Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 21 June 2014

Muslihat Terpendam Di Sebalik Serangan 4 Adun PAS Kepada MAIS dan Jais

WAYANG apa yang cuba PAS mainkan apabila menghantar 4 ahli parlimennya dari Selangor untuk mengadakan sidang media di Parlimen meminta agar kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke atas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dihapuskan?

Ini memang wayanglah sebab semua orang tahu perkara itu adalah dalam bidang kuasa raja dan negeri, patutnya isu ini dibahaskan di DUN yang ada kuasa itu, melalak dekat parlimen apa dapat?

PAS ada 15 ADUN di Selangor, banding dengan 4 orang ini, 15 ADUN itu lebih berhak dan layak untuk bercakap perkara-perkara yang Khalid cakap semalam. Kalau pun alasannya DUN tak bersidang, parlimen bersidang, apa susah, panggil sidang tergemparlah, Speaker kan dari DAP, masalah apa?

Negeri itu (Selangor) pun mereka yang perintah, apa lagi isunya?

Janganlah kata kenyataan 4 orang ahli Parlimen ini bersifat peribadi kerana kita tahu tidak ada apa yang peribadi bila bercakap tentang PAS sekarang. Kalau tak mewakili parti, mesti mewakili DAP, pilih mana satu nak.

Dalam hal semalam, penulis yakin kenyataan yang mahu kuasa MAIS ke atas JAIS dihapuskan ini adalah suara DAP yang tidak berpuas hati bila MAIS enggan pulang Bible yang dirampas, dengan 4 ahli parlimen itu sebagai bidaknya saja.

Parti roket tu dah lama dah tak puas hati dengan MAIS dan JAIS cuma angle ketidakpuasan hati tu, tak sampai ke tahap mahu kuasa MAIS ke atas JAIS dihapuskan saja


Lagipun, kalau DAP buka mulut, nampak sangat cina nak lawan Islam, jadi diperalatkan 4 orang ini untuk bercakap hal itu, walaupun DAP sedar yang boleh buat keputusan itu hanyalah DUN Selangor, bukan Parlimen.

Sebetulnya, isu pulang tak pulang Bible oleh MAIS ni bukanlah isu sebenarnya.

Apa tak berduit sangat ke Kristian di Malaysia ni untuk cetak semula 321 buah Bible itu kalau keputusan dibuat untuk melupuskan kitab tersebut? Buat gereja besar-besar boleh, cetak Bible 321 buah tak boleh? Masuk akal tak masuk akal.

Ia sebetulnya sengaja dijadikan isu sebab ada pihak yang berkenan nak melanjutkan polemik ni sampai PRU14 yang akan datang. Masing-masing nak jadi jaguh Kristian sebab tahu agama itu semakin berkembang di kalangan anak muda Malaysia terutama bangsa Cina dan India yang sudah/akan jadi pengundi dalam PRU14 akan datang.

Politikla semua ni, mana ada lain.

Apa pun, kita tunggu kenyataan ulama-ulama PAS yang nampaknya kebelakangan ini semakin jadi syaitan bisu, terutama dalam isu rampasan Bible ni. Kopiah, serban atas kepala tu buat perhiasan sajalah, bukan ada kaitan dengan Islam pun. sumber penulisan

Isu Terkini

get this widget here