada kebenarannya jika kita perhatikan semula bagaimana Lim Guan Eng memastikan legasinya bekalan dalam DAP dengan penipuan ketara CEC DAP. Dan bagaimana Majlis Peguam dipastikan DAP yang proksinya menang dengan penipuan ketara.




Jadi hujah Haji Hadi tentu ada kebenaran kerana DAP akan berusaha keras untuk memastikan proksinya sentiasa berada dalam Majlis Tempatan dan dalam pada masa yang sama DAP sedang berusaha memastikan kerajaan negeri mendapat kuasa autonomi tempatan.

Jika kuasa melayu dan india dikurangkan apa akan jadi dengan nasib mereka nanti apatah ini adalah golongan yang taraf ekonominya lebih rendah berbanding puak DAP?



Haji Hadi Dedah Lim Guan Eng Bakal Pencetus 13 Mei

Haji Hadi sudah bangkit untuk menentang rancangan jahat Lim Guan Eng. Kali ini Haji Hadi sudah sedar kesilapan bersama DAP sebab itu dia mengeluarkan hujah panjang lebar mengatakan ini satu kesilapan yang besar:

PAS menyanggah hasrat sekutunya DAP untuk mengadakan pilihan raya tempatan atas alasan ia berpotensi menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kembali berulang.
Pendirian itu dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan hari ini. 
"Pilihan raya majlis perbandaran seperti diperjuangkan DAP adalah kembali kepada kesilapan, kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar sahaja untuk menang pilihanraya dalam jangka yang sangat pendek. 
"Apatah lagi apabila kita melihatnya dari aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar yang bermajoriti kaum Cina yang sangat besar," kata Hadi. 
Secara berkias, Hadi membayangkan yang pilihan raya tempatan akan memberikan kemenangan buat satu kaum dalam masyarakat berbilang kaum. 
"Kita tidak seharusnya melihat kemenangan politik dan penguasaan ekonomi untuk satu pihak dalam masyarakat majmuk. 
"Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar. 
"Yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi 'api dalam sekam' untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara.," kata Hadi.
Nampaknya PASma tidak akan berdiam diri dengan tindakan luar dugaan dari Haji Hadi adakah ini pertanda PAS berpecah dua atau PAS secara total keluar dari Pakatan Rakyat. 

Kalau diikutkan tindak-tanduk DAP adalah semakin melampau dan adalah wajar PAS beralih perhatian untuk memikirkan nasib bangsanya sendiri yang selama ini boleh hidup harmoni dengan bangsa lain sekiranya DAP hilang taring sekali lagi.

Lagipun taring DAP hanyalah kepada pautan mengokong pegerakan PAS dan jika PAS berpaling tadah semuanya tamat. 

Dalang Penyebab Masjid-Masjid P.Pinang Tidak Berani Laungkan Azan Subuh

Apa sudah jadi dengan Jabatan Agama yang bertangungjawap di Pulau Pinang sekira isu ini hanya dibiarkan bergitu sahaja? Sebagai sebuah negara Islam dan kedudukan Islam di Pulau Pinang di bawah Yang Dipertuan Agong. Ini sesuatu yang tidak dapat diterima sama sekali.

Isu ini yang sebelum ini hanya menjadi tiup angin yang dinafikan DAP sekarang mula terbongkar sekali lagi apabila rialitinya di dedahkan freemalaysiatoday.com

PETALING JAYA: Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM), Yusof Mohamad menyelar tindakan pihak pengurusan beberapa masjid yang dilihat tunduk kepada tekanan dan aduan orang bukan Islam berbanding menjaga martabat dan ibadah agama Islam. 
Menurutnya, tindakan itu dilakukan setelah mendapat aduan daripada masyarakat setempat bahawa Masjid At Taqwa, Taman Tun Sardon tidak lagi melaungkan azan Subuh menggunakan pembesar suara yang dapat didengar oleh masyarakat Islam. 
“Setelah diselidiki wakil pihak pengurusan masjid mengesahkan bahawa perkara itu terjadi ekoran aduan yang diterima oleh masyarakat bukan Islam di situ. 
“Walhal, selama berpuluh tahun ini, seruan azan yang berkumandang dengan menggunakan pembesar suara dilakukan tanpa sebarang halangan di masjid tersebut termasuk di masjid-masjid seluruh negara,” katanya dalam satu surat rasmi yang ditujukan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. 
Jelas surat yang bertarikh pada 20 Januari lalu, perkara itu amat mengecewakan serta mencemarkan martabat agama Islam sebagai agama persekutuan. 
“Azan merupakan lambang utama dan ibadah kepada umat Islam. Seperti yang YDP sedia maklum, fungsi azan itu sendiri adalah untuk menyeru dan memanggil umat Islam menunaikan solat. 
“Jika seruan azan itu tidak dilakukan, maka apakah fungsi azan itu dapat dicapai. Malah dalam agama Islam, telah disunatkan agar dikuatkan seruan azan supaya masyarakat sekitarnya dapat mendengar,” ujarnya

Ini bukan isu pertama bagaimana kerakusan penganut dan penyokong biaDAP bertindak menghapuskan hak kedudukan islam di Malaysia. Malah lebih menyedihkan yang menjadi tali barut mereka adalah orang-orang islam itu sendiri. 

Thursday, 22 January 2015

Sejauhmana PASma Platform Phahrolrazi Membalas Dendam Kepada Haji Hadi?

Berdasarkan kenyataan Phahrolrazi menggambarkan Haji Hadi tidak berminat lagi dengan kejersama Pakatan Rakyat. Dari kesinambungan itu PASma diwujudkan demi memastikan hubungan PAS dalam kerjasama Pakatan Rakyat terus berkekalan.

Tanpa menjelaskan kenapa Haji Hadi bertegas mahu meneruskan ketegangan PAS terhadap Pakatan Rakyat. Memang pada awalnya hubungan PAS dengan PKR dan DAP lebih berkisar kepada peristiwa perebutan kuasa Menteri Besar Selangor di mana Pemecatan Khalid Ibrahim tanpa sebab yang khusus dan jelas menyebabkan PAS tidak berpuas hati dengan tindakan PKR.

Malah PAS tidak bersetuju dengan pelantikan Wan Azizah dan masih mahu melantik Azmin Ali walaupun hakikatnya PAS adalah lebih berhak menjadi Menteri Besar. Isu yang berpanjangan ini menyebabkan DAP menjadi marah atau berpura-pura marah terhadap PAS atas sesuatu agenda yang kurang jelas pada masa itu.

Isu ini menjadi DAP dan PAS terus menerus tegang walaupun PKR sudah hampir mahu melupakan. Timbul pula isu pelaksanaan Hudud di Kelantan menyebabkan ketegangan PAS DAP menjadi lebih ketara.

Ramai dikalangan DAP mula menyerang Haji Hadi secara bertubi-tubi dan pada masa yang sama orang-orang popular PAS Mahfuz, Mat Sabu, Husam Musa, Khalid Samad dan ramai lagi. Tidak bergitu mengambil berat untuk mempertahankan Haji Hadi dari diserang DAP. Malah ramai dikalangan mereka lebih menjurus mempertahankan apa jua agenda DAP memerangi islam seperti isu Khalimah Allah, Khutbah Jumaat, murtad dan pelbagai lagi.




Pada masa itu jugalah wujudnya gerakan khas PASma yang mempunyai agenda yang hampir sama dengan rancangan DAp.

Gerakan PASma semakin jelas apa bila mula berhubung dengan DAP untuk menjaringkan hubungan baru dengan misi baru.

Tidak kah nampak sekarang ini pergerakan PASma dan DAP adalah sama untuk menyingkirkan Haji Hadi. Calon terutama pergantinya sudah pasti Mat Sabu yang mempunyai hubungan dengan DAP cukup arkab hingga menikmati pelbagai faedah besar dari DAP.

Manakala PASma adalah kehendak individu yang lain selama ini kurang menyerlah dan peluang menjadi yang utama dalam PAS selepas kejatuhan Haji Hadi.

Manakala Phahrolrazi dulunya amat kecewa dengan sikap Haji Hadi tidak mengambil endah untuk melantik dirinya sebagai MB Kedah dan menyelahkan Haji Hadi atas jatuhnya Kedah kepada BN. Semua isu lama mula diungkitkan dalam hujah Phahrolrazi. Adakah ini dendam lama?

PasMa terus berusaha untuk bekerjmencari kerjasama dengan DAP dan PKR, Phahrolrazi merasakan sia-sia untuk bertemu Hadi kerana beliau telah melarang ahli PAS menyertai PasMa. 
“Saya telah beberapa kami bertemu dengan beliau ketika PAS memerintah di Kedah dan memberi amaran bahawa kita akan kehilangan negeri ini sekiranya (Allahyarham bekas) menteri besar Kedah, Azizan Abdul Razak terus memerintah, tetapi presiden (Hadi) tidak pernah mengambil apa-apa tindakan dan kami hilang Kedah,” katanya. 
Phahrolrazi, yang disebut-sebut untuk menggantikan Azizan pada 2012, menolak pelantikan semula dalam exco negeri sebagai tanda protes. 
Bagaimanapun, PAS waktu itu memutuskan agar Azizan kekal sebagai MB, manakala Phahrolrazi dipujuk untuk terus kekal dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri. 
“Hadi menyerang PasMA sebelum kami dapat berjumpa dengannya (Hadi), tetapi sekiranya beliau mahu bertemu dengan kami, kami tetap sanggup berjumpa dengannya,” tambahnya lagi. MalaysiaKini

Andai katalah kerjasama PASma dengan DAP PKR berjaya menyingkir Haji Hadi dan diganti dengan Mat Sabu. Bermakna DAP telah memasang proksi yang kuat yang boleh mengawal pergerakan PAS mengikut terlunjuk khusus DAP.

Malah individu dalam PAS seperti Haron Din yang lebih mengutamakan perpaduan Islam akan dikunci dalam peti besi dari bersuara. Mereka tidak memaksanya keluar dan akan terus pertahanan pengekalan dalam PAS kerena itu adalah sumber penarik melayu islam untuk terus setia bersama PAS walupun sudah menjadi boneka mainan DAP. 



Wednesday, 21 January 2015

Video Pembayang Nasib Malayu India jika DAP Perolehi Kuasa Autonomi P.Pinang

Ramai yang terlepas pandang MISI CINA SULIT DAP KUASAI SELURUH KAWASAN PULAU PINANG DENGAN DI MULAI KAWASAN BANDAR.

Sepanjang penjajahan DAP terhadap Pulau Pinang sudah berapa banyak kampung melayu india telah di hapuskan?

Sudah berapa ramai peniaga melayu india diusir dari mencari makan?

Sudah berapa ramai peniaga komtar disingkirdari mencari makan dalam bagunan tersebut.

Sudah berapa banyak kawasan rumah mampu milik ditukar menjadi kawasan rumah hanya yang termampu boleh milik.

Tidak cukup dengan ini baru-baru ini pelbagai undang-undang baru dilakukan DAP khas untuk memperlengkapkan penindasan golongan yang tidak diingini DAP. Sebagai contoh DAP telah memperketatkan larangan Penjaja mengimport tukang masak di Pulau Pinang.




Ini adalah jawapan kepada kenapa DAP mahu Adakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dan menuntut kuasa Autonomi dari hak termaktub Kerajaan Persekutuan.

Jika kita perhatikan kawasan-kawasan Bandar adalah Lubuk Kuat DAP mewakili 85% penduduk adalah penyokong tegar DAP.
Andai kata pilihanraya benar-benar berlaku bermakna DAP boleh mengalah dan menghapuskan pengaruh bangsa Melayu, India Muslim dan India sebagai ahli Majlis. Dan sekaligus dari menggangu operasi jangka panjang DAP. Yang pasti ini bakal menjadikan Pulau Pinang kekal dalam jajahan DAP selamanya sehingga matlamat utama menjajah negara berjaya.




@MpKotaBelud Kaw2 Balun PR Idea Tidak Berkualiti Otak Beku Jiwa Jumud

Tanggungjawab kerajaan adalah terhadap rakyat dan bukannya untuk memuaskan hati pembangkang.

Sebaliknya, pembangkang pula hanya mengkritik setiap inisiatif kerajaan dan menggunakannya untuk tujuan keuntungan politik semata-mata.
“Pembangkang hanya tahu … mencari keuntungan untuk menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan yang memerintah.

“Mereka sering menggunakan idea yang tidak berkualiti untuk didebatkan, dan rakyat sudah tentu dapat meneka reaksi parti pembangkang.

“Rakyat sudah hilang hormat dengan pembangkang ini, sebab otak mereka beku, jiwa mereka jumud pada pandangan mereka sahaja,” kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut menyelar pembangkang kerana sedia memperjudikan rakyat dan masa depan negara semata-mata hanya untuk keuntungan politik.

“Rakyat perlu dipastikan dapat menikmati hidup dalam keadaan ekonomi yang kukuh untuk jangka masa panjang dan perkara inilah yang sedang diusahakan oleh kerajaan persekutuan.

“Ini bukan soal politik. Ini soal masa depan negara. Saya sendiri rasa mereka tidak bertanggungjawab dalam masa kita nak yakinkan negara dan rakyat bahawa ekonomi negara kita OK supaya rakyat tidak panik dan sebagainya,” katanya.

Pembangkang tambahnya akan terus dan sentiasa membuat persepsi negatif terhadap sebarang langkah kerajaan BN dan lantaran itu adalah tidak berfaedah untuk berdebat mengenainya.

“Mereka marah kalau tidak dibawa berbincang, tetapi kalau dibawa berbincang negatif 24 jam, macam mana nak buat? Tidak akan ada satu kerja kita boleh buat.

“Soalnya sekarang, apa pun pandangan kerajaan salah. Macam mana nak berbincang dengan orang macam begini?” katanya.

Beberapa pemimpin pembangkang semalam menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak menjemput mereka mendengar perutusan khas berkaitan ekonomi semasa negara dan tidak melakukannya di Parlimen

Tuesday, 20 January 2015

Hina Khutbah Jumaat Apa Muslihat Khalid Samad Tawar Debat @EricPaulsen101

Macam mahu ambil kesempatan Khalid Samad tiba-tiba merasakan dirinya lebih layak berdebat dengan Eric Paulsen Menggantikan Jakim.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad menawarkan diri untuk mengadakan forum terbuka dengan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berhubung isu ekstremisme sekiranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) enggan menyertainya. 
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, beliau bersedia menjadi wakil menggantikan Jakim bagi menjelaskan perkara sebenar dan kehendak Islam mengenai hubungan antara agama dan kaum di Malaysia. 
Katanya, jika Paulsen sendiri keliru dengan kandungan khutbah yang disediakan Jakim, tidak mustahil ada orang Islam turut terkeliru dengannya, maka penjelasan daripada Jakim amat diperlukan. 
"Sekiranya Jakim tak sanggup dan tiada wakil daripada Jakim yang sanggup maka saya boleh cadangkan diri saya sebagai wakil untuk berforum dengan Eric Paulsen dalam televisyen untuk menangani masalah apa yang dililhat sebagai usaha untuk menanam permusuhan antara Islam dan bukan Islam yang kononnya terkandung dalam khutbah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam.
Macam ada muslihat yang terselimdung? Apatah mengenangkan selama ini apa jua isu berbangkit dengan islam dipersoalkan oleh bukan islam. Acap kali Khalid Samad lebih selesa meneybelahi bukan islam atas menghormati pendirian PKR dan DAP.

Kali ini jika benar debat Khalid Samad berlaku dengan Eric dikhuatiri islam dimalukan lagi. Hakikatnya tidak perlu berlaku sebarang pendebatan kerana keburukan lebih banyak menghampiri. Apatah mustahil Eric akan keluar mengubah pendiriannya sekiranya dia kalah. Malah isu ini akan berlanjutan berpanjangan tanpa ada notah.

Matlamat utama kita hak menghormati sensitivi masing-masing berdasarkan peruntukan sedia ada. Sebarang pendebatan tidak akan mengubah sebarang keputusan dan niat mereka mencari salah islam. Apatah orang macam Eric telah menjadikan rutin harian untuk mencari apa sahaja salah islam di Malaysia. Dan didatangi pula Khalid Samad hanya akan memburukan keadaan bukan membantu mennyelesaikan masalah.

Edisi Kantoi Ramalan Malaysia Muflis Oleh Pakatan Rakyat - SYA

Isu Minyak , Ringgit Malaysia dan Ekonomi Malaysia

1. SYA hanyalah seorang insan yang biasa. Saya tidak akan mampu menguasai pelbagai ilmu dan serba tahu dalam segela bidang dan perkara. Saya tidak seperti pemimpin dan askar upahan Pakatan Rakyat yang selalu bertindak dan bersuara seolah - olah mereka adalah pakar dalam segala bidang.

2. Terdapat beberapa sahabat FB sebelum ini mahu saya berbicara tentang isu penurunan harga minyak global dan kesannya terhadap ekonomi negara. Saya tidak berani untuk memberi sebarang komentar dan penjelasan sebelum ini kerana saya belum lagi habis membuat kajian saya.

3. Apa yang memeranjatkan saya dalam kajian saya dalam isu ini adalah bidang ekonomi dan kewangan sebenarnya merupakan sesuatu yang amat tidak menentu. Tiada satu ramalan dan teori yang boleh dikatakan 100% TEPAT. Segala - galanya hanya berdasarkan kepada ramalan. Hanya Pakatan Rakyat yang lebih pakar daripada pakar ekonomi biasanya berani untuk memberi kepastian dalam segala ramalan mereka.

4. Dalam kajian saya , pakar dan entititi ekonomi dan individu yang berbeza akan memiliki pandangan dan ramalan yang berbeza dalam isu ini . Ramalan mereka juga bercanggah antara satu sama lain. Ada yang meramalkan penurunan harga minyak Globak akan menjejaskan ekonomi Malaysia dan ada pula yang meramalkan sebenarnya akan membantu ekonomi negara kita. Setiap individu dan entiti tersebut akan ada alasan , teori ekonomi , perkiraan dan ramalan masing - masing.

5. Malangnya , pihak Pakatan Rakyat hanya selalu akan mengemukakan teori yang tidak sihat untuk negara kita . Mereke hanya akan mempopularkan dan mempromosikan teori yang berpendapat MALAYSIA akan mengalami kemerosotan ekonomi hasil daripada harga minyak dunia yang semakin menurun dan tidak stabil. Rakyat yang tidak sedar atau kurang membuat kajian akan berpendapat bahawa teori ekonomi Pakatan Rakyat merupakan satu - satunya teori yang mutlak dan benar. Keadaan ini secara tidak langsung sudah menekan ' panic button ' walaupun sebenarnya ekonomi negara Malaysia tidaklah sampai tahap yang cuba digambarkan oleh mereka.

6. Bila RINGGIT Malaysia menjadi kuat dan meningkat maka mereka semua diam tidak terkata tetapi apabila RINGGIT Malaysia menurun sahaja maka mereka pula hendak riuh sekampung.

Ramalan Mengenai Ekonomi Malaysia Pada 2015

Asian Development Bank (ADB) - 5.3%
IMF - 5.2% GDP
Bank Dunia - 4.7%
Kerajaan Malaysia - 5.7%
Pakatan Rakyat - Krisis Ekonomi , Malaysia Muflis dan Sebagainya

Adakah penurunan harga minyak sedunia akan menjejaskan ekonomi Malaysia?

A. Jawapan ringkas maka adalah Jawapan Ya dan Tidak pada masa yang sama

B. Tidak - Walaupun negara Malaysia adalah negara yang untung melalui hasil jualan minyak tetapi kita perlu sedar bahawa negara kita hanya mengeluarkan sebanyak sekitar 600 000 ' oil barrel' pada setiap hari. Oleh itu , negara kita sehingga ke hari ini tidak diiktiraf untuk menjadi anggoto OPEC. Hanya negara yang mampu mengeluarkan minyak pada kadar tertentu akan diiktiraf sebagai pengeluar minyak. Hanya Anwar Ibrahim yang lebih pakar daripada OPEC yang menuduh Malaysia sebagai negara pengeluar Minyak. Dengan mudah teori ekonomi Anwar bahawa negara Malaysia adalah sebuah negara minyak maka HARGA MINYAK di negara kita perlu diturunkan.

C. Tidak - Kita juga perlu faham bahawa lebih daripada 90% minyak yang dihasilkan di negara kita sebenarnya adalah 'local comsumption' iaitu penggunaan dalaman. Oleh itu , kadar eksport minyak Malaysia ( jualan ) hanya sebanyak 4.5% daripada keseluruhan minyak yang kita ada dan hasilkan di negara kita. Keadaan ini menandakan 95.5% hasil eksport dan jualan negara kita adalah tidak berlandaskan kepada keuntungan hasil minyak .

D- Tidak - Kerajaan Malaysia akan jimat sekitar RM 37.7 billion subsidi minyak dalam budget 2015 apabila harga minyak dunia menurun. Ekonomi dan perakaunan adalah sesuatu yang bersifat holistik iaitu walaupun jualan eksport negara akan menurun tetapi pada masa yang sama kos perbelanjaan negara juga menurun pada masa yang masa maka kesan ini tidak akan sesekali memberi kesan dan impak yang besar terhadap negara. Apa yang hanya diceritakan oleh Pakatan Rakyat adalah sebahagian daripadanya sahaja. Mereka yang berbicara tentang penurunan jualan tetapi tidak langsung berbicara tentang penurunan kos.

E. Tidak - Disebabkan penggunaan dalaman negara iaitu our local oil comsumption adalah tinggi dan eksport kita hanyalah sebanyak 4.5% maka boleh dikatakan penurunan hasil jualan negara kita adalah lebih kurang berbanding dengan penurunan kos kerajaan menampung subsisi minyak. Bayangkan sebelum ini lebih daripada 90% pengeluaran minyak negara adalah penggunaan dalaman dan keadaan ini bermakna 90% ini disubsidi oleh kerajaan kita ? Kini apabila harga minyak menurun dan walaupun jualan kita terjejas tetapi setakat ini tiada kos diperlukan untuk subsidi minyak. Dalam mana - mana bisness sekalipun sekirannya kos operasi adalah rendah maka keuntungan syarikat secara langsung akan meningkat.

F. Tidak - GST. Ramai yang sebenarnya tidak mengetahui tentang GST. Dengan mudah teori pembangkang mempermudahkan adanya GST maka harga barang akan meningkat dan secara terus menghukum kerajaan BN . Sudah lebih daripada 97% daripada setiap negara yang wujud di dunia ini sudah mengamalkan GST. Daripada yang paling maju hingga yang paling mundur juga sudah ada GST. Adakah Pakatan RAKYAT , Anwar , Rafizi , Tony Pua dan RBA adalah lebih pakar daripada pakar - pakar ekonomi dan individu lain berbanding dengan 97% negara lain ?

GST sebenarnya pada masa yang singkat akan memberi kesan yang sedikit kurang baik terhadap ekonomi Malaysia tetapi dalam jangka masa yang panjang sebenarnya akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Seperti kita buat GYM. Bila mula - mula hendak bina badan memang susah ( badan dan otot sakit dan sebagainya ) tetapi kesan lamanaya adalah badan kita akan menjadi lebih sihat dan melalui segala kekusahan short term ini akan menghasilkan 'muscle' ( sesuatu yang baik ). Soal GST sebenarnya banyak fakta - fakta ekonomi yang boleh SYA kemukakan tetapi SYA memilih untuk menceritakan dengan cara yang mudah memalui pelambangan GYM , KESAKITAN SEMENTARA dan KEBAIKAN BERPANJANGAN ( Muscle ).

Ringkasnya ,GST akan meningkatkan hasil pendapatan negara. Oleh itu , apabila Pakatan Rakyat hanya mengatakan hasil Jualan Minyak terjejas tanpa melihat dan membandingkan dengan hasil sumber pendapatan yang lain dan terus menyebarkan ketakutan terhadap rakyat Malaysia seolah - oleh Malaysia akan mengalami krisis ekonomi dan sebagainya bukanlah sesuatu yang wajar.

Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) Chief Economist Douglas McWilliams juga berpendapat pengenalan GST akan mengurangkan defisit budget negara kita. ( hutang negara menurun ) .

Contoh : Anda adalah seorang peniaga. Anda menjual Pen A dan Pembaris B. Hasil jualan Pen A terjejas tetapi hasil Pembaris B meningkat dan pada masa yang sama kos operasi perniagaan anda menurun. Adakah perniagaan anda akan terjejas sehingga muflis ? Adakah anda perlu tutup kedai ?

Malaysia hanya akan mengalami masalah sekirannya kita mengikut segala suara ekonomi daripada Pakatan Rakyat. Jika tanpa GST dan kini jualan minyak terjejas maka dari mana kerajaan akan dapat hasil jualan yang lebih untuk menampung kerugian dalam hasil jualan minyak ?

Lebih mudah bayangkan pada hari ini hasil jualan Pen A anda terjejas dan anda tiada Pembaris B untuk dijual ? Apa akan berlaku terhadap syarikat dan perniagaan anda ?

G - TIDAK - Hasil minyak yang rendah dalam mana - maka teori ekonomi iaitu apabila harga murah ( maka permintaannya tinggi ) maka keadaan ini hanya menandakan peningkatan permitaan dan penggunaan minyak dalaman. Apabila harga minyak rendah juga maka kos operasi perniagaan di Malaysia juga adalah rendah. Keadaan ini hanya akan meningkatkan hasil dan pendapatan eksport negara dalam pelbagai sumber dan bidang.

H - Tidak - Walaupun terdapat perbezaan pendapat pakar berbeza terhadap kejatuhan harga minyak global terhadap negara Malaysia tetapi mereka memiliki persamaan pendapat bahawa harga minyak yang rendah ini adalah hanya bersifat sementara dan tidak akan sekali rendah untuk selama - lamanya mahupun untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu , bagaimana Pakatan Rakyat boleh memberi pendapat ekonomi yang mutlak iaitu Malaysia akan mengalami krisis ekonomi terhadap sesuatu faktor ekonomi yang tidak statik dan sesuatu yang bersifat sementara ( untuk jangka masa tertentu sahaja ) ?

I - Walaupun terdapat perbezaan ramalan pakar dalam keadaan ekonomi Malaysia tetapi kesemua pakar juga memiliki persamaan iaitu masa meramalkan terdapat pertumbuhan ekonomi Malaysia. Perbezaan hanyalah ramalan kadar pertumbuhan yang berbeza.

Asian Development Bank (ADB) - 5.3%
IMF - 5.2% GDP
Bank Dunia - 4.7%
Kerajaan Malaysia - 5.7%
Pakatan Rakyat - Krisis Ekonomi , Malaysia Muflis dan Sebagainya

Tiada satu ramalan setakat ini yang mengatakan Ekonomi Malaysia akan mengalami pertumbuhan negatif , bankrap , muflis dan pelbagai lagi tuduhan dan fitnah ekonomi tidak berasas daripada Pakatan Rakyat dan macai - macai mereka yang tidak berilmu dan berpengetahuan. Belajar tinggi - tinggi tidak mahu membuat kajian terhadap bahan kajian dan bacaan yang berbeza dalam isu ini tetapi sekadar mendengar dan mempercayai segala - gala yang dikakatan oleh Pemimpin mereka sebagai ilmu dan pengetahuan yang benar dan mutlak.

J. Tidak - Kejatuhan harga minyak juga akan merangsangkan sektor ekonomi lain di Malaysia iaitu sektor pembuatan , pembinaan , perkhidmatan dan sebagainya kerana kos operasi adalah rendah. Sektor pelancangan juga diramalkan akan meningkat.

K .Tidak - Kecekapan pengurusan ekonomi kepimpinan selama ini sudah pun lama tidak membuat perancangan jangka masa panjang iaitu dahulu apabila kita terlalu bergantung kepada sektor pertanian kepada kini tidak lagi bergantung kepadanya dengan memperkuatkan sektor ekonomi yang lain.

Begitu juga dengan kebergantungan terhadap minyak. Oleh itu , sebelum ini kerajaan BN demi kebaikan keseluruhan negara tidak menurukan harga minyak negara dengan meningkatkan subsidi seperti yang dituntut oleh Pakatan Rakyat. Secara perlahan Malaysia ekonomi Malaysia sebenarnya sudah mula untuk memperkuatkan sektor perkhidmatan di negara kita. Tidak lagi bergantung kepada satu sektor atau dua sektor sahaja.

PERLAMBANGAN : Ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang menyediakan anak - anak mereka untuk hidup berdikari pada masa hadapan dan bukannya hidup kebergantungan . Walaupun anak - anak akan lebih suka kepada ibu bapa seperti Pakatan Rakyat tetapi sekirannya mereka matang dan rasional maka mereka akan berpendapat ibu bapa seperti BN walaupun pahit pengajaran mereka tetapi apabila sudah mampu berdikari maka tiada lagi kepahitan mada ketika itu. Ibu bapa yang terlalu memberi gula gula kepada anak - anak akan akhirnnya menyebabkan mereka mengalami penyakit diabetes. Nikmat sementara tetapi kerosakaan seumur hidup.

L - Tidak - Eksport Meningkat. Permintaan dan Penggunaan Harga Minyak Meningkat ( jualan meningkat ). Kos Operasi Menurun ( tiada subsidi ). Hasil Pendapatan Bertambah ( GST ). Hutang Negara Berkurangan ( Subsisi / GST ) Sektor Ekonomi Lain Berkembang .

Adakah kesemua ini adalah petanda - petanda bahawa Malaysia akan muflis dan bankrap ? Kita tidak perlu menjadi pakar untuk mengetahui sama ada Pakatan Rakyat berakap benar atau membuat fitnah. SYA juga bukanlah seorang pakar ekonomi. Kita hanya perlu menjadi rasional dan berfikir dan kita akan mengetahui jawapannya. NAMUN BEGITU MEMANGLAH AMAT PAHIT UNTUK MENELAN HAKIKAT DAN KEBENARAN kerana adalah amat susah untuk ramai dalam kalangan anda menerima Hakikat bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya seorang PENIPU. Oleh sebab itu , anda tetapi degil untuk tidak mahu BERUBAH dan terus mati - mati mengatakan mereka adalah baik dan benar. Wahai penyokong - penyokong PR , anda seharusnya memegang slogan dan falsafah UBAH yang anda semua pegang selama ini. UBAHLAH sebelum terlambat.

Mengapa SYA tadi jawab YA dan TIDAK tetapi akhirnya memberi fakta - fakta dan penjelasan tidak ? Seperti SYA katakan tadi. Ekonomi dan Kewangan adalah sesuatu yang tidak statik. Tiada sesuatu ramalan mutlak. Boleh jadi Ya dan Boleh jadi Tidak.

Namun sebgai seorang rakyat Malaysia , tidak akan saya mempromosikan negara Malaysia akan mengalami kemerosotan ekonomi hanya berdasarkan kepada RAMALAN. Hal ini disebabkan dalam ekonomi juga pada masanya ramalan dan spekulasi yang mewujudkan sesuatu realiti. Kini sekirannya setiap rakyat Malaysia berpegang kepada ramalan PR maka bukankah keyakinan kita , keyakinan rakyat dan peniaga akan terjejas terhadap negara ? Keyakinan pelabur dan asing juga akan terjejas. Akhirnnya , bukan kejatuhan harga minyak yang menyebabkan kejatuhan ekonomi negara kita tetapi lebih kepada persepsi , kepercayaan negatif kita yang memyumbang kepada kejatuhan ekonomi.

Contoh : Tahun lepas terdapat ramalan bahawa Oktober 2014 Malaysia akan mengalami deficit trade oleh pakar - pakar tertentu. Akhirnnya pada bulan tersebut negara kita Mengalami SURPLUS TRADE sebanyak RM 1.2 billion .

Yang benar , Sya Shen Yee Aun

Isu Terkini

get this widget here