Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 10 January 2015

Semakin Melampau Eric Paulsen Menghina Amalan Dan Ibadat Orang islam Malaysia

Bangkitlah saudara islam aku lihatlah dengan mata hati kamu keatas apa yang diperlakukan oleh Eric Paulsen. hari demi hari dengan bongkaknya menghina satu persatu tentang islam Malaysia.

Bermula dengan hukum hudud, menghina ulama malaysia, menghina amalan mencintai rasul oleh masyarakat islam Malaysia dan yang terbaru melebelkan khutubah jumaat sebagai himpunan ekstremisme ini antara twitternya: 

“Jakim mempromosi ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mengenai ekstremisme di Malaysia,”

"golongan ulama adalah seperti raja/ Tuhan - tidak boleh dikritik"
"Hmm apabila agamawan palsu samakan doa dengan cara dapat kontrak besar kroni. Syirik besar ni."

"tak tau lah mana lagi Islamik - belanja RM200 ribu buat Jom Heboh agama atau derma kepada mangsa banjir."

Itu belum lagi tindakannya mempersendakan hukum hudud dan hak termatub agama islam agama resmi Malaysia.

Wahai saudara islam ku lihatlah jentera biaDAP bekerja memecah belah anda dan wahai sahabat-sahabat bukan islam kami tidak pernah sama sekali menghina apa jua anutan rakyat Malaysia yang lain.

Kita di bawah satu Malaysia telah lama dibudayakan moyang-moyang kita dengan perpaduan menghormati satu sama lain. Sesungguhnya manusia seperti Eric Paulsen tidak layak menjadi warga negara malah tidak layak dibiar bebas diluar. Sebaik-baik dihumban ke sangkar besi di bawah akta haustan yang palin berat.

Thursday 8 January 2015

Video #RCIBanjir Punca Banjir Luar Biasa Di Kelantan

Tiba-tiba Ngeh Koo Ham hendak saman Berita Harian keatas artikel yang mendedahkan kaitan Ngeh Koo Ham dan Nga Koo Meng ke atas kaitan syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd dengan tender balak di Gua Musang. (Baca lanjut disini)

Sebenarnya isu ini pernah meletup pada 2012 dimana sehingga masuk DUN Perak tetapi sewaktu itu dua orang ini terkebil dalam dewan di serang dan tidak pula menceritakan soal syarikat ini hanya terlibat dalam projek penamaman semula. 

Yang paling dahsyat Ngeh Koo Ham cuba memberi alasan kedudkan kawasan tersebut sejauh 65km adalah mustahil untuk menjadi punca utama banjir luar biasa di kelantan tetapi video dibawah ini menggambarkan sesuatu yang dahsyat berlaku di Gua Musang dan anda tontonlah sendiri.




Tuesday 6 January 2015

Muslihat Istihar Darurat Lim Kit Siang Untuk Lindungi Tokey Balak Dari Dipertanggungjawap

Kalau dimbas awal musim banjir melanda sekitar 18 Disember Lim Kit Siang punyalah lantang mengwar-warkan RCI Banjir Kelantan. Tidak ubah macam hero yang cuba mendedahkan apa sebenar punya menyebabkan banjir luar biasa Kelantan sehinggakan bantuan tergendala untuk sampai ke sasaran.

Motif utama Lim Kit Siang adalah untuk cuba memperburukan usaha DS Najib dengan bantuan pelbagai agensi gagal bertindak. Walhal Lim KIt Siang sendiri gagal untuk membantu mangsa banjir Kelantan. Itulah tulisan-tulisan Lim Kit Siang di Roketkini dengan memberi pelbagai cadangan untuk RCI Banjir Kelantan.

Tetapi itu hanya sekejap sahaja apabila PPM bersama blogger dan para media lain mula mendedahkan kaitan Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham telah mengaku memeliki saham dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mempunyai 4000 hektar tanah pembalakan di Gua Musang ( sambung baca sini) 

Dan ketika itu juga media mula mendedahkan pelbagai gambar dan video menggambarkan beribu tan balak telah melanggar jambatan gua musang dan rumah-rumah rakyat kelantan termasuk yang bersepah-sepah di pinggir jalan dan dalam kampung-kampung yang dilanda banjir.

Walaupun MB Besar Kelantan dan berberapa proksi DAP dalam PAS cuba pusingkan cerita yang kononnya bukan balak punca banjir luar biasa kelantan. Tetapi video dan gambar balak bersepah cukup kuat menbongkarkan tembelang DAP dan PAS dalam sektor balak yang terbenam semasa 2012.

Sekarang adakah LIm Kit Siang berani sebut RCI Banjir? Nak cari mampus kalau Lim Kit Siang berkeras juga-juga hendak adakan RCI banjir. Jadi apa yang mereka sedang usahakan adalah cuba mendesak kerajaan istiharkan darurat.

Dengan mengistiharkan darurat bermakna Lim Kit Siang boleh selamatkan segala pekung yang tersembunyi terutama melibatkan kroni DAP. Lim Kit Siang cuba mencari jalan untuk menghancurkan pemerintahan DS Najib dengan agenda seterusnya apabila darurat benar-benar diistiharkan.

Hakikatnya apa guna untuk istiharkan darurat dikala banjir dahpun surut dan DS Najib telah umumkan peruntukan dana 50 juta dan dinaikan kepada 500 juta untuk membantu kesemua mangsa banjir di enam negeri. Sedangkan MB Kelantan mengumumkan semalam yang kelantan hanya perlukan RM52.5 juta sahaja untuk membaik pulih rumah yang rosak. Adakah tidak cukup dari agihan RM500 juta yang DS Najib Umumkan.

Persoalannya sekarang kenapa Rafizi Ramli yang pakar membongkar segala skandal tidak mahu mendedahkan skandal pembalakan di Kelantan.

Kenapa tiada pihak dari DAP nahupun PAS PKR cuba mendesak setiap tokey balak di Kelantan perlu bertangungjawap memnyumbang dana baik pulih kerosakan di Kelantan. Kenapa? Adakah kerana kebanyakannya adalah dari kaum kroni DAP?

Monday 5 January 2015

Nga Kor Meng Punca Bala DS Najib Yang Ahmad Yakob Tagih RM52.5j

Sekarang baru nampak kesombangan PAS mula menjerut diri. Bila berbaik ikut kata hati sehingga sedara ditikam-tikamkan. Yang dia sedar musuh di buat baik didodoi-dodoikan dengan pelbagai keistimewaan hingga balak jadi cagaran.

Akhirnya yang di dodoi membawa masalah bencana langsung tidak hingin nak hulur bantuan yang sesama islam jugalah tempat menagih dana RM52.5 juta untuk baik pulih rumah sahaja tu belum lain-lain kemusnahan. Terutama kalau dikira kos jambatan Gua Musang yang roboh dihentam beribu tan balak siapa yang nak tangung.

Ada Nga Kor Meng mahu pun Ngeh Kor ham nak hulur? Padahal baca sini mereka mengaku menimati hasil balak Kelantan



Menurut MB Kelantan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menganggarkan dana sebanyak RM52.5 juta diperlukan sebagai inisiatif membina semula kira-kira 1,500 rumah rakyat yang dikenal pasti telah musnah akibat bencana banjir di negeri itu. 
Bersimpati dengan nasib mangsa banjir khususnya di kawasan selatan negeri itu, beliau berkata kerajaan negeri sedang mencari penempatan dan setakat ini sebanyak 224 khemah penempatan sementara telah disediakan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan ketua jajahan di bandar Gua Musang.

Angkara siapa dan siapa yang tangung bala dan siapa yang kau meratap bantuan. Itupun tidak bersyukur juga, masih dikutuk dihina dicaci dengan pelbagai tomahan. Inilah nama saudara sesama islam bukan?

Hitamnya Hati Salahuddin Ayub PAS Yang hebat Bantu Banjir Agensi Bersabung Nyawa Dihina

Inilah manusia yang tidak tahu membezakan waktu berpolitik dengan waktu menumpukan soal perpaduan menagani dengan jiwa kemanusian dalam hadapi bencana alam.

Kenapa wujud manusia berhati hitam yang jahat sentiasa mencari salah orang tanpa memikir bencana alam itu bukanlah sesuatu yang dapat diramal.

Apakah 2 orang anggota polis yang cedera parah akibat heli terhempas di waktu cuaca yang sukar diramal boleh di terjemahkan mereka gagaal?

Adakah yang juru terbang heli yang 3 4malam tidak tidur menghantar bantuan boleh dianggap gagal bekerja membantu rakyat kelaparan.

Setakat Skuad Tukang masak tunggu bahan dari kerajaan dan terus masak dikatakan lebih hebat berbanding agensi kerajaan yang lain itukah yang Salahuddin yang boleh banggakan sahaja. Sehingga menghina penat lelah orang lain berusaha menghampiri kawasan berbahaya dengan pelbagai ancaman yang boleh meragut nyawa dipandang hina sehinanya oleh mangkaq ayun ini?

"MEDM 'salute' dan mengucapkan terima kasih kepada skuad Dapur Rakyat di semua pusat operasi banjir, mereka yang telah memberikan khidmat yang terbaik. 
"Ternyata skuad tersebut telah menjadi 'trademark' dan dikenali oleh masyarakat khususnya mangsa-mangsa banjir," katanya. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakah di Dapur Rakyat Kuala Kangsar, semalam. 
Naib Presiden PAS itu menyatakan, ketika beliau melawat semua pusat operasi banjir PAS, Dapur Rakyat telah memainkan peranan mereka dalam membantu mangsa banjir yang ditimpa musibah mendapat keperluan makanan. 
Katanya, tidak kurang sehari sebanyak dua sesi bekalan makanan disalurkan kepada semua mangsa tanpa mengira batasan politik. 
Katanya, kerajaan tidak memainkan peranan serta tanggungjawab mereka dalam soal kebajikan mangsa-mangsa banjir di luar pusat pemindahan. 
Tegas beliau, PAS sangat kecewa apabila kerajaan melalui agensinya gagal memastikan mangsa-mangsa banjir dalam keadaan yang terjaga daripada semua aspek. 
"Tidak kira di pusat pemindahan atau di mana sekali pun, kerajaan pusat melalui agensinya perlu bertanggungjawab membantu menyediakan bantuan makanan mangsa-mangsa banjir. 
"Tak sepatutnya berlaku mangsa banjir dalam keadaan kelaparan, walau bagaimanapun PAS tetap memikirkan aspek terus dengan menubuhkan skuad Dapur Rakyat," jelasnya lagi. Harakah 
Inilah PAS tidak langsung prihatin, langsung tidak ada rasa bersyukur orang datang dari jauh menghadapi pelbagai dugaan yang sukar diduga. Hanya untuk membantu mangsa banjir kelantan yang puncanya kerana kerakusan kerajaan PAS menebang balak tanpa kawalan.

PAS hatinya hitam mereka yang rakus kerosakan dan kemusnahan yang berjuta orang lain kena tangung itupun tidak tahu bersyukur. Sekurang-kurang ucaplah terima kasih tiada sesiapa pun mintak barang sesenpun dari pokeknya. Itupun tidak boleh ke?

Sunday 4 January 2015

Masyarakat Islam Penang Ditipu Hidup-hidup @CmLimGuanEng

Hah rupa-rupanya hanya sendiwara sahaja Lim Guan Eng mengwar-warkan tiada sekatan terhadap Sambutan Maulidul Rasul apabila semalam Kerajaan PR Pulau Pinang halang sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negeri

"Saya terkilan apabila kerajaan negeri tolak permohonan untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negeri Pulau Pinang."

Itu kata yang diungkap Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang melahirkan rasa sedih apabila mengetahui kerajaan negeri menolak permohonan agensi pusat untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negeri Pulau Pinang.

"Saya reda walaupun penolakan ini dibuat tanpa sebarang alasan spesifik, tetapi tetap terkilan kerana perancangan itu sebenarnya sudah dimaklum lebih awal," katanya.

Katanya, surat penolakan permohonan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negeri ditandatangani Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan diserahkan kepadanya pada 23 Disember lepas.

"Kita tahu pengarah JHEAIPP hanya menjalankan tugas, dia hanya menerima arahan. Kita juga tidak menyalahkannya," jelasnya.

Reezal yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang memberitahu, pihaknya turut memahami jika kerajaan negeri menolak sebarang majlis perarakan kerana menyifatkan ia tertakluk kepada kebenaran daripada kerajaan negeri itu sendiri.

"Tidak apa kalau (kerajaan negeri) tidak benarkan perarakan kerana itu hak mereka.

"Tetapi bagi saya, perarakan ini sejak dari dulu lagi tidak pernah menimbulkan rasa tidak senang pada semua kaum.

"Saya terkilan apabila perarakan ini dilihat seperti masalah pula apabila kita minta kebenaran melalui surat rasmi namun dibalas dengan surat penolakan. Ia seolah-olah satu aktiviti yang memudaratkan," jelasnya.

Katanya, kerajaan negeri juga tidak akan rugi apa-apa jika membenarkan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negeri.

"Sebenarnya mereka akan dipandang tinggi kerana membenarkan kita mengadakan sambutan di situ dengan mengenepikan soal politik. Kita pilih Masjid Negeri kerana ia adalah ikon agama Islam di negeri ini," ujarnya.

Dalam pada itu katanya, sambutan Maulidur Rasul tetap diadakan namun dipindahkan ke Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas.

"Ia masjid yang dibina kerajaan pusat namun kita tidak ada masalah jika ia mahu digunakan untuk kebaikan. Kita tidak akan halang dan tidak pernah menghalang," katanya.

Bagi tempoh 2008 sehingga 2014, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM408.96 juta untuk pembangunan Agama Islam di Pulau Pinang; RM116.22 juta untuk pembinaan masjid serta surau dan RM64.23 juta lagi untuk sekolah-sekolah agama.

Manakala RM127.15 juta pula untuk emolumen guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Takmir, Imam-imam, pentadbir dan penyelaras masjid, RM35juta untuk Kehakiman Syariah dan RM 66.36 juta untuk pembangunan tanah wakaf bagi tujuan meningkatkan ekonomi dan kemudahan perumahan.

Untuk tempoh yang sama, sebanyak 17 buah masjid telah dibina melibatkan peruntukan sebanyak RM79.74 juta dan sejumlah RM23.27 juta lagi bagi tujuan mengimarahkan aktiviti-aktiviti masjid di seluruh Pulau Pinang.

Dalam pada itu, seramai 1,814 orang guru-guru Kafa dan Takmir menerima elaun bulanan RM800 dan 500 orang Imam dengan elaun bulanan RM750 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM22.7 juta pada 2014

Ngeh, Nga Untung Projek Balak Kelantan Tapi Sesen Tak Bantu Mangsa #Banjir

Ngeh dan Nga cukup berbahagia menikmati peluang melabur dalam projek pembalakan di Kelantan. Tetapi bila pembalakan di Gua Muang menjadi punca banjir besar di Kelantan. Bukan sahaja dua ekor tidak membantu malah sesenpun tak bantu mangsa banjir di Kelantan. Rujuk cerita yang pernah menggegarkan pada 2012 di berita Harian:

Pengerusi DAP Perak mengaku buat pelaburan
Ipoh: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.
ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur.

“Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi diketahui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya sudah tulis surat kepada LHDN,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Diberi tanah balak lebih 4,000 hektar
Beliau mengulas dakwaan blog Pisau.net sebelum ini yang mendakwa mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008. 
Kelmarin, EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan. 
Ditanya mengenai pendedahan dokumen dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau mengeluarkan jutaan ringgit untuk projek berkenaan, Koo Ham berkata: 
“Ini dibuat sekumpulan pelabur, apa yang dia (Hamidah) ada hanya satu dokumen saja. Sebagai seorang peguam, saya tidak boleh beri (dedahkan) semua transaksi.” (Baca lanjut disini)

Lihatlah kerakusan DAP mendapat projek tetapi langsung tiada rasa kemanusiaan membantu membaik pulih infrastuktur seperti jambatan Gua Musang yang runtuh akibat banjir. Langsung tiada keinginan membantu meringankan beban mangsa banjir akibat balak hanyut merempuh dan memusnahkan rumah mereka.

Patutlah ramai puak-puak PAS macam kecut perut seperti Husam Musa cuba salahkan TNB dan Nik Abduh cuba salahkan Empangan Thailand. 

Sekarang balak punyai pasal kroni makan untung tetapi bila bab membaik pulih kerosakan berjuta kerajaan pusat dipertangungjawapkan. Mana tokey-tokey balak yang kaya raya adakah mereka menghulur sebarang bantuan? 

Isu Terkini

get this widget here