Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 27 April 2013

Video Paparan Suaram Membebaskan Timur Leste Secara Sulit


1. Timor Leste, salah sebuah negara merdeka paling muda di dunia, dahulunya ialah sebahagian daripada wilayah Indonesia yang dikenali dengan nama Timor Timur.

2. Sebelum dibebaskan secara rasmi oleh Presiden Gus Dur, kawan baik Anwar Ibrahim pada tahun 2002, wilayah ini mencatatkan pelbagai sejarahnya yang tersendiri dalam usaha mereka berdiri sebagai sebuah negara merdeka.
3. Ia bermula apabila seorang tokoh penting di sebalik usaha tersebut, dikenali sebagai Xanana Gusmao, menggerakkan kempen kemerdekaan daripada Indonesia yang ketika itu dipimpin oleh Presiden Suharto.

4. Gusmao turut mendapat sokongan pelbagai pihak asing termasuk sebuah NGO dari Malaysia iaitu SUARAM pimpinan Tian Chua dan R.Sivarasah. Melalui peranan aktif SUARAM inilah, Kuala Lumpur menjadi titik penting kejayaan tuntutan kemerdekaan Timor Timur pada 2002 itu.

5. SUARAM bertanggungjawab menganjurkan Forum Asia Pacific Conference on East Timor (APCET) Siri 2 pada 9 November 1999 selepas siri pertama yang diadakan di Manila, Filiphina pada bulan May, 1994.

6. Selain Malaysia yang diterajui SUARAM, gerakan menyokong kempen kemerdekaan Timor Timur ini turut mendapat perhatian Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa negara lagi di rantau Asia Pasifik.

7. Kempen ini sedikit sebanyak telah menekan kerajaan pimpinan Suharto, namun beliau masih bertahan daripada asakan tentera Gusmao sehinggalah krisis kewangan melanda rantau Asia Tenggara pada tahun 1998. Kerajaan Indonesia tidak mempunyai pilihan yang banyak bagi menghadapi krisis ini hingga terpaksa mengambil pinjaman kewangan daripada IMF.

8. Akibat tekanan melampau hasil gerakan reformasi rakyat Indonesia pimpinan Amien Rais (juga kawan baik Anwar Ibrahim), akhirnya Suharto dijatuhkan dan Presiden Gus Dur mengambil alih tampuk pemerintahan Indonesia yang baru. Seperti yang diketahui umum, perkara pertama yang dilakukan oleh Gus dur selepas bergelar Presiden ialah memerdekakan Timor Timur buat selama-lamanyanya. Sejak itu, negara baru merdeka ini mula berkembang sebagai pusat baru pengembangan agama Kristian di rantau ini dengan nama baru iaitu Timor Leste.

9. Bagaimanakah situasi ini berlaku sedangkan Suharto telah berjaya bertahan daripada melihat negaranya kehilangan sebuah wilayah yang besar seperti Timor Timur itu?

10. Inilah natijahnya apabila kerajaan yang dibentuk tidak memiliki kuasa pemutus mutlak atau majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Lebih parah bila kerajaan tersebut hanya tunduk kepada arahan atau tekanan dari dunia luar.

11. Meskipun Forum APCET II cuba dihalang oleh Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Saifuddin Nasution, namun usaha tersebut seolah-olah tidak membawa apa-apa makna kerana pada masa yang sama, ia menerima sokongan padu dari negara luar termasuk Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) seperti yang SB kemukan awal tadi.

12. Kesemua NGO asing yang terlibat dalam kempen ini pada masa yang sama pula mempunyai kaitan langsung dengan penyangak mata wang George Soros yang merancang kegawatan ekonomi di rantau ini pada tahun 1998. Di sinilah punca sebenar kejatuhan Suharto yang membawa kemerdekaan Timor Timur itu.

13. Rakyat Indonesia sendiri tidak percaya mereka akan kehilangan sebuah wilayah sebesar Semenanjung Malaysia dengan begitu mudah.

14. Kisah kemerdekaan Timor Timur ini sebenarnya mempunyai jalan cerita yang mirip dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu. Lebih memeranjatkan, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan penglibatan SUARAM dan Tian Chua sendiri dalam insiden tersebut.

5. Sekiranya Timor Leste berjaya membentuk sebuah negara merdeka hasil bantuan dan sokongan SUARAM, tidak mustahil ‘kejayaan’ yang sama boleh dicapai di Sabah. 

Video MCA Menyerang DAP ( Eng Subtitle )



Kenapa Anwar Cekap Menipu


HIMPUNAN HIJAU di Kuantan tahun lalu. Pada ketika itu, Anwar memberi jaminan kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat akan menutup loji tersebut bila berkuasa kelak. Sementara itu Aktivis Himpunan Hijau, Wong Tack juga minggu ini menyanggah kenyataan kononnya Anwar tidak lagi konsisten dalam pendiriannya mengenai projek Lynas.

7 MAC 2013 Anwar memberitahu media Australia, The Sydney Morning Herald, bahawa Lynas akan dibenarkan untuk meneruskan operasi mereka di Malaysia sekiranya ia selamat. Beliau juga berkata Pakatan Rakyat menggunakan isu Lynas untuk menimbulkan kemarahan rakyat, walaupun banyak bukti saintifik yang membuktikan bahawa kilang nadir bumi tersebut adalah selamat.


Itulah bukti yang cukup jelas yang Anwar selama ini hanya mencari salah sehingga mengabaikan tanggungjawapnya sebagai Punaisihat Ekonomi Selangor dan akhirnya habis bangkit rakyat Selangor saman Khalib Ibrahim.

Video Skandal Baru Bian vs Anwar Sarawak

Friday, 26 April 2013

Video Skandal Curang Dalam Pakatan Rakyat

Bongkar Video Langkah Awal PR Cetus ‘Malaysia Spring’

Letupan bom yang berlaku di Nibong Tebal dua hari lepas seharusnya membuka mata semua, bahawa ancaman pembangkang untuk mewujudkan ‘Malaysia Spring’ iaitu pemberontakan ala negara-negara Arab adalah benar. Penyokong-penyokong pembangkang yang sering menafikan bahawa pemimpin mereka sanggup mencetuskan pemberontakan ganas dan pertumpahan darah, kini wajar memikirkan semula perkara ini. 

 Bukan sekali pembangkang cuba menyemarakkan semangat ‘Arab Spring’, malah seruan ke arah ‘Dataran Tahrir’ juga telah berkali-kali kita dengar terutamanya dari Anwar Ibrahim sendiri. 

Antara yang terakam ialah: 

1. Pada 13 Januari 2013 Financial Times melaporkan kenyataan Anwar seperti berikut, “’Malaysian Spring’ sedang berjalan dan PR akan memenangi mana-mana pilihanraya yang adil”. Nampak benar yang Anwar secara sengaja memperlihatkan bahawa pilihanraya Malaysia tidak adil dan beliau bakal kalah bagi menjustifikasi pemberontakan ala Arab Spring.  

2. Pada 24 Februari 2013 dalam wawancara di Bangkok yang disiarkan oleh laman Inter Press Service (IPS), Anwar berkata, “Kita agak terlewat dalam memahami bahawa negara kita harus lebih matang dengan menghormati institusi demokrasi, hak untuk membangkang dan hak kebebasan. Dalam hal ini, ‘Arab Spring’, khasnya, adalah berguna bagi kita di dalam dunia Islam. Ia mempunyai impak bagi maksud demokrasi.” 

3. Pada 15 April 2013, dalam satu wawancara dengan US Business Channel, CNBC, Anwar sekali lagi menyebut mengenai ‘Arab Spring’ namun dalam nada yang agak ‘ringan’, katanya, “Apa yang kita perlukan ialah pentadbiran yang baik bagi mengukuhkan institusi demokrasi. 

Peralihan dalam demokrasi adalah melalui pilihanraya maka kita tidak boleh membandingkan dengan Timur Tengah atau ‘Arab Spring’”. Jelas, Anwar agak ‘cuak’ dan lebih berhati-hati akhir-akhir ini dalam memperkatakan semangat ‘Arab Spring’ yang sebelum ini begitu giat disemarakkannya di kalangan pengikut-pengikutnya. 

Namun, menyaksikan keganasan yang berlaku di sana sini, pergaduhan sehingga ada yang membawa maut, penemuan berbagai jenis senjata di kalangan pekerja pilihanraya pembangkang di Pulau Pinang oleh polis, termasuk kejadian letupan bom membuktikan bahawa Anwar bukan berjenaka atau berkias. 

Bukti juga boleh dilihat melalui siri demonstrasi-demonstrasi yang didalangi PR selama ini. Apa yang mengecewakan Anwar ialah ‘Malaysia Spring’ masih lagi gagal dilaksanakan kerana peserta tidak seramai yang dijangka, dan mereka-mereka yang sanggup mengganas pula tidaklah seramai mana. 

Berdasarkan kenyataan Anwar sendiri serta rentetan demonstrasi yang didalanginya, maka tiada sebab bagi penyokong pembangkang untuk terus menafikan niat sebenar pemimpin mereka iaitu untuk melihat Malaysia bermandi darah dan hancur lebur. 

Tidak perlu menidakkan hakikat ini kerana seruan ‘Dataran Tahrir’ dan ‘Arab Spring’ itu sendiri sudah cukup menjelaskan senario yang diinginkan mereka. Justeru, sebelum penyokong pembangkang membiarkan diri terbakar dek emosi bencikan kerajaan, wajarlah terlebih dahulu merenung nasib yang menimpa rakyat Mesir sesudah ‘Dataran Tahrir’. 


Dataran Tahrir bukan sahaja menyaksikan ramai yang terkorban, tercedera, hilang tempat tinggal, tempat kerja tetapi juga ekonomi negara terus merudum, pengangguran meningkat berkali ganda dan perniagaan lingkup. 

Rakyat Mesir kini secara terbuka menyatakan kekesalan apabila kerajaan baru ternyata lebih ‘tertutup’ dari yang sebelumnya malah sehingga ke hari ini masih belum mampu memulihkan keadaan. Hakikatnya, tiada satu pun negara-negara Arab yang melalui ‘Arab Spring’ yang memperlihatkan keadaan yang lebih baik dari sebelumnya. 

Maka, Malaysia tidak perlulah melalui nasib yang sama semata-mata untuk membantu Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
 
Bagaimana untuk menyakin anda dengan isu ini cuba tonton video ini..


Bongkar Cywar PR Manipulasi Kertas Undi Bocor

Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz awal-awal lagi sudah berpesan dan mendedahkan rancangan sulit PKR untuk menimbulkan huru-hara dalam PRU13 akan datang. Rancangan sulit ini cukup teratur dan terancang oleh PKR dan disokong beberapa NGO di belakang mereka yang terlibat dalam menguruskan proses pengundian. Mereka telah diberi latihan kepada Agen Mengundi, Agen Pengiraan Undi dan Agen Booth/Barong oleh NGO yang dipanggil Tindak Malaysia. 

Mereka diajar bagaimana untuk mewujudkan suasana tegang di beberapa kawasan yang telah dipilih kononnya untuk mengawal kesulitan undi. Mereka ini diajar supaya menjadi vokal dan mencabar Ketua Tempat Mengundi dalam usaha mewujudkan rasa tidak puas hati pengundi kepada SPR. 

Mereka ini diajar bukan sahaja di tempat-tempat tertentu milik kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan, malah sebahagian besar latihan telah diadakan di gereja-gereja. Ini semua hanya mempunyai satu matlamat iaitu menerbitkan persepsi negatif terhadap SPR yang kononnya tidak adil. Jangkaan serangan adalah sewaktu pilihan raya tetapi rupa-rupanya mereka telah mula menyerang sebaiknya sahaja penamaan calon selesai. Semalam segelintir pengguna media sosial pro-pembangkang menyebarkan tweet kononnya anggota polis telah mendapat kertas undi sebelum 30 April. 

Mereka mendedahkan kononnya anggota polis itu telah menunjukkan bukti kertas undi yang tertera nama dan lambang parti calon yang bertanding di kawasannya. Ini adalah strategi cybertroopers pembangkang untuk mencalit kredibiliti SPR seperti yang biasa mereka gunakan. Tetapi anehnya, sehingga ke saat ini, mereka tidak membuat sebarang laporan polis dan atau merujuk kes ini kepada pihak SPR. 

Peguam-peguam handalan PKR seperti N. Surendren, Latheefa Koya, Sivarasa dan pengarah Strategi, Rafizi Ramli tidak mengambil sebarang inisiatif dan hanya berdiam diri. Ini menunjukkan mereka juga tidak dapat untuk mensahihkan berita yang diputar belitkan ini walaupun mereka kaki belit. PDRM telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi untuk mematahkan fitnah-fitnah PR ini. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, polis akan menyiasat termasuk memanggil mereka yang terbabit dalam menyebarkan maklumat palsu itu. Polis mempunyai kuasa memanggil dan mengambil keterangan mereka yang didapati menyebarkan maklumat tidak benar dan boleh mendakwa mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Cukup-cukuplah puak-puak pakatan haram ini menyebarkan fitnah. Salam 1Malaysia Tolak Fitnah.

Thursday, 25 April 2013

Video Karpal Singh Tersembam Akibat Terkena Sumpahan Orang PAS ????

Itulah banyajk sangat menyakitkan jhati orang-orang PAS dan akibat bala datang CASH tapi hairan laa pulak UMNO yang didoa bala oleh puak-puak PAS tapi orang Pakatan Rakyat sering ditimpa bala yang bertimpa-timpa dari Azizan kemudian Nik Aziz dan sekarang Karpal pulak dah. Tak Lama lagi Pakatan Rakyat tersungkur huhuhuhuhuhuhu...

Video Kebodohan Nurul Izzah Hingga Memaksa PKR Mensucikan Semula


Nurul Izzah sudah terjerat dengan mainan persepsi yang menyebabkan rakyat marah dan hairan melihat sikap Nurul Izzah berpolitik kotor menyimpang dari kepentingan rakyat.

Kebodohan ini menyebabkan Pakatan Rakyat terpaksa bertindak mensucikan semula imej  kebododhan video ini. 

Sekarang Nurul Izzah mati akal dengan kesilapan sendiri Pakatan tiada pilihan untuk bersetuju dengan konsep kedai 1Malaysia hingga mereka sendiri bercita-cita memasukan dalam buku jinggay. 

Tetapi adakah DAP menyukainya? Video dibawah cukup jelas membuktikan tindakan Najib Razak melaksanakan kedai 1Malaysia bertepatan dengan kehendak rakyat. 

Cuma DAP tidaklah berasa selesa sangat dengan situasi bergini kerana kebanyakan penyokong kuat DAP, adalah peniaga besar terasa terancam dengan kewujudan kedai 1Malaysia.

Video Kezaliman Nik Aziz Yang Dihalalkan Di Kelantan


Nik Aziz boleh berpura-pura seumur hidud yang dirinya zuhud tetapi hakikatnya Nik Aziz paling kejam dan zalim di negeri pimpinannya sendiri...

90 Juta Durian Runtuh 3,225 Pekebun Kecil Getah Sarawak Menjadi Modal PKR Mengamuk

Seramai 3,225 pekebun kecil getah di seluruh Sarawak akan menerima insentif khas sekali bayar RM500 seorang secara berperingkat mulai hari ini hingga selewat- lewatnya minggu pertama bulan depan.

Menurut Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Sarawak Wahid Marican, pengagihan peruntukan berjumlah lebih RM1.5 juta itu bertujuan meringankan beban golongan tersebut berikutan kejatuhan harga komoditi berkenaan di pasaran.

“Bayaran bantuan khas sekali gus ini akan disampaikan kepada kirakira 400 pekebun kecil di Samarahan esok (hari ini) kemudian di Sibu, Miri dan Betong menerusi majlis penyerahan, tetapi sekiranya mereka tidak dapat hadir, maka kita akan masukkan terus ke akaun bank,” katanya pada sidang media selepas perasmian Seminar Integriti RISDA Sarawak di sini, semalam.

Wahid memberitahu, 3,900 pekebun kecil getah dikenal pasti namun hanya 3,225 yang layak dalam pembayaran peringkat pertama kerana selebihnya memiliki tanah lebih daripada 2.5 hektar.

Menurutnya, pihak RISDA juga sedang menunggu senarai tambahan daripada Jabatan Pertanian dan Lembaga Getah Malaysia (LGM), dan akan mengenal pasti pekebun kecil yang layak menerima insentif itu.

“Pembayaran peringkat kedua akan dilakukan selepas kita mengenal pasti pekebun kecil yang layak daripada senarai pihak LGM dan Jabatan Pertanian nanti,” katanya.

Di seluruh Malaysia, seramai 320,000 pekebun kecil yang layak menerima bantuan khas RM500 itu, membabitkan nilai keseluruhan RM160 juta.

Dalam perkembangan lain, Wahid memberitahu RISDA meluluskan peruntukan RM90 juta kepada 3,900 pekebun kecil bagi Bantuan Tanaman Pekebun Kecil, membabitkan tanah seluas 6,700 hektar di negeri ini.

Pekebun kecil yang layak akan menerima RM13,500 dalam bentuk benih, baja serta tunai yang akan diagihkan secara berperingkat.

“Untuk kira-kira 4,000 hektar tanah membabitkan lebih 2,000 peserta, sebanyak RM24 juta akan dibayar tahun ini,” katanya.

Sehubungan itu, Wahid menekankan amalan integriti di kalangan kakitangan RISDA khasnya yang membuat pemantauan atau pemeriksaan awal dalam memberi kelulusan bantuan-bantuan ditawarkan.

“Mereka mungkin terdedah dengan perkara tidak sihat, contohnya kalau satu kebun itu sebenarnya tidak layak tetapi dilaporkan layak dan kita di pejabat tidak mungkin dapat pengesahan 100 peratus.

“Ini yang perlu kita tekankan iaitu ketelusan dalam bekerja,” katanya.

RISDA negeri yang ditubuhkan di Kuching pada 2008 mempunyai pejabat di Kota Samarahan, Saratok dan Miri.

Selain pejabat tersebut, RISDA turut mempunyai 11 stesen dengan 182 pegawai seluruh Sarawak iaitu di Lundu, Kota Samarahan, Sri Aman, Saratok, Betong, Sarikei, Mukah, Kapit, Sibu, Miri dan Limbang


Read more:

Video Haji Hadi Terduduk Menurut Karpal Singh

Semasa hari penamaan calon, memang benar DAP mempunyai masalah soal penggunaan logo sendiri. Menyebabkan PAS sertamerta menawar penggunaan logo PAS sebagai ganti logo DAP di kertas undi.


Tetapi itu tidak berlaku kerana situasi yang sebenar ROS tidak pernah mengharamkan penggunaan logo DAP dalam kertas undi PRU13 walaupun CEC DAP sedang disiasat akan tahap sah pelantikan CEC DAP.



Sebenarnya kesediaan PAS menawarkan logo PAS adalah semata-mata mengharapkan DAP berlembut menerima sepenuhnya kehendak PAS terutama soal menegakan hukum Hudud. Sayangnya semalam Karpal Singh dalam penyataan di Facebooknya pada jam 3.15 petang mengatakan meskipun DAP menghargai tawaran PAS untuk menggunakan simbol parti itu (PAS), ketika DAP mempunyai masalah mengguna lambang sendiri pada hari penamaan calon. ia tidak bermakna DAP menerima dasar islam termasuk hudud.



Menurut Karpal, DAP sudah nyatakan pendirian tetap menolak dasar PAS termasuk hukum hudud dilaksanakan dalam negara, apatah lagi untuk mewujudkan negara islam.



Situasi ini menjadi lebih rumit apabila Harun Din sendiri mengakui masalah ini tidak dapat diselesai melalui kenyataan akhbar semata-mata. Tetapi walaupun kenyataan Harun Din ada kebenarnya tetapi bila masakah DAP bersedia mendengar suara PAS dan bersidang sebulat semeja untuk membicarakan soal negara amat jauh sekali.



Walaupun diambang hari mengundi di PRU13 PAS sengaja mengwar-warkan Haji Hadi bakal Perdana Menteri dan kononnya telah dipersetujui oleh DAP. Jelas membuktikan satu karangan penyedap halwa telinga pengikut PAS. Kerana dari kenyataan Karpal Singh membuktikan kepekatan hati Karpal menolak pejuangan PAS adalah keras tanpa dapat diubah walaupun setitik dari hatinya.



Oleh itu PAS tetap sebagai kaldai dan terus-menerus menjadi hamba suruhan Pakatan Rakyat. Kerana dalam soal ini, pakej yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim lebih mengujakan DAP berbanding PAS. Lihat keberanian Anwar Ibrahim.



Majlis Syura Pas mengenai kalimah Allah menimbulkan polemik. Dalam hierarki kepimpinan Pas, Majlis Syura adalah kuasa tertinggi mengatasi yang lain termasuk pendirian Presiden. Pendirian Presiden mengenai persetujuan awal dalam kalangan pimpinan tertinggi pakatan pembangkang sepatutnya dengan sendirinya terbatal.

Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pakatan Pembangkang telah menyatakan pendirian yang sama adalah sebenarnya pendirian Anwar yang mahukan pendirian awal Abdul Hadi Awang kekal sebagai pendirian pakatan.Jika ini isunya kepimpinan pakatan pembangkang menghadapi dilema besar. Karpal Singh juga meminta Abdul Hadi menimbang semula pendirian sementara Lim Guan Eng yang mencetuskan isu ini enggan menyatakan pendiriannya meskipun dibantah oleh umat Islam

Akhirnya disaat-saat menjelang PRU13, atas saingan keberanian Anwar, akhirnya mendorong Haji Hadi pun bertindak dengan cara yang sama tetapi bagaimana dengan majlis syura? Huhu ada Haji Hadi kesah...... Pecah Palak Mikir

Video Kebiadapan Ustaz PAS Hina Ulamak UMNO Miskin Hina

Inilah tahap kebiadapan dan keangkuhan Ustaz PAS yang bagus sangat menghina Ulamak dengan yat-ayat mencerca kerana miskin.. Saksikan sendiri dan almaklumlah ini wajah Nik Aziz yang kaya rupanya.




 Yang diatas itu tidak menggambar yang dibawah.


Video Gempar Abdullah Saamah DiBayar RM2.1 juta Untuk Sokong Umno

Bahagian kedua Temuramah DT Bersama Abdullah Saamah dimana tokguru menjelaskan yang beliau sudah mula mengkritik cara Nik Aziz dan Pas yang dilihatnya sudah lari dari perjuangan asal bila Pas berpakat dengan Dap jauh lebih awal sebelum kerajaan pusat menyumbangkan dana RM2.1 juta bagi tujuan membangunkan Pondok Geting.

Video Letupan Diceramah Nibong Tebal




Nibong Tebal: “Ini perbuatan seorang profesional dan mahir menghasilkan bahan letupan,” kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengenai kejadian letupan di majlis kempen Barisan Nasional (BN) di Taman Jawi Jaya, di sini, kelmarin, menyebabkan seorang petugas parti itu cedera di kaki.

Kejadian itu berlaku jam 10.15 malam ketika Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan memberi ucapan di depan lebih 3,000 orang sebelum dikejutkan bunyi letupan kuat dari arah belakang pentas.

Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati bunyi itu berpunca daripada bahan letupan yang disembunyikan dalam longgokan sampah di belakang pentas.

Menurutnya, bahan letupan itu diisi dalam bekas sebesar kotak rokok dan mempunyai penetap masa.

Siasatan mendapati bahan letupan itu dihasilkan semata-mata untuk menghasilkan bunyi dan juga gelombang kuat.

Letupan di Nibong Tebal membuktikan pembangkang mula menggunakan taktik-taktik berunsur keganasan untuk menumbangkan BN. Semalam, seorang jurukamera RTM dipukul oleh penyokong PAS di Gua Musang. Beliau kemudian telah meninggal dunia Walaupun Anwar Ibrahim menafikan beliau menghasut rakyat untuk “Malaysian Spring”, bibit-bibit keganasan mula dibawa oleh penyokong-penyokong PR kerana terpedaya dengan retorik dan hasutan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Tian Chua & Mat Sabu. Rakyat Malaysia harus menolak ekstremisme yang dibawa oleh PR agar keharmonian negara dapat terus dikekalkan.

Kedua-dua kejadian ini membuktikan bertapa terdesaknya Pakatan Rakyat untuk memenangi PRU13. Hingga sanggup melakukan apa sahaja demi ke Putrajaya.

Adakah ini sabagai amaran untuk menakutkan rakyat dari menghadiri ceramah-ceramah kempen PRU13 Barisan Nasional?

Oleh itu langkah-langkah ketat perlu dipertingkatkan demi kepentingan bersama.
  1. Memperketatkan kawalan keselamatan semasa ceramah
  2. Kawalan ketat di kawasan substation
  3. mengawal dan memantau kereta yang masuk pakir disepanjang jalan dan kawasan ceramah
  4. Sentiasa peka dan mempunyai talefon berkamera untuk mengambil apa sahaja bukti jika disyaki sesuatu yang mengancam
Ini penting kerana kita sedang menghadapai satu lagi tindakan tidak bertamadun dari puak-puak yang tidak pernah memikirkan kepentingan bersaing secara matang dan berakal.

Video Sanusi Bongkar Pekung Anwar Ibrahim Dari Seusia 12 Tahun

Melayu itu bukan rupa, bukan kulit, bukan bahasa dan bukan orang,

Melayu Itu Alam, Dunia Pemikiran Ketuhanan.

Melayu Itu Budaya Yang Memerintah

Kemanakah arah tuju melayu kalau tidak kepada anak cucunya.kita orang melayu bangsa yang tidak mementingkan diri sendiri tetapi menilik jauh akan nasib keturunan kita.

Video Sengketa Antara Anwar Dan Azmin Tentukan Kroni





PKR akan memecat lebih 20 ahlinya yang bertanding sebagai calon Bebas, jika tidak memohon maaf dan menarik diri sebelum jam 5 petang esok, kata Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Lembaga Disiplin masih berbincang dengan mereka. Sebagai Presiden Keadilan, saya meminta lebih 20 ahli yang bertanding sebagai calon Bebas menarik diri dan meminta maaf kepada parti sebelum jam 5 petang, esok 25 April 2013.

"Kita harus bersama parti dan rakyat menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang media di Pejabat PKR hari ini.

PKR menerima tamparan hebat apabila puluhan ahlinya menolak keputusan parti untuk meletakkan individu tertentu sebagai calon pada PRU kali ini.

PKR sebelum ini dihambat kontroversi apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, R. Sivarasa dikatakan 'menukar' calon pilihan Majlis Pimpinan Negeri (MPN), tanpa sebarang perbincangan.

Sumber memberitahu, Azmin meletakkan kroninya di kerusi tertentu yang dipercayai untuk tujuan pemilihan parti pada masa akan datang.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan beberapa kali membatalkan program ceramahnya bagi meredakan kemarahan pemimpin negeri bersabit isu itu.

Sumber itu juga memberitahu Anwar dikatakan 'terlalu marah' kepada Azmin dan cuba memperbetulkan keadaan itu, namun terlambat. 

Natijahnya, PKR dikejutkan dengan puluhan ahlinya tampi sebagai calon Bebas pada hari penamaan calon 20 April lalu.

Antara pemimpin akar umbi PKR yang menawarkan diri sebagai calon Bebas adalah Ketua Cabang PKR Tapah, Ridzuan Bani, Ketua Cabang Tanjung Malim, Mejar (B) Kamal Badri Tak M Zainudin dan Timbalan Setiausaha PKR Pahang Kamarzaman Mohd Yunus. Sumber

Wednesday, 24 April 2013

Video Kenapa Dr Juanda Tidak bertanding Tiket PKR

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menegaskan bahawa undi beliau bukanlah satu rahsia kerana sejak dahulu lagi beliau sememangnya telah memilih Barisan Nasional (BN)

Jelasnya, ramai orang yang hanya tahu mengkritik tetapi apa yang dikritiknya dan bagaimana untuk melakukannya tidak pernah difikirkan.

"Agama perlu ditegakkan tetapi siapa orang yang menegakkan agama itu? Negeri yang nak buat hudud pun sampai sekarang masih tak laksanakannya walaupun sudah berpuluh tahun berlalu dan mentadbir kerajaan.

PKR Kantoi Temberang Tanah Hak Adat Bumiputera NCR

Pakatan Rakyat beria-ria menyerang Barisan nasional di Sarwak dengan modal Tanah Hak Adat Bumiputera yang lebih popular dikenali sebagai NCR. Dengan kemenangan 3 kes makamah oleh barua Bian dalam jumlah pampasan sudah cukup buat Baru Bian menjadikan modal menjaja cerita. hakikatnya NCR di Sarwak tidaklah seperti yang digambarkan oleh Pakatan yang ketandusan idea untuk menyerang Barisan Nasional.

Keluasan NCR di Seluruh Sarawak melalui rekod JTS (Jabatan Tanah Dan Survei) keluasan dianggarkan lebih kurang 1.5 hektar.

Jumlah ini mewakili sebanyak 12% daripada keseluruhannya sebanyak 12.4 juta hektar keluasan tanah di Sarawak.

Tujuan penyukatan keliling tanah NCR dibawah inisiatif baru bukanlah merupakan sesuatu yg baru tetapi merupakan usaha yang telah dilakukan sejak pada tahun 1968 lagi yang dulunya dikenali sebagai Operasi penyelesaian.

Sebanyak 190,000 surat hak milik tanah dgn keluasan 270,000 hektar kepada individu yang menuntut tanah NCR,

Sebelum inisiatif ini dilakukan , kir-kira 2,577 lot berkluasan lbh krg 29,144 hktr tlh diukur dan diwartakan sbg Rizab Gunasama Bumiputera dibawah seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) utk kgunaan spt rmh pjg kmpg, ptanian dan tnh kubur.

Ini juga merupakan usaha bterusan bagi memenuhi permhonan rakyat utk mgukur tanah NCR dan juga bertujuan bagi memenuhi permohonan rakyat untuk mengukur tanah NCR.

Ia telah diumumkan PM pada 22.Julai.2010 dan akan dilaksanakan spjg tmpoh RMK-10 (2011-2015)

Objktif utama bagi mendokumenkan rekod pemilikan tanah NCR yg ddftr kan d JTS.

Inisiatif ini yang dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu membuat ukuran tanah dan sterusnya diwartakan sebagai Rezab Guna sama Bumiputera dibawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN), dimana pemilik tanah melalui komuniti masing-masing hendaklah membuat permohonan kepada JTS untuk pengukuran dibawah inisiatif baru ini dan juga membuat pengukuran secara individu ke atas tanah yang telah diwartakan dibawah Seksyen 6 KTN untuk dikeluarkan hak milik dibawah Seksyen 18 KTN. Pengukuran ini akan dijalankan setelah penuntut mengenal pasti sempadan masing-masing dan bebas daripada sebarang pertikaian.

JTS telah menyukat sebnyak 328,705 hektar mlibatkn 242 kws disluruh negeri(yang dwartakan 144,93 hektar di 126 kws) bmula OKT 2010 sehingga kini. Dan bilangan penduduk mdpt hasil(faedah) pngukuran seramai 228,156 org.

Faedah yang diperolehi melalui tanah yg tlh diukur dan dwartakan akan sah dr sgi perundangan dan mmberi pengiktirafan thdp tanah NCR.

Ia juga telah disukat dan dtanda smpadan d lpangan strsnya kddkan dpt dtnjukkan dalam pelan/peta JTS, dengn adanya ini, ia blh mgelak dari sbrg pertindihan tuntutan dan pencerobohan dpd phak luar.

Ia juga akan memudahkan pemilik tanah memajukan tanah NCR mreka scr usaha sama dgn agensi pbngunan tanah spt FELCRA,RISDA dan lain2.

Ada beberapa pihak yang melemparkan tuduhan dan mendakwa bahawa tanah NCR menjadi tanah Rezab kerajaan dan mengakibatkan status hak adat bumiputera hilang adalan\h merupakan tuduhan yang tidak berasas kerana hak tanah NCR kekal wujudnwalaupun ia telah pun diwartakan dibawah Seksyen 6 KTN.

Ia secara perundangan telah disahkan dan diiktiraf terhadap tanah NCR dan ia telah disukat dan ditanda sempadan di lapangan dan seterusnya dapat ditunjukkan di dalam pelan dan peta di pejabat JTS.

Melalui Artikel 13 Perlembagaan persekutuan, dengan jelas telah menyatakan bahawa mana-mana tanah yang dimiliki oleh individu yang diambil balik oleh kerajaan akan dibayar pampasan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada sekiranya diambil balik.

Ada pihak yang tertentu menyatakan dakwaan tanah yang telah diwarta dibawah seksyen 6(Rezab Gunasama Bumiputera) adalah tanagh guna sama dan bukan dimiliki inndividu adalah tidak benar kerana pemilik tanah tersebut masih lagi memiliki hak keatas tanah masing-masing yang diwartakan.

Sempadan individu adalah dikenal pasti dan dipersetujui konsesus. Dan ada juga pihak yang beranggapan bahawa tanah yang telah diwartakan sebagai tanah gunasama akan dimiliki oleh ketua kaum dan bukan penuntut tanah, dan kenyataan ini sama sekali tidak benar.

Hakikatnya ia merupakan tanah milik pelbagai individu dalam komuniti yang sama dan sepatutnya ketua kaum yang memainkan peranan.

Namun yang demikian masih ramai lagi yang sangsi dengan inisiatif ini, para pemilik tanah NCR melalui komuniti masing-masing dan tampil kehadapan memberi sokongan serta kerjasama dalam pengukuran dibawah seksyen 6 KTN.

JTS akan memperjelaskan untuk menggalakkan permohonan serta pengeluaran surat hak milik individu dibawah seksyen 6 telah dilakukan. Oleh yang demikian diharap pihak yang berkenaan mmberi sokongan sepenuhnya keatas usaha baik kerajaan ini.

Video Sedih Angkara PAS Mayat Diselam Dalam Sungai

Tuesday, 23 April 2013

Video Terbaik Mukhriz Punyai Seni Rayu Undi Tersendiri

Video Fathul Bahri Tawan Sanglang

Terbaik Fathul Bahri sudah tunjuk taring di Sanglang

Sinchew Daily News Dedahkan Barisan Nasional Telah Menang Besar Sebelum Pengundian

Penamaan pencalonan telah pun tetap, siapa yang akan menguasai kerajaan, sama ada Pakatan Rakyat ataupun BN, PRU kali ini adalah satu cabaran yang amat besar.

Dalam penamaan calon kedua-dua belah pihak juga ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, tetapi Pakatan Rakyat kelihatan lebih mundur kebelakang sedikit. Dalam kerusi parlimen sebanyak 222 kerusi yang ditandingkan, BN tanding 221 kerusi, Pakatan Rakyat tanding 223 kerusi, satu kerusi berlaku pertindihan.

Kali ini BN tidak lagi berpeluang menang tanpa bertanding mana-mana kerusi, sebaliknya pada saat akhir calon bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas calon BN tarik diri, BN telah hilang 1 kerusi, tetapi Ibrahim Ali calon Bebas lebih condong kepada BN, jika sebaliknya Ibrahim Ali menang, pasti BN akan dapat kembali kerusi itu.

Naib Ketua Wanita UMNO Kamilia Ibrahim bertindak dengan tiket bebas bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, menyebabkan UMNO rasa bengang, sudah tentu kerusi Parlimen Kuala Kangsar tetap tidak akan terlepas dari tangan BN.

Jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat lebih banyak masalah dalam pembahagian kerusi, Pas dan PKR masing-masing saling meletakkan calon bertanding kerusi Parlimen mereka di Labuan. Pecah tiket undi, pastinya Pakatan Rakyat kalah sebelum bertanding kerusi Parlimen di Labuan.

Pakatan Rakyat tanding di 6 kerusi DUN di kawasan Ledang, Kota Putera, Seberang Tasik, Kota Damansara, Sungai Aceh dan Panti, mereka saling berlaga bertanding 3 penjuru dengan BN.

Selain dari itu ahli Veteran DAP Sim Tong Him bertanding sebagai calon 2 kategori, beliau bertanding di kerusi Parlimen atas tiket DAP dan bertanding di kerusi DUN atas tiket bebas, menyebabkan keadaan pilihan raya di negeri Melaka dalam keadaan kebimbangan. Dimana DAP hanya bertanding di 2 kerusi Parlimen dan 8 kerusi DUN di Melaka.

Selain dari itu, negeri Deposit BN di negeri Sabah, kini berlaku perbalahan antara parti dalam Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat tidak dapat capai kata sepakat untuk mencabar BN, menyebabkan kerusi Parlimen di Sandakan dan Tanjung Batu sahaja lawan satu sama satu, ini menyebabkan BN mananti untuk menuai hasilnya, kerusi Parlimen hanya ada 25 kerusi di negeri Sabah, dimana BN lebih berpeluang untuk menang besar.

Dari segi pertandingan kerusi Parlimen, UMNO masih lagi peneraju untuk BN, kerana MCA telah pinjamkan 3 kerusi Parlimen termasuk ditambah satu lagi kerusi di Sabah, dimana sebelum ini UMNO hanya ada 117 kerusi kini menjadi 121 kerusi Parlimen yang akan ditandingkan, bermakna UMNO menguasai lebih banyak kerusi daripada 222 kerusi yang akan ditandingkan, jika semua kerusi yang UMNO tandingkan menang, UMNO boleh memerintah secara solo. UMNO juga menguasai 338 kerusi DUN daripada 505, dengan nisbah 66.9 peratus.

Parti ranking kedua dalam BN ialah MCA sebanyak 37 kerusi Parlimen yang ditandingkan, ranking yang ketiga ialah parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak tanding 14 kerusi Parlimen, seterusnya Gerakan 11 kerusi, dan MIC 10 kerusi.

Pakatan Rakyat pula, PKR masih unggul sebagai big brother bertanding 99 kerusi, Pas 73 kerusi dan DAP 51 kerusi. Dimana kerusi DUN Pas tanding 236 kerusi, PKR 172 kerusi dan DAP tanding 102 kerusi.

Ini bermakna kekuatan BN ialah pada UMNO, dimana kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada PKR dan Pas, ketiga-tiga parti ini cuba merebut lebih banyak kerusi daripada pengundi. Jika dilihat dari segi kekuatan ahli bawahan, UMNO lebih unggul dan Pas yang kedua unggul, yang ketiga adalah PKR.

Jika sebarang yang tidak diingini berlaku, ia akan membawa impak yang sangat besar, dengan itu langkah untuk masuk ke Putrajaya akan ada persaingan di antara ketiga-tiga parti. Walaupun DAP dalam masyarakat Cina kelihatan begitu hebat, tetapi hanya mampu bertanding di 51 krusi parlimen dengan nisbah tidak sampai 23 peratus, jika DAP menang semua kerusi yang ditandingkan, jika menang semua kerusi sekalipun DAP terpaksa mohon restu dari rakan-rakan parti.

Berlaku perkara yang tidak pernah terjadi dalam sejarah, kini seramai 270 calon bebas akan bertanding, sebanyak 90 kerusi Parlimen lawan 3 penjuru, hanya 132 kerusi tanding satu lawan satu. Mungkin calon bebas akan tarik tiket-tiket undi penyokong Pakatan Rakyat, ini tidak menguntungkan kepada Pakatan Rakyat.

Contoh garisan pecut untuk larian ke Putrajaya hanya 400 meter, permulaaan larian Pakatan Rakyat kurang elok, sama ada boleh menang ataupun tidak, ia perlu pecutan di garisan penamat yang terakhir.

Sinchew Daily News
Perkara: antara BN dan Pakatan Rakyat?
Ruangan: Opinion Corner m/s 22
Tarikh: 22 April 2013 (Isnin)

Terjemahan:
Hassan Tiong Abdullah
22 April 2013

Terbongkar TAKLIMAT SULIT SUARAM & EMEL MARINA CHIN BELI GLOBAL WITNESS


Ini dia dokumen dan transkrip emel yang membuktikan bahawa Global Witness telah dibeli untuk menganggu gugat politik Sarawak serta taklimat Scorpene yang mendedahkan isu ini dicipta untuk dijadikan peluru sempena kempen PRU13.







Monday, 22 April 2013

Kenapa Huazong Beralih Arah Dari DAP Ke Barisan Nasional Najib


Persekutuan Persatuan Cina Malaysia(Huazong) mahu pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan mandat baru untuk memimpin negara bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan kukuh.

Timbalan Setiausaha Agung merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan Strategi Huazong, Prof Dr Chin Yew Sin berkata, semenjak Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada April 2009, beliau telah membuat perubahan berani dan inovatif untuk memastikan Malaysia mencapai wawasan menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata, pencapaian penting Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) semenjak pengenalannya, menunjukkan komitmen kukuh pentadbiran Barisan Nasional (BN) dalam mencapai sasaran itu.

Beliau berkata negara kini pada pusingan terakhir untuk mencapai wawasan 2020 dengan hanya tujuh tahun sahaja lagi, dan pada peringkat kritikal ini, perubahan kerajaan adalah tidak perlu.

"Sementara Malaysia bergerak menuju negara berpendapatan tinggi di bawah ETP, sektor swasta akan membiaya 92 peratus daripada pelaburan, sementara kerajaan mengambil bakinya dalam langkah mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

"Langkah menjadikan sektor swasta pemacu pembangunan akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang akan mendorong pengurangan defisit bajet,"tambah Chin.

Chin juga berkata, di bawah pentadbiran Najib, pendapatan isi rumah rakyat Malaysia telah meningkat daripada RM4,300 beberapa tahun lepas kepada RM5,000 sekarang.

"Saya yakin di bawah BN, menjelang 2020, Malaysia akan menjadi negara maju keempat di Asia, selepas Korea Selatan, Jepun dan Singapura, tidak termasuk Taiwan dan Hong Kong," katanya. - Bernama

Video Sambutan Luar Biasa Ustaz Fathul Bahri Di Sanglang

Alhamdulillah, masyarakat Sanglang menerima UFB sebagai wakil mereka. Semoga dipermudahkan

Video PRU13 Punca Parlimen Kota Raja Isu Sabotaj Ahli PKR Sendiri

Bekas pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar sudah sah bertanding dalam PRU-13 inidi Parlimen Kota Raja sebagai calon Bebas dalam pertarungan 4 penjuru yang turut melibatkan BN, PAS dan seorang lagi calon Bebas. 

Uthayakumar juga mencalonkan dirinya di DUN Seri Andalas yang dipertahankan oleh PKR melalui penyandangnya Dr Xavier Jayakumar A/L Arulanandam dalam pertandingan 5 penjuru. Lebih menarik lagi di kerusi yang sama, seorang bekas pemimpin PKR, Kottappan A/L Suppaiah serta mencabar Xavier menjadikan pertarungan di DUN Sri Andalas cukup sengit. 

Pada PRU 12 2008 yang lalu, Parlimen Kota Raja dimenangi oleh PAS manakala DUN Sri Andalas dan Sri Muda dikuasai PKR, masing-masing dengan majoriti yang cukup besar kerana mereka mendapat laba hasil manfaat undi protes oleh pengundi keturunan India terhadap BN tika itu. 

Namun kemudiannya, pasca PRU 12 menyaksikan masyarakat India semakin ramai berpaling arah meninggalkan PR, antara faktor pendorongnya ialah isu Kampung Buah Pala dan layanan diskriminasi oleh PR. 

Ternyata selama ini PR hanya mengambil kesempatan semata-mata untuk kepentingan politik tanpa berusaha menambah baik kehidupan masyarakat India. Dengan kemunculan Uthayakumar sebagai calon Bebas di Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Andalas, jelas sekali ia satu perkhabaran buruk buat PR. 

PRU kali ini pastinya menyaksikan PR berdepan masalah besar untuk meraih undi masyarakat India. Semasa proses penamaan calon pada 20 April 2013, agak ketara tanda-tanda kemerosotan sokongan masyarakat India kepada PR apabila kehadiran mereka amat sedikit bilangannya dibandingkan penyertaan kaum itu yang agak besar jumlahnya bersama BN. 

Ini mengesahkan lagi senario sudah berubah dan PR bakal berdepan tugas sukar untuk menahan arus perubahan yang berlaku ini. Jika ia berterusan, nescaya khabar buruk itu bakal menjadi igauan bila mana kelak banyak kerusi PR terbang melayang.



PRU13 Video PAS Upah Jentera Bawah 15 Tahun Berkempen

Inilah bukti PAS terdesak mengejar kuasa ke Putrajaya sehingga sanggup mendidik budak di bawah umur menjadi taksub tanpa berfikir. Pendekatan menanam doktrin anti kerajaan dari usia semuda 15 tahun akan menjadikan kanak-kanak taksub tampa mampu berfikir sendiri. Kaedah tidak bertanggungjawap ini akan merosakan negara dikemudian hari.


Budaya ini berlaku kerana ajaran-ajaran seperti Nik Aziz ini hingga mendorong ibu-bapa yang sudah lama tertanam doktrin yang dibenihkan Nik Aziz dan diwarisi kepada generasi didikan mereka akhirnya. Tidak mustahil di Malaysia bakal menjadi perperangan saudara jika situasi ini tidak dikawal.

Video Azizan Menggeletar Terkejut Dicabar Sepupu Sendiri


Antara yang menarik dalam penamaan calon semalam ialah berita mengenai YAB Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah bakal berhadapan dengan sepupunya, Mohd Fadzillah Mohd Ali di DUN Sungai Limau pada PRU-13. Mohd Fadzillah telah lama menempa nama sebagai Arkitek yang berjaya di Alor Setar dan rumahnya juga tidak jauh dari rumah kediaman Azizan sendiri di Jalan Sultanah iaitu rumah pusaka ibu mertua beliau.

Lebih menarik ialah Mohd Fadzillah merupakan adik kepada Dato’ Mohd Fuad Mohd Ali yang juga Pegawai Kewangan Negeri Kedah. Dato’ Fuad telah pun berkhidmat dengan kerajaan negeri sejak di zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi. Perkhidmatannya disambung terus walaupun PAS telah mengambil-alih negeri Kedah.

Walaupun Azizan dan Dato’ Mohd Fuad adalah sepupu, tetapi perbezaan ketara di antara mereka adalah dari segi sikap dan keperibadian.

Keluarga Dato’ Mohd Fuad, termasuk adiknya Mohd Fadzillah, terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santun. Mereka jarang sekali meninggikan suara yang mana merupakan sifat yang amat bertentangan dengan Azizan. Mereka juga dikatakan antara ahli keluarga Azizan yang tidak jemu berusaha memberi nasihat dan teguran atas segala kepincangan pentadbiran negeri, tetapi sering diketepikan sahaja oleh Azizan.

Mungkin atas kekecewaan kerana gagal menasihati abang sepupu merekalah maka, Mohd Fadzillah bertindak menyahut cabaran menentangnya dalam PRU kali ini.

Rakyat Kedah, secara umumnya sedia maklum bahawa kaum kerabat Azizan rata-ratanya adalah penyokong UMNO. Maka tidak hairanlah beliau mengambil pendekatan yang cukup mesra dengan UMNO yang mana memeningkan kepala kepimpinan PAS.

Namun, kerana pendekatan yang samalah maka ramai di kalangan rakyat Kedah berpendapat jika Azizan bijak mengurus negeri, maka soal UMNO atau PAS sudah tidak penting lagi.

Silapnya Azizan ialah beliau tidak pandai mentadbir, enggan mengambil peduli segala rungutan rakyat serta menafikan segala masalah yang berlaku. Keangkuhan dan ‘egonya’ adalah terlalu tinggi, sama seperti semua Ulama-ulama PAS yang lain. Akibat enggan mendengar nasihat, maka keadaan ekonomi Kedah semakin hari semakin parah.

Keadaan ini menyebabkan ramai yang mula bangkit untuk menentang beliau termasuk ahli keluarga sendiri demi untuk menyelamatkan negeri.

Dari segi ‘trend’, rakyat Kedah bukanlah jenis taksub seperti Kelantan. Rakyat Kedah sukar dijangka kerana apa saja isu mampu menukar fikiran mereka dengan sekelip mata. Walaupun secara umumnya, Kedah masih jauh ke belakang dari segi sosial dan ekonomi, sekali gus mentaliti, tetapi itu bukanlah ukuran kebijaksanaan dalam menentukan undi.

Rakyat Kedah hanya menginginkan pemimpin yang ikhlas dan berkelayakan untuk membawa mereka ke hadapan. Justeru, penampilan Mohd Fadzillah dari kalangan professional di kawasan yang sekian lama dikuasai Azizan, untuk berhadapan dengan pengundi yang terdiri dari ahli keluarga dan kaum kerabat mereka sendiri, mungkin mampu membuktikan pendapat penulis mengenai sentimen sebenar rakyat Kedah yang sudah muak dengan politik murahan.

Sedikit ‘gangguan’ yang mungkin berlaku ialah kewujudan dua calon Bebas yang turut bertanding di kawasan berkenaan.

Walaubagaimanapun, kita yakin yang Mohd Fadzillah mampu menarik hati pengundi dengan menawarkan mereka perkhidmatan yang lebih baik dan lebih cekap dari apa yang mampu dilakukan oleh abang sepupunya.

Video 60 Ribu Warga Cina Bersama Michelle Yeoh Sokong #Najib4PM

Pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh, Perak, Datuk Michelle Yeoh secara terbuka meminta rakyat supaya memberikan sokongan padu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, Najib merupakan pemimpin yang telah melakukan banyak perkara bagi membangunkan negara dan sudah pastinya beliau akan melakukan lebih lagi selepas ini.

"Saya setulus hati berharap beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri, dan saya meminta anda semua memberikan mandat yang kukuh kepadanya supaya beliau dapat memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah," katanya kepada kira-kira 60,000 orang pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Pelabuhan Klang, semalam.

Pada majlis tersebut, Najib menegaskan jika perubahan yang dicari rakyat, mereka harus memberikan mandat sekali lagi kepada Barisan Nasional (BN) kerana kerajaan sememangnya sedang melakukan perubahan menerusi pelbagai program transformasi.

Video Panas Baran Antara Babi Dan PAS

Mamat seorang ini memang kecoh tengok sendiri perangai orang PAS bila panas baran.

Debat Gadai Khalimah Allah Samad Lari Tinggalkan Zulkifli Yang Menanti Di Pentas

Debat siapa gadai khalimah Allah "Atas nasihat tolak debat saya tolak" apa kau ahli PAS yang berterabur air liur serata ceramah bercakap soal islam tetapi takut berdebat? Hahaha jenis macai cak kaki ayam rupanya...

Oleh itu wajarlah seluruh umat islam di Malaysia tolak Pakatan Rakyat kerana bersubahat menggadai khalimah Allah dengan DAP. Jadi dengan mengundi DAP dan sekutunya PAS dan PKR adalah HARAM hukumnya.


Video Majlis Tahlil Dan Solat Hajat Najib di Masjid Sultan Abu Bakar, Pekan

Video Tuah Zulkifli Nordin Di Shah Alam

Sunday, 21 April 2013

Video Karisma Zulkifli Nordin Menjadi Punca Khalib Samad Naik Angin

Ini punca sebenar Khalib Samad naik angin kerana karisma dan penerimaan Zulkifli Nordin oleh rakyat Shah Alam sungguh menakjubkan dan bakal menjadi pentanda Khalib Samad tinggal nama sahaja. Lihat video ini Khalib Samad naik angin

Video Penuh Khalib Samad Melatah Naik Angin Tidak Tentu Pasal


Ini kalilah Khalib Samad akan tinggal sejarah di Selangor. Kerana rakyat Selangor telah lama tersedar dari penipuan Khalib Samad tetapi yang hendak melatah naik angin semacam apahal? Alahai baru kena sikit dah melatah hancus dapat YB yang macam ini.


Video Bangkang Dari Longkang Dilakonkan Oleh Otai Lawak

Video Sebijak-bijak Tun Dr Mahathir Kena Tipu Juga Akhirnya

Satu pendedahan yang menarik dari Tun Dr Mahatir buat rakyat Malaysia untuk memahami dan mengenali segala kisah silam yang membuatkan Tun Dr Mahathir sendiri terjebak tertipu dengan manusia pelbagai wajah yang bijak berdrama
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau memahami kenapa Profesor Datuk Dr Sidek Baba mengambil masa yang lama untuk meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Bukan mudah untuk menyakinkan orang ini, sebenarnya saya sendiripun apabila diberi maklumat berkenaan Datuk Seri Anwar dengan moral rendah yang ada pada dirinya, saya pun sukar untuk mempercayai.

"Tetapi, apabila diberi keterangan, akhirnya saya terimalah laporan yang disampaikan kepada saya.

"Dr Sidek Baba mengambil masa yang lebih panjang, demikian juga dengan Dr Chandra Muzaffar dan Zulkifli Nordin, orang ini semua begitu dekat dengan Datuk Seri Anwar, ” katanya di PICC, Putrjaya 10 April

PRU13 P193 Zulrusdi Calon Tangkap Muat PKR

Zulrusdi Mohamad Hol PKR adalah calon yang bertanding di P193 Santubung menentang calon Barisan Nasional Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar. Mari kita berkenalan dahulu dengan calon Barisan Nasional.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar dilahirkan pada 1 Februari 1946 di Kampung Pendam, Sadong, Sarawak. Kini berusia 65 tahun, Ahli Parlimen Santubong ini mempunyai tiga orang anak.

Datuk Dr Wan Junaidi merupakan ahli politik Malaysia dari parti Barisan Nasional. Beliau merupakan ahli parlimen Batang Lupar kemudian parlimen Santubong, Sarawak selama 5 penggal mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) . Pada 2008 beliau dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. (Timbalan Speaker Dewan Rakyat).

Mendapat pendidikan tinggi di England dan Amerika Syarikat, beliau memperolehi Ijazah Doktor Pengurusan Perniagaan (DBA) dari University of Southern California, Amerika Syarikat.

YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar amat gemar membaca dan menulis. Beliau amat meminati tulisan-tulisan klasik sastera Inggeris seperti The Iliad and the Odyssey oleh penyair Yunani Homer, dan beliau juga telah membaca hampir kesemua buku-buku karya Denise Robins. Malah ini penulisan beliau:
  1. Evolusi parlimen dan evolusi speker parlimen Malaysia ; DBP, 2010.
  2. Falsafah moral ilmu berpengakap ; DBP, 2007.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Santubong , Negeri Sarawak. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15800.

Calon lawan ialah Rahamat Idil Bin Latip dari PKR mendapat 3,855 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 64.73% . Undi rosak sebanyak 248.

Inilah kredibliti calon yang cuba dilawan oleh Zulrusdi Mohamad Hol PKR. Siapakah pula Zulrusdi Mohamad Hol PKR? TIDAK PULA DINYATAKAN DAN DIUMUMKAN KEPADA UMUM!! Kenapa sebagai calon MP yang bercita-cita mencabar tokoh yang pernah menyandang Timbalan Speaker Dewan Rakyat, tidak menyatakan biodatanya secara detail? Sedangkan kebanyakan ahli PKR bertindak sedemikian. Jadi eloklah Zulrusdi umumkan siapa biodatanya yang sebenar.

Dalam PRU13 apakah manifesto yang cuba dibawa oleh Zulrusdi Mohamad Hol? Setelah semasa PRN 2011 dia gagal menawan DUN N.07 Samariang. Sekarang ini sedang mencuba nasib untuk kerusi MP. Kesilapan semasa DUN kerana budaya ciplak untuk memikat pengundi wanita dengan umpan berlajar memasak, menjahit, kraftangan dan entah apa lagi dia bebel. tetapi pada masa PRN 2011 sempat mengata 80% wanita Samariang menyokongnya tetapi hasilnya BERBULAK!!!

Sebenarnya ini calon tangkap muat yang warga Santubong sendiri tidak tahu apa kemampuannya sebenar jika diberi peluang. Usahlah Zulrusdi Mohamad Hol membawa ayat-ayat manis menjaja pelbagai imbuhan ke langit seperti diajar oleh Anwar anak beranak. Kerana PKR mentabir Selangor kucar-kacir sehingga Menteri Besar kena saman sebab manifesto 2008 tidak ditunaikan! Jadi bagaimana Zulrusdi Mohamad Hol dapat beri jaminan yang semua janji-janji manis itu dapat ditunaikan di Sarawak?

Berbanding dengan Tranformasi Kerajaan (Lihat SIni) di bawah Najib bertanggungjawap keatas janji dan ditunaikan sepenuhnya. Tetapi tema Pakatan Rakyat pula adalah MANIFESTO BUKAN JANJI. Jadi buat apa bersusah payah bercakap pasal manifesto kalau ia bukan janji... Kalaulah Zulrusdi Mohamad Hol dapat jawap isu sebergini? 

Ops!!! blog Zulrusdi Mohamad Hol dah 2 tahun tersadai tanpa update sebab kalah DUN 2011, dah tidak mahu update balik ke? Emmm melihat sifat malas untuk berkhidmat dengan menggunakan blognya sendiripun dah tahu yang Zulrusdi Mohamad Hol jenis buat kerja sekerat jalan daaaaaa.....





Isu Terkini

get this widget here