Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 17 August 2012

Tak Syak Lagi Abby Wajip Merangkul Anugerah Perlakon Wanita Sepanjang Zaman


Fuhh memang tak syak lagi Abby bakal berpeluang meraih perlakon wanita popular apabila dia bukan sekadar pandai berlakon dilayar perak malah lebih hebat berlakon dilayar twitter dan arena politik. Justeru itu sepatutnya Abby lebih layak dicalonkan untuk sesi anugurah 2012 yang mungkin berlangsung awal tahun depan berbanding perlakon-perlakon lain kerana tidak mempunyai kelebihan berbanding Abby.

TERKINI : ABBY ABADI BUAT KENYATAAN BODOH LAGI...TAK HABIS-HABIS MENIPU...??




Wow...ustazah segera yang kononnya sudah berhijrah ini cuba untuk mencari publisiti murahan dengan mengeluarkan kenyataan yang berbentuk fitnah terhadap kerajaan...macam mana ni...kata sdah berhijrah kearah kebaikkan..tapi masih lagi menipu dan menabur fitnah sesuka hati...


Mungkin beginlah ajaran PAS pada artis-artis yang sengal kononnya nak mendekati diri dengan Islam...tetapi sebenarnya mereka ini diperbodohkan dan digunakan untuk kepentingan politik PAS..Bila orang kutuk dan cemuh mereka kerana kebodohan mereka...mungkin tok guru PAS kata pada mereka inilah dugaan Allah jika nak berubah....padahal mereka ni saja cari penyakit..


Apabila ditanya soal politik, Abby, antara selebriti yang aktif di dunia Twitter dan hanya dapat dipetik perbincangannya menerusi laman itu sejak lebih sebulan lalu, menegaskan bahawa dia menolak kemungkinan penglibatannya dalam arena politik sebagai "ahli politik" secara aktif.
"Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.
"Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik," jelasnya.
"Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka dengan apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH," kata pelakon popular Gerak Khas ini.
Sementara itu, mengulas kenyataannya sebelum ini berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang seni dan hiburan, beliau menjelaskan maksud sebenar kata-katanya itu.
"Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan," tegasnya.
"Saya tahu rezeki itu daripada ALLAH tetapi kerajaan kita memang macam itu. Tak kira artis ke, cikgu ke, imam ke, kalau menentang kerajaan memang akan diberhentikan.
"Ini yang patut dijelaskan bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain," katanya mengulas lanjut.
Amboi..bukan main sedap je ustazah segera ni tuduh kerajaan..TAK KIRA ARTIS KE, CIKGU KE, IMAM KE, KALAU MENENTANG KERAJAAN MEMANG AKAN DIBERHENTIKAN...malas EP nak komen-komen panjang-panjang...EP rasa pembaca boleh menilai sendiri perangai ustazah segera ni...kalau dah macam ni perangainya..buat apa masih mengharap pada kerajaan?? sendiri mau ingat la...kalau dah tiap-tiap hari kutuk kerajaan itu dan ini..tak betul tu..tak betul ni..tak payah tunggu kerajaan berhentikan kerja...patutnya sendiri la mau belah...pasal makan duit gaji atau job tu tak halal...al maklumlah kerja tak ikhlas....


Kerajaan cuna nak mengurangkan dosa ko orang makan duit haram je...hahahahaha

Rahsia Petua DAP Mengawal Tindak-tanduk PAS

Sememangnya kelakar bunyinya tetapi itulah realiti yang berlaku dalam politik Malaysia. Kita boleh melihat banyak kuasa terutama UMNO BN gagal mengdekati PAS. Tetapi kalau difikirkan tentu agak aneh bunyinya apabila DAP berani dan berjaya mengawal dan mengkaldaikan PAS dengan cara yang paling sukar diterima akal malah agak kejam. 

Lihatlah bagaimana DAP boleh berbangga dengan menguasai 60 kerusi untuk PRU13 berbanding PAS hanya 30 kerusi. Sepatutnya ada samada dari atas hingga ke akar umbi akan melenting atau sekurang-kurangnya menyuarakan dan menuntut jumlah kerusi dibahagikan dengan lebih adil. Tetapi itu tidak berlaku, yang berlaku hanya anguk-anguk sahaja macam bendul. Memang PecahPalakMikir tindakan PAS ini melebihi bendul. Tentunya semakin bendul pemikiran PAS apabila kawasan yang dituntut DAP adalah kawasan yang boleh menang buat PAS memang PecahPalakMikir mengenang akal PAS.

Lihatlah juga bagaimana DAP mencaturkan prinsip perjuangan PAS sesuka hati mereka tampa mampu dihalang oleh mana-mana ahli PAS. Dari prinsip memperjuangkan Negara Islam dari hasil adaptasi Revolusi Iran 1979 diguna pakai tampa apa perancangan terperinci atau lebih mudah difahami tangkap muat. Menjadi punca kepada penyediaan dan pelaksanaan yang gagal, PAS hampir terkubur dengan angan-angan sendiri. Tetapi PAS sempat mengcuba selamatkannya melalui idea hukum Hudud pada tahun 1993 menjadi perlengkap kepada konsep negara islam. 

Memandangkan untuk merialisasikan hukum Hudud telah menemui kekangan yang amat berat apatah keadaan negara ini yang berbilang kaum menyebabkan PAS hampir hilang punca mencari kaedah memantapkan prinsip pejuangan PAS sebagaimana dilaung-laungkan. 

Menjelang 2008 semuanya bagaikan memberi inspirasi baru buat PAS apabila kerjasama bersama Pakatan Rakyat hampir membuahkan hasil. Itu setelah sunami politik pepecahan dalaman UMNO hingga menyebabkan PRU12 telah memberi kekuatan kepada Pakatan Rakyat menawan 5 negeri. Dari situ mulanya hubungan yang bernas buat PAS dan DAP melalui gabungan bersama PKR yang membolehkan mereka menjadi satu kuasa yang kuat. Tetapi dalam diam hubungan ini dimamfaatkan DAP untuk mengcipta petua-petua atau kaedah-kaedah terbaik mengawal PAS demi merialisasikan impian terbengkalai.

Harus diingat penglibatan DAP dari zaman merdeka lagi, berasaskan anti Islam apatah Lim Kit Siang adalah individu yang menjadi punca trajedi 13 Mei. Malah DAP tidak penah lekang dengan niat Malaysian Malaysia. 

2008 adalah satu pertanda baik buat DAP untuk merialisasikan impian mereka yang terbengkalai. Malah dengan kegairahan PAS untuk menawan Putrajaya tampa memperdulikan lagi prinsip asal perjuangan mereka menyebabkan DAP sudah berjaya memperalatkan PAS.

Perancangan DAP menjadi lebih berkesan apabila PAS bersedia untuk mengubah apa sahaja demi memenuhi kehendak DAP. Lebih sedih lagi PAS sangguh hidup dengan menipu para pengikutnya dengan memberi harapan-harapan palsu yang entah bagaimana boleh ditabsud oleh akar umbi PAS secara melulu. Adakah PAS tidak sedar apa yang diidamkan DAP?

Tidak cukup dengan itu, PAS sanggup memberi pasport khas buat DAP untuk berdiri dipentas Masjid, madrasah termasuk mana-mana sesi ceramah PAS untuk menyebarkan pengaruh DAP berbanding PAS. Lebih jauh lagi PAS sanggup menghalalkan tindak-tanduk DAP mempergunakan petikan ayat-ayat suci Al-Quran dan diterjemahkan sesuka hati dalam ucapan di mana-mana pentas ceramah termasuk di dalam masjid. Walaupun ada bijak pandai PAS yang mendengar telah menyedari ada banyak kesalahan maksud dan penyelewengan makna tetapi itu diabaikan sebagai perkara biasa sahaja.

Lebih menghairankan lagi dengan sikap Karpal Singh yang sering melatah dengan ayat "Islam Over My Dead Body" berulang-ulang kali. Seolah-olah ini satu takdir yang ditentukan Allah untuk PAS memikirkan semula  keatas setiap yang telah dilakukan! Tetapi sayang itu tidak cukup untuk menyedarkan impian nafsu PAS yang terbeliak dengan  kesergaman Putrajaya. Malah mana-mana orang PAS yang menegur atau menyerang Karpal Singh bukanlah boleh mendapat mana-mana sokongan pemimpin PAS, tetapi sebaliknya sesiapa yang berani sangat bersuara boleh mengakibatkan dipecat atau disingkir. Silap-silap haribulan bukan setakat disingkir, malah ditambah sumpah seranah dan fitnah-fitnah yang sukar diterima akal.

Bukan setakat itu malah perangai Nasrudin Tantawi sanggup menipu dipentas debat bersama UFB mengatakan semua sudah selesai dengan  DAP dan bersedia menerima perjuangan menegakkan Negara Islam. Tiba-tiba dengan tidak perlu tunggu lamapun, Karpal Singh tampil mengeluarkan kenyataan mengulangi pendirian asalnya yang menentang pelaksanaan Hukum Hudud malah sifat anti islam masih belum menampakan sebarang perubahan.

Semua itu tidak juga menjadi penyebab buat PAS memikirkan semula apa yang mereka telah lakukan. Sebaliknya Nik Aziz tampil dengan sekadar menengkan keadaan melalui ulasan-ulasan berbelit dan bukan tindakan penyelesaian yang mempertahankan pendirian dan prinsip perjuangan PAS. Sikap bergini menonjolkan PAS tidak lebih kepada Perasit Islam Semalaysia dan bukannya Parti yang memperjuangan Negara Islam lagi.

Hairan bukan tangkal jenis apakah yang DAP pakai sehingga semua orang kuat PAS menjadi kaku layu bagaikan seekor kaldai yang tidak bermaya. Walaupun diketuk ditendang diperlangkung dengan pelbagai cara, tetap mampu buat DAP untuk terus mengawal PAS sesuka hati. 

Hairan bukan! petua yang bagaiamanakah DAP guna pakai sehingga berjaya mengawal tindak-tanduk PAS sesuka hati? Memang PecahPalakMikir kerja puak-puak nihhhh!! Mampukah kita mengcungkil rahsia petua DAP mengawal tindak-tanduk PAS. Adakah hanya memberi harapan keistimewaan buat PAS di Putrajaya atau ada cerita yang lebih menarik lagi, yang secara senyap berlaku tampa diketahui umum?

Tahap Perasangka Nik Aziz Tampa Hujung Pangkal

Amat keterlaluan buat seseorang yang bergelar Tok Guru dan seseorang yang memimpin Parti yang dilebelkan sebagai parti islam jika menafikan hak antara umat islam di Malaysia cuba menyatukan sesama islam dalam usaha mencetus perpaduan umat Islam di Malaysia dan menegur mana-mana golongan bukan islam yang cuba menghalang kebaikan berdasarkan ajaran islam diterapkan kedalam pentabiran negara ini.

Dimana letak kesalahannya jika niat Nasharudin Mat Isa yang ingin mengcetus satu langkah yang melahirkan perpaduan antara umat islam di Malaysia. Kenapa usaha yang sebergini perlu dicetuskan sifat perasangka antara kita. Wahal dalam islam tidak penah melarang kita bersatu? 

Dimana letaknya kesalahannya Nasharudin Mat Isa jika ingin menegur mana-mana orang bukan islam yang cuba menghalang sebarang tindakan pembaharuan pentabiran negara Malaysia berdasarkan luans-lunas islam. Selagi ada umat islam yang sengaja membela bukan islam demi kepentingan politik, selagi itulah semakin keras kepala bukan islam menentang tampa mahu memikir dan mendalami kebaikannya terdahulu. Ini termasuk sikap Karpal yang anti Hudud  malah lebih tepat anti islam.

Adakah kerana politik semua usaha penyatuan dengan lawan diharamkan? Sepatutnya PAS harus berbangga kerana mempunyai tokoh yang mampu bekerja berdasar matalamat utama dan bukan kerana memilih bulu siapa boleh berkawan atau tidak. Kaedah membeza-bezakan antara umat islam tentunya satu cara yang amat bertentangan dan bakal melahirkan ruang yang luas buat musuh-musuh islam yang berkeinginan untuk mengjatuhkan atau menghapuskan tonggak kekuasaan islam di negara ini.

Tidak kira siapa anda atau mana parti anda! kita harus akur dan melupakan sengketa antara kita dengan mengetepikan dendam yang boleh merosakan. Kesimpulannya, apa yang diusahakan Nasharudin bersama Najib Razak tidak sepatutnya dipandang serong atas dasar poltik kotor dan amat hina disisi islam. Kenapa kita harus takut kepada DAP yang mungkin menjadi kekangan buat PAS, Sedangkan Najib Razak tidak penah gusar dari MCA dan Gerakan ketika bersama Nasarudin Mat Isa yang bersama-sama ke Mekah.

Tidak perlu menyindir atau memberi amaran kepada Nasarudin Mat Isa secara kiasan. Walaupun ucapan mana pemimpin PAS termasuk Nik Aziz boleh dinafikan secara berhujah, kononnya tidak mendesak Nasarudin meletak jawatan tetapi kenyataan secara berkias itu mudah difahami bagi mana-mana yang mahu memikirnya secara mendalam. Sepatutnya semua pihak mengucapkan tahniah kepada Nasarudin kerana berjaya menjadi pembangkang yang berkaliber dalam menjalankan tanggungjawapnya kepada rakyat Malaysia malah lebih tepat kepada tuntutan islam.

Ketepikan segala semangat songsang anda jika kita mahu agama dan bangsa kita dengan terus-menerus menjadi tonggak peneraju negara ini. Jangan kerana dendam kita berperang, berpecah belah dan akhirnya kita sendiri ditindas olah menoriti yang sentiasa mencari jalan dan ruang mengjatuhkan kita. 

Bersyukurlah kita dengan usaha mereka berdua ini, kerana Allah membuka hati mereka mencetuskan satu contoh terbaik sebagai pemimpin yang mementing tanggungjawap dari kepentingan dan kehendak hati diri sendiri. Insyallah lagi banyak usaha-usaha sebergini, bakal mencetuskan satu pendekatan yang kuat untuk menjadi Malaysia negara islam terbaik didunia. Jangan terlampau sangat diperhambakan kehendak nafsu di dunia sedangkan kita sedar di akhirat kelak lebih lumayan menanti kepada sesiapa yang ikhlas berjuang untuk Islam. Yang pasti siapa yang masuk syurga atau neraka bukan satu keputusan yang dapat ditentukan antara kita. PecahPalakMikir mengenangkan kita sengaja merosakan diri sendiri dengan ketabsudan yang melampau. Wallahualam...




Wednesday, 15 August 2012

Pratonton Apa Membezakan Nik Aziz Sampai Kaldai PAS meroyan

Haha kalau keadaan sudah terdesak bukan inti yang dinilai tetapi hampas yang membakar. Inilah gaya pratonton bila bila manusia semakin terdesak dengan nafsunya dihalang. Adakah mereka perduli dan menilai apa yang cuba disampaikan Tuan Guru Abdullah Saamah. 
Yang peliknya bila DAP membuli PAS
tidak ada pula Akar Kelubi berani
bersuara, alahai sah2 bacul!!

Sudah tentu tidak malah pakat-pakat tulikan telinga dan tidak cukup dengan itu ditambah dengan mencaci sesuka hati. Wahal enpunya diri memakai serban punyalah nampak alim.

Kalaulah orang itu rasanya alim dan mengaku menyebarkan syiar islam, sepatutnya dia akan membahas apa yang cuba dibawa Tok Guru Abdullah Saamah. Tidak ada satu ayatpun menyentuh soal membahas isu yang cuba dibawa Tok Guru Abdullah Saamah, sebalik dikarang cerita secukup rasa untuk mencaci dan memperlekehkan orang. Pasal gelaran Tok Gurupun dah cemburu nak mampus, apa kalau hendak sangat ambik je nama tu buat kau.

Kau orang saksilah Kaldai PAS langsung tidak mencerminkan mereka sebagai individu islam yang patut dicontohi. Cubalah ada manusia mencaci Nik Aziz, bolehla nak tengok Kaldai menjelma serigala kurap kelaparan. Siap yang sentuh sedikit keburukan Nik Aziz dah tentu ahli neraka mereka lebelkan. 

Alahai apa bezanya sangat antara Nik Aziz dengan Abdullah Saamah kerana kedua-dua sama naik. Kalau betul-betul rasa Nik Aziz hebat sangat suruh je mereka berdua berdebat dan jangan jadi kaldai dungu yang padai mencaci entah kemana-mana halanya. 

Nama sahaja mendabikdiri terlampau Islam tetapi perangai mengalah iblis. Memang PecahPalakMikir puak-puak nihhh...


Gurau Senda Karpal Singh Membuli Nik Aziz Memakan Agama Bangsa Sendiri

Kedebuk sebijik demi sebijik bertempik kepada muka-muka manusia yang berpura-pura berjihad sambil menolak perpaduan. Malah ada juga yang pandai putar belit cerita untuk menafikan kita sesama islam sedang berpecah belah.

Biasalah kaedah menghalalkan cara untuk matalamat peribadi ke Putrajaya. Biarlah bangsa sebagai taruhan samada nak jatuh melingkup adakah mereka perduli? Sudah tentu tidak kerana nafsu ke Putrajaya tidak dapat dihalang lagi membuak-buak sehingga ada yang sanggup bersubahat memfitnah lawan walaupun mereka sendiri terfikir akan kebenaran sebenar orang yang difitnah.
Gurau-gurau macamni laa buat Karpal
rasa seronok membuli Nik Aziz

Dalam masa yang sama! masih juga ada yang berpura-pura mengaku Karpal sentiasa menyokong mereka walaupun terang-terang memijak-mijak kepala Nik Aziz, dengan ayat-ayat menyakitkan hati Nik Aziz sendiri dan puak-puak PAS setakat ketab bibir menahan geram. Hendak lawan kang tak bantut hajat hati nak buat lagu na nak!

Ohhh tidak apa beb! yang penting nafsu ke Putrajaya terbuka! biarlah orang sendiri memijak kepala! tidak diperdulikan lagi dah. Atihhhh!! memang PecahPalakMikir kalau orang dah kemaruk kuasa? 

Inilah gurau senda Nik Aziz dengan Karpal Singh Memakan Agama dan Bangsa sendiri. Adakah mereka sedar ohh tidak semua sudah tidak penting lagi. Hakikatnya PAS hanya berminat merampas kuasa dari menegakan Islam. Gurau Senda Karpal Singh Membuli Nik Aziz Memakan Agama Bangsa Sendiri

Itu sudah pasti berlaku dan apabila munculnya ucapan Nasharudin  Mat Isa yang mempertikaikan tahap pengecut PAS tidak berani mempertahankan prinsip perjuangan asal mereka. Maka ramailah puak-puak ini melepas ketap bibir melempias geram kepada Nasharudin Mat Isa yang kebanyakan dari akar kelubi Perasit Islam Semalaysia. Entahlah!! Mungkin angkara tabsud tidak bertempat maka hati naik buta menilai situasi sebenar.

Buat Nasharudin Mat Isa mungkin akan terpaksa menyiapkan badan kerana ada habuan yang bakal membidas nasibnya. Biarlah orang membencinya! pada PPM memang tabik spring sebab dia berani mempertaruhkan kedudukan atas nama perjuangan islam. Walaupun Nasharudin orang PAS tetapi inilah contoh yang perlu ada buat seorang pemimpin, hingga beliau sanggup mengetepi fahaman politik atas nama perpaduan orang islam dan tidak mungkin dilakukan mana-mana Perasit Islam Semalaysia.
Akupun hairan ada juga puak-puak Pakatan Rakyat
mempertikaikan usaha baik gambar diatas atas nama
perosak agama bangsa walaupun mereka tidak sedar

Youtube dibawah mendedahkan pula Tokoh agama Kelantan, 'Tuan Guru Hj Lah Pondok Geting' menyeru agar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kepimpinan Pas yang lain agar bermuhasabah dan mengenepikan ego berhubung perpaduan Melayu dan umat Islam di negara ini.

Pada masa yang sama guru agama itu kesal Pas mengikut telunjuk Dap ibarat 'lembu dicucuk hidung.'

Pengasas Madrasah An-Najmiyyah, Geting atau nama sebenarnya Tuan Guru Hj Abdullah Hj Saamah An-Najmi, berkata tindakan golongan yang menolak perpaduan Melayu dan umat Islam merupakan satu perbuatan yang menyalahi apa yang diseru oleh Allah s.w.t.

Malah bagi beliau, golongan berkenaan boleh menyebabkan sekurang-kurangnya menjadi fasik dan bidaah 'dolalah' serta boleh menjadi kafir.


Bagaimana Rasanya Cara Menyebar Syiar Islam Sambil Mengaibkan Orang

Inilah hasil kerja untuk melepas geram puak-puak
Pakatan Rakyat sekarang
Dekat-dekat penamat ramadan ini macm-macam cerita berlegar dialam maya! Tidak kurang ramai orang Pakatan Rakyat cuba menyebarkan syiar islam dengan tajuk-tajuk yang menarik dikongsi demi Islam. Tetapi dari ayat pertamanya sahaja tetapi dalam masa yang sama buat kerja sambilan untuk menghina dan menjatuhkan orang lain!

Bagaimana kaedah ini boleh dihalalkan oleh yang sedang mendabik dada mengaku dirinya berjihad untuk menyebar syiar islam? Kalaulah ada orang yang tampil menyanggah atau menegur mereka, maka terkeluarlah kenapa orang lain boleh buat dan contoh yang diberi sudah tentu kepada lawannya. Semuanya kerana hendak melepas geram sampai terlupa diri sedang berpuasa! Tetapi sempat juga mendabik dada mengaku menyebarkan syiar islam. Huhu macam-macam ada Nang Pecah Palak Mikir

Pelik juga kadang melayan cara mereka melawak kerana tentu tidak bijak untuk menghalalkan perbuatan diri dengan membandingkan kaedah songsang orang lain. Tetapi itu semuanya tidak pula disedari oleh empunya diri.

Itulah yang sedang berlaku dalam arena politik kita, apabila semua ingin tunjuk cara terbaik sambil-sambil mengcaci orang lain jahat. Semua ini mudah dibuat dengan satu persepsi tampa perlu membuktikan apa-apa. Apatah kalau dicampur sedikit perasaan tabsud dan perasaan benci yang kuat. Sudah cukup menjadi zat-zat yang kuat dalam amalan dibulan puasa ini. Persoalannya mereka ini mencari habuan baik ke atau sebaliknya.

Itulah cara orang kita berpolitik kalau tidak ada contoh mengaibkan orang tidak cukup kuat namanya. Uiiih Memang Pecah Palak Mikir dengan orang-orang kita kan! kan!

Asslamualaikum Semua

Assalamualaikum buat semua para sahabat dan lawan. Rasanya Pecah Palak Mikir lama sangat bercuti bukan. Almaklumlah semperna puasa bagus banyak sempurnakan apa yang patut. Saatu hal lagi lap top dah uzur itu alasan mengapa PPM terhenti lebih sebulan lebih. Insyaallah jika punyai rezeki lebih ada modal buat beli laptop baru tetapi memandangkan raya sudah dekat terpaksa utamakan keluarga dahulu dan yang lain-lain insyallah akan datang.

Apa-apapun, walaupun ada yang mengatakan PPM merajuk atau beralih arah tuju dan bermacam-macam lagi. Itu tidak benar sama sekali. Bagaimana? Insyallah kalau diizinkan PPM akan tampil aktif seperti sediakala untuk berjuang walaupun tidak penah mempunyai tuan yang boleh membantu.

Saya juga ingin mengucap ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi menjadi rakan di facebook kerana selama PPM bercuti ada 103 orang yang mahu add facebook PPM. terima kasih kerana sudi.

Apa-apapun Selamat menyediakan persiapan menyambut raya sambil mendapat habuan terbaik dibulan puasa. 

Isu Terkini

get this widget here