Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 26 June 2014

Malaysiakini Terpaku Silap Main Fakta Kabinet Setelah Dibidas @MpKotaBelud Rahman Dahlan



Susulan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penambahan anggota kabinet beliau pada Rabu, sebuah portal berita pro-pembangkang menerbitkan laporan analisis berhubung angggaran kos saraan atau gaji yang perlu ditanggung kerajaan.

Menurut artikel berkenaan, dengan tambahan tiga orang menteri Malaysia, kini mempunyai 35 menteri, dengan 10 daripadanya berkhidmat selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Kos Cabinet Najib MKiini

Manakala tambahan tiga timbalan menteri seperti yang diumumkan Perdana Menteri, menjadikan jumlah timbalan menteri kini adalah 28 orang.

Analisa itu selanjutnya mengandaikan, berdasarkan pakej saraan yang ditetapkan oleh Parlimen, kabinet baru yang berkembang ini akan mengakibatkan pembayar cukai di negara yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk menanggung kos kira-kira RM530,000 sebulan dari segi gaji, atau RM6.3 juta setahun.
GFX Mkini Gaji Anggota Kabinet

Itu tidak termasuk saraan yang semua menteri berkenaan terima sebagai ahli parlimen, dan elaun-elaun lain yang diberikan kepada mereka.

Selanjutnya, analisa portal itu meyatakan, jika saraan timbalan menteri turut diambikira, kerajaan kini perlu membelanjakan kira-kira RM835, 325 sebulan untuk gaji pokok semua pemimpin tertinggi mereka, yang menjadikan jumlahnya mencecah sehingga RM10 juta setahun.

Bagaimanapun motif tindakan portal berita berkenaan menyiarkan artikel analisa saraan menteri serta timbalan menteri itu bagi menggambarkan seolah-olah ianya tinggi dibidas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Ini kerana analisa berkenaan bersifat bias atau berat sebelah.
Rahman MKini Gaji Kabinet
Malaysiakini melaporkkan barisan Kabinet baru menelan

kos RM10 juta setahun dan menggambarkan ianya tinggi, tetapi ia hanyalah 0..004% daripada belanjawan tahunan Kerajaan Pusat.

“Malaysiakini sepatutnya mendedahkan juga bahawa kerajaan negeri Selangor membayar sebanyak RM3.3 juta setahun untuk saraan Menteri Besar serta Exco atau 0.176% daripada bajet negeri…peratusan itu lebih tinggi berbanding Kerajaan Pusat,” tegas Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud melalui laman akaun Twitter beliau kepada portal berkenaan.

Najib tengahari tadi berkata, jumlah anggota jemaah menteri (Kabinet) yang semakin bertambah dengan pelantikan baru yang diumumkan pada Rabu tidak dapat dielakkan.

GAJI MB SELANGOR DAN EXCO
Katanya, beliau membuat perubahan berdasarkan keputusan baru MCA yang mahu menyertai Kabinet

semula, selepas memutuskan sebaliknya sebelum itu.

“Kita terpaksa buat perubahan berikutan keputusan yang dibuat oleh MCA sebab pada mulanya MCA kata dia tak nak masuk kerajaan, tapi kemudian dia telah berfikir semula dan melihat bahawa perlu mereka menyertai kerajaan,” kata Najib dalam sidang medianya.

Beliau turut mengakui bahawa pengumuman tambahan anggota Kabinet ditunda ke hari ini bagi menumpukan perhatian kepada kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 Mei lalu.-bnbbc.my

#PPMnote: Malaysiakini Menjawap "That Interesting" di twitter, jadi tak pandai-pandai ke nak pebetulkan kenyataan?

Wednesday 25 June 2014

BALU WONG HO LENG MAKI HAMUN GUAN ENG KERANA DANA DUIT RM10 JUTA!


Lim Guan Eng bukan sahaja gagal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, tetapi juga sebagai Setiausaha Agung DAP, dia merupakan antara penyangak paling besar dalam parti tersebut. Ramai yang sudah memperkatakan tentang Lim Guan Eng, dan yang terbaru adalah balu mendiang Wong Ho Leng, ADUN Bukit Asek.


Irene Chang, mencemuh partinya sendiri kerana gagal memberikan atau mewujudkan sebarang sokongan kewangan kepada suaminya sepanjang suaminya menderita penyakit ketumbuhan di dalam otak. Irene Chang berang apabila Lim Guan Eng pada 13 Januari menerusi kenyataan medianya sendiri menyatakan, DAP akan memberikan sokongan moral kepada Wong Ho Leng yang sedang menderita kesakitan.




Bagaimanapun, selepas menggunakan kesemua wang simpanan bagi tujuan rawatan kimoterapi dan radioterapi di Singapura selain penginapan dan perbelanjaan-perbelanjaan yang lain, tidak ada satu sen pun bantuan diberikan oleh DAP. Sebaliknya Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Ketua Menterinya, Adenan Satem pula yang mengeluarkan perbelanjaan bantuan sebanyak RM1 juta kepada ADUN Bukit Asek itu. 


Irene kesal kerana suaminya hanya berusia 53 tahun dan mereka mempunyai lima orang anak dengan 4 daripada mereka masih bersekolah, belajar di kolej dan universiti, malah sumber pendapatan mereka juga sangat terjejas.


Sebagai seorang peguam, Wong Ho Leng tidak dapat meneruskan kerjayanya itu apabila dia dipilih sebagai Ahli Parlimen Sibu memandangkan dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada amalan guamannya, sedangkan kerjaya sebagai peguam itulah yang menjadi punca pendapatan mereka seisi keluarga. Dan sebagai Ahli Parlimen DAP, Wong Ho Leng perlu menyerahkan sebahagian daripada elaunnya kepada parti, sedangkan elaun itu sendiri tidak mampu melunaskan banyak perbelanjaan berkaitan dengan khidmat masyarakat sebagai Ahli Parlimen.


Menurut Irene, setiap bulan, mereka terpaksa mencari sekurang-kurangnya RM10,000 untuk menampung perbelanjaan tambahan untuk rakyat yang diwakili serta membiayai pusat khidmat yang ditubuhkan. 


Sepanjang PRK Sibu dan Pilihanraya Negeri Sarawak pada tahun 2011, menurut Irene, mereka telah menggunakan hampir kesemua simpanan peribadi berjumlah RM700,000 untuk perbelanjaan kempen dan ibu pejabat DAP pula tidak banyak membantu. Ini membuatkan Wong Ho Leng terpaksa meminta bantuan daripada ahli-ahli perniagaan Foo Chow dan mereka berjaya memperolehi lebih RM10 juta daripada rakan-rakan, saudara-mara dan para penyokong.


Menurut Irene, mereka telah berbelanja lebih kurang RM4 juta daripada jumlah tersebut dan bakinya pula dipindahkan dari DAP Sarawak kepada DAP Ibu Pejabat. Wong Ho Leng selepas itu tidak lagi mempunyai akses untuk dana berkenaan.


Apabila Wong Ho Leng jatuh sakit dan memerlukan wang untuk rawatan, Guan Eng hanya berkata, PARTI MEMBERIKAN SOKONGAN MORAL sahaja tanpa menjanjikan cara bagi sebarang bantuan kepada mereka sekeluarga serta Parlimen Sibu. Guan Eng dan DAP seperti tidak mempunyai hati perut terhadap kesulitan yang dihadapi oleh keluarga Wong Ho Leng.


“Tidak ada satu sen pun yang disalurkan oleh parti selepas apa yang kami lakukan untuk parti,” kata Irene.


Lebih menaikkan lagi kemarahan Irene ialah apabila mendiang suaminya mengadu, DAP telah menyalurkan RM1.3 juta kepada Tony Pua untuk menghasilkan video Gangnam ‘bodoh’ untuk dipersembahkan pada Konvensyen Kebangsaan DAP.


“Ya Tuhan, mereka boleh berbelanja RM1.3 juta untuk video-video itu tetapi mereka tidak ada hati perut untuk menghulurkan walau satu sen pun kepada kami bagi rawatan perubatan Wong. Kepimpinan parti betul-betul tidak ada perasaan dan tidak berperikemanusiaan!”


SUMBER Terjemahan Pisau.Net

Isu Terkini

get this widget here